UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 21 April 2014

Pusat bimbang catuan air di Selangor?


Kerajaan Pusat bimbang syarikat-syarikat yang beroperasi di negeri ini mengkaji semua pelaburan serta operasi mereka sekiranya masalah catuan bekalan air tidak dapat diselesaikan secepat mungkin.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, kebimbangan itu mempunyai asas berdasarkan aduan yang diterima pihaknya daripada syarikat-syarikat mengenai masalah yang dihadapi mereka susulan daripada krisis bekalan sumber itu di negeri ini yang masih berterusan.

Katanya, masalah bekalan air yang berlaku pada masa ini lebih serius berbanding sebelum ini yang hanya berlaku untuk tempoh satu atau dua minggu sahaja.

"Saya bimbang kalau catuan itu terus berlarutan dalam tempoh yang lama, sudah pastinya akan meningkatkan kos pengeluaran mereka. Mungkin syarikat-syarikat ini akan mengkaji se­mula rancangan untuk menambah pelaburan di Selangor.

"Mungkin juga mereka akan mengkaji semula sama ada boleh terus beroperasi di Selangor. Ini satu perkara yang serius kerana pelaburan swasta adalah penting untuk ekonomi negara serta penyediaan peluang pekerjaan kepada rakyat, semua pihak perlu mengambil serius mengenai perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat meja bulat bersama syarikat-syarikat yang beroperasi di negeri ini yang turut disertai Presiden Persekutuan Pekilang-Pekilang Malaysia (FMM) negeri, Datuk Soh Thian Lai dan Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Selangor (MTPNS) Datuk Seri Noh Omar di sini hari ini.

Mengulas mengenai perbincangan itu, Mustapa berkata, syarikat-syarikat yang terjejas susulan catuan bekalan air meminta kerajaan Pusat menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) termasuk kerajaan negeri menyediakan insentif khusus, antaranya mencari sumber bekalan air alternatif dari Negeri Sembilan dan Pahang selain memberikan insentif kepada mereka untuk mencari sumber air bawah tanah.

"Pada tahun 2013, Selangor berada di tangga kedua dalam pelaburan yang diluluskan dalam sektor perkilangan membabitkan nilai sebanyak RM9.8 bilion dengan jangkaan 24,000 peluang pekerjaan melibatkan pelaburan baharu dan pengembangan operasi syarikat sedia ada. Pada tahun ini, pelaburan itu mungkin terpaksa ditangguhkan kerana masalah air.

Sementara itu, Noh ketika mengulas isu catuan bekalan air di Selangor menyatakan pihak­nya kesal dengan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor yang meluluskan usul supaya kerajaan negeri tidak memberikan kelulusan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) selagi proses pengambilalihan syarikat-syarikat konsesi perkhidmatan air belum dimuktamadkan.

Selanjutnya sila baca di sini.

Juragan Malawati..

Isnin, 14 April 2014

Hukum Hudud: Adakah PAS akan keluar dari Pakatan Rakyat?


Kerajaan Pas Kelantan tetap akan membentangkan rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat bagi membolehkan hukum hudud dilaksanakan di negeri itu biarpun menerima tentangan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam pakatan pembangkang.

Pendirian tegas itu dinyatakan Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah yang turut memberi gambaran jelas bahawa Kerajaan Pas Kelantan tidak akan sekali-kali berganjak daripada keputusan tersebut yang sememangnya menjadi perjuangan sejak dahulu.

Tegas beliau, keputusan melaksanakan hukum hudud di Kelantan tidak akan berganjak walaupun mendapat bantahan daripada sekutu mereka sendiri.

Malah katanya, pendirian Pas untuk melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 di Kelantan itu telah diluluskan di peringkat negeri sejak dahulu lagi sebelum pakatan pembangkang wujud.

“Perkara itu (hudud) tidak ada kena mengena dengan pihak lain (DAP dan PKR) kerana ia akan dilaksanakan di Kelantan dan langsung tidak menyentuh kebebasan bukan Islam.

“Tiada pihak yang perlu bimbang. Undang-undang ini hanya untuk umat Islam,” katanya.

Baru-baru ini DAP dan PKR menerusi Ketua Publisitinya, Tony Pua dan Naib Presiden, N. Surendran memberi peringatan keras kepada Pas bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentang rang undang-undang itu akan ditentang.

Pendirian itu bagaimanapun mendapat bantahan Pas, apabila Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud dengan tegasnya menyifatkan PKR dan DAP tidak berhak menghalang hasrat parti itu untuk membentangkan usul rang undang-undang persendirian di Dewan Rakyat.

Sebaliknya kata Mohd. Nassuruddin, kedua-dua parti tersebut sepatutnya menyedari pelaksanaan hudud adalah hak orang Islam yang tidak wajar dicampuri pihak lain terutamanya bukan Islam.

Sebelum itu, Kerajaan Pas Kelantan melalui Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob mengumumkan keputusan untuk membawa usul rang undang-undang persendirian dalam sidang Dewan Rakyat akan datang bagi melaksanakan hukum hudud di negeri itu menjelang 2015.

Keputusan tersebut susulan kesediaan Kerajaan Persekutuan memberi laluan kepada mana-mana kerajaan negeri bagi menguatkuasakan hukum hudud di negeri masing-masing.

Sementara itu, tambah Mohd. Amar yang juga merupakan Pengerusi Jawatakuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah (2) 1993, Malaysia adalah sebuah negara yang demokrasi dan pendirian Pas itu sepatutnya tidak menimbulkan sebarang masalah.

“Kalau semua pihak boleh hormat demokrasi ia (hudud) tidak akan menjadi masalah,” katanya.

Apabila ahli parlimen Umno, Tan Sri Annuar Musa menyatakan sokongannya terhadap hukum hudud PAS, maka isu ini kembali hangat semula. Seperti biasa bekas Pengerusi DAP, Karpal Singh bertegas tidak setuju dengan hasrat PAS.

Jika rang undang-undang ini dibentangkan di Dewan Rakyat, adakah PAS akan disingkirkan dari Pakatan Rakyat? Pakatan Rakyat tidak didaftarkan seperti Barisan Nasional (BN). Oleh itu mungkin Pakatan Rakyat meminta PAS keluar dari pakatan mereka kerana PAS tidak boleh dipecat dari Pqakatan Rakyat kerana ia bukan badan berdaftar seperti BN.

Penyingkiran PAS ini yang dinanti-nantikan oleh Umno kerana selama ini Umno mahu PAS bekerja sama dengan mereka. Sebab itu walaupun PAS kalah di Kelantan, tetapi Umno tetap memberikan universiti dan lebuhraya Kota Bharu-Kuala Kerai kepada rakyat Kelantan. Umno berharap sumbangan kerajaan persekutuan ini dapat menarik semula PAS untuk menyertai BN semula.

Seperti kata ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Razali Ibrahim, PAS memerlukan 40 orang ahli parlimen bukan Islam untuk mendapatkan kelulusan hukum hudud di Dewan Rakyat. Jika ahli parlimen PKR Islam mengundi pun, sudah tentu sukar rang undang-undang ini diluluskan.

Malah ahli parlimen bukan Islam dalam BN seperti MCA, MIC, Gerakan, PBS, PBB sudah tentu tidak akan mengundi rang undang-undang ini. Justru itu ke mana PAS selepas rang undang-undang persendirian ini dibentangkan di Dewan Rakyat menarik perhatian kita.

Adakah PAS akan berjuang secara solo atau akan menyertai BN?

Juragan Malawati..

Ahad, 6 April 2014

Anak tikam, kelar leher ibu?

Suspek berumur 18 tahun yang merupakan anak mangsa.

Gara-gara tidak menunaikan permintaannya untuk membeli sebuah telefon pintar, seorang anak sanggup menikam dan mengelar leher ibunya sendiri hingga mati.

Mayat ibu malang itu, Mariefe Wong, 42, yang merupakan warganegara Filipina ditemui dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya oleh beberapa pelajar di hadapan Kompleks Tenis, Jalan Sukan di sini, kira-kira 2.30 petang ini.

Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Gan Tian Kee berkata, mangsa dipercayai dikelar dan ditikam selepas bertengkar dengan suspek di dalam kereta tersebut.

Beliau berkata, pisau yang dipercayai digunakan suspek turut ditemui di dalam kereta jenis Atos itu.

“Setakat ini motif kejadian masih dalam siasatan. Namun kita tidak menolak kemungkinan suspek berang selepas ibunya enggan memenuhi permintaan untuk memiliki telefon pintar," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mariefe Wong ditemui mati dalam keretanya dengan berlumuran darah.

Tian Kee menambah, kes itu berjaya diselesaikan dalam tempoh sejam apabila tertangkapnya anak mangsa (18 tahun) yang turut berada di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Sementara itu, seorang saksi kejadian, Ericson Maheah, 17, memberitahu, dia melihat kereta mangsa yang diletakkan di hadapan tempat latihannya sejak pukul 8 pagi.

Ujarnya, ketika itu dia tidak mempedulikan mangsa yang dilihat sedang tidur kerana pada hujung minggu Kompleks Tenis sering dikunjungi orang ramai.

“Selepas tamat latihan tenis, saya dapati mangsa masih di dalam kereta dalam keadaan sama. Kerana curiga saya terus menghampirinya dan terkejut melihat mangsa berlumuran darah," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Ericson berkata, dia terus memberitahu rakan yang lain sebelum menghubungi polis.

Juragan Malawati..

Selasa, 1 April 2014

RBA @'Tentera siber' PR terima bayaran lumayan?

Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao (dua kiri) menunjukkan senarai nama 800 Red Bean Army yang mendapat bayaran lumayan untuk memburukkan kerajaan pada sidang media di Petaling Jaya, hari ini.

Seramai 800 Red Bean Army didakwa menerima bayaran lumayan sehingga RM3,000 sebulan untuk memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai provokasi.

Presiden Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin, Ramesh Rao mendakwa beliau mempunyai senarai nama 'tentera siber' pembangkang yang dipercayai dibiayai oleh 20 syarikat besar di dua buah negeri Pakatan Rakyat.

“Di Selangor dan Wilayah Persekutuan sahaja kita dapat senarai nama RBA hampir 800 orang secara fizikal dalam tujuh kategori pekerjaan itu iaitu pekerja bank, pemandu teksi, peniaga kedai runcit makanan, doktor perubatan pensyarah kolej swasta, mekanik motokar dan menakutkan kaum Cina.

“Saya sudah ada nama syarikat pembayar RBA, siapa yang bayar elaun pun saya ada, syarikat mana yang diarah, syarikat mana yang diminta dibayar kerana dokumen itu diberi oleh pucuk pimpinan tertinggi DAP sendiri, kesemuanya hampir 20 syarikat besar yang dapat projek-projek besar di Selangor dan Pulau Pinang,” katanya pada sidang media di pejabatnya, di sini, hari ini.


Beliau berkata demikian mengulas lanjut aktiviti provokasi yang dicetuskan oleh tentera siber pro pembangkang yang sengaja mencetuskan kebencian dalam kalangan orang awam terhadap kerajaan BN yang dikesan sejak 2006 lagi.

Pergerakan RBA dikesan pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menggalas jawatan perdana menteri susulan berlaku kenaikan harga barangan termasuklah kenaikan bahan api petrol dan diesel pada waktu itu.

Namun kegiatan mereka kini didakwa lari daripada perjuangan asal dan kini mula bergerak secara fizikal menerusi tujuh pekerjaan tersebut sehingga 70 peratus berbanding 30 peratus menerusi media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Tambahnya, syarikat pembiaya aktiviti provokasi tersebut dibayar secara tunai dan tidak menggunakan akaun bank bagi mengelakkan kegiatan tersebut dihidu pihak berkuasa.

Dakwanya tentera siber tersebut menyasarkan lima negeri sebagai kawasan utama untuk mencetuskan provokasi berterusan termasuklah Johor, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan keutamaan mereka.

“Mereka menyasarkan sehingga 10 juta orang awam menjelang PRU14 dan mereka akan menyebarkan taktik kotor ini dengan menghantar 10 mesej kepada setiap orang awam dan meningkat secara berperingkat-peringkat,” dakwanya lagi.

Juragan Malawati..