UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 31 Julai 2013

Kaligrafi Kalimah Syahadah: Permohonan Maaf Courts Malaysia Ditolak?


Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) tegas menolak permohonan maaf daripada Courts Malaysia ekoran pengedaran risalah promosi terkini Hari Raya Courts yang mengandungi kaligrafi kalimah syahadah yang dicetak secara terbalik.

Setiausahanya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, GAGASAN berpendapat ia terjadi bukan secara tidak disengajakan berdasarkan cara penulisan yang tiada kesilapan, dan dapat dibaca dengan jelas melalui paparan cermin seolah-olah merupakan perancangan yang cukup terancang untuk menghina umat Islam.

"Sehubungan dengan itu, GAGASAN memberi tempoh tiga hari kepada pihak pengurusan Courts Malaysia untuk membuat siasatan dalaman dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggung jawab.

Jika tidak pihak GAGASAN akan bersama-sama seluruh NGO’s Islam dan Melayu akan mendesak kerajaan mengambil tindakan melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak bersama Akta Hasutan termasuk mengadakan kempen memboikot barangan Courts," ujarnya dalam satu kenyataan.

Juragan Malawati..

Perkasakan semangat kepahlawanan

17 buah kereta perisai berantai ACV Adnan tiba ke Felda Sahabat bagi membantu operasi Anggota Tentera memburu pengganas Sulu dalam Ops Daulat, pada Mac lalu.

Sambutan Hari Pahlawan diraikan setiap tahun pada tanggal 31 Julai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sambutan diadakan bergilir-gilir sejak tahun 1968 antara PDRM dan ATM, pada tahun ini PDRM sebagai tuan rumah.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam perutusannya sempena sambutan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya kelmarin meminta masyarakat terus menghayati semangat dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para pahlawan tanah air.

Berikut adalah antara inti pati perutusan Khalid sempena sambutan Hari Pahlawan:

Hari Pahlawan atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai 'Heroes Day' atau 'Warriors Day'.

Negara-negara lain di seluruh dunia turut menyambutnya walaupun berbeza tarikh dan secara tradisinya istiadat kemuncak diadakan di Tugu Negara.

Mulai 2010, sambutannya berubah di Dataran Merdeka sehinggalah pada kali ini dan sambutan Hari Pahlawan sebenarnya sudah bermula.

Pada 26 Julai lalu, khutbah khas Hari Pahlawan diadakan di Masjid Negara dan pada 30 Julai majlis berbuka puasa, bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat di Masjid Negara dihadiri oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan pembesar-pembesar negara serta kepimpinan dan anggota PDRM dan ATM.


Pada 31 Julai, kemuncak acara iaitu istiadat sambutan di Dataran Merdeka dengan kehadiran Yang di-Pertuan Agong, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertahanan, Menteri Dalam Negeri, Panglima Angkatan Tentera, Ketua Polis Negara, pegawai-pegawai kanan polis dan tentera, diplomat-diplomat dan kedutaan serta orang ramai.

Tujuan sambutan ini bagi mengenang jasa para pejuang dan pahlawan negara yang sanggup melakukan pengorbanan tertinggi demi kedaulatan negara tercinta iaitu pengorbanan jiwa dan raga.

Rakyat perlu menghargai pengorbanan para pahlawan kita yang berada di barisan hadapan dalam usaha memerangi pengganas komunis, anasir-anasir subversif serta musuh-musuh negara,

Perjuangan terbaharu pasukan keselamatan PDRM dan ATM adalah semasa Ops Daulat di Lahad Datu baru-baru ini.

Sambutan ini juga untuk memperlihatkan kepada generasi kini dan akan datang bahawa kita sentiasa mengenang dan menghargai jasa para pahlawan yang telah terkorban dan juga menghargai pengorbanan mereka yang tercedera mengalami kecacatan fizikal yang kekal semasa berjuang di medan juang.

Saya menyeru seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira keturunan dan kepercayaan dalam semangat 1Malaysia, bersatu dan bersama-sama memberi penghargaan yang sewajarnya dalam apa jua bentuk sama ada bantuan atau sokongan, kepada pahlawan-pahlawan negara yang masih ada, atau pun kepada balu-balu, keluarga serta waris-waris yang ditinggalkan mereka.

Sebagai mengiktiraf jasa dan pengorbanan pahlawan negara ini, pelbagai penghargaan dan pingat-pingat kebesaran serta keberanian telah dikurnia serta dianugerah kerajaan kepada para pahlawan, seperti pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa (SP) yang merupakan darjah kebesaran tertinggi negara dan pingat keberanian seperti Panglima Gagah Berani (PGB) dan juga pingat Jasa Perkasa Persekutuan (JPP).

Sehingga kini jumlah penerima pingat tersebut adalah seperti berikut: SP (7), PGB (15) manakala JPP (30).

Kerajaan juga sentiasa memberikan sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada ahli keluarga para pahlawan, termasuk anak-anak dan isteri mereka.

Dalam erti kata lain, kebajikan para pahlawan negara dan keluarga mereka sentiasa menjadi keutamaan dan perhatian kerajaan kita tidak pernah melupakan mereka.

Bersempena sambutan Hari Pahlawan tahun ini, saya ingin menyeru kepada semua peringkat lapisan rakyat, agar meningkatkan lagi semangat patriotisme iaitu semangat sanggup berkorban demi negara, perlu dipupuk dan disemarakkan sepanjang masa.


Kepada para pahlawan yang masih ada, tetapi telah hilang upaya, serta sanak-saudara, pahlawan-pahlawan yang telah kehilangan tempat bergantung diharap agar mereka dapat menempuh ujian dan dugaan hidup dengan penuh ketabahan, kesabaran dan keyakinan.

Kita sentiasa berdoa, agar Allah SWT memberikan rahmat dan hidayah serta kesejahteraan kepada mereka.

Bagi para pahlawan yang masih berkhidmat, diharap teruskanlah khidmat bakti yang murni ini. Ingatlah bahawa harapan masyarakat kepada para anggota pasukan keselamatan adalah cukup tinggi.

Sebagai perisai dan pedang negara jalankanlah amanah dan tanggungjawab ini secara yang terbaik sesuai dengan semangat sumpah ikrar yang telah kita lafazkan sebelum ini.

Saya juga mengambil kesempatan ini menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, agar mempertingkatkan lagi semangat kepahlawanan patriotisme, kesetiaan, kecintaan dan sanggup berkorban utk negara.

Marilah kita berdoa ke hadrat Allah SWT semoga negara kita sentiasa dicucuri limpah kurnia dan rahmat-Nya yang berkekalan.

Juragan Malawati..

Selasa, 30 Julai 2013

Isu fitnah 'Kantin Tandas' SK Seri Pristina : 'Orang luar sengaja mahu buat kecoh'?



Dua ugutan yang diterima Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana (SKSP), Mohamad Nasir Mohd Noor dipercayai didalangi orang luar yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan atau mempunyai agenda tertentu.

Ketua Polis Darah Sungai Buloh, Asisten Komisioner Junaidi Bujang, berkata siasatan awal turut menolak kemungkinan ia dilakukan ahli keluarga murid di sekolah berkenaan.

Orang Luar

“Polis sudah membuka kertas siasatan sebaik menerima laporan daripada guru besar sekolah berkenaan semalam (kelmarin). Kes berkenan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


“Bagaimanapun, hasil penelitian pihak polis mendapati, mereka yang melakukan ugutan itu adalah orang luar yang tiada kaitan langsung dengan sekolah berkenaan. Mungkin kerana terlalu emosi tanpa mengetahui kebenaran sebenar.

“Siasatan lanjut giat dilakukan dan polis kini mengesan individu yang bertanggungjawab membuat ugutan jenayah itu,” katanya ketika dihubungi disini semalam.

Buat laporan polis

Akhbar semalam melaporkan, Mohamad Nasir membuat laporan polis selepas menerima dua ugutan dipercayai berkaitan isu penggunaan bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara di sekolah berkenaan.

Mohamad Nasir menerima dua ugutan oleh individu tidak dikenali selain dikecam dengan kata-kata kesat di dalam laman sosial sehingga mengganggu emosi beliau sekeluarga.

Pada masa sama, Ketua Cawangan UMNO Seri Pristana, Rosli Lep turut membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama berikutan berlaku kekecohan di pintu masuk sekolah berkenaan membabitkan 30 individu yang bukan penduduk dari kawasan berkenaan.

Reaksi positif

Junaidi berkata, sejak gambar berkenaan tersiar dalam Facebook, pihaknya menerima 12 laporan polis yang dibuat pelbagai pihak termasuk ibu bapa pelajar terbabit.


Bagaimanapun, katanya, kebanyakan laporan yang dibuat keluarga murid sekolah itu tidak menyalahkan tindakan pihak sekolah terbabit yang menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara, sebaliknya menyokong dan memahami kesulitan yang dialami sekolah itu.

“Semua ibu bapa memberikan reaksi positif, namun yang menimbulkan kekecohan adalah orang luar yang tiada kaitan dengan sekolah berkenaan tanpa mengetahui perkara sebenar,” katanya.

Juragan Malawati..

Sabtu, 27 Julai 2013

Luahan hati kekecewaan Guru Besar Melayu SK Sri Pristina terhadap Umno !!


"Mana perginya pemimpin UMNO, tidak ada seorang yang tampil membela saya," luah Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Pristana, Mohamad Nasir Mohd Noor.

Sedangkan menurut Mohamad Nasir beliau telah bekerja bertungkus-lumus untuk UMNO semasa pilihan raya lalu sehingga beliau tidak dapat memberi perhatian kepada allahyarham isterinya yang ketika itu sakit kanser.

Katanya, setelah berkhidmat sepenuh jiwa untuk UMNO, wakil rakyat di kawasan pun tidak datang mempertahankan beliau yang telah dianiaya dengan tuduhan tidak berasas.

Mohamad Nasir diarahkan bercuti seminggu setelah terkait dengan kontroversi apabila seorang bapa murid bukan Islam di sekolah berkenaan mendakwa mereka ditempatkan di dalam tandas ketika waktu rehat.

Sebuah blog sebelum ini melaporkan murid-murid bukan beragama Islam di sekolah berkenaan telah ditempatkan di dalam tandas sewaktu rehat pada bulan Ramadan.


Menurut Mohamad Nasir, semua laporan polis dibuat adalah terhadap beliau yang dituduh mengambil tindakan yang tidak bertamadun.

Tambah Mohamad Nasir, beliau pada masa ini diarahkan supaya bercuti rehat seminggu dan sebarang tindakan akan diambil selepas itu.

Beliau juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama di Sungai Buloh, setelah merasakan dirinya telah difitnah. Mohamad Nasir Mohd Noor membuat laporan polis di Balai Polis Saujana Utama pada pukul 11 pagi ini.

Laporan polis itu katanya, dibuat kerana kecewa dengan sikap ibu bapa pelajar dan beberapa pihak lain yang menfitnahnya sebagai bertindak secara tidak bertamadun.

"Saya juga menerima panggilan telefon yang mencerca dan termasuk mengugut berikutan fitnah tersebut," katanya.



Mengulas mengenai dakwaan bapa murid berkenaan, Mohamad Nasir berkata, murid-murid ditempatkan di bilik persalinan berkenaan sejak tiga bulan lalu, tanpa mengira kaum atau agama.

Tambah beliau, ini adalah kerana kantin sekolah berkenaan kecil dan tidak mampu memuatkan jumlah murid yang ramai.

Pada sebelah pagi pula ujar beliau, matahari memancar terus ke kawasan kantin dan murid-murid tidak mahu makan di kawasan berkenaan kerana panas dan mereka makan di tepi longkang.

"Saya lihat tempat berkenaan tidak bersih, jadi saya tempatkan mereka di bilik persalinan yang kebetulan tidak digunakan sepenuhnya," katanya.

Bilik persalinan berkenaan, katanya, memang jarang digunakan kerana murid-murid dibenarkan memakai pakaian sukan jika terdapat mata pelajaran jasmani atau aktiviti kokurikulum.

Pada masa yang sama beliau telah meletakkan notis melarang murid-murid membuang air di bilik berkenaan dan paip air di bilik berkenaan telah dikunci.

Bilik berkenaan juga, katanya, mempunyai sinki untuk digunakan bagi mencuci tangan sebelum makan.

Adakah kita bakal mendapat seorang lagi pembangkang! Fikir-fikirkanlah...!!!

Juragan Malawati..

Jumaat, 26 Julai 2013

Penjelasan Guru Besar SK Seri Pristana!


Bilik tersebut adalah bilik persalinan yang sudah diubah suai untuk dijadikan tempat kantin sementara dan bukannya tandas. Bilik itu juga sangat bersih dan bukan sahaja non muslim yang menggunakan bilik tersebut. Murid dan guru muslim juga turut menggunakan bilik persalinan itu untuk majlis jamuan dan sebagainya.

Bilik persalinan itu sebenarnya digunakan sejak Mac lalu berikutan kantin sekolah berkenaan tidak mampu menampung bilangan murid pada waktu rehat. Difahamkan, bilik persalinan itu yang baru dibina tidak pernah digunakan dan ia hanya digunakan sebagai tempat makan sejak awal tahun ini, malah ia digunakan semua murid di sekolah berkenaan tanpa mengira agama dan bangsa. Bilik persalinan itu dihias seperti kantin dan meja dan kerusi yang ditempatkan di dalam bilik berkenaan juga sama seperti yang ada di kantin.

Pada masa yang sama, bilik persalinan itu tidak pernah digunakan untuk membuang air kecil dan sebagainya. Perkara ini tersebar tanpa mendengar penjelasan dari dua pihak dan akhirnya menyebabkan isu sensitiviti berlaku pada bulan Ramadan.



Berita terbaru :

KUALA LUMPUR : Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, hari ini, membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lalu.

Mohd Nasir Mohd Noor, 57, berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.

"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari Badan Bukan Kerajaan (NGO).

"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.

Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.

Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu semalam berkata isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.

Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.

"Sebelum ini, memang tidak ada aduan daripada ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.

Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

Di PETALING JAYA, Pemangku Ketua Polis Selangor, Datuk A. Thaiveegan berkata polis akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pelajaran Negeri Selangor dalam menyelesaikan isu itu.

Beliau berkata walaupun isu itu bukan di bawah bidang kuasa polis, namun ia sedia membantu dalam menyelesaikannya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan surat penghargaan kepada 54 anggota dan pegawai polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Subang atas kejayaan menyelesaikan beberapa kes jenayah di sekitar negeri itu.

Pada majlis sama, Thaiveegan mengagihkan sebanyak 268 sarung siku kepada anggota polis yang bertugas di bahagian Unit Rondaan Bermotosikal (URB) bagi mengelakkan kecederaan ketika bertugas. - BERNAMA

Juragan Malawati..


Khamis, 25 Julai 2013

ISU KANTIN : KESILAPAN KAMALANATHAN TERIKUT PROPAGANDA PIHAK NAK CETUS PERKAUMAN!


Bila menonton di Buletin Utama TV3 baru-baru ini , nada lain telah kedengaran dari mulut Timb Menteri P.Kamalanathan dan isu ini berjaya diselesaikan selepas kantin akan dibuka semula .

Baru dia sebut didalam sidang medianya:

1 - Bilik persalinan ini sudah digunakan pada bulan Mac

2- Pelajar dan Guru berbangsa Melayu pun makan di bilik persalinan ini

3- PIBG juga telah dimaklumkan dan dipersetujui ibubapa

Sebelum ini beliau bukan main lagi marah lagi kepada pihak sekolah dan anda boleh lihat kenyataannya ini .

"Perkara ini tidak harus berlaku. Saya kecewa. Kementerian memandang serius perkara ini dan meminta BPSH membuat siasatan serta-merta dan katakan pada kita mengapa tindakan tidak boleh diambil terhadap pegawai yang membuat keputusan ini (makan di bilik persalinan)," katanya kepada Bernama di pejabatnya di bangunan Parlimen di sini, hari ini.

"Ia hanya bilik persalinan dan bukanlah tandas. Walaupun ia bilik persalinan, itu bukanlah tempat untuk kita makan, no foods allowed," tegasnya sambil berkata beliau difahamkan kantin sekolah itu baru memulakan proses penambahbaikan hari ini.


Kesimpulannya, kepada semua Pak Menteri supaya jangan ulangi kesilapan yang dilakukan P Kamalanathan akibat termasuk perangkap isu perkauman & agama yang dimainkan pihak tertentu termasuk pembangkang .


Isu ini kecil sahaja tetapi bila dimuatkan oleh ibubapa ( Bodoh ) ke laman media sosial facebook dan tidak mengikut saluran sepatutnya ( laporan aduan ke PPD , sekolah ), ia meletop kerana disensasikan oleh pihak yang mahu cetuskan isu perkauman!

Pak Menteri seperti Kamalanathan pulak cepat melompat maklumlah beliau antara Menteri BN yang cukup aktif di twitter & media sosial. Jadi tanpa menyiasat terlebih dahulu dan mendapat info sebelah pihak sahaja terus dibuat kenyataan media yang terang-terang menghentam pihak sekolah seperti pembangkang.



Sewajarnya beliau sebagai Menteri perlu pertahankan sekolah dengan menyatakan siasatan akan dibuat kementerian seperti mana hari di mana beliau sendiri baru turun padang .

Jadi, hati-hati dengan propaganda pihak nak cetuskan perkauman terutama di laman media sosial facebook. Kebenaran hanya dapat diketahui bila siasatan lengkap dan tepat dibuat bukannya meluahkan kemarahan terus setelah mendapat berita.

Juragan Malawati..

Fitnah Makan Dalam Tandas SK Seri Pristana Disorot Media Indonesia?



Gangguan provokasi fitnah ke atas Islam amnya , Ramadhan khususnya oleh provokator agama non-Muslim di Malaysia disorot oleh media Indonesia. Undang-undang sedia ada perlu dimanfaatkan oleh pihak PIBG bagi membawa pelaku fitnah ke muka pengadilan. Biar mereka berfikir enam tujuh kali sebelum melakukan sesuatu yang berbunyi provokasi ke atas agama.

Kabar Siswa Makan di "Toilet" Hebohkan Dunia Maya Malaysia

KUALA LUMPUR, KOMPAS.com — Beredarnya berita sejumlah siswa non-Muslim di sebuah sekolah negeri di Malaysia terpaksa makan di "toilet" memicu perdebatan dan pro-kontra di dunia maya.

Pada saat media massa Malaysia memberitakan kabar heboh ini, sejumlah blog tak mau ketinggalan membahas isu hangat itu.

Sejumlah blog bahkan mencoba mencari tahu duduk perkara sebenarnya dari masalah ini.

Sebuah blog bernama batuvskayu.blogspot.com adalah salah satu media sosial internet yang mencoba mengabarkan sisi lain berita ini.

Dalam edisi Rabu (24/7/2013), blog ini memuat pernyataan pria India yang mengaku telah mengunjungi sekolah Sri Pristina di Selangor yang menjadi bahan pemberitaan.

Tulisan lelaki India yang tak disebutkan namanya itu pada intinya mengatakan tempat yang disebut "toilet" itu ternyata bukan toilet sebenarnya yang biasa digunakan untuk membuang hajat.

Tulisan itu menjelaskan bahwa tempat itu adalah sebuah ruang ganti pakaian yang diubah fungsinya sebagai pengganti kantin yang tengah direnovasi.

Di dalam ruangan itu tak ada satupun toilet dan oleh pihak sekolah disediakan meja dan kursi bagi para siswa yang makan di tempat itu.

Perubahan fungsi ruang ganti menjadi ruang makan ini sudah dilakukan jauh sebelum bulan Ramadhan.

Sementara itu situs www.ohtidak.com menyebut berita soal siswa non-Muslim yang dipaksa makan di "toilet" merupakan berita yang misleading.

Media, lanjut situs ini, sudah memberikan pengertian salah terkait situasi di sekolah tersebut. Sehingga membuat masyarakat memberikan pendapat negatif kepada sekolah tersebut.

Situs ini juga memuat sejumlah foto yang menunjukkan bahwa ruang makan tersebut sejatinya bukannya sebuah toilet.

Kesaksian sejumlah orang juga dimuat situs ini. Semua keterangan saksi yang dimuat menyatakan bahwa ruangan makan itu memang bukan toilet melainkan kamar ganti pakaian.

Sedangkan blogger lain melalui situsnya www.mazidulakmal.com menulis ruang ganti yang berubah fungsi itu tak hanya digunakan siswa non-Muslim sekolah itu.

Para guru yang berbuka puasa pun menggunakan ruangan tersebut, karena ruang kantin masih dalam perbaikan.

Tak lupa situs ini menyertakan sejumlah foto suasana di dalam ruang makan darurat tersebut.

Sumber : Ipoh Malay

Juragan Malawati..

Rabu, 24 Julai 2013

Isu kantin sementara: Tiada kaitan agama, bangsa!

P. Kamalanathan mengadakan sidang akhbar selepas bertemu dengan pihak pentadbir SK Seri Pristana.

Masalah berkaitan lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh dekat sini, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa, kata Timbalan Menteri Pendidikan, P. Kamalanathan.

Kementerian Pelajaran memutuskan bilik persalinan yang dijadikan kantin sementara bagi murid-murid Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana, di sini, ditutup serta merta.

Timbalan Menteri Pelajaran, P. Kamalanathan berkata, bilik persalinan itu didapati tidak sesuai dijadikan kantin sementara dan murid-murid terbabit kini sudah kembali menggunakan kantin yang dibuka semula hari ini.

 Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan bersama Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Irmohizam memberi penerangan mengenai tindakan pihak Sekolah Kebangsaan Seri Pristana yang menggunakan bilik persalinan sebagai kantin sementara ketika melakukan lawatan ke sekolah tersebut di sini hari ini.

"Niat guru besar berkenaan baik iaitu untuk memastikan sebarang kejadian tidak diingini berlaku semasa kantin dalam pengubahsuaian, maka murid-murid berkenaan ditempatkan di bilik persalinan.

"Bagaimanapun bilik berkenaan tidak bersesuaian dan kita memutuskan supaya ia ditutup," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan pengurusan sekolah berkenaan serta melawat bilik persalinan berkenaan.

SK Seri Pristana di Sungai Buloh.

Anggota polis mengawal keselamatan di SK Seri Pristana di Sungai Buloh.

Seorang pemimpin setempat cuba menangkan orang ramai yang berkumpul di depan SK Seri Pristana.

Orang ramai berkumpul di depan pintu pagar SK Pristana dan mendesak untuk melihat kawasan rehat murid bukan Islam yang dikatakan berhampiran tandas.

Sehubungan itu beliau menasihatkan para pentadbir sekolah di seluruh negara supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku di sekolah tersebut dan memastikan ia tidak berulang.

Dalam pada itu, beliau juga memberi sejumlah sumbangan peribadi kepada sekolah berkenaan bagi membolehkan kerja memperbesar kantin dilakukan.

"Kementerian juga mempertimbangkan cadangan sekolah untuk memperbesarkan kantin yang pada masa ini tidak lagi dapat menampung lebih 1,000 murid yang belajar di dalam dua sesi," katanya.

Mengenai isu "makan di dalam bilik persalinan" di SK Seri Pristana, sila juga baca:
www.mazidulakmal.com

Juragan Malawati..

Tahniah.. BN Berjaya Pertahan Kuala Besut!


BESUT: Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Rabu dengan majoriti 2,592 undi.

Calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman memenangi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut dengan majoriti yang lebih meningkat, sekaligus menafikan hasrat Pas untuk mencipta kemenangan 16-16 kerusi DUN Terengganu

Calon BN Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi, manakala calon Pas, Endut @ Azlan Yusof atau lebih dikenali sebagai Che Long memperolehi 5,696 undi.


Dengan itu, BN mengekalkan kemenangan di DUN Kuala Besut dengan majoriti 2,592 undi berbanding dengan kemenangan calon BN, Allahyarham A. Rahman Mokhtar yang mendapat 2,434 undi sebelum ini.

BN juga turut berjaya mengekalkan status quo 17:15 kedudukan kerusi DUN Terengganu.

Juragan Malawati..

Selasa, 23 Julai 2013

Senarai Fitnah Pas, Di PRK Kuala Besut?


Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

1. Presiden Pas, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang ketika berceramah di Kampung Nail, mengatakan parti itu tidak berminat untuk ‘merampas’ jawatan Menteri Besar Terengganu, sekiranya menang kerusi DUN Kuala Besut. Namun menurut Setiausaha Dewan Ulama, Dr Khairuddin Aman Razali, Pas akan meminta jawatan menteri besar diberikan kepada Hadi sekiranya berjaya dengan strategi 16-16.

2. Mengedarkan risalah palsu, kononnya Gabungan NGO Islam-Melayu menyokong cubaan Pas untuk mewujudkan kedudukan kerajaan negeri Terengganu 16-16 kononnya sebagai usaha untuk membentuk semangat Melayu bersatu antara Umno dan Pas.

3. Mengunakan kain rentang palsu untuk menyerang peribadi sekaligus memfitnah calon Barisan Nasional sebagai ‘kaki perempuan’ kerana pantang melihat dahi licin. Tambah menarik mereka turut memfitnah kononnya kain rentang tersebut dibuat oleh Umno.

4. Haji Hadi ketika ceramah mendakwa sebarang bentuk pemberian ketika pilihanraya adalah merupakan kesalahan rasuah dan berdosa. Tetapi di masa yang sama parti tersebut mengadakan program pemberian minyak motor percuma kepada pengundi Kuala Besut yang berumur 21 tahun ke atas.

5. Mendakwa kononnya kerajaan Barisan Nasional bertindak zalim dengan merampas tanah rakyat di Kampung Lay Out sedangkan pada hakikatnya ia adalah merupakan kerakusan yang dilakukan, ketika pemerintahan Pas di Terengganu. Mereka telah mengedarkan borang yang mereka buat sendiri dan mengutip sejumlah wang sebagai upah ukur.

6. Mengunakan Islam bagi mengelirukan orang kampung dengan menjanjikan Syurga kepada mereka yang mengundi parti itu dan menolak Umno dalam PRK DUN Kuala Besut. Kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz itu boleh dianggap sesat kerana seolah-olah dia merupakan pengedar rasmi borang untuk Syurga.

7. Nik Aziz juga mendakwa kononnya Umno hanya membina masjid tetapi tidak bersembahyang. Nampaknya selain memegang jawatan sebagai pengedar rasmi borang untuk Syurga, bekas Menteri Besar Kelantan itu turut menyandang jawatan penulis amalam solat orang Umno.

8. Pas mendakwa kononnya Menteri Besar Terengganu telah memberikan habuan tanah untuk 1 lot rumah kepada semua wakil rakyat Umno. Namun dimasa yang sama Pas gagal menjelaskan kepada rakyat berhubung pemberian tanah seluas 150 ekar kepada wakil rakyat parti itu termasuk isteri mereka pada tahun 1999 hingga 2004 untuk dijadikan ladang limau

9. Parti yang mendakwa sebagai memperjuangkan Islam itu juga didapati berbohong apabila mengatakan ada dikalangan ahli keluarga Tengku Zihan yang ingin berjumpa dengan pimpinan mereka bagi menyatakan hasrat mrnyokong Pas. Sedangkan ketika program perjumpaan “Keluarga Tuan Fatimah Tuan Long” yang dianggarkan sekitar 3,000 orang semua di kalangan mereka menyatakan sokongan dan berikrar untuk terus mengundi BN.

10. Mereka juga turut mengunakan isu kononnya calon BN, bukan merupakan anak tempatan, sedangkan pada hakikatnya Tengku Zihan adalah merupakan anak jati yang dilahirkan dan dibesarkan di Kuala Besut. Malah menurut ibunya, Tengku Zihan dilahirkan dan dibesarkan di Kampung Nail serta sangat rapat dengan masyarakat sekitar.

Juragan Malawati..

#PRK Kuala Besut : Besarnya Kilang Kayu Che Long?


Sebelum ini timbul video kontroversi calon PAS Pilihan Raya Kecil (PRK) N01 Kuala Besut Azlan Yusof yang berkata bahawa dia akan lebih mengutamakan peniagaannya di Kelantan berbanding rakyat di Kuala Besut.

Azlan Yusof atau dipanggil Che Long memiliki beberapa peniagaan dan syarikat berdaftar dan antaranya ialah Azlan bin Yusof (Che Long Stor) yang beralamat di Lot 1874, Batu 5 1/2 Kg. Tunjong, Jalan Kuala Krai.

Syabas Che Long. Kilang kayu anda luar biasa besarnya!

Jika benar Che Long ingin membantu penduduk tempatan, kenapa kilang kayu yang luar biasa besarnya itu tidak dibuka di Kuala Besut?



Umum mengetahui bahawa ketika PRU 13, calon Pas ini telah menumpukan sepenuh perhatiannya untuk membantu kempen Husam Musa di Putrajaya.

Siapakah Husam pada kaca mata Che Long sehingga sanggup meninggalkan kampung halaman di Kuala Besut demi memastikan Husam menang di Putrajaya?

Apa kaitan Che Long, Husam, kilang kayu di Kelantan, Putrajaya dan Kuala Besut? Anda fikir, anda jawab!

Tak nak banyak komen, kita lihat sahaja keadaan kilang tersebut!

Juragan Malawati..

Isnin, 22 Julai 2013

Program Bazar Ramadan iM4U di Seksyen 13, Shah Alam dan pengagihan bubur lambuk oleh Perdana Menteri.

Datuk Irmohizam bersama PM dan Amy Search sedang mengagih-agihkan bubur lambuk 


Sebanyak 2,000 bekas bubur lambuk diagih-agihkan kepada pengunjung bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam oleh Datuk Seri Najib hari ini.




Ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak



Penyanyi rock terkemuka tanah air, Amy Search turut berada di program ini

Kini berada di Bazar Ramadan Seksyen 13 Shah Alam di mana dijangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan hadir untuk mengagihkan bubur lambuk bersama iM4U Outreach Centre.

Juragan Malawati..

Ahad, 21 Julai 2013

Panas Jerebu...!!! 200 penyokong Pas Kuala Besut isytihar sokong Barisan Nasional?

Ahmad Maslan (duduk, tiga dari kanan) bersama sebahagian daripada 200 ahli Jemaah Al-Ehsan Islamiah Malaysia gabungan Kuala Besut-Kelantan yang berjanji memberi sokongan kepada calon Barisan Nasional dalam Pilihan Raya Kecil DUN Kuala Besut, Rabu ini.

Kira-kira 200 penyokong Pas dari sekitar Kuala Besut dekat sini mengisytiharkan sokongan mereka kepada Barisan Nasional (BN).

Mereka merupakan pemimpin serta anggota Jemaah Al-Ehsan Islamiah Malaysia gabungan Kuala Besut-Kelantan yang diketuai Zakaria Salleh, 58.

Kesemua mereka berjanji untuk memberikan sokongan tidak berbelah-bahagi kepada calon BN, Tengku Zaihan Che Ku Ab. Rahman, sekali gus memastikan BN mengekalkan kuasa bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rabu ini.

Sebahagian daripada mereka iaitu kira-kira 50 penyokong pembangkang itu tampil dengan pendirian menyokong BN di Dataran Kuala Besut malam tadi.

Yang hadir sama, Ketua Penerangan UMNO yang juga Pengerusi Biro Publisiti BN, Datuk Ahmad Maslan.

Bercakap kepada pemberita, Ahmad berkata, sebelum mengisytiharkan keluar daripada pembangkang, kumpulan itu melalui ketuanya, Zakaria beberapa kali menghubungi beliau berhubung hasrat mereka memihak kepada BN.

Menurutnya, perubahan pendirian mereka itu amat dihargai dan perkembangan itu tentu sangat penting untuk memberikan kemenangan kepada calon BN pada PRK Kuala Besut nanti.

"Sebelum ini mereka tak kisah dengan politik BN dan UMNO tapi setelah melihat perjuangan tidak ke mana lalu mendorong mereka bersepakat menyokong BN.

"Malah, sebelum ini, mereka terutama Zakaria yakin pakatan pembangkang mampu menawan Putrajaya tapi kini tidak lagi dan mulai berubah untuk menyokong kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak (Perdana Menteri)," katanya.

Ahmad seterusnya percaya sokongan kumpulan terbabit yang beralih kepada BN akan mendorong kemenangan BN dengan kelebihan majoriti lebih besar.

Dalam pada itu, Zakaria berkata, beliau mula beralih kepada BN setelah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan pakatan pembangkang termasuk Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar ibrahim.

Menurutnya, beliau tidak bersetuju dengan tindakan Abdul Hadi melantik Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa sebagai Pengarah Pas bagi PRK Kuala Besut Pas yang disifatkannya sebagai terselit agenda peribadi Presiden Pas itu dan bukan kepentingan parti.

"Ini semua permainan Abdul Hadi melantik Husam sebab dia (Abdul Hadi takutkan Husam dan kami lihat Naib Presiden Pas sekarang bukan beliau yang dulu.

"Saya kenal sangat Husam sebab beliau adalah keluarga terdekat saya dan tinggal dekat rumah di Kelantan," katanya.

Zakaria yang secara rasmi pernah sekejap menyertai Pas pada Mei lalu berkata, beliau menolak Anwar kerana pemimpin PKR itu seorang pendendam dan gila kuasa.

Juragan Malawati..

Husam tarik balik saman fitnah blogger Kickdefella?

Husan dan Kickdefella

Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa menarik balik saman fitnah RM5 juta yang dikemukakan terhadap penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz atau lebih dikenali sebagai Kickdefella dua tahun lalu.

Husam yang tidak hadir pada prosiding hari ini diwakili peguam Ahmad Mustaqim Zaki dari Tetuan Hisham Fauzi & Associates manakala Syed Azidi diwakili Peguam Datuk Jahaberdeen Mohamed Yunoos.

Bagaimana pun Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Seri Mariana Yahya memutuskan dalam kamar agar Husam membayar kos RM40,000 kepada Syed Azidi kerana tindakan tersebut.

Sementara itu, Jahaberdeen yang ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, pihak plaintif tidak memberikan sebarang alasan berhubung keputusan menarik balik saman tersebut.

Katanya, plaintif datang ke mahkamah pada hari ini untuk menarik semula kes tersebut dengan kebebasan untuk memfailkan semula.

"Mereka juga minta tidak ada kos. Jadi saya bantah, saya kata tidak boleh sebab kes telah berjalan sampai tiga saksi dipanggil. Saya kata kalau hendak tarik boleh tapi dengan tidak boleh failkan semula.

"Yang kedua kami minta kos RM40,000 kepada defendan dan mahkamah membenarkan permohonan kami. Mahkamah juga membenarkan permohonan kami agar kes tersebut tidak boleh failkan semula," katanya.

Pada 19 September 2011, Husam memfailkan saman terhadap Syed Azidi dengan tuntutan ganti rugi RM5 juta ekoran penyiaran artikel berunsur fitnah terhadap plaintif.

Artikel tersebut bertajuk 'Husam telah menipu rakyat dan sahabat, Sebelum kita lupa Normala Sudirman' dan Husam itu pembohong yang ketiga-tiganya disiarkan melalui blog defendan, kickdefella.wordpress.com antara Januari hingga Julai tahun lalu.

Pada 9 Oktober tahun yang sama, Kickdefella memohon Mahkamah Tinggi Kota Bharu memindahkan perbicaraan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Bagaimanapun, pada 17 April tahun lalu, Hakim Besar Malaya mengarahkan kes tersebut dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan berikutan Hakim Mahkamah Tinggi Kota Bharu, Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim menarik diri daripada mengendalikan kes berkenaan. - Bernama

Juragan Malawati..

Sabtu, 20 Julai 2013

Segera usir Joseph Marino - NGO Islam!


NGO Islam yang diketuai Jati dan Perkasa menghantar memorandum bantahan kepada Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino berkenaan sokongan beliau terhadap Gereja Katolik mengenai penggunaan kalimah Allah di dalam bible bahasa Melayu.

Pasukan polis turut bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan di hadapan Kedutaan Vatican City

Ketika ini kelihatan beberapa kumpulan berbaju Melayu sudah berada di Lingkungan U Thant menuju ke Kedutaan Vatican City.


Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (depan, dua dari kanan); Presiden Jati, Datuk Dr. Hassan Ali (depan, tengah); Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin (depan, empat dari kiri) dan Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam), U. Thamotharan mengetuai gabungan NGO Islam berbincang dengan pegawai polis sebelum menyerahkan nota bantahan kepada Duta Vatican City.



Nota bantahan ditampal di dinding Kedutaan Vatican City


Gabungan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam menggesa kerajaan supaya menyarankan kepada Vatican City agar dutanya ke Malaysia, Joseph Marino digantikan secepat mungkin kerana menyalahgunakan kedudukan beliau sebagai duta.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang merupakan jurucakap bagi gabungan NGO Islam itu berkata, tindakan ini perlu kerana duta yang baru dilantik itu cuba campur tangan dalam hal ehwal dalaman Malaysia dengan menyatakan sokongan secara terbuka isu gereja Katholik mahu menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible bahasa Melayu.

Malah Ibrahim menegaskan, sepatutnya Marino patut tahu kedudukan beliau sebagai duta adalah memupuk keharmonian antara kedua-dua negara dan bukan memecah-belahkannya dengan mencampuri isu dalaman Malaysia.

"Saya dengan ini mengisytiharkan Joseph (Marino) sebagai duta persona non-grata kepada Malaysia dan dia tidak diingini dan mesti meninggalkan negara ini.

"Kenapa? Disebabkan dia cuba mencampuri hal ehwal dalaman Malaysia... dia sepatutnya tahu dengan lebih baik isu kalimah Allah ini telah dieksploitasi oleh pihak pembangkang dalam negara ini sebagai faedah politik mereka semata-mata yang turut meningkatkan sentimen dalam kalangan penganut agama Kristian di Sabah dan Sarawak serta di seluruh negara," dakwanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersama-sama Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hassan Ali; Naib Presiden Perkasa, Datuk Zulkifli Noordin, Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Amal India Baru Malaysia (Perinnbam), U. Thamotharan dan beberapa NGO Islam lain menyerahkan memorandum bantahan kepada Duta Vatican City di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bersama-sama Hassan dan Zulkifli turut melekatkan memorandum bantahan tersebut sebanyak tiga helai di tembok pagar Kedutaan Vatican City di Jalan U Thant di sini selepas tiada wakil dari kedutaan Vatican City keluar berjumpa dengan mereka. 

Sementara itu, Hassan turut menegaskan antara kandungan memorandum bantahan itu ialah mereka mahukan Vatican City mengeluarkan kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Marino tempoh hari.

"Tak perlulah mereka nak sibuk dengan hal ehwal kita di Malaysia, adalah lebih baik mereka memfokuskan untuk menyelesaikan salah laku seksual dalam kalangan pegawai agama mereka sendiri berbanding menyibuk dengan hal ehwal dalaman negara asing," tegasnya. 

Juragan Malawati..

Jumaat, 19 Julai 2013

Pas perlu utama perjuangan pertahan akidah Islam berbanding jaga rakan sekutu?

HASSAN BASRI, NORMAN TOHA

Pas sepatutnya memberi keutamaan kepada perjuangan mempertahan akidah Islam daripada menjaga hubungan baik dengan sekutu-sekutunya di dalam pakatan pembangkang.

Bekas Ketua Penerangan Pas Selangor, Hassan Basri Mohamad berkata, parti itu perlu menunjukkan ketegasannya dengan membantah kenyataan Duta Vatican City ke Malaysia, Biskop Joseph Marino yang menyokong pendirian gereja Katholik di Malaysia berhubung isu penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian.

Bagaimanapun, menurut beliau, Pas sehingga kini masih belum menyatakan pendirian rasmi tentang kontroversi yang dicetuskan Marino itu.

“Saya melihat Pas dalam keadaan serba salah kerana terdapat perbezaan pendapat antara Majlis Syura Ulama dan Jawatankuasa Pas Pusat dalam isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam di negara ini.

“Pas juga mungkin ingin menjaga hati DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) atas dasar kerjasama pakatan pembangkang lebih-lebih lagi menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, 24 Julai ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hassan mengulas sikap Pas yang terus berdiam diri walaupun kontroversi yang dicetuskan oleh Marino itu telah mengundang kemarahan umat Islam di negara ini.

Majlis Syura Ulama Pas pada 13 Januari lalu memutuskan kalimah Allah adalah khusus untuk agama Islam dan tidak boleh digunakan agama lain, namun Jawatankuasa Pas Pusat belum mengeluarkan pandangan rasmi tentang isu tersebut.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula bersetuju dengan keputusan majlis pimpinan tertinggi pakatan pembangkang pada 8 Januari lalu bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut semua agama dengan syarat tidak disalahgunakan.

Tambah Hassan, Majlis Syura Ulama Pas dan Jawatankuasa Pas Pusat perlu berbincang bagi menentukan pendirian parti terhadap kenyataan Marino.

“Kenyataan Marino itu tidak boleh diambil mudah kerana mungkin bertujuan menggugat usaha umat Islam untuk bersatu sempena Ramadan," ujarnya.

Sementara itu, bekas Setiausaha Pas Selangor, Norman Toha berkata, pucuk pimpinan Pas teragak-agak untuk memberikan pandangan kerana pandangan Marino adalah serupa dengan pendirian rasmi pakatan pembangkang.

“Pas kini dalam keadaan sukar memandangkan majoriti pengundi di DUN Kuala Besut merupakan orang Melayu yang beragama Islam.

“Sekiranya Pas mengeluarkan kenyataan mempertahankan pendirian pakatan pembangkang, peluang parti itu untuk memenangi PRK DUN Kuala Besut adalah tipis," jelasnya.

Bagaimanapun, beliau memberitahu, strategi berdiam diri yang diambil Pas mungkin memakan diri kerana pengundi lebih bijak menilai sama ada parti itu benar-benar ikhlas memperjuangkan Islam atau sekadar mempergunakan agama untuk tujuan politik.

Juragan Malawati..