UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 31 Ogos 2011

Nilai Kemerdekaan Bagi Orang Melayu!

Sejak dari selesai PRU ke-12 yang lepas dan sepertimana yang kita ketahui akan keputusannya dimana lima negeri telah jatuh ketangan pembangkang, kian dilihat setiap hari bagaimana kaum bukan Melayu semakin berani mempertikaikan akan Ketuanan Melayu. Tidak kira kaum bukan Melayu dari parti pembangkang, begitu juga dengan rakan-rakan UMNO didalam Barisan Nasional. Ibarat menikam kawan dari belakang, inilah yang berlaku didalam senario politik negara.

Penulis tertanya-tanya apabila UMNO diasak bertubi-tubi oleh pihak pembangkang, dimanakah rakan-rakan utama UMNO dalam BN? Sepatutnya rakan-rakan utama BN inilah yang akan berdiri teguh dibelakang UMNO untuk menangkis segala serangan dari pihak pembangkang. Ini tidak, bukan sokongan seperti yang diharap-harapkan malah UMNO sendiri menerima tekanan dari dalam BN. Seolah-olah UMNO dibelasah dari luar dan dalam. Malah ada rakan-rakan utama UMNO mula bertindak dengan berani mengugut untuk meninggalkan Barisan Nasional jika tuntutan mereka tidak dipenuhi.

Dimanakah semangat setiakawan dan persefahaman yang telah sekian lama dipupuk selama ini sejak dari merdeka lagi diantara semua parti-parti komponen Barisan Nasional. Apa lagi yang kaum bukan Melayu mahukan dari orang Melayu? Tidak cukupkah apa yang mereka telah perolehi dan kecapi setelah keturunan datuk moyang mereka diterima sebagai warganegara tanah air tercinta ini. Tidak cukupkah lagi dengan penguasaan ekonomi yang mereka dominasi sehingga mampu mengurangkan tahap kemiskinan kaum-kaum mereka jika hendak dibandingkan dengan orang Melayu?

Ingatlah kaum bukan Melayu,orang Melayu juga berhak menikmati hidup yang sempurna di tanah air mereka sendiri. Orang Melayu tidak mahu hidup merempat ditanah air mereka. Orang Melayu tidak meminta apa-apa dari bukan Melayu. BN yang ditunjangi oleh UMNO telah berusaha merangka berbagai polisi untuk menaikan taraf hidup orang Melayu sejak merdeka disamping tidak mengabaikan hak-hak kaum lain. Adakah orang Melayu meminta kaum bukan Melayu supaya mengabaikan atau memansuhkan bahasa, adat resam dan sekolah-sekolah bukan Melayu? Malah kebanyakan sekolah-sekolah mereka telah turut dibantu oleh kerajaan.

Ingatlah kaum bukan Melayu, tidak ada didalam dunia ini manusia yang begitu baik bernama “ Melayu “ yang sanggup menerima kaum-kaum pendatang ini sebagai warganegara setelah negara mencapai kemerdekaan. Tanah Melayu tidak meletakkan apa-apa syarat kepada kaum bukan Melayu untuk menerima mereka sebagai warganegara Tanah Melayu. Malah mereka bebas mengamalkan adat resam mereka selepas merdeka.

Jangan cepat lupa sejarah pembentukan Malaysia. Untuk apa kita merayai hari ulang tahun kemerdekaan pada saban tahun jika semua rakyat Malaysia tidak mahu menghayatilah sejarah pembentukan Tanah Melayu. Inilah gunanya hari kemerdekaan disambut supaya rakyat dapat menghayati apa ertinya kemerdekaan dan bagaimana untuk terus mempertahankannya. Bagaimana pejuang-pejuang kemerdekaan dahulu yang rata-ratanya orang Melayu berjuang menuntut kemerdekaan dari pihak penjajah.

Pejuang-pejuang Melayu terdahulu sanggup bermandikan darah mempertahan bumi tercinta ini dari terus dijajah untuk menjadikan Malaysia sepertimana yang ada pada masa ini. Adakah kaum bukan Melayu pernah berterima kasih pada orang Melayu diatas pengorbanan pejuang-pejuang Melayu terdahulu dalam mempertahankan kedaulatan negara? Adakah kaum bukan Melayu tahu akan kehadiran Pahlawan Mat Kilau, Datuk Bahaman, Datuk Maharajalela dan lain-lain pejuang Melayu. Adakah kita pernah mendengar Kapitan Yap Ah Loy atau ceti-ceti sanggup mengangkat senjata berjuang bersama-sama dengan orang Melayu melawan penjajah? Tidak pernah.

Mengapa pejuang-pejuang Melayu sanggup bermandikan darah berjuang melawan penjajah? Kerana apa, kerana niat mereka cuma satu. Tanah air ini adalah tanah Melayu. Bermakna Melayu adalah tuan kepada tanah air bumi tercinta ini. Siapakah akan mempertahankannya kalau bukan orang Melayu itu sendiri. Sama juga dengan Singapura. Siapakah tuan tanah kepada negara Singapura sekarang walaupun ia sebenarnya pernah menjadi sebahagian dari tanah Melayu. Bolehkah orang Melayu Singapura mengatakan mereka adalah tuan kepada tanah Singapura. Tentu tidak boleh kerana sudah bertukar “ tuan “.

Maka tidak perlulah bukan Melayu terus mempersoalkan akan Ketuanan Melayu kerana semuanya sudah termaktub didalam perlembagaan. Boleh dikira dengan jari berapa ramai perajurit yang berpangkat rendah dari kalangan bukan Melayu kecuali bumiputra dari Sabah dan Sarawak yang berkhidmat didalam pasukan angkatan tentera Malaysia. Kalau mereka benar-benar sayangkan negara mengapa mereka tidak mahu menyertai angkatan tentera Malaysia bermula dari pangkat paling bawah. Kalau adapun yang mahu menyertai ,mengapa mereka cuma memilih untuk pangkat-pangkat atasan sahaja. Apakah jijik sangat pangkat bawahan itu?

Mengapa orang Melayu sahaja yang sanggup menggalas tangungjawab ini meninggalkan anak dan isteri serta keluarga berada didalam hutan atau disempadan untuk menjaga keselamatan negara sedangkan kaum bukan Melayu yang mendabik dada mengatakan yang mereka juga adalah “ tuan” kepada tanah air ini duduk bersenang lenang dengan rumah besar, kereta mewah dan segala kemewahan yang lain. Sanggupkah mereka yang bongkak dan lupa daratan ini berada bersama-sama perajurit Melayu didalam hutan demi menjaga keselamatan negara? Dimanakah bukan Melayu bila setiap tahun Tabung Rayuan hari Pahlawan dilancarkan? Berapa ramai yang sanggup menderma bagi membantu ahli-ahli keluarga perajurit yang daif ataupun yang terkorban semasa menjalankan tugas?

Begitu juga dengan tugas-tugas menjaga keamanan dan ketenteraman awam. Berapa ramaikah bukan Melayu yang mahu menjadi konstabel Polis? Mengapa jika ada cuma memilih pangkat atasan sahaja. Adakah pangkat bawahan ini untuk orang Melayu sahaja? Bukankah soal keamanan adalah tanggungjawab bersama. Malah ada ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan kredibiliti anggota polis dalam menjaga keamanan negara. Sepatutnya sebagai rakyat dan pembangkang, beliau menyeru kepada bukan Melayu untuk menganggotai pasukan polis bagi sama-sama menjaga keamanan. Ini tidak, malah mempersalahkan pasukan polis dengan kadar jenayah yang tinggi sekarang.

Bagi penulis tanggungjawab pasukan Polis adalah seperti berat mata memandang, tetapi lebih berat bahu yang memikul . Cuma yang faham sahaja yang akan menghormati kerja-kerja yang ditanggung oleh pasukan Polis. Adakah tugas-tugas menjaga keselamatan dan keamanan terletak dibahu orang Melayu sahaja sedangkan kaum bukan Melayu sibuk menghimpun harta kekayaan. Adakah bukan Melayu pernah bersyukur dengan kenikmatan dan hidup senang lenang mereka sekarang adalah hasil dari susah payah orang Melayu yang menjadi pewaris kepada bumi tercinta ini.

Jika bukan Melayu masih lagi mempersoalkan tentang Ketuanan Melayu, adalah lebih baik mereka cermin dulu diri masing-masing tentang asal-usul mereka. Hayati apa itu kontrak sosial, apa itu rukun negara dan apa yang termaktub dan terkandung didalam perlembagaan. Ingatlah yang orang Melayu sudah banyak berkorban untuk bukan Melayu. Orang Melayu tidak meminta banyak kepada bukan Melayu, cuma diharap bukan Melayu menghormati hak-hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja Melayu seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan.

Seperti titah Raja Muda Perak, Raja Dr,Nazrin tidak lama dahulu:

Masyarakat imigran yang datang daripada pelbagai budaya dan adat perlu berpegang kepada pepatah ‘ Dimana bumi berpijak, di situ langit dijunjung ‘.

Sama-samalah kita renungkan.
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-54...Salam Merdeka.

Juragan Malawati..

Ahad, 28 Ogos 2011

Hari ini dalam sejarah : Mat Sabu hilang ingatan selepas 'kepala lutut' dibedah!

* Mohamad Sabu yang dikecam pelbagai pihak kerana menyokong perjuangan komunis, akhirnya muncul memberi reaksi pertama beliau yang dianggap cukup mengejutkan.

* Dalam kenyataan ringkasnya, Timbalan Presiden Pas itu mendakwa tidak ingat apa yang beliau ucapkan ketika berceramah di Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu.

* Sementara itu pelbagai pihak terus mengecam beliau dan setakat ini 20 laporan polis dibuat ke atasnya.

* Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula secara tegas melabelkan bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah itu sebagai pengganas dan pengkhianat negara.

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang terpalit dengan kontroversi terbaru selepas menganggap pengganas komunis sebagai hero memberi jawapan mengejutkan apabila memberitahu, dia tidak mengingati apa yang diucapkannya.

Ia kenyataan pertama seumpamanya pernah dibuat oleh Mohamad dalam usahanya ‘membela’ diri kerana dalam mana-mana kes kontroversinya sebelum ini, pemidato hebat Pas itu tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia terlupa mengenai apa yang pernah dituturkan.

Lebih mengejutkan, dakwaan terlupa itu dibuat ketika video yang memaparkan ucapannya di Padang Menora, Tasek Gelugor, Pulau Pinang, 21 Ogos lalu telah mula tersebar di Internet terutamanya di laman-laman blog dan laman sosial Facebook sejak petang semalam.

“Saya tidak ingat adakah saya kata begitu. Saya sedang cari rakaman ceramah itu balik. Lepas tengok baru saya akan ulas sama ada perlu bincang dengan peguam atau bagaimana,” katanya seperti mana dipetik dari lidah rasmi Pas, http://harakahdaily.net, hari ini.

Utusan Malaysia dalam laporan muka depan semalam melaporkan, Mohamad menganggap Kompeni Pasukan Keempat Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan serta keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurut Timbalan Presiden Pas itu, Muhammad Indera, iaitu lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis tersebut.

Dalam ceramahnya itu juga, beliau mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British selain turut berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara.

Rentetan kontroversi itu, pelbagai pihak terutamanya bekas-bekas perajurit dan ahli keluarga mangsa ‘penyembelihan’ Bukit Kepong menyelar Mohamad dan menuntut orang nombor dua Pas itu meminta maaf secara terbuka serta didakwa di bawah Akta Hasutan.

Tidak terkecuali mengutuk perbuatan biadab itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau menganggap Mohamad sebagai pemimpin yang buta sejarah serta mengkhianati perjuangan bangsa Melayu dalam menuntut kemerdekaan tanah air.

Habis la kamu Mat Sabu komunis..!!!

Juragan Malawati..

Mat Sabu hina pejuang : Waris tragedi Bukit Kepong tersinggung!

Waris mangsa yang terkorban dalam tragedi Bukit Kepong pada 1950, kecewa dan terguris dengan kenyataan Mohamad Sabu yang mendakwa Parti Komunis Malaya (PKM) ialah hero sebenar dalam peristiwa itu dan bukannya anggota keselamatan serta ahli keluarga mereka.

Ismail Yahya, 80, iaitu adik kepada polis bantuan (AP) Othman Yahya yang terbunuh dalam tragedi berdarah tersebut, mengakui amat terkilan dengan kenyataan biadab Timbalan Presiden Pas itu.

Tegasnya, abangnya berjuang bersama-sama anggota polis Balai Bukit Kepong waktu itu secara sukarela kerana sayangkan keamanan dan tanah air.

"Mengapa jasa dan pengorbanan abang saya tidak dikenang Mat Sabu? Walaupun kami daripada keluarga miskin tetapi abang saya mengetepikan semua itu semata-mata untuk berjuang demi tanah air tanpa dibayar satu sen pun.

"Sedih apabila mengenangkan pengorbanan abang saya tidak dihargai walaupun kami tidak minta disanjung. Kenapa pula kenyataan jahat dan bodoh seperti ini diluahkan," soalnya ketika ditemui Mingguan Malaysia di rumahnya di Kampung Bukit Bendar dekat sini, hari ini.

Utusan Malaysia hari ini menyiarkan kenyataan biadab Mat Sabu pada 21 Ogos lalu dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang, yang menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan 4 PKM yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Selain itu, Mat Sabu turut mendakwa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana kedua-dua tokoh tersebut ialah pegawai British ketika itu.

Ismail berkata, Mat Sabu tidak pernah merasai saat-saat pilu seperti dilaluinya apabila memangku mayat abangnya dan mengambil tangan, kaki dan kepala mereka yang terkorban untuk disemadikan selepas itu.

"Semua ini tidak berlaku terhadap keluarga atau saudara-mara dia, sebab itu dia bercakap apa sahaja tanpa memikirkan perasaan orang lain. Dia ini Melayu ke apa? Kalau nak ambil hati DAP pun berpada-padalah," katanya.

Sehubungan itu, Ismail mahu Mat Sabu berhenti daripada memutar belit kenyataan dan jangan memperalatkan Islam atau menggadaikan maruah bangsa Melayu hanya untuk cita-cita politiknya.

Sementara itu, Penghulu Bukit Kepong, Mohd. Azhari Bidin, 40, menyifatkan kenyataan Mat Sabu sebagai jahat dan mempunyai agenda tertentu menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13. Beliau meminta pemimpin Pas itu insaf, bertaubat dan berpada-pada dalam berpolitik kerana tidak semua perkara boleh dipertaruhkan termasuk agama.

"Inikah pejuang Islam? Orang seperti ini tidak layak jadi pemimpin dan dia pun bukan daripada golongan ulama atau profesional. Rugi bagi Pas kerana memiliki orang seperti ini apatah lagi bertaraf pemimpin," katanya.

Sementara itu : Mat Sabu perlu mohon maaf

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata, kenyataan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang menganggap pengganas sebagai hero sebenar dalam tragedi Bukit Kepong menunjukkan beliau jahil dalam soal sejarah negara ini.

Menurut Khalid, kenyataan Mat Sabu itu juga boleh menimbulkan kemarahan waris-waris pasukan keselamatan, terutamanya anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang berjuang bermati-matian menentang pengganas komunis ketika tragedi berdarah itu.

"Kenyataan yang dikeluarkan oleh Mat Sabu itu jelas menunjukkan beliau jahil dan buta sejarah.

"Saya nasihatkan agar dia buat rujukan dan membaca semua buku-buku sejarah bagi mengetahui perkara sebenar yang berlaku," katanya ketika dihubungi disini hari ini.

Menurutnya, Mat Sabu perlu memohon maaf kerana kenyataan dangkalnya itu akan menyinggung perasaan waris-waris anggota polis maut dalam tragedi berdarah itu.

"Saya pasti semua warga PDRM dan waris anggota, khususnya yang terlibat dalam insiden itu kecewa dengan kenyataannya," kata beliau.

Dalam satu ceramah di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lalu, Mat Sabu menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurut Mat Sabu, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar, selain hanya memihak kepada UMNO.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Juragan Malawati..

Jumaat, 26 Ogos 2011

Suara DAP dalam PAS : Mat Sabu hina pejuang negara!

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.

Komen : Lu memang komunis la Mat Sabu..!!!

Juragan Malawati..

Selasa, 23 Ogos 2011

Putarbelit isu penubuhan majlis syura - MB Khalid patut letak jawatan!

Nampaknya MB Khalid pun nak mengikuti jejak bekas MB Perak, Nizar Lambai untuk " sembah derhaka " terhadap Sultan! Ini bukan pertama kali Khalid bersikap biadap terhadap titah Sultan Selangor, tetapi sebelum ini juga pernah berlaku semasa isu perlantikan SUK negeri Selangor. Khalid pernah memutarbelitkan kenyataan Tuanku Sultan Selangor di dalam kes perlantikan Dato' Khusrin sebagai SUK Selangor.

Ketika itu Khalid cuba untuk menidakkan atau memperlekehkan tindakan DYMM Sultan Selangor, sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor memberi perkenan kepada Dato' Khusrin sebagai SUK Kerajaan Negeri Baginda.

Hari ini sekali lagi Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah bahawa kenyataan Menteri Besar Selangor bahawa Baginda menitahkan atau mencadangkan supaya kerajaan negeri menubuhkan Majlis Penasihat Syura adalah sama sekali tidak benar.

Khalid sebelum ini membuat kenyataan bahawa Kerajaan Selangor akan menubuhkan Majlis Penasihat Syura dalam usaha menyelesaikan pertikaian berhubung pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lalu. Menurut beliau lagi, idea penubuhan majlis syura tersebut dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika mereka mengadakan perbincangan minggu lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, berkata apa yang berlaku dalam pertemuan itu ialah Abdul Khalid telah menyembah maklum kepada Sultan Selangor hasrat beliau untuk memanggil dan berjumpa dengan pihak pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama.

"Memang Tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab Tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku. Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang Tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,” kata Munir.

Kelihatan Khalid cuba mendahului dan bersikap biadap terhadap baginda Sultan Selangor! Setiap titah Sultan mahu dicabar dan diputarbelitkannya. Apa motif sebenar Khalid yang dilihat lebih kuah dari sudu! Apakah Khalid mahu menunjukkan bahawa kuasa menteri besar mengatasi kuasa sultan? Ataupun Khalid sudah terlalu gila kuasa untuk merampas kedudukan Sultan Selangor, seperti mana idaman Penasihat Ekonomi nya, Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menjadikan Malaysia sebuah Republik?

Jika inilah sikap dan perangai seorang Menteri Besar, rasanya sudah sampai masa rakyat negeri Selangor bersatu dan mendesak agar MB Khalid melepaskan jawatannya! Fikir-fikirkanlah.

Juragan Malawati..

Anwar takut bersumpah, pilih kandang tertuduh!

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang sering melaung-laungkan ketelusan dan keadilan, hari ini memilih untuk memberi keterangan bela diri dari kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi di sini berhubung kes liwat terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Tindakannya itu yang tidak memerlukannya mengangkat sumpah dilihat seolah-olah ingin 'menyelamatkan' dirinya daripada disoal balas oleh pasukan pendakwaan yang diketuai oleh Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden.

Bagaimanapun, pilihan itu juga digunakan sewenang-wenangnya oleh Anwar untuk 'menyerang' Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang sebelum ini telah berpuluh-puluh kali membenarkan penangguhan demi menghormati hak Ahli Parlimen Permatang Pauh itu sebagai tertuduh.

Anwar memberi keterangannya dengan membacakan pernyataan bertaip setebal 32 muka surat, kira-kira satu jam 45 minit mulai 9.50 pagi dan seperti kebiasaan, menyelitkan beberapa potongan ayat al-Quran, ucapan bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela, Shakespeare dan banyak lagi.

Bermula dari perenggan kedua keseluruhan kenyataannya, inti pati 'bela diri' Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ialah menyalahkan satu persatu tindakan hakim Mahkamah Tinggi tersebut yang didakwa menindas hak beliau untuk mendapat perbicaraan yang adil.

Anwar memberi tujuh alasan tindakan hakim itu yang didakwa gagal memastikan perbicaraan berjalan secara adil antaranya enggan memberi perintah agar bahan material penting diberikan kepada pihak pembelaan dan kegagalan mengarahkan saksi utama kepada pihak pembelaan hadir ke mahkamah memberi keterangan.

Beliau juga mendakwa hakim tersebut bertindak berat sebelah terhadapnya apabila membuat penghakiman awal dengan menyatakan Mohd. Saiful Bukhari sebagai saksi yang dipercayai di akhir kes pendakwaan tanpa mendengar keterangan di peringkat pembelaan terlebih dahulu.

''Saya telah dinafikan keperluan untuk membuat pembelaan saya secara bersumpah. Itu terjumlah kepada penafian hak saya untuk mendapatkan satu perbicaraan yang adil dan saksama,'' katanya dalam suara yang semakin serak.

Keterangannya itu yang boleh dianggap sebagai satu 'ceramah politik' kadangkala menyebabkan Hakim Mohamad Zabidin dilihat tidak selesa sehinggakan ketika Anwar memohon untuk menangguhkan seketika perbicaraan, hakim itu bertanyakan ''Panjang lagi?''.

Pada ketika ini juga, dilihat salah seorang pakar asid deoksiribonukleik (DNA) yang dibawa khas oleh pihak pembelaan sudah terlelap.

Selain itu, Anwar menyatakan walaupun hakim tersebut ada membenarkan permohonannya seperti menemui saksi-saksi pendakwaan, beliau mendakwa Hakim Mohamad Zabidin turut memberi 'talian hayat' kepada saksi bahawa mereka boleh menolak daripada ditemu bual.

Beliau turut mendakwa bersedia untuk memberi keterangan secara bersumpah tetapi tindakan-tindakan hakim itu telah 'mencipta' satu situasi yang tidak membolehkannya berbuat demikian.

Berhubung pertuduhan yang dihadapinya, Anwar seolah-oleh mengulangi hujah pembelaan di akhir kes pendakwaan di samping menafikan mempunyai hubungan seksual dengan Mohd. Saiful Bukhari.

''Saya ingin menyatakan tanpa ragu-ragu bahawa saya tidak pernah mempunyai sebarang hubungan seksual dengan pengadu, Mohd. Saiful. Dakwaannya adalah pembohongan secara terang-terangan dan berniat jahat dan akan dibuktikan sedemikian,'' katanya.

Menurutnya, dalam kejadian itu, Mohd. Saiful Bukhari berpeluang meninggalkan tempat kejadian tetapi tidak berbuat demikian atas dakwaan kononnya dibelenggu ketakutan walhal pengadu berusia awal 20-an, enam kaki tinggi dan tegap berbanding dirinya yang berusia 60 tahun dan telah menjalani pembedahan sakit tulang belakang selain tidak mempunyai sebarang kedudukan.

Anwar selaku saksi pembelaan pertama juga menyatakan, tindak-tanduk pengadu itu didakwa tidak konsisten apabila turut menghadiri satu majlis PKR dan perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya selain tidak segera membuat laporan polis atau mendapatkan rawatan.

Kembali mengungkit 'kisah lama', beliau menyatakan pihak pendakwaan pada kes kali ini hanya mengubah cara agar lebih diterima dengan menggambarkan pengadu adalah seorang anak muda yang lemah, naif dan tidak bersalah serta keterangannya perlu dipercayai tanpa menghiraukan sebarang bukti yang bertentangan berbanding 'ala-Stalin' yang digunakan pada kes yang pertama.

Anwar turut menyatakan bahawa pertuduhan yang dihadapinya itu adalah konspirasi politik pucuk pimpinan negara sekarang yang mengulangi dakwaan yang dihadapinya pada 1998.

Anwar, 64, dibicarakan setelah mengaku tidak bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Perbicaraan bersambung esok.

Juragan Malawati.

Khamis, 18 Ogos 2011

Peguam Anwar Tunjuk Isyarat, Elak Bela Diri, Buat Permohonan Baru Lagi ?

Menjelang 4 hari sebelum Datuk Seri Anwar Ibrahim diarahkan mahkamah membela diri, semalam, Ketua Peguambelanya, Karpal Singh menunjukkan isyarat baru bahawa berkemungkinan besar permohonan penangguhan akan dilakukan sekali lagi pada Isnin depan, 22 Ogos, untuk mengelakkan anak guamnya, Anwar memberi keterangan membela diri.

“Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu … hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikir itu yang patut oleh hakim,” kata Karpal yang memberi bayangan pihaknya akan memohon kepada mahkamah agar dibicarakan kes pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan yang muncul dalam wawancara bersama TV3, dua hari lepas.

Kenyataan Kenyataan Karpal seperti dilaporkan portal pro Anwar, Malaysiakinidibuat di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur semalam, selepas menemubual seorang lagi saksi, iaitu seorang jururawat Pusrawi, Yazihan Jusoh. Menurut portal itu, Karpal masih mengkaji temubual itu terlebih dahulu sebelum membuat keputusan untuk membuat permohonan kepada mahkamah dalam perbicaraan Isnin ini.

Apabila Karpal membuat permohonan di mahkamah agar dikenakan tindakan kepada Mohd Saiful, maka sekali lagi perbahasan di antara pihak pendakwa dan peguambela akan dilakukan.

Selepas itu, hakim akan membuat keputusan, sekiranya keputusan itu tidak berpihak kepada peguambela Anwar, maka mereka akan memohon penangguhan untuk membuat rayuan di mahkamah yang lebih tinggi. Ini merupakan taktik lama Karpal yang pernah dilakukan semasa Utusan Malaysia membuat liputan lengkap prosiding tersebut, di mana peguam veteran itu telah memohon kepada mahkamah untuk menangguhkan kes.

Selepas hakim membuat keputusan permohonan Karpal itu tidak relevan, peguam itu memohon pula untuk menggugurkan hakim. Inilah strategi Karpal untuk melengah-lengahkan perbicaraan supaya rakyat tidak memberi tumpuan kepada keterangan saksi utama di mahkamah dan dalam masa yang sama untuk mengelirukan pemikiran rakyat dengan memohon perbicaraan dalam perbicaraan.

Dalam masa sama juga, ketika itu pasukan peguambela Anwar kehabisan hujah untuk menyoal balas saksi utama, Mohd Saiful, justeru mereka melakukan taktik pra-perbicaraan supaya rakyat memfokuskan kepada ‘isu yang bukan isu’ untuk menenggelamkan isu utama.

Dalam perkembangan lain, portal pro Anwar dalam laporannya pada 16 Ogos turut menunjukkan isyarat hala tuju yang bakal dibawa oleh peguam-peguam Anwar.

Jika sekiranya, mahkamah tetap mahukan pembela memberi keterangan bela diri, Isnin ini tiga kaedah akan dipertimbangkan untuk menentukan kedudukan Anwar. Menurut Ram Karpal, tiga kaedah itu adalah pertama; Anwar sendiri dipanggil sebagai saksi utama pembelaan dengan berdiri di kandang saksi.

Kaedah kedua; memberi keterangan dari ‘dock’ dan ketiga Anwar dibiarkan mendiamkan diri dengan peranannya kesemuanya diambil alih oleh pihak peguambela.

Sementara itu, Sankara Nair, salah seorang lagi peguambela merangkap peguam peribadi Anwar berpendapat masih ada ruang lagi untuk membuat permohonan lanjut berkenaan saksi-saksi.

“Kami masih tidak mengetahui status seorang lagi pembantu rumah” katanya yang telah berjaya menemubual seorang pembantu rumah Hassanuddin Abd. Hamid yang bernama Suchiyati.

Menurut Sankara, mereka perlu menemubual seorang lagi pembantu rumah yang bernama Fitria Dipa yang dilaporkan sedang balik bercuti ke Indonesia. Pada 15 Ogos lalu, mahkamah telah membuat keputusan, “Walau apa keputusan temubual nanti, pada Isnin ini, 22 Ogos, anda kena mula membela diri”.

Keputusan dibuat dengan mengambil kira sudah terdapat empat kali penangguhan membela diri sejak mahkamah memutuskan Anwar perlu membela diri pada 16 Mei lalu.

Sumber dari : AIDC

Juragan Malawati..

Rabu, 17 Ogos 2011

Murid Melayu Islam: “Ya, saya tahu Nabi Isa sayangkan saya...”!

Pendedahan yang mahu dibuat ini diharap tidak akan menyusahkan semua pihak. Bukan semua orang yang sukakan kepada masalah.

Pejabat-pejabat kerajaan dan pihak berkuasa kadang kala tidak mahu menyusahkan diri dengan masalah-masalah seperti ini. Tapi demi akidah umat Islam yang sedang dicerobohi oleh pihak-pihak tertentu, maka menjadi kewajipan kita untuk mendedahkannya.

Selebihnya biarkan pihak berkuasa yang mengambil tindakan, lagipun itu adalah amanah yang diberikan rakyat kepada mereka.

Kisahnya datang daripada seorang cikgu sekolah rendah, berbangsa India (Cikgu S) yang amat prihatin kepada anak-anak muridnya. Satu petang beliau mencari nombor saya dan menghubungi saya di pejabat.

Cikgu S berkata kepada saya: “Saya terkejut apabila mendapati beberapa anak murid saya berbangsa Melayu dan beragama Islam murid Tahun 1 dan 6 boleh menyanyi dengan semangat lagu memuji kebesaran Nabi Isa.

“‘Mereka menyanyikan lagu Yes, I know Jesus loves me dengan begitu bersemangat lagi. Mereka juga menyanyikan lagi Hari Ini Ku Rasa Bahagia yang memuji Nabi Isa sambil menunjukkan isyarat tangan simbol salib. Saya terkejut bagaimana murid-murid ini boleh menyanyikan lagu-lagu itu?

“Malah mereka juga boleh bercerita kisah-kisah Nabi Isa dengan lancar sekali serta mengenai kisah Nabi Isa disalib.”

Itulah antara pendahuluannya kepada saya. Anak-anak murid cikgu ini adalah anak-anak Melayu miskin yang tinggal di kawasan setinggan di Jalan Klang Lama dalam kawasan Parlimen Seputeh.

Setiap hari Ahad, anak-anak miskin Melayu beragama Islam ini akan ke kelas tuisyen yang diberikan percuma oleh sekumpulan pemuda-pemudi bukan berbangsa Melayu di kawasan itu. Pemuda-pemudi itu dikatakan pendakwah Kristian yang menjalankan kelas-kelas percuma untuk kanak-kanak itu.

Asal matlamatnya ialah untuk mengajar bahasa Inggeris. Maka, ibu bapa yang melepaskan anak-akan mereka itu yakin itulah yang diajar oleh pemuda-pemudi itu.

Namun, akhirnya secara kebetulan cikgu sekolah bernama Cikgu S itu dapat mengesan bahawa anak-anak muridnya sudah hafal dengan lagu-lagu berunsur Kristian yang memuji kebesaran Jesus Christ (Nabi Isa). Memanglah lagu-lagu itu dilagukan dalam bahasa Inggeris.

Bagi ibu bapa miskin yang tidak faham dengan bahasa orang putih itu, mereka tidak akan sedar bahawa lagu-lagu yang dinyanyikan oleh anak-anak kecil mereka itu ialah lagu keagamaan yang berlawanan dengan agama asal mereka.

Cikgu S yang mengajar anak-anak murid di sebuah sekolah kebangsaan di Jalan Kuchai Lama itu tersedar bahawa ada anak muridnya yang boleh menyanyikan lagu Inggeris tersebut.

“Saya terkejut kerana murid itu boleh menyanyikan lagu Nabi Isa. Saya mengajukan kepada pihak sekolah mengenai penemuan itu dan kepada cikgu-cikgu agama sekolah.

“Saya juga mengambil inisiatif menghubungi pejabat agama Islam untuk memaklumkan mengenai perkara ini. Bagi saya ia adalah serius.”

Cikgu S turut merungut kerana pihak pejabat agama Islam tidak respons cepat kepada aduannya itu. Beliau seterusnya menghubungi ke pejabat-pejabat lain, termasuklah kepada pihak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Mungkin Cikgu S tidak dilayan kerana mereka mahu cepat ke Bazar Ramadan!

Saya bertanya kepada Cikgu S mengapa cikgu begitu mengambil berat mengenai hal ini, sedangkan beliau bukan orang Islam dan berbangsa Melayu?

“Saya bangkitkan ini atas kesedaran bahawa apa yang dilakukan kepada anak-anak murid saya itu adalah satu kesalahan moral dan ia adalah tidak patut dan tidak adil berlaku kepada mereka.

“Sebagai seorang guru, anak-anak murid saya yang masih mentah ini tidak patut diterapkan dengan unsur-unsur Kristianiti oleh sesiapa pun. Biar orang sedar murid-murid saya menjadi mangsa ini...”

“Saya sedar mengenai perkara ini pada hari Jumaat dua minggu lalu dan dilihat tiada tindakan yang dibuat, walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dan Jabatan Pelajaran Negeri.”

Malah Cikgu S juga turut menelefon sahabat baiknya, Ridhuan Tee Abdullah mengenai perkara ini.

Ridhuan Tee di dalam blognya, http://ridhuantee.blogspot.com menulis: ‘‘Saya mendengar lagu-lagu yang dinyanyikan oleh murid tersebut dengan teliti melalui telefon bimbit guru tersebut yang diserahkan kepadanya. Ternyata, anak kecil yang masih mentah dan tidak berdosa ini telah dicorakkan oleh guru Kristian tersebut melalui kelas tuisyen.

“Tindakan guru tuisyen benar-benar keterlaluan dan amat kurang ajar. Saya amat mengharapkan pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas sebelum nasi menjadi bubur. Cukuplah dengan beberapa orang yang telah dimurtadkan secara berani seperti Aishah Bukhari, Azlina Jailani dan sebagainya.”

Namun semasa kolum ini ditulis, saya difahamkan pihak sekolah telah menghantar satu laporan lengkap kepada Jabatan Pelajaran untuk tindakan susulan.

Menurut Cikgu S, hasil siasatannya dengan murid-murid itu, dia diberitahu cara pengajaran yang dilakukan oleh pemuda-pemudi itu cukup menarik malah kanak-kanak itu turut dibawa membeli-belah, berkhemah dan berjalan-jalan.

Bagi saya apa yang berlaku di kelas tuisyen di sebuah rumah itu merupakan satu gerakan halus. Ia bukan dilakukan secara suka-suka. Begitu juga yang berlaku di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC), Petaling Jaya minggu lalu. Ia bukan berlaku secara kebetulan, tapi dirancang dengan begitu tersusun.

Matlamatnya ialah untuk menembusi akidah orang Melayu beragama Islam yang selama ini sukar ditembusi. Itulah sebabnya apabila orang Melayu Islam berpecah, maka unsur-unsur ini akan masuk sedikit demi sedikit ke dalam sistem umat Islam.

Persoalannya di mana NGO-NGO Islam kita yang kononnya kuat dan Islamik itu? Malangnya mereka ini lebih kuat berpolitik daripada menjalankan kerja-kerja dakwah yang sebenar.

Tahukah anda bahawa gerakan Kristian ini bukan sahaja bergerak secara agresif di negara ini, tapi juga melangkaui sempadan. Gerakan mereka ini tidak kelihatan dengan imej-imej pakaian ala berkopiah putih, tabligh atau purdah, tapi cukup halus.

Mereka juga membuka kelas-kelas bahasa Inggeris dan muzik di beberapa negara lain, termasuk di Vietnam, Kemboja, Indonesia. Namun ia bukan kelas bahasa Inggeris atau muzik yang biasa, niatnya ialah untuk menerapkan agama mereka.

Siapa sebenarnya yang salah dalam hal ini? Mana perginya Persatuan Mahasiswa Islam dan Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (Gamis) yang garang itu. Tapi mereka hanya garang kepada pemerintah kerajaan, yang bagi mereka itu tidak kena, ini tidak kena. Mengapa tidak dilakukan kerja-kerja sosial seperti yang dilakukan oleh gerakan Kristian itu?

Jika dulu Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) amat aktif, tapi kini ia nampaknya longlai.

Pas, kini bukan Pas dulu lagi. Perjuangannya kini sudah jauh melencong, sehingga sanggup menggadaikan perjuangan demi hal-hal politik yang keterlaluan. Pas kini sanggup menghalalkan cara untuk mencapai matlamatnya.

Saya pernah syorkan UMNO menubuhkan sayap ulamanya supaya satu rangka kerja sosial dakwah dapat dijalankan dengan lebih tersusun.

Jika Pas sudah gagal, maka UMNO sebagai parti Islam Melayu ulung harus mengambil tugas itu. Tidak dinafikan usaha UMNO melalui kerajaan telah banyak menyebarkan syiar Islam di negara ini, tapi usaha kerja-kerja sukarela harus diperkuatkan supaya gerakan halus tersebut dapat ditangani.

Semasa saya menaip tulisan ini, saya menerima teks SMS daripada Cikgu S. Mesej beliau cukup menyentuh perasaan. Saya berharap dalam bulan Ramadan Al-Mubarak ini ia dapat membuka mata kita semua Melayu Islam: SMSnya berbunyi:

‘‘Terima kasih kerana mengambil serius tentang isu ini. Tahniah saya ucapkan. Saya sebagai Guru dan Anak Malaysia, sangat berharap agar tindakan tegas diambil demi menyelamatkan anak-anak kita yang diibaratkan sebagai ‘KAIN PUTIH’.

“Dengan bukti KUKUH ini, saya berharapan tinggi agar pendedahan ini akan dapat juga membuka mata umat Islam yang berpecah-belah kerana gilakan kuasa politik dengan terlepas pandang anasir di luar sana yang ‘SEDANG’ mengambil kesempatan ini terhadap anak-anak kita yang tidak berdosa.

“Dengan bukti kukuh ini juga biar dunia tahu tentang kesucian agama ISLAM, agama rasmi negara kita yang kita cintai. Semoga saudara diberkati. Salam 1Malaysia. Cikgu S.”

Benarlah sabda Rasulullah SAW dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Setiap anak dilahirkan bagai kain putih, ibu bapalah yang akan mencorakkan sama ada menjadi seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi.”

Namun dalam hal ini adakah salah ibu bapa yang miskin dan daif itu, atau salah kita semua...?

Oleh : Zaini Hassan

Juragan Malawati..

Selasa, 16 Ogos 2011

Buat Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali - Adakah ini 'kerja-kerja' jahat UMNO?



UMNO Selangor menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang menuduh UMNO mendalangi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) pada 3 Ogos lepas sebagai berniat jahat.

Justeru, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mohd Zin Mohamed menuntut Mustafa memohon maaf secara terbuka dan UMNO bersedia mengambil tindakan undang-undang jika beliau gagal berbuat demikian.

Mohd Zin berkata, pemeriksaan yang dilakukan di DUMC merupakan perkara yang melibatkan penguatkuasaan agama dan tidak sepatutnya dipolitikkan oleh mana-mana pihak.

Dalam satu kenyataan di sini, beliau berkata, JAIS harus bebas dari ancaman, ugutan dan tohmahan serta campur tangan politik kerana isu membabitkan agama wajar diurus secara profesional dan berkesan.

"Pas harus segera berhenti menyalahkan pihak lain dalam setiap isu yang berlaku dalam pentadbiran di Selangor,” katanya.

Dalam kenyataan Haji Hadi sebelum ini juga seolah-olah menyalahkan UMNO! Antara kenyataan Haji Hadi mengenai isu gereja di Selangor!

" UMNO tidak layak mempertahankan Islam kerana tidak berwajah Khalifah Umar yang melawat gereja dan bersembahyang apabila tiba waktunya, kerana Umar mendirikan sembahyang maka dengan sendiri mendirikan masjid, sedang UMNO mendirikan masjid tetapi tidak semestinya mendirikan sembahyang. Mereka boleh berhimpun untuk membincangkan agenda negara dengan meninggalkan sembahyang, sedangkan Saidina Umar tidak memisahkan sembahyang dengan urusan negara."

Kesimpulannya, kenyataan media milik UMNO dalam isu gereja lebih bersifat apa yang disebut oleh Imam Ali K.W. “ Ucapan yang zahirnya benar , tetapi matlamatnya kebatilan “. Ianya dengan bermatlamat untuk memancing undi melayu Islam yang buta al Quran, bagi pilihanraya umum ke-13 untuk meneruskan agenda warisan penjajah iaitu Islam yang terpimpin bukannya Islam yang memimpin.

Fikir-fikirkan lah..!!!

Juragan Malawati..

Isnin, 15 Ogos 2011

Panas!! Video Penerangan Mismah Yang Buat Pembangkang Tertonggeng!



Video ini menjelaskan segalanya tentang fitnah pembangkang kepada rakyat Malaysia. Agenda memburukkan kerajaan BN bukan hanya tertumpu dengan menfitnah kerajaan BN malah rakyat turut terpalit sama dengan agenda mereka. Adakah kita masih memerlukan golongan seperti itu untuk menjadi kerajaan yang akan memperjuangkan nasib kita? Fikirkan Bersama!

Juragan Malawati..

Sabtu, 13 Ogos 2011

Cakap tak serupa bikin - Nasrudin Hassan buat U-Turn!

Dah agak dah. Mesti buat U-Turn punya. Macamanalah nak jadi pemimpin kalau pendirian tak tetap! Baru kena "gertak" dah ubah pendirian.

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasrudin Hassan kesal dengan manipulasi akhbar Umno, Utusan Malaysia yang disifatkan "membuat kesimpulan ikut suka dia" berhubung tulisan beliau bertajuk 'Pemuda PAS konsisten pertahan aqidah' yang disiar di blognya baru-baru ini.

Tulisan tersebut adalah pendirian Dewan Pemuda PAS Pusat berhubung pemeriksaan oleh Jabatan Agama Islam Selangor Jais terhadap satu majlis yang berlangsung di Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU).

Utusan dalam laporan muka hadapannya hari ini menyimpulkan, Nasrudin dikecam hebat oleh pimpinan PAS ekoran tulisannya itu yang turut menyebut akan mempertahankan aqidah umat Islam daripada dirosakkan sekalipun dengan nyawa dan darah.

Akhbar Umno itu juga cuba membayangkan wujud percanggahan antara pendiriannya dengan keputusan PAS Pusat yang mahu mendengar penjelasan dari kedua-dua pihak iaitu Jais dan pihak gereja.

Menjelaskan dakwaan itu kepada Harakahdaily, Nasrudin berkata tindakan Utusan itu sengaja untuk melaga-lagakan pemimpim dalam PAS dan Pakatan Rakyat.
"Saya tidak bertanggungjawab dengan ulasan Utusan tersebut. Saya tidak pernah membuat kenyataan kepada Utusan, ini sengaja untuk melaga-lagakan.

"Cuba lihat kepala tulisan saya itu, saya nyatakan dengan jelas bersetuju dengan langkah PAS Pusat," katanya.

Perenggan pertama tulisannya beliau menyebut: "Setuju benar saya dengan pendekatan yang diambil oleh PAS Pusat untuk bertemu dengan JAIS dan pihak Gereja sebelum membuat keputusan muktamad dalam menangani isu sensitif seperti ini. Sewajarnya PAS melangkah dengan penuh waspada sebelum mengambil apa jua pendirian setelah dilihat isu ini cuba dimanipulasi oleh pihak tertentu bagi menangguk political millage dalam kekeruhan situasi yang dialami."

Menjelaskan maksud keseluruhan tulisannya yang juga disiar pada ruangan Kolum di Harakahdaily, beliau memberitahu pemuda PAS mahu menyatakan kepada rakyat bahawa mereka tegas untuk mempertahankan aqidah Umat Islam dari dirosakkan mana-mana pihak. - hARAKah Daily

Juragan Malawati..

Jumaat, 12 Ogos 2011

Nasrudin Tantawi sah hadapi tekanan!

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan akhirnya mengakui bahawa beliau sedang menghadapi tekanan dan kecaman cukup hebat daripada pemimpin Pas sendiri, dipercayai daripada mereka yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia sekali gus mengesahkan laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bahawa Nasrudin kini mengalami nasib serupa seperti Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang dikecam parti sendiri kerana menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan di sebuah gereja baru-baru ini.

“Sedikit tenaga terjana semulajadi sungguh pun mutakhir ini daku (aku) dihimpit tekanan daripada pelbagai sudut. Semoga taufik terus dibekalkan Ilahi buat diri yang kerdil ini untuk terus berjuang,” kata Nasrudin ketika mengemas kini status terbaru di Facebooknya, hari ini.

Bagaimanapun seperti Hasan, Nasrudin juga tidak menunjukkan tanda-tanda beliau akan berganjak daripada pendirian tegasnya menyokong tindakan JAIS serta mempertahan akidah umat Islam daripada cuba dimurtadkan walaupun dikecam parti sendiri.

Menurut Nasrudin, beliau akan tetap mempertahan akidah umat Islam dengan apa cara sekalipun kerana matlamat perjuangannya adalah kerana Allah dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan, didikan Rasulullah sebagai contoh selain bercita-cita untuk mati syahid.

“Ya Allah, andai diri ini gagal menepati prinsip tersebut, ampunilah dosa aku. Ya Allah, andai diri ini cuai dan alpa, (sehingga) tidak menunaikan amanah perjuangan ini dengan baik, ampunilah aku,” katanya.

Juragan Malawati..

Khamis, 11 Ogos 2011

Panas...Pemimpin Pas pro-Anwar kecam Nasrudin?

Selepas Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali menjadi mangsa kecaman pemimpin Pas ekoran sokongannya terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama baru-baru ini, nasib yang sama dipercayai menimpa Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan.

Nasrudin dipercayai menerima kecaman serta tekanan hebat daripada pemimpin Pas terutamanya golongan ‘Anwarinas’ iaitu kumpulan yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Tindakan itu dilakukan selepas Nasrudin mengeluarkan kenyataan keras kelmarin, bahawa Dewan Pemuda Pas Pusat akan tetap mempertahankan akidah umat Islam daripada dirosakkan, sekalipun dengan darah dan nyawa.

Ia diperkukuhkan lagi dengan status terkini Ketua Dewan Pemuda Pas itu di laman Facebooknya yang membayangkan beliau sedang ‘diserang’ apabila berkata: “Tidak mudah untuk kita memperjuangkan Islam. Kadang-kadang cabaran dalaman lebih perit dialami berbanding cabaran luaran. Ya Allah, Engkau berilah aku kekuatan,”.

Kelmarin, Nasrudin melalui laman blognya, http://www. eperjuangan.com, dilihat memberi ‘kejutan’ bermakna kepada pucuk pimpinan Pas yang sebelum ini takut untuk bersuara, apabila menyeru umat Islam bersatu di bawah payung akidah bagi memastikan tiada ruang yang membolehkan musuh Islam menyelinap masuk.

Lebih menambahkan kemarahan kumpulan ‘Anwarinas’ apabila beliau berkata: “Harga akidah tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), tidak boleh ditebus dengan jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat, sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,”.

Dalam pada itu, tidak cukup dengan status tersebut, Nasrudin juga dilihat cuba meluahkan tekanan yang sedang dilalui akibat mengambil pendirian berbeza berbanding pucuk pimpinan Pas, melalui satu lagi status terdahulu yang penuh dengan maksud tersirat.

Aku cuba berlari di kaki pelangi, mengukur jarak berbanding masa. Aku cuba gapai warna-warni, akhirnya akur ditipu fatamorgana. Begitulah realiti sisa umur di alam ini. Moga nur hidayah Ilahi dapat aku gapai, menyuluh lorong gelap dan kelam menuju mahligai berseri bidadari, satu destinasi yang tidak dijangkau pelangi,” katanya.

Sementara itu, cubaan Utusan Malaysia untuk mendapatkan penjelasan Nasrudin sendiri berhubung dakwaan beliau sedang ditekan dan dikecam oleh pucuk pimpinan Pas, termasuk apa maksud sebenar di sebalik status Facebook gagal kerana telefon bimbitnya dimatikan.-UM.

Juragan Malawati..

Rabu, 10 Ogos 2011

‎5 Bekas Pemimpin PKR, Setiausaha Sulit Sedia Jadi Saksi Kes Anwar!

Lima bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) menawarkan diri untuk menjadi saksi kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Rata-rata mereka beranggapan, tindakan peguam bela Penasihat PKR mahu menemu ramah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor adalah suatu yang tidak relevan kerana kedua-dua mereka tidak ada kena mengena dengan kes tersebut.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor berkata, beliau sedia menawarkan diri untuk dipanggil menjadi saksi kepada kes liwat Anwar.

“Jika Perdana Menteri dan isteri boleh dipanggil oleh peguam bela untuk menjadi saksi jadi mengapa saya tidak boleh dipanggil sebab saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Isnin lalu membenarkan permohonan pembelaan kes liwat Anwar untuk menemu ramah kesemua 15 saksi termasuk Perdana Menteri dan isteri.

Bagaimanapun, temu ramah itu tertakluk kepada persetujuan saksi-saksi terbabit.

Mohamad Ezam berkata, mahkamah adalah medan untuk menjawab segala fitnah bahawa beliau dan rakan-rakan lain tinggalkan Anwar kerana habuan, sebaliknya Anwar ditinggalkan oleh mereka kerana haram berketuakan seorang peliwat.

Bekas Naib Presiden PKR, N. Gobalakrishnan yang turut bersetuju menawarkan diri sebagai saksi kes liwat Anwar berkata, orang yang rasa bersalah pasti akan bertindak melengah-lengahkan perbicaraan kes yang sedang dihadapinya.

“Maka sebab itu Anwar mahu Perdana Menteri dan isteri menjadi saksi supaya beliau boleh politikkan keputusan mahkamah di dalam dan luar negara seterusnya memburuk-burukkan sistem kehakiman negara,” katanya.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Noordin pula berkata, beliau juga tertanya-tanya mengapa Anwar tidak memanggilnya sebagai saksi untuk perbicaraan kes liwatnya itu.

“Teman (saya) bersedia bila-bila masa. Malahan teman cabar Anwar dan Karpal Singh supaya memanggil teman sebagai saksi. Tak sabar teman nak ke mahkamah memberi keterangan.

“Persoalannya, kenapa teman dan rakan-rakan PKR lain tidak dipanggil menjadi saksi sedangkan kami tahu sedikit sebanyak malah ada yang terlibat secara langsung dalam kes itu,” katanya.

Dua orang bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan Muhamad Rahimi Osman turut menyatakan kesediaan menjadi saksi di dalam kes liwat tersebut.

Anuar berkata, sebagai bekas kakitangan yang telah berkhidmat kira-kira 12 tahun beliau amat mengenali, memahami dan mengetahui kecenderungan Anwar dalam segala segi.

Segala pergerakan Anwar katanya, juga amat diketahuinya kerana sebagai setiausaha sulit, beliau bertanggungjawab menjaga keperluan Penasihat PKR itu.

Rahimi ketika dihubungi mempersoalkan jika Perdana Menteri dan isterinya boleh dipanggil menjadi saksi mengapa beliau yang merupakan bekas kakitangan Anwar tidak ditawarkan berbuat demikian.

“Saya lebih tahu siapa sebenarnya Anwar. Bagi saya Anwar hanya mahu mempolitikkan kes ini. Jika Anwar berani, panggil saya ke mahkamah dan saya boleh ceritakan bagaimana cubaan Anwar memfitnah Perdana Menteri dan isteri di dalam kes ini,” ujarnya..!!!

Juragan Malawati..

Selasa, 9 Ogos 2011

Jangan gelapkan masa depan anak bangsa!

Salam dan selamat berpuasa kepada Yayasan Selangor (YS) dan para pentadbir atau pengurusnya yang bijaksana. Saya menulis dan meluahkan rasa hati ini selaku bekas pelajar YS, anak YS pertama menjadi Ahli Lembaga Pemegang Amanah dan anak Selangor jati yang terhutang budi kepada kerajaan negeri (yang dahululah pastinya).

Keputusan YS untuk menutup dua buah asrama pusatnya iaitu Asrama Tun Dr. Ismail - ATDI (lelaki) dan Asrama Toh Puan Norashikin - ATPN (Perempuan) di Kampung Pandan, amat menghiris hati.

Penutupan kedua-dua asrama berkenaan dan kemudiannya memindahkan pelajar ke asrama-rama daerah seperti di Klang dan Sabak Bernam adalah sesuatu yang bertentangan dengan dasar dan matlamat penubuhan YS pada tahun 1970.

Jika Allahyarham Datuk Harun Idris masih ada... dia pasti akan menitis air mata kerana usahanya membuka asrama pertama YS pada tahun 1971 iaitu Asrama Dr. Latiff (ADL) di Pesiaran Gurney Kuala Lumpur selaku perintis, diikuti ATDI dan ATPN mahu dinyahkan begitu sahaja.

Tokoh cendekiawan dan pendidikan negara, Tan Sri Ainuddin Wahid selaku pemegang amanah yang terkanan dan paling lama berkhidmat juga pasti geleng kepala memikirkan tindakan YS yang mengundur ke belakang kerana mahu menghantar pelajar sedia ada di bandar raya Kuala Lumpur kembali ke sekolah luar bandar.

Bekas-bekas penghuni asrama YS yang kini berjaya meletakkan diri di teraju-teraju utama, seperti Datuk Dr. Jamil Maah (Timbalan naib Canselor Universiti Malaya), Datuk Yusli Yusof (Bursa Saham), Hud Abu Bakar (arkitek terkemuka), Lt. Kol Emilia Kamaruddin (juruterbang wanita pertama negara), rakan-rakan doktor yang memiliki hospital (bukan sekadar klinik) sendiri dan ratusan usahawan dan penjawat lain pasti terasa hiba dan sedih juga dengan pendirian dan keputusan YS yang pelik ini.

Luahan rasa hati masing-masing yang tersiar dalam facebook Alumni Yayasan Selangor serta Asrama Dr. Latiff Alumni Network (ADLAN) menjadi bukti kepada keresahan, kerisauan dan rasa tidak setuju mereka terhadap langkah merobohkan asrama-asrama berkenaan.

Bekas penghuni Asrama Dr. Latiff adalah yang lebih terasa kerana asrama perintis dan berjasa di tebing Sungai Klang itu sudah lama menjadi sejarah kerana memberi laluan penambahbaikan laluan air dan laluan trafik di kawasan itu.

ADL memang tidak dapat bertahan lagi dan sebagai pengubat, ahli alumni sering berkata: "Tak apalah sebab ATDI dan ATPN masih ada..."

Namun ATDI dan ATPN pun kini mahu dirobohkan dan tidak kedengaran langsung usaha untuk menggantikan kerana YS berpendapat menghantar para pelajar ke sekolah mana sekalipun adalah sama sahaja kerana semua guru berijazah.

Demikianlah fahaman pentadbir YS seperti mana diuar-uarkan Pengurus Besarnya sendiri, Ilham Marzuki. Kata Ilham, jiran selokasi saya di Bandar Baru Bangi, anaknya yang dipindahkan dari Malay College Kuala Kangsar (sekolah kebanggaan beliau sendiri) tetap cemerlang walaupun belajar di Sekolah Menengah Jalan Tiga, Bandar Baru Bangi!

Saudara Ilham... fahamilah bahawa Sekolah Menengah Jalan Tiga itu sebenarnya adalah sekolah dalam bandar yang pada asalnya mahu dijadikan sekolah berasrama penuh oleh kerajaan pusat. Itulah sebabnya sekolah itu ada asrama.

Namun oleh kerana keperluan mendesak dan SM Jalan Dua BBB tidak dapat menampung permintaan bilangan pelajar yang begitu besar dan terus meningkat, sekolah itu dijadikan sekolah harian biasa.

Oleh kerana sekolah itu mempunyai kemudahan asrama, saya selaku Ahli Parlimen ketika itu, dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah bagi pihak YS telah berbincang dengan pihak Pejabat Pelajaran Daerah dan juga sekolah untuk menempatkan 20 orang tajaan YS di sekolah itu.

Pada mulanya, dicadangkan para pelajar dari sekitar Hulu Langat sahaja diambil kerana sekolah-sekolah menengah amat terhad dan pengangkutan awam ke sekolah amat sulit. Cadangan diterima dan mulalah pelajar-pelajar tajaan YS bersekolah di situ.

Mereka pula hanya mempunyai 3A dan 2B dalam Penilaian Darjah Lima kerana yang dapat 4A atau 5A sudah ada sekolah-sekolah tertentu yang berminat. Jika pelajar dengan 3A dan 2B ini tidak diberi peluang, mereka mungkin terus menjadi penoreh seperti ibu bapa mereka sahaja ataupun meningkat sedikit menjadi pekerja kilang di sekitar Beranang dan Bandar Baru Bangi.

Pelajar-pelajar berkenaan berjaya meningkatkan prestasi dengan sekolah terpilih itu. Sekolah Menengah Jalan Tiga memang terkemuka di Selangor dan kerana itulah ia menjadi rebutan.

Saya tak tahu pula anak Ilham masuk ke sekolah itu kerana berhampiran dengan rumahnya ataupun melalui kuota YS (harap-harap tidaklah). Jadi sekolah itu memang terkemuka dan menjadi pilihan.

Jika Ilham percaya dan yakin bahawa semua sekolah menengah sama sahaja kerana guru-gurunya berijazah, kenapa anak beliau tidak ditempatkan ke Sekolah Menengah Ungku Hussin di kampung halamannya di Semenyih? Saya amat yakin, Ilham sendiri tidak mahu menghantar anaknya ke sana!

Bukan bermaksud mahu menghina sesuatu sekolah, saya percaya para ibu bapa 463 pelajar ATDI dan ATPN sekarang pun tidak mahu anak-anak mereka di hantar ke sekolah-sekolah di Sabak Bernam, Klang atau Kuala Kubu Baharu, apatah lagi Batang Berjuntai, asrama dicadangkan menempatkan 1,500 pelajar. Kalau ke desa-desa itu, mereka boleh hantar sendiri tanpa perlu urusan YS.

Khabarnya, mulai tahun depan, tiada pengambilan pelajar baharu ke tingkatan satu kerana perobohan kedua-dua asrama itu. Pelajar sedia ada pula mahu diselitkan ke asrama di sekolah masing-masing.

Saya dimaklumkan bahawa Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan tidak dapat memenuhi hasrat YS ini kerana kekangan dan kepadatan di asrama sekolah-sekolah berkenaan.

Apa pilihan yang ada pada YS selain daripada menyewa bangunan untuk dijadikan asrama? Ada bajet atau ada duit ke? Kalau setakat gunakan duit hasil penjualan tapak asrama pusat tu... jawabnya habis tak tentu fasal sajalah wang yang ada!

Empat tahun lagi, bermakna YS tidak akan ada pelajar luar bandar untuk dicemerlangkan di bandar kerana tak ada asrama. Apakah fungsi YS ketika itu... penjual bangunan dan tanah yang disediakan oleh Tan Sri Muhammad Muhd. Taib dan Tan Sri Abu Hassan Omar (dua bekas MB yang prihatin)?

Wahai rakan-rakan baharu di YS... inilah akibatnya YS nyahkan pegawai-pegawai berjiwa besar yang mengetahui dan menjiwai semangat Datuk Harun dalam yayasan. Mereka faham akan hasrat Datuk Harun, hasrat orang Melayu di kampung dan ibu bapa serta anak-anak YS sendiri amat bangga dengan peranan YS.

Memetik perbualan saya dengan Datuk Jamil Maah baru-baru ini, katanya, "Kalau YS tak kutip Abang Jamil pada tahun 1971 dulu, Abang mungkin kerja kilang sekarang ni." Renungkanlah.

YS juga pernah terlibat dengan penubuhan Kolej Inpens dan Univeristi Industri Selangor (Unisel). Kolej Inpens dijadikan landasan kedua untuk menampung para pelajar lepasan sekolah menengah yang tidak berjaya mendapat tempat yang lebih tinggi.

Kerana itu Inpens menyediakan kursus peringkat sijil dan diploma. Ini termasuklah para pelajar lepasan tajaan YS yang pernah tinggal di asrama-asramanya. Unisel pula ditubuhkan sebagai landasan yang menyambungkan pelajar Inpens dan institusi-institusi seumpamnya meneruskan pengajian peringkat ijazah. Ringkasnya ada kaitan dari sekolah menengah hingga ke universiti.

Sekarang Inpens terumbang-ambing dan Unisel sedang menghadapi masalah kepimpinan kerana tekanan politik.

Saya berharap YS juga tidak dipolitikkan atau mempolitikkan diri sendiri. Tindakan membawa Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tujuan politiknya seperti pada 19 Julai lalu harus dihentikan. Biarlah YS hadkan peranannya kepada urusan pendidikan sahaja, walaupun Pengurus Besar boleh terus mengagumi parti serban yang ditaksubinya.

Saudara Ilham dan rakan-rakan, lupakan fahaman politik kita, sebaliknya perjuangankanlah amanah sebenar yang diletakkan di atas bahu masing-masing.

Saya masih ingat betapa bangganya kami diberikan sebuah banglo di Kampung Pandan sebagai pejabat Persatuan Anak Yayasan Selangor (PAYS) dahulu. Kami akan tetap mengingati tapak itu dan saya cukup khuatir jika tapak asrama pusat Kampung Pandan nanti dibasahi kencing para alumni YS.

Saudara Ilham, renungkanlah... YS telah jauh menyimpang. Saya tidak mahu sentuh lagi mengenai perbelanjaan sempena sambutan 40 tahun YS. Muhasabahlah. Saya juga berdoa, agar roh Datuk Harun sentiasa tenteram...!

Oleh : DATUK BADRUL HISHAM ABDUL AZIZ ialah bekas Ahli Parlimen Hulu Langat

Juragan Malawati..


Ahad, 7 Ogos 2011

Pas - 'Parti Aloh Sokmo'..!!!

Sebaik-baik sahaja Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di muktamar Pas baru-baru ini bahawa partinya menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, sebaliknya mahu wujudkan negara berkebajikan jika dapat memerintah Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh.

Ini kerana setelah puluhan tahun, akhirnya hasrat Pengerusi DAP dan partinya untuk menghalang Pas membentuk sebuah negara Islam telah berjaya. Perjuangan Pas sejak tahun 1950-an berjaya dipatahkan DAP. Kata orang Kelantan, "Pas aloh ko DAP" (Pas kalah kepada DAP).

Ini hakikat yang sukar diterima orang Pas. Pusingan U yang diumumkan Hadi Awang buka sahaja mengaibkan ramai penyokong Pas akar umbi, malah dianggap menghina pejuang dan aktivis sebelum ini. Sekali gus, mengiktiraf kedudukan dominan DAP dalam pakatan pembangkang yang dianggotainya.

Seminggu selepas muktamar, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa sebuah panel khas akan ditubuhkan untuk membincang kandungan negara berkebajikan yang diinginkan Pas. Sebagaimana konsep negara Islam, Pas bercakap dulu, fikir kemudian.

Dan dalam hal ini, Pas kena memerah otak untuk mengisi konsep negara berkebajikan yang masih tidak jelas. Saya percaya sebahagian besar yang difikirkan ialah bagaimana memastikan konsep negara berkebajikan tidak ditentang juga oleh DAP nanti. Pas kena pertimbangkan perasaan DAP dan risiko daripada tentangan politik dari aspek ideologi.

Keputusan Kerajaan Kedah menarik balik arahan melaksanakan peraturan terhadap premis hiburan di bulan Ramadan adalah satu lagi episod "Pas aloh ko DAP". Walaupun pemimpin Pas memberi pelbagai alasan bahawa ia bukan demikian dan memberi macam-macam putaran terhadapnya, hakikatnya ialah keputusan itu dibuat setelah diugut oleh Karpal Singh.

DAP anggap keputusan kerajaan Pas Kedah sebagai "tidak cerdik" (baca: bodoh) dan boleh menjejaskan hubungan kedua-dua parti. Andainya tiada ugutan kes ini dibawa ke mahkamah, masakan pucuk pimpinan Pas terbabit sehingga mendesak kerajaan negeri mengubah pendirian.

Dalam kes terbaru, wakil Pas di Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohamed Ali, yang juga Exco Hal Ehwal Agama Islam Negeri, dikecam teruk oleh pemimpin DAP Lim Kit Siang dan Theresa Kok atas pendirian terbukanya mempertahan tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama Rabu lalu. Serbuan itu dibuat atas laporan adanya usaha menyebarkan agama Kristian kepada orang Islam atau memurtadkan mereka.

Sebelum episod ini, "Pas aloh ko DAP" di Selangor. Exco DAP Selangor, Ronnie Liu perjuangkan penjualan arak dan meluluskan banyak lesen rumah urut, Pas tidak boleh berbuat apa.

Dia arah Majlis Bandaraya Shah Alam kembalikan arak yang dirampas kepada kedai yang melanggar peraturan menjual. Dia juga arahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya tarik balik larangan ke atas orang Islam bekerja di premis menjual arak.

Pemimpin-pemimpin DAP dibenarkan masuk masjid atas urusan politik dan ada yang masuk dalam keadaan tidak ikut adab tertib Islam.

Melihatkan kuatnya tekanan DAP (dan pihak lain, termasuk Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, dari PKR) ke atas Hasan, nampaknya Pas akan 'aloh' lagi kepada DAP dalam hal ehwal agama dan orang Islam di Selangor.

Di Pulau Pinang pun sama, "Pas aloh ko DAP". Exco DAP berani campur tangan dalam hal ehwal Islam, sampai perarakan Maulidur Rasul pun dibatalkan.

Lim Guan Eng sudah wujudkan Exco bagi bukan Islam. Sedikit demi sedikit hal-hal Islam diceroboh, dan umat Islam pula yang bertelagah sesama sendiri.

Sebelum ini, Pas memberi alasan berkawan dengan DAP kerana ingin berdakwah dan memperkenalkan Islam kepada pemimpin DAP seterusnya mengislamkan mereka dalam masa terdekat. Soalnya Pemimpin DAP mana yang sudah masuk Islam sejak Pas mula menjalin hubungan politk dengan DAP?

Selepas pilihan raya 2008, orang Pas tolong jaja cerita mengenai kepimpinan Lim Guan Eng ala Khulafah Al-Rasyidin. Penceramah-penceramah Pas tolong kempen termasuk waktu kuliah maghrib di masjid-masjid mengenai idola Guan Eng iaitu Khalifah Umar Abdul Aziz.

Malah ada ustaz-ustaz Pas mengumumkan Guan Eng akan peluk Islam, tetapi terpaksa menunggu sehingga bapanya Lim Kit Siang peluk Islam dulu dan melaksanakan undang-undang Islam sekiranya pakatan pembanghkang berjaya menawan Putrajaya kelak.

Sudahlah Pas gagal melaksanakan sebarang undang-undang Islam setelah lebih 20 tahun memerintah Kelantan, mereka meletakkan pula tanggungjawab hendak melaksanakan undang-undang Islam ke atas bahu Guan Eng dan Kit Siang.

Amat malang, terlalu ramai pengikut Pas yang mempercayai momokan ustaz-ustaz Pas ini, yang berjaya mewujudkan segolongan pengikut yang taksub dan mempercayai apa saja yang diucapkan.

Apa yang Pas berjaya lakukan ialah memberi dorongan kepada pemimpin DAP menghina Islam, menghina al-Quran dan menghina masjid. Pemimpin-pemimpin DAP sesuka hati memetik ayat al-Quran semasa berceramah politik dan mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang menyakiti hati orang Islam.

Tapi Pas mempertahankan mereka walaupun hadis dan ayat al-Quran dipersenda. Soalnya: dakwah macam mana yang Pas buat untuk DAP sampai DAP jadi berani begitu?

Pemimpin PKR dan Pas di Selangor dan Pulau Pinang tidak lagi berani bercakap mengenai kepentingan Melayu dan kedaulatan Islam kerana dicap sebagai rasis. Kononnya atas dasar 'tahaluf siyasi', Pas berpakat dengan DAP untuk mendapat kuasa, seterusnya untuk mengembang Islam.

Hakikatnya Islam bukan sahaja tidak berkembang, malah pemimpin Pas sibuk pula mencari ayat-ayat Quran sebagai rujukan untuk menghalalkan tindakan-tindakan DAP.

Nampak sangat kedudukan Pas yang sedang berkecamuk dan pemikiran pemimpin yang bercelaru. Negara Islam pun dah jadi Negara Kebajikan. Slogan 'Membangun Bersama Islam' kini tukar jadi 'Pas Untuk Semua. '

Dulu Karpal Singh kata Pas kena langkah mayat dia jika mahu tubuh negara Islam. Baru-baru ini, pemimpin Pas, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, yakni bekas Speaker DUN Kelantan, pula kata langkah mayat dia jika ada sesiapa mahu serang Karpal Singh.

Kalau Pas mendalami pengertian bahawa khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang pemimpin DAP anti-Islam setaraf Khalifah al-Rasyidin.

Bila timbul cerita Tengku Razaleigh Hamzah, dan bukannya Abdul Hadi Awang mungkin menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai Ketua Pembangkang untuk menawan Putrajaya, sekali lagi 'Pas aloh'.

Padahal, di kalangan penyokong Pas, Abdul Hadi adalah calon mereka dan pernah dinobatkan sebagai bakal Perdana Menteri Malaysia.

Nampaknya, Pas kecewa lagi. Tidak hairanlah jiwa Pas kini sakit, hatinya penuh dengan dendam dan nafsu Qarun yang semakin membuak. Saya percaya ramai pemimpin dan ahli Pas asal menangis melihat rupa wajah Pas hari ini: parti pak turut yang melukut di tepi gantang, parti yang aloh sokmo.

Oleh : DATUK DR. MASHITAH IBRAHIM

Juragan Malawati..

Sabtu, 6 Ogos 2011

Dr. Hasan Ali - Saya rela dipecat!

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali, yang tidak disenangi oleh anggota Exco yang lain atas ketegasannya mengenai soal Islam, menegaskan beliau sanggup dipecat demi kepentingan akidah ummah.

Katanya: "Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor."

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas entri terbaru blog Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin (http://zul4kulim.blogspot.com) bertajuk Genggam Bara Api!

Zulkifli dalam tulisannya yakin Dr. Hasan akan digugurkan daripada jawatan Exco Kerajaan Selangor ekoran tindakannya menyokong Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu sebuah gereja Methodist yang dikatakan menjalankan kegiatan dakwah terhadap orang Islam di Damansara Utama baru-baru ini.

Beberapa pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas sebelum ini turut membid as Dr.Hasan yang mempertahankan tindakan JAIS itu. Malahan seorang pemimpin Pas menganggap kenyataan Dr.Hasan dalam isu berkenaan tidak mewakili parti itu.

Mengulas lanjut, Dr. Hasan menegaskan, beliau telah memperjuangkan isu mengenai umat Islam di Selangor sejak dulu lagi, terutamanya berhubung isu penjualan arak di Shah Alam.

"Saya tidak mahu menyentuh isu gereja itu kerana mematuhi arahan tutup mulut (gag order) oleh Menteri Besar. Tapi saya hanya menjawab mengenai soalan saudara berhubung persoalan yang ditimbulkan oleh YB Zul mengenai nasib saya itu.

"Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu-gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?" katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengikut rekod terdahulu, Dr. Hasan pernah diberi amaran oleh Jawatankuasa Disiplin Pas kerana membangkitkan mengenai soal penjualan arak di Shah Alam. Tindakan itu diambil kerana Pas tidak mahu hubungannya dengan parti-parti dalam pakatan pembangkang, terutamanya DAP, terjejas ekoran pendedahan Dr. Hasan itu.

Dalam Muktamar Pas baru-baru ini Dr. Hasan gagal mempertahankan jawatannya sebagai Naib Presiden kerana tidak mendapat sokongan daripada puak-puak Erdogan yang didokong oleh Anwar Ibrahim. Ekoran kekalahan itu, Dr. Hasan turut digugurkan sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor.

Mingguan Malaysia difahamkan Pas Pusat dijangka bermesyuarat esok dan soal mengenai tindakan terbaru Dr. Hasan dalam soal gereja itu dijangka turut dibincangkan. Difahamkan Dr. Hasan sering menerima tekanan daripada anggota-anggota Exco bukan Islam DAP dan PKR, jika soal-soal mengenai Islam disentuh.

Sebagai rekod selain Dr.Hasan terdapat sembilan lagi yang menduduki jawatan Exco Kerajaan Selangor iaitu Teresa Kok (DAP), Yaakob Sapari (PKR), Rodziah Ismail (PKR), Dr. Xavier Jayakumar (PKR), Dr. Halimah Ali (Pas), Iskandar Abdul Samad (Pas), Ronnie Liu (DAP), Elizabeth Wong (PKR) dan Ean Yong Hian Wah (DAP).

Dalam semua Exco itu, dikatakan Teresa Kok, Dr. Xavier, Ronnie Liu dan Elizabeth Wong adalah antara mereka yang sering menentang Dr. Hasan.

Dalam pilihan raya umum 2008, pakatan pembangkang merampas Selangor daripada Barisan Nasional setelah memenangi 36 daripada 56 kerusi. DAP mendapat 13 kerusi, PKR 15 dan Pas lapan kerusi.

Juragan Malawati..

PAS Selangor tuntut penjelasan dari Hasan Ali?

PAS Selangor menuntut penjelasan exco kerajaan Selangor Dr Hasan Ali yang mempertahankan serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap sebuah gereja di Petaling Jaya.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Khalid Samad berkata pihaknya tidak dapat mengulas lanjut buat masa ini sehinggalah laporan berkaitan diperoleh terlebih dahulu.

Kita harap ada kebijaksanaan dalam isu seperti ini. Kita simpan komen akhir sehinggalah dapat laporan JAIS dan mesyuarat dewan bersama Hasan Ali untuk dapatkan penjelasan lanjut lagi.

“Kita nak tengoklah apa bukti yang dia kata ada itu,” katanya dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam .

JAIS sebelum ini memberi alasan terdapat bukti penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Setakat ini, “kecuali satu” pihak, tiada mana-mana pihak yang mengaitkan persoalan pengembangan agama bukan Islam terhadap penganut Islam, tambah Khalid.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid menegaskan, Islam menegaskan bahawa prinsip bahawa rumah ibadat mesti dihormati tidak kira apa agamanya sekali pun.

“Kalau hadir, (Datuk Seri) Najib (Razak) pun pergi ke Vatican bertemu Pope. Itu sebesar-besarnya gereja di dunia,” katanya sambil berhujah tindakan itu tidak boleh dijadikan kesimpulan sebagai proses memurtadkan Islam.

Tindakan tak beretika

Bagaimanapun, tegasnya, tindakan “masuk tanpa waran dan tanpa kebenaran” ke tempat suci tersebut haruslah dielakkan kerana ia juga dikira isu sensitif yang boleh menimbulkan salah faham dan ketegangan antara kaum.

“(Insiden) ini hasil didikan dan pentarbiayahan BN selama ini. Nak tunjuk kuat, ramai, ada kuasa. Tetapi lebih penting tunjuk akhlak dan keperibadian mulia dan mampu hormati satu sama lain,” katanya.

“Saya baru balik dari Gaza. Di Gaza Israel ceroboh masjid ikut suka, kita bantah. Kita ada perasaan begitu. Saya rasa orang agama lain pun ada perasaan, pandangan sama. Pada pandangan PAS, tempat ibadat perlu dihormati,” katanya.

Berhubung serbuan JAIS kelmarin, Khalid berhujah, sekiranya terdapat individu melarikan diri sekali pun ia tidak bermaksud melakukan perbuatan salah.

“Biasalah, bila rempuh orang akan cuba lari. Mungkin dia rasa duduk (situ) pun kesalahan, (jadi) dia takut,” kata Khalid yang juga anggota parlimen Shah Alam.

Sementara itu, Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman pula menyifatkan tindakan JAIS itu sebagai tidak beretika dan kurang sopan.

“Pengalaman dulu JAIS pernah masuk surau dan masjid secara kurang beretika. Tetapi itu zaman dulu, tetapi terbawa (hingga sekarang) mungkin,” katanya.

Inilah jadinya apabila PAS sudah dikuasai oleh kumpulan erdogan. Politik menghalalkan cara, ugama tergadai. Nampaknya Hasan Ali berseorangan mempertahankan Islam di Selangor. Wakil PAS yang lain dok jaga periuk nasi masing-masing. Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Jumaat, 5 Ogos 2011

Hasan Ali pertahan tindakan JAIS!

Tindakannya menyerbu Gereja Methodist Damansara Utama mencetuskan kemarahan DAP, yang secara terang-terangan mempunyai hubungkait dengan perkembangan agama kristian di negara ini.

Bukan menuduh, tetapi penglibatan DAP dengan gereja-gereja seperti yang ditunjukkan di PRN Sarawak serta kontroversi di Penang menceritakan segala-galanya.

Hasan Ali bertindak berdasarkan maklumat dimana terdapat kebarangkalian pemurtadan umat Islam di gereja berkenaan. Dan selaku Exco Agama Islam, beliau berhak atas kapasiti tersebut. Dan tindakannya terbukti berasas apabila di majlis makan malam anjuran gereja itu telah disertai oleh kira-kira 12 penganut Islam. Mereka telah ditahan, dan akan disiasat dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995.

Hasan Ali sebenarnya dalam bahaya. Khalid Ibrahim sudah mengarahkan agar laporan penuh dibuat berhubung dengan serbuan tersebut. Malah, Khalid dikhabarkan telah menyatakan kekesalan ekoran dari peristiwa itu dan mahu segera berjumpa dengan pihak Gereja Methodist itu. Khalid sekali lagi mempamerkan “panik” apabila terpaksa berhadapan dengan DAP, walhal apa yang terjadi adalah berlandaskan undang-undang yang termaktub di Selangor.

Di penghujung kariernya, Hasan Ali dilihat cuba membuat “damage control” setelah dihujani pelbagai kritikan berhubung isu yang melibatkan kesucian agama Islam. Mungkin agak terlewat, namun itulah tanggungjawabnya. Dan Hasan Ali seolah sudah menghidu, tiada peluang kedua untuknya selepas ini. Maka, tanggungjawab terhadap agamanya wajib dilaksanakan, kerana tiada apa yang tinggal untuknya selepas ini.

Tindakan ini tidak disenangi bukan sahaja DAP, malah puak-puak Erdogan di dalam PAS. Hasan Ali akan berdepan dengan ranjau berduri untuk sekali lagi. Bukan sahaja dari Pakatan, malah dari dalam PAS sendiri.

Apa pendirian PAS dalam isu ini? Apa pula kenyataan yang bakal kita dengar dari Dewan Pemuda PAS yang selalunya lantang mengkritik kerajaan dalam hal ehwal Islam di negara ini?

Apa pula kata penyokong PAS yang pada waktu Ramadhan ini, tazkirah daulah khilafah Islamiyah dan berjuang di jalan Islam yang dibicarakan selepas terawih oleh ustaz-ustaz PAS dijangka cukup berleluasa di masjid dan surau di negeri Selangor?

Masihkah mereka terus tertipu oleh bicara murahan dari ustaz-ustaz PAS ini, sedangkan tindakan yang diambil oleh Hasan Ali “dilaknat” oleh pemimpin-pemimpin yang diangkat oleh ahli-ahli PAS sendiri?

Paling menarik, Hasan Ali bertindak pada masa yang sesuai. Ia dilakukan sewaktu “musuh ketatnya”, Khalid Gereja tiada di dalam negara. Pastinya Khalid sedang menyumpah seranah di luar sana kerana tidak dapat menunjukkan taat setianya kepada DAP!

Sekurang-kurangnya, Hasan Ali sudah berubah menjadi berani, berbanding dengan rakan-rakannya yang lebih suka menjilat bontot DAP!

Selepas ini : PAS Selangor tuntut penjelasan dari Hasan Ali?

Juragan Malawati..

Isu gereja dan murtad : MB Khalid minta JAIS siapkan laporan!

Tempat yang dipercayai telah diserbu oleh Jabatan Agama Islam Selangor, semalam.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengemukakan laporan penuh kepada kerajaan negeri berhubung serbuan pihak berkuasa agama itu terhadap majlis makan malam di Gereja Methodist Damansara Utama, Petaling Jaya malam tadi.

Sambil menyatakan kekesalan terhadap insiden itu, beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini menyatakan, kerajaan negeri memandang serius perkara tersebut.

Abdul Khalid berkata, beliau telah menghubungi paderi kanan gereja berkenaan, Pastor Daniel Ho bagi menyatakan pendirian kerajaan negeri mengenai insiden serbuan itu.

‘‘Saya telah memberitahu beliau (Daniel) bahawa kerajaan negeri telah mengarahkan JAIS menyediakan laporan langkap mengenai insiden serbuan ini, sebab-sebab tindakan itu dilakukan pada malam berkenaan.

‘‘Saya berharap dapat berjumpa dengan Pastor Daniel Ho sebaik sahaja laporan lengkap ini diterima,” katanya.

Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri menghormati kebebasan beragama dan hak semua pihak untuk meraikan kebudayaan dan kepercayaan mereka.

Malah, beliau turut mengulangi pendirian bahawa kerajaan negeri sentiasa terbuka kepada perbincangan dan dialog mengenai keharmonian dan toleransi di kalangan rakyat pelbagai agama selain menghargai usaha meningkatkan kefahaman di antara satu sama lain.

BAHAGIAN Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima.

Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.

Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir satu jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’. Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguat kuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguat kuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan di kalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguat kuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa di bawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

Berita selanjutnya : Hasan Ali pertahan tindakan JAIS!...tungguuuu...!!!

Juragan Malawati..

Rabu, 3 Ogos 2011

Jalan Tok Guru: Minta Nik Aziz berundur?

"Pandai betul pemimpin Pas Kelantan, dia namakan Jalan Tok Guru supaya Nik Abdul Aziz (Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Nik Mat) letak jawatan. Ini kerana, dia menjadi liabiliti kepada parti Pas dan tidak ada mana-mana pemimpin yang berani menegurnya apabila mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh menjejaskan Pas."

Demikian kenyataan seorang teman dalam nada bersahaja tetapi penuh makna baru-baru ini mengenai tindakan Majlis Perbandaran Kota Bharu - Bandar Raya Islam (MPKB-BRI) menukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru.

Sebelum ini, sebuah bazar di Jalan Sultan Ibrahim telah dinamakan Bazar Tok Guru dengan alasan memberikan penghargaan kepada tok-tok guru yang ada di negeri ini.

Pun begitu, pembinaan bazar itu oleh Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) diselubungi pelbagai kemelut dikatakan berikutan kegagalan kerajaan Pas negeri tidak menunaikan janji-janji yang dibuat kepada ratusan peniaga di Pasar Lama MPKB menjelang pilihan raya, selain dakwaan penyalahgunaan wang rakyat.

Mengenai Jalan Pengkalan Chepa, pertukaran nama jalan tersebut mungkin tidak disedari oleh banyak pihak kerana tiada hebahan umum dibuat mengenainya.

Tidak dinafikan, kuasa untuk menama atau menukar nama pada mana-mana jalan di bandar Kota Bharu terletak di bawah bidang kuasa MPKB-BRI selaku pihak berkuasa tempatan.

Umum sedia maklum, bahawa amalan meletakkan nama seseorang individu atau tokoh pada jalan, bangunan atau apa sahaja, dibuat sebagai menghormati jasa dan pengorbanannya. Lazimnya, ia dibuat selepas individu atau tokoh terbabit sudah tidak ada atau telah meninggal dunia.

Lantaran itu, tindakan menukar nama Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru tentulah mengundang pelbagai andaian di kalangan banyak pihak. Ini kerana, bagi masyarakat umum atau sesiapa sahaja yang datang ke Kelantan, gelaran Tok Guru tidak merujuk kepada mana-mana tok-tok guru di pondok atau madrasah.

Bagi rakyat Kelantan, Tok Guru adalah Nik Abdul Aziz dan Nik Abdul Aziz adalah Tok Guru. Jika ada pun gelaran itu merujuk kepada tok guru sesebuah pondok, selalunya ia akan disebut bersekali dengan nama individu terbabit.

Walaupun ia mungkin cuba dinafikan oleh pihak MPKB-BRI, namun itulah hakikat yang perlu diterima iaitu Tok Guru di Kelantan merujuk kepada Nik Abdul Aziz.

Justeru, jika persepsi rata-rata rakyat sudah sedemikian, maka apakah niat sebenar pihak MPKB-BRI menjenamakan semula Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru?

Jika menghormati tok-tok guru, kenapa perlu menunggu sehingga lebih 20 tahun baharu MPKB-BRI hendak memberikan penghargaan sedemikian rupa kepada mereka?

Seperti kata Pengerusi Biro Aduan MCA Kota Bharu, Ong Han Sein, kenapa baharu sekarang kerajaan Pas Kelantan hendak memberikan 'pengiktirafan' sedemikian?

"Sebut Tok Guru, mestilah orang merujuk kepada Menteri Besar. Takkanlah dah bagi jalan nama dia, dia masih hidup lagi kerana kebiasaannya kita meletakkan nama seseorang pada jalan atau sesuatu premis selepas dia telah meninggal dunia sebagai tanda mengenang jasanya. Jika bukan Menteri Besar, jalan itu rujuk kepada siapa, kenapa baru sekarang nak buat?" soalnya pandang lebar.

Begitu juga pandangan yang disuarakan oleh Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Rosmadi Ismail apabila melihat pertukaran nama itu lebih bermotifkan politik bagi mempromosi parti atau individu tertentu dalam Pas.

"Kita mahu tahu kenapa nama jalan ini ditukar dan tok guru mana yang dimaksudkan oleh MPKB-BRI. Kalau hendak ditujukan kepada tok guru pondok, di sepanjang jalan ini tidak ada pondok.

"Sekiranya ia ditujukan kepada Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, namakan terus Jalan Tok Guru Nik Aziz. Tetapi lazimnya untuk mengenangkan nama tokoh ia hanya diberi selepas tokoh itu bersara atau pun meninggal dunia," katanya disini baru-baru ini. Klik di sini.

Mungkin benar apa yang dinyatakan rakan penulis itu, bahawa mesej tersirat di sebalik penjenamaan semula Jalan Pengkalan Chepa kepada Jalan Tok Guru sebenarnya gesaan halus pihak tertentu dalam Pas Kelantan sendiri supaya Nik Abdul Aziz segera berundur dari arena politik di Kelantan, walaupun Menteri Besar itu pernah membayangkan kesediaannya untuk terus bertanding.

Ini kerana, selain faktor usia, Nik Abdul Aziz kebelakangan ini juga dilaporkan kerap tidak dapat menghadiri majlis-majlis rasmi akibat masalah kesihatan.

Juragan Malawati..

Selasa, 2 Ogos 2011

Pusat hiburan: Lambang kelemahan Pas!

Pertambahan mendadak pusat-pusat hiburan di Kedah merupakan satu perkara mengejutkan bagi sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan yang melaungkan slogan untuk melaksanakan pentadbiran Islam seperti Pas.

Pengakuan terbuka oleh Exco Kesihatan negeri itu, Dr. Ismail Salleh bahawa pusat-pusat hiburan tersebut beroperasi secara haram hanya melambangkan kelemahan Pas walaupun sudah tiga tahun berkuasa di Kedah.

Walaupun kerajaan negeri mengatakan pusat hiburan itu tidak berlesen, namun ia bukanlah bermaksud mereka boleh lepas tangan. Ke manakah hilangnya sistem penguatkuasaan Majlis Kerajaan Tempatan di bawah Pas sehingga sesiapa sahaja bebas untuk jalankan aktiviti tidak bermoral secara haram

Apa yang menimbulkan persoalan ialah kegagalan Pas Kedah di bawah pimpinan Datuk Seri Azizan Abdul Razak membendung pertumbuhan pusat hiburan sehingga mereka dilihat seperti tidak berbuat apa-apa untuk mengekang kegiatan itu.

Pertambahan mendadak pusat hiburan dan rumah urut di sekitar Alor Setar, Sungai Petani dan beberapa bandar lain di negeri itu adalah sesuatu yang mengejutkan bagi sesebuah kerajaan dengan slogan murni seperti Kedah Sejahtera seperti yang dilaungkan oleh Pas!

Dilihat kegagalan pemimpin negeri itu menangani isu tersebut dengan berkesan juga dapat dilihat apabila Kerajaan Pas Kedah menarik balik larangan ke atas pusat hiburan untuk beroperasi sepanjang Ramadan.

Pendirian mereka tidak teguh. Awalnya mereka melarang tetapi kemudian diketepikan setelah mendapat tekanan DAP yang turut disokong oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR). Mereka (Pas Kedah) mudah mengubah keputusan.

Jadi, bagaimanakah pemimpin Pas mahu memastikan pusat-pusat hiburan (haram) berkenaan tidak dikunjungi oleh umat Islam termasuk pada bulan puasa? Rakyat Kedah juga tertanya-tanya adakah Kerajaan Pas Kedah takut dengan tekanan DAP dan juga ugutan para pengusaha pusat hiburan yang berselindung di belakang DAP.

Juragan Malawati..