UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 31 Mac 2013

PRU-13 masa terbaik tamatkan karier veteran politik pembangkang - Dr. M!


Tun Dr. Mahathir Mohamad berucap di hadapan kira-kira 14,000 penduduk pada majlis Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di PPR Kempas Permai, Johor Bahru di sini malam tadi.


Kira-kira 14,000 penduduk mendengar ucapan Tun Dr. Mahathir Mohamad pada majlis Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di PPR Kempas Permai, Johor Bahru di sini malam tadi.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) adalah masa terbaik untuk rakyat negara ini menamatkan karier politik tiga pemimpin veteran pembangkang.

Mereka yang dimaksudkan ialah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Gesaan itu dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa berucap pada program Bicara Perdana Bersama Pemimpin Ulung di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kempas Permas, di sini malam tadi.

"Anwar sejak awal lagi tidak pernah memperjuangkan agama dan bangsa, baru tiga hari masuk UMNO minta jawatan Ketua Pemuda, lepas itu mahu Naib Presiden kemudian Timbalan Presiden sampai saya Presiden sendiri pun nak lawan. Sampai sekarang gila-gila nak jadi Perdana Menteri.

"Kit Siang pula sibuk mahu orang 'change', Barisan Nasional dah berapa kali 'change' dah... dia di situ juga. Patut dia kena buat dulu. Jadi orang Johor perlu ganyang Kit Siang, biar PRU-13 jadi hari terakhir politik dia.

"Nik Aziz pula bagaimana boleh gelar diri ulama jika mengatakan Tuhan mencarut, Nabi Muhammad sama seperti orang kampung biasa dan tidak perlu sambut Maulud. Tapi hari beranak dia, Karpal beri kek dan sambut pula," katanya.

Sehubungan itu, Mahathir menyeru rakyat menolak pakatan pembangkang yang jelas hanya 'bersatu di permukaan' walaupun hakikatnya mahu menipu sesama sendiri.

Menurutnya, tidak seperti BN yang ikhlas berkongsi kuasa dan kekayaan negara sejak merdeka lagi, tanpa berpura-pura dan tidak berlawan sesama sendiri malah calon yang bertanding mendapat undi semua parti komponen bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya untuk bina kerajaan.

"Bila mereka (pembangkang) menang... Kalau mereka menanglah... Mereka akan kelahi sesama mereka. Kalau mereka kalah... Dan tahu akan kalah... mereka mahu cetus tunjuk perasaan dan demonstrasi sepanjang masa.

"Dia (Anwar) memang 'expert' kalau tunjuk perasaan, dulu dalang demonstrasi pada tahun 1974 kononnya ada rakyat mati kebuluran di Baling, kemudian selepas dipecat 1999, lepas itu Bersih. Saya bukan jenis bertaruh, tetapi saya bertaruh 10 sen yang dia akan tunjuk perasaan," katanya.

Lebih 14,000 orang menghadiri mendengar ceramah tersebut. Turut hadir isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd. Ali; Ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Ahli Parlimen Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar dan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff.

Juragan Malawati..

Sabtu, 30 Mac 2013

'Memang saya memberitahu segala-galanya kepada Sidek'?



Tokoh ilmuwan dan pendakwah, Prof. Datuk Dr. Sidek Baba tidak akan meninggalkan Anwar Ibrahim sekiranya Ketua Pembangkang itu bebas daripada salah laku moral kerana mereka telah bersahabat karib sejak lebih 30 tahun lalu.

Ahli Dewan Negara, Senator Ezam Mohd. Noor berkata, selaku bekas pelajar Sidek, beliau cukup mengenali integriti serta ketinggian prinsip pensyarah kanan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dalam mencari kebenaran sebelum membuat keputusan.

Beliau yang mengakui mendedahkan kisah panggilan telefon Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail kepada Sidek berkata, detik itu jugalah yang mencetus kesedaran untuk meninggalkan Anwar walaupun sebelum ini sanggup berkorban nyawa demi Ketua Pembangkang berkenaan.

"Ya, memang saya memberitahu segala-galanya kepada Sidek. Saya beritahu kisah panggilan Kak Wan (Wan Azizah) ketika saya berada di rumah Anwar. Kak Wan ketika itu di Washington dan beliau bertanya mengenai seorang lelaki dan minta saya perhatikan Anwar.

"Sikap curiga Kak Wan terhadap suaminya menimbulkan konflik dalam diri saya dan akhirnya persoalan itu terjawab. Anwar dibelenggu masalah moral kronik dan tidak layak menjadi Perdana Menteri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.



Beliau mengulas pendedahan Sidek, bekas sahabat karib Anwar yang bertanggungjawab bersama-sama membangunkan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bahawa keruntuhan moral adalah faktor utama beliau meninggalkan Ketua Pembangkang itu.

Malah, Sidek ketika mendedahkan perkara itu dalam program Wacana Cuit: Dilema Melayu Moden di Menara Majlis Amanah Rakyat (Mara) kelmarin, secara terbuka mendedahkan Ezam menceritakan segalanya mengenai kisah gelap tersebut berserta bukti.

Sementara itu, bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman yang menjadi antara individu pemegang 'diari merah' Ketua Pembangkang juga mengakui beliau mendedahkan segala 'cerita dalam kain' kepada Sidek termasuk kisah dengan Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Katanya, selain itu, beliau turut menyerahkan salinan bukti berupa 18 pucuk surat yang dihantar Anwar kepada para pelobi Yahudi sekali gus menggambarkan betapa istimewanya hubungan Ketua Pembangkang tersebut dengan kelompok Zionis.

"Rakyat boleh menilai sendiri mengapa seseorang yang begitu istiqamah, berprinsip dan sanggup ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) demi mempertahankan Anwar akhirnya meninggalkan Anwar selepas bersahabat lebih 30 tahun.

"Sidek bukan ahli politik dan akhlaknya yang bersih memang diakui kawan mahupun lawan, jadi adakah kesemua 28 saksi hidup yang ditemui beliau sebelum mengambil keputusan meninggalkan Anwar itu berbohong? Rakyat perlu nilai perkara ini," katanya.

Juragan Malawati..

Selasa, 26 Mac 2013

Semakin ramai ahli, penyokong Pas sokong UMNO, BN!


SEBAHAGIAN penduduk melaungkan kata-kata 'Selamat Tinggal Pas' pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis dalam kawasan DUN Gaal, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi.


SEBAHAGIAN orang ramai yang hadir pada pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis dalam kawasan DUN Gaal, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi.


MOHD. Zawawi Awang berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis dalam kawasan DUN Gaal, Pasir Puteh, Kelantan malam tadi.

PASIR PUTEH  - Perjuangan Pas yang semakin menyimpang daripada landasan sebenar menyaksikan lebih 6,000 ahli dan penyokong parti itu telah berpaling tadah dan menyatakan komitmen mereka untuk membantu UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang.

Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman berkata, sokongan kumpulan berkenaan diyakini akan membantu UMNO dan BN merampas semula kerusi Parlimen Pasir Puteh dan empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Gaal, Semerak, Selising dan Limbongan.

Beliau berkata, penyertaan bekas ahli dan penyokong Pas dalam UMNO itu dibuat secara berkelompok sama ada menerusi perisytiharan rasmi atau secara senyap yang dilakukan di setiap cawangan dan kampung sejak 2010 lagi.

"Ia turut digerakkan oleh bekas ahli Pas tegar dan penyokong kuat parti itu yang menubuhkan Majlis Selamat Tinggal Pas (MSTP) bagi mengukuhkan jentera mereka sendiri untuk menarik lebih ramai ahli Pas menyertai UMNO," katanya berucap pada Program Himpunan Selamat Tinggal Pas di Kampung Kandis di sini malam tadi.

Turut berceramah ialah aktivis dan bekas penyokong tegar Pas yang juga penulis buku Kafirkah Aku?, C. N. Al-Afghani; bekas Timbalan Ketua Keselamatan Pas negeri, Shaidi Husin dan aktivis Ustaz Muda Membela Agama dan Tanah Air (Ummati), Mohd. Syamsul Mohd. Yusoff al-Hafiz.

Menurut Zawawi, penyertaan kumpulan itu turut memberi kekuatan kepada UMNO apabila mereka secara sukarela tampil sebagai penceramah bebas bagi memberi penjelasan terperinci kepada rakyat mengenai pelbagai isu dan kepincangan kepimpinan Pas.

"Pengalaman mereka berjuang bersama Pas sejak sekian lama banyak membantu mendedahkan pelbagai kepincangan kepimpinan, isu dalaman dan perjuangan parti itu untuk pengetahuan umum," katanya. - UMO

Juragan Malawati..

Khamis, 21 Mac 2013

Inisiatif berpaksi rakyat kunci BN tawan Selangor - Mohd. Zin!



Inisiatif berpaksikan rakyat yang dilaksana Barisan Nasional (BN) merupakan kunci untuk parti itu menawan semula Selangor pada pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Pengarah Pilihan Raya BN Selangor, Datuk Seri Mohd. Zin Mohamed.

Beliau berkata, inisiatif itu memainkan peranan penting bagi BN mendapatkan semula kepercayaan rakyat di Selangor seperti dapat dilihat dengan prinsip 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' yang diamal kerajaan pusat pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak melalui konsep 1Malaysia.

"Kekuatan BN itu kekuatan 1Malaysia melalui 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan'. Apa sahaja yang kita dilakukan mesti untuk menawan kembali hati rakyat. Mesejnya jelas ... apapun perkara yang dilakukan mesti people-centric initiatives".

"Bagi mendapatkan kepercayaan rakyat mesti ada sifat keprihatinan dan bila berjanji kita tunaikan. Kita tidak mahu menjadi seperti pembangkang cakap setinggi langit tapi tidak mampu tunaikan," kata beliau ketika berucap semasa melawat kawasan Parlimen Gombak di sini hari ini.

Selain Parlimen Gombak, beliau turut melawat kawasan Parlimen Ampang untuk meninjau persiapan BN dalam menghadapi PRU ke-13 tidak lama lagi.

Mohd. Zin berkata, kerajaan pusat telah banyak berbincang dengan kerajaan Selangor bagi menyelesaikan masalah dan memberikan kemudahan baharu kepada rakyat di Selangor tetapi kedegilan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan sifat pembangkang yang suka mempolitikkan semua isu menjadi batu penghalang ke arah usaha berkenaan.

"Seperti isu air dapat diselesaikan dengan (pembinaan) Empangan Langat 2 tetapi Khalid masih berdolak-dalik," katanya.

Pada sidang media selepas lawatan beliau ke kawasan Parlimen Ampang, Mohd. Zin berkata, BN Selangor akan melancarkan manifesto khas berpaksikan kepentingan rakyat negeri itu.

"Kita masih dalam proses memurnikan manifesto kita untuk rakyat Selangor bagi memastikan manifesto ini dapat menawan hati rakyat Selangor selain mampu kita laksanakan, bukan seperti pembangkang yang tidak menganggap manifesto sebagai janji kepada rakyat.

"BN Selangor juga sedang giat meneliti janji kita kepada rakyat, kita mahu memastikan setiap janji yang kita nyatakan dapat ditunaikan. Selain itu kita juga menyemak keberkesanan program kita bagi memperkukuh usaha kita menawan kembali Selangor," katanya.

Mohd Zin berkata, sehingga kini rakyat di Selangor menunjukkan keyakinan yang amat memberangsangkan kepada usaha BN itu, namun beliau mengingatkan jentera BN supaya tidak sekali-kali lalai dan cepat berpuas hati atau peristiwa pada 2008 berulang kembali. - BERNAMA

Juragan Malawati...

Ahad, 17 Mac 2013

Exco Agama Tak Berfungsi...!!! Sultan Selangor dukacita nazir, imam benarkan ceramah politik?


Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan merasmikan masjid Tengku Ampuan Jemaah di Bukit Jelutong, Shah Alam, malam tadi. Turut hadir, Menteri Besar yang juga EXCO Agama yang tak berfungsi, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan sikap nazir dan imam yang masih membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik diadakan di masjid-masjid dan surau di negeri ini.

Titah baginda, berdasarkan laporan yang diterima, terdapat 26 buah masjid dan surau di Selangor masih lagi membenarkan ceramah-ceramah berunsur politik diadakan.

Keadaan itu, titah baginda, sekali gus melanggar arahan serta larangan yang dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sebelum ini.

"Tujuan beta melarang masjid dan surau dijadikan tempat berpolitik adalah untuk mengelakkan berlakunya perpecahan ummah dalam kalangan masyarakat.

"Selain itu, ia juga dapat memastikan orang Melayu tidak berpecah-belah dan berpuak-puak yang akhirnya akan memusnahkan bangsa Melayu dan Islam itu sendiri," titah Sultan Sharafuddin ketika merasmikan Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dekat sini malam ini.

Dalam masa sama, baginda turut mengingatkan seluruh umat Islam agar tidak terpedaya dengan berita-berita fitnah dan khabar-khabar angin yang disebarkan melalui pelbagai media.

"Setiap gerak geri, percakapan, perbuatan serta keputusan yang diambil akan menentukan masa depan diri sendiri, keluarga dan juga negara," titah baginda.

Baginda tidak mahu rakyat Selangor menyesali sesuatu kesilapan yang boleh merugikan masyarakat Melayu dan agama Islam.

Dalam pada itu, baginda menzahirkan rasa bangga di atas usaha pembinaan Masjid Tengku Ampuan Jemaah yang melambangkan satu perpaduan serta kerjasama erat pelbagai pihak.

"Beta berkenan menyatakan bahawa ini salah satu kerjasama yang istimewa, dana untuk membina masjid datangnya daripada pelbagai pihak iaitu peninggalan wasiat Almarhum ayahanda beta, Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah Al Haj, sumbangan kerajaan negeri, Sime Darby Property Bhd. dan ahli kariah masjid.

"Ini melambangkan perpaduan dan kesepakatan umat Islam di Selangor terhadap pembangunan dan kemajuan agama Islam yang maha suci," titah baginda.

Masjid menelan kos RM22.5 juta yang dikategorikan sebagai masjid diraja dan mampu memuatkan 4,000 jemaah itu mula dibina pada Mei 2010.

Baginda turut berkenan mewakafkan 500 naskhah al-Quran dan menyerahkan cokmar kepada masjid berkenaan.

Juragan Malawati..

Khamis, 14 Mac 2013

Kementerian Pelajaran jawab isu guru hina anggota polis?



Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan kenyataan akhbar berhubung isu seorang guru yang didakwa telah mengeluarkan pernyataan menghina anggota polis yang bertugas di Lahad Datu, Sabah melalui laman sosial, Facebook.

Kenyataan tersebut dibuat oleh Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Abd. Ghafar Mahmud di sini hari ini.

Berikut adalah kenyataan akhbar terbabit yang turut boleh dibaca di laman web kementerian tersebut iaitu http://www.moe.gov.my/v/kenyataan-media-view?page=1&id=316

KENYATAAN AKHBAR BERKAITAN SEORANG GURU DI KELANTAN MENGHINA ANGGOTA POLIS MELALUI LAMAN FACEBOOK

1. Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada kenyataan yang disiarkan menerusi laman Facebook seorang guru di negeri Kelantan yang membuat posting dengan kata-kata yang boleh dianggap menghina pasukan keselamatan kita yang sedang bertugas dalam `Ops Daulat’ di Lahad Datu, Sabah bagi mempertahankan kedaulatan negara yang tercinta. Penulisan di laman Facebook tersebut dengan jelas melakukan penghinaan terhadap pasukan keselamatan kita khususnya Polis DiRaja Malaysia.

2. Adalah dimaklumkan bahawa KPM tidak akan berkompromi dengan kenyataan biadap yang dilakukan oleh guru berkenaan dan akan memastikan tindakan tegas diambil atas perbuatan tersebut. Seorang guru sepatutnya menjalankan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab malah sepatutnya menjadi model semangat patriotisme kepada masyarakat khususnya anak didik mereka. Pasukan keselamatan yang sedang bertugas menyambung nyawa di perbatasan demi maruah dan kedaulatan negara sedang melaksanakan tanggungjawab dan amanah yang sangat mulia. Kenyataan menghina tersebut telah mengguris hati banyak pihak khususnya keluarga mereka serta menjejaskan reputasi dan imej warga pendidikan dalam negara ini yang sentiasa memberi sokongan padu kepada PDRM dan ATM.

3. KPM serta seluruh warga pendidikan juga sentiasa mendoakan agar pasukan keselamatan kuat yang sedang bertugas di perbatasan sentiasa selamat dan dikurniakan kekuatan serta semangat kental dalam mempertahankan maruah dan kedaulatan negara kita yang tercinta ini.

Terima kasih.

TAN SRI ABD GHAFAR BIN MAHMUD
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia

Juragan Malawati..

Ahad, 3 Mac 2013

'SULTAN SULU' AKUI SABAH MILIK MALAYSIA!






Tuanku Datu Mudarasulail Karim yang mendakwa dirinya merupakan Sultan kepada Negara Sulu, membuat kenyataan di hadapan media mengakui Sabah adalah MILIK MALAYSIA. Malah beliau dengan tegas menyatakan 'Negara'nya itu sudah pun maju dibawah kerajaan Malaysia, maka tidak ada keperluan untuk beliau 'menuntut' semula negaranya. Malah Kerajaan Malaysia tetap meneruskan perjanjian membayar ufti kepada kerajaannya yang ditandatangani oleh Syarikat Borneo Utara.

Persoalan disini, mana satu SULTAN SULU yang sebenar-benarnya? Sebab banyak pula yang mengaku menjadi SULTAN SULU. Dan SULTAN SULU mana yang arahkan 'tenteranya' menceroboh masuk ke MALAYSIA??? Dan Siapa yang mengajak 'tentera' diraja Sultan Sulu menceroboh Malaysia???

Juragan Malawati..

Jumaat, 1 Mac 2013

Komando Terkorban Di Lahad Datu Wayang UMNO - Kenyataan Biadap Tian Chua Diselar!




Beberapa pemimpin dan pemerhati politik menyelar Naib Presiden PKR, Tian Chua yang dilapor mengaitkan insiden tembakan di Lahad Datu, Sabah semalam dengan konspirasi terancang kerajaan Umno untuk mengalih perhatian dan menakutkan rakyat.

Mereka berkata, kenyataan Tian Chua itu tidak bertanggungjawab dan keterlaluan memandangkan tindakan pihak berkuasa terhadap kumpulan bersenjata dari selatan Filipina itu bersabit soal keselamatan dan keamanan negara.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim berkata, kenyataan Tian Chua itu adalah skrip standard dari DAP yang langsung tidak peka dan tidak sensitif kepada isu keselamatan negara.

"Dengan membuat kenyataan seumpama ini, dia boleh dianggap sebagai manusia yang mempunyai martabat paling rendah. Ini adalah satu kenyataan melulu yang tidak kita harapkan daripada seorang manusia yang sopan.

"Apa yang boleh kita harapkan daripada dia apabila kita betul-betul berada dalam peperangan jika dia boleh mengeluarkan kenyataan seumpama itu terhadap insiden pencerobohan di Lahad Datu," katanya kepada Bernama apabila dihubungi.

Antara lain, laporan yang tersiar di laman berita rasmi PKR itu memetik Tian Chua sebagai berkata pencerobohan di Lahad Datu itu hanya sandiwara kerajaan untuk menakut-nakutkan rakyat, seolah-olah wujud suasana tidak aman di Sabah.

"Ada konspirasi oleh kerajaan Umno untuk mengalih pandangan rakyat Sabah, terutama dalam isu pemberian kad pengenalan kepada warga asing," kata Ahli Parlimen Batu itu.

Justeru, Tunku Abdul Aziz mahu rakyat menilai peribadi Tian Chua dan berfikir sebelum memilih pembangkang pada pilihan raya umum akan datang.


Gambar di atas adalah Nor Aziah Nor, isteri kepada arwah Insp Zulkifli Mamat dan dua anak kecil mereka. Dikala saudara mara perajurit yang terkorban sedang bersedih, isteri kehilangan suami tercinta, anak kecil hilang dakapan mesra ayahnya, ibu tua di kampung jauh merenung matanya dibasahi genang air mata. Pada waku itu juga puak bangsat yang memimpin dan menyokong PR sedang menabur pelbagai fitnah!

Dua anggota komando Polis Diraja Malaysia terbunuh manakala tiga lagi cedera dalam insiden tembakan di Kampung Tanduo, Lahad Datu membabitkan kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina.

Kejadian itu turut menyaksikan 12 penceroboh bersenjata yang merupakan sebahagian daripada 180 pengikut 'Sultan Sulu' yang dikepung pasukan keselamatan Malaysia, terkorban.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan menyifatkan kenyataan Tian Chua itu sebagai "jahat dan jahil" .

"Umno tidak akan mempermainkan soal keselamatan negara dan tidak mungkin menjadi pengkhianat kepada negara tercinta yang Umno telah berjuang untuk memerdekakan.

"Umno bukan macam pembangkang dalam beberapa peristiwa yang lepas telah mengkhianati negara ini," katanya.

Bekas Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Datuk Muhammad Abdul Ghani pula berkata, seharusnya semua pihak ketika ini bersatu dan tidak mencampur aduk politik dengan soal keselamatan negara.

Tegasnya, tindakan sewajarnya harus diambil terhadap Tian Chua dan mana-mana pihak yang dilihat menghasut rakyat supaya tidak mengulangi perbuatan sama.

Laman Twitter dan Facebook turut dihujani komen-komen yang menghentam kenyataan Tian Chua itu dan mahu tindakan tegas diambil terhadapnya.

Pertempuran Lahad Datu, Si Bangsat Kit Siang Dan Tian Chua Menghina Angota Yang Terkorban!

p/s - Kalau sesiapa terserempak dengan Tian Chua dan Kit Siang tolong ludah kemuka mereka!

Juragan Malawati..