UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 23 Oktober 2009

Nik Aziz mahu adakan EGM tukar pemimpin Pas!

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat nekad mahu Pas dibersihkan daripada kumpulan prokerajaan perpaduan melalui Muktamar Agung Khas (EGM) walaupun ia akan menyebabkan parti berusia 58 tahun itu berpecah.

Malah, Mursyidul Am Pas itu mahu EGM diadakan segera bagi mendapatkan keputusan sama ada pemimpin Pas yang menyokong perpaduan dengan UMNO diterima atau ditolak daripada parti itu.
Beliau menamakan tiga pemimpin bermasalah itu yang perlu ‘dibersihkan’ iaitu Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau sedih dengan tindakan pemimpin terbabit kerana tidak menghargai keputusan Muktamar Agung Pas di Ipoh, Perak tahun lalu yang menolak kerjasama dengan UMNO.

“MCA lagi buat (EGM), UMNO lagi buat. Kalau pecah, pecahlah, apa boleh buat tetapi saya tidak suka orang tegur saya, parti atau presiden kemudian buat senyap. Saya nak jelas, kalau benda ini orang tolak, tolaklah. Kali kedua orang itu tidak berani hendak buat tidak tentu pasal lagi.

“Ia bukan ditujukan kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tetapi berdasarkan tulisan Profesor Dr. Abdul Aziz Bari (pensyarah undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia) yang merujuk kepada Hassan, Nasharuddin dan Mustafa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Semalam, Menteri Besar Kelantan itu dalam blognya http://www.blogtokguru.com mencadangkan supaya EGM diadakan bagi menukar ‘dua tiga kerat’ pemimpin parti itu yang bermasalah.

JM : Tunggu dan lihat

Sabtu, 17 Oktober 2009

MAMPUKAH UMNO BERUBAH!

Perhimpunan Agung UMNO Ke-60 menyaksikan kebangkitan UMNO setelah terlena walaupun dikejutkan oleh kekalahan di 5 Negeri dan 6 PRK selepas itu. Walaupun dikejutkan berkali-kali termasuk oleh “Tok Det”, ahli UMNO lebih rela melihat UMNO terus lena dibuai mimpi kerana khuatir periuk nasi masing-masing terjejas.

Langkah berani ahli UMNO seperti Dato Seri Najib, Tan Sri Muhyidin Yasin, Khairi Jamaluddin, Mukhriz Mahathir, warga Mykmu, blogger UMNO, beberapa ahli UMNO VIP dan ramai ahli UMNO marhein akhirnya terbalas. UMNO umpama mendapat nafas baru dibawah kepimpinan Dato Seri Najib yang juga menyaksikan penyertaan semula Pahlawan Ulung UMNO, Tun Dr Mahathir. Akhirnya,UMNO bernafas semula.

Pelbagai program, usaha, dan slogan dilaksanakan untuk merubah UMNO yang hilang semangat dibawah kepimpinan lalu. Allah SWT akhirnya memberi kekuatan semangat umpama mati hidup semula dengan kemenangan di Bagan Pinang. Sebenarnya, kemenangan lebih bermakna untuk UMNO ialah perubahan yang dibawa oleh Presiden dan Timbalan Presiden. Yang dijangka antaranya ialah penghapusan kuota Presiden dan memberi hak kepada semua ahli UMNO untuk memilih Presiden UMNO.

Timbalan Presiden pula meniup semboyan perang dengan memperkenalkan 4 langkah utama. YA! Perang untuk memasyhurkan kesucian agama Islam dan hak bumiputera serta hak kaum dan agama lain.Tahniah UMNO! Namun, apakah UMNO mampu untuk berubah? Apakah memadai dengan usaha yang digerakkan oleh Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Majlis Tertinggi, Ketua-Ketua, dan beberapa ahli lain.

Mampukah UMNO membadai UMNO lama berterusan sehingga lenyap perasaan benci rakyat justeru rakyat kembali percaya kepada UMNO? Sudah selesaikah persengketaan UMNO diperingkat Cawangan, Bahagian dan Negeri?! Lebih parah, banyak UMNO Cawangan dan Bahagian dikepalai oleh Ketua seumur hidup dan sistem Dinasti yang terus hidup mewah dan sombong pula dengan rakyat jelata. Apakah unsur samseng dan gangsterisma dalam UMNO Cawangan dan Bahagian sudah lupus begitu sahaja.

Memalukan apabila UMNO Cawangan dan Bahagian diketuai oleh mereka yang disokong oleh konsep siapa lebih kuat, siapa lebih ramai geng samseng, kereta siapa lebih besar, siapa lebih banyak duit dan bukan siapa yang disukai oleh ahli marhein UMNO dan rakyat setempat.

Hampir semua Ketua Cawangan dan Bahagian UMNO hidup mewah,rumah besar, kereta besar sering bertambah, tidak mesra rakyat, terlibat dengan gangster dan samseng, sombong dan bongkak, tidak cukup Islamik malah ada yang terang-terang melakukan maksiat dan rasuah. Apakah UMNO mampu berubah jika hanya Nakhoda Kapal dan Ketua-Ketua Bahagian Kapal sahaja yang ditukar? Tidak perlukah menukar enjin baru, komponen baru, chasis baru, layar baru, dan lain-lain?

Tidak perlukah tukar anak-anak kapal yang sebelum ini sudah terbukti hanya beban kepada kapal sahaja? Jika UMNO tidak menukar mereka ini, PERCAYALAH, UMNO akan karam semula. UMNO hanya mampu berlayar tidak jauh sebelum karam semula, sebelum semua permasalahan dan konflik dalaman bangkit semula. Di kala itu, rakyat bosan sekali lagi. Rakyat akan hantar KAPAL UMNO jauh ke dasar lautan.

Jika benar UMNO ikhlas untuk berubah, satu langkah berani perlu dilaksanakan untuk memastikan anak kapal UMNO adalah terdiri dari mereka yang mahu berkhidmat untuk memastikan kapal berlayar dengan selamat. UMNO perlu perkenalkan Perlembagaan dimana Ketua Cawangan hanya boleh duduk dikerusi tersebut untuk 2 tahun atau 3 tahun sahaja dan AJK Bahagian hanya boleh duduk dikerusi tersebut untuk sepenggal sahaja.

Jika praktikal, Ketua Bahagian pula perlu di undi oleh setiap ahli UMNO dari peringkat Cawangan ke Bahagian. Walaubagaimanapun Ketua Cawangan boleh bertanding sekali lagi selepas kehilangan giliran pertama. Langkah ini dapat memastikan keutuhan UMNO di peringkat Cawangan dan dapat menggilap lebih banyak bakat ahli UMNO berbanding keadaan sekarang dimana Ketua Cawangan merupakan jawatan seumur hidup. Ketua Bahagian juga boleh menyusun jentera dengan lebih berkesan tanpa ditekan oleh pihak samseng dan pelobi dari Cawangan.

Jika UMNO mahu menarik golongan muda menyertai UMNO, UMNO perlu menjadikan Parti ini sebagai parti yang mencabar, kerana golongan muda sukakan cabaran. Kerna itulah mereka menyertai pembangkang yang lebih mencabar. Fikir-fikirkanlah jika mahu UMNO di gerakkan oleh ahli yang professional, muda, berkualiti, berwawasan dan berkualiti. Wallahuallam.

Selasa, 13 Oktober 2009

Tindakan PAS bertentangan dengan anjuran Islam!

Tindakan berdolak-dalih Pas yang seolah-olah menghalalkan perbuatan memukul dan bertindak ganas terhadap pihak lawan mereka memang berlaku bukan sahaja kini di pilihan raya kecil Bagan Pinang, tapi sudah sering kali berlaku sebelum ini pun.

Agak melucukan bilamana Khalid Abdul Samad, Ahli Parlimen Shah Alam memberikan alasan kejadian itu adalah kerja ahli Pas kemungkinannya ianya bersebab.“Setahu saya, ahli Pas terutama unit Amal tidak akan bertindak sedemikian rupa kerana sebelum ini Unit Amal Pas menunjukkan tahap disiplin yang tinggi apabila dirempuh oleh polis mahupun Unit Simpanan Persekutuan (FRU).

“Mereka tidak akan bertindak kasar sekiranya mereka tidak dikasari. Sekiranya benar Pas yang menumbuk beliau mungkin ada sebab mereka bertindak sedemikian.”
“Maka dengan cara begitu menjadi sukar untuk mereka mendapatkan satu kenyataan yang wajar atau seimbang.“Cuba kita tanya kepada Datuk Azeez siapa yang menumbuk beliau?

Dan sebab apa beliau ditumbuk? Kita perlu siasat dan media perlu membuat liputan bagi kedua-dua pihak bukan hanya mendengar penjelasan sebelah pihak sahaja."Memang ada sebab iaitu memang Pas ini menghalalkan semua perbuatan ganas dan melanggar undang-undang negara oleh pemimpin dan ahli-ahlinya. Malah gambar Datuk Ibrahim Ali pun dirosakkan dengan cat merah di Kota Bharu, membuktikan mereka itu meniru perbuatan along dan geng kongsi gelap.

Matlamat menghalalkan cara adalah cara Pas beroperasi. Mereka akan menghalalkan apa sahaja perbuatan pihak mereka walaupun bercanggah dengan ajaran Quran dan Hadis.Dulu pun Abe Jak pernah menunjukkan kemaluannya kepada seorang ahli Puteri UMNO dan ahli Wanita yang pergi dari rumah ke rumah untuk meraih undi.

Ketua UMNO Bahagian Kapar, Datuk Abdul Rahman Palil berkata, sekiranya benar ahli Pas yang menumbuk Azeez, ini menunjukkan mereka memang bersikap gengsterisme.“Kita dapat lihat bahawa mereka seolah-olah sudah tidak tahu apa makna laungan kata-kata Islam yang dipertahankan oleh mereka selama ini.“Tindakan mereka yang sedemikian menampakkan mereka seolah-olah sudah tidak tahu perjuangan mereka selama ini yang memperjuangkan ajaran Islam,” katanya lagi.

Sumber Abu Hurairah r.a. memberitakan Nabi s.a.w. bersabda:"Kata-kata yang baik itu satu sedekah (berpahala)."(Hadis Riwayat Ahmad dan Ibnu Khuzaimah: Sahih)

Jika kita lihat kepada tindakan dan percakapan pemimpin dan ahli Pas, semuanya tidak sedap didengar dan penuh dengan kata-kata makian dan cacian terhadap lawan.

Jadi, adakah ini anjuran Islam atau anjuran ajaran sesat yang dibawa oleh mereka?

Sumber An-Nu'man bin Basyir r.a. memberitakan Rasulullah s.a.w. bersabda:"(Kesatuan dan kerjasama antara) orang-orang mukmin itu adalah bak satu tubuh."(Hadis Riwayat Muslim dan Ahmad)

Semua umat Islam itu bersaudara. Tetapi, adakah wajar Nik Aziz menolak persaudaraan dan kesatuan yang dihulurkan oleh UMNO kepada mereka? Hairannya, sanggup pula bersekongkol dengan kafir harbi yang secara terang-terangan memusuhi Islam iaitu DAP.

Sabtu, 10 Oktober 2009

Salahuddin, penulis portal diminta beri keterangan!

Polis meminta Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub serta penulis portal berita Malaysian Insider dan Harakah Daily tampil memberi keterangan berhubung dakwaan yang mengelirukan kononnya penyokong parti itu dikasari dan diserang oleh ahli UMNO hingga cedera.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Osman Salleh berkata, dalam blog berkenaan Salahuddin telah memegang sekeping gambar berkaitan kejadian itu dengan gambaran kecederaan yang teruk ke atas mangsa.

Tetapi kata beliau, gambar mangsa cedera yang ditunjukkan oleh Salahuddin dan disiarkan dalam kedua-dua portal berita itu berbeza dengan orang yang dilaporkan kepada polis.
''Pihak polis telah pun membuat siasatan awal dan setakat ini tiada siapa yang datang mengatakan beliau telah dipukul begitu teruk keadaannya.

''Polis ada menerima laporan dan membuka siasatan dan pihak polis sendiri telah menghantar mangsa ke hospital dan beliau telah menerima rawatan sebagai pesakit luar. "Tak ada kesan darah pun. Hanya lebam-lebam saja. Orang itu juga orang lain, bukan yang dalam gambar itu.

"Nama yang disebut sama tetapi gambar memang berbeza. Kalau betul orang itu ada, datanglah buat laporan," katanya pada sidang akhbar di Markas Taktikal (Martek) PDRM di sini hari ini.
Osman berkata, kenyataan yang dibuat itu mengelirukan orang ramai dan mereka terdorong untuk mempercayainya.

Katanya, polis telah berhubung dengan Salahuddin tetapi sehingga hari ini pemimpin Pas itu gagal berbuat demikian. Polis akan menyiasat kes itu di bawah Seksyen 111 Kanun Perkara Jenayah.

Beliau juga mengesahkan gambar yang disiar oleh Harakah Daily itu tidak sama dengan individu yang terlibat, hanya nama sahaja yang sama. Osman turut menyelar tindakan tidak bertanggungjawab pihak tertentu yang menyebarkan khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengelirukan orang ramai dan mencetuskan keadaan huru-hara.

''Polis akan mengesan individu yang memulakan SMS ini dan akan mengambil tindakan. Perbuatan ini tidak bertanggungjawab dan mengelirukan orang ramai," katanya. Pada sidang akhbar sama, polis memberi amaran supaya mana-mana parti tidak membina struktur seperti khemah yang digunakan untuk meraih undi.

''Kita akan ambil tindakan jika ada pihak yang cuba menakutkan pengundi pada 11 Oktober ini dan menghalang mana-mana pengundi yang layak. ''Pihak polis akan memeriksa kenderaan yang memasuki laluan di Bagan Pinang ini dan menahan mana-mana pihak yang membawa senjata berbahaya," kata Osman.

Sementara itu Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Zaki Masroh berkata, pihaknya menerima 66 laporan sepanjang pilihanraya kecil ini berlangsung.
''Daripada jumlah itu, 22 sedang disiasat dan tiada tangkapan dibuat. Baki 44 laporan itu, polis sedang meneliti dan ada yang tidak diambil tindakan contohnya bendera hilang tetapi kemudian ditemui semula," katanya.

Beliau memberitahu, tiada kes yang dilaporkan itu disiasat di bawah Akta Hasutan tetapi di bawah Akta Pilihan Raya 1954 dan Akta Mesin Cetak. ''Daripada 22 laporan itu, 10 kes telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya di Seremban untuk mendapatkan nasihat," jelasnya.

Komen : Nampak sangat ini adalah provokasi PAS kerana mereka tahu yang mereka akan kalah. Berita terbaru di terima tentera " jihad " hijau sudah mula menyusup masuk ke Bagan Pinang!. Keadaan lalulintas sudah semakin sesak, ini semua angkara si TENTERA JIHAD HIJAU yang di kerah datang oleh Ketua Pemuda PasTaliban dari luar terutama sekali dari Terengganu dan Kelantan!. Mereka sudah mula berkumpul dan berkemungkinan mereka ini akan menimbulkan suasana kacau bilau pada bila-bila masa saja!.