UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 30 Jun 2011

Nik Aziz 'larikan diri', tidak restu Bersih?

Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak merestui perhimpunan haram Bersih kerana telah 'melarikan diri' keluar negara ketika pemimpin pembangkang sedang bersiap sedia untuk menempuh 9 Julai ini.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian berkata, sekiranya Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am Pas menyokong perhimpunan tersebut, ia bermakna beliau menafikan haknya serta Pas untuk memerintah negeri ini.

Beliau berkata, perhimpunan tersebut merupakan satu program yang amat besar kepada pembangkang dan cuba menarik penglibatan ratusan ribu rakyat di negara ini.

"Saya nampak Nik Abdul Aziz cuba untuk melarikan diri daripada terlibat dengan Bersih, dia tidak setuju dengan Bersih, kalau dia setuju dia menafikan hak untuk memerintah Kelantan kerana Pas dipilih melalui pilihan raya.

"Kelantan diperintah oleh Pas selama 20 tahun, kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus, kita tidak akan biar Pas memerintah selama 20 tahun kerana kita mampu boleh beri lebih baik kepada rakyat Kelantan. Tetapi disebabkan SPR telus kita menerima keputusan pilihan raya ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz bersama isteri, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak telah berlepas ke Uzbekistan dan mengerjakan umrah di Mekah, Selasa lalu. Turut serta Exco Kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah.

Difahamkan Nik Abdul Aziz akan berada di luar negara selama dua minggu dan tugasnya dilakukan timbalannya, Datuk Ahmad Yaacob.

Terdahulu, kira-kira 100 pemuda yang berpakaian serba merah mengadakan perhimpunan secara aman di hadapan ibu pejabat Pas Kelantan di sini kira-kira pukul 3 petang ini bagi mendesak Pas tidak terlibat dengan perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.

Mereka berkumpul selama 30 minit dengan membawa bendera 'patriot' dan sepanduk yang di antaranya tertulis: 'Tok Guru gi buat umrah sebab tak sir terlibat dengan Bersih, takkan puak-puak Pas tak sedar lagi', 'Pas jadi kuda tunggangan DAP dan Anwar Ibrahim' dan 'Perhimpunan Bersih yang kotor'.

Sementara itu, Anuar berkata, perhimpunan secara aman 'patriot' dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) diadakan bagi mendesak Pas supaya tidak melibatkan diri dengan Bersih kerana ia jelas mengganggu ketenteraman awam.

"Pas harus sedar siapa Ambiga Sreenevasan, seorang pejuang untuk kesamarataan agama malah dalam kes Lina Joy, beliau yang mempertahankan kebebasan agama. Apakah perjuangan Ambiga selaras dengan perjuangan Pas," katanya.-UM.

Juragan Malawati.

Gempar..!!! : Gobalakrishnan dakwa Anwar Omegay buat pengubahan wang haram?

Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan hari ini mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim adalah ‘raja’ kepada segala aktiviti pengubahan dan pengaliran wang haram di negara ini.

Ia bersandarkan dakwaan bahawa Anwar melalui ‘orang tengah’ telah membawa keluar ratusan juta ringgit dalam not RM500 dan RM1,000 untuk disimpan di Indonesia dengan menggunakan jet peribadi milik syarikat judi.

Mengukuhkan lagi dakwaan itu, Gobalakrishnan berkata, semasa Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dahulu, sebanyak RM13.2 bilion wang dalam not RM500 dan RM1,000 telah dicetak.

Sehubungan itu, beliau menuntut Kementerian Kewangan menyiasat secara terperinci penglibatan Anwar dalam aktiviti tersebut dan berjanji akan membantu siasatan pihak berkuasa jika beliau diberi imuniti (kekebalan).

“Anwar ‘raja’ segala aktiviti penggubahan dan pengaliran wang haram di negara ini. Berbeg-beg wang dalam not RM500 dan RM1,000 diterbangkan ke Indonesia,” katanya semasa membahaskan Rang Undang-Undang Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 di Dewan Rakyat, hari ini.

Pada masa sama, beliau juga tidak menolak kemungkinan Anwar terbabit dalam aktiviti pengaliran wang haram berjumlah RM888 bilion seperti yang dilaporkan oleh Integriti Kewangan Global (GFI).

Ini kerana, kata Gobalakrishan, Anwar adalah pengamal nepotisme dan kronisme tegar dan beliau percaya, duit tersebut jugalah diguna sewaktu ketua pembangkang itu ‘mengguling’ Allahyarham Tun Ghafar Baba dahulu.

Selain itu, beliau juga mendakwa Anwar bersama Azmin Ali (PKR-Gombak) mengarahkan agar dana RM50 juta untuk Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelidikan Felda di Selangor, dialirkan secara haram kepada pemimpin pembangkang.

Tidak cukup dengan semua pendedahan itu, bekas wakil rakyat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, Azmin dan isterinya, Shamsidar Taharin serta seorang ahli perniagaan berbangsa Cina melaburkan jutaan ringgit dalam syarikat modal, tanpa diketahui dari mana datangnya wang berkenaan.

Sementara itu, bimbang lebih banyak rahsia dalaman mereka ‘dilondehkan’, Azan Ismail (PKR- Indera Mahkota) dan Dr. Siti Mariah Mahmud (Pas-Kota Raja) cuba menghentikan Gobalakrishnan daripada terus membuat pendedahan.

“Padang Serai ini dah makan tengah hari ke belum? Saya kagum dengan keberanian Padang Serai tetapi setuju atau tidak sebelum persidangan setiap ahli Parlimen perlu menjalani ujian air kencing untuk dipastikan dia mabuk atau tidak,” kata Azan.

Kemudian Siti Mariah pula bangkit membantu: “Bila Padang Serai buat tuduhan, kenapa tak lapor kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kalau berlaku salah guna, saya harap begitulah, tolong bawa kepada SPRM.”

Namun, percubaan Azan dan Siti Mariah itu gagal menghentikan tindakan berani Gobalakrishnan apabila beliau secara bersahaja dan sinis berkata: “Saya sudah makan tengah hari dan sekarang sedang makan PKR.”

Hahaha...Gobalakrisnan, kasi londeh sama Anwar. Sebelum ini Senator Ezam pun ada kata Omegay dah bahagikan wang kepada kroni-kroninya semasa beliau jadi Menteri Kewangan. Tak perlulah disebutkan nama mereka disini. Cukuplah kalau siapa yang makan cili, dialah yang terasa pedasnya.

Juragan Malawati..

Rabu, 29 Jun 2011

Lupakah kita kepada kekejaman komunis?

Cukup melampau. Apa nak jadi dengan rakyat terutamanya segelintir ahli politik negara ini? Itulah ungkapan yang keluar dari mulut majoriti rakyat Malaysia apabila membaca laporan adanya usaha untuk menghidupkan kembali unsur komunis di negara kita.

Penahanan 31 orang ahli Parti Sosialis Malaysia (PSM) di Plaza Tol Sungai Dua, Pulau Pinang bersama-sama dengan 28 helai pakaian warna hitam dan merah tertera nama dan gambar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu Chin Peng, Abdullah CD, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah serta gambar tokoh komunis Argentina, Ernesto Che Guevara atau dikenali sebagai El Che menceritakan segala-galanya.

Apakah golongan ini sedar dengan apa yang cuba mereka lakukan? Kita percaya mereka cukup sedar kerana majoriti peserta yang terlibat dalam isu ini adalah orang dewasa yang matang dan tahu baik buruknya sesuatu tindakan.

Ini menyebabkan sukar untuk kita percaya bahawa masih terdapat rakyat kita yang mahukan puak komunis menguasai negara ini setelah apa yang pernah rakyat dan negara ini alami semasa zaman komunis dahulu. Apakah mereka lupa segala kekejaman komunis terhadap rakyat kita? Kenapa begitu mudah dan cepat golongan ini lupa tentang sejarah tersebut? Atau mereka memang sengaja tidak mahu mengambil tahu sejarah terbabit?

Bagi rakyat yang waras, terutamanya bagi mereka yang pernah melalui detik-detik hitam semasa zaman komunis dahulu, pastinya akan marah dan melenting dengan tindakan kumpulan ini. Kita tidak dapat bayangkan perasaan kecewa dan marah para perajurit kita yang pernah menentang komunis yang masih bersama dengan kita. Malah bagi kita yang tidak pernah merasai detik hitam itu pun rasa cukup takut, ngeri dan marah apabila membacanya dalam buku-buku sejarah.

Justeru, hanya manusia yang hilang kewarasan mahukan zaman komunis berulang kembali. Janganlah hanya kerana mengejar kuasa politik dan ingin memenuhi tuntutan pihak-pihak tertentu kita sanggup menggadai keselamatan dan ketenteraman awam secara keseluruhannya.

Mana ada negara yang aman dan damai di bawah komunis? Mana ada rakyat yang hidup selesa dan seronok di bawah komunis? Bukalah mata hati dan gunakanlah akal fikiran yang ada untuk menilai dan berfikir dengan sebaik yang mungkin sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Ingat, sesal dahulu ada pendapatan. Jangan kita umpama marahkan nyamuk kelambu dibakar. Malah dalam hal ini bukan setakat kelambu tetapi tindak tanduk kumpulan ini seolah-olah membakar seluruh rumah terbabit.

Kami rakyat Malaysia yang cintakan keamanan, perpaduan dan keselamatan negara ini menentang sekeras-kerasnya tindakan kumpulan yang tidak bertanggungjawab ini. Kami mahukan pihak berkuasa mengambil tindakan keras yang sewajarnya termasuk mempertimbangkan untuk menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) jika perlu.

Tolong jangan hancurkan negara kami. Kalau mahukan pemerintahan komunis, tuan-tuan dan puan-puan yang terlibat dalam pergerakan ini dialu-alukan untuk berpindah ke negara komunis yang anda minati. Kami benci komunis!

Juragan Malawati..

Selasa, 28 Jun 2011

Video seks: Karpal Singh berang, label Utusan sebagai 'Utusan iblis'!

Pengerusi DAP, Karpal Singh, hari ini berang dengan laporan beberapa akhbar khususnya Utusan Malaysia, mengenai perbicaraan trio 'Datuk T' kerana mendedahkan pengesahan pakar mengenai identiti pelaku video seks.

Berang kerana identiti anak guamnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibongkar peguam, Datuk Mohammad Shafie Abdullah dengan mengambil kira pengesahan dua pakar dari Amerika Syarikat, Karpal menggelar akhbar ini sebagai 'Utusan iblis'.

"Dalam surat khabar Tuan Speaker (Tan Sri Pandikar Amin Mulia)... ekoran daripada apa yang jadi dalam mahkamah, pada hari Sabtu dalam The Star, jelas Anwar; dalam Sinar Harian, memang Anwar dan 'Utusan iblis' ini sama," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang Saraan Hakim Pindaan 2011, di Dewan Rakyat, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Mohammad Shafie memberitahu, dua pakar dari Dartmouth College, Hanover, New Hampshire, Prof. Hany Farid dan Prof. Lorenzo Torresani mengesahkan bahawa video seks tersebut tulen dan pelakunya adalah 99.99 peratus menyamai Anwar.

Terdahulu, Karpal mempersoal apa keperluan untuk membuktikan identiti pelaku video lucah, sehingga memerlukan mahkamah membenarkan penayangan semula video yang dikaitkan dengan Anwar semasa perbicaraan itu berlangsung.

"Apa motif untuk mengadakan keadaan sebegitu dalam mahkamah? Siapa dalangnya, Tuan Speaker? Adakah keperluan bagi kes seperti ini, untuk didedahkan aktor dalam video lucah itu," jelasnya.

Satu ayat untuk lu la Karpal Poosing..lu memang haram jadah!!! Mangkok hayon..!!!

Juragan Malawati..

Isnin, 27 Jun 2011

Arwah Ustaz Fadzil Mohd Noor juga pernah gadai ideologi PAS!

Jika kita masih ingat buat pertama kali, pada 24 Oktober 1999, manifesto bersama BA dilancarkan di Hotel Federal, Kuala Lumpur.

Tarikh 24 Oktober itu adalah hari yang seharusnya menjadi tanggal yang menyedihkan para penyokong Parti Islam Se-Malaysia (Pas). Pada hari itulah para pemimpin Pas melakukan jenayah idealisme yang paling besar dalam sejarah parti itu.

Mereka secara sedar dan terbuka menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam dalam manifesto barisan alternatif semata-mata untuk menyesuaikan parti itu dengan strategi mengejar kuasa.

Pada tarikh itu Presiden Pas, Datuk Fadzil Noor menunjukkan toleransi terhadap Setiausaha Agung DAP, Lim Kit Siang, pemimpin sebuah parti cauvinis Cina yang selama berpuluh-puluh tahun memperjuangkan kewujudan masyarakat demokratik-sosialis.

Kemesraan yang dibuat-buat itu, yang dipupuk atas sentimen bahawa ia mungkin memberi kesempatan kepada Pas dan DAP berkuasa, sebenarnya adalah satu tikaman kepada perjuangan Pas selama ini.

Manifesto tersebut menunjukkan kompromi Pas. Parti itu sanggup berkompromi dalam isu yang selama ini menjadi tulang belakang perjuangan parti itu.

Tolak ansur dalam soal yang begitu sentral dalam politik ortodoks Pas merupakan satu pengkhianatan kepada idealisme. Ia melambangkan hipokrit dan kepura-puraan yang tiada tandingnya. Kita boleh menerima Pas bertolak ansur dari segi pembahagian kerusi atau pendekatan kempen pilihan raya tetapi bukan dalam soal dasar seumpama itu.

Apabila para pemimpin Pas sanggup mengikut telunjuk DAP dengan membuang matlamat penubuhan negara Islam, ia bermakna kita berada di persimpangan bahaya. Mereka mungkin kelak tunduk kepada tekanan-tekanan Barat yang lebih hebat dalam hubungan antarabangsa yang mengancam.

Parti politik sama dengan manusia. Apabila seseorang manusia menjual jiwa dan pegangan diri, manusia itu akan menjadi seperti robot yang hidup cuma untuk mencapai objektif yang diprogramkan berdasarkan aspirasi orang yang mengawal perlakuannya. Pas tidak boleh menafikan bahawa ia telah menjadi manusia seperti itu yang dikawal oleh DAP, Keadilan dan falsafah sosialis Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Setelah dikritik sebagai hipokrit, Timbalan Presiden Pas ketika itu, Abdul Hadi Awang mendakwa, Pas tidak sekali-kali menggugurkan matlamat penubuhan negara Islam. Menurutnya, Pas akan menerbitkan manifesto berasingan mengenai penubuhan negara Islam menjelang pilihan raya umum nanti.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut yang dikeluarkan untuk menjaga air muka para pemimpin Pas dalam berhadapan dengan pengikut mereka - seharusnya mengajar kita mengenai keikhlasan dan hati budi pemimpin.

Pas tidak boleh memilih untuk menjadi sekular pada 24 Oktober 1999 lalu ketika melancarkan manifesto yang menggugurkan matlamat negara Islam, tetapi keesokan harinya pula cuba menjadi malaikat. Islam tidak mengajar kita mempunyai lidah bercabang.

Dan pada tahun ini peristiwa yang sama berulang semula. Dalam muktamar Pas baru-baru ini Presiden Pas, Ustaz Abdul Hadi mengulangi apa yang telah dibuat oleh arwah Ustaz Fadhil Noor dengan menggugurkan matlamat menegakkan negera Islam dan digantikan dengan negara berkebajikan! MasyaAllah...!!!

POLITIK ADALAH MENGENAI ILTIZAM DAN KEYAKINAN. KITA MENGAJAK AHLI-AHLI PARTI KITA BERJUANG MENUJU KE SATU MATLAMAT DENGAN CARA YANG JUJUR, BERMORAL DAN PENUH INTEGRITI.

KITA TIDAK MENGAJAR AHLI-AHLI PARTI SUPAYA MELUPAKAN DAN MENYEMBUNYIKAN MATLAMAT KITA HARI INI SUPAYA ORANG CINA DAN INDIA TERTIPU. APABILA ESOK ORANG BUKAN ISLAM TELAH LUPA, KITA KONONNYA BOLEH KEMBALI KEPADA MATLAMAT ITU.

IDEA PENUBUHAN NEGARA ISLAM ADALAH JIWA PAS. JIKA KITA CUBA MENIPU DAN MEMUTAR BELIT MENGGUNAKAN JIWA ITU, KITA HARUS MENERIMA HAKIKAT BAHAWA KITA BUKAN AHLI POLITIK YANG TULUS. KITA TIDAK IKHLAS KEPADA PENGIKUT KITA. DAN LEBIH MENGHARUKAN IALAH KITA TIDAK JUJUR KEPADA TUNTUTAN ALLAH S.W.T.

Oleh : Bekas Ahli Pas Selangor

Juragan Malawati..

Ahad, 26 Jun 2011

Gempar..!!! Usaha hidupkan semula gerakan subversif?

Kecekapan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya membongkar sekali gus membanteras kegiatan antikerajaan yang dipercayai melibatkan sebuah parti pembangkang lengkap dengan bukti risalah dan pakaian prokomunis diperoleh selepas tangkapan ke atas mereka di Pulau Pinang, kelmarin.

Polis mengesan gerakan terancang pihak tertentu didakwa cuba menghidupkan semula fahaman komunis bagi tujuan menjatuhkan kerajaan melalui perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

Gerakan itu juga didakwa sedang giat menyebarkan propaganda anti kerajaan termasuk melalui risalah yang secara terang-terangan menghasut rakyat menggulingkan pemerintah seperti berlaku di negara-negara Asia Barat.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalam.

Menurutnya, selain membawa beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’ termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.

“Berdasarkan isi kandungan risalah, tulisan nama pemimpin PKM di bahagian belakang baju T, polis percaya kumpulan itu ada membawa unsur-unsur untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang haram dari sudut undang-undang.

“Ini sesuatu yang serius kerana kempen Bersih itu nampaknya dimasukkan unsur-unsur seolah-olah untuk hidupkan semula fahaman komunis, bukannya semata-mata menuntut pilihan raya bersih,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Semalam, Jeyakumar bersama 30 lagi individu dipercayai penyokong Bersih ditahan ketika menaiki sebuah bas di Plaza Tol Sungai Dua, di sini.

Kumpulan itu ditahan kira-kira pukul 3.40 petang ketika menaiki bas pesiaran yang dipercayai dalam perjalanan dari Sungai Petani ke Pulau Pinang bagi mempromosikan perhimpunan tersebut.

Abdul Rahim berkata, pihaknya merampas 28 helai baju T tertera wajah pemimpin komunis, 15 batang bendera logo PSM, 5,000 risalah ‘Udahlah tu..Bersaralah’, 600 risalah perhimpunan Bersih, 1,500 risalah PSM dan dua banner tertulis ‘Udahlah tu, Cukup 54 Tahun, Bersaralah’.

Turut dirampas dalam bas berkenaan adalah dua alat pembesar suara dan mikrofon.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Rahim turut membacakan salah satu ayat dalam risalah milik kumpulan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Bersih yang berbunyi:

“Kalau rakyat Marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita. Pemerintahan satu parti. Masa untuk perubahan”.

Menurut Abdul Rahim, tindak-tanduk kumpulan berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara apatah lagi melibatkan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh undang-undang.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 64 tahun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 20 tahun atau denda.

“Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan polis manakala seorang daripadanya yang berusia 16 tahun dibebaskan kerana masih di bawah umur,” tambahnya.

Juragan Malawati..

Sabtu, 25 Jun 2011

Anwar Omegay wajib letak jawatan!

Anwar Ibrahim wajib meletakkan segala jawatannya selepas dua pakar dari Amerika Syarikat (AS) mengesahkan lelaki dalam klip video seks yang ditayangkan oleh trio Datuk ‘T’ menyerupai Ketua Pembangkang itu.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin berkata, pakar dari AS itu juga mengesahkan rakaman video seks terbabit adalah tulen dan tidak ada sebarang ‘tampering’ (diubah-ubah) serta ‘superimpose’ (imej ditindih).

Menurut beliau, bukan itu sahaja, kamera litar tertutup (CCTV) hotel turut membuktikan Anwar dan ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berada di lobi hotel tersebut ketika tarikh rakaman klip berlaku.

“Dia wajib letak jawatan. Semua jawatan. Tiada dolak-dalih, tiada putar-belit dan tiada bohong lagi. Semuanya sudah jelas. Letaklah semua jawatan; politik, kerajaan dan lain-lain.

“Letaklah jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh; letaklah jawatan sebagai Ketua Pembangkang; letaklah jawatan sebagai Ketua Umum dan Penasihat PKR serta letaklah jawatan Penasihat Ekonomi Selangor.

“Hentikanlah sandiwara dan lakonan jijik serta kotor ini. Hentikanlah mengheret dan memperkudakan para ulama terutama dari Pas. Ringkasnya, pergilah bertaubat. Cucilah diri,” katanya dalam entri terbaru bertajuk ‘Dah terang bersuluh pula!’ di blognya, http://zul4kulim.blogspot.com hari ini.

Mengulas lanjut, Zulkifli berkata, selain pengesahan pakar dan bukti daripada CCTV, kelibat Shazryl Eskay turut muncul dalam klip video tersebut.

“Klip video berkenaan juga mengesahkan terdapat tiga watak di dalamnya iaitu seorang lelaki (Shazryl Eskay), seorang lelaki dikenal pasti sebagai Anwar dan seorang wanita berbangsa Cina.

“Perlu saya tekankan di sini, kita tidak menuduh Anwar berzina dengan wanita itu. Itu persoalan yang perlu dibuktikan di Mahkamah Syariah berdasarkan beban pembuktian yang ditetapkan syarak.

“Apa yang penting di sini ialah video tersebut membuktikan Anwar Ibrahim tidak layak menjadi pemimpin, apatah lagi menjadi Perdana Menteri sebuah negara umat Islam,” tegas beliau.

Katanya, dalam beberapa kejadian yang berlaku di AS, Turki dan Indonesia sebelum ini, sudah ramai golongan pemimpin dan ahli politik bertindak meletak jawatan ekoran terlibat dengan ‘jenayah’ lucah.

“Tetapi di Malaysia, setelah dipanggil membela diri kerana meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan, dengan pembuktian asid deoksiribonukleik (DNA) yang jelas dan dengan klip video yang disahkan tulen, Anwar bukan sahaja tidak mahu meletak jawatan, bahkan menyalahkan kerajaan dan semua orang lain atas kegiatan tidak bermoral beliau itu.

“Kadang-kadang, bila tengok rentetan peristiwa di luar negara, orang kafir pun lebih tinggi maruah dan nilai diri serta prinsip mereka,” ujarnya.

Zulkifli kemudiannya menggesa rakyat supaya berhati-hati ekoran sumber dalaman Parti Keadilan Rakyat (PKR) memaklumkannya bahawa terdapat perancangan untuk membuat satu klip video palsu atau mengubah suai klip video yang ditayangkan Shazryl Eskay sehingga menimbulkan keraguan.

“Video palsu itu akan dicetak dengan banyak dan ditaburkan kepada rakyat. Kaum-kaum durjana ini kemudian akan membuat laporan polis mendakwa UMNO, Barisan Nasional dan kerajaan bertanggungjawab kononnya menyebar klip video itu,” tambahnya.

Juragan tidak dapat bayangkan jika seorang pengamal seks luarbiasa ini menjadi PM kita..nauzubillah..!!!

Juragan Malawati..

Rabu, 22 Jun 2011

Sokong Penstrukturan Semula Air Selangor!

1. Salah satu perbincangan hangat sekarang ialah mengenai masa depan industri air bersih di Lembah Klang. Ramai yang berasa khuatir dan bimbang Lembah Klang akan mengalami krisis air yang lebih serius daripada 1998 jika kajian yang dilakukan oleh pelbagai pihak sebelum ini menjadi kenyataan.

2. Kajian oleh Kerajaan Persekutuan sebelum ini menunjukkan Lembah Klang akan mengalami krisis air yang serius pada 2014 jika tiada usaha bersepadu mendapatkan bekalan air mentah dari luar Lembah Klang. Pelbagai kajian dilakukan termasuk mendapatkan air di Perak, namun akhirnya kos mendapatkan air dari Pahang yang paling murah.

3. Justeru kerajaan Persekutuan telah bersetuju membiayai Projek Penyaluran Air Mentah Pahang ke Selangor yang bernilai sekitar RM3.936 bilion. Sebahagian besar pembiayaan projek adalah melalui pinjaman Japan International Cooperation Agency (JICA) dan selebihnya dibiayai geran Kerajaan Persekutuan. Perjanjian pinjaman yang ditandatangani pada 31 Mac 2005 memperuntukkan bahawa JICA akan menanggung sebanyak 75 peratus daripada kos kerja pembinaan manakala baki 25 peratus lagi akan ditanggung Kerajaan Pusat.

4. Justeru apabila kerajaan negeri berusaha menangguhkan pembinaan loji rawatan air di Hulu Langat, kerajaan persekutuan perlu menanggung beban kewangan termasuk peningkatan kadar faedah daripada pinjaman.

5. Tindakan kerajaan negeri bermain politik dalam isu air ini sangat tidak munasabah. Penstrukuturan air, kenaikan harga air dan pembinaan loji pembersihan air di Hulu Langat adalah isu yang berasingan. Khalid Ibrahim memperjudikan nasib penduduk lembah klang hanya untuk menunjukkan beliau menjadi juara rakyat dalam masa yang singkat tetapi merosakkan masa depan rakyat untuk mendapat bekalan air bersih.

Sejarah Industri Air Selangor

6. Sebelum menunding jari kepada kerajaan Pusat atau mana-mana pemimpin kita perlu memahami sejarah industri air di Selangor terlebih dahulu. Pada awalnya semua industri air dikawal selia oleh Jabatan Bekalan Air Selangor (JBAS). Kemudiannya timbul keperluan untuk meningkatkan kualiti rawatan air akibat banyak kritikan ketika itu. Justeru itu pada 1997, kerajaan negeri melantik Puncak Niaga sebagai pengendali 27 loji rawatan air di Selangor.

7. Pada 1998, berlaku satu krisis air yang serius di Lembah Klang. Ini menyebabkan kerajaan negeri mencari kaedah untuk menambah jumlah empangan. Pada 1999, Konsortium ABBAS telah dilantik untuk membina dan mengendalikan empangan dan loji air Sungai Semenyih. Pada tahun yang sama satu lagi syarikat, Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH)telah diberi tanggungjawab membina dan mengendali Loji air Sungai Badung, Selangor yang berharga lebih RM 2 Bilion.

8. Pada 2001, terdapat banyak aduan dan kritikan mengenai kualiti air. Selain itu JBAS juga mengalami kerugian kerana kehilangan air yang tidak digunakan (Non revenue water [NRW]) sekitar 45%. NRW yang tinggi ini juga menyebabkan JBAS rugi kerana jumlah air yang dibayar oleh pengguna kurang daripada jumlah air yang dibayar oleh JBAS kepada pengendali loji.

9. Setelah kajian dijalankan didapati kedua-dua masalah ini berpunca daripada sistem paip lama yang berkarat dan bocor. Untuk menggantikan keseluruhan paip lama sepanjang 2, 400 KM ini memerlukan kos yang tinggi iaitu kira-kira RM 2 bilion. JBAS tidak mampu melakukannnya secara bersendirian. Justeru JBAS diperbadankan dengan nama Perbadanan Air Negeri Selangor PUAS). Selepas Puas diperbadankan, ia berusaha mendapatkan pinjaman daripada kerajaan persekutuan sebanyak RM 2 bilion bagi program penggantian paip lama. Bagaimanapun ia ditolak kerana JBAS masih mempunyai hutang sebanyak RM 756 juta kepada Pusat.

10. Kerajaan Persekutuan mencadangkan agar PUAS diswastakan kepada Syabas dengan hasrat Syabas menanggung kos penggantian paip-paip tersebut.

11. Satu perjanjian antara kerajaan negeri dan Syabas telah disediakan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU), Jabatan Perdana Menteri. Walaupun terdapat fasal-fasal mengenai kenaikan tarif air namun ia mesti dipersetujui secara bersama antara Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Syabas setiap kali ada permintaan untuk menaikkan tarif tersebut. Kerajaan negeri telah meminta diwujudkan Panel Penentuan Tarif Air yang membabitkan wakil negeri, persekutuan dan Syabas dan juga Jawatankuasa Teknikal bagi mengkaji setiap asepek sebelum permohonan kenaikan tarif diluluskan.

12. Selain itu, perjanjian tersebut turut mensyaratkan Syabas melakukan penggantian paip sepanjang 2400 KM menggunakan barangan tempatan, mengurangkan NRW kepada bawah 25% dan meningkatkan kualiti air sebelum boleh membuat sebarang tuntutan kenaikan tarif. Semua ini gagal dipenuhi oleh Syabas.

Penstrukturan Semula Air Selangor

13. Apabila Syabas gagal memenuhi syarat perjanjian termasuk menggunakan paip buatan tempatan dalam penggantiannya, kerajaan negeri memutuskan untuk menstrukturkan semula industri air di Selangor. Pada 2006, Kerajaan Negeri telah mengarahkan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) memulakan pelan pengambil alihan semua syarikat yang terbabit dalam industri air di Selangor seperti Abbas, Splash, Puncak Niaga dan Syabas.

14. Usaha penstrukturan semula ini berlaku pada 2007 apabila KDEB telah mengambil alih ABBAS dan mula berunding untuk mengambil alih Splash, Puncak Niaga dan Syabas. (lihat laporan THE EDGE MALAYSIA pada 12 Nov 2007). Tujuan penstrukturan semula ini bagi membolehkan syarikat yang menguruskan air mendapat keuntungan lebih dan mengurangkan tarif air pada masa akan datang melalui cross subsidization. Dalam keadaan sekarang hanya pengendali loji yang mendapat keuntungan maksimum, manakala pembekal air terpaksa menanggung kerugian akibat NRW dan kegiatan “curi air”. Pembekal terpaksa membayar penuh kepada pengendali loji tetapi berhadapan kerugian 45% berdasarkan NRW.

15. Usaha penstrukturan semula ini sewajarnya dikendalikan sepenuhnya oleh KDEB memandangkan ia anak syarikat milik penuh kerajaan negeri. Namun ia mungkin sukar dilaksanakan pada masa sekarang memandangkan KDEB sendiri mempunyai hutang beratus juta kepada kerajaan negeri hasil pelaksanaan sistem subsidi air yang dijalankan sejak dua tahun lalu. Kerajaan negeri dilaporkan telah meminjamkan sejumlah RM 200 juta kepada KDEB untuk dibayar kepada Syabas bagi skim subsidi 20 meter padu air percuma. Sehingga kini hanya RM 28.2 juta dibayar semula oleh KDEB kepada kerajaan negeri. Dari segi prestasi kewangan sukar sama sekali KDEB mendapat pinjaman daripada mana-mana institusi kewangan bagi membiayai proses pengambil alihan Syabas dan lain-lain syarikat.

16. Penstrukturan semula ini juga selari dengan penubuhan Suruhanjaya Pengurusan Air Negara (SPAN) dan Perbadanan Air Berhad (PAB) di peringkat Pusat. SPAN akan mengawasi keseluruhan industri air negara dan mengeluarkan lesen kepada pengendali air negeri-negeri. Manakala PAB akan mengambil alih semua infrastruktur air negeri-negeri dan menyewakan semula kepada pengendali air negeri-negeri. Melalui kaedah ini, isu-isu penggantian paip, pembinaan empangan dan loji rawatan akan berada di bawah PAB dan pengurusan kewangan Persekutuan. Ini akan memberi kualiti pengurusan air yang lebih baik pada masa akan datang.

Politik Air Pakatan Rakyat

17. Perubahan tampuk kepimpinan Kerajaan Negeri yang suka bermain politik daripada menyelesaikan isu ini secara profesional menyebabkan segala-galanya terganggu dan terencat sekarang ini.

18. Kita tidak nampak mengapa kerajaan negeri harus mengugut untuk tidak meluluskan pembinaan loji di Hulu Langat sekiranya mereka gagal menstrukturkan semula industri air Selangor.

19. Ia adalah dua isu yang berasingan dan membabitkan pihak yang berlainan. Pembinaan infrastruktur penyaluran bekalan air mentah dari Pahang ke Selangor adalah projek Persekutuan. Manakala penstrukturan ini membabitkan syarikat-syarikat Berhad.

20. Jadi bagaimana kerajaan negeri ingin bermain logik mengugut kerajaan Persekutuan sedangkan mereka “bergaduh” dengan sebuah syarikat berstatus berhad yang mereka sendiri ada 30% saham? Bolehkah kita yang rasional menerima sikap kerajaan negeri yang menangguhkan kelulusan pembinaan loji kerana mereka gagal mengambil alih sebuah syarikat? Wajarkah projek yang bernilai berbilion ringgit ini dijadikan taruhan dan menyebabkan kerajaan Persekutuan perlu berbelanja lebih, yang tentunya membabitkan wang rakyat?

21. Alasan kenaikan tarif air ini hanyalah sandiwara kerajaan negeri kerana syarat-syarat sedia ada sudah cukup menjaga kepentingan pengguna. Seperti yang dijelaskan tadi, tarif air tidak boleh dinaikkan tanpa persetujuan panel penilai yang dianggotai oleh kerajaan negeri, persekutuan dan wakil Syabas.

22. Ketika kita menyokong usaha kerajaan negeri meneruskan kerja-kerja menyusun semula industri air Selangor, agak kecewa melihat sikap kerajaan negeri menangguhkan projek pembinaan loji air di Hulu Langat.

23. Inilah yang dikatakan “lain Bengkak, lain Bernanah, lain yang yang Sakit, lain pula yang diubati.”

24. Kita berharap kerajaan negeri Selangor tidak bermain politik dalam isu bekalan air bersih di Lembah Klang. Tindakan Tan Sri Khalid Ibrahim mengaitkan isu pembinaan loji di Hulu Langat dengan penstrukturan semula pengendali bekalan air bersih di Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah tidak masuk akal dan boleh menjejaskan bekalan air bersih pada masa akan datang.

25. Memang kerajaan negeri berhak untuk membantah kenaikan air yang dicadangkan oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) dan ingin menyatakan sokongan penuh terhadap bantahan tersebut. Namun mengapa mahu dikaitkan dengan pembinaan loji yang merupakan projek masa depan untuk rakyat?

26. Kos bekalan air di Selangor akan meningkat lebih tinggi sekiranya kerajaan Persekutuan memutuskan untuk membina loji rawatan air di Pahang bagi menggantikan loji di Hulu Langat. Jika itu berlaku, apabila berlaku krisis bekalan air nanti, Selangor perlu membeli harga air bersih dari Pahang yang harganya jauh lebih tinggi.

27. Alasan Tan Sri Khalid kononnya masalah bekalan air bersih di Lembah Klang tidak akan berlaku pada 2014 tetapi pada 2019 tidak pernah disokong oleh fakta atau mana-mana data penyelidikan. Sampai hari ini kita tertanya-tanya siapakah yang dilantik oleh Tan Sri Khalid bagi menjalankan penyelidikan tersebut?

28. Namun persoalan lebih releven ialah, jika berbeza 5 tahun sahaja mengapa kita perlu tangguhkan sedangkan masalah tetap akan timbul. Dalam industri pembinaan, penangguhan beberapa tahun sahaja sudah boleh menyebabkan kos pembinaan meningkat berkali ganda. Apakah kerajaan negeri akan menanggung kenaikan kos ini? Jika mahu pun mampukah kerajaan negeri?

29. Rakyat harus bijak membuat penilaian dan mendapat semua fakta bukan sekadar mempercayai sandiwara dan lakonan politik kerajaan negeri. Ini kerana mereka yang berhadapan dengan krisis kuasa dan melihat tiada masa depan politik akan mengambil pendekatan populis. Peduli apa dengan apa yang berlaku lima enam tahun lagi kerana mereka mungkin sudah tiada ditampuk kuasa untuk berhadapan dengan kemarahan rakyat.

30. Kerana benci kepada Barisan Nasional dan pemimpin tertentu ada orang sanggup menerima apa sahaja tohmahan kerajaan negeri tanpa berfikir dengan rasional dan melihat fakta yang ada. Hakikatnya kos menguruskan air bersih di Lembah Klang sangat tinggi hingga mencecah berbilion ringgit. Dan ia perlu ditangani dengan cermat dan berhati-hati agar rakyat tidak terbeban dengan kos yang tinggi sama ada melalui tarif air mahu pun melalui subsidi kerajaan yang akhirnya merupakan wang rakyat juga.

31. Malangnya, kerajaan Selangor hari ini yang masuk dalam keadaan segala-galanya telah tersedia, seperti kata orang hanya “cuci kaki sahaja”, ingin pula menunjukkan jaguh tanpa mengambil kira kesan jangka panjang. Sikap kerajaan negeri hari ini tidak ubah seperti beruk mendapat bunga.

Sumber : MyKMU

Juragan Malawati..

Selasa, 21 Jun 2011

BERSIH 2.0 : Huru-hara jadi matlamat?

Pada setiap Sabtu, Dataran Merdeka sering menjadi tumpuan untuk pelbagai aktiviti riadah, Jalan Tunku Abdul Rahman menjadi lokasi membeli-belah.

Masjid Negara menjadi tempat untuk pelancong asing melawat dan umat Islam menghadiri majlis berbentuk keagamaan di situ, manakala gerai-gerai makan di Kampung Baru akan dipenuhi orang ramai yang menikmati sarapan pagi bersama keluarga.

Lebuh Raya Mahameru menjadi laluan paling sibuk untuk orang ramai pulang ke kampung pada hujung minggu dan di hadapan Istana Negara pula menjadi kunjungan utama pelancong.

Tetapi apakah situasi yang penuh ketenteraman dan kedamaian ini akan tercemar pada 9 Julai nanti?

Itulah persoalan yang bermain di fikiran banyak pihak apabila parti pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang sehaluan dengan mereka akan turun ke jalanan pada tarikh berkenaan kononnya untuk menuntut sebuah pilihan raya yang bersih dan adil.

Walaupun perhimpunan haram Bersih anjuran pembangkang itu sudah mendapat amaran keras daripada pihak polis, namun setakat ini tiada unsur-unsur bahawa ia akan dibatalkan.

Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih (Bersih), S.Ambiga dengan tegas menyatakan bahawa mereka akan meneruskan perhimpunan haram berkenaan biar pun apa juga yang terjadi. Jelaslah beliau dan konco-konconya termasuklah parti pembangkang cuba mencabar undang-undang dan pihak berkuasa.

Mereka tahu bahawa perhimpunan itu tidak boleh diadakan kerana ia mendatangkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan, tetapi apa yang mereka peduli. Apa yang lebih malang kononnya perhimpunan haram itu adalah manifestasi daripada tuntutan rakyat yang mahu sebuah pilihan raya yang bersih, telus dan adil.

Persoalan siapakah 'rakyat' yang dimaksudkan oleh Ambiga dan pembangkang? Apakah benar majoriti rakyat negara ini yang begitu asing dengan budaya demonstrasi dan rusuhan merestui apa yang bakal dilakukan oleh pembangkang pada 9 Julai ini.

Sememangnya sejak 2008 lagi, perkataan 'rakyat' sering sahaja disalah gunakan oleh pembangkang dalam mencapai cita-cita politik mereka. Selain perhimpunan haram Bersih, Parti Keadilan Rakyat (PKR) juga mengadakan konvensyen pilihan raya dengan bertemakan 'Demi Rakyat'.

Pembangkang cuba menghalalkan tindak-tanduk mereka dengan meletakkan istilah 'rakyat' sebagai perisai, tetapi mereka lupa rakyat tidaklah sebodoh yang mereka sangkakan.

Perhimpunan haram Bersih bermotif politik dan bagi mengalihkan isu terhadap kepincangan pembangkang serta masalah moral yang dihadapi oleh pemimpinnya - itu sahaja! Justeru adalah tidak wajar jika pembangkang terus terpekik terlolong dengan menggunakan istilah 'rakyat' bagi menghuru-harakan ibu negara dan negeri-negeri lain.

Kalau benar mereka berjuang atas nama rakyat dan ingin membela nasib rakyat, mereka tidak akan bertindak mengadakan demonstrasi yang sudah tentulah akan mencetuskan huru-hara.

Apakah rakyat dimaksudkan oleh pembangkang ialah yang bersama-sama dengan mereka dalam demonstrasi itu sahaja? Bagaimana dengan jutaan lagi rakyat Malaysia sama ada di Kuala Lumpur atau di luar ibu negara yang membenci demonstrasi dan ingin hidup aman damai untuk menjalani kehidupan pada penghujung minggu.

Janganlah memberi alasan bahawa perhimpunan haram itu perlu dibenarkan berjalan secara aman, persoalannya siapakah yang boleh memberi jaminan keselamatan apabila ribuan orang turun ke jalanan?

Berdasarkan maklumat penulis difahamkan, perhimpunan haram Bersih bukan sekadar satu perhimpunan biasa tetapi ia mempunyai perancangan yang cukup rapi dan terancang bagi menghuru-harakan ibu negara dan negeri-negeri lain. Ada hasrat untuk membawa gelombang rusuhan dan kekacauan yang tercetus di Asia Barat ke Malaysia, kononnya atas nama keadilan untuk rakyat.

Sekali lagi berjuang untuk rakyat hanyalah alasan pembangkang. Mereka sememangnya bertujuan untuk menganggu gugat keamanan dan keselamatan negara melalui perbuatan provokasi seperti mana perhimpunan haram yang hendak diadakan.

Justeru atas alasan berkenaan, pihak berkuasa perlu bertindak segera dan harus melakukan apa sahaja bagi memastikan keamanan ibu negara dan negeri-negeri lain yang tidak diganggu-gugat oleh pembangkang.

Dalam melakukan tindakan tersebut, pihak berkuasa tidak perlu khuatir akan dituduh melanggar hak asasi manusia atau seumpamanya yang sudah tentulah dakwaan itu akan datang daripada kelompok dalam dan luar negara yang propembangkang.

Kalau pembangkang bercakap soal hak asasi apakah ia eksklusif untuk mereka sahaja? Bagaimana dengan rakyat yang menentang perhimpunan haram tersebut?

Oleh itu, tanggungjawab pihak berkuasa ialah memastikan keselamatan dan keamanan tidak tergugat serta menentukan nasib jutaan lagi rakyat Malaysia tidak terjejas hanya disebabkan perbuatan beberapa ribu penunjuk perasaan yang sudah hilang pertimbangan waras mereka dalam berpolitik.

Hakikatnya, tindakan mereka mahu mengadakan perhimpunan haram tersebut, ibarat makhluk-makhluk perosak yang bagaikan cacing kepanasan apabila melihat rakyat kini semakin menyebelahi kerajaan Barisan Nasional (BN). Imej pembangkang semakin merudum kerana masalah dalaman dan semakin bimbang akan kalah teruk dalam pilihan raya umum akan datang.

Oleh itu pembangkang tidak perlu berbohong atau memperdayakan rakyat dengan hujah-hujah politik songsang mereka kononnya pilihan raya di negara ini tidak bersih dan adil, maka perhimpunan haram tersebut perlu diadakan.

Kemenangan pembangkang di empat buah negeri dan menafikan majoriti dua pertiga BN di Parlimen dalam pilihan raya umum lalu sudah menjadi bukti ketelusan pilihan raya yang diadakan.

Ia belum lagi mengambil kira bagaimana Pas masih terus memerintah Kelantan sejak tahun 1990 sedangkan kalau benar pilihan raya tidak adil dan telus sudah lama kepimpinan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berakhir di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.

Begitulah juga apabila pembangkang merampas Pulau Pinang, Kedah dan Perak serta Selangor ia tidak akan terjadi kalau Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi kuda tunggangan kepada kerajaan BN seperti mana didakwa oleh pembangkang.

Berdasarkan perkara itu, adalah wajar rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan menghormati sistem demokrasi yang memberi kuasa kepada mereka memilih kerajaan melalui pilihan raya yang sah bangkit menentang penganjuran perhimpunan haram tersebut.

Pembangkang perlu diberi peringatan bahawa politik ada batasnya dan rakyat tidak akan bersekongkol dengan kelompok yang sanggup mempertaruh dan menggadaikan apa sahaja kerana gilakan kuasa.

Lebih penting daripada itu, rakyat juga perlu menyampaikan mesej kepada pembangkang bahawa demonstrasi dan rusuhan serta mencetuskan huru-hara bukan caranya rakyat negara ini menentukan kerajaan.-UM.

Juragan Malawati..

Isnin, 20 Jun 2011

Papa Hebat : Nurul Izzah perlu nasihati 'bapa' jika mahu contohi Turki!

Di sebalik puji-pujian Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar terhadap sistem pilihan raya di Turki, anak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim itu terlupa sesuatu.

Apabila beliau kelmarin menasihatkan kerajaan supaya mencontohi sistem pilihan raya di Turki yang disifatkannya aman dan telus, Nurul Izzah terlupa supaya sikap pemimpin dari negara itu turut dicontohi.

Ini kerana, di Turki, mana-mana pemimpin yang terlibat dalam skandal terutama skandal seks, akan meletakkan jawatan bagi memberi laluan kepada siasatan atau membersihkan nama kerajaan dan parti dipimpinnya.

Dalam hal ini, Nurul Izzah sepatutnya menasihati terlebih dahulu bapanya iaitu Anwar, supaya mencontohi pemimpin-pemimpin Turki yang sanggup berundur apabila imej tercalar dengan skandal seks.

Sistem dan amalan politik di Turki menolak mana-mana pemimpin yang terlibat dengan skandal. Sekali gus pemimpin itu tidak diterima oleh rakyat dan perlu dikeluarkan dari kancah politik negara berkenaan.

Jika Turki ingin dijadikan contoh oleh Nurul Izzah, ia harus dilihat secara menyeluruh iaitu bukan sekadar sistem pengurusan pilihan rayanya malah keseluruhan sistem politik di sana.

Sebab itulah, apabila Turki dijadikannya 'kiblat politik', Nurul Izzah tiada pilihan selain mendahulukan Anwar untuk dinasihati supaya politik Malaysia bebas daripada pemimpin yang diselaputi skandal.

Menasihatkan Anwar meletakkan jawatan, juga sesuai dengan nasihat Nurul Izzah sendiri, itu pun jika beliau benar-benar mahukan pilihan raya di Malaysia aman seperti mana yang dilihatnya di Turki.

Kaitannya jelas, iaitu pilihan raya di Malaysia berlangsung aman, telus dan adil sejak dahulu lagi sehinggalah ia dicemari budaya politik rusuhan yang dibawa Anwar dan para penyokongnya sejak 1998.

Bermula dengan kekacauan pada pilihan raya umum 1999, ia berterusan pada 2004 dan 2008, semuanya akibat provokasi dan budaya merusuh penyokong-penyokong Anwar dan pembangkang.

Pelbagai cara dilakukan oleh mereka untuk mengganggu sistem yang ada termasuk mencederakan polis dan penyokong lawan atau merosakkan harta benda awam.

Kepada Nurul Izzah, janganlah hanya disebabkan rasa teruja menjadi tetamu kepada sebuah parti untuk menyaksikan proses pilihan raya di Turki baru-baru ini, beliau terlupa siapa sebenarnya 'bapa kekacauan' di Malaysia.

Atas dasar itulah, nasihat beliau supaya polis tidak menyentuh para perusuh sewaktu proses pilihan raya, dilihat sebagai suatu kenyataan yang bunyinya amat dangkal.

Belum ada pasukan polis dan mana-mana kerajaan yang akan membiarkan para perusuh bermaharajalela melanggar undang-undang. Namanya pun sudah perusuh, dengan konotasi dan intonasi difahami semua orang, ia dengan sendirinya menjawab siapa mereka - iaitu orang yang akan melakukan keganasan, kekacauan dan sebagainya.

Ia berbeza dengan peserta demonstrasi aman, sememangnya polis di Malaysia mengambil pendekatan berbeza iaitu bermula berlembut dan hanya bertindak tegas jika berlaku provokasi dan kekacauan sehingga menjejaskan ketenteraman awam.

Kesimpulannya, pilihan raya di Malaysia sudah pasti berlangsung aman dan telus jika tindakan proaktif lebih awal diambil supaya para perusuh tidak dibenarkan mengganggu proses itu.

Yang pastinya juga, hampir keseluruhan perusuh adalah propembangkang. Nurul Izzah juga kena pertimbangan mengenai fakta itu dan melakukan sesuatu.

Sesungguhnya PAPA Nurul memang HEBAT...!!!!

Juragan Malawati..

Ahad, 19 Jun 2011

Gempar : Rahsia terbongkar - Zulkifli, Anwar perdaya Qaradawi!

Bekas peguambela Anwar Ibrahim, Datuk Zulkifli Noordin mengesahkan bahawa Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradawi sebenarnya diperdaya ketika ulama tersohor itu mengeluarkan fatwa menyokong ketua pembangkang dalam kes liwat.

Beliau yang merupakan antara individu bertanggungjawab di sebalik muslihat itu mendedahkan, semua helah itu dirancang oleh Anwar bagi memastikan Dr. Yusuf percaya, bahawa pertuduhan liwat adalah fitnah dengan menyembunyikan fakta sebenar.

“Kita memang memperdaya Dr. Yusuf supaya mempercayai (bahawa) Anwar ini difitnah. Kita atur supaya keluar daripada mulut beliau pasal benda itu (untuk) dirakam. Kita nak (dengar) dari mulut Dr. Yusuf, ini fitnah, ini qazaf. Kita nak (yang) itu.

“Saya selaku peguam diarah mainkan peranan beri gambaran kepada Dr. Yusuf bahawa ini fitnah. Macam tahun 1998. Memanglah, sebagai ulama yang diberi maklumat macam itu, pasti dia akan kata fitnah dan qazaf. Apa yang kita rancang itu menjadi.

“Kita tidak beri gambaran sebenar, iaitu Mohd. Mohd. Saiful Bukhari Azlan ini kakitangan dia, mengadu diliwat Anwar. Kita tidak beritahu ada DNA (asid deoksiribonukleik), kita tak pernah beritahu semua itu,” katanya seperti dipetik dari laman blog, http://www.anwaraidc.com.

Zulkifli yang juga Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu berkata demikian ketika ditemu bual secara eksklusif oleh blog tersebut di Parlimen baru-baru ini.

Ditanya kenapa Anwar memerlukan fatwa Dr. Yusuf, beliau yang sebelum ini sanggup bermati-matian mempertahankan ketua pembangkang itu berkata, ia kaedah paling mudah untuk menguasai mentaliti orang Melayu kerana mereka akan percaya kata-kata ulama.

“Saya pernah sembang dengan Anwar. Dia kata, orang Melayu ini, kalau hang (kamu) keluar televisyen, dia percayalah. Jadi, Anwar faham. Kalau ulama macam Dr. Yusuf boleh keluar fatwa bela dia, itu satu pembelaan yang hebat. Dia gunalah,” jelasnya.

Bagaimanapun, Zulkifli berkata, kini beliau sudah sedar dan berasa cukup berdosa bukan sahaja kepada Dr. Yusuf, tetapi juga kepada masyarakat keseluruhannya kerana Anwar sering kali memperalatkan fatwa tersebut bagi membuktikan dia tidak bersalah.

Zulkifli menambah, beliau bertindak demikian pada waktu itu kerana taksub, sehingga akur kepada setiap arahan Anwar, tetapi kini bersyukur kerana Allah masih memberi kesempatan kepadanya berjumpa orang tertentu bagi memohon maaf.

“Kita buat silap, kita mengaku. Saya antara orang yang buat silap itu. Dan saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk betulkan balik. Bila tengok balik, banyak dosa, sampai ulama macam itu pun, kita boleh memperdaya supaya percaya isu Anwar difitnah.

“Saya masih diberi kesempatan oleh Allah untuk jumpa orang tertentu dan minta maaf. Saya dah buat. Saya perlu jumpa Dr. Yusuf untuk jelaskan perkara sebenar dan kalau lepas itu, beliau masih lagi nak percaya, terpulang kepada dia. Itu bukan kerja saya dah,” ujarnya.

Juragan Malawati..

Pas umpama kelkatu - Zulkifli!

Pemimpin Pas diselar kerana mengamalkan budaya 'politik kelkatu', iaitu menjadi pak turut dalam melakukan sesuatu tanpa berfikir panjang.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Nordin menjelaskan, mereka sanggup mengetepikan agama dan perjuangan asal parti semata-mata mahu memegang kuasa.

Katanya, sokongan Pas terhadap perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini mencerminkan wajah sebenar para pemimpin parti itu.

"Tuhan bagi akal fikiran, gunakanlah. Jangan sampai jual agama, jual perjuangan semata-mata mahu pegang kuasa.

"Jangan jadi macam kelkatu. Kelkatu tahu cahaya boleh membunuhnya tetapi serangga ini tetap menuju ke arah cahaya meskipun sudah nampak kawan-kawannya yang lain jatuh.

"Jangan kita amal politik kelkatu, iaitu politik yang boleh menjatuhkan kita," katanya ketika menyampaikan ceramah pada program Wajah Sebenar..??!! Pakatan anjuran Angkatan Belia Muda Kepala Batas (Bemuda) di Permatang Tok Brain, Penaga di sini malam tadi.

Hadir sama Ketua Penerangan Pemuda UMNO, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican dan bekas Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Pas Pusat, Prof. Madya Mohd. Noor Deris.

Zulkifli menambah, beliau hairan bagaimana pemimpin Pas sanggup menyokong Bersih yang dipengerusikan oleh Datuk Ambiga Sreenevasan, iaitu penyokong kuat Majlis Antara Agama (IFC).

Kumpulan sama juga pernah menuntut hak sama rata antara Islam dan bukan Islam, selain menjadi pelopor ulung kes murtad Lina Joy.

"Lupakah pemimpin Pas siapa Ambiga? Dialah penganjur IFC yang mereka pernah lawan habis-habisan dulu.

"Namun, hari ini mereka boleh angkat Ambiga. Merekalah hipokrit paling besar," tegasnya.



Juragan Malawati..

Jumaat, 17 Jun 2011

Nik Aziz akui pemberian subsidi kepada rakyat adalah satu kebajikan!

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui usaha kerajaan Pusat pimpinan Barisan Nasional (BN) menyediakan pelbagai subsidi dan bantuan adalah satu bentuk kebajikan, biarpun tidak menepati konsep negara berkebajikan yang ingin dilaksanakan oleh parti Pas.

Katanya, pemberian subsidi dan bantuan kerajaan Pusat itu merupakan satu kebajikan untuk rakyat biarpun kerajaan Pusat terpaksa menanggung beban perbelanjaan yang besar bagi menyempurnakan tujuan itu.

"Kebajikan juga (pemberian subsidi dan bantuan kerajaan oleh Pusat) tetapi tidak mencerminkan kebajikan yang dimaksudkan Pas,” katanya menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini, hari ini.

Nik Abdul Aziz berkata demikian untuk menjelaskan kepada masyarakat di Kelantan dan anggota Pas mengenai perbezaan kebajikan yang dilaksanakan kerajaan Persekutuan dengan konsep negara berkebajikan oleh Pas.

Beliau berkata, konsep negara berkebajikan yang menjadi slogan baru Pas tidak akan menjejaskan dasar parti itu untuk mewujudkan negara Islam.

Juragan Malawati..

Khamis, 16 Jun 2011

Aibkan Anwar: Mat Sabu perlu jawab!

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu digesa memberi penjelasan berhubung maksud gelaran mengaibkan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menggambarkan perilaku seks luar tabii pemimpin itu sebelum ini.

Bekas Setiausaha Sulit Anwar Ibrahim, Anuar Shaari berkata, penjelasan itu penting memandangkan ramai anak muda ingin tahu maksud sebenar gelaran yang diberikan itu.

Tambah beliau, masyarakat juga ingin tahu daripada Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu mengenai tujuan sebenar perhimpunan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini.

“Adakah perhimpunan itu untuk kepentingan umum atau untuk membersihkan nama Anwar. Anwar kini sudah ‘tidak masuk perlumbaan’ kerana tabiatnya yang luar biasa dan semakin jelas kelihatan,” kata Anuar dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anuar berkata, Mat Sabu juga harus memberi pengesahan terhadap berita yang mengatakan bahawa beliau akan meminta maaf secara terbuka kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana gelaran itu.

Mat Sabu yang baru-baru ini memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, telah mengumumkan bahawa tidak akan menyerang Ketua Pembangkang itu, sebagaimana yang pernah dilakukannya semasa Anwar dalam UMNO.

Juragan Malawati..

Rabu, 15 Jun 2011

Mat Sabu tutup isu kemenangan dengan BERSIH 2!

Tindakan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang bersungguh-sungguh mempromosikan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil Kedua (Bersih 2) membuktikan pemimpin itu mahu menutup isu kemenangannya yang tidak disenangi banyak pihak dalam parti.

Setiausaha Agung Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Tengku Amalluddin Sani Raja Ahmad Sufian berkata, lebih memalukan, tindakan itu juga menjelaskan lagi kepada ahli Pas bahawa Mohamad Sabu atau dikenali sebagai Mat Sabu tidak mempunyai kepakaran atau 'modal' lain untuk mendekati rakyat.

Menurutnya, ini kerana Mat Sabu bukannya dari golongan ulama atau mempunyai latar belakang agama mahupun seorang profesional seperti kebanyakan pemimpin Pas lain.

"Sebenarnya beliau mahu mengheret penyokong Pas ke dalam kancah permainan politik beliau. Selepas memenangi jawatan Timbalan Presiden Pas, ramai yang yakin kemenangan beliau telah diatur oleh beberapa pihak yang mahu mempergunakan Pas bagi memecah belah orang Melayu.

"Mat Sabu sebenarnya mahu menutup isu kemenangan beliau dengan membuktikan bahawa beliau mempunyai pengaruh besar di dalam Pas. Nyata sekali, Mat Sabu tidak jujur dan ikhlas memperjuangkan Islam seperti yang dilaung-laungkan.

"Beliau hanya mempunyai kemahiran untuk mensensasikan isu dan perhimpunan haram ini dilihat sebagai peluang yang besar untuk beliau eksploitasi," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mat Sabu yang baru memenangi jawatan nombor dua tertinggi Pas dilihat agresif mengajak masyarakat supaya menyertai Bersih 2 yang dianjurkan pembangkang serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 9 Julai ini.

Justeru, Tengku Amalluddin menasihatkan Mat Sabu supaya mendidik penyokong Pas terlebih dahulu ke arah menghormati undang-undang negara dan bukan sebaliknya.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom berkata, pihak berkuasa perlu mengambil tindakan tegas ke atas Mat Sabu, Pengerusi Bersih 2, Ambiga Sreenevasan dan pemimpin pembangkang lain yang mahu menjayakan perhimpunan itu.

Katanya, ini kerana tindakan para pemimpin itu boleh diklasifikasikan sebagai satu hasutan untuk mengajak rakyat melakukan kekacauan di kawasan sekitar ibu kota.

Juragan Malawati..

Isnin, 13 Jun 2011

Pengguguran Hasan Ali disambut baik DAP!

Rupanya dah lama DAP dan Khalid Samad menantikan berita ini! Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan daripada DAP, Ng Suee Lim menganggap pengguguran Datuk Dr. Hasan Mohamad Ali sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor akan memantapkan hubungan pakatan pembangkang di negeri ini.

Menurutnya, ini memandangkan Hasan yang juga Exco Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri itu dikatakan tidak membantu dalam usaha mengukuhkan parti pembangkang di negeri ini.

''Bukan kita (DAP) tidak suka (Hasan), tetapi saya dengar dia tidak bagus dan jarang turun padang. Namun, saya yakin dengan perubahan pimpinan Pas negeri ini akan memantapkan parti pembangkang di Selangor.

''Hasan juga dilihat berbeza daripada pimpinan Pas negeri yang lain kerana dilihat lebih cenderung kepada UMNO dan dikatakan menyokong kerajaan perpaduan sebelum ini," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Suee Lim berkata, pihaknya juga yakin bahawa perubahan dalam jawatan Exco kerajaan negeri akan berlaku ekoran pelantikan ADUN Meru, Dr. Abdul Rani Osman selaku Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru bagi menggantikan Hasan.

''Difahamkan bahawa Hasan tidak begitu memainkan peranan dalam usaha sedemikian kerana tidak aktif turun padang di peringkat akar umbi selaku Pesuruhjaya Pas negeri dan Exco kerajaan negeri.

''Bagaimanapun, perubahan itu sebenarnya terpulang kepada keputusan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berdasarkan perbincangan di antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua Pas Shah Alam, Khalid Abdul Samad menerima baik pelantikan Dr. Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor yang baru sebagaimana diumumkan oleh Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam.

Katanya, perubahan kepimpinan Pas negeri dilihat bagi membolehkan semua pemimpin Pas Selangor termasuk Hasan selaku Exco kerajaan negeri memberikan tumpuan penuh kepada usaha mengukuhkan parti pembangkang di Selangor.

''Soal jawatan Exco yang disandang Hasan sama ada berubah atau kekal tidak timbul kerana tumpuan yang sebenar ialah untuk mengukuhkan parti. Tidak ada perbincangan pun mengenai perkara itu," katanya.

Mengenai kemungkinan berlaku rombakan dalam Pas Selangor selepas ini, beliau berkata, ia terpulang kepada Pesuruhjaya Pas negeri yang baru. Sementara itu, Hasan gagal dihubungi bagi mendapatkan ulasan mengenai pelantikan Dr. Abdul Rani sebagai Pesuruhjaya Pas negeri.

Dan nampak gayanya golongan Ulama sudah 'ditendang' dan 'kumpulan erdogan' bakal mengambilalih PAS Selangor. Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Ahad, 12 Jun 2011

Masjid pula 'diperkudakan' di Selangor!

Selepas Pulau Pinang, masjid-masjid di Selangor pula menjadi 'mangsanya'. Kecoh Jumaat lepas apabila dikatakan seluruh masjid di Selangor telah diarahkan untuk membaca teks khutbah bertajuk 'Jenayah Qazaf adalah berdosa besar'.

Dalam hal ini, pihak berkuasa khususnya Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) harus menyiasat siapakah yang telah membuat khutbah tentang isu qazaf seperti mana yang didakwa. Sewajarnya satu tindakan menyeluruh perlu dilakukan. Ini demi mengelakkan khutbah Jumaat menjadi medan membela individu yang sedang dituduh kesalahan liwat dan telah terjebak dalam skandal video seks.

Walaupun khutbah tersebut ditulis dan diolah secara umum tetapi jika dibaca, sudah tentu semua faham maksud khutbah adalah untuk membersihkan nama orang yang terlibat dengan skandal video seks - iaitu orang kuat PKR, Anwar Ibrahim.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selayang, Datuk Sohaimi Shahadan yang turut menyedari 'keanehan' kandungan khutbah berkenaan memberitahu bahawa khutbah itu turut mengecam tindakan pihak yang menyebarkan fitnah tanpa mempunyai sebarang bukti kukuh.

Kandungan khutbah, kata beliau, menyifatkan tindakan umat Islam yang membuat kenyataan berbentuk fitnah bercanggah dengan syariat Islam.

"Pergerakan Pemuda UMNO sangat tidak senang hati dengan tindakan menjadikan mimbar sebagai medan menyebarkan propaganda kerana boleh menimbulkan salah faham di kalangan mereka yang bersembahyang di masjid.

"Wajarkah hanya kerana hendak memperjuangkan nasib seorang individu, khutbah Jumaat dijadikan alat? Pada zaman sains dan teknologi hari ini, video boleh dijadikan sebagai bahan bukti. Tidak timbul isu mahu mengaibkan individu tetapi rakyat perlu menilai moral individu yang dikaitkan dalam video seks tersebut," kata Sohaimi yang juga Exco Pemuda UMNO Pusat.

Menurut beliau, antara isi khutbah yang berkaitan yang sempat dipetiknya ialah: "Termasuk dalam kategori ini, mereka yang mendedahkan maklumat secara terbuka, dalam pelbagai bentuk dengan maksud menuduh melakukan zina juga telah melakukan jenayah qazaf. Malah mereka yang mempercayai fitnah tersebut dan menyebarkannya sudah pasti mendapat dosa dan boleh dikenakan hukuman kerana gagal membuktikannya mengikut ketetapan syarak."

"Fitnah boleh menjatuhkan maruah si tertuduh apabila disiar oleh media massa, media cetak mahupun media elektronik termasuk telefon bimbit. Lebih memburukkan keadaan, apabila si pemfitnah enggan menerima kebenaran dan tidak mahu mengakui kesilapan atau mempunyai perasaan dendam serta hasad dengki terhadap orang yang dituduh.

"Orang yang memfitnah sama ada sedar atau tidak telah melaksanakan sumpahan iblis dan syaitan yang memang ingin merosakkan iman dan akidah umat Islam sehingga hari kiamat."

"Adakalanya fitnah itu diulas, diperbesar dengan memetik kenyataan oleh pihak-pihak tertentu ke arah menggambarkan bahawa si tertuduh memang bersalah. Inilah budaya buruk sangka dan hasad dengki oleh mereka yang tidak berakhlak dengan akhlak Islam. Setiap individu yang bersama melakukan perbuatan terkutuk ini, atau mempercayai atau sama-sama menyebarkan akan menerima pembalasan dari Allah SWT."

"Bagi tujuan mendidik dan mengawal umat Islam daripada melakukan jenayah qazaf, yang mempunyai kaitan langsung dengan nilai, maruah dan keharmonian masyarakat, maka hendaklah diperjelas peraturan, larangan dan kesan jenayah qazaf, serta hukuman yang boleh dikenakan menurut peraturan syarak.

"Martabatkanlah undang-undang Islam yang memberikan pengiktirafan dan hak kepada Mahkamah Syariah mengendalikan kes-kes jenayah syariah yang melibatkan orang Islam. Dengan ini kita boleh melaksanakan sistem perundangan yang adil, diredai dan patuh kepada hukum syarak."

Tegas Sohaimi, apa pun yang jelas, kejadian semasa khutbah Jumaat itu telah secara terbuka melanggar titah perintah Sultan Selangor yang telah melarang sebarang bentuk ceramah politik di dalam masjid seperti mana yang dititahkan baginda sewaktu pilihan raya kecil di Hulu Selangor pada April 2010.

Sohaimi menarik perhatian mengenai kerisauan Pemuda UMNO akan 'penyakit' mempergunakan agama Islam sebagai alat politik yang semakin merebak ke negeri-negeri yang dikuasai pakatan pembangkang.

Institusi masjid di Kelantan sememangnya sudah lama dipergunakan oleh Pas untuk melebarkan pengaruhnya sejurus mengambil alih tampuk pentadbiran negeri daripada BN. Kini, Pulau Pinang pula sudah nampak menjurus ke arah itu dengan cuba 'mencipta' pilihan raya masjid.

"Ketika mata pada masa ini tertumpu ke Pulau Pinang, sebenarnya Selangor juga tidak terlepas daripada menjadikan masjid sebagai alat politik. Sebaik sahaja kerajaan pakatan pembangkang mengambil alih kerajaan negeri, institusi masjid kini 'dinodai' pembangkang.

"Jika tiada campur tangan ataupun titah daripada Sultan Selangor, Sultan Sarifuddin Idris Shah, sudah lama masjid di negeri itu dijadikan pentas untuk menyebarkan pengaruh politik pakatan. Namun, tindakan Sultan yang tidak mahu institusi masjid dirosakkan demi kepentingan politik wajar dipuji," kata Sohaimi.

Di Selangor ketika ini terdapat kira-kira 301 masjid dan hampir 2,000 buah surau. Masjid-masjid meliputi 24 buah di kawasan Gombak (24), Hulu Langat (38), Hulu Selangor (22), Kelang (31), Kuala Langat (29), Kuala Selangor (24), Petaling Jaya (53), Sabak Bernam (13), Sepang (19), Sungai Besar (27) dan Tanjung Karang dan Kuala Selangor (21).

"Kalau institusi ini terus dicemari dengan politik sempit, apa akan jadi kepada umat Islam. Tiada umat Islam di negara ini menolak Islam sebaliknya tidak mahu kesucian Islam dipersendakan oleh segelintir ahli politik yang bertopengkan Islam tetapi pada masa sama menggunakannya demi kepentingan perjuangan politik sempit," kata Sohaimi.

Masjid harus menjadi tempat untuk mengembangkan ajaran Islam. Bukannya menjadi medan untuk membela seseorang individu ataupun pihak tertentu.-UM.

Juragan Malawati..

Jumaat, 10 Jun 2011

Bukti Pas semakin terdesak!

Tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 menunjukkan parti itu semakin terdesak untuk menarik sokongan golongan muda bagi memastikan survival pada pilihan raya umum akan datang.

Ketua Pemuda UMNO negeri, Anuar Safian berkata, tindakan Pas Kelantan itu juga bukti parti tersebut kini semakin menyimpang daripada perjuangan asalnya untuk menegakkan negara Islam dan hukum hudud.

"Kerajaan Pas Kelantan sudah terdesak untuk menagih undi orang muda. Justeru, Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara-perkara yang mereka menentang dahulu.

"Tidak hairanlah selepas ini akan ada lebih banyak program mendedahkan aurat dilakukan bagi menarik golongan muda," katanya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas tindakan Pas Kelantan menganjurkan Pertandingan Badan Cantik Mr. Kelantan 2011 di Dewan Jubli Perak, dekat sini semalam.

Pertandingan itu diadakan bersempena Sambutan Hari Anak Muda Kelate 2011 dengan beberapa acara lain turut diadakan termasuk karnival sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti), pertandingan gusti lengan dan perarakan berkuda.

Tindakan Pas Kelantan itu mencetuskan persoalan berikutan parti tersebut yang mendakwa berada di bawah kepimpinan ulama sebelum ini mengharamkan penyertaan wanita dalam tilawah al-Quran dengan alasan suara mereka adalah aurat.

Sementara itu, Timbalan Presiden Orang Muda Berpadu Anti Korupsi (Ombak), Wan Khairul Ihsan Wan Muhammad berkata, penganjuran pertandingan tersebut bukti perubahan dasar perjuangan Pas daripada negara Islam kepada negara berkebajikan.

"Bila orang buat banyak yang salah, tetapi bila ia beri keuntungan kepada Pas dihalalkan. Sebagai rakyat, kita melihat bila slogan bertukar maka polisi pun bertukar," katanya.-UM.

Juragan Malawati..

PAS lahir kerana dendam!

Parti Islam Semalaysia (PAS) pada awalnya dikenali dengan nama Persatuan Islam Se Malaysia (PAS). Ditubuhkan hasil dari keputusan Persidangan Alim Ulamak anjuran UMNO kali ke 2, pada bulan Julai, 1951, di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur, bertujuan membantu UMNO dalam memperjuangkan Islam.

Disebabkan tokoh yang dilantik bagi mempengerusikan Jawatankuasa menggubal undang undang tubuh PAS (Tuan Haji Ahmad Fuad) telah mengalami kekalahan melawan Tunku dalam pertandingan merebut jawatan sebagai Yang Di Pertua UMNO, di Persidangan Agung UMNO pada 25hb Ogos 1951 dan kebetulan UMNO pada masa itu masih dalam keadaan perpecahan berikutan perletakan jawatan Dato Onn Jaafar sebagai Yang Di Pertua UMNO, maka Tuan Haji Ahmad Fuad yang banyak berpihak kepada Dato’ Onn telah mengambil kesempatan menggunakan PAS untuk tujuan politiknya.

Dalam persidangan pertama untuk membincangkan rang undang undang tubuh PAS di Butterworth, Seberang Perai pada 24hb November 1951, Tuan Haji Ahmad Fuad telah memainkan peranan dan menjadikan PAS sebagai sebuah pertubuhan politik yang berasingan dengan UMNO, dan beliau sendiri dilantik sebagai Yang Dipertua PAS yang pertama.

Setelah PAS lahir sebagai sebuah parti politik, maka PAS telah menyertai beberapa pilihanraya yang diadakan semenjak tahun 1955. Dalam Pilihanraya Umum 1959, 1964 dan 1969, PAS berjaya mendapat majoriti di Negeri Kelantan bagi membolehkan ia memerintah Trengganu selepas pilihanraya Umum 1959 apabila parti itu berjaya menawan 13 daripada 24 kerusi Dewan Undangan Negeri tersebut.

Pemerintahan PAS di Trengganu hanya selama lebih kurang 2 tahun sahaja, kerana ramai wakil rakyat PAS telah meninggalkan parti itu dan menyertai UMNO. Dalam pilihanraya Umum 1990 dengan kerjasama Parti Melayu Semangat 46, PAS sekali lagi berjaya mendapat majoriti dI Negeri Kelantan bagi membolehkan ia memerintah negeri tersebut sampai hari ini.

Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan rakyat di beberapa pilihanraya yang telah diadakan semenjak tahun 1955, bermacam macam tindakan dan isu telah dilakukan oleh PAS, terutama dihadapkan kepada UMNO selaku musuh politiknya.

Juragan Malawati..

Rabu, 8 Jun 2011

Karpalpoosing tidak tahan sindiran - Suruh Tun M bertaubat!

Pengerusi DAP yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh menggesa mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad supaya berkelakuan seperti seorang negarawan ulung dan menutup mulutnya.

Katanya, Dr Mahathir yang sedang “meniti usia yang senja” sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya supaya bertaubat atas segala salah laku silamnya.

“Dia banyak buat kesalahan (semasa menjadi Perdana Menteri) dan sepatutnya menggunakan sisa-sisa kehidupannya untuk bertaubat kerana banyak bersalah kepada negara dan rakyat,” katanya.

“ Sebagai perdana menteri, dia sangat degil dan tidak sepatutnya berkelakuan seperti itu.”

Menurut Karpal lagi, Mahathir juga tidak sepatutnya campur tangan dalam hal ehwal Pakatan Rakyat.

Beliau mengulas komen dalam blog yang dimuat-naik oleh Mahathir semalam yang mendakwa Karpal sepatutnya gembira dengan barisan kepimpinan baru PAS yang diikatkan lebih rapat dengan DAP.

Mahathir menulis Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

"Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.

"Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan," kata Mahathir dalam blognya.

Mengulas tulisan itu, Karpal berkata Mahathir juga tidak harus lupa bahawa sekitar 2001 di perhimpunan Gerakan, mantan perdana menteri itu telah berkata Malaysia adalah sebuah "negara Islam".

“Kenyataan di blognya itu tak perlu kerana dia sudah berkata demikian, kali pertama pada 2001, kecuali dia sudah lupa,” kata Karpal.

Beliau juga mengalu-alukan tindakan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu membawa Malaysia ke sebuah negara berkebajikan jika Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya.

Nampak sangatlah si Karpalpoosing ini takut dengan bayang-bayangnya sendiri..!!!

Juragan Malawati..

Selasa, 7 Jun 2011

Tahniah DAP : Berjaya menghalang negara Islam PAS!

Di sebalik pelbagai pihak menyifatkan Anwar Ibrahim kini berjaya mencengkam PAS hasil kemenangan golongan ‘Anwarinas’ pada pemilihan parti itu Sabtu lalu, Tun Dr. Mahathir Mohamad pula tampil dengan pandangan yang berbeza.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, individu sebenar yang memperoleh kejayaan besar di sebalik tumbangnya golongan ulama adalah Karpal Singh, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri secara ‘rasmi’ menggugurkan hasrat menubuhkan negara Islam.

Katanya, Karpal tidak lagi perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya terlebih dahulu jika parti tersebut berhasrat mahu menubuhkan sebuah negara Islam kerana, perjuangan Pengerusi DAP itu sudah pun tercapai tanpa perlu dia bersusah-payah.

“Tokoh yang memang besar di sebalik muktamar kali ini adalah Karpal. Perjuangannya supaya PAS gugurkan matlamat untuk mendiri negara Islam yang akan menguatkuasa hukum hudud sudah pun tercapai. Karpal tidak perlu mati untuk PAS melangkah mayatnya.

“Belum pun dia mati, PAS sekarang sudah menjadikan perjuangan untuk negara Islam dan hukum hudud tidak lagi perkara utama. Sekarang PAS akan berjuang untuk negara kebajikan,” kata Dr. Mahathir dalam blognya, http://chedet.co.cc, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kurangnya perbincangan dan perbahasan mengenai justifikasi mengapa asas perjuangan menubuhkan sebuah negara Islam yang selama ini menjadi pegangan, digugurkan sebegitu mudah juga membuktikan lemahnya Pas berbanding DAP.

Katanya, PAS sanggup mengorbankan prinsip perjuangan parti semata-mata kerana ingin menghalalkan kerjasama dengan DAP, tetapi pada masa yang sama masih membohongi rakyat kononnya dasar tersebut akan terlaksana selepas menawan Putrajaya.

“Lebih tepat lagi adalah kerana PAS tidak sanggup berhujah dengan Karpal. Syabas dan tahniah kepada Karpal. Akhirnya perjuanganmu menentang negara Islam Pas sudah berjaya,” ujarnya sinis.

Dikuatkan lagi dengan kenyataan bekas MB Perak, Nizar Lambai yang pernah berdebat di sidang DUN Perak dengan berkata " Cuba cari dalam mana-mana kitab ataupun mana-mana sumber yang mengatakan PAS hendak mendirikan negara Islam"...wallahuallam.

Juragan Malawati..

Layakkah Pas ganti UMNO?

Selain impian ke Putrajaya bersama-sama sekutunya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, Pas juga mempunyai satu lagi cita-cita iaitu menggantikan UMNO.

Pas menguar-uarkan di seluruh negara bahawa mereka kini sudah bersedia untuk mengambil peranan menggantikan UMNO. Tiada apa hendak dihairankan dengan keghairahan Pas untuk menggantikan UMNO kerana Pas kini bukanlah sebuah parti Islam. Pas adalah sebuah parti sekular sama dengan PKR dan DAP kerana mereka sendiri sudah mengakui bahawa perjuangan mereka kini adalah untuk menegakkan negara berkebajikan.

Malahan keazaman Pas untuk menggantikan UMNO juga jelas menunjukkan parti yang suatu ketika dulu menguar-uarkan ingin menegakkan negara Islam sudah bersedia menggadaikan prinsipnya. Segala-galanya hanya kerana satu matlamat iaitu meraih kuasa bersama-sama PKR dan DAP.

Persoalannya kenapa Pas mahu menggantikan UMNO? Layakkah Pas untuk berada pada kedudukan itu atau setaraf dengannya dan apakah motif di sebalik keterujaan Pas itu?

Sebenarnya, tidak salah untuk Pas menanam cita-cita atau impian untuk menggantikan UMNO seperti mana mereka bermimpi menguasai Putrajaya tetapi soal apakah Pas mempunyai kemampuan memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam seperti mana peranan yang dimainkan oleh UMNO?

Akui sahajalah Pas tidak ada keupayaan itu, sebaliknya matlamat Pas hanyalah untuk memastikan tidak ada lagi parti yang akan bermati-matian untuk orang Melayu. Mungkin kenyataan ini tidak disenangi oleh pemimpin dan ahli Pas tetapi apa jaminan mereka bahawa Pas mampu memperjuangkan nasib orang Melayu dan umat Islam melalui kerjasama dengan DAP dan PKR.

Tidakkah sebelum ini, Pas bersetuju dengan pandangan rakan sekutunya bahawa perjuangan UMNO adalah rasis dan Pas berjuang untuk semua kaum dan bukan satu kaum sahaja. Malahan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri pernah mengakui dirinya tidak bangga menjadi orang Melayu.

Oleh itu bagaimanakah Pas boleh bermimpi untuk menggantikan UMNO, apa sebenarnya perjuangan Pas kalau benarlah cita-cita itu tercapai? Sebenar slogan 'Pas ganti UMNO' adalah perjuangan Pas untuk menjayakan dasar Malaysian Malaysia yang dipelopori oleh DAP.

Ia kerana kita memahami bahawa Pas bukanlah parti dominan dalam pakatan pembangkang, tidak seperti mana UMNO dalam Barisan Nasional (BN). Justeru adalah mustahil untuk Pas membawa perjuangan Melayu dan Islam selagi mereka bersahabat dengan PKR dan DAP, sebaliknya mereka hanya akan mengikut telunjuk kedua-dua parti itu sahaja.

Selama ini pun, Pas hanya menjadi 'pemerhati' sahaja terhadap tindakan tanduk kerajaan DAP Pulau Pinang yang dilihat melakukan banyak tindakan tidak adil ke atas orang Melayu terutamanya peniaga-peniaga di negeri itu.

Berikutan keadaan itu, orang Melayu perlu memahami dan tidak mudah terpengaruh dengan mainan politik Pas yang kini semakin bercelaru hala tuju perjuangannya. Pas kini seolah-olah tidak tahu bagaimana hendak menempatkan diri mereka dalam pakatan pembangkang biar pun mereka adalah parti tertua berbanding PKR dan DAP.

Sikap pemimpin-pemimpin Pas yang terlalu menjaga hati dan hubungan dengan kedua-dua parti berkenaan telah memungkinkan banyak prinsip Pas terpaksa dikorbankan. Sebelum ini Pas juga menolak sebarang usaha untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam.

Sebaliknya Pas menegaskan bahawa mereka ingin memperkukuhkan kerjasama dalam pakatan pembangkang bagi menawan Putrajaya. Keterujaan Pas inilah yang membuka ruang kepada PKR dan DAP untuk 'mengubah' prinsip perjuangan dan 'menguasai' tindak tanduk parti yang sebelum ini memperjuangkan Islam tersebut.

Berdasarkan hakikat itu adalah jelas slogan 'Pas ganti UMNO' yang rancak dipromosikan oleh Pas hanyalah semata-mata kerana ingin menunjukkan kesetiaan kepada PKR dan DAP.

Melalui laungan itu, Pas berharap parti itu tidak akan dilihat lagi ingin bekerjasama dengan UMNO sebaliknya akan berusaha bersungguh-sungguh menamatkan riwayat politik parti keramat Melayu tersebut dalam pilihan raya.

Iltizam Pas itu sudah tentulah menggembirakan PKR dan DAP yang pada masa ini berasa terganggu apabila banyak tindakan mereka yang bertujuan menghakis kepentingan orang Melayu terhalang kerana UMNO masih wujud.

Sememangnya kita tidak pasti sejauh manakah kesan kempen 'Pas ganti UMNO' yang dijalankan tetapi apa yang pasti dengan tindak tanduk Pas yang hanya dilihat menjadi parti ketiga dalam pakatan pembangkang, usaha itu mungkin tidak akan ke mana.

Penulis percaya orang Melayu tidak akan mudah terhasut dengan kempen Pas itu. Mungkin di kalangan penyokong Pas ia sesuatu yang menyeronokkan tetapi mereka juga perlu faham bahawa ia bukanlah sesuatu yang mudah dicapai.

Kalau Pas benar-benar ingin menggantikan UMNO maka mereka perlu dominan dalam pakatan pembangkang dan berikrar untuk mempertahankan kepentingan serta kedudukan orang Melayu dan umat Islam.

Tetapi malangnya kita tidak lihat kesungguhan Pas dalam soal ini, sebaliknya apa yang kita nampak demi merebut kuasa politik, Pas semakin meninggalkan apa yang mereka perjuangkan sejak penubuhan parti itu pada tahun 1951.

Mungkin juga keterujaan untuk menggantikan UMNO ini berlaku kerana Pas 'cemburu' melihat kejayaan UMNO meningkat martabat orang Melayu di negara ini. Sejarah panjang perjuangan UMNO juga bukanlah sesuatu yang mudah dihapuskan oleh Pas melalui retorik mereka. Sebaliknya Pas perlu mempunyai alasan yang cukup kukuh kenapa perlu orang Melayu menolak UMNO dan menyokong Pas.

Selama ini orang Melayu sudah mendapat banyak nikmat melalui perjuangan UMNO dan nikmat itu turut dirasai oleh pemimpin Pas dan anak cucu mereka. Tetapi Pas tidak mahu mengakui semua jasa UMNO itu sebaliknya mereka menggambarkan kepada rakyat bahawa pemerintahan negara yang ditunjangi oleh UMNO pernah dengan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan.

Malahan mereka juga mendakwa bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) yang UMNO menjadi tonggaknya adalah sebuah kerajaan yang zalim.

Soalnya, kalau kerajaan BN dan UMNO itu zalim sudah lama Pas tidak ada di muka bumi Malaysia ini. Lebih daripada itu Pas tidak akan berasa nikmat memerintah di Kedah, Kelantan dan Terengganu (1999) manakala rakan sekutu mereka tidak akan mampu memimpin di Pulau Pinang dan Selangor, jika penyelewengan berlaku dalam pilihan raya.

Apa yang melucukan ketika Pas menganggap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak telus dan menyebelahi BN, parti itu sendiri dalam pemilihannya menggunakan sistem yang dilaksanakan oleh suruhanjaya berkenaan.

Semua keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Pas bukanlah sebuah parti yang paling tidak konsisten sama ada dalam pendirian, tindakan mahupun perjuangan, oleh itu mana mungkin mereka mahu menggantikan UMNO, kecuali ia hanya sekadar impian seperti mana khayalan mereka hendak ke Putrajaya.

Oleh : Zulkifly Bakar

Juragan Malawati..

Isnin, 6 Jun 2011

Wajah sebenar Pas terdedah!

Pada tahun 1995, ketika berlangsungnya pilihan raya umum, penulis ada bertanya kepada seorang warga emas yang berusia 80-an kenapa beliau menyokong Pas, jawapannya, ‘‘Pas hendak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam.’’

Jumaat lalu pula ketika berbual dengan seorang mahasiswa sebuah institusi pengajian tinggi yang menghadiri Muktamar Tahunan Pas Ke-57 di Taman Melewar, Gombak, penulis turut bertanya soalan yang sama, jawapannya, ‘‘Pas dipimpin oleh para ulama dan kita sebagai orang Islam kena sokong.’’

Perjuangan menegakkan negara Islam dan memperkasakan kepimpinan ulama - inilah dua faktor utama yang mendorong sejak tahun 1951 kenapa sebahagian umat Islam di negara ini menyokong Pas.

Bagi mereka yang taksub, Pas adalah Islam, Islam adalah Pas. Pintu hati dan fikiran mereka sudah ditutup untuk melihat segala pengorbanan dan kejayaan UMNO yang telah memartabatkan Islam sehingga Malaysia menjadi negara Islam contoh.

Tetapi apa yang berlaku sepanjang muktamar Pas yang berakhir semalam sudah menjadi bukti bahawa parti itu kini bukanlah pejuang negara Islam dan tidak lagi dipimpin oleh para ulama sebagai pemain utama.

Sebaliknya golongan ulama hanya ditempatkan di Dewan Ulama dan menganggotai Majlis Syura yang belum tentu suara mereka akan didengari biarpun dikatakan menjadi badan pemutus perjalanan politik Pas.

Ternyata sekali, Pas menyambut 60 tahun usianya pada tahun ini dengan menyaksikan golongan ulama semakin terpinggir daripada arus perdana politik Pas.

Tewasnya calon-calon berlatar belakang agama bagi kerusi-kerusi Timbalan Presiden dan Naib Presiden serta Ahli Jawatankuasa Pas pusat sudah menjadi bukti bahawa ahli-ahli Pas kini sudah beralih arah.

Mereka semakin hilang keyakinan kepada kepimpinan ulama untuk menerajui parti itu dalam mencapai impian ke Putrajaya bersama-sama sekutu Pas iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Serangan bertubi-tubi yang dilakukan oleh puak-puak yang menyokong Penasihat PKR, Anwar Ibrahim sebelum pemilihan berlaku mengenai betapa perlunya profesional menerajui Pas ternyata memberi kesan.

Ahli-ahli Pas termasuklah perwakilan ke muktamar telah disogokkan dengan pemahaman bahawa kepimpinan ulama Pas adalah lemah, tidak agresif, tidak mempunyai visi dan tidak akan mampu menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Oleh itu jika Pas mahu bersama-sama meraih kuasa satu kapal dengan PKR dan DAP maka pemilihan kali ini perlu memastikan golongan profesional terutamanya mereka yang ‘berkiblatkan’ Anwar mencapai kejayaan.

Ternyata usaha itu berjaya, Pas kini dikuasai sepenuhnya oleh golongan yang sebahagian besarnya adalah penyokong kuat Anwar, PKR dan DAP.

Kegagalan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk membaca percaturan politik yang dilakukan oleh kumpulan menyokong Anwar dalam Pas telah memungkinkan beliau turut terjebak dan terikut-ikut dengan keghairahan untuk ke Putrajaya.

Tindakan Abdul Hadi yang menganggap barisan terpilih dalam pemilihan kali ini adalah Kabinet pilihan raya juga menimbulkan persoalan apakah selama ini Pas yang mengetengahkan ulama sebagai peneraju utama tidak yakin bahawa golongan itu boleh berjaya dalam pilihan raya?

Terbuktilah sudah bahawa muktamar Pas kali ini memaparkan wajah sebenar parti itu dalam arena politik negara.-UM.

Juragan Malawati

Ya ke Mat Sabu tidak mahu serang Anwar lagi!

Boleh percaya ke! Ketika Datuk Seri Abdul Hadi Awang berhempas-pulas menafikan kepimpinan baru parti itu yang digelar kumpulan bukan ulama menyokong Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu yang baru diangkat sebagai Timbalan Presiden pula memberi isyarat berbeza.

Beliau yang sebelum ini dikenali sebagai aktivis lantang dalam parti, secara rasmi mengangkat bendera putih apabila mengumumkan, beliau tidak mahu lagi menyerang ketua pembangkang itu, sebagaimana pernah dilakukan semasa Anwar dalam UMNO.

Mohamad yang dilabelkan sebagai salah seorang kumpulan penyokong Anwar dalam barisan kepimpinan baru Pas berkata, isu beliau menuduh bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebagai 'Al-Juburi' pada 1990-an, tidak lagi timbul dalam senario sekarang.

"Saya serang Anwar sejak beliau menyertai UMNO pada 1982 hinggalah beliau dipecat daripada UMNO, bila beliau tidak lagi berada dan memegang jawatan dalam parti itu, kenapa pula kita hendak menghentamnya?

"Sesiapa saja di dalam UMNO saya akan serang habis-habisan, macam Tun Dr. Mahathir Mohamad, sekarang kita tak serang kerana beliau bukan lagi mempunyai kuasa eksekutif," katanya ketika ditemui selepas diumum sebagai Timbalan Presiden baru di Markas Tarbiyah Pas, Taman Melewar, di semalam.

Satu pertanyaan kepada Mohd Sabu...Rahsia Bilik 121, Hotel Perdana jangan lupa ya..!!!

Juragan Malawati..

Rabu, 1 Jun 2011

Dialog YB Zul dengan ustaz ‘Anwarinas’ di sebuah masjid!

YB Datuk Zulkifli Noordin ialah Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu di Kedah. Semua orang mengenali beliau sebagai orang yang sangat setia dengan Anwar Ibrahim @ Pak Sheikh.

YB Zul juga ialah salah seorang ahli pasukan peguam Anwar yang bermati-matian mempertahankan anak guamnya itu daripada tuduhan liwat yang dihadapi bekas Timbalan Perdana Menteri itu, semasa zaman Tun Dr. Mahathir Mohamad dulu.

Dia juga berada di belakang Anwar semasa pilihan raya umum 2008 sehinggalah beliau sendiri memenangi kerusi yang disandangnya sekarang atas tiket PKR.

Pada masa itu, YB Zul turut mempertahankan DAP, yang terkenal dengan sikap cauvinis menebal mereka terhadap Melayu dan Islam. Namun, hari ini beliau telah berubah. Pusing 360 darjah. Keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas. Mengapa beliau bersikap begitu?

Sebenarnya YB Zul tahu ‘luar dalam’ siapa itu Anwar. Gelora hatinya tidak boleh ditahan lagi. YB Zul tidak boleh berkompromi dengan pihak yang sanggup menggadaikan agama dan bangsa demi menyelamatkan tengkoknya sendiri.

Lebih daripada itu, beliau tidak mahu lagi bermuka-muka dengan pihak yang hipokrit – puak Anwarinas Pas mahupun PKR, yang kini bergerak di surau-surau, masjid-masjid membawa mesej “fitnah-fitnah-fitnah” menggunakan hadis dan al-Quran sebagai nas mereka mempertahankan Anwar Ibrahim.

Ikuti dialog YB Zul (yang membahasakan dirinya teman) dengan seorang ustaz ‘Anwarinas’ di sebuah masjid, yang di petik penuh daripada blog beliau: http: //zul4kulim.blogspot.com/

KEBETULAN teman singgah solat di sebuah masjid (nama tidak akan disebut). Selepas solat, kebetulan ada ceramah oleh seorang Ustaz kawan teman yang juga aktivis sebuah parti politik. (juga nama tidak akan disebut). Semasa berceramah, kawan teman ini tidak perasan yang teman ada di situ. Teman pun dok berlonggok dengan para jemaah masjid yang lain, yang ada dalam 30-50 orang, termasuk jemaah wanita.

Ustaz kawan teman ini memulakan ceramah dengan membaca Surah Al-Hujurat ayat 6 dan An-Nur ayat 4. Lalu beliau mengupas tentang isu videoklip dan mendakwa ianya adalah satu fitnah besar menuduh orang berzina (cara dia kupas macam dia yang buat videoklip tu, walaupun sebenarnya dia tengok pun tak lagi). Malah beliau menyebut terus nama manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah Tuhan sebagai mangsa fitnah zina, dan mendakwa mereka yang menuduh sebagai layak dihukum qazaf. Malah beliau menambah bahawa beliau hairan mengapa YAB Datuk Seri Najib boleh terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya sebaliknya “insan suci” (ni perkataan Ustaz tu yop) Anwar Ibrahim terus difitnah.

Kemudian Ustaz ni membawa kisah Nabi Yusuf a.s yang turut menjadi mangsa fitnah. Dan cara beliau bawa cerita tu seolah-olah Anwar dan Nabi Yusuf sama taraf yop!!!

Kebetulan ada makan-makan disediakan selepas ceramah, teman ambil kesempatan untuk bertanya beberapa soalan. Teman tidak mahu bertanya secara terbuka selepas ceramah, khuatir nanti akan meletakkan Ustaz kawan teman tu serba salah. Lalu teman pun ambil peluang untuk bertanya sambil makan-makan. Boleh nampak wajah Ustaz kawan teman itu seperti tidak selesa menyedari teman ada di situ. Lalu bermulalah dialog teman dengan Ustaz kawan teman ni:

ZN: Salam Ustaz, ana nak tanya adakah Ustaz sudah menonton sendiri videoklip tersebut sepenuhnya, atau versi yang singkat itu?

Ust: Ana tidak gamak menengok sebab ianya haram! Malah sesiapa yang tengok itu semuanya haram dan melakukan dosa besar!

ZN: Bagaimana Ustaz tahu haram sedangkan Ustaz tengok lagi pun tidak? Baik, ana nak tanya, kalau seorang perompak pecah masuk rumah seseorang, dan setelah merompak, dia merogol pembantu rumah orang tu, kemudian dia lari. Kebetulan rumah tersebut ada video CCTV, adakah haram bagi polis melihat video itu untuk mengecam perompak/perogol tersebut? Adakah haram polis menyebarkan video itu di media cetak, elektronik dan siber untuk mengecam perompak/ perogol itu?

UST: Itu isu lain, itu satu jenayah! Sebenarnya videoklip ke, DNA ke tidak boleh dijadikan bahan bukti di mana-mana Mahkamah Syariah! (kata Ustaz dengan agak meninggi suara) (Nota: teman agak terkejut dengan kenyataan ini kerana jelas memperbodoh dan memperlekeh Islam seolah-olah menolak sains & teknologi sedangkan di zaman kegemilangannya Islam mempelopori sains & teknologi).

ZN: Di mana lainnya Ustaz? Soalnya sekarang ialah ada satu bahan bukti yang boleh mengecam siapa pelakunya, bukan perlakuan itu yang nak didedahkan! Baik, bagaimana pula kalau ada aduan menyatakan suami seseorang itu nusyuz dan mengadakan hubungan sulit dengan wanita lain. Mereka didapati pergi ke sebuah hotel. Yang ada hanya bukti CCTV yang kebetulan ada di dalam bilik hotel itu. Takkan tidak boleh si isteri guna video CCTV itu untuk membuktikan suaminya curang?

UST: (tak menjawab).

ZN: Isunya sekarang Ustaz, videoklip itu diperlukan pertama untuk mengecam dan membuktikan pelaku dan watak di dalamnya, bukan membuktikan perbuatan di dalamnya. Hanya setelah terbukti siapa pelakunya baru kita pergi ke peringkat selanjutnya iaitu apa yang dibuat oleh para pelaku tersebut. Apakah itu salah dan berdosa?

UST: Tapi video itu adalah rakaman video lucah! Orang sedang buat seks!

ZN: Tadi Ustaz kata tidak tengok lagi, mana Ustaz tahu? Jadi tidakkah penting untuk Ustaz tengok dulu baru buat rumusan? Tidakkah Ustaz tahu tiada siapa yang membuat tuduhan seks atau zina terhadap Anwar Ibrahim. Datuk Eskay, kawan baik Anwar sendiri, hanya menggunakan video itu untuk memberitahu rakyat bahawa kawannya Anwar tidak layak jadi pemimpin, adakah itu salah?

UST: Tetapi video itu mendedahkan ‘aib seseorang, dan mendedahkan ‘aib seseorang itu dilarang dan adalah haram hukumnya dalam Islam (lalu Ustaz membaca sepotong ayat al-Quran).

ZN: Kalau ada seseorang datang meminang anak perempuan Ustaz, dan kebetulan ana tahu akhlak dan karekter peminang tersebut, dan kebetulan ana ada satu videoklip menunjukkan perangai peminang itu, adakah ana berdosa ana memberitahu Ustaz dan menunjukkan video itu sebagai bukti keterangan ana?

UST: Itu soal peminangan, tidak ada kena mengena dengan videoklip seks ini.

ZN: Tapi Anwar Ibrahim mahu “meminang” seluruh rakyat Malaysia, tidakkah seluruh rakyat Malaysia berhak mengetahui akhlak dan karekter sebenar beliau sebab mereka yang akan menentukan sama ada mahu menerima “pinangan” Anwar Ibrahim atau tidak?

UST: Bukan begitu caranya, banyak cara lain yang boleh dibuat!

ZN: Bagaimana cara lain itu Ustaz?

UST: (Tidak menjawab tetapi sebaliknya berkata) Ana rasa elok kita tangguhkan dulu sembang kita kerana para jemaah lain mungkin ada urusan lain.

(Seorang jemaah menjawab, “takpa Ustaz, kami pun nak tau jugak. Kebetulan YB ada sini eloklah Ustaz perjelaskan”).

ZN: Ana nak sentuh isu qazaf yang Ustaz sebut. Bukankah qazaf ini berlaku hanya jika seseorang menuduh tanpa bukti orang lain melakukan zina?

UST: Ya, dan jika penuduh itu gagal membawa empat orang saksi yang cukup syaratnya penuduh itu hendaklah dihukum qazaf dengan 80 sebatan.

ZN: Tetapi di dalam kes videoklip ini, Datuk Eskay atau mana-mana pihak lain tidak pernah membuat tuduhan untuk membuktikan Anwar berzina. Mereka cuma sekadar nak buktikan Anwar tidak layak menjadi seorang pemimpin umat Islam dan negara ini, dan video itu sebagai bukti. Itupun kita perlu tunggu sehingga polis mengesahkan ketulenan videoklip itu dan siapa watak-wataknya? Apakah itu juga termasuk dalam qazaf?

UST: Soalnya bukan menuduh zina, tetapi ianya videoklip menunjukkan perbuatan seks! Itu sudah cukup untuk mewujudkan qazaf! (Nota: padahal Ustaz ni video tu pun tak tengok lagi!)

ZN: Adakah pendirian Ustaz kalau ada wanita mengadu dirogol juga perlu membawa empat orang saksi, kalau tidak dia akan diqazaf?

UST: Sesiapa juga yang menuduh seseorang dengan tuduhan membabitkan seks sama ada zina, rogol, liwat dan lain-lain, hukum Islam memerlukan empat orang saksi. Jika tidak, orang itu hendaklah dikenakan qazaf iaitu disebat!

ZN: (Teman agak terkejut dengan jawapan Ustaz ni) Tidakkah Ustaz rasa dengan cara itu tiada wanita akan berani membuat laporan polis mengadu dirogol! Tidakkah itu akan menggalakkan jenayah rogol, kerana para penjenayah ini akan tahu tiada siapa boleh bawak empat orang saksi. Adakah ini cara sistem keadilan Islam? Ana rasa ini bukan cara yang Islamik?

UST: Islam lebih memelihara kehormatan seseorang, sebab itu Allah mewajibkan empat orang saksi (lalu Ustaz membaca sepotong ayat al-Quran dan satu hadis) (kemudian Ustaz menceritakan mengenai tuduhan seorang wanita Yahudi terhadap anak Saidina ‘Umar).

ZN: Tapi macam mana dengan kehormatan wanita yang telah dirogol itu? Tidakkah Islam sangat menjaga kehormatan dan kemuliaan wanita, serta membela dan mempertahankan mereka? Satu lagi soalan ana nak tanya, Ustaz kata adalah satu fitnah bercakap tanpa bukti. Sekarang secara terbuka Ustaz menuduh Datuk Seri Najib sebagai pembunuh Altantuya. Apa bukti yang Ustaz ada?

UST: (Langsung tidak menjawab sebaliknya terus tutup majlis) Sorilah ana terpaksa pergi dulu kerana ada program lain. Assalammu‘alaikum.

Begitulah secara ringkas dialog di antara teman dengan kawan teman Ustaz lulusan pengajian Islam ini. Tujuan teman bukan untuk mempertikaikan Ustaz kawan teman ni, sebab itu teman tidak sebut nama dan lokasi tempat dialog itu. Malah teman sangat menghormati komitmen dan dedikasi Ustaz ni menyampaikan ceramah siang dan malam. Cuma teman kasihan kepada para jemaah yang kebanyakannya tidak tahu hujung pangkal, datang dengan ikhlas untuk menimba ilmu tetapi menerima sogokan politik murahan yang teman rasa bertopengkan agama dan kitab.

Dan teman kasihan kepada sahabat teman itu, yang mungkin ikhlas orangnya, tetapi dikalkatukan oleh kabus-kabus politik kepartian yang terlalu sempit. Semoga Allah memberikan petunjuk dan hidayah kepada kita semua.-UM.

Juragan Malawati..