UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 24 November 2009

Akhirnya ArifFahmi Akur Untuk Meletak Jawatan!
















Menantu Datuk Nik Aziz Nik Mat, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman, semalam, meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berikutan pelbagai tekanan berhubung dakwaan penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sejak dilantik ke jawatan itu, September lalu.

Beliau akur dengan arahan bapa mentuanya yang juga Menteri Besar Kelantan dan Pengerusi PMBK supaya berundur bagi membersihkan namanya, selain mempertahankan kepemimpinan Pas Kelantan. Nik Aziz berkata, beliau mengeluarkan arahan itu selepas dinasihatkan pemimpin kanan Pas Pusat diketuai Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar, JKR10 disini, semalam.

Turut hadir dalam pertemuan selama sejam itu ialah Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din; Naib Presiden, Salahuddin Ayub dan Bendahari, Dr Hatta Ramli."Mereka menasihatkan saya supaya meminta menantu (Abdul Ariffahmi) mengundur diri dari PMBK demi menjaga nama baik kepemimpinan Islam dan mengelak fitnah."Saya dengan senang hati menerima pandangan itu. Beliau (Abdul Ariffahmi) akan meletak jawatan, cuma tarikh letak jawatan terserah kepadanya," kata Mursyidul Am Pas itu pada sidang media selepas pertemuan berkenaan yang turut disertai Abdul Ariffahmi, semalam.

Isu menantu Nik Abdul Aziz timbul selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu PMBK dua kali untuk menyiasat dakwaan surat layang berhubung tuduhan kronisme, salah guna kuasa dan mempersoalkan pelantikan anggota keluarga terdekat menerajui syarikat milik kerajaan yang mempunyai peranan begitu besar. SPRM turut mengambil keterangan Abdul Ariffahmi di pejabatnya di PMBK pada 9 November lalu.

Kemelut dalam PMBK berpanjangan apabila Abdul Ariffahmi memecat Pegawai Perhubungan Korporat PMBK, Syed Azidi Syed Abdul Aziz juga dikenali sebagai blogger Kickdefella, yang mendakwa mempunyai maklumat mengenai penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam perbadanan itu.

Kemelut PMBK bertambah apabila seorang ahli perniagaan yang dilaporkan menerima kontrak dengan perbadanan itu, dikaitkan dengan tajaan pakej mengerjakan haji VVIP bernilai RM65,000 seorang kepada Nik Aziz bersama isteri serta anak dan menantunya itu."Dulu masa saya lantik beliau (Abdul Ariffahmi), yang berhormat LA (penasihat undang-undang) pun ada tetapi beliau tidak komen apa-apa.

Semua yang berada dalam mesyuarat itu (ketika mengumumkan pelantikan) senyap, maka saya lantik."Namun, selepas itu timbul pelbagai fitnah daripada blogger dan banyak surat layang yang saya terima dan berdepan fitnah yang boleh mencacatkan nama baik kepemimpinan Islam," katanya. Beliau berkata, langkah mengarahkan menantunya meletak jawatan tiada kaitan dengan siasatan SPRM sebaliknya bagi mengelak fitnah menerusi surat layang dan internet terus berleluasa.

Sementara itu, Abdul Ariffahmi berkata, beliau menerima arahan meletak jawatan itu dengan hati terbuka, kerana keputusan itu diambil demi menjaga nama baik kepemimpinan Nik Aziz dan Kerajaan Pas Kelantan."Saya hanya terima arahan meletak jawatan hari ini (semalam). Saya sentiasa patuh kepada pucuk pimpinan terutama apabila gesaan ini keluar dari mulut tok guru (Nik Aziz) sendiri, kerana saya sentiasa patuh kepadanya."Saya merakamkan penghargaan kerana diberi peluang selama lapan tahun berada di PMBK sehingga menjadi CEO selepas Aidilfitri lalu.

"Dalam semua perkara, saya merujuk kepada beliau (Nik Aziz) termasuk sebelum ini meminta saya tidak melepaskan jawatan (walaupun berdepan pelbagai fitnah)," katanya. Beliau berkata, walaupun sedia meletak jawatan, namun beliau yakin tidak bersalah sebaliknya menjadi mangsa fitnah menerusi laman blog. Katanya, beliau kini sedang meneliti nasihat beberapa peguam yang dilantik sebelum menentukan tindakan terhadap laman blog yang melemparkan fitnah terhadapnya selama ini.

JM...

Isnin, 16 November 2009

Nik Aziz, menantu didesak letak jawatan!

Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan menantunya, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), Ir. Abdul Ariffahmi Ab. Rahman didesak meletak jawatan ekoran penajaan bagi menunaikan ibadat haji.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian menegaskan, kedua-dua mereka wajar berundur berikutan salah laku serius Nik Abdul Aziz menerusi pengakuan terbuka bahawa ada pihak menaja beliau dan keluarga untuk ke tanah suci Mekah. Beliau turut mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan siasatan segera terhadap dakwaan tersebut demi kepentingan rakyat kerana terdapat asas kukuh berhubung salah laku.

“Kenapa Nik Abdul Aziz boleh membenarkan dirinya dan keluarga ditaja untuk menunaikan haji dengan kos begitu tinggi? “Disebabkan itu, kita mendesak beliau dan menantunya meletakkan jawatan kerana dakwaan salah laku itu sangat serius dan memalukan kerajaan negeri,” katanya.
Beliau bercakap pada sidang akhbar selepas menyerahkan memorandum kepada wakil SPRM negeri di sini hari ini.

Penyerahan memorandum tersebut berikutan laporan media berhubung penajaan haji yang diterima oleh Nik Abdul Aziz dan keluarganya serta penyelewengan yang berlaku dalam PMBK.
Rabu lalu media melaporkan pengakuan Nik Abdul Aziz bahawa beliau ditaja oleh pihak tertentu untuk menunaikan haji dengan kos RM65,000 seorang dan mendapat layanan bertaraf VVIP.
Difahamkan rombongan tersebut dijangka disertai 10 individu termasuk isterinya, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak; anaknya, Nik Amalina dan menantunya, Abdul Ariffahmi.

Menurut blog http://ruangbicarafaisal.blogspot.com, syarikat yang bertanggungjawab menaja Menteri Besar Kelantan dan keluarganya adalah Abroad Technology Sdn. Bhd. yang berpejabat di sini. Syarikat itu mendapat hak eksklusif untuk memasang papan tanda di seluruh negeri itu. Ekoran kenyataan terbuka itu, SPRM dilaporkan telah membuka kertas siasatan berhubung perkara tersebut.

Dalam hal ini, Anuar percaya jumlah keseluruhan kos tajaan haji yang melibatkan Nik Abdul Aziz bersama ahli keluarga adalah beratus-ratus ribu ringgit. Beliau berkata, perkara tersebut turut didedahkan dalam sebuah blog http://pemudapadangrengas.blogspot. com dan telah menjadi pengetahuan umum. “Nik Abdul Aziz juga telah membuat pengakuan berhubung tajaan untuk menunaikan haji daripada beberapa individu sebelum ini sepanjang menjadi Menteri Besar,’’ ujarnya.

Bagi beliau, banyak aspek perlu dilihat secara mendalam termasuk kredibiliti Abdul Ariffahmi yang dilantik sebagai CEO dalam masa yang amat singkat. Menurutnya, berdasarkan maklumat yang diperoleh, menantu Nik Abdul Aziz itu dikatakan mula bertugas di Syarikat Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB). “Beliau kemudian dipinjamkan di PMBK bagi menjaga Projek Bandar Baru Tunjong yang diambil alih daripada Unit Perancangan Ekonomi (EPU),’’ katanya.

Menurut beliau, selepas itu Abdul Ariffahmi dilantik sebagai Ketua Bahagian Hartanah PMBK sebelum dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi awal tahun lalu dan pelantikannya turut dipertikaikan. “Bagaimanapun secara tiba-tiba dia dilantik menjadi CEO. Kita mahu tahu secara jelas, atas sebab apa dia dilantik ke jawatan yang besar ini dalam usia yang sangat muda. Adakah rekod yang dimilikinya amat baik?” soal Anuar. - UM

JM



Jumaat, 6 November 2009

Ulama Sesat, Wakil-wakil Rakyat Bodoh Yang Memalukan Islam!

Sejak tahun lalu saya dimaklumkan bahawa wakil rakyat Pas semuanya bersumpah cerai taklik bertalak tiga ke atas isteri mereka jika mereka keluar dari Pas. Saya anggap ini cerita-cerita karut yang sekadar cuba memburukkan Pas.

Namun apabila ia disahkan oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, dan khabarnya turut diakui oleh Timbalan Presiden Pas maka ia merupakan saat yang sangat menyedihkan kepada gerakan Islam di Malaysia keseluruhannya.

Mereka yang rakyat anggap sebagai ulama, tok guru dan yang berpengetahuan dalam ilmu agama menjadi talak sebagai bahan mainan politik. Pas mengarahkan wakil rakyatnya bersumpah jatuh talak tiga ke atas isteri mereka jika keluar parti. Apakah Pas lebih besar daripada Allah dan Rasul yang amat membenci penceraian?

Dengan menuntut sumpah cerai taklik talak tiga Pas mengesahkan bahawa mereka sanggup mepergunakan Allah, Rasul dan agama sehingga ke tahap apa pun demi menjaga kepentingan duniawi dan harta benda.Sejarah negara sudah menyaksikan bagaimana sekumpulan penyokong Pas di Memali, Kedah menggunakan senjata menentang arahan Polis kerana percaya kepada ajaran Pas menentang kerajaan Barisan Nasional adalah jihad.

Suatu ketika dahulu kita juga sudah menyaksikan bahawa pernah berlaku penceraian, pernikahan dua kali, sembelihan yang diharamkan makan kerana dilakukan oleh ahli UMNO dan juga solat dua imam.Kemudian kita juga mendengar fatwa Nik Aziz bahawa kita juga boleh mencarut dan memaki hamun kerana Allah juga melakukan dalam al-Quran. Ini dilakukan bagi mempertahankan beberapa orang penceramah Pas yang sukar mencarut, maki hamun dan bercakap kasar dalam ceramah mereka.

Sah lagi bahawa Pas sanggup menyamakan hak manusia dengan Allah hanya untuk kepentingan dunia. Namun apabila Pas menyertai DAP dan PKR pada alaf baru kita beranggapan segala ajaran sesat, menyeleweng serta bersifat mempergunakan agama untuk kedudukan dunia akan ditinggalkan.Rupanya yang berubah hanyalah kulit, isi masih sama. Allah dan Rasul amat membenci penceraian.

Penceraian hanyalah jalan terakhir sekiranya rumah tangga tersebut tidak dapat diselamatkan lagi. Itu hanya talak satu. Ini pula talak tiga yang dilakukan secara taklik untuk kepentingan kuasa dan kedudukan.Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang maksudnya, "Dalam banyak yang halal, penceraian merupakan sesuatu yang halal tetapi dibenci Allah." (Riwayat Abu Dawud).

Seorang Sarjana Islam membuat kesimpulan yang sangat tepat mengenai mereka yang bercerai talak tiga ini, Those Muslims who utter three divorce pronouncements at one time or in one statement are rebels against Allah's law and are deviating from the straight path of Islam.

Once the Prophet (peace and blessings be upon him) was informed about a man who had pronounced three divorces at one time, he got up in anger, saying: "Is sport being made of the Book of Allah while I am (yet) among you?" As a result, a man stood up and said, "O Messenger of Allah, shall I not kill him?" (Reported by an-Nasa'i)" Islam jenis apa yang berada di dalam Pas ini? Ini bukan ajaran Islam. Ini ajaran sesat yang bertopengkan Islam.

Khalid Samad berhujah Rasulullah dan para sahabat juga ada membuat sumpah. Memang benar tapi tunjukkan bukti rasulullah dan para sahabat pernah talak taklik terhadap Isteri kerana hal membabitkan pemerintahan dan pentadbiran atau apa sahaja hal yang di luar kisah hubungan suami-isteri.

Talak adalah isu perundangan keluarga yang sejak zaman rasulullah sehingga kini tidak pernah dijadikan sandaran untuk politik.Ketika berlaku perselisihan dan peperangan antara puak saidina Ali dan Muawiyah pun tidak pernah sesiapa antara sahabat nabi ini yang menjadikan isteri sebagai alat sandaran sokongan untuk perjuangan mereka.

Pas mencatatkan sejarah kumpulan politik Islam yang terkeji pernah lahir di muka bumi ini kerana menjadi isteri dan keluarga sebagai galang ganti sokongan politik.Untuk wakil rakyat Pas yang percaya sumpah tersebut akan menyebabkan jatuh talak tiga ke atas isteri mereka cepat-cepatlah beristighfar dan memohon keampunan Allah.

Mereka bukan sahaja mempermainkan hukum Allah malah memperjudikan isteri mereka kepada pemimpin politik. Apa akan terjadi kepada mereka jika esok Pas membuat keputusan yang merugikan Islam? Mereka terpaksa terus kekal dalam Pas kerana sumpah tersebut. Bukankah ini menyesatkan dan tidak selari dengan kehendak Islam?Sumpah cerai taklik Pas sebenarnya bukan sahaja tidak sah malah menjurus ke arah kufur.

Ini berdasarkan tulisan Sheikh Sayyed Sabiq dalam kitabnya, Fiqh As-Sunnah,
"Muslim scholars maintain that the one who divorces his wife three times in one occasion has committed a sin. It is reported that the Prophet (peace and blessings be upon him) became very angry when he was informed that a man had divorced his wife by pronouncing it three times on one occasion."

Ini bermakna cerai taklik Pas tersebut tidak sah dan haram sifatnya. Bagaimanakan Pas boleh mengadakan sumpah cerai taklik talak tiga sedangkan talak tiga itu dibenci oleh rasulullah s.a.w.?Taklik yang bertentangan dengan ajaran Islam juga dianggap batal dan tidak sah oleh jumhur ulama. Justeru apakah taklik yang dilafazkan oleh pemimpin pas ini dak bertentangan dengan ajaran Islam?

Ini kerana nikah, cerai dan taklik merupakan kontrak antara suami dan isteri bukannya ditentukan oleh pihak ketiga seperti yang berlaku di dalam Pas.Jika masih ada wakil rakyat yang masih percaya kepada ajaran sesat Pas ini mereka masih boleh meninggalkan parti tersebut kerana bukan semua ulama berpedapat lafaz cerai talak tiga sekaligus bermakna jatuh tiga talak dan tidak boleh kembali lagi.

Ibn Taymiyyah dan Ibn al-Qayyim membawa pandangan bahawa lafaz talak tiga sekaligus sepatutnya dianggap satu talak sahaja. [Ibn Taymiyyah, Ibn al-Qayyim are of the opinion that it should be counted as only one pronouncement of divorce. This is also reported by Ibn al-Munzir from `Ata', Tawus, Ibn Dinar. Ibn Mughith also reported this opinion of `Ali ibn Abi Talib, Ibn Mas`ud, `Abdur-Rahman ibn `Awf, Az-Zubayr from among the Companions of the Prophet (peace and blessings be upon him).

They quote the following hadith in support of their view: “Ibn `Abbas (may Allah be pleased with him) reports that the (pronouncement) of three divorces during the lifetime of Allah's Messenger (peace and blessings be upon him) and that of Abu Bakr (may Allah be pleased with him) and two years of the caliphate of `Umar ibn Al-Khattab (may Allah be pleased with him) was treated as once.

But `Umar ibn Al-Khattab (may Allah be pleased with him) said: "Verily the people have begun to hasten in the matter in which they are required to observe respite. So if we had imposed this upon them (i.e. regard the divorce pronounced three times in succession as irrevocable divorce, it would have deterred them from doing so)!" So he regarded it as such. This latter view is believed to be the most correct." ]

Malahan Sheikh Yusuf Al-Qaradawi dalam kitabnya, The Lawful and the Prohibited in Islam, menyatakan: "The Muslim is allowed three chances, that is to say, three pronouncements or acts of divorce on three different occasions provided that each divorce is pronounced during the time when the wife is in the period of purity and he has had no intercourse with her."

Jika masih ada wakil rakyat yang masih kekal di dalam Pas selepas diminta bersumpah taklik atas keluarga mereka memanglah mereka ini jenis manusia yang dayus dan mempermainkan hukum hakam Allah. Layakkah mereka terus menjadi wakil rakyat dan pemimpin umat Islam?

Wallahualam.

JM : Mykmu

Ahad, 1 November 2009

Bukan kocakan dalam cawan!

SEORANG pemimpin muda Pas memberitahu penulis bahawa segala kekalutan yang berlaku dalam parti itu pada masa ini hanyalah ‘kocakan di dalam cawan.’

Maksud beliau ialah ia tidak akan sampai memudaratkan parti atau lebih tepat lagi boleh memecah belahkan parti.

Dari satu segi penulis tidak menafikan andaian berkenaan, namun begitu perlu juga diperingatkan bahawa ‘kocakan di dalam cawan’ tersebut telah meleleh keluar sehingga memaksa pucuk pimpinan Pas mengadakan mesyuarat khas bagi ‘membersihkannya.’’

Akhirnya seperti diduga, mesyuarat khas itu berlangsung dan berakhir dengan satu ‘resolusi’ yang dianggap untuk menyenangkan hati semua pihak yang terlibat. Jawatankuasa Pas Pusat memutuskan tidak mengadakan Muktamar Agung Khas (EGM), sebaliknya bersetuju diadakan satu seminar bagi membincangkan pelbagai isu yang dihadapi oleh parti itu.

Ia bermakna Pas mengamalkan pendekatan menyelesaikan masalah dan pertikaian melalui kaedah menarik benang di dalam tepung, benang tak putus, tepung tidak berselerakan.
Semua pemimpin yang menjadi tumpuan dalam ‘perbalahan’ hadir dalam mesyuarat itu yang diadakan pada Rabu lalu. Selain Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mencetuskan isu EGM tersebut, tiga pemimpin yang menjadi sasaran beliau turut hadir mereka ialah Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa, Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya Pas, Selangor, Datuk Dr.Hassan Ali.

Seperti diduga juga apabila mesyuarat itu selesai dengan baik (walaupun kita tidak tahu apa sebenarnya berlaku ketika mesyuarat berlangsung), pihak-pihak yang dianggap ‘musuh’ oleh sesetengah kelompok dalam Pas mula menjadi sasaran.

Tuduhan bahawa ‘musuh’ tersebut kecewa kerana perbalahan di dalam Pas sudah berakhir pun bergema. Malah ada penulis-penulis blog yang menyokong Pas secara terbuka menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) dan UMNO kecewa dengan penyelesaian damai yang dicapai oleh Pas. Sebenarnya mereka berhak menulis apa sahaja dan membuat sebarang tafsiran yang mereka suka tetapi persoalannya sejauh manakah keputusan mesyuarat khas berkenaan akan meredakan situasi di dalam Pas?

Apa yang perlu difahami oleh semua pihak, kekalutan yang berlaku di dalam Pas bukan didorong atau dihasut oleh mana-mana pihak di luar parti itu. Segalanya bermula dengan kenyataan Nik Abdul Aziz yang mahu EGM diadakan bagi ‘membersihkan’ beberapa pemimpin Pas yang dilihat bermasalah. Dari situ bermulalah kekalutan, biarpun cadangan EGM tersebut kemudiannya ditukarkan kepada mesyuarat khas. Ertinya, tidak ada campur tangan pihak luar sehingga memungkinkan Pas dilihat berhadapan dengan perbalahan.

Oleh itu, apabila pemimpin-pemimpin Pas mencapai kesepakatan untuk mengadakan sekadar satu seminar politik pada 7 November ini dan bukannya EGM, maka keputusan itu harus dihormati. Tetapi persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak termasuklah di kalangan ahli- ahli Pas sendiri, sejauh manakah seminar itu mampu menyelesaikan kemelut yang berlaku.
Ada yang sudah bertanya seandainya Nik Abdul Aziz tidak membuat kenyataan mengenai EGM atau mesyuarat khas Pas, apakah Pas akan mengadakan seminar politik bagi memperkasakan parti seperti mana yang hendak diadakan?

Malah ahli-ahli Pas juga bertanya, kalaulah tiada artikel yang disiarkan oleh mana-mana media mendedahkan mengenai kepincangan dalam Pas apakah perhimpunan di Taman Melewar itu akan berlangsung?

Cabaran

Semua ini menjadi cabaran kepada kepimpinan Pas untuk memastikan seminar tersebut bukan sekadar seminar biasa. Ia adalah seminar yang bakal menentukan hala tuju Pas selepas ini.
Hakikatnya terlalu banyak yang perlu Pas bincang atau tentukan dalam seminar berkenaan dan paling utama bagaimanakah Pas hendak memastikan parti itu benar-benar menjadi peserta utama dalam pakatan pembangkang dan bukannya sekadar ‘pak turut’.

Ia kerana walaupun Pas sudah secara rasminya menutup pintu rundingan dengan BN dan UMNO mengenai kerajaan perpaduan, tetapi itu bukanlah bermakna ia membuka laluan selesa kepada Pas untuk menjadi parti dominan dalam pakatan pembangkang. Penyokong dan ahli Pas boleh mentafsirkan apa sahaja mengenai kenyataan ini termasuklah tuduhan jahil bahawa ia bertujuan memecahkan pakatan pembangkang yang didakwa kini semakin mendapat sokongan rakyat.

Tetapi realitinya, semua orang tahu bahawa Pas sebenarnya berhadapan dengan masalah untuk meyakinkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP bahawa mereka berhak menjadi parti dominan dalam pakatan tersebut. Buat masa ini, Pas dilihat tidak mempunyai suara dan banyak tindakan atau cadangan parti itu ditolak mentah-mentah oleh PKR dan DAP. Kedua-dua parti berkenaan hanya melihat Pas sebagai ‘anggota pelengkap’ sahaja bagi mengelakkan pertembungan sesama pembangkang menentang BN.

Oleh itu perwakilan yang hadir di dalam seminar nanti perlu memberikan penegasan mereka bahawa mereka mahu melihat Pas dominan. Penegasan ini bukanlah bertujuan untuk mencetuskan ketegangan sesama pakatan pembangkang tetapi ingin memastikan kedudukan Pas yang sewajarnya.

JM - UM