UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 30 Mei 2010

Noh Omar Nak Berdebat Lagi : Siapa Bakal Senasib Dengan Ronnie Liu?

Blog DS Noh Omar panas apabila beliau mencabar Adun Sekincan Eng Swee Lee berdebat secara terbuka dihadapan petani berkenaan isu benih padi di Sekincan.Nampaknya akan ada lagi kaki lahap harta rakyat Selangor akan menjadi nasib seperti si komunis Ronnie Liu yang digodam tanpa melawan di Pasir Penambang tempohari.Nasib Ronnie Liu nampaknya tidak menjadi pengajaran kepada Adun Sekincan ini dan beliau mahu mencuba nasib membela maruah Ronnie Liu.Dalam pada masa yang sama, DAP ingin menjadi hero rakyat tanpa menyelidik apakah kesan daripada isu yang mereka bawa.

Berikut adalah petikan kata-kata akhir DS Noh Omar kepada DAP..

Wahhh..waaahhh..wahhh!!! Sesedap mulut jer buat fitnah.. Wahai Swee Lim! DAP penipu besar! Pemfitnah paling hebat! Kalau tidak faham pasal padi.. pasal urusan federal.. Jangan nak tunjuk pandai! Kalau berdemostrasi pun tak dapat sambutan, yang datang cuma 30 orang sahaja tidak seperti yang digembar-gemburkan 300 orang.. Janganlah buat fitnah untuk raih sokongan!

"Wahai DAP! Berhentilah tabur fitnah kepada rakyat! Kalau betul-betul anak jantan, SAYA CABAR ANDA - Swee Lim, untuk berdebat secara terbuka di hadapan para petani. Tentukan tarikh, tempat dan masa. Sila ulang balik semua dakwaan anda di laman web di hadapan petani semua dan sila bertanggungjawab dengan statement yang telah dibuat!"


Mungkin ada yang tertanya-tanya apa isu sebenarnya.Aku berjaya mendapat maklumat sebenar apakah yang cuba dibuat oleh Adun DAP ini.Berikut adalah antara isu kandungan memorandum yang telah dikeluarkan oleh DAP Sekincan.Terlebih dahulu mari kita lihat letter head memorandum tersebut.Tertulis PUSAT KHIDMAT MASYUARAKAT DUN SEKINCAN..secara jelas menampakkan kebodohan orang-orang yang bertugas di pejabat tersebut.

Ejaan MASYARAKAT pun tak di eja dengan betul..belum lagi bila kita baca ayat permulaan yang memaklumkan bahawa mereka daripada PUSAT KHIMAT MASYUARAT DUN SEKINCAN...apa punya bodoh Cina DAP..ini yang dikatakan Bodoh Tak Boleh Di Ajar.Aku tak pasti Typical Chinese mana yang diambil bekerja.Layak ke dioarg nie nak bekerja dengan YB sedangkan buat surat pun tak betul...perkara kecil seperti ini jelas menampakkan kebodohan mereka apatah lagi kalau mereka diberi peluang memerintah..lagi banyak kebodohan mereka akan terserlah..tetapi ingat!!! jangan salahkan pemimpin Melayu sekiranya semua surat rasmi kerajaan diwajibkan ditulis didalam bahasa Cina..

Ini antara isu kandungan memorandum tahap sampah daripada DAP..Sama-sama kita tunggu jawapan daripada DS Noh.Sumber terdekat aku memaklumkan bahawa DAP tidak berani untuk berdebat dengan memberi bermacam2 alasan.Aku yakin DS Noh akan menjawap segala tuduhan ini dengan jelas dalam membongkar siapa DAP.Apa kata kita ramai2 pegi tengok Cina DAP nie jadi mangsa seperti Ronnie Liu...JOMMMM!!!!!









Sumber : Beruangsakti
http://www.kitagempur.com

Juragan Malawati..

Jumaat, 28 Mei 2010

Selangor Bangkit : Apa sudah jadi dengan pakej ransangan ekonomi Selangor!

Pada tahun lalu kerajaan negeri telah memperkenalkan pakej rangsangan ekonomi Selangor sebanyak RM 50 Billion. Nampaknya hanya janji dan omong-omong kosong sahaja kerana sehingga hari ini pelaksanaannya belum nampak lagi. Konsep pakej ransangan ekonomi ialah satu peruntukan segera dengan jangka pelaksanaan dua tiga tahun untuk membantu kepesatan pertumbuhan ekonomi negeri jangka pendek bukan memakan masa panjang 10 – 15 tahun.

Semasa melancarkan Karnival Sungai Klang pada 23 Mac 2009, YAB. Menteri Besar telah mengumumkan Projek Pemulihan Sungai Klang yang menelan belanja sebanyak RM 50 Bilion yang akan disiapkan dalam tempoh 15 tahun. Kalau apa yang dilaporkan oleh Akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 adalah benar, matlamat pakej ekonomi RM 50 Billion tidak akan mencapai matlamat dan sasarannya.

Seperti yang dilaporkan, RM 2 Billion telah diperuntukkan iaitu untuk membersihkan Sungai Klang sebanyak RM 1 Billion dan untuk pembangunan sebanyak RM 1 Billion dalam tempoh pelaksanaan selama 2-3 tahun. Tiga syarikat telah dipilih daripada 37 syarikat yang telah membuat tawaran dan sebuah syarikat DPZ Asia dipilih, ‘was approved’ dengan izin, oleh Menteri Besar.

Dalam konteks Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor sebanyak RM 50 billion ini, Menteri Besar sepatutnya memberi jawapan dan penjelasan kepada ( 7 ) soalan berikut kerana rakyat negeri Selangor perlu tahu?

(1) Daripada sumber mana RM 50 Billion didapati.

(2) Bagaimana RM 50B dibelanjakan dan sila beri butir-butir terperinci termasuk jadual pelaksanaan projek.

(3) Selain daripada projek-projek besar infrastruktur, berapa banyakkah diperuntukkan untuk projek-projek kecil dan sederhana yang boleh memberi manfaat kepada syarikat kecil dan sederhana di negeri Selangor.

(4) Sejauh manakah pakej ini dapat membantu pertumbuhan ekonomi negeri Selangor bagi tahun 2009, 2010 dan 2011.

(5) Jika apa yang dilaporkan dalam akhbar The Straits Times pada 15 Mac 2010 betul mengenai empat ( 4 ) syarikat yang akan menjalankan projek pemuliharaan Sungai Klang, mengapa syarikat DPZ Asia dipilih sendiri oleh YAB. Menteri Besar dan tidak melalui proses tender terbuka.

(6) Salah satu daripada tiga syarikat yang Berjaya ialah Wessex Water I-Bhd Consortium. Adakah I-Berhad syarikat yang sama dengan pembangunan I-City Shah Alam.

(7) Adakah kerajaan negeri bersetuju dengan cadangan Presiden, Transparency International Malaysia (TI-M)supaya kerajaan negeri menandatangani ‘Integrity Pacts’ dengan izin, atau ‘perjanjian integriti’ dengan empat syarikat yang telah dipilih untuk mengendalikan projek pemuliharaan Sungai Klang bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa, korupsi dan untuk meminimumkan kos – mempastikan integriti, ketelusan dan pertanggungjawaban.

Suara Politik
Taminsari

Ahad, 23 Mei 2010

Anwar Langgar Amanat Ulamak!!!

Berikut merupakan petikan wawancara di antara Suria Janib, wartawan majalah Tamadun, dengan Ustaz Ahmad Awang pada November 1998. Ustaz Ahmad Awang ketika itu adalah Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM)

TAMADUN : Sejak bila Anwar menyertai ABIM dan menjadi presiden ABIM?

Sebetulnya saya tidak pernah menjadi ahli ABIM, jadi tidak berapa ingat. Seingat saya, dia menjadi Presiden ABIM sejak penubuhan awal ABIM sebab apabila ABIM ditubuhkan, dialah yang menjadi presidennya pada awal 1970-an. Dialah presiden yang pertama sehingga dia masuk Umno.

Saya memang mengikuti perkembangan ABIM dan saya telah dipelawa untuk menyertai ABIM tetapi saya menolak kerana tidak berapa ingin terlibat.
Saya mula rapat dengan Anwar selepas dia keluar dari tahanan ISA. Kebetulan saya membuat program di Pusat Islam bersama ABIM dan saya menjadi pengarahnya. Banyak program yang dianjurkan bersama dengan ABIM, antaranya Latihan Belia Islam Asia Pasifik.

Pada ketika itu ABIM dianggap musuh kerajaan. PAS ketika itu dianggap komponen dalam kerajaan.

Saya di Pusat Islam banyak memberi kemudahan dan peruntukan kepada ABIM dalam menganjurkan sebarang program. Hubungan kami semakin rapat dan apabila pimpinan WAMY datang seperti Ahmad Totonji dan Prof Khursid Ahmad diperkenal kepada saya oleh Anwar. Begitu juga almarhum Prof Ismail R Faruqi yang dijemput ABIM diperkenalkan kepada saya.

Hubungan saya semakin rapat apabila suatu hari Anwar ingin mendirikan rumah tangga dan saya adalah perantara meminang calon pilihan Anwar. Saya tak tahu bagaimana hubungan mereka terjalin. Anwar memang banyak calon tetapi Dr Wan Azizah menjadi pilihannya. Tak tahulah mungkin takruf mereka bermula sejak Anwar menjadi aktivis pelajar dahulu.

Ayah Wan Azizah, Dr Wan Ismail adalah orang kerajaan dan bekerja di tempat yang paling sensitif dengan gerakan-gerakan yang menentang kerajaan. Jadi, senangkah nak meminang? Entah macam mana, sahabat-sahabat menolak saya.

Katanya, "Ustazlah jadi ketua rombongan hendak meminang Wan Azizah sebab ustaz kenal dengan ayahnya." Kenal tu tidaklah, tetapi boleh kata kenal juga dengan Dr Wan Ismail dan saya biasa memanggilnya Pak Wan.

Diringkaskan cerita, saya pun membawa rombongan meminang ke rumahnya di Jalan Ma'ruf. Sebulan kemudian, dapatlah jawapannya. Jawapannya negatif. Bermakna tak usahlah disambungkan lagi. Akhirnya, keluarga Anwar cuba mendesak saya dan bernikahlah mereka.

Juragan Malawati

Isnin, 17 Mei 2010

Tahniah PAS : Sanggup jadi ‘ balaci ‘ untuk tegakkan ISLAM bersama DAP!















PRK Sibu kali ini menjadi bukti apabila PAS sendiri telah mem"balaci"kan dirinya kepada DAP. Dengan sedikit dana dan tiket kapal terbang, PAS telah menerbangkan beberapa peraih undinya untuk "beraksi" di Sibu. Antaranya Khalid Samad, Dr.Mariah, Mat Sabu dan lain-lain lagi. Dilihat mereka galak berkempen untuk DAP dan itulah sebenarnya agenda mereka. Maka tidak hairanlah apabila kita dapat melihat bendera " bulan " berselang-seli dengan bendera " roket " dari hari penamaan calon sehinggalah hari pembuangan undi. Hati penyokong PAS, hanya Allah swt sahaja yang tahu! Terpaksa menyokong DAP walaupun jiwa mereka sebenarnya memberontak!

Adakah dunia sudah terbalik bagi PAS! Atau adakah perkara yang dilakukan oleh PAS ini boleh dikatakan perkara pelik tapi benar! Apakah mungkin PAS menyokong 100% kehendak DAP yang melaungkan konsep " Malaysian Malaysia "? Apakah mungkin PAS sudah berfikir beratus-ratus kali untuk mengorbankan laungan mereka selama ini untuk mendaulatkan Islam di Malaysia? " Mimpi " menubuhkan negara Islam yang PAS laungkan dahulu telah pun dilaksanakan oleh UMNO dengan mendahului PAS mengisytiharkan Malaysia sebagai negara Islam. Nampaknya, UMNO telah berjaya melangkah " over Karpal Singh's (DAP) body " dalam hal ini.















Adakah PAS sudah terdesak sangat untuk menunjukkan kesetiaan mereka pada DAP sehingga sanggup ‘ melacurkan ‘ ugama! Apakah PAS terpaksa " menyokong 100% " seteru politik utama mereka pada suatu ketika dahulu. Walaupun kini mereka bergelar " rakan sepakatan ", ternyata dasar antara PAS dan DAP sangat berbeza dan bercanggah antara satu sama lain. Bezanya bagaikan " air dengan minyak ". Itu hakikatnya, walaupun dinafikan oleh kedua-dua pucuk pimpinan masing-masing tetapi semua orang sudah tahu akan cerita yang sebenarnya.

Kita lihat pakatan antara PAS dan DAP hanya sekadar mempunyai satu persamaan iaitu untuk " menjatuhkan kerajaan BN ", khususnya UMNO. Tiada " tujuan " lain dalam " ikatan PAS dan DAP ". Semua ini amat jelas dan rakyat sangat maklum tentang perkara ini.

Fakta itulah yang amat dikesali oleh penyokong-penyokong PAS di seluruh Malaysia. Kerana " satu matlamat " itulah maka PAS bersedia " menghalalkan apa jua cara " dalam percaturan politik mereka. Hatta jika terpaksa bersaudara dengan " DAP " pun mereka sanggup " telan ", demi kuasa politik yang " belum pasti milik mereka ". Jika disoal mengenai perkara ini, maka tidak segan silu pemimpin mereka menjawab " inilah yang dikatakan siasah Islam "! Islam bagaimana jika perjuangan itu merugikan umat Islam sendiri? Islam bagaimana jika perjuangan itu men"jumud"kan pemikiran umat Islam itu sendiri? Islam apa yang cuba PAS perjelaskan jika terpaksa menjadi " kuda " kepada kafir harbi iaitu DAP?

Semasa berkempen Timbalan Mursidul Am PAS, Dato’ Haron Din telah melarang keras parti politik khasnya DAP dari menggunakan kalimah ALLAH untuk tujuan politik, tetapi Tok Guru Nik Aziz pula menghalalkan DAP menggunakannya! Malah Tok Guru Nik Aziz menyanggah pula pandangan Dato’ Haron Din kononnya itu merupakan pendapat peribadi dia, tapi saya ( Nik Aziz) benarkan. Politik menghalalkan cara! Ugama di pergunakan untuk kepentingan politik! MasyaAllah..

Kalau dilihat ceramah DAP penuh dengan ugutan berbau perkauman. Dalam siri ceramah DAP segala jenis hasutan telah mereka keluarkan malah ada seorang penceramah mereka dengan bangganya mengatakan, negara ini dari zaman nenek moyang kita (cina) lebih dulu telah berada di Malaysia. Malaysia bukan milik melayu!. Nampak tak bertapa teruknya DAP memainkan sentimen perkauman, segala fakta dan sejarah tentang kedatangan kaum Cina telah mereka buang ke longkang, hasutan dan fitnah sahaja yang mereka angkat dan jual sebagai fakta dan penceramah cuba meniup sentimen perkauman dikalangan pengunjung yang datang supaya membenci kaum melayu. Adakah penyokong-penyokong PAS bertakbir ketika itu bagi menyahut seruan DAP itu! Apakah penyokong-penyokong PAS terlalu dunggu untuk menerima apa sahaja yang dikatakan oleh DAP tanpa dapat mempersolakannya walaupun kepala mereka sendiri sudah dipijak-pijak oleh DAP!

Pas sanggup menghabiskan duit infaq yang berikan oleh penyokongnya untuk kegunaan DAP, tak cukup dengan itu mereka sanggup meminta lagi sedekah dari penyokong mereka di semenanjung supaya meninfaqkan duit mereka untuk membantu DAP menang dalam pilihanraya di Sibu. Duit infaq yang di berikan oleh penyokong mereka di gunakan untuk membantu DAP dan bukan di gunakan untuk perjuangan islam. Kita kena ingat, bukan semua ahli PAS yang bersetuju dengan kerjasama PAS dan DAP itu, apa agaknya perasaan mereka bila mereka dapat tahu yang PAS menghabiskan duit sumbangan mereka untuk membantu kafir harbi DAP?

Kita lihat pula apa yang berlaku di negeri Perak sebelum ini. Lihat saja bekas kerajaan Pakatan Rakyat Perak apabila PAS menjadi MB dan diperkudakan oleh DAP? Bagaimana Nizar boleh menderhaka kepada DYMM Sultan Perak dan menjadi " boneka " kepada Ngeh dan Nga? Lihat saja bagaimana Nizar hilang rasa hormatnya pada Ketua Agama Islam di Perak dan tidak hairanlah jika dia menghina mufti Perak yang ternyata lebih berilmu agama dari dirinya.

Berbeza dengan BN yang sejak dahulu menghormati perkongsian kuasa di antara parti komponen, BN tetap konsisten dengan peranannya. Selain mematikan hujah Pakatan Rakyat ( masih lagi Pakatan Haram? ), BN bertindak mengupas isu yang cuba dimanipulasi oleh pihak PR dalam setiap kali pilihanraya.

BN menyedarkan semua rakyat betapa Pakatan Rakyat itu suka berbohong dan menabur fitnah jahat. Tiada niat sekelumit pun dari Pakatan Rakyat untuk membela nasib rakyat, malah perjuangan sebenar mereka hanyalah tidak lebih untuk menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri dan menipu rakyat dengan janji-janji yang bakal dimungkiri. Begitulah resam " sesumpah ". Hakikatnya PAS menjadi " balaci " lagi kali ini. PKR menjadi " tukang sorak " manakala DAP menjadi " raja ".

Suara Politik
Taminsari
http://belantan.blogspot.com/

Sabtu, 15 Mei 2010

Cemas Tengah Malam : Kerajaan Kedah Dalam Bahaya!

APA boleh buat mungkin sudah takdir Allah s.a.w. untuk menguji sejauh mana kekuatan kerajaan Pakatan Rakyat? Selepas kerajaan Perak dirampas Januari tahun lepas kini kerajaan Pakatan Rakyat Kedah pula sedang dilambung gelombang. Kedudukan kerajaan Pakatan Rakyat yang diungguli Pas kini benar-benar dalam bahaya.

Apakah kerajaan Kedah juga akan menerima nasib sama dengan kerajaan Perak? Walaupun Mukhriz Mahathir hari ini memberi jaminan BN akan merampas Kedah secara terhormat tetapi kata-kata itu tidak boleh dipercayai.

Gerakan untuk menjatuhkan atau merampas Kedah sebelum sampai edahnya (genap penggal parlimen ke-12) sudah berjalan sejak lama dulu. Malahan ia hampir serentak dengan usaha untuk menjatuhkan Perak dan Selangor.

Hari ini bahaya yang bakal menimpa kerajaan pimpinan Azizan Abdul Razak itu tidak dapat disembunyikan lagi. Makin ditutup nampaknya ia makin membekah dan meluas. Cerita-cerita yang kedengaran di kedai kopi kini sudah menjadi separuh rasmi. Cerita kerajaan Pakatan Kedah akan dirampas atau DUN akan dibubarkan sudah menghantui pemikiran rakyat Kedah.

Semuanya berpunca daripada khabar tindakan dua orang anggota Exconya yang dikatakan sudah berubah haluan akan menyertai UBN bila-bila masa saja. Dua anggota Exco itu ialah Adun Bukit Selambau, S Manikumar dan Adun Kulim, Ling Soo Nee.

Tidak dapat dipastikan kenapa mereka dikatakan sedia untuk berpaling tadah. Apakah mereka sudah kena beli ataupun ada sesuatu yang menyinggungkan perasaan mereka sehinggakan sedia meninggalkan jemaah kerajaan negeri yang bakal memberi kesan buruk kepada kerajaan Pakatan Kedah. Apapaun perkhabaran ini memeningkan kepala Azizan Razak dan juga penasihat umum PKR, Anwar Ibrahim.

Sudah pasti kalau berita ini benar, kedua anggota Exco itu bertindak meninggalkan Pakatan Rakyat dan menyeberang kepada BN, kedudukan kerajaan Kedah mungkin akan bertukar tangan. Dengan penyeberangan itu menjadikan BN 16 kerusi, dicampur dengan Adun Lunas Md Radzi Salleh yang telah awal mengumumkan meninggalkan PKR menjadikan BN mempunyai 18 kerusi.

Kedudukan itu menjadikan kerusi Pakatan Rakyat akan tinggal 18 kerusi di mana 16 Pas satu PKR dan satu DAP. Jumlah itu walaupun Pakatan Rakyat masih boleh bertahan tetapi ia sangat lemah.

Azizah Razak sebelum ini sudah membayangkan kesediaannya untuk membubarkan DUN Kedah jika berlaku sesutau ke atas kerajaannya. Tanggal 22 Mei depan katanya satu ceramah besar bakal diadakan Pakatan Rakyat di mana pada himpunan itu semua wakil rakyat termasuk dua Exco berkenaan akan akan diminta melapazkan ikrar.

Apa yang boleh difahami sekiranya ada wakil rakyat Pakatan yang enggan melapazkan ikrar, Azizan tidak ada pilihan lain melainkan terpaksa membuarkan Dewan Undangan Negeri Kedah.

Dalam pada itu sekejap tadi saya telah menerima panggilan dari ahli politik veteran dari Kedah yang turut menyatakan kebimbangannya terhadap kestabilan kerajaan Pakatan Kedah. Beliau melahirkan rasa cemas dengan apa yang berlaku di negeri Jelapang Padi itu. Katanya perkembangan setakat malam ini, Azizan tidak ada pilihan lain melainkan perlu membubarkan DUN Kedah kerana menurut yang beliau difahami kesemua ahli PKR Kedah akan menyertai BN?

Sejauh manakah maklumat ini? Tunggulah perkembangan esok!
Sumber - MSO

Juragan Malawati..

Jumaat, 14 Mei 2010

Hindraf cuba cari publisiti murahan : Kejadian AMUK di Kuala Selangor terkena peluru sesat!

Ekoran kejadian AMUK di Kampung Kuantan, Kuala Selangor baru-baru ini, Hindraf mengambil kesempatan untuk memburukkan imej polis dengan menyerahkan memorandum di Ibu Pejabat Polis Kuala Selangor pagi tadi. Mereka menuntut supaya pegawai polis yang terlibat didalam kejadian tersebut di pecat!

Empat orang anggota polis terlibat semasa kejadian tembak orang gila yang mengamuk dengan menggunakan sebilah pisau rambo di Kampung Kuantan, Kuala Selangor baru-baru ini. Kejadian yang berlaku pada malam ahad 9-5-2010 itu telah menyebabkan seorang Ustaz ditikam ketika cuba hendak menangkap orang gila tersebut. Pihak polis yang datang ketempat kejadian sudah pun memberi amaran awal, tetapi mereka pula diserang. Pihak polis tiada pilihan lain lalu terpaksa melepaskan tembakan setelah amaran tidak diendahkan, tetapi tidak mengenai orang gila yang mengamuk itu. Malah dikatakan seorang pemuda India yang berada berdekatan dengan tempat kejadian terkena peluru sesat!

Orang kampung berterima kasih kepada pihak polis kerana telah menyelamatkan nyawa mereka. Ustaz yang tercedera ketika cuba menangkap orang gila itu telah mendapat 6 jahitan akibat dari tikaman.

Akan tetapi kejadian ini mendapat bantahan dari HINDRAF dan pada hari ini jam 11.30 pagi mereka telah berpiket dan menghantar memorandum kepada pihak polis Kuala Selangor meminta supaya keempat-empat orang pegawai polis yang terlibat dikenakan tindakan pecat! Mereka dikatakan tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut kerana seorang pemuda keturunan India telah tercedera akibat terkena peluru sesat.

Dari sumber-sumber yang diperolehi ketika polis sampai ketempat kejadian, pihak polis bergegas cuba menyelamatkan Ustaz yang telah tercedera ditikam oleh orang gila tersebut dan polis telah memberi arahan supaya orang ramai menjauhi dari tempat kejadian. Akan tetapi seorang pemuda India kelihatan masih berdegil untuk beredar dari tempat kejadian di kawasan tersebut. Dan ketika orang gila mengamuk itu cuba untuk menyerang polis pula, polis terpaksa melepaskan tembakan tetapi tidak mengenai orang gila yang mengamuk itu. Malah dikatakan pemuda India yang berdegil untuk beredar dari tempat kejadian terkena peluru sesat!

Kelihatan pihak HINDRAF mengambil kesempatan cuba memainkan isu ini dengan menuduh pihak polis menembak seorang yang berketurunan India walaupun mereka tahu ada orang gila yang mengamuk dengan bersenjatakan pisau rambo telah mencederakan seorang Ustaz sehingga terpaksa menerima 6 jahitan dalam usaha beliau menyelamatkan nyawa penduduk kampung!

Polis sudah memberi arahan supaya semua yang ada ditempat kejadian supaya beredar, tetapi disebabkan kedegilan seorang pemuda India beredar dari situ membuatkan beliau telah terkena peluru sesat. HINDRAF cuba mencari publisiti murahan dengan memainkan isu keturunan India ditindas oleh pihak polis!

Juragan Malawati..

Rabu, 12 Mei 2010

Anwar Disyorkan Jual Talam!

Siapa tak kenal dengan Anwar Ibrahim? Bukan saja "gah" di Malaysia, nama ini gah seantero dunia. Pernah menjadi orang nombor 2 di Malaysia. Pernah "kantoi" masuk penjara. Pernah berserban, menjadi imam dan membaca khutbah. Pernah dilayan bagai "raja" oleh negara "uncle sam". Macam-macam dia "pernah". Yang pastinya, bicara Anwar Ibrahim pasti menarik ramai orang untuk mendengarnya. Pidatonya begitu mempesona, lunak didengar bagai halwa telinga mendengar penglipur lara berceritera!

Namun itu semua adalah "past tense". Kini sudah ramai yang sudah "celik mata". Kata-kata Anwar tidak lagi ber"bisa". Kini dialah yang digelar "talam dua muka" di Malaysia dan "sesumpah" di Amerika! Tak kira di dalam Malaysia mahupun di luar negara, dialah juara "belit lidah bercabang"...

Terbaru, sebuah blog terkemuka Amerika "The New Ledger" telah melondehkan lagi tembelang Anwar diluar negara. Artikel blog pro negara "uncle sam" ini telah menyokong kenyataan bahawa sememangnya "Anwar adalah sesumpah".

The New Ledger telah mendedahkan betapa Anwar sebelum ini yang di dalam "pelarian" ke US telah mewujudkan hubungan baik dengan tokoh-tokoh "American Jews" (Yahudi Amerika) seperti Paul Wolfowitz dan Al Gore. Anwar benar-benar "manis mulut" ketika itu. Mungkin sejak dari lahirnya, Anwar sememangnya suka "menanam tebu dibibir"nya. Hubungan Anwar dan rakan sekutu Yahudinya amat baik. Malah Anwar pernah "redha" dengan perjanjian "berat sebelah" Israel-Palestine yang dianjurkan oleh US. Walaupun perjanjian damai itu ternyata merugikan Palestine dan dibantah oleh banyak negara Islam Teluk, namun Anwar dengan "selamba rock"nya menandatangani menyokong perjanjian "damai" tersebut.

Begitulah akrabnya Anwar dan Yahudi. Tapi itu adalah ketika Anwar di luar negara. Bila Anwar kembali ke Malaysia. Sikap Anwar berubah menjadi sebaliknya. Mungkin Anwar tahu bahawa budaya rakyat Malaysia yang tidak suka pada Israel (Yahudi). Maka Anwar terpaksalah bertukar "wajah" seakan-akan anti-yahudi dan Amerika. Maka "terasa hati"lah geng-geng Yahudi Anwar di sana. Dan ketidak puasan hati mereka terhadap Anwar itu diterjemahkan oleh The New Ledger baru-baru ini. Jika dulu Amerika "menyerang" Malaysia pada kes Liwat I, namun pada kes Liwat II ini, "tengok muka" pun dah tak mahu dahhhh...

Baru Amerika dan Yahudi tahu Anwar adalah "talam dua muka"?

Kita kembali mengimbas sejarah Anwar. Ketika Anwar aktif bersama ABIM dahulu, dia dijangka untuk menyertai PAS. Malah Anwar merupakan anak angkat kepada Allahyarham Yusof Rawa, seorang tokoh PAS yang terkenal. Namun, Anwar masuk UMNO atas undangan Tun M. Tindakan itu telah sedikit sebanyak menyedihkan rakan-rakan ABIM dan PAS. Namun, Anwar bijak. Dia "pujuk" rakan-rakannya dengan mengatakan bahawa kemasukannya ke dalam UMNO adalah untuk "memutih"kan UMNO. Maka terpedayalah rakan-rakan ABIM dan PASnya ketika itu. Pada UMNO pula, Anwar menyatakan bahawa dia memasuki UMNO adalah kerana percaya pada perjuangan UMNO yang memartabatkan Islam, Melayu dan Malaysia. Mungkin ketika itu Tun M dan seluruh warga UMNO "percaya" padanya.

Jelas sekali betapa Anwar memainkan peranan "talam dua muka"nya pada awal pembabitannya sebagai ahli politik. ABIM, PAS dan UMNO, habis "dikencing"nya. Depan kata lain, belakang kata lain. "Memutihkan UMNO"? Loya tekak mendengarnya. Padahal, dialah "Abu Jahal" besar dalam UMNO yang memperkenalkan "politik wang" di dalam UMNO. Anwar dan "pink form" tidak dapat dipisahkan ketika dia menjawat jawatan penting ketika dia bersama UMNO. PAS pula dihenyak habis-habisan oleh Anwar. Terkedu lidah Allahyarham Ustaz Fadhil Noor dan Allahyarham Yusof Rawa. Tapi apakan daya, "nasi dah menjadi bubur"...

Pada seawal itulah ramai penggiat politik di Malaysia mengenali Anwar sebagai "talam dua muka" atau dalam bahasa "American Jews" lebih dikenali sebagai "sesumpah"! Amerika baru nak tahu? Kami dah tahu lama dah. Dah "terkena" dah pun!

Pada "permainan politik" alaf baru ini juga, Anwar masih aktif berperanan sebagai "talam yang bermuka dua". Bila pergi ke depan orang Melayu, maka dialah "paling Melayu" dan habis di"silat"nya bangsa lain. Di depan orang Cina pula, dialah "Fong Sai Yuk" Malaysia yang berjuang demi bangsa Cina di Malaysia dan habis di"kungfu"nya bangsa lain, terutamanya Melayu. Dan apabila tiba di depan bangsa India pula, dialah "hero tamil" paling hebat di Malaysia yang memperjuangkan bangsa India di Malaysia dan habis di"silambam"nya bangsa lain, terutamanya bangsa Melayu dan Cina. Tak habis di situ saja, bila ke Sabah dan Sarawak, Anwar meneruskan "tarian talam bermuka-muka"nya itu di depan kaum Iban, Kadazan, Bidayuh, Bajau, Melanau dan sebagainya. Memang "talam" betullah Anwar Ibrahim!

Dan kini, dia juga dipercayai cuba menjadi "talam dua muka" juga di dalam mahkamah. Depan hakim cakap lain, depan Karpal cakap lain, depan Kak Zizah cakap lain, depan Shamsidar cakap lain, depan Azmin cakap lain, depan Sukma cakap lain, depan Saiful cakap lain, depan orang ramai cakap lain, depan wartawan cakap lain. Serba serbinya lain! Siapa nak percaya pada "talam dua muka" Malaysia ini lagi?

Itulah sedikit sebanyak perihal "talam dua muka" di Malaysia. Saya cadangkan supaya Anwar bersara sahaja dari medan politik. Anwar lebih cocok untuk memulakan business "talam". Sama ada "talam loyang" mahupun "tepung talam", kedua-duanya memang sesuai. Sila pohon sebuah kedai di Pekan Rabu, pasti laku!

- dukeofmontecristo -

Juragan Malawati..

Isnin, 10 Mei 2010

Selamat Menyambut Ulangtahun Penubuhan UMNO Yang Ke 64 Tahun.
























UMNO berusia 64 tahun hari ini. Selama usia itulah, iaitu sejak penubuhannya pada 1946, parti tertua negara ini berusaha untuk menjadi payung dan tempat bergantung kepada bangsa Melayu.

Namun, sama seperti sebuah kehidupan lainnya yang tidak pernah sunyi daripada pelbagai cabaran, UMNO juga tidak berbeza. Di sebalik sekian banyak catatan kejayaan yang dilakar parti ini, Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) pada Mac 2008 lalu bagaimanapun tercatat sebagai sisi hitam yang bakal dikenang sepanjang zaman.

Sebelum pilihan raya itu, parti ini dilihat terlalu selesa dan begitu berkeyakinan tinggi. Pelbagai masalah dalaman parti terutamanya politik wang dan kroni berlaku tanpa dapat diselindungkan kepada rakyat. Tanpa disedari, gerakan rakyat yang memberontak terhadap sistem elit di dalam UMNO menular begitu pantas.

Natijahnya, BN kehilangan sokongan rakyat dan orang Melayu juga mula menjauhi UMNO. Apa yang berlaku selepas pilihan raya itu juga adalah sesuatu yang terlalu pahit untuk dilalui bukan sahaja oleh UMNO malah orang Melayu keseluruhannya.

Penolakan orang Melayu terhadap parti yang memperjuangkan entiti Melayu dan agama Islam ini, diambil peluang oleh pihak-pihak tertentu untuk menyerang entiti Melayu. Hak-hak keistimewaan orang Melayu yang dijamin oleh Perlembagaan seperti bahasa, biasiswa dan banyak lagi serta kesetiaan kepada Raja Melayu, diperlekehkan oleh pihak-pihak tertentu.

Untuk tempoh yang agak panjang, pertikaian hak-hak dan keistimewaan orang Melayu itu didendangkan. Tanpa boleh dinafikan, UMNO perlu berasa bertanggungjawab terhadap peristiwa ini kerana ia boleh disifatkan sebagai kegagalan dalam teras perjuangan mereka.

Begitu pun, UMNO tidak memerlukan masa yang panjang untuk menyedari kepincangan yang menjauhkan sokongan orang Melayu terhadap parti itu. Perhimpunan Agung UMNO Ke-58 yang berlangsung pada Oktober 2009 misalnya, adalah bukti bahawa UMNO boleh berubah untuk terus menaungi orang Melayu.

Perhimpunan agung pertama dengan Presiden baru iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak meniupkan semboyan transformasi yang sangat jelas. Ia menyaksikan beberapa usul Pindaan Perlembagaan UMNO dibentangkan selepas kali terakhir dibuat pada 2000.

Antara yang dipinda ialah proses pemilihan pemimpin tertinggi di dalam parti membabitkan lebih ramai pengundi. Ini sekali gus membuka lantai demokrasi yang lebih luas di dalam UMNO dan paling utama, menghapuskan gejala politik wang.

Pindaan yang tidak kurang pentingnya juga ialah penghapusan kuota bertujuan menjadikan UMNO lebih terbuka. Ini mempermudahkan mana-mana calon yang dilihat berkaliber menawarkan diri untuk berkhidmat kepada parti.

Selain transformasi dalaman, UMNO turut mengambil langkah drastik mendekatkan diri dengan rakyat kebanyakan. Program Juara Rakyat yang antara lain menjadi medan kepada pemimpin UMNO dan BN bertemu secara langsung dengan rakyat mendapat maklum balas positif.

Program itu sebenarnya mengambil semangat turun padang seperti yang dianjurkan oleh Najib yang kerap bertemu pelbagai golongan masyarakat sejak menjadi Perdana Menteri. Pendekatan Najib itu menjadi senjata utama kepada UMNO untuk mendapatkan semula keyakinan rakyat.

Meskipun perlu menunggu pilihan raya kecil kesepuluh, iaitu di Parlimen Hulu Selangor baru-baru ini untuk menang dalam erti kata yang sebenar, namun ia adalah penantian dan strategi yang berbaloi. Pilihan raya kecil itu memberi signifikan yang sangat besar kepada usaha transformasi yang dilakukan oleh UMNO dan ia boleh diibaratkan sebagai hadiah ulang tahun yang paling bermakna.

Namun tiada kegembiraan yang paling mengharukan bersempena ulang tahun UMNO yang ke-64 kali ini melainkan melihat parti ini terus kekal bertahan untuk orang Melayu di sebalik pelbagai dugaan yang dihadapi. Perasaan itu misalnya, dikongsi oleh veteran UMNO, Tan Sri Zaleha Ismail yang sangat berbangga dengan semangat juang UMNO dalam membangunkan bangsa, agama dan negara.

Kejayaan UMNO untuk kekal bertahan sehingga ke hari ini katanya, adalah kerana kejayaan pemimpin-pemimpinnya yang bersilih ganti meneruskan perjuangan hakiki pejuang-pejuang UMNO terdahulu.

''Saya sangat berkeyakinan dengan kepimpinan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak serta seluruh barisan kepimpinan UMNO hari ini. Saya juga berharap, seluruh rakyat Malaysia menyedari perjuangan UMNO serta parti komponen BN lainnya dan bersama-sama dengan perjuangan ini," katanya.

Tidak mahu terlalu larut dengan episod kekecewaan pada PRU12, Zaleha berkata, pasang surut serta turun naik sokongan rakyat terhadap UMNO sepanjang 64 tahun usia penubuhannya bukanlah sesuatu yang menghairankan. Ia adalah proses kematangan bagi membolehkan UMNO menilai kehendak rakyat dan berubah mengikut peredaran semasa.

''Sementelah, trend sokongan yang menurun itu juga tidak hanya berlaku terhadap UMNO, malah parti-parti komponen BN yang lainnya serta pembangkang ketika ini berdepan dengan situasi serupa. Apa yang lebih utama ialah bagaimana untuk UMNO bangkit semula dan membuktikan parti ini masih relevan untuk bersama-sama mencapai 1Malaysia," katanya.

Sudah semestinya, bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat itu tidak berseorangan dalam menyimpan harapannya. Ia sudah semestinya turut dikongsi bersama oleh kira-kira 3.2 juta orang ahli UMNO yang akan meraikan ulang tahun penubuhan parti itu hari ini.

Apa yang pasti, ia bukanlah angan-angan yang kosong sekiranya seluruh ahli UMNO mengambil semula semangat perjuangan pemimpin terdahulu yang menjadikan agama, bangsa dan negara sebagai teras perjuangan.

Dengan teras perjuangan itu, orang Melayu keseluruhannya tidak akan berbelah bahagi menyatakan sokongan kepada parti keramat buat mereka ini.- UM

Juragan Malawati..

Ahad, 9 Mei 2010

P212 Sibu - PAS Murtad : PAS leaders promote church seminar to canvass vote in Sibu!

Pas leaders, MP for Shah Alam, Khalid Abdul Samad, MP for Kota Raja Dr. Siti Mariah Mahmud, Saravanan Taileran and Aiman Athiran Al Jundi were at the Sibu Sacred Heart church this morning inviting peoplle to attend a church seminar at Paramount hotel tomorrow.

Also joining them later were Teresa Kok, MP for Seputeh and Irene Cheng, Wong Ho Leng’s wife.

Khalid told reporters that Pas is not what was pictured by the Barisan Nasional through the media.


He said Pas is a party that allowed freedom of religion.

He said from what he learned, Pas and DAP were fighting a common stand, that is to ensure that there is freedom of religion in this country.

He said both parties were also concerned about the corruption in the country and wanted to eradicate that besides fighting for justice and helping the poorer group. http://sarawakupdate.com/news/.

Komen : Ingatkan Khalid Samad dan juga Dr Mariah dari parti Pas datang ke Sibu untuk membantu Pakatan Rakyat berkempen. Rupa-rupanya mereka berdua ini datang ke Sibu hanya semata-mata untuk dijadikan alat DAP bagi menyebarkan kefahaman agama Kristian disini. Patutlah dari awal lagi Khalid dan juga Dr Mariah ini cuma asyik kehulu kehilir di kawasan berdekatan gereja besar di bandar Sibu sahaja.

Hari ini, Khalid Samad, Dr Mariah, Teresa Kok dan juga wakil kelab penyokong Pas Selangor, Saravanan Taileran berada di Gereja Sacred Heart Sibu bagi tujuan mempromosi satu Seminar oleh pihak Gereja yang bakal diadakan di Paramount Hotel besoknya. Nampaknya, pengalaman Khalid yang pernah berceramah didalam sebuah gereja di Shah Alam ini dijadikan inisiatif oleh DAP untuk membantu menarik masyarakat Sibu kepada agama Kristian.

Dikhabarkan juga bahawa Khalid dan juga Dr Mariah menjadi alat DAP untuk berkempen dan menerangkan tentang kebebasan beragama yang diamalkan oleh Pas. Khalid Samad juga tanpa segan silu menyatakan kepada wakil HarakahDaily bahawa Pas dan DAP kini bersama-sama diatas satu pentas bagi memastikan kebebasan beragama diamalkan sepenuhnya didalam negara ini. Apakah sudah lenyapkah ideologi negara Islam yang selama ini Pas perjuangkan? Bukankah DAP itu menentang kewujudan negara Islam?

Yang paling menghairankan, pemimpin Pas seperti Khalid Samad dan juga Dr Mariah pula kini yang beria-ia mempromosi dan cuba menjuarai agama lain sedangkan DAP tak pula mahu mendekati Islam dan mentauhidkan Allah swt. Tidak lain dan tidak bukan tiada motif lain selain dari politik keterlaluan yang sedang dilakukan oleh Khalid dan juga Dr Mariah ini. Mereka sanggup merelakan diri mereka dipergunakan sebagai alat berkempen oleh pihak DAP dan gereja hanya semata-mata kerana kepentingan politik.

Sebagai seorang Islam terasa malu apabila melihat pemimpin melayu/Islam seperti dua orang pemimpin Pas ini tanpa malu menyebarkan risalah seminar agama lain dan beria-ia meyakinkan orang ramai untuk menghadiri seminar tersebut. Pas kini bukan lagi sebuah parti yang mempertahankan Islam. Pas kini semakin memburukkan imej Islam itu dan tindak tanduk kebanyakan pemimpin Pas kini lebih menjurus kepada menghancurkan semangat Islam itu sendiri. PAS bakal jadi MURTAD!

Juragan Malawati

Syed Azidi hairan sikap Husam!

Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hairan dengan sikap Exco Kanan Kelantan, Datuk Husam Musa yang mengambil masa terlalu lama menjawab dakwaan bahawa beliau memberi wang RM40,000 kepada Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang sebelum ini dilaporkan menjalankan operasi gerak saraf.

Beliau berkata, pengakuan Husam itu juga amat bertentangan dengan kenyataan yang dibuat oleh kepimpinan Pas Pusat dan negeri mengenai kewujudan firma terbabit sebelum ini.

''Saya hairan kenapa Husam mengambil masa terlalu lama untuk menjawab selepas Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali dan Setiausaha Pas Kelantan, Zaki Ibrahim menafikan bahawa pemimpin parti itu terlibat dalam GMC sejak dua tiga minggu lalu.

''Bagi saya operasi gerak saraf tidak salah tetapi apa yang dipertikaikan di sini dari mana wang RM4 juta itu datang, kalau dari luar negeri atau sumbangan pihak tertentu kena buktikan kepada ahli Pas dan rakyat," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan Husam ketika berceramah di Taman Guru di sini baru-baru ini bahawa beliau telah membayar lebih dari RM40,000 kepada GMC untuk poster Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dihasilkan oleh GMC.

Sebelum ini, Syed Azidi menamakan lima individu yang menjadi penyumbang wang RM4 juta kepada GMC.

Mereka ialah Exco kanan kerajaan Kelantan, Ahli Majlis Perbandaran Kota Bharu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan, pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan dan pengarang sebuah akhbar propembangkang.

Sebelum itu, dalam blognya, Kickdefella, penulis itu mendedahkan menerima peruntukan RM4 juta daripada pihak tertentu untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus bertahan di Kelantan pada Pilihan Raya Umum Ke-12.

Syed Azidi yang bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) berkata, pengakuan Husam bahawa beliau memberikan wang lebih dari RM40,000 sememangnya benar.

''Betul dia beri lebih daripada itu tetapi wang yang saya terima secara terus daripada tangan Husam sendiri RM40,000 manakala selebihnya diberikan oleh individu-individu tertentu atas arahan Husam.

''Ayat yang beliau gunakan supaya individu ini memberi wang adalah 'beri dekat pak sheikh (Syed Azidi), dia nak buat kerja," katanya. Tambahnya, Husam atau kepimpinan Pas seharusnya menjawab dengan jelas dari mana wang tersebut datang dan bukan hanya menyebut secara umum.

''Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad pernah mendedahkan kesemua senarai penerima tender selepas didesak, jadi kenapa Pas tidak boleh berbuat begitu dedahkan kesemuanya termasuk penerima kawasan balak bagi menjelaskan keadaan sebenar," katanya.

Sementara itu : Pas elak musang berbulu ayam

Pas Kelantan dan kerajaan negeri diminta supaya berhati-hati dalam memilih kakitangan awam serta pekerja parti bagi mengelakkan kes infiltration (penyusupan) seperti musang berbulu ayam yang akan membocorkan rahsia kepada pihak lawan.

Timbalan Pesuruhjaya III Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, parti itu sudah beberapa kali berpengalaman diserapi orang dari luar yang kononnya mahu membantu tetapi rupa-rupanya menjadi sebahagian daripada perancangan ‘musuh’ politik mereka.

Beliau berkata, orang yang akan bekerja untuk parti itu tidak semestinya mempunyai keahlian Pas tetapi latar belakangnya haruslah diselidik secara terperinci. Mohd. Amar bagaimanapun menafikan kenyataannya itu merujuk kepada penulis blog Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang kini dilihat banyak mengecam Pas dan kerajaan negeri.

“Saya tidak nak kata dia (Syed Azidi) itu infiltrator, tetapi pengalaman kita dalam politik itu kita telah bertemu pelbagai peristiwa, di mana telah berlaku dalam parti infiltration dalam bentuk yang pelbagai.

“Kita memberi peringatan sebab kita ada pengalaman, bila dekat dengan pilihan raya, dan kita ada sambutan, maka orang itu dan ini datang tawar untuk tolong Pas, sedangkan dia bertujuan lemahkan parti secara tak langsung,” katanya.

Beliau berkata demikian pemberita selepas merasmikan Muktamar Tahunan kali ke 37 Dewan Muslimat Pas Negeri Kelantan (DMPNK) di Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (Putik) di sini hari ini.

Sejak penghujung tahun lepas kerajaan dan Pas negeri ini menghadapi pelbagai isu terutama membabitkan siri pendedahan yang dibuat oleh Syed Azidi dalam blognya, Kickdefella.

Penulis blog tersebut merupakan bekas Pegawai Perhubungan Awam Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) yang dipecat pada penghujung tahun lepas. Mohd. Amar yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah berkata, pengalaman tersebut perlu dijadikan pengajaran supaya ia tidak berulang lagi di masa akan datang.

“Infiltration adalah perisikan yang berkesan, dalam dunia korporat pun orang guna infiltration untuk cari kelemahan saingan, atau melemahkan saingan korporat, jadi tak mustahil dalam Pas ini pun kita berdepan dengan suasana yang sama,” katanya.

Katanya, Pas atau kerajaan negeri perlu melihat beberapa ciri tertentu terutama memiliki sikap amanah sebelum mengambil seseorang untuk bekerja.

“Secara umumnya pertama mestilah kelayakan sesuai dengan jawatan dipohon, kedua personaliti, untuk kerajaan sendiri pun ada tapisan keselamatan, saya sendiri dulu pernah nak jadi pegawai kerajaan, ada tapisan keselamatan, ada soal siasat, semak latar belakang keluarga.

“Ini disebabkan kita mahu pastikan supaya kita tak jadi masalah dalam pentadbiran. Saya sendiri pernah lalui benda tu. ‘‘Jadi sepatutnya dalam organisasi kita boleh mengguna pakai benda yang sama, maksud saya bukannya orang Pas sahaja perlu diambil bekerja kerana ianya terbuka kepada semua dan memenuhi ciri yang ditetapkan,” katanya.

Juragan Malawati..

Rabu, 5 Mei 2010

PAS Punah! : Sandiwara terbaru Pas?

MASIHKAH kita ingat pada penghujung tahun lalu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meminta orang ramai mendoakan kemusnahan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tindakan itu dikaitkan dengan isu pembayaran royalti minyak kepada kerajaan negeri tersebut. Tetapi selepas doa berkenaan dilafazkan, sama ada secara kebetulan atau tidak, satu demi satu peristiwa melanda pentadbiran Nik Abdul Aziz.

Bermula dengan isu tajaan menunaikan haji sehinggalah pelantikan menantunya, Ariffahmi Abdul Rahman sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK), semuanya membabitkan kekalutan di negeri Cik Siti Wan Kembang berkenaan.

Terbaru, Kerajaan Negeri Kelantan yang sering melaung-laungkan konsep kepimpinan berteraskan Islam dan begitu bangga dengan slogan 'Kepimpinan Bersama Ulama' berhadapan dengan satu lagi 'krisis'.

Ia lanjutan daripada pendedahan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella yang menyatakan sebanyak RM4 juta diperuntukkan untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Jika dalam beberapa kes sebelum ini, kerajaan negeri termasuklah beberapa pemimpin Pas Kelantan begitu cepat menafikan atau mengambil tindakan mahkamah ke atas orang yang membuat dakwaan tetapi dalam kes terbaru ini, mereka lebih gemar untuk mendiamkan diri.

Keadaan itu mewujudkan persepsi bahawa apa yang didakwa oleh Syed Azidi adalah satu kebenaran. Walaupun ada Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang cuba menafikan dakwaan berkenaan secara lembut melalui blognya tetapi ia masih belum meyakinkan. Sebaliknya, Syed Azidi membuat tindakan yang lebih mengancam apabila mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta tersebut.

Adalah sesuatu yang mengejutkan, selain mengaitkan seorang pengarang sebuah akhbar propembangkang, Syed Azidi juga secara berani menyatakan empat lagi pihak yang terlibat ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.

Kalau dakwaan berkenaan benar, maknanya kesemua mereka mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri pimpinan Nik Abdul Aziz, oleh itu sewajarnya mereka memberi jawapan balas demi membersihkan nama kerajaan negeri.

Tetapi malangnya, kerajaan Pas Kelantan setakat ini tidak mahu berbuat demikian. Mereka mungkin ingin mendoakan melalui tindakan mendiamkan diri itu, ia akan membolehkan isu yang dibangkitkan oleh Syed Azidi, diam begitu sahaja.

Jika itulah sikap yang ingin diamalkan adalah jelas Kerajaan Negeri Kelantan tidaklah sebaik mana. Malahan menampakkan demi politik, Pas Kelantan sanggup melakukan apa sahaja termasuklah dengan mewujudkan operasi gerak saraf bagi melemahkan kepimpinan negara.

Kerajaan negeri pimpinan Nik Abdul Aziz sepatutnya berjiwa besar dengan memastikan segala dakwaan yang dilakukan oleh Syed Azidi disiasat dan bukannya menganggap ia sekadar satu pendedahan sahaja.

Penglibatan individu daripada kepimpinan Pas negeri dalam satu operasi yang boleh dianggap 'memualkan' itu bukanlah satu perkara kecil. Ia sebaliknya menyeret sama imej kerajaan negeri.

Oleh itu mahu tidak mahu, kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan dan bukannya menganggap Syed Azidi mempunyai motif politik. Janganlah pula ada di kalangan pemimpin Pas membuat tuduhan dangkal untuk mengaitkan pendedahan itu dengan permainan politik oleh UMNO.

Dalam kes ini, jelas sekali, UMNO tidak ada 'apa-apa saham', sebaliknya pendedahan itu berpunca daripada keceluparan pemimpin Pas sendiri yang mempertikaikan sumbangan Syed Azidi kepada parti tersebut.

Kita boleh menganggap sebarang kenyataan oleh mana-mana pemimpin Pas yang mendakwa UMNO terlibat dalam apa juga segi dalam isu ini sebagai kenyataan orang yang sudah tertekan. Walaupun kebenaran semakin nyata tetapi masih ada di antara mereka masih mahu berusaha mengalihkan isu.

Lebih aneh lagi, secara tiba-tiba dasar Pas seolah-olah berubah apabila isu melibatkan kerajaan negeri dijawab oleh Pas Pusat. Ini berikutan tindakan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali yang mengadakan sidang akhbar menyatakan bahawa Pas tidak tahu menahu mengenai peruntukan RM4 juta itu.

Memanglah Pas Pusat tidak tahu, sebab itu urusan kerajaan negeri, bukankah selama ini Pas begitu menghormati kuasa pesuruhjaya Pas negeri sehingga ada satu ketika usaha menubuhkan kerajaan perpaduan di Perak gagal kerana ia ditolak oleh pesuruhjaya Pas negeri.

Kenapa pula secara tiba-tiba dalam isu berkaitan pentadbiran kerajaan negeri, Pas Pusat hendak campur tangan? Apa justifikasinya? Adakah Pas Pusat semakin resah kerana kerajaan Kelantan tidak mampu menjawab dakwaan Syed Azidi?

Untuk rekod, penulis tidak pernah mengenali Syed Azidi secara peribadi tetapi beliau adalah penulis blog yang bertanggungjawab 'menghentam' penulis habis-habisan tidak berapa dahulu apabila penulis mengkritik seorang Exco Kerajaan Negeri Kelantan yang bertanding dalam pemilihan parti.

Apa yang ingin penulis nyatakan di sini ialah, Syed Azidi membuat pendedahan berkenaan dengan rela hati dan mempunyai hubungan yang cukup rapat dengan kepimpinan kerajaan negeri. Malahan beliau pernah memegang jawatan dalam PMBK dan dibawa balik ke Kelantan oleh exco yang beliau pertahankan itu.

Oleh itu, kebenaran pendedahan yang Syed Azidi lakukan tidak boleh dipertikaikan kecualilah kerajaan negeri mempunyai hujah bagi mematahkan dakwaan berkenaan. Kita harus ingat, Kelantan bukanlah sebuah negeri yang maju, ia masih ketinggalan dalam banyak bidang. Berikutan itu, jumlah RM4 juta yang dilaburkan semata-mata untuk kepentingan politik, boleh dianggap satu pembaziran.

Selama ini Pas begitu bangga menuduh UMNO dan Barisan Nasional (BN) dengan pelbagai dakwaan, malahan penulis yakin kalaulah operasi gerak saraf ini dikaitkan dengan UMNO, sudah pastilah Pas tidak akan duduk diam.

Mereka akan membuat ribuan laporan polis dan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan akan terpekik terlolong di pentas-pentas ceramah melemparkan pelbagai tuduhan. Namun apabila ada dakwaan yang melibatkan mereka, mulalah Pas bersandiwara seolah-olah apa sahaja keburukan yang dikaitkan dengan mereka adalah fitnah dan seolah-olah juga merekalah parti baik di alam fana ini.

Itulah Pas sekarang, hari demi hari, pendirian parti tersebut semakin bercelaru. Justeru tidak hairanlah, jika Pas kini begitu mudah di perkotak-katikkan oleh sekutu mereka, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP. Ia kerana kedua-dua parti berkenaan sedar bahawa pendirian Pas boleh berubah bila-bila masa demi mencari kuasa politik!- SBUM

Juragan Malawati..

Ahad, 2 Mei 2010

Tergamak Pas memburuk-burukkan pemimpin sesama Islam!

Pendedahan penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz yang mendakwa diarah oleh pemimpin Pas untuk mewujudkan persepsi buruk ke atas pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan suatu yang dianggap menggemparkan dan mengejutkan.

Tambahan pula beliau yang juga dikenali sebagai Kickdefella mengaku dibayar RM4 juta bagi tempoh tiga tahun untuk membiayai pelbagai aktiviti dan menggerakkan operasi gerak saraf, adalah suatu bayaran yang cukup besar nilainya.

Maka tertanya-tanyalah orang ramai, dari kantung mana wang itu dikeluarkan. Apakah sumber untuk membayar penulis blog itu dikorek daripada wang tabung sedekah yang dikutip semasa ceramah-ceramah Pas? Atau ia daripada wang projek balak?

Syed Azidi kelihatan yakin tentang perkara yang didedahkannya. Jika tidak masakan dia berani berdepan risiko saman daripada bekas bosnya yang pernah menyuruhnya hentam orang itu dan ini. Dana RM4 juta untuk operasi gerak saraf pun sudah disalurkan secara tunai kepada sebuah syarikat Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC).

Sungguhpun sedikit sebanyak operasi gerak saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan Abdullah dan Barisan Nasional (BN) sebelum pilihan raya umum 2008 dahulu boleh dianggap berkesan, tetapi kisah duit ini amat mengejutkan para penyokong Pas.

Selama ini bukan sahaja penyokong Pas, malah orang awam berpandangan penulis blog yang menyokong parti itu ikhlas berjuang tanpa minta dibayar, tetapi hakikatnya tidak begitu, sebaliknya dibayar begitu tinggi.

Jadi memang mereka patut marah. Wang sebanyak itu sepatutnya boleh digunakan untuk membela nasib orang miskin di Kelantan tetapi disalurkan untuk membuat fitnah dan memburuk-buruk sesama orang Islam.

Jika dana sebesar itu disalurkan kepada rakyat Kelantan, nescaya pelbagai bentuk kemudahan dan faedah dapat dinikmati oleh rakyat negeri itu. Apatah lagi Kelantan bukanlah negeri yang kaya.

Tetapi, Pas Kelantan melihat dana sedemikian adalah jalan terbaik untuk mengukuhkan cengkaman politiknya daripada digunakan untuk meningkatkan taraf kehidupan rakyatnya sendiri. Hakikatnya, di mana pemimpin Pas hendak letak muka apabila kini terbukti kerana tamakkan kuasa Pas sanggup tabur fitnah dan jual agama.

Sebagai parti yang berjuang menegakkan Islam, perbuatan memburuk-bukkan imej seseorang patut dijauhi. Tidak terfikirkah pemimpin dan penyokong Pas yang mereka telah berdosa kepada seorang pemimpin dan kerajaan Islam negara ini.

Kini tembelang pendekatan dan kaedah Pas (sebelum ini PKR) yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Pusat dan BN didedahkan satu demi satu oleh penulis blog yang pro-Pas sendiri, Kickdefella.

Jika sebelum ini bekas sahabat dan pemimpin Anwar Ibrahim mendedahkan tembelang dan permainan kotor PKR terhadap pemimpin BN, kini Syed Azidi pula ke hadapan untuk mendedahkan pekung Pas hendak menjatuhkan BN.

Apa pun, semua kemelut dan kekalutan dalam pakatan pembangkang sekarang sudah jelas, bukannya berpunca daripada kerja-kerja UMNO tetapi adalah kerana kesedaran mereka yang telah insaf akan mainan politik kepentingan diri beberapa pihak dalam Pas dan PKR.

Juragan Malawati..

Sabtu, 1 Mei 2010

Skandal Provokasi PAS : Syed Azidi dedahkan GMC dimiliki pemimpin Pas!

Nama syarikat, Global Media Channel Sdn. Bhd menjadi sebutan apabila penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mendedahkan mengenai operasi gerak saraf untuk melemahkan kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Malah lidah rasmi Pas, Harakahdaily semalam turut menyiarkan berita mengenai syarikat terbabit apabila mempertikaikan peranan Syed Azidi yang dikatakan menjadi penyebab kegagalan GMC berfungsi. Bagaimanapun berita itu ditarik balik beberapa jam kemudian tetapi protal berita Sabahdaily.com telah memetiknya.

Selain itu beberapa blog propembangkang juga menyebut tentang kewujudan GMC yang menjalankan aktiviti media bagi Pas Kelantan. Peruntukan RM4 juta dikatakan disalurkan kepada syarikat ini.

Berdasarkan profil syarikat itu yang diperoleh daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), terdapat dua individu menjadi pemegang syer utama syarikat berkenaan, Abdul Rahman Yunus dan Mohd. Ridza Zin manakala Abdul Rasol Ali atau Abu dan Bariah Ishak sebagai pengarah.

Syarikat yang ditubuhkan pada Julai 2007 dengan modal berbayar sebanyak RM2 untuk menjalankan aktiviti sebagai penasihat komunikasi, reka bentuk kreatif dan perunding promosi media serta pengiklanan. Bagaimanapun syarikat tersebut tidak pernah menghantar penyata akaun dan laporan mesyuarat tahunan sejak ia ditubuhkan sehingga sekarang.

Sementara itu, Syed Azidi ketika dihubungi berkata, idea penubuhan GMC bermula apabila beliau 'dibawa balik' ke negeri ini selepas melihat potensi sebuah televisyen Internet, kelantan.tv.

"Kemudian idea ini dibawa ke dalam satu mesyuarat di JKR 10 iaitu kediaman rasmi Menteri Besar, pada 10 April 2007 tetapi timbul rasa tidak puas hati di kalangan ahli Pas yang mempertikaikan mengapa seorang ahli UMNO dibawa masuk untuk mengembangkan kelantan.tv.

"Melihat penentangan ini, Datuk Husam Musa (Exco kanan kerajaan Kelantan) membuat keputusan bahawa perlu ditubuhkan sebuah entiti berasingan yang diberi nama Global Network Sdn. Bhd. tetapi ditukar kepada Global Media Channel disebabkan nama tersebut telah didaftarkan.

"Beliau membiayai pembayaran untuk pendaftaran syarikat yang dibuat melalui setiausaha syarikat yang juga anak syarikat Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK)," katanya.

Syed Azidi berkata, pengarah dan pemegang syer pada ketika itu ialah Abdul Rahman yang juga Pengarah Urus Setia Penerangan Negeri Kelantan dan ahli majlis Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) serta Timbalan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian, Mohd. Ridza yang juga Setiausaha Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPK) pada ketika itu.

"Pada masa itu, saya dimaklumkan hanya untuk melapor terus kepada Husam tetapi saya pernah bertanya kenapa perlu tidak lapor kepada pengarah, jawapan yang saya terima untuk apa dan kenapa," katanya.

Juragan Malawati..