UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 12 Ogos 2011

Nasrudin Tantawi sah hadapi tekanan!

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan akhirnya mengakui bahawa beliau sedang menghadapi tekanan dan kecaman cukup hebat daripada pemimpin Pas sendiri, dipercayai daripada mereka yang pro-Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia sekali gus mengesahkan laporan muka depan Utusan Malaysia semalam bahawa Nasrudin kini mengalami nasib serupa seperti Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang dikecam parti sendiri kerana menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuat pemeriksaan di sebuah gereja baru-baru ini.

“Sedikit tenaga terjana semulajadi sungguh pun mutakhir ini daku (aku) dihimpit tekanan daripada pelbagai sudut. Semoga taufik terus dibekalkan Ilahi buat diri yang kerdil ini untuk terus berjuang,” kata Nasrudin ketika mengemas kini status terbaru di Facebooknya, hari ini.

Bagaimanapun seperti Hasan, Nasrudin juga tidak menunjukkan tanda-tanda beliau akan berganjak daripada pendirian tegasnya menyokong tindakan JAIS serta mempertahan akidah umat Islam daripada cuba dimurtadkan walaupun dikecam parti sendiri.

Menurut Nasrudin, beliau akan tetap mempertahan akidah umat Islam dengan apa cara sekalipun kerana matlamat perjuangannya adalah kerana Allah dengan menjadikan al-Quran sebagai panduan, didikan Rasulullah sebagai contoh selain bercita-cita untuk mati syahid.

“Ya Allah, andai diri ini gagal menepati prinsip tersebut, ampunilah dosa aku. Ya Allah, andai diri ini cuai dan alpa, (sehingga) tidak menunaikan amanah perjuangan ini dengan baik, ampunilah aku,” katanya.

Juragan Malawati..

2 ulasan:

  1. mamat ni bukan kuat semangat bro. semalam dia dh buat u-turn. salahkan fbnya sendiri. budus taiko pemuda pas nih... penakut hangit dengar dap berdehem. mcm ni punya manusia yg ahlul pas pilih sebagai pemimpin?

    BalasPadam
  2. Salam Bro Usin..dia takut hilang jawatan kot..!!!

    BalasPadam