UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 31 Januari 2011

Tabung Memali: Saya fitnahkah?

Akhbar Harakah melalui kolumnisnya Zulkifli Yahaya, keluaran 29 November-2 Disember 2010 pertikai kononnya saya menggunakan akhbar musuh menghentam kawan dalam mengulas buku saya bertajuk Mohd Sabu Air Mata di Bumi Memali. Buku saya juga dikatakan sarat dengan prasangka dan fitnah. Sedangkan penulis, Zulkifli Yahaya ketika dihubungi mengakui belum membaca buku saya sepenuhnya.

Tanpa membaca, beliau telah menghukum saya membuat fitnah semata-mata untuk pertahankan individu tertentu dalam parti dan juga kononnya pertahankan maruah parti yang mungkin tercalar hasil pendedahan saya dalam buku tersebut. Ini, adalah antara sikap sebenar yang diamalkan dalam Pas dan bukan saja keperibadian Zulkifli Yahaya.

Pimpinan Pas pertama yang membeli buku saya ialah Nasruddin Hassan Tantawi semasa majlis ceramahnya di Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 14 November 2010. Selepas itu, Timbalannya Azman Shafawi semasa ceramah di Kg. Memali, Baling pada 21 November 2010. Malah Timbalan Presiden Pas, Nasarudin Md. Isa juga menerima buku tersebut pada 19 November 2010 semasa menyampaikan ceramah di Kampung Memali, Baling.

Beberapa orang lagi pimpinan Pas Pusat dan negeri Kedah, difahamkan turut membelinya.

Saya yakin mereka ini telah membacanya. Ahmad Yahaya, Ketua Pemuda Pas Kedah mengakui kepada Mohd. Arsyad Zamani anak Ibrahim Libya, yang dia telah membaca pendedahan saya. Kerana itu, dia cuba menolak buku pemberian Mohd. Arsyad selepas tamat majlis Ijtimak Alumni Pelajar Madrasah Memali pada petang 21 November 2010.

Hasil pembacaan orang-orang kanan dalam Pas itu, seperti ada arahan tidak rasmi yang melarang buku saya dijual dalam Majlis Memperingati 25 Tahun Memali. Beberapa orang pembantu saya, termasuk bekas pelajar Memali yang cuba menjual buku itu dilarang masuk ke kawasan madrasah.

Selepas itu, dalam majlis ceramah Pas beberapa negeri juga saya dimaklumkan yang buku itu dilarang jual.

Usaha melarang jualan buku dalam majlis Pas dan juga ulasan Zulkifli Yahaya dalam Harakah dilihat sebagai usaha menyekat ahli Pas mendapat maklumat sebenar tentang isu yang berlaku di Memali. Usaha pihak tertentu dalam Pas, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya.

Perancangan secara halus ini berhasil, sekurang-kurangnya menjejaskan jualannya. Hingga ada yang mencadangkan saya mengambil tindakan mahkamah terhadap Harakah dan juga kolumnisnya Zulkifli Yahaya, kerana memfitnah saya.

Apakah dosa buku saya sehingga menerima layanan begitu negatif oleh pihak tertentu dalam Pas? Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, isu yang diungkit oleh saya adalah isu lama. Ramai yang telah lupa dan Pas menganggap isu itu telah selesai. Ahli Parlimen Baling, Taib Azamudden pula mengatakan, saya tidak patut membukukan isu yang burukkan imej Pas.

Demikianlah sikap mereka yang cuba menutup bangkai yang sekian lama membusuk.

Namun apabila timbul isu berkaitan skandal atau penyelewengan pimpinan UMNO/BN, mereka sangat prihatin. Mengajak masyarakat sama-sama mendesak pelbagai pihak untuk menyiasat atau mengambil tindakan.

Berbeza sekali dengan apa yang saya dedahkan penyelewengan, penipuan dan salah guna kuasa pimpinan Pas, bukan saja individu tertentu, malah melibatkan Pas itu sendiri. Penyelewengan dan penipuan berjuta ringgit milik berpuluh orang anak yatim serta 14 orang balu dan juga hampir 200 orang mangsa Memali langsung tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan Pas. Ia tidak mahu disensasikan, sebaliknya dianggap isu yang basi.

Nasib terkini balu-balu tidak dipedulikan. Tahukah mereka empat orang balu telah pun meninggal dunia, yang lainnya sedang melalui alam tua. Ada yang sedang menderita setelah kaki dipotong akibat kencing manis. Balu Ibrahim Libya sendiri sentiasa dalam keadaan tidak sihat. Berapa orangkah pimpinan Pas yang mengambil tahu nasib mereka?

Mungkinkah sekali lagi saya dikecam kerana menggunakan Utusan Malaysia meluahkan rasa hati. Sekali lagi saya ulangi, permasalahan yang saya dedahkan adalah isu penipuan hak anak yatim dan balu-balu Memali. Mereka ditipu oleh sebuah parti yang berpengaruh atas label perjuangan Islam. Saya cabar kepimpinan Pas dan Harakah dedahkan apa yang saya tulis itu semuanya salah, memutar belit dan fitnah.

Oleh : C.N Al-Afghani, Memali.

Juragan Malawati..

Ahad, 30 Januari 2011

Tahniah : BN menang besar!

MUHYIDDIN Yassin mengangkat tangan Mohd. Azahar Ibrahim setelah diumumkan sebagai pemenang kerusi DUN Tenang di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis, malam tadi.

Barisan Nasional (BN) berjaya mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan majoriti lebih besar menerusi calonnya, Mohd. Azahar Ibrahim yang memenangi kerusi itu pada pilihan raya kecil yang berlangsung hari ini.

Mohd. Azahar menang dengan majoriti 3,707 undi selepas mendapat 6,699 undi untuk mengalahkan calon Pas, Normala Sudirman yang hanya memperoleh 2,992 undi. Sebanyak 142 undi rosak.

Majoriti itu meningkat 1,243 undi berbanding 2,492 undi yang diperoleh BN pada Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU12) pada 2008.

BN juga menawan semula dua kawasan majoriti Cina iaitu di Bandar Labis Timur dan Labis. Bandar Labis Tengah masih memihak kepada pembangkang.

Bagi peti undi Bandar Labis Timur, BN mendapat 669 undi dan Pas pula 632 manakala di Labis BN memperoleh 380 undi dan Pas 337 undi. Bandar Labis Tengah BN mendapat 365 undi dan Pas 851.

Kemenangan calon BN itu diumumkan oleh Pengurus Pilihan Raya DUN Tenang, Md. Asri Amir di pusat penjumlahan undi di Dewan Serbaguna Majlis Daerah Labis di sini, pukul 10.02 malam ini.

Menurut Md. Asri, sebanyak 67 peratus daripada keseluruhan 14,753 pemilih keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang ini.

"Maka, saya dengan ini mengisytiharkan calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan DUN Tenang," katanya.

Peratusan keluar mengundi hari ini rendah disebabkan hujan lebat yang tidak henti-henti di seluruh kawasan DUN Tenang sejak awal pagi hingga tamat tempoh mengundi pukul 5 petang.

Pilihan Raya Kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis pada 17 Disember tahun lalu.

Pada PRU12, Allahyarham mendapat 6,367 undi menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran yang memperoleh 3,875 undi.

Pengumuman tersebut disambut dengan tepukan gemuruh kira-kira 1,000 penyokong BN yang berada di dalam dan luar dewan sebelum beliau turut dijulang bagi meraikan kemenangan itu.

Turut meraikan kemenangan Mohd. Azahar itu ialah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman yang juga Pengarah Pilihan Raya BN bagi DUN Tenang.

Selain itu, turut hadir meraikan kemenangan BN tersebut ialah Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor; Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan dan Presiden Gerakan, Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon.

Bagaimanapun, Normala dan para pemimpin Pas lain tidak kelihatan di dalam dewan ketika pengumuman itu.

Ketika ditemui kemudiannya, Mohd. Azahar mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi yang memberi kepercayaan kepada beliau menjadi wakil rakyat DUN Tenang.

Menurutnya, beliau akan memikul amanah itu dengan sebaik-baiknya bagi meneruskan agenda pembangunan di kawasan itu.

Mohd. Azahar juga akan berusaha memastikan setiap janji yang dibuat sepanjang kempen pilihan raya kecil ini ditunaikan secepat mungkin.

"Terima kasih kepada semua yang mengundi saya dan juga kepada jentera BN yang bekerja keras siang dan malam. Insya-Allah saya akan berkhidmat sebaik mungkin sebagai wakil rakyat di DUN Tenang.

"Tugasan pertama saya adalah untuk menyelesaikan masalah banjir," katanya.-UM

Juragan Malawati..

Keputusan tidak rasmi: BN menang di DUN Tenang!

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd. Azahar Ibrahim, 39, memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang selepas menewaskan calon Pas, Normala Sudirman, 38, dengan majoriti 3,735 undi.

Bagaimanapun, ini merupakan keputusan tidak rasmi yang diberikan kepada Utusan oleh sumber-sumber yang boleh dipercayai.

Pilihan raya kecil kawasan itu diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya, Datuk Sulaiman Taha, 59, akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis pada 17 Disember lalu.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-12, Sulaiman mempertahankan kerusi berkenaan apabila menewaskan calon Pas, Mohd. Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi

DUN Tenang mempunyai seramai 14,753 pengundi berdaftar.

UPDATED ! KEPUTUSAN PENUH PILIHANRAYA (UNDI MAJORITI & ROSAK) PRK TENANG!

Keseluruhan :

BN : 6679 (69.1%)
PAS : 2994 (30.6%)
Majoriti : 3685
Rosak : 86
Turn out : 71%

i) PETI UNDI YANG DIMENANGI OLEH PAS (1)

1. PETI UNDI Bandar Labis Tengah

BN : 365
PAS : 851
Majoriti : 486

ii) PETI UNDI YANG DIMENANGI OLEH BN ( 11 TERMASUK PETI UNDI POS)

1. PETI UNDI Labis

BN: 380
PAS : 337
Majoriti : 43

2.PETI UNDI Bandar Labis Timur

BN: 669
PAS: 632
Majoriti : 37
Undi rosak : 16

3. PETI UNDI Sawah Baru

BN: 212
PAS: 55
Majoriti : 157

4. PETI UNDI Cemplak

BN : 985
PAS: 135
Rosak : 15
Majoriti : 850

5. PETI UNDI Cemplak Barat

BN : 838
PAS: 142
Majoriti : 696

6. PETI UNDI Kampung Redong

BN: 462
PAS: 105
Majoriti : 357

7. PETI UNDI Tenang Station

BN: 744
PAS: 352
Majoriti : 392
Rosak : 12

8. PETI UNDI Pekan Air Panas

BN: 451
PAS: 83
Majoriti : 368
Rosak : 12

9. PETI UNDI Ladang Labis Utara

BN : 152
PAS: 40
Majoriti : 112
Rosak: 11

10. PETI UNDI Felda Tenang

BN: 955
PAS: 160
Majoriti : 795

11. PETI UNDI Ladang Bukit Dato.

BN : 351
PAS : 99
Majoriti : 252
Rosak: 8

12. Undi Pos :

BN : 115
PAS : 3
Majoriti: 112

Sumber data : MIM

Juragan Malawati..

Jumaat, 28 Januari 2011

Jahiliah bukti Pas seleweng agama demi politik!


'Fatwa' terbaru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melabelkan pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang yang tidak menyokong Pas sebagai jahiliah satu lagi bukti penyelewengan agama Islam oleh Mursyidul Am parti itu.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pas sanggup melakukan apa sahaja termasuk memperalatkan agama Islam demi kepentingan politik meskipun mereka sedar 'harga' yang terpaksa dibayar daripada perbuatan tersebut iaitu menimbulkan perpecahan dalam kalangan umat Islam.

Sambil menyuarakan perasaan tersinggung dengan kenyataan itu, beliau berkata, Nik Abdul Aziz yang diangkat sebagai 'tok guru' oleh penyokong Pas telah menganggap seluruh pengundi di Tenang sebagai golongan yang bodoh kerana jelas perkataan jahil itu bermaksud bodoh.

Sehubungan itu, beliau menggesa seluruh umat Islam terutamanya pengundi Melayu di Tenang supaya mengambil iktibar daripada tindakan Menteri Besar Kelantan tersebut kerana Pas akan mengeluarkan pelbagai 'fatwa' songsang jika terdesak.

"Ini 'fatwa' yang songsang. Ia satu lagi bukti penyelewengan hukum agama oleh Nik Abdul Aziz dan label jahiliah ini tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seorang yang dikatakan Mursyidul Am yang dipanggil sebagai 'tok guru'.

"Sebagai seorang Islam, kita taat pada tuntutan agama, apakah seluruh pengundi yang berada di Tenang ini jahil? Kalau ikut tafsiran Nik Abdul Aziz, kita semua ini hidup dalam zaman jahiliahlah. Kita semua ini golongan manusia yang bodoh kerana jahil itu bermaksud bodoh," katanya.

Beliau diminta mengulas 'fatwa' Mursyidul Am Pas itu yang menyifatkan orang ramai yang tidak mengundi Pas sebagai jahiliah pada sidang akhbar baru-baru ini selepas membantu calon parti itu, Normala Sudirman berkempen di Kampung Radong, di sini.

Timbalan Perdana Menteri ditemui selepas merasmikan Program Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Sekolah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz dipetik sebagai berkata: "Kalau nak kekal jahiliah apa boleh buat. Sekarang ada dua... Ada jahiliah, ada Islam... tolak jahiliah ambil Islam, itu yang betul dunia akhirat."

Ditanya pandangannya sama ada Menteri Besar Kelantan itu wajar mengundurkan diri dengan segera sebelum lebih banyak perpecahan berlaku dalam umat Islam, Muhyiddin berkata, perkara tersebut terserah kepada Nik Abdul Aziz sendiri.

"Kalau dia fikir masih lagi boleh memberi pandangan yang songsang tidak mengapalah. Yang penting kita jangan terpengaruh kerana kenyataan beliau lebih bersifat politik daripada agama," katanya.

Mengenai peluang Barisan Nasional (BN) untuk meraih majoriti 5,000 undi pada Pilihan Raya Kecil DUN Tenang, Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau yakin sasaran tersebut mampu dicapai berdasarkan sokongan rakyat yang semakin meningkat.

Menurutnya, keyakinan itu kini semakin meningkat selepas ramai pemimpin masyarakat di Tenang tampil memberi kenyataan bahawa mereka akan memberi sokongan padu kepada calon BN, Mohd. Azahar Ibrahim pada hari pembuangan undi Ahad ini.

Bagaimanapun, katanya, jentera BN tidak boleh terlalu yakin kerana masih ada masa lagi untuk semua pihak berusaha keras bagi meraih seramai mungkin sokongan rakyat.

Juragan Malawati..

Rabu, 26 Januari 2011

Apa motif sebenar wanita ini?

Mengapa pesalah ini yang bukannya beragama Islam dibenarkan memakai pakaian seorang wanita Islam iaitu tudung (serta berbaju ala wanita Melayu) ketika perbicaraan ini? Adakah beliau ingin memburukkan orang Melayu dan Islam Malaysia di mata warga Indonesia, seolah-olah perlakuan jenayah mendera amah ini dilakukan oleh seorang Islam dan Melayu Malaysia?

Berapa ramaikah orang Indonesia yang boleh membezakan atau mungkin boleh membaca nama Hau Yuan Tyng itu sebenarnya seorang yang bukan berbangsa Melayu? Adakah kerana kes-kes dera dan bunuh amah sebelum ini dilakukan oleh warga bukan Melayu, maka Hau Yuan Tyng ingin menunjukkan kepada rakyat Indonesia bahawa penjenayah kali ini adalah seorang wanita Melayu dan Islam?

Juragan Malawati..

Selasa, 25 Januari 2011

UMNO Selangor akan perjelas muslihat pindaan perlembagaan!

UMNO Selangor akan mengadakan siri jelajah ke seluruh negeri ini bagi memberi penjelasan kepada rakyat berhubung muslihat kerajaan negeri memanggil sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi meminda perlembagaan negeri.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata, siri penerangan melibatkan semua DUN di negeri ini akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat.

Ia sebagai susulan langkah kerajaan negeri yang mahu melancarkan siri penerangan ke seluruh negeri setelah gagal meluluskan pindaan tersebut semalam.

“BN Selangor telah menyusun beberapa program sebagai pengisian untuk siri penerangan tersebut yang akan melibatkan seluruh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN).

“ADUN BN akan terlibat sebagai penceramah utama kerana mereka mengetahui apa yang berlaku di dalam sidang DUN bagi pindaan perlembagaan negeri yang diadakan semalam.

“Kita akan terangkan siapa sebenarnya tidak menghormati sultan dan siapa yang sebenarnya mahu merampas kuasa baginda secara perlahan-lahan kalau tidak PKR," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Juragan Malawati..

Ahad, 23 Januari 2011

Betul ke apa yang MB Khalid kata ini : 'Pindaan halang langgar kuasa negeri, sultan'!

Kenyataan putarbelit MB Khalid di sidang tergempar DUN Selangor!

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata cadangan pindaan Perkara 52(1) Undang-undang Tubuh Selangor 1959 dibuat supaya generasi akan datang tidak lagi tertanya-tanya dan tiada pihak yang berani melanggar kuasa kerajaan negeri dan sultan. ( Betul ke ni MB Khalid..bukan ke pindaan ini untuk memberi kuasa lebih kepada DAP bagi terus mencengkam negeri Selangor )!

Pakatan Rakyat, tegas Khalid lagi, memberikan komitmen menjunjung perlembagaan persekutuan dan undang-undang tubuh negeri serta Rukun Negara, yang menjadi asas kepada kerajaan Selangor hari ini. Pakatan juga, tambahnya, berhasrat menegakkan kedudukan dan peranan Raja-raja Melayu yang dinyatakan dalam perlembagaan persekutuan.

Mungkin MB Khalid lupa kot baru-baru ini Teresa Kok pun ada keluarkan kenyataan tentang isu pindaan perlembagaan negeri! " DAP Selangor akan mengambil langkah meminda semua perlembagaan negeri untuk memberi kuasa kepada mereka untuk melantik sesiapa sahaja yang mereka suka termasuk jawatan setiausaha kerajaan negeri".

Teresa telah mendedahkan butiran tersebut yang akan dibentangkan dalam sidang DUN pada 24 Januari ini, di sebuah forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCH) di ibunegara baru-baru ini.

Katanya, kerajaan negeri akan meminda Perkara 52 (1) perlembagaan negeri supaya tiga jawatan terpenting - setiausaha negeri, pegawai kewangan negeri dan penasihat undang-undang negeri - dilantik oleh suruhanjaya perkhidmatan awam Selangor.

Kerajaan negeri juga akan membentangkan satu lagi usul untuk membolehkan suruhanjaya perkhidmatan awam negeri, memilih dan menaikkan pangkat pegawai kanan perkhidmatan awam, seperti ditetapkan dalam Perkara 97 (1).

Yang peliknya Teresa Kok tidak pula menyatakan pindaan perlembagaan itu bagi memberi kuasa kepada Sultan Selangor! Inilah mainan DAP di Selangor membuktikan Khalid hanyalah boneka kepada DAP!

Sebenarnya helah Khalid untuk mengembalikan kuasa Sultan tidak ada sama sekali. Dengan meminda supaya Sultan dan MB yang memilih tiga jawatan tersebut, ia bermakna pemilihan jawatan kerajaan bukan melalui proses perkhidmatan awam tetapi melalui proses politik.

Khalid akan menggunakan pindaan 1993 Perlembagaan Persekutuan yang mana Sultan perlu terima cadangan dan pilihan Menteri Besar. Jika tidak terima selepas 30 hari, maka ia akan dikira diterima.

Jadi yang sebenar berkuasa ialah Khalid atau Menteri Besar dan bukan sebenarnya tuanku Sultan seperti dalam aturan sekarang. Bilamana MB Khalid yang dicucuk hidung ini berkuasa, ianya secara tidak langsung bermakna DAPlah yang sebenarnya berkuasa.

Berikut ucapan penuh Abdul Khalid yang disampaikan sebentar tadi:

Dengan izin Allah SWT, dan di atas perkenan Tuanku, dapat patik dan seluruh wakil rakyat di seluruh negeri Selangor, negeri naungan Tuanku, hadir ke Dewan yang mulia ini bagi patik sekalian melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Selangor Darul Ehsan.

Patik mengaku, akur dan insaf terhadap ingatan Tuanku bahawa Tuanku memberi perkenan akan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor ini dan patik percaya dan yakin semua wakil rakyat cukup rasional dan bertanggungjawab kepada rakyat di kawasan mereka. Tuanku tidak sama sekali diheret ke dalam kepentingan mana-mana kolompok kepartian di sepanjang perbahasan di dalam dewan ini.

Patik ingin mengucapkan terima kasih kepada seluruh wakil rakyat yang hadir kerana ia jelas menunjukkan permasalahan yang kita bincangkan ini adalah permasalahan dan masa hadapan negeri. Wakil-wakil rakyat juga tidak mahu bermuka dua dan membelakangi rakyat yang memilih mereka.

Patik bangga isu yang besar ini dapat mencantumkan pemikiran kami semua terhadap isu utama negeri, perihal yang mendesak dan mempunyai kepentingan awam ini, meskipun kami berbeza daripada segi perjuangan dan ideologi politik. Patik sekalian berusaha memartabatkan dewan yang mulia ini dengan tatatertib yang baik serta kata-kata yang melambangkan rakyat negeri ini adalah rakyat bertamadun. Ampun Tuanku.

Dato' Speaker, ahli-ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri Selangor, ahli-ahli dewan negeri, ahli-ahli parlimen yang turut hadir, pengamal undang-undang, ketua-ketua jabatan, kakitangan kerajaan, ahli-ahli politik, para mahasiwa, wakil-wakil media massa dan seluruh hadirin pada pagi yang mulia ini.

Dalam tempoh hampir tiga tahun Pakatan Rakyat memegang teraju pentadbiran negeri Selangor, terdapat beberapa kendala yang perlu dilalui dengan berhemah. Semuanya itu adalah asam garam yang memang perlu dilalui oleh mana-mana pemimpin politik yang dinamik. Demikianlah, bagi saya, Selangor selaku negeri tunjang negara, perlu bersedia menghadapi suasana di luar jangka perjalanan biasa. Kita perlu bersedia melakukan perubahan sebesar manapun, seandainya perubahan itu mampu membawa kebaikan kepada rakyat negeri ini.

Peristiwa pelantikan setiausaha kerajaan negeri mempunyai hikmah tersendiri. Kita tidak menganggapnya kemelut besar, bukan juga krisis perlembagaan. Natijahnya, kita menerimanya dengan hikmah. Ia memberi peluang kepada kita untuk memperbetul perkara salah yang menjadi amalan selama ini. Prinsip "biasakan yang betul dan betulkan yang biasa" adalah prinsip murni yang dapat dijadikan amalan harian kita selepas ini.

Maka, tindakan kerajaan persekutuan atas tiket ketua setiausaha negara melantik pegawai eksekutif ex-officio dengan membelakangkan Menteri Besar yang dipilih rakyat lantas berselindung pula di sebalik istana yang ditaati rakyat adalah amalan salah, menghina kebijaksanaan rakyat dan kedaulatan negeri. Penghinaan ini wajib kita perbetulkan. Berpegang pada tanggungjawab itulah maka kita kembali ke dewan yang mulia ini untuk mengadakan mesyuarat dewan di bawah Peraturan 10(3) Peraturan-Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor. Mesyuarat kali ini adalah untuk membuat pembentangan bagi mengemukakan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, khususnya pada Perkara 52(1).

Selaku Menteri Besar, saya berasa bertanggungjawab untuk memperbetul amalan sumbang yang selama ini dilakukan pentadbiran Umno sejak pindaan Perlembagaan 1993. Pindaan tersebut ternyata mengakibatkan peranan Negeri dan Sultan bercelaru dan kabur. Justeru itu, hari ini kita hendak meletakkan duduk perkara dengan sejelas-jelasnya. Pentadbiran sebelum ini gagal dan tidak mampu membetulkannya kerana walaupun mereka mentadbir negeri, namun pemikiran mereka terpasung dan hati mereka berkiblatkan Putrajaya. Dalam perkataan lain mereka tidak mempunyai kekuatan diri untuk bangun mempertahankan hak rakyat negeri ini hatta hak Duli Yang Maha Mulia Sultan.

Berburu ke padang datar,
Tembak rusa belang kakinya,
Berguru kepalang ajar,
Bagai bunga kembang tak jadi.

Sidang dewan yang dimuliakan,

Berbeza daripada kerajaan terdahulu, kini kita kerajaan Pakatan Rakyat hendak melakukan pindaan dan perubahan agar generasi mendatang tidak lagi berada dalam kekaburan hatta kecelaruan. Selaku penggubal undang-undang yang bertangggungjawab dan mempunyai kekuatan ilmu, iman dan jati diri, kita hendak melakukan yang terbaik. Akhirnya, tidak ada lagi individu mahupun puak yang berani melanggar kuasa negeri mahupun kuasa Sultan.

Saya perlu menggunakan masa sedikit lama bagi menghuraikan kronologi yang menyebabkan Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini diadakan agar ia menjadi lakaran sejarah untuk rujukan penggubal undang-undang pada masa hadapan dan bagi kajian ilmiah pelajar dan pengamal undang-undang agar tiada lagi pengamal undang-undang yang buta sejarah.

Namun, sebelumnya izinkan saya mengimbas kembali sejarah dan latar belakang yang melatari pindaan perlembagaan 1993, khususnya senario politik negara ketika itu. Ia amat perlu dikhabarkan kerana rakyat negeri Selangor berhak untuk mengetahui sejarah dan fakta sebenar dan sebagai negeri yang berdaulat, Dewan Yang Mulia inilah forum terbaik untuk melakarkannya.

Apatah lagi terdapat segelintir manusia yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan hendak melemahkan kedudukan istana dengan tindakan kita hari ini. Kenyataan ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan bahawa negeri tidak mempunyai kuasa dalam pelantikan tiga pegawai eksekutif menggambarkan beliau seorang yang menurut buku secara membuta tuli hingga mengenepikan unsur-unsur penting dalam tata kelola pentadbiran yang baik seperti adat, amalan secara konvensyen dan ketetapan bersama yang diterima pakai. Selaku orang tertinggi dalam perkhidmatan awam, amat malang beliau lupa tentang sejarah dan amalan-amalan biasa yang pernah dan patut diamalkan di dalam mewujudkan sistem pentadbiran yang efisyen.

Begitu juga dengan peguam Umno Dato' Salehudin Saidin yang mengatakan bahawa pindaan yang hendak kita lakukan ini bukan untuk mengembalikan kuasa raja tetapi Menteri Besar. Kenyataan ini bertentangan dengan kefahaman KSN. Ini membuktikan bahawa Umno lebih cenderung untuk memutar belit kefahaman undang-undang dan tidak melihat undang-undang sebagai sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan baik. Mereka sebenarnya mempunyai ingatan yang singkat; a short memory. Nampaknya, ada benarnya tohmahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa "Melayu mudah lupa". Mereka lupa bahawa permasalahan hari ini timbul akibat tindakan Kerajaan Persekutuan yang bersikap seperti 'constitutional monarchy' dan mempermainkan kuasa negeri sekali gus mencemar semangat federalisme.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

Sebagaimana yang kita tegaskan beberapa kali, termasuk dalam manifesto Pilihan Raya Ke-12 dan dasar bersama Pakatan Rakyat, kami komited untuk menjunjung Perlembagaan, baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri yakni Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Malahan, prinsip-prinsip Rukun Negara dijadikan landasan dalam pentadbiran kita.

Pada premis yang sama Pakatan Rakyat komited untuk mempertahankan kedudukan dan peranan Raja-Raja Melayu sebagaimana yang termaktub dalam Perlembagaan. Malahan dalam Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat beberapa tahun yang lalu kami zahirkan dengan jelas komitmen kita untuk mengembalikan kedudukan Raja-Raja yang berjaya dihakis oleh pentadbiran Umno, khususnya semasa kepemimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Justeru itu, adalah sangat lucu dan tidak masuk akal apabila mantan Perdana Menteri itu mendakwa bahawa perkenan Sultan adalah perlu untuk kelulusan Rang Undang-Undang sedangkan beliau sendiri yang meminda peruntukan berkenaan dan memadam kuasa Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Begitu juga dengan kenyataan Timbalan Perhubungan Umno Selangor Dato Seri Noh Omar pada 7 Januari yang menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dan tidak mungkin berjaya melakukan pindaan kerana tiada perkenan istana. Kepemimpinan Umno Selangor agak berdolak dalik umpama lalang; mula-mula mengugut mahu memboikot, selepas itu mahu hadir dengan bersyarat pula. Apa-apapun, kita menerima kehadiran mereka sama ada yang jahil mahupun yang ada sedikit ilmu. Sebelum itu, saya ingin bertanya: adakah Umno meminta perkenan Sultan sebelum meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor pada Mac 1993? Bukankah ia dilakukan secara senyap-senyap?

Dato Speaker yang dimuliakan,

Memandangkan Kedaulatan Raja-Raja turut diperkatakan dan tohmahan derhaka begitu kerap dilemparkan terhadap kami maka adalah menjadi tanggungjawab saya untuk menyatakan duduk perkara yang sebenar. Bagi maksud tersebut izinkan saya mengimbas kembali secara ringkas konflik antara Umno dengan Raja-Raja sejak awal 1980-an lagi. Secara ringkas, Krisis Perlembagaan 1983 berlaku akibat tindakan para pemimpin negara ketika itu, melakukan beberapa tindakan di luar adab dan peruntukan Perlembagaan itu sendiri, dalam perkataan lain, mereka begitu tega membelakangi Raja-Raja.

Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan berbunyi: "tiada apa-apa undang-undang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran raja-raja boleh diluluskan dengan ketiadaan persetujuan Majlis Raja-Raja". Bagaimanapun, para pemimpin utama ketika itu lantas melakukan beberapa tindakan secara rahsia dengan membawa pindaan itu ke Kabinet dan kemudiannya ke Parlimen tanpa terlebih dahulu mendapat perkenan Majlis Raja-Raja.

Antara pindaan yang berjaya dilakukan adalah Perkara 66(5). Peruntukan asal berbunyi: "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan apabila yang di-Pertuan Agong menandatangani". Peruntukan pindaan pula adalah "Rang undang-undang akan dikuatkuasakan sebagai Undang-undang apabila ditandatangani oleh Yang di-Pertuan Agong. Jika di atas apa-apa sebab Rang Undang-undang itu tidak ditandatangani dalam tempoh 15 hari selepas Rang Undang-undang itu disembahkan kepada Yang Di-Pertuan Agong, baginda dianggap telah menandatangani Rang Undang-undang tersebut dan Rang Undang-undang itu, berkuatkuasa sebagai Undang-undang".

Begitu juga dengan pindaan kepada Perkara 10(1), iaitu kalau Perdana Menteri mendapati darurat patut diisytiharkan di mana-mana juga di negara ini maka Perdana Menteri boleh menasihatkan Yang di-Pertuan Agong dan Yang di-Pertuan Agong mesti menerima nasihat tersebut. Di sinilah bermulanya penghakisan secara terancang terhadap kuasa Raja-Raja di negara ini, bermula pada pindaan tahun 1983 itu.

Pindaan yang amat drastik itu sudah dilakukan secara rahsia dan membelakangi Majlis Raja-Raja. Namun, apabila rahsia terbongkar ia ditentang oleh Raja-Raja. Umno pada ketika itu membuat road show ke seluruh negara mengutuk Raja-Raja. Akhirnya, setelah membuat beberapa rundingan krisis itu diselesaikan dengan beberapa kompromi:

(1) Pertama, Umno bersetuju menggugurkan pindaan yang sudah diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara itu.
(2) Kedua, Yang di-Pertuan Agong diberi kuasa memulangkan Rang Undang-undang yang baginda tidak berkenan kepada Parlimen,
(3) Ketiga, pindaan terhadap kuasa perkenan di negeri-negeri, digugurkan,
(4) Keempat, kuasa mengisytiharkan darurat dikembalikan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

Langit tidak selalunya cerah. Mendung tidak bererti hujan. Umno terpaksa berlindung dan memohon belas ihsan istana apabila menghadapi masalah politik beberapa tahun kemudian, iaitu apabila Umno diisytiharkan pertubuhan haram oleh mahkamah pada 1987. Pimpinan Umno lantas kembali merayu kuasa Sultan untuk menubuhkan Umno Baru dan memohon Sultan Johor untuk melancarkannya di Istana Besar Johor Bahru.

Bagaimanapun, hubungan Umno dengan istana tegang semula apabila Umno tersungkur 39-0 di Kelantan pada Pilihan Raya 1990. Ibarat kacang melupakan kulit, Perhimpunan Agung Umno dijadikan medan memaki hamun Raja-Raja. Ada perwakilan yang meminta Perlembagaan dipinda untuk membataskan kuasa Raja-Raja. Tetapi ia tidak berlaku kerana mereka tidak tahu peruntukan mana yang hendak dipinda. Namun begitu, Umno memaksa Raja-Raja membuat aku janji dan lahirlah apa yang disebut sebagai "Perisytiharan Prinsip-Prinsip Perlembagaan 1992". Bagaimapun, ini hanyalah penegasan dan komitmen Raja-Raja terhadap peruntukan-peruntukan yang berkenaan; tidak ada apa-apa pindaan yang dibuat.

Hubungan tegang Umno dengan Raja-Raja memuncak pada hujung 1992 hingga membataskan peruntukan mengenai kuasa mengampun Raja-Raja dan keistimewaan imuniti. Maka, berlakulah Pindaan Perlembagaan Persekutuan 1993 dan penubuhan Mahkamah Khas Raja-Raja.

Ketika krisis itulah Umno menggunakan kesempatan untuk membuat pindaan yang tidak ada kena mengena dengan isu yang menjadi punca terhadap masalah ketika itu. Ia termasuklah pindaan pada perlembagaan negeri yang saya hendak sentuh selepas ini. Di kesempatan ini, saya suka mencadangkan kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat, terutama daripada Umno-BN supaya membaca kembali pelbagai berita dan rencana tentang krisis Perlembagaan yang disiarkan dalam Utusan Malaysia, Berita Harian dan the New Straits Times dari November 1992 hingga Mac 1993. Ketahuilah, siapakah yang "beriya-iya dan bersikap biadap" hendak menghakis kuasa istana dan menghapuskan imuniti Raja-Raja Melayu?

Izinkan saya memetik beberapa kenyataan Tun Dr Mahathir ketika pembentangan usul pindaan pada 18 Januari 1993 yang selepas itu kita dapati beliau telah memungkirinya. Tun Mahathir ketika itu menyatakan;

"Kelulusan ( pindaan Perlembagaan 1993) secara ini terhad kepada perkara- perkara yang tidak menyentuh hak-hak dan keistimewaan-keistimewaan Raja-Raja. Untuk meminda peruntukan Perlembagaan yang menyentuh Raja-Raja, Majlis Raja-Raja perlu memberi persetujuan". Kata beliau lagi, "Di peringkat negeri, tidak ada pindaan dibuat kepada Perlembagaan negeri. Dengan itu tidak ada undang-undang yang boleh diluluskan tanpa ditandatangani oleh Raja. Ini bermakna kuasa Raja-Raja di negeri-negeri mengatasi kuasa Dewan-Dewan Undangan Negeri yang mewakili rakyat".

Beliau meneruskan hujah, "Justeru itu dalam sejarah Malaysia yang merdeka, tindakan Raja-Raja dan pihak-pihak yang berlindung di belakang Raja yang melampaui hak dan keistimewaan Raja, semakin lama semakin serius. Kemungkinannya ialah ia akan menjadi lebih serius lagi di masa-masa hadapan. Jika tidak ada pindaan undang-undang, seperti yang dicadangkan ini, tidak syak lagi bahawa perkara-perkara yang lebih buruk akan berlaku yang mana ini akan menyebabkan institusi Raja dibenci oleh rakyat. Bukanlah mustahil jika satu hari kelak tuntutan dibuat untuk menghapuskan Sistem Beraja sama sekali walau apa pun yang diperuntukan oleh Perlembagaan".

(Nah... itu yang diperkatakan ketika itu, ugutan dan amaran keras diselit secara terbuka dan biadab. Demi kemudahan rujukan generasi akan datang saya kepilkan teks ucapan Tun Dr Mahathir bertarikh 18 Januari 1993 bersama teks ucapan saya ini di hansard Dewan Negeri).

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

Bukan setakat itu sahaja: pada 1994 Tun Mahathir mungkir janji dan formula yang menyelesaikan krisis 1983 yang sebutkan di awal bicara tadi dipinda di luar pengetahuan Raja-Raja. Menurut pindaan ini, kuasa memulangkan Rang Undang-Undang oleh Yang di-Pertuan Agong dimansuhkan dan peruntukan yang mencetuskan krisis 1983 itu dimasukkan kembali. Dengan yang demikian, peruntukan yang ada sekarang, iaitu Perkara 66(4) dan (4A) - adalah sebuah Rang Undang-undang yang menjadi undang-undang secara automatik selepas 30 hari meskipun baginda tidak memberi perkenan. Kedudukan Raja-Raja di negeri-negeri juga sama sebagaimana yang tertera pada seksyen 11(2A) dan (2C), Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan.

Pindaan-pindaan ini menimbulkan banyak persoalan politik dan undang-undang. Ia termasuklah pelanggaran syarat yang dikenakan oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan, iaitu ia dengan jelas menyatakan bahawa "Tiada undang-undang yang secara langsung menyentuh keistimewaan, kedudukan, kemuliaan atau kebesaran Raja-Raja boleh diluluskan tanpa persetujuan Majlis Raja-Raja".

Perkara 38(4) itulah yang menjadi batu penghalang kepada hasrat Dr. Mahathir pada 1983 dan 1993 dan mungkin kerana itulah beliau tidak peduli dan tidak membawa pindaan 1994 itu kepada Raja-Raja. Meskipun pindaan 1994 belum dibawa ke mahkamah, namun ada kalangan sarjana undang-undang yang berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1994 itu tidak sah kerana melanggar Perlembagaan; khususnya Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

Meskipun kita menyedari bahawa Tun Dr. Mahathir sudah menjadi dan menerima sejarah, namun ia tidak menghalang kita daripada berasa aneh kerana hari ini Tun Mahathir tiba-tiba menyatakan pendirian yang berbeza. Bagaimanapun, ini tidaklah begitu memeranjatkan apabila kita mengimbas kembali pergolakan politik yang dinyatakan tadi. Umno sememangnya sentiasa berdolak-dalik dan tidak konsisten dan acap kali berselindung di sebalik istana apabila berlaku himpitan politik.

Dato' Speaker,

Jelas sekali hujah Tun Mahathir ketika itu berbeza sekali daripada apa yang dilakukan Umno selepas itu. Mereka lantas melakukan pindaan Undang-undang Tubuh Negeri meskipun menyentuh kuasa Sultan, dalam situasi yang tergesa-gesa dan penuh kekaburan. Hari ini perbuatan mereka yang tidak beradab itu terbongkar satu persatu. Jelik dan memalukan. Ini termasuklah topik permasalahan yang kita depani ketika ini Perkara LII ( 1 ) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor.

Perkara LII ( 1 ) yang asal berbunyi;

"(1) Ke bawah Duli Yang Maha Mulia mestilah atas cadangan Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dengan Suratcara di bawah Tandatangan Baginda dan Mohor Kerajaan melantik seorang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam perkhidmatan awam untuk menjadi Setiausaha Kerajaan Negeri, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri:

Dengan syarat sebelum bertindak atas cadangan itu oleh Suruhanjaya Perkhidmatanyang berkenaan, ke bawah Duli Yang Maha Mulia mesti mempertimbangkan nasihat Menteri Besar dan boleh sekali merujukkan cadangan itu kepada Suruhanjaya Perkhidmatan supaya ia boleh dipertimbangkan semula."

Pindaan yang dilakukan pada 1993 dan terpakai sehingga kini berbunyi;

" LII ( 1 ) Maka hendaklah diwujudkan jawatan Setiausaha Kerajaan, Penasihat Undang-undang Negeri dan Pegawai Kewangan Negeri; dan perlantikan ke jawatan-jawatan itu hendaklah dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan yang berkenaan dari kalangan anggota mana-mana perkhidmatan awam yang relevan. "

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

Demikianlah, secara ringkas senario dan perkembangan politik negara yang melatari pemansuhan kuasa Sultan hinggalah terkesan dalam hal perlantikan tiga orang pegawai ex-officio dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) oleh pentadbiran Umno pada 1993. Pakatan Rakyat berpendapat pindaan tersebut telah mengakibatkan kesan negatif kepada pentadbiran negeri. Bagi menyokong hujah ini, izinkan saya menegaskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan dan perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri.

Jika kita teliti peruntukan-peruntukan perlembagaan dan perakuan dalam Laporan Suruhanjaya Reid 1957 kita dapat rumuskan kedudukan dan peranan istana, kerajaan yang memerintah dan perkhidmatan awam. Ia diperkuat dengan amalan yang secara konsisten dipatuhi di kesemua negara yang mengamalkan sistem demokrasi berparlimen atau Westminster. Sebahagian besar amalan konsisten yang membentuk apa yang disebut Konvensyen Perlembagaan (Constitutional Convention) itu kini dikanunkan sebagai undang-undang dalam Perlembagaan kita; baik Perlembagaan Persekutuan mahupun Perlembagaan Negeri.

Kedudukan dan peranan Raja-Raja cukup jelas. Mereka adalah Raja Berperlembagaan, iaitu Yang di-Pertuan Agong - di peringkat Persekutuan - adalah ketua negara manakala Raja-Raja pula adalah ketua negeri. Perdana Menteri dan Menteri Besar pula adalah ketua kerajaan yang dilantik daripada kalangan Ahli-ahli Dewan. Meskipun mereka dilantik oleh ketua negeri mereka bertanggungjawab kepada Dewan. Inilah bentuk demokrasi yang dilaksanakan menurut sistem Westminster.

Dalam kerangka tersebut Menteri Besar dan kabinetnya yakni Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) - mesti bertanggungjawab terhadap segala keputusan dan dasar yang digubal dan dilaksanakan. Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja tidak dipertanggungjawabkan sebaliknya bertindak menurut nasihat. Konsep itu sebenarnya adalah untuk melindungi Istana daripada terperangkap dalam kontroversi dan politik. Sebenarnya, Raja-Raja menjadi lambang negeri dan perpaduan rakyat, yang menjangkaui politik kepartian.

Raja-Raja diberi banyak keistimewaan; termasuk peruntukan dalam Senarai Di Raja (Civil List) yang tidak boleh dikurangkan. Mereka juga mempunyai peranan besar sebagai ketua agama negeri masing-masing. Kuasa pemerintahan atau eksekutif diletakkan secara formal di tangan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja. Bagaimanapun, pelaksanaan kuasa ini diletakkan di tangan kerajaan yang memerintah kerana mereka sahaja yang boleh disoal oleh wakil-wakil rakyat.

Mengambil prinsip tersebut sebagai landasan, ia menjelaskan kedudukan dan peranan perkhidmatan awam. Oleh sebab mereka tidak dipilih maka mereka berperanan menjalankan arahan dan dasar yang ditetapkan oleh kerajaan yang memerintah. Bagaimanapun, sebagaimana juga istana mereka kekal di situ walau apapun bentuk dan warna politik kerajaan yang memerintah.

Persoalannya, apakah kerajaan yang memerintah mempunyai kuasa mutlak?

Jawapannya sudah tentu tidak, kerana selain terpaksa menjawab soalan di dalam dewan mereka perlu berhadapan dengan rakyat apabila tiba pilihan raya. Tegasnya, kerajaan yang memerintah dalam kerangka yang benar-benar demokratik tidak mungkin mempunyai kuasa mutlak. Umno menuduh Pakatan Rakyat gila kuasa dengan pindaan ini kerana mereka beranalogi Pakatan Rakyat juga mempunyai budaya politik seperti mereka!

Adalah menjadi pengetahuan umum bahawa Umno mahu membolot dan mengongkong segala-galanya; istana, kehakiman, dewan, perkhidmatan awam dan badan-badan lain termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Dalam pada itu media juga dikongkong melalui undang-undang. Rakyat juga tidak dapat bebas dengan adanya pelbagai kekangan untuk bersuara, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Umno ketakutan terhadap janji Pakatan Rakyat yang hendak menghapuskan ini semua; Umno tidak biasa dan tidak berani bermain dalam lapangan yang sama rata dan adil. Sebab itu belum apa-apa lagi, Umno sudah membuat pelbagai tohmah dan tuduhan terhadap inisiatif Pakatan Rakyat.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

Pakatan Rakyat ingin mengembalikan peruntukan yang asal kerana kami yakin bahawa peruntukan itu memberi ruang konsultasi kepada semua pihak; baik Istana, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam mahupun Kerajaan Negeri untuk memainkan peranan masing-masing secara telus dan terbuka.

Kerajaan Negeri yakin bahawa tatkala ia mempunyai hak untuk menasihatkan sultan ia juga sedar bahawa kedudukan berkecuali dan profesional perlu diberi peluang. Dalam pada itu kami juga sedar bahawa Duli Tuanku sebagai sultan yang begitu lama dan berpengalaman sebagai Raja Muda - yang paling lama dalam sejarah negara, sebelum memegang tampuk pemerintahan Negeri. Pastinya DYMM Tuanku mempunyai input untuk diberi dalam soal perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri. Inilah perkongsian pintar yang bukan sahaja selaras dengan kehendak pengurusan ekonomi semasa tetapi juga selaras dengan kehendak Perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan asasi dalam negeri.

Kalau kita perhatikan pindaan yang dibuat oleh Umno pada 1993 - yakni Perkara 52(1) Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor sebagaimana dinyatakan di atas - ia kelihatan begitu ganjil. Saya katakan demikian, kerana ia tidak menyebut pihak berkuasa yang diberi kuasa melantik. Sepatutnya ada kuasa tertentu yang diperuntukkan; contohnya sama ada Sultan atau Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Hal ini cukup ganjil tetapi begitulah hakikatnya. Saya tidak dapat menolak ia terjadinya begitu kerana tindakan yang gopoh dan tergesa-gesa.

Cuba bandingkan dengan perlantikan yang sama di peringkat Persekutuan sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 144, khususnya Fasal 3, 4 dan 5 yang ada sekarang yang kesemua mempunyai format yang sama dengan peruntukan yang lama dalam Undang- undang Tubuh Negeri Selangor.

Apa-apa pun, gopoh mahupun tidak, kita berpendapat bahawa pindaan yang dibuat pada 1993 itu tidak sah kerana ia tidak diperkenankan oleh Majlis Raja-Raja sebagaimana yang dikehendakki oleh Perkara 38(4) Perlembagaan Persekutuan.

Kerajaan negeri juga berpendapat bahawa masalah yang cuba diselesaikan oleh Pindaan Perlembagaan Persekutuan pada 1993 adalah menangani isu imuniti Raja-Raja, maka kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri tidak harus disentuh. Tidak ada rekod menunjukkan bahawa Raja-Raja bersetuju dengan pindaan berkenaan kerana yang menjadi pertikaian ketika itu adalah imuniti. Kelihatannya Umno menggunakan kesempatan untuk mencuri kuasa Sultan dalam keadaan yang gusar dan membingungkan ketika itu.

Kerajaan negeri berpendapat bahawa peruntukan asal Undang-Undang Tubuh Negeri perlu dikembalikan kerana Pakatan Rakyat komited dengan peranan Raja-Raja sebagai salah satu agen semak dan imbang - checks and balances - dalam perlembagaan. Kami percaya bahawa konsep Raja Berperlembagaan bermaksud raja yang kuasa mereka terbatas dan dipandu oleh peruntukan dan semangat Perlembagaan. Umno berpendapat sebaliknya; nampaknya bagi mereka, Raja Berperlembagaan ialah raja yang boleh dicucuk hidung dan diseret ke sana ke sini mengikut kehendak mereka sebagaimana yang mereka lakukan sejak awal 1980-an hinggalah sekarang.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

Sebagaimana yang saya janjikan di awal bicara tadi, saya ingin menggalurkan kronologi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat jelas akan duduk perkara yang sebenar. Ia perlu kerana media - khususnya yang dimiliki oleh Umno-BN memutar belit fakta yang sebenar. Hal yang sama juga dilakukan oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sepatutnya menjadi wahana milik seluruh rakyat tetapi merelakan institusi mereka diperkudakan oleh kelompok yang terdesak.

Saya ingin menegaskan bahawa meskipun saya adalah ketua kerajaan negeri, namun saya bukan sahaja tidak dimaklumkan dalam hal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri malah saya telah dibelakangi.

Pada 26 Oktober 2010 Pusat Sumber Manusia di bawah pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri selaku jurucakap kepada Jabatan Perkhidmatan Awam telah menyerahkan kepada saya lapan ( 8 ) nama calon yang difikirkan layak untuk jawatan Setiausaha Kerajaan bersama dengan Nota Amalan yang mengandungi prosedur dan tatacara pelantikan. Nota ini menyatakan bahawa:

(1) Suruhunjaya Perkhidmatan Awam (SPA) akan menghantar senarai calon yang difikirkan layak (Gred 54 ke atas) kepada Menteri Besar.
(2) Menteri Besar kemudiannya memilih calon atau calon-calon yang sesuai dan menyenaraipendekkan dan menyerahkannya kepada DYMM Sultan Selangor bagi memohon perkenan Tuanku.
(3) Setelah Tuanku berkenan memilih nama yang dicadangkan, Menteri Besar hendaklah menyerahkan semula nama tersebut kepada SPA untuk tujuan penyediaan dokumentasi lantikan.

Amalan ini jelas dan tertib; iaitu yang bermaksud tiada fungsi diberikan kepada Setiausaha Kerajaan Negeri dan pegawai kerajaan dalam istana untuk berperanan dalam lantikan Setiausaha Kerajaan Selangor yang baharu. Malahan, daripada segi adabnya, kesemua pihak ini tiada hak untuk mencampuri urusan ini.

Pada 8 November 2010 saya menubuhkan Jawatankuasa Pemilihan untuk memilih tiga (3) orang calon yang paling layak daripada 8 nama pegawai yang dicadangkan. Jawatankuasa Pemilihan ini diketuai oleh Dato' Speaker sendiri dengan dua anggota lain, iaitu YB Dato' Dr. Hassan bin Mohamed Ali dan YB Tuan Dr Xavier Jeyakumar.

Panel Pemilihan ini bukanlah ditubuhkan untuk melakukan sesi temu duga tetapi melakukan proses temu bual sebagai usaha kita mewujudkan satu proses yang telus di samping menekankan unsur-unsur kompetensi dalam pemilihan. Pada masa yang sama proses temu bual diharapkan dapat memberi peluang kepada para calon menghayati dan memupuk aspirasi wakil rakyat yang memerintah.

Panel juga tidak dibebankan dengan jangkamasa tertentu kerana tidak wujud keperluan untuk tergopoh gapah. Apa yang penting kita mahu mencari calon yang sebaik mungkin untuk menggalas tanggungjawab berat Setiausaha Kerajaan.

Pada 22 November 2010 Jawatankuasa Pemilihan memulakan proses menemubual semua calon. Pada 3 Disember 2010 Jawatankuasa memaklumkan kepada saya bahawa enam calon sudah ditemu bual dan tiga nama dipilih untuk dicadangkan serta memberitahu bahawa dua calon tidak mahu mengambil bahagian.

Seterusnya, setelah menjalankan beberapa saringan dan pengesahan maka pada 17 Disember 2010 saya menulis surat kepada Istana untuk memaklumkan DYMM Sultan Selangor tentang prosedur pemilihan yang dijalankan Kerajaan Negeri dan tiga calon akhir yang dipilih untuk cadangan. Saya nyatakan dengan jelas, meskipun demikian, saya terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan DYMM Sultan untuk pandangan dan nasihat jika Tuanku mempunyai keraguan terhadap cadangan tersebut.

Pada 20 Disember 2010 saya menulis surat kepada Pusat Sumber Manusia untuk memaklumkan bahawa saya sudah menghantar tiga nama calon kepada DYMM Sultan Selangor dan masih menunggu maklum balas. Surat berkenaan juga memberitahu saya akan bercuti ke luar negara pada 20 Disember hingga 30 Disember dan sebarang pengumuman mengenai pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri perlu dirujuk kepada saya terlebih dahulu.

Pada 21 Disember 2010, Istana, menerusi Setiausaha Sulit kepada DYMM Sultan Selangor, Dato' Muhamad Munir Bani telah menulis surat kepada Setiausaha Sulit kepada Dato' Menteri Besar, Tuan Haji Mustapha bin Talib. Bersama surat itu dilampirkan surat bertarikh 10 Disember 2010 yang dialamatkan kepada Dato' Ramli Mahmud bekas Setiausaha Kerajaan Negeri sebagai balasan surat yang beliau hantar pada 3 Disember. Untuk makluman sidang dewan, surat 3 Disember tersebut telah menghantar tiga (3) cadangan nama kepada DYMM Sultan. Surat pada 10 Disember pula memaklumkan kepada Dato' Ramli Mahmud bahawa DYMM Sultan Selangor sudah berkenan terhadap pelantikan Dato' Muhamad Khusrin Munawi. Namun, kedua-dua surat ini pun tidak dihantar salinan kepada saya selaku Menteri Besar.

Pada 24 Disember 2010 Pejabat Dato' Menteri Besar menjawab surat bertarikh 21 Disember dari Dato' Mohamad Munir untuk menyatakan bahawa Dato' Menteri Besar tidak pernah diberitahu keputusan yang dibuat bertarikh 10 Disember 2010 itu. Sehubungan itu, Pejabat Dato' Menteri Besar memohon perkenan untuk mengadap DYMM Sultan untuk perbincangan.

Pada 27 Disember 2010 saya menulis surat sekali lagi memohon untuk menghadap DYMM Sultan untuk perbincangan. Pada tarikh ini juga, tanpa sepatah nota makluman kepada saya, Ketua Setiausaha Negara (KSN) lantas mengumumkan Dato' Mohamad Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Negeri yang baharu.

Pada 3 Januari 2011 saya mendapat perkenan menghadap DYMM Sultan Selangor dan DYMM Tuanku menitahkan bahawa setelah Perlembagaan Negeri dipinda pada 1993, baginda tidak mempunyai kuasa untuk menolak atau menerima keputusan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Saya maklumkan kepada Tuanku bahawa saya hendak pertahankan hujah saya bahawa pelantikan yang tidak mendapat kebenaran Kerajaan Negeri yang sah dipilih rakyat Selangor adalah salah di sisi amalan dan adab hatta harus dibincangkan semula. Pada hari yang sama saya menulis kepada SPA menyatakan Kerajaan Negeri ingin membincangkan semula pelantikan Dato' Mohamad Khusrin dan tidak bersedia mengadakan majlis angkat sumpah kerahsiaan sehingga perkara ini selesai.

Pada 4 Januari 2011, saya menulis surat kepada DYMM Sultan memohon supaya majlis angkat sumpah kesetiaan yang dijadualkan pada 6 Januari ditangguhkan sehingga Kerajaan Negeri menyelesaikan perkara pelantikan tersebut.

Meskipun demikian pada 6 Januari 2011, saya dan barisan Exco turut hadir ke majlis di Istana Bukit Kayangan sebagai menzahirkan rasa taat setia dan kasih kepada DYMM Sultan dan Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda yang pada ketika itu menerima darjah kebesaran dari DYMM Ayahanda Sultan. Pada masa yang sama kita maklum bahawa Dato' Mohamad Khusrin dikehendaki melakukan angkat sumpah kesetiaan terhadap DYMM Tuanku.

Pada majlis tersebut, DYMM Tuanku telah bertitah dengan begitu jelas bahawa baginda tidak menyokong mana-mana parti politik dan kesal terhadap sikap sesetengah golongan yang memutar belit kenyataan baginda. Tuanku Sultan juga dengan tegas menyatakan baginda senang dengan amalan profesional, nasihat menasihati yang kita amalkan. Ketegasan baginda tersebut telah memberi kekuatan kepada kita untuk memanggil Mesyuarat Dewan di bawah Peraturan 10(3) ini bagi mengimarahkan lagi amalan konsultasi dalam pentadbiran dan perhubungan antara Istana dengan barisan Eksekutif.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Yang Berhormat;

Demikianlah kronologi peristiwa isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang membawa kepada perkara di hadapan kita hari ini.

Apakah pengajaran yang boleh diambil daripada keseluruhan episod ini? Pengajarannya ialah, jika pelantikan Setiusaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan Negeri tidak dilakukan secara telus, ia boleh diputarbelitkan oleh banyak pihak; sama ada daripada Setiausaha Kerajaan Negeri, pegawai kerajaan di istana dan di pejabat Dato' Menteri Besar, atau di Perkhidmatan Awam yang tiada urusan kerja dalam hal penempatan pegawai kerajaan.

Menyedari hakikat ini, Pakatan Rakyat tidak akan meneruskan amalan yang ternyata bercanggah dengan amalan Pakatan Rakyat, yakni bertindak secara telus, kompeten dan penuh pertanggungjawaban dalam apa-apa hal dan modus operandi pentadbiran negeri.

Saya tegaskan di sini, meskipun kerangka Perlembagaan kita menyebelahi Kerajaan Persekutuan saya yakin bahawa sekiranya ia dibenarkan beroperasi dalam semangat demokrasi, mungkin negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat boleh melaksanakan pentadbiran dengan baik. Malangnya, ini tidak berlaku dan semangat federalisme yang dikandung oleh Perlembagaan dilanggar secara terang-terangan.

Dato' Speaker dan Ahli-Ahli Dewan yang mulia ini,

Pindaan yang dicadangkan ini adalah tanda komitmen Pakatan Rakyat untuk mentadbir negeri berdaulat ini menurut aspirasi dan amanah yang diberikan rakyat bertunjangkan konsep keihsanan dan kepedulian rakyat. Rakyat Selangor tidak meminta lebih. Mereka hanya mahu hak mereka sebagai rakyat negeri yang menyumbangkan 30 peratus kekayaan negara Malaysia.

Saya mengakhiri pembentangan ini, dengan melontarkan beberapa soalan yang berikut:

1. Keterlaluankah kami apabila kami mahu mengembalikan hak Sultan dan hak Negeri yang telah dirampas secara salah oleh Umno Persekutuan yang memperkudakan kepemimpinan Umno-BN Selangor?

2. Derhakakah kami jika kami mahu mengembalikan kedaulatan Negeri dan baginda Sultan yang memerintah negeri yang berdaulat ini?

3. Derhakakah mereka jika mereka menolak atau lari daripada menerima usul pindaan ini?

Mohon, soalan-soalan ini dijawab di dalam Dewan yang mulia ini. Oleh itu, Dato' Speaker dan Ahli-ahli Dewan yang dimuliakan, saya mohon mencadangkan.

Di lihat Khalid berhujah seolah-olah pindaan itu penting bagi mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar untuk membuat pelantikan jawatan SUK, Penasihat Undang-Undang negeri dan Pegawai Kewangan Negeri. Di sini jelas pakatan pembangkang cuba menukar rentak permainan dengan menyatakan mereka memperjuangkan kuasa sultan agar dikembalikan.

Pindaan berkenaan hakikatnya bagi membolehkan Menteri Besar mempunyai kuasa melantik SUK termasuklah kuasa menasihati Sultan Selangor. Pindaan ini dibuat kerana Menteri Besar tidak ada kuasa dalam melantik SUK. Sebenarnya Menteri Besar bukan mahu memberikan kuasa kepada Sultan Selangor, tetapi dia mahukan kuasa dalam keputusan yang dibuat oleh baginda melalui ‘nasihat daripada Menteri Besar’. Disinilah dilihat bagaimana MB Khalid cuba menghadkan kuasa Sultan sebenarnya dan bukan " mengembalikan " kuasa Sultan!

Pindaan satu perenggan itu membabitkan peruntukan agar cadangan pelantikan SUK dan tiga jawatan tertinggi negeri oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memerlukan pertimbangan daripada Menteri Besar. Disini kita nampak tiada bezanya peruntukan undang-undang yang sedia ada kecuali peruntukan Sultan perlu mendapatkan nasihat daripada Menteri Besar? Bermakna peruntukan yang sedia ada sudah baik dan selama ini tidak pernah membelakangkan Sultan dan baginda sendiri telah memilih Mohammed Khusrin menjadi SUK.

Jadi disini tidak timbul soal UMNO atau BN menolak atau tidak menghormati sultan sebaliknya yang 'menderhaka' adalah kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid kerana sampai sekarang enggan menerima pelantikan SUK yang telah direstui oleh baginda!

Dalam undang-undang yang sedia ada, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diperuntukkan kuasa melantik SUK tetap menghormati kedudukan Sultan Selangor apabila mempersembahkan senarai calon SUK untuk diperkenankan oleh baginda. Amalan yang dilakukan oleh SPA itu jelas menunjukkan suruhanjaya itu menghormati kedudukan Sultan Selangor yang mempunyai kuasa eksekutif. Jadi apa gunakan pindaan tersebut kerana amalan sekarang kedudukan baginda terus dihormati.

Berdasarkan prosedur sebenarnya pelantikan SUK sudah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah faktor tidak puas, bahawa Khusrin dianggap bukan 'orang' Abdul Khalid.?

Apa yang menghairankan adalah bagaimana timbul soal 'kembalikan' kuasa Sultan kerana dengan perkataan kembalikan sudah pasti ada tindakan menarik balik sebelum itu. Soalnya bilakah berlaku penarikan balik kuasa sultan?

Apa yang terjadi semasa pindaan 1993 ketika di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah soal mengurangkan kekebalan raja-raja dari segi kesalahan jenayah manakala bagi kes sivil tiada undang-undang boleh diambil ke atas raja-raja.

Sebaliknya, bagi pelantikan SUK di Negeri Negeri Melayu Bersekutu termasuk Selangor, sejak dari dulu ia diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Ini berbeza dengan kedudukan di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, pelantikan pegawai kerajaan divisyen tertinggi terletak kepada kuasa negeri.

Khalid telah mengelirukan rakyat bahawa meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor seolah-olah sama dengan meminda perlembagaan “pakatan kenduri kahwin.” Sekalipun sekiranya Khalid mendapat sokongan dua pertiga ADUN, pindaan itu mesti mendapat perkenan Sultan Selangor. Adakah sekali lagi Khalid tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor? Satu lagi, kalau pelantikan SUK memang memerlukan persetujuan Menteri Besar, untuk apa dibuat pindaan pada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor?

Maknanya dalam amalan sebelum ini, Menteri Besar tidak perlu dirujuk bagi pelantikan SUK selepas Sultan Selangor memberi perkenan. Sebelum ini tidak menjadi isu pun siapa yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjadi SUK. Bukan di Selangor malah di negeri-negeri lain juga berjalan dengan licin. SPA bukan sebuah parti atau badan politik. Hanya kebetulan SPA berada bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Khalid telah memperbodohkan rakyat terutama pembangkang bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa menentukan siapa menjadi SUK. Padahal jawatan ini tidak ada kena mengena dengan politik. Ini adalah jawatan kerajaan Persekutuan di negeri-negeri. Tetapi pembangkang yang sebahagian besar tidak berfikir di luar kotak terpengaruh dengan rentak politik cara begini.

Rakyat Selangor mesti segera sedar. Tanpa hubungan kerja yang licin antara SUK dengan Menteri Besar, segala perancangan pentadbiran tidak akan bergerak. Khalid tetap menolak SUK sekalipun telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebelum ini. Khalid yang turut hadir ke majlis mengangkat sumpah tetap tidak “merestui” Mohamad Khusrin sedangkan Sultan Selangor telah “merentui”. Kebiadapan begini bukanlah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan oleh rakyat Selangor.

MB Khalid seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak cuba mempolitikkan isu perlantikan SUK yang baru ketahap ini. Dikuatiri ianya akan menjadi tindakan sia-sia yang akan menjejaskan urusan kerajaan dan ini tidak mendatangkan faedah kepada rakyat Selangor amnya. Sebaliknya ia hanya menjaga EGO seorang Menteri Besar. Yang ketara tujuan Khalid ialah hanya untuk memperkasakan diri beliau sebagai Menteri Besar dan bukan untuk tujuan lain.

Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Jumaat, 21 Januari 2011

Sidang tergempar DUN Selangor : Pindaan hanya mainan politik!

KETIKA isu pertikaian pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) mula ditimbulkan, sengaja penulis menembak persoalan kepada seorang penyokong kuat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; "Adakah anda yakin boleh menang dalam permainan ini?"

Katanya, kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor terpaksa meneruskan tindakan 'melawan' pelantikan itu demi survival politik meskipun kelihatan laluan begitu sukar.

"Jika diterima sahaja pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK yang baru, kami akan 'habis'," katanya.

Pentadbiran Abdul Khalid sejak dari awal menganggap pelantikan tersebut sebagai satu 'serangan' politik kepada mereka. Alasannya pelantikan itu membelakangkan Menteri Besar.

Sehingga terpacul keluar kenyataan dari Exco kerajaan negeri, Dr. Halimah Ali dari Pas bahawa 'kami sudah tidak larat' dengan serangan-serangan politik dan meminta rakyat bersolat hajat.

Soalnya siapakah yang menyerang? Ternyata pada sisi lain, isu SUK telah dieksploitasi dengan sebegitu jauh sehingga begitu meresahkan rakyat negeri Selangor.

Pentadbiran Abdul Khalid sengaja memilih untuk tidak membiarkan politik Selangor berehat seketika. Ia boleh menjadi modal yang berpanjangan, meleret hingga ke pilihan raya umum akan datang.

Sejak isu itu timbul rakyat telah terpecah dua - satu menyokong dan satu membantah tindakan kerajaan negeri.

Pelantikan SUK adalah sah dari segi undang-undang dan ia telah diperkenankan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Abdul Khalid juga mengakui pelantikan itu sah tetapi beliau keras kepala enggan menerima Khusrin. Dengan khabarnya, beliau amat kecil hati kerana tidak dimaklumkan pelantikan tersebut.

Faktor perkenan sultan telah menyebabkan rakyat begitu marah dengan tindakan pentadbiran Abdul Khalid. Diburukkan lagi dengan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang dilihat begitu biadap terhadap baginda.

Jika tidak bersetuju sekali pun dengan SUK baru, Abdul Khalid sebenarnya boleh memilih untuk bertindak secara dalaman tanpa menggoncang politik negeri.

Namun mereka nampaknya tidak boleh tahan apabila nama Khusrin yang naik sebagai calon teratas dan akhirnya diperkenankan Sultan Selangor.

DAP 'menjerit' kerana bekas Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu begitu tegas dalam kes wakil rakyat DAP masuk masjid. Pas pun menjerit sama kerana ada pemimpinnya tidak diberikan tauliah berceramah.

Cuma baru-baru ini Pesuruhjaya Pas, Datuk Dr. Hassan Mohammed Ali agak 'berlunak' apabila tidak mahu serangan dihalakan secara peribadi kepada Khusrin kerana ia akan menyebabkan puluhan ribu anggota perkhidmatan awam negeri ini akan marah.

Sebagai bekas anggota pentadbiran awam, Hassan nampaknya mengetahui dan sedar tentang sentimen tersebut.

Pentabdiran Abdul Khalid tiada jalan lain kecuali membuat tindakan paling sukar dengan mencadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Negeri 1959. Sedangkan beliau menyedari pakatan PKR, DAP dan Pas tidak memiliki majoriti dua pertiga untuk membolehkan pindaan itu diluluskan.

Mereka berhujah pindaan itu penting bagi mengembalikan kuasa Sultan Selangor dan Menteri Besar untuk membuat pelantikan jawatan SUK, Penasihat Undang-Undang negeri dan Pegawai Kewangan Negeri.

Di sini jelas pakatan pembangkang cuba menukar rentak permainan dengan menyatakan mereka memperjuangkan kuasa sultan agar dikembalikan.

Dengan perkembangan terkini, apabila keputusan Speaker DUN, Datuk Teng Chang Khim mengumumkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong apabila wakil rakyatnya, Badrul Hisham Abdullah didakwa tidak hadir persidangan selama enam bulan, kerajaan negeri memerlukan sokongan sekurang-kurangnya dua lagi kerusi DUN.

Dan hari ini Chang Khim membuat keputusan untuk melarang Badrul Hisham daripada menghadiri sidang tersebut.

Jika mereka mahu meraih sokongan daripada mana-mana ADUN BN, harapan itu hanya bersifat angan-angan. Semalam, Barisan Nasional (BN) telah membuat pendirian untuk hadir sidang tersebut tetapi akan menolak pindaan tersebut.

BN mesti hadir bagi membahaskan pindaan tersebut sekali gus dapat menjelaskan sebab mengapa pindaan tersebut perlu ditolak. Ketua Penerangan UMNO, Abdul Shukor Idrus berkata, ADUN BN baru menerima draf pindaan tersebut hari ini.

Katanya, pindaan satu perenggan itu membabitkan peruntukan agar cadangan pelantikan SUK dan tiga jawatan tertinggi negeri oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) memerlukan pertimbangan daripada Menteri Besar.

''Kita nampak tiada bezanya peruntukan undang-undang yang sedia ada kecuali peruntukan Sultan perlu mendapatkan nasihat daripada Menteri Besar.

''Kita akan bahas nanti bahawa peruntukan sedia ada sudah baik dan selama ini kita tidak pernah membelakangkan Sultan dan baginda sendiri telah memilih Mohammed Khusrin menjadi SUK," katanya.

Katanya, pendirian BN adalah muktamad iaitu tidak akan menyokong pindaan tersebut.

Jelas beliau, tidak timbul soal UMNO atau BN menolak atau tidak menghormati sultan sebaliknya yang 'menderhaka' adalah kerajaan negeri pimpinan Abdul Khalid kerana sampai sekarang enggan menerima pelantikan SUK yang telah direstui oleh baginda.

Abdul Shukor yang juga ADUN Kuang berkata, ADUN BN akan berbahas secara rasional dan tidak akan bertindak sebagaimana pembangkang di Perak yang kerap kali mencetuskan kekecohan dalam sidang DUN.

''Kita akan berbahas secara baik, walaupun kita pembangkang di negeri ini, kita akan tetap bertindak rasional.

''Tetapi tidak tahulah bagaimana wakil rakyat pakatan PKR, DAP dan Pas, kalau mereka sendiri yang membuat kecoh nanti, rakyat sendiri boleh membuat penilaian," katanya.

Bagi pakar undang-undang, Datuk Sallehuddin Saidin, pihaknya tidak mahu membuat sebarang jangkaan adakah pindaan itu akan berjaya diluluskan atau tidak.

''Saya tidak mahu membuat tanggapan negatif tetapi sekiranya tidak berjaya diluluskan, Abdul Khalid sepatutnya mengambil pendekatan menerima dan akur atas pelantikan Mohammed Khusrin.

''Berjaya atau tidak pindaan itu, Khusrin tetap kekal sebagai SUK," katanya.

Dalam hal ini, katanya, Khusrin mempunyai hak dari segi undang-undang untuk menjalankan tugasnya sebagai SUK termasuk untuk turut serta dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri.

''Bagaimanapun, beliau perlu mengangkat sumpah simpan rahsia di hadapan Menteri Besar. Beliau perlu diberikan hak untuk berbuat demikian.

''Kalau beliau dihalang daripada menjalankan tugas-tugasnya menurut undang-undang, maka kalau beliau mahu mengambil tindakan undang-undang, itu adalah haknya," katanya.

Sallehuddin berkata, dalam undang-undang sedia ada, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) yang diperuntukkan kuasa melantik SUK tetap menghormati kedudukan Sultan Selangor apabila mempersembahkan senarai calon SUK untuk diperkenankan oleh baginda.

Katanya, amalan yang dilakukan oleh SPA itu jelas menunjukkan suruhanjaya itu menghormati kedudukan Sultan Selangor yang mempunyai kuasa eksekutif.

''Jadi apa gunakan pindaan tersebut kerana amalan sekarang kedudukan baginda terus dihormati," katanya.

Malah sebenarnya, jika kerajaan negeri mempersoalkan pelantikan Khusrin sebagai SUK sekali pun mereka sepatutnya memberikan peluang kepada beliau melaksanakan tugas.

''Kalau lepas dua tiga bulan mereka tidak puas dengan khidmatnya, beritahulah SPA, kami tidak mahu orang ini lagi, tukarkan. Jadi tidak perlu pinda perlembagaan negeri," katanya Sallehudin.

Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Dr. Ahmad Atory Hussain menjelaskan, berdasarkan prosedur sebenarnya pelantikan SUK sudah selesai dan tidak perlu dibangkitkan lagi.

Kata penganalisis politik itu, apa yang menjadi masalah ialah faktor tidak puas, bahawa Khusrin dianggap bukan 'orang' Abdul Khalid.

Jelasnya, pakatan pembangkang tidak menganggap sokongan dua pertiga dalam sidang DUN sebagai penting kerana apa yang menjadi tujuan sebenar mereka hanya ingin memerangkap BN yang selama ini begitu lantang memperjuangkan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

''Nanti mereka boleh menempelak UMNO sebagai tidak mahu mengembalikan kuasa sultan jika mereka tidak menyokong pindaan itu. Jadi BN perlu berhati-hati," katanya.

Ahmad Atory melahirkan rasa hairan bagaimana timbul soal 'kembalikan' kuasa sultan kerana dengan perkataan kembalikan sudah pasti ada tindakan menarik balik sebelum itu.

Soalnya bilakah berlaku penarikan balik kuasa sultan?

Katanya, apa yang terjadi semasa pindaan 1993 ketika di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah soal mengurangkan kekebalan raja-raja dari segi kesalahan jenayah manakala bagi kes sivil tiada undang-undang boleh diambil ke atas raja-raja.

''Sebaliknya, bagi pelantikan SUK di Negeri Negeri Melayu Bersekutu termasuk Selangor, sejak dari dulu ia diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan. Ini berbeza dengan kedudukan di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, pelantikan pegawai kerajaan divisyen tertinggi terletak kepada kuasa negeri," katanya.

Katanya, keadaan berbeza di Pulau Pinang apabila Ketua Menterinya, Lim Guan Eng tidak menjadikan masalah pelantikan SUK sebagai isu besar.

''Sedangkan proses pelantikan adalah sama. Saya lihat Guan Eng tidak akan berani bertindak seperti Abdul Khalid kerana bimbang tercetuskan konflik perkauman. Dia pun tahu. Berbeza di Selangor, ia membabitkan pertembungan semasa orang Melayu," katanya.

Tindakan Abdul Khalid tidak mengiktiraf pelantikan SUK yang baru hanya akan mengkucar-kacirkan pentadbiran negeri.

Pergolakan politik akan terus berlarutan kerana di atas kertas pentadbiran Abdul Khalid sudah pasti gagal untuk meluluskan pindaan tersebut. Nanti rakyat Selangor hanya akan mampu mengeluh; ''Apa lagi hendak berlaku di negeri kita ini?"

Oleh : HELMI MOHD. FOAD

Juragan Malawati..

Khamis, 20 Januari 2011

BN hadir tetapi tolak cadangan pinda!

NOH Omar (dua dari kanan) bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Selangor dan ADUN Barisan Nasional di Bangunan UMNO Selangor, di Shah Alam, semalam.

Barisan Nasional (BN) Selangor memutuskan menolak langkah Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri itu meminda Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959 bagi memberikan kuasa kepada Menteri Besar melantik tiga pegawai eksekutif negeri termasuk Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).

Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, pendirian itu dibuat hasil daripada mesyuarat melibatkan 20 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN dan seorang ADUN Bebas, di sini, hari ini.

Katanya, walaupun kesemua ADUN BN akan menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) yang diadakan khas untuk tujuan itu, pada Isnin ini ia tidak bermakna mereka menyokong pindaan berkenaan.

Pendirian BN itu tegas Noh disebabkan, pindaan berkenaan hakikatnya bagi membolehkan Menteri Besar mempunyai kuasa melantik SUK termasuklah kuasa menasihati Sultan Selangor.

“Pindaan ini dibuat kerana Menteri Besar tidak ada kuasa dalam melantik SUK. Sebenarnya Menteri Besar bukan mahu memberikan kuasa kepada Sultan Selangor, tetapi dia mahukan kuasa dalam keputusan yang dibuat oleh baginda melalui ‘nasihat daripada Menteri Besar’.

“Malah, pindaan ini juga kita dapati merupakan satu kerja yang sia-sia dan tidak memberi manfaat kepada rakyat kerana peruntukan perlembagaan negeri sedia ada dalam pelantikan SUK tidak membelakangkan kuasa Sultan Selangor.

“Kita akan hadir dalam sidang DUN nanti kerana Sultan Selangor telah memperkenan dewan ini bersidang mengikut bidang kuasa baginda. Tetapi, perkenan baginda mengadakan sidang itu tidak bermakna baginda setuju dengan pindaan perlembagaan negeri, ia terpulang kepada dewan,” katanya.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi BN Selangor berkata demikian kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat BN Selangor tersebut yang turut dihadiri oleh Ketua Pembangkang, Datuk Mohamad Satim Diman.

Dalam mesyuarat itu, Noh yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor turut mengumumkan pelantikan ADUN Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun sebagai Timbalan Ketua Pembangkang negeri.

Dalam pada itu, Noh turut menyatakan bahawa pindaan yang mahu dilakukan oleh kerajaan negeri itu juga sebenarnya tidak logik.

Ini kerana katanya, cadangan pindaan itu sebenarnya berpunca daripada keengganan Menteri Besar menerima Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai SUK meskipun telah diperkenankan oleh Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini.

Malah, pindaan itu juga dilihat turut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana pelantikan SUK Selangor adalah sama seperti diamalkan di negeri-negeri Melayu bersekutu.

Pada masa yang sama, Noh turut menyelar sikap kerajaan negeri yang tidak telus meminda perlembagaan negeri kerana sehingga kini tiada sebarang draf pindaan itu diberikan kepada ADUN BN.

Katanya, Ketua Pembangkang negeri (Mohamad Satim) telah mengemukakan surat kepada Setiausaha DUN, pada Isnin lalu tetapi tidak sebarang mendapat maklum balas sehingga ke hari ini.

“Di mana ketelusan kerajaan negeri, mereka kata nak pinda perlembagaan negeri atas dasar kepentingan umum. Sepatutnya mereka berikan draf pindaan lebih awal untuk kita teliti dan bahaskan di dalam sidang DUN.

“Namun hingga ke hari ini tidak diberikan seolah-olah kerajaan negeri mahu ‘menyerang hendap’ ADUN BN pada sidang dewan itu nanti,” ujarnya.

Kenyataan Penuh UMNO Selangor

AHLI-AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional Negeri Selangor menjunjung perkenan ke bawah Duli Tuanku Sultan Selangor di atas pemahsyuran baginda mengenai persidangan tergempar Dewan Undangan Negeri pada 24 haribulan Januari 2011 nanti.

Sebagai hamba rakyat, ADUN Barisan Nasional akan hadir demi melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Kami sependapat Menteri Besar Selangor, Y.A.B. Tan Sri Khalid Ibrahim seharusnya lebih bertanggungjawab dan tidak cuba mempolitikkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Y.Bhg. Dato’ Mohd. Khusrin Munawi ke tahap ini.

Kami khuatir bahawa ianya akan menjadi tindakan sia-sia yang akan menjejaskan urusan kerajaan dan ini tidak mendatangkan faedah kepada rakyat Selangor amnya. Sebaliknya hanya menjaga ego sorang Menteri Besar.

Kami merasakan tujuan beliau ialah hanya untuk memperkasakan (empower) beliau sebagai Menteri Besar dan bukan untuk tujuan yang lain.

Dalam pada itu kami, selaras dengan Perintah Tetap 48, Perintah-perintah Tetap Dewan Undangan Negeri Selangor menuntut Speaker DUN atau Menteri Besar Selangor menyerahkan kepada kami kertas langkap deraf cadangan pindaan Perlembagaan Negeri Selangor bagi membolehkan kami mengambil bahagian dalam sesi perbahasan. Kami menganggap tindakan kerajaan negeri untuk hanya membekalkan kepada kami deraf cadangan ini pada hari terakhir ataupun pada hari persidangan dewan itu diadakan sebagai taktik ‘“’serang hendap’.

Kami berpendapat gesaan ini adalah amat wajar memandangkan persidangan tergempar ini bukanlah satu persidangan yang biasa diadakan, Malahan ianya tidak pernah berlaku dalam sejarah di mana suatu persidangan perlu diadakan dalam keadaan tergesa-gesa dan terburu-buru apatah lagi ianya melibatkan pindaan kepada Perlembagaan Negeri Selangor.

Malangnya hingga ke hari ini tidak seorangpun ADUN Barisan Nasional telah diberikan deraf lengkap pindaan perlembagaan itu kecuali apa yang telah dilaporkan oleh media massa mengenai cadangan pindaan kepada Artikel 52(1).

Kami merasakan cadangan pindaan ini sebagai bertentangan dan ‘ultra vires’ kepada Perlembagaan Persekutuan di bawah Artikel 74 Jadual ke 9 senarai negeri.

DATUK SERI NOH OMAR
Timbalan Pengerusi,
Badan Perhubungan UMNO Selangor.

Juragan Malawati..

Selasa, 18 Januari 2011

Apabila kera dapat bunga!

















Dendam dan honar. Ini adalah dua kata kunci menghangatkan isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK), Mohamad Khusrin Munawi. Dendam dan honar ini dinyalakan oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR), kepalanya Menteri Besar, Khalid Ibrahim. Beberapa sikap biadap diperlihatkan oleh Khalid termasuk tindakannya terhadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Aziz Shah.

Kerajaan Selangor sekarang bawah teraju Khalid adalah kerajaan dendam. Ini bukan kerajaan untuk rakyat, sebaliknya untuk membalas dendam politik kepada kerajaan Persekutuan. Khalid seorang yang sangat honar, penuh dendam. Kehangatan isu SUK ini memperjelaskan kepada rakyat beginilah wajah pemimpin yang menggunakan kuasa (kalau benar berkuasa) untuk membalas dendam.

Sebelum ini Khalid membalas dendam kepada BN apabila sebaik saja menduduki kerusi Menteri Besar, dia telah mengarahkan kakitangan saluran radio Selangor FM keluar dari Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah iaitu pusat pentadbiran kerajaan negeri. Selepas itu Khalid mengharamkan akhbar Utusan Malaysia diedar di semua pejabat kerajaan negeri Selangor. Ini kerana dendam kepada Utusan Malaysia yang banyak mendedahkan putar belit pembangkang yang memperalatkan rakyat.

Mohamad Khusrin menjadi bahan balas dendam Khalid yang terbaru. Pelantikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Mohd Sidek Hassan dengan perkenan Sultan Selangor mahu dicabar dengan pelbagai helah termasuk meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor. Tujuannya untuk membolehkan Menteri Besar dan Sultan Selangor sahaja yang menentukan pelantikan SUK.

Khalid telah mengelirukan rakyat bahawa meminda Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor seolah-olah sama dengan meminda perlembagaan “pakatan kenduri kahwin.” Sekalipun sekiranya Khalid mendapat sokongan dua pertiga ADUN, pindaan itu mesti mendapat perkenan Sultan Selangor. Adakah sekali lagi Khalid tidak memerlukan perkenan Sultan Selangor? Satu lagi, kalau pelantikan SUK memang memerlukan persetujuan Menteri Besar, untuk apa dibuat pindaan pada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor?

Maknanya dalam amalan sebelum ini, Menteri Besar tidak perlu dirujuk bagi pelantikan SUK selepas Sultan Selangor memberi perkenan. Sebelum ini tidak menjadi isu pun siapa yang dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjadi SUK. Bukan di Selangor malah di negeri-negeri lain juga berjalan dengan licin. SPA bukan sebuah parti atau badan politik. Hanya kebetulan SPA berada bawah kerajaan Barisan Nasional (BN).

Khalid dengan “kehonaran” yang luar biasa itu telah mengheret Ketua Setiausaha Negara ke kancah debat yang penuh kebodohan ini. Khalid mempolitikkan segala perkara yang terlintas di fikirannya. Khalid memberikan gambaran seolah-olah SPA sebuah badan politik, Mohd Sidek Hassan juga orang politik malah turut mengheret Sultan Selangor dalam debat politiknya.

Khalid telah memperbodohkan rakyat terutama pembangkang bahawa Menteri Besar mempunyai kuasa menentukan siapa menjadi SUK. Padahal jawatan ini tidak ada kena mengena dengan politik. Ini adalah jawatan kerajaan Persekutuan di negeri-negeri. Tetapi pembangkang yang sebahagian besar tidak berfikir di luar kotak terpengaruh dengan rentak politik cara begini.

Laungan

Sikap Khalid yang sengaja “membakar” isu ini perlu dilihat sebagai petanda pemimpin yang tidak berfikir jauh untuk rakyat. Maka laungan untuk berkhidmat kepada rakyat hanya sebuah drama politik, padahal dia sendiri membantutkan urusan membangunkan rakyat dengan isu SUK. Keadaan menjadi lebih teruk apabila Khalid mendapat sokongan pemimpin lain di peringkat negeri yang sanggup berlaku biadap dengan Sultan Selangor.

Ini antara ciri-ciri pembangkang terutama PKR dan DAP untuk menghancurkan institusi raja dan menjadikan negara ini sebuah republik. Mereka yang tanpa rasa bersalah mencabar Raja-Raja Melayu. Apakah istilah lain yang boleh digambarkan berlaku di Selangor kalau bukan mencabar kuasa Raja-Raja Melayu?

Mohamad Khusrin bukanlah dengan tiba-tiba dilantik menjadi SUK. Beliau menjalani proses sebagai pentadbir dan jawatan sebelum ini adalah Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Tetapi semua sudah maklum bahawa kerajaan PKR di Selangor tidak melangkah “sederap” dengan JAWI dalam banyak hal. Ini kerana PKR dan DAP tetap melihat JAIS sekaligus Mohamad Khusrin sebagai sebuah badan yang terikat dengan politik BN. Kalau kita masih ingat, JAIS seolah-olah “diabaikan” kewujudannya apabila kerajaan negeri menjadikan masjid dan surau di Selangor sebagai gelanggang politik. JAIS memang bertegas melarang tetapi penceramah politik PKR dan Pas termasuk DAP bebas menguasai masjid dan surau.

Bayangkan keangkuhan pembangkang, titah Sultan Selangor supaya jangan menjadikan masjid dan surau gelanggang politik tidak diendahkan sedikit pun. Dalam pertemuan dengan Mingguan Malaysia baru-baru ini, Sultan Sharafuddin meluahkan kekesalan baginda apabila ada pihak yang menggambarkan baginda mencampuri hal politik Selangor. Sultan Selangor adalah seorang yang sangat bertolak ansur demi kepentingan rakyat.

Jadi, isu Khalid tidak “mengiktiraf” SUK baru ini adalah dendam kepada bekas Pengarah JAIS itu. Khalid memberikan alasan, dia mempunyai tiga calon SUK yang semuanya mempunyai rekod mutu kerja yang lebih tinggi daripada Mohamad Khursin. Siapa mereka itu? Sampai hari ini Khalid tidak mendedahkan. Maka kita tertanya-tanya apakah calon-calon itu datangnya dari Selangor tetapi tidak pernah memegang jawatan lebih tinggi daripada Mohamad Khusrin. Bagaimana Khalid boleh menilai rekod mutu kerja calon-calon ini kalau beban jawatannya lebih rendah daripada Khusrin? Malah apabila dipilih oleh Khalid, sudah tentu calon-calon itu terdiri daripada orang politik atau proksi politik sealiran dengannya.

Rakyat Selangor mesti segera sedar. Tanpa hubungan kerja yang licin antara SUK dengan Menteri Besar, segala perancangan pentadbiran tidak akan bergerak. Khalid tetap menolak SUK sekalipun telah mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor Khamis lalu. Khalid yang turut hadir ke majlis mengangkat sumpah tetap tidak “merestui” Mohamad Khusrin sedangkan Sultan Selangor telah “merentui”. Kebiadapan begini bukanlah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan oleh rakyat.

Orang tua-tua ada berkias, “Macam kera mendapat bunga”. Ini adalah kebijaksanaan silam orang Melayu untuk menggambarkan seseorang yang mendapat sesuatu yang berharga tetapi tidak bijak memanfaatkannya. Khalid telah mendapat “bunga” yakni kuasa di Selangor, tetapi tidak memanfaatkan “bunga” itu dan akhirnya “bunga” yang dulunya cantik menjadi koyak rabak. Lain kali rakyat kenalah berfikir banyak kali sebelum memberi bunga kepada kera.

Juragan Malawati..

Isnin, 17 Januari 2011

MB Khalid didesak pecat Ronnie Liu!


Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memecat Ronnie Liu daripada jawatan Exco selepas wakil rakyat itu mempertikaikan arahan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak.

Pengerusi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Selangor, Mohd. Faizal Mohd. Salleh berkata, Ronnie tidak layak untuk memegang jawatan itu kerana telah mengkhianati kepercayaan rakyat terutama umat Islam di negeri ini.

"Sudah tiba masanya Ronnie dipecat daripada jawatan Exco kerajaan negeri kerana beliau terbukti merupakan seorang pemimpin yang biadab serta tidak menghormati umat Islam di Selangor.

"Ini terbukti apabila beliau mengatakan udang-undang syariah yang melarang umat Islam bekerja di premis arak sebagai tidak praktikal.

"Ia jelas menunjukkan yang beliau langsung tidak menghormati Islam sebagai agama rasmi negara ini," katanya di sini, hari ini.

Sementara itu, Mohd. Faizal turut memberi amaran kepada Ronnie supaya wakil rakyat itu tidak terus mengeluarkan kenyataan yang boleh menaikkan api kemarahan umat Islam di negara ini.

Mengulas perkara sama, Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, kenyataan Ronnie menunjukkan sikap sebenar wakil rakyat itu yang akan melakukan apa saja hingga sanggup mengeluarkan kenyataan mengugut Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang merupakan badan pelaksana Enakmen Jenayah Syariah negeri.

"Tindakan Ronnie itu membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak telus apabila wakil rakyatnya bebas campur tangan dalam tadbir urus .

"Ronnie perlu sedar bahawa pentadbiran negeri Selangor tidak boleh bercanggah dengan undang-undang Islam di negeri ini," katanya.

Nampak gayanya PAS yang kononnya memperjuangkan Islam dan bercita-cita untuk menubuhkan negara Islam di Malaysia tumpas sekali lagi kepada DAP dalam isu arak di Selangor.

Walaupun larangan tersebut disokong oleh Pesuruhjaya Pas Selangor yang juga Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali namun ternyata DAP lebih berkuasa mempengaruhi kerajaan negeri.

Malah, lebih malang lagi terdapat segelintir pemimpin Pas Selangor yang sanggup bersekongkol dengan menyokong langkah Ronnie semata-mata mahu membodek DAP apabila turut mendakwa, prosedur tindakan yang diambil MPSJ salah serta tidak Islamik.

Nampaknya Pas tumpas lagi, pendirian Hassan Ali dan Pas Selangor dalam isu arak langsung tidak dihormati oleh kerajaan negeri walaupun tindakan yang diambil itu bertujuan untuk mengekang kegiatan maksiat dalam kalangan umat Islam, sebaliknya mereka membatalkan larangan MPSJ. Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Jumaat, 14 Januari 2011

Panas ! Khalid Ibrahim bengang dengan MalaysiaKini atau nak pelempang Hasan Ali!

Sekadar gambar hiasan sahaja : Nak lempang buat macam ini Abg. Khalid oii..!!!

Pergeseran di antara portal mesra pembangkang, MalaysiaKini dan PAS Selangor semakin menjadi-jadi!

Hari ini, Ketua Penerangan PAS Selangor pula cuba coverline kenyataan boss mereka, Hassan Ali! Kenyataan tambahan perlu dibuat kerana Setiausaha PAS Selangor sebelum ini mungkin tidak menyakinkan langsung!

Habis satu Pakatan Rakyat melenting. Agak-agaknya orang yang paling tension sekarang ialah Khalid Ibrahim sendiri! Sudahlah beliau beria-ia tak setuju, tengok-tengok rakan politik beliau sendiri yang menyokong SUK baru, Khusrin Munawi! Tak ke marah MB Selangor ni mungkin sampai tahap nak pelempang saja si Hassan Ali!

Sila rujuk di antara kenyataan MalaysiaKini :-

Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.

Hasan berkata, beliau sebelum ini pernah menghadapi masalah ketika bekerjasama dengan Mohammed Khusrin yang ketika itu menjadi pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).

Exco hal ehwal agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya.( bacaan seterusnya..di sini. )

Siapa la di dalam kepimpinan Pakatan Rakyat yang tidak melenting dan melompat si katak lompat apabila membaca laporan berita tersebut! Lagi-lagi ditulis oleh portal yang mesra mereka. Tergagap la mereka buat seketika!

Dan sehingga artikel ini ditulis, MalaysiaKini masih berdiam diri dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai isu ini di dalam portal tersebut. Begitu juga dengan blog-blog pro-pembangkang yang seolah-olah tidak mahu campurtangan di dalam isu ini kerana ibarat peribahasa ditelan mati emak diluah mati bapa !

Seperti yang penulis katakan kredibiliti MalaysiaKini telah dicabar oleh puak politik sendiri! Selama ini web portal berita itu menyebelahi dan memenangi parti PAS tetapi hari ini portal tersebut seperti 'ditikam dari belakang' dan dimalukan!

Persoalannya,

Apakah MalaysiaKini mahu mengaku dan melutut begitu sahaja hingga boleh menjatuhkan maruah portal tersebut atau MalaysiaKini akan mempertahankan nilai laporan berita mereka?

Jika mereka benar-benar ada maruah dan berada di pihak yang benar, MalaysiaKini tidak akan melutut kepada permintaan PAS. Seperkara lagi yang belum didengar ialah ada juak-juak parti pembangkang yang menuduh MalaysiaKini dah jadi talibarut UMNO pula! Atau agen APCO!

Kita tunggu reaksi MalaysiaKini!

Oleh : Minda Intelek Melayu ( MIM )

Juragan Malawati..

Khamis, 13 Januari 2011

Isu SUK : 'Sidang DUN Selangor tidak boleh pakai'!

Sebarang keputusan yang dicapai melalui sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 24 Januari ini tidak boleh diterima pakai memandangkan ia perlu mendapat majoriti dua pertiga Dewan.

Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Teknologi Mara (UiTM), Datuk Irmohizam Ibrahim ( gambar ) berkata, tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jelas menunjukkan adanya percanggahan undang-undang di peringkat negeri dan persekutuan.

Katanya, tidak ada tujuan lain dapat digambarkan daripada tindakan terburu-buru tersebut melainkan hanya bermotifkan politik sehingga menimbulkan curiga di kalangan rakyat.

"Apakah motif sebenar mereka? Adakah benar-benar memastikan konsep raja berperlembagaan dilaksanakan atau mengubah sistem pentadbiran kerajaan kepada sistem kerajaan monarki?

"Rakyat boleh menilai sendiri sikap derhaka mereka terhadap titah perkenan tuanku apabila mereka menyalahi perlembagaan persekutuan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Pensyarah Kolej Undang-Undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia (UUM), Mohamad Faisol Keling berkata, walaupun sudah jelas sebarang sidang DUN tidak boleh diadakan tanpa perkenan sultan, namun mereka tetap mahu 'menghalalkan' apa sahaja cara bagi mencapai matlamat.

Katanya, tindakan tersebut merupakan satu cubaan meminda perlembagaan mengikut cita rasa mereka sendiri sekali gus boleh meruntuhkan negara.

"Sekiranya sidang itu diteruskan, ia bakal memberi implikasi yang lebih besar iaitu membuka ruang kepada pertikaian terhadap Perlembagaan Persekutuan.

"Disebabkan faktor politik keperibadian menguasai segala-galanya, mereka tetap mahu mencipta modul perlembagaan mereka sendiri walaupun perlembagaan sedia ada terbukti tidak mengabaikan semua kaum negara ini," katanya.

Menurut Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian, tindakan tersebut hanya merupakan satu provokasi bagi mengalih perhatian rakyat.

"Saya lihat mereka cuba mengalih perhatian rakyat terhadap prestasi tidak baik mereka termasuk kemelut dalaman parti itu.

"Mereka juga mahu mendapat sokongan yang sudah terhakis walaupun tindakan itu boleh mengeruhkan hubungan antara pihak istana, kerajaan negeri dan persekutuan," katanya.

Sidang tergempar DUN tersebut dicadangkan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi membolehkan pindaan terhadap Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.

Ia ekoran kemelut pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang baru berkuat kuasa 1 Januari lalu tidak dipersetujui oleh kerajaan negeri.

Pelantikan itu didakwa membelakangkan kerajaan negeri dalam membuat pemilihan calon yang layak meskipun pelantikan Mohammed Khusrin mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Juragan Malawati..