UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 24 Mac 2011

Video seks panas : Trio Datuk 'T' desak tubuh suruhanjaya diraja!

Kumpulan yang bertanggungjawab mendedahkan skandal video seks seorang lelaki yang didakwa sebagai pemimpin pembangkang, mendesak kerajaan menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat kesahihan rakaman itu.

Ini kerana tegas kumpulan yang terdiri daripada bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik; ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah serta Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim, rakyat wajib didedahkan dengan kebenaran.

Menurut Abdul Rahim, melalui suruhanjaya diraja tersebut, misteri lelaki dalam rakaman video seks itu, akan terjawab.

Katanya, suruhanjaya tersebut boleh dianggotai Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang; wakil DAP, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail; wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan wakil media.

Pada masa yang sama, beliau juga menyeru supaya pemimpin pembangkang yang dikaitkan dengan video seks tersebut diberi kebebasan untuk memilih pakar forensik serta pemerhati asing bagi menunjukkan ketelusan.

"Suruhanjaya diraja perlu ditubuhkan dengan segera bagi menyiasat ketulenan dan kebenaran video ini demi rakyat kerana sudah terlalu banyak spekulasi, penafian dan putar belit berhubung pendedahan video ini.

"Sedangkan pemimpin ini adalah orang yang bakal menentukan masa depan negara, bangsa dan kedudukan Islam tetapi terpalit dengan skandal seks," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dalam pada itu, Abdul Rahim mendesak pemimpin pembangkang tersebut mencontohi sikapnya yang berundur selepas diarahkan pucuk pimpinan tertinggi meskipun didapati tidak bersalah oleh mahkmah dalam skandal seks dengan gadis bawah umur tidak lama dahulu.

Katanya, beliau tetap dengan pendirian untuk berundur kerana tidak mahu menjadi liabiliti kepada negara.

"Dia patut mengambil sikap yang samalah. Saya akur kepada kewibawaan, integriti dan kredibiliti. Saya berhenti tanpa ada masalah dan saya berharap contohilah sikap ini. Jadilah rakyat yang taat dan menjunjung tinggi kedaulatan undang-undang," katanya.

Sementara itu, Shazryl Eskay berjanji akan menyerahkan rakaman video seks tersebut kepada suruhanjaya diraja sebaik sahaja ia ditubuhkan kerajaan kerana yakin melalui pendekatan tersebut, segala kebenaran akan terbukti.

Dedah..jangan tak dedah!!!

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan