UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.

Khamis, 30 Disember 2010

Selangor teruskan larangan guna logo 1Malaysia!

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menarik balik larangan penggunaan logo 1Malaysia pada papan tanda dan iklan di negeri ini meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata, larangan pengunaan logo itu akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini sehinggalah kerajaan negeri membuat keputusan mengenai perkara itu pada mesyuarat Exco negeri minggu depan.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini kerajaan negeri hanya menangguhkan sementara pelaksanaan larangan tersebut termasuklah tindakan kompaun serta menurunkan logo 1Malaysia di premis seluruh kawasan pentadbiran di negeri ini.

"Memang ada arahan dibuat tentang larangan pengunaan logo 1Malaysia tetapi masih ada beberapa perkara yang perlu diteliti. Saya akan bawa perkara ini ke mesyuarat Exco kerajaan negeri untuk keputusan selanjutnya"," katanya kepada pemberita selepas merasmikan pameran pihak PBT Selangor di Bandar i-City di sini hari ini.

Ronnie berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada kerajaan negeri akan menarik balik larangan pengunaan logo 1Malaysia di premis kerajaan dan persendirian di negeri itu setelah mendapat bantahan daripada pelbagai pihak.

Kelmarin, kira-kira 50 ahli parti Makkal Sakti mengadakan bantahan di hadapan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) berhubung larangan penggunaan logo 1Malaysia di semua papan iklan, bunting dan kain rentang di Selangor.

Juragan Malawati..

Selasa, 28 Disember 2010

Malunya rakyat Selangor! - MB perlu baca Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor!!!

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disaran membaca buku Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebelum menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Abdul Khalid juga boleh mendapatkan nasihat daripada Pegawai Undang-undang Negeri mengenai perkara itu. Kerajaan BN terdahulu tidak pernah campur atau mempertikaikan pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kerana sedar mengikut perlembagaan negeri perkara tersebut bukan di bawah bidang kuasanya.

Mungkin beliau tidak membaca buku Undang-Undang Tubuh Selangor. Mengikut perlembagaan, kuasa eksekutif untuk melantik Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Undang-Undang dan Pegawai Kewangan negeri adalah di bawah ketua jabatan kerajaan iaitu Ketua Setiausaha Negara dan Pegawai Jabatan Perkhidmatan Awam.

Cuma tambahan kepada jawatan Setiausaha Kerajaan negeri, mereka perlulah beragama Islam dan berketurunan Melayu. Jadi sudah terang pelantikan itu bukan kuasa beliau. Jadi adalah lebih baik supaya Abdul Khalid jangan sibuk dengan perkenan baginda Sultan Selangor?

Abdul Khalid berhasrat untuk menghadap Sultan Sharafuddin esok kerana tidak dimaklumkan mengenai pelantikan Mohammed Khusrin Munawi yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru. Agak pelik kerana Mb Khalid sendiri tidak tahu yang baginda Sultan sedang bercuti sekarang? Nampak sangatlah Khalid ni MB serba tak tahu termasuklah setpol beliau!

Hasrat Abdul Khalid itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh sekretariat akhbarnya semalam. MB Khalid sebenarnya tidak perlu menghadap Sultan Selangor semata-mata beliau tidak dimaklumkan tentang pelantikan Mohammed Khusrin itu.

Langkah Abdul Khalid untuk mempersembahkan tiga nama yang sebelum ini dicadangkan kerajaan negeri kepada baginda juga akan menyebabkan implikasi lain kepada individu yang berkenaan. Beliau perlu memikirkan masa depan tiga pegawai kerajaan negeri terlibat. Jangan jadikan mereka sebagai mangsa politik beliau.

Sementara itu : Hasrat Khalid menghadap tak kesampaian

Hasrat Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah esok berhubung kontroversi pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, mungkin terpaksa ditunda kerana baginda sedang bercuti. Perkara itu disahkan oleh Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani yang memaklumkan, baginda bercuti sehingga 3 Januari ini.

''Jadi sebarang pertemuan dengan baginda hanya akan berlangsung selepas itu," kata beliau ketika dihubungi di sini petang ini.

Menurut, beliau telah menyembahkan kepada Sultan Sharafuddin mengenai permintaan Abdul Khalid itu untuk menghadap baginda.

''Tetapi surat Menteri Besar (untuk menghadap) itu dihantar lambat. Baginda hanya akan kembali bertugas pada 4 Januari ini.

''Jadi mungkin Abdul Khalid boleh menghadap selepas itu," kata beliau.

Tambahnya, surat mempersembahkan nama tiga calon SUK juga hanya diterima selepas tuanku memberi perkenan atas pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi.

Semalam, sekretariat akhbar Menteri Besar mengeluarkan kenyataan bahawa Abdul Khalid akan menghadap Sultan Sharafuddin berhubung pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru, esok.

Menurut kenyataan itu, Abdul Khalid akan menyembahkan kepada baginda yang pelantikan Mohammed Khusrin yang juga Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) itu tidak dimaklumkan kepada beliau.

Kenyataan itu turut memberitahu, oleh kerana perkara itu di luar pengetahuan Abdul Khalid maka pelantikan Mohammed Khusrin bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud dianggap belum muktamad.

Jelas kenyataan itu, sebelum ini kerajaan negeri telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dan telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut yang kemudiannya diserahkan kepada Sultan Sharafuddin bagi mendapat perkenan.

Difahamkan, nama Mohammed Khusrin tiada dalam senarai itu dan antara nama yang disebut sebelum ini untuk menggantikan Ramli ialah Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Md. Noor.

Tak tahulah apa lagi nak cakap pasal MB serba tak tahu ini! Sampai baginda Sultan pergi bercuti pun beliau tidak tahu? Apa sebenarnya peranan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. Adakah MB Khalid tahu akan tanggungjawab beliau yang sebenar? Nasiblah rakyat negeri Selangor yang dapat seorang Menteri Besar yang serba tak tahu macam nih. Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Isnin, 27 Disember 2010

Kerajaan Selangor masih berdolak-dalik dengan perkenan Sultan!

Tidak perlu dapatkan persetujuan Abdul Khalid

Pelantikan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri tidak perlu mendapat persetujuan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata, Sultan Sharafuddin Idris Shah memang telah memberi perkenan atas pelantikan tersebut dan mengikut Perlembagaan negeri, baginda mempunyai kuasa eksekutif untuk tujuan itu.

Beliau berkata, Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga menyatakan, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan beberapa jawatan lain perlu diwujudkan dan pelantikannya akan dibuat oleh suruhanjaya yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

''Kalau Ketua Setiausaha Negara (KSN) mahu melantik individu itu, beliau akan mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu.

''Selepas Tuanku memberi perkenan pelantikan boleh dilakukan dan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak perlu melalui Menteri Besar," kata beliau ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar hari ini yang memaklumkan pelantikan Mohammed Khusrin belum muktamad kerana Abdul Khalid tidak pernah dimaklumkan mengenainya.

Kenyataaan itu dikeluarkan ekoran pengumuman pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri berkuatkuasa 1 Janurai ini oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Bagaimanapun kata Mohamad Munir, beliau telah menulis surat tentang persetujuan Sultan Sharafuddin mengenai pelantikan Mohammed Khusrin dan satu salinan telah dihantar kepada Menteri Besar untuk tujuan pemberitahuan.

''Saya percaya setiausaha sulit beliau telah menerimanya tetapi mungkin Abdul Khalid belum mendapat surat itu kerana beliau sedang bercuti," katanya.

Sementara itu, Mohammed Khusrin ketika dihubungi memberitahu, beliau masih belum mendapat surat rasmi mengenai pelantikannya.

''Saya belum dapat surat rasmi jadi saya tidak mahu komen apa-apa," katanya.

Sebelum itu : Pelantikan Khusrin dikatakan tidak dimaklumkan kepada MB

Walaupun telah dinyatakan bahawa pelantikan Datuk Mohammed Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, namun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menganggap keputusan itu sebenarnya belum muktamad.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan sekretariat akhbar pejabat Menteri Besar, cadangan itu belum muktamad kerana pelantikan Mohammed Khusrin yang kini memegang jawatan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) tidak pernah dimaklumkan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Sehubungan itu menurut kenyataan tersebut, Abdul Khalid telah mempersembahkan surat kepada Sultan Sharafuddin untuk memaklumkan yang beliau tidak dihubungi bagi diberitahu tentang cadangan tersebut.

''Sebelum ini kerajaan negeri telah mengadakan proses pemilihan bagi jawatan tersebut dengan menubuhkan sebuah panel temuduga sejajar dengan nota amalan. Panel tersebut telah memilih tiga nama yang difikirkan sesuai untuk menjawat jawatan tersebut.

''Abdul Khalid kemudiannya telah menghantar tiga nama tersebut kepada Sultan Sharafuddin untuk mendapat perkenan," kata kenyataan itu hari ini.

Kenyataan tersebut dikeluarkan sebagai reaksi terhadap pengumuman pelantikan Mohammed Khusrin sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru berkuatkuasa 1 Januari ini yang diumumkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan hari ini.

Mohammed Khusrin, 54, dilantik bagi menggantikan Datuk Ramli Mahmud, 56, yang menamatkan perkhidmatan pada 31 Disember ini. Dalam pada itu, kenyataan tersebut juga memberitahu, Abdul Khalid akan menghadap Sultan Sharafuddin pada Rabu ini berhubung perkara itu.

Wah, hebat betul kuasa MB Khalid hendak mempertikaikan perkenan baginda Sultan Selangor. Adakah MB Khalid benar-benar faham dengan procedure perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baru! Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor juga menyatakan, jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri dan beberapa jawatan lain perlu diwujudkan dan pelantikannya akan dibuat oleh suruhanjaya yang berkenaan iaitu Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Kalau Ketua Setiausaha Negara (KSN) mahu melantik individu itu, beliau akan mendapat perkenan Tuanku terlebih dahulu. Selepas Tuanku memberi perkenan pelantikan boleh dilakukan dan mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri tidak perlu melalui Menteri Besar. MB Khalid ada faham ka? Siapakah dalang disebalik isu ini..sila klik
disini.

Juragan Malawati..

Ahad, 26 Disember 2010

MB Khalid abai tugas sebagai wakil rakyat!

Isu pencemaran di Ijok dapat perhatian Najib

Penduduk Taman Suria, Ijok kini boleh menarik nafas lega apabila masalah pencemaran sisa industri berhampiran kediaman mereka mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Selepas hampir tiga tahun kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak mempedulikan rungutan mereka, Setiausaha Politik kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Suhaimi Ibrahim yang mewakili Najib meninjau serta bertemu penduduk hari ini untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung masalah itu.

Suhaimi menyifatkan masalah yang dihadapi penduduk berkenaan merupakan satu perkara yang serius dan perlu ditangani segera.

Menurutnya, berdasarkan maklumat penduduk serta Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), kilang pengeluar sarung tangan itu mengeluarkan gas ammonia dan sisa toksik yang boleh menjejaskan kesihatan kira-kira 1,000 penduduk perumahan berkenaan.

Ini kerana katanya, kilang berkenaan hanya terletak kira-kira 22 meter dari perumahan terbabit.

"Meskipun masalah ini telah lama berlaku, ia masih lagi berlarutan tanpa sebarang penyelesaian. Kita dapati ada konflik dalam usaha menangani masalah ini di antara kerajaan negeri dengan penduduk.

"Penduduk mahu kilang berkenaan menghentikan operasinya, namun saya difahamkan kerajaan negeri membenarkan kilang terbabit meneruskan operasi atas dasar pelaburan dan keuntungan.

"Saya telah menerima arahan daripada Perdana Menteri dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil Jumaat lalu untuk mendapatkan laporan terperinci supaya tindakan segera dapat diambil," katanya di sini semalam.

Turut hadir dalam pertemuan bersama penduduk perumahan berkenaan ialah Penyelaras Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K. Partiban dan Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Suria, P. Jegan.

Suhaimi menjelaskan, arahan Perdana Menteri kepadanya itu jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Pusat sememangnya mengutamakan kebajikan serta berusaha menangani setiap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat.

Katanya lagi, hasil maklumat daripada pertemuan itu beliau akan menyediakan satu laporan terperinci dan akan menyerahkannya kepada Perdana Menteri esok untuk tindakan selanjutnya.

Sementara itu, Jegan pada majlis pertemuan itu mengucapkan terima kasih terhadap perhatian pemimpin tertinggi negara yang menyatakan komitmen untuk membantu menyelesaikan masalah itu.

Beliau seterusnya melahirkan kekesalan penduduk terhadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok kerana tidak berusaha menyelesaikan masalah pelepasan gas ammonia dan pengaliran sisa toksik ke dalam parit kawasan perumahan itu oleh kilang berkenaan.

Juragan Malawati..

Sabtu, 25 Disember 2010

Tindakan kerajaan negeri belakangkan perpaduan!

Tindakan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia hanyalah berlandaskan kepentingan politik semata-mata tanpa mahu memikirkan mengenai kebaikan di sebalik gagasan itu.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kesal dengan tindakan kerajaan negeri itu yang jelas membelakangkan perpaduan demi kepentingan politik.

Presiden Majlis Usahawan Malaysia (MUM), Datuk Suhaimi Yacob berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa kerajaan negeri diterajui PKR penakut.

"Tidak patut buat begitu kerana seolah-olah mereka mahu menyisihkan Selangor daripada arus perdana sedangkan gagasan itu kian diterima majoriti rakyat negara ini.

"Demi memastikan rakyat Selangor menolak kepimpinan Perdana Menteri, mereka menghalang penggunaan logo yang membawa erti perpaduan. Itu membuktikan mereka sebenarnya rasa terancam," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar kelmarin bahawa kerajaan PKR Selangor mengeluarkan arahan melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri itu.

Sementara itu, Presiden Dewan Perniagaan dan Perindustrian Punjabi Malaysia, Senator Datuk Daljit Singh Dalliwal turut kecewa dengan larangan berkenaan.

Menurutnya, tindakan itu menunjukkan kerajaan negeri tidak tahu untuk menjaga hati rakyat yang mencintai perpaduan dengan mempamerkan logo tersebut di premis-premis perniagaan mereka.

"Logo itu bukannya memberi erti tidak baik malah, menunjukkan kita semua adalah satu serta sama dari segala sudut tanpa mengira warna kulit serta agama.

"Tolonglah jangan kaitkan politik dengan kebaikan kerana ia hanya menyusahkan rakyat. Jika anda pembangkang sekali pun, adakah logik idea Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO tidak boleh digunapakai sedangkan ia menjurus ke arah kebaikan? Fikirlah dengan minda terbuka," ujarnya.

Setiausaha Agung Pertubuhan Gerakan Belia Bersatu Malaysia, Wong Chin Chong dalam pada itu turut menzahirkan harapan yang sama dengan Daljit.

"Cuma letakkan logo yang bermaksud perpaduan, takkanlah boleh meninggalkan kesan kepada kerajaan negeri?

"Ada pihak yang mempunyai agenda tertentu. Janganlah mencampuradukkan antara politik dengan perpaduan yang cuba kita bina kini," katanya.

Juragan Malawati..

Rabu, 22 Disember 2010

Kerajaan Khalid Gagap tertekan : Selangor larang guna logo 1Malaysia!

Kira-kira 50 warga Kuala Langat serta pemimpin Barisan Nasional daerah itu mengadakan bantahan larangan penggunaan logo 1Malaysia yang dikeluarkan Majlis Daerah Kuala Langat di hadapan kedai One Eleven di Banting, Selangor, semalam.

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor didakwa telah mengeluarkan arahan yang melarang penggunaan logo 1Malaysia pada kain rentang dan papan iklan di negeri ini.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Abdul Razak Jaafar berkata, arahan tersebut telah dikeluarkan kepada semua pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini.

"Keputusan telah dibuat pada mesyuarat Exco kerajaan negeri pada 28 September lalu dan dikuatkuasa baru-baru ini," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan sekumpulan orang ramai yang mengadakan perhimpunan aman kerana membantah tindakan MDKL mengarahkan sebuah premis serbaneka 24 jam menanggalkan logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaannya.

Perhimpunan yang bermula kira-kira pukul 10.30 pagi itu diketuai pemilik premis berkenaan, K. Thiyagarajan dan turut dihadiri Pemuda MIC Selangor, Pemuda UMNO Kuala Langat dan UMNO Bahagian Kuala Langat.

Mereka membawa sepanduk antaranya tertulis 'Pakatan Rakyat Tindas Peniaga Demi Kepentingan Politik' dan 'MDKL, Ahli Majlis Larang Simbol 1Malaysia di Kuala Langat'.

Perhimpunan aman itu tamat selepas 10 minit mereka melaungkan perkataan 1Malaysia dan kemudiannya pemilik premis pergi ke MDKL bagi menyerahkan notis bantahan kepada Abdul Razak kira-kira pukul 1.30 petang.

Abdul Razak berkata, pihak majlis hanya menjalankan arahan kerajaan negeri supaya semua logo 1Malaysia diturunkan dan tidak boleh digunakan. Tambahnya, satu laporan lengkap akan dihantar kepada kerajaan negeri berhubung isu terbabit untuk tindakan lanjut.

Menurut Thiyagarajan, perhimpunan tersebut bagi melahirkan kekecewaan terhadap tindakan MDKL yang mengarahkan logo 1Malaysia di premisnya ditanggalkan walaupun sebelum ini lesen telah dikeluarkan.

"Saya bukan orang politik dan kenapa pihak tertentu seolah-olah ingin mempolitikkan premis perniagaan ini.

"Saya menyokong Gagasan 1Malaysia kerana ia simbol perpaduan di negara ini mengapa pula ia tidak boleh digunakan," ujarnya.

Katanya, dia amat kesal dengan tindakan MDKL kerana logo 1Malaysia yang tertera di premis tersebut menyebabkan perniagaannya maju apabila dikunjungi oleh pelanggan pelbagai kaum. Tambahnya, logo tersebut juga sangat bersesuaian dengan penubuhan kedai serbaneka itu yang dimiliki oleh tiga rakan kongsi termasuk seorang berbangsa Melayu.

Ujarnya, dia juga sudah membuat laporan polis Isnin lalu selepas menerima notis daripada MDKL yang bertarikh 16 Disember.

Yang pasti kerajaan Khalid Gagap sudah terdesak dan takut dengan bayang-bayang mereka sendiri!

Juragan Malawati..

Isnin, 20 Disember 2010

Apakah bahang PRU 13 semakin hampir?

Kalau dikatakan penggantungan empat wakil pakatan pembangkang di Parlimen Khamis lepas dikatakan akan membolehkan Barisan Nasional (BN) meraih majoriti dua pertiga, si empunya badan yang digantung, Karpal Singh semalam pun menyangkalnya bahawa di sebalik penggantungan itu, parti pemerintah masih tidak mempunyai majoriti sedemikian - syarat yang diperlukan sebelum perlembagaan boleh dipinda termasuk untuk persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Mengikut peraturan Dewan pun, majoriti dua pertiga bermakna dua pertiga daripada semua 222 Ahli Parlimen dan bukannya mereka yang tidak mengundi pada masa itu. Itu tidak boleh diubah.

Namun jika diambil kira fakta, trend pendaftaran pengundi ketika ini mungkin boleh menguatkan lagi bahang PRU Ke-13 yang kian terasa.

Rekod terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang dikeluarkan mencatatkan sebanyak 177,857 permohonan pengundi baru telah didaftarkan bagi tempoh Julai hingga 30 September lalu. Ia mengikut Daftar Pemilih Tambahan (DPT) Suku Ketiga 2010 yang diwartakan semalam.

DPT itu mengandungi 205,183 pemilih termasuk 27,326 permohonan pertukaran alamat pusat mengundi. Dengan pewartaan itu, jumlah keseluruhan pemilih berdaftar pada masa ini adalah 11.53 juta orang.

Justeru, apakah tempoh sesuai untuk negara menghadapi PRU ke-13? Pilihan raya umum serentak dengan Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang perlu diadakan sebelum Julai 2011 atau 'melepaskan' dahulu Sarawak?

Bagi penganalisis politik, Noor Sulastri Yur ni Ahmad, tempoh paling sesuai sekiranya parti pemerintah hendak mencapai kemenangan dengan majoriti mudah adalah pada akhir tahun depan atau awal 2012.

"Lebih bagus jika PRU Ke-13 dapat di adakan dalam tempoh yang lebih dekat dari sekarang. Dengan kata lain, lebih cepat lebih baik," kata Pensyarah Jabatan Antropologi dan Sosiologi Universiti Malaya itu kepada Utusan Malaysia.

Menurutnya, jika PRU Ke-13 diadakan lebih lewat, ia akan menjadi satu tempoh yang bahaya, misalnya selepas pertengahan tahun 2012 hingga mandat berakhir pada April 2013.

"Ini kerana kita lihat pakatan pembang kang yang dianggotai DAP, Pas dan PKR begitu agresif mengumpul penyokong dan pada waktu yang sama, mereka juga agresif menyerang kerajaan.

"Mereka bukan nak fikir sangat soal rakyat tetapi yang paling utama adalah hendak menang dan perintah Malaysia.

"Saya percaya kalau BN tak baca signal ini, dikhuatiri BN akan tergolek," ujarnya.

Menurutnya, jika mahu juga diadakan pilihan raya serentak iaitu PRU Ke-13 dan pilihan raya Sarawak, maka ia perlu diadakan dalam tempoh enam bulan dari sekarang.

Katanya, ia juga bermaksud BN kena kerja lebih keras sebab pembangkang sekarang bekerja pada tahap triple.

DAP kini dikatakan parti yang paling aktif dalam membantu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mendaftarkan pengundi baru yang melepasi umur 21 tahun sejak PRU 12 2008. Ia diikuti oleh Pas, UMNO dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), manakala yang paling lembap adalah MIC dan Gerakan.

Rekod SPR itu berdasarkan komitmen dan kerjasama positif parti-parti politik menerusi Penolong Pendaftar Sementara (PPS) mereka dalam menarik hampir empat juta rakyat Malaysia yang masih belum mendaftar sebagai pengundi.

"PPS dari DAP mengatasi parti-parti lain di Selangor, Pulau Pinang, Perak dan Melaka. Daripada kutipan data pemilih baru sejak PRU12, SPR mendapati kesedaran kaum Cina sebagai pengundi pilihan raya adalah yang paling tinggi sementara terendah adalah kaum India.

Menurut Noor Sulastri, signal atau isyarat yang dibangkitkan beliau jika BN gagal membacanya dengan tepat adalah berkaitan masalah dalaman parti yang jika tidak diurus dengan baik, dikhuatiri ia akan merebak bak virus.

"Saya ingin menarik perhatian ini kerana jika ada lompang pun, kekuatan BN dari dalam parti itu sendiri yang akan mencemarkan parti itu dan 'pencemaran' itu bukan datang dari luar.

"Keadaan lompang inilah yang sering diambil kesempatan oleh pakatan pembangkang," katanya.

Dalam aspek ini, katanya, BN perlu membuktikan mereka adalah juara rakyat sebenar dan bijak menangani masalah pengundi di setiap kawasan.

Beliau menarik perhatian bahawa isu-isu pembangunan bukanlah 'isu sebenar' yang boleh dipergunakan sewenang-wenangnya oleh pembangkang kerana semua itu telah ditangani dengan baik oleh BN.

"Tetapi dari sudut lain, isu pembangunan ini telah dimanipulasikan dengan sebegitu baik oleh lawan BN. Jadi yang perlu di lakukan oleh BN adalah memfokuskan isu- isu pembangunan yang lebih menumpukan soal kaum dan masyarakat tertentu seperti warga emas, pelajar (pendidikan) dan golongan bergaji rendah dan sederhana.

"Isu pembangunan yang bersangkut-paut soal pembinaan yang menelan kos berpuluh atau beratus juta tidak kekal lama jika ia terlalu diuar-uarkan. Tetapi yang penting dan sebenarnya yang 'mudah-mudah' pun dan paling diingati rakyat adalah yang menjurus terus kepada kehidupan majoriti mereka," katanya.

Justeru, Noor Sulastri berpendapat, semua pemimpin dan ahli BN tidak perlu menunggu selepas Konvensyen BN selesai untuk mula mengorak langkah mempertahankan mandat BN.

"Saya percaya dalam keadaan undi yang berpecah-pecah iaitu Melayu berpecah kepada BN, Pas dan PKR, Cina pula berpecah kepada MCA, PKR dan DAP, maka pencapaian sekurang-kurangnya dengan kemenangan majoriti mudah sebenarnya sudah cukup dalam situasi banyak negara di dunia ketika ini yang sukar mencapai tahap tersebut," katanya.

Nada yang sama turut dikongsi oleh seorang lagi penganalisis, Dr. Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM).

"Pada saya, akhir tahun 2011 atau awal 2012 paling sesuai untuk diadakan pilihan raya. Sekiranya BN berhajat untuk mengekalkan mandatnya, itulah waktu yang sesuai," katanya.

Ini kerana katanya, pada tempoh tersebut nanti, semua agenda yang dilaksanakan oleh Perdana Menteri akan dan sedang terpamer untuk penilaian rakyat.

Sivamurugan turut menarik perhatian mengenai kepimpinan lepas yang hanya menonjolkan banyak projek dan program tetapi malangnya dari segi pelaksanaan, agak 'indah khabar daripada rupa'.

"Oleh itu, jika diadakan PRU serentak dengan Sarawak, ia agak sukar sebab harga barang pun baru naik, selain perubahan ke pimpinan dalam UMNO serta MIC yang baru hendak bermula," katanya.

Menurutnya, harga barang yang mendadak naik sekitar tahun 2007 juga dikatakan menjadi punca kenapa sokongan rakyat kepada BN menyusut teruk. Justeru, faktor barang naik perlu ditangani dengan bijak oleh kerajaan.

"Tapi tempoh lama (tarikh PRU) juga susah, katakan selepas pertengahan 2012, ia akan mewujudkan satu dilema untuk BN sendiri.

"Sebabnya, dibimbangi kemunculan lompang-lompang yang sengaja dicetuskan oleh pihak tertentu," katanya.

Oleh ZULKIFLI JALIL

Juragan Malawati..

Kebiadaban Guan Eng!

JIKA ucapan Lim Guan Eng di Konvensyen Pakatan Rakyat yang berlangsung di Kepala Batas, semalam diambil kira, Setiausaha Agung DAP itu tidak boleh marahkan sesiapa kalau beliau dianggap bersikap rasis dan menentang apa sahaja yang berkaitan dengan Melayu.

Tindakan biadab beliau yang menuduh pendokong dan peminat Utusan Malaysia sebagai bukan rakyat Malaysia sebenar dengan tafsiran akhbar ini mengamalkan ekstremisme sudah menunjukkan siapa Guan Eng.

Tidak cukup dengan itu Guan Eng juga menyerang Barisan Nasional (BN) dengan tuduhan yang sama dengan mendakwa BN hanya tahu memperalatkan 3R iaitu Race (bangsa), Religion (agama) dan Raja.

Gambaran yang cuba diberikan oleh Guan Eng secara tersirat ialah apa sahaja perjuangan yang berkaitan dengan Melayu tidak harus dibiarkan dan harus ditentang oleh pakatan pembangkang yang turut dianggotai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas.

Kedua-dua parti berkenaan sememangnya diketuai oleh orang Melayu tetapi apabila Guan Eng menyerang orang Melayu dan institusi Melayu mereka hanya menyokong. Persoalannya baik sangatkah insan bernama Guan Eng ini yang baru sepenggal memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang?

Jawatan itu disandangnya selepas DAP menguasai kerusi majoriti di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang sudah tentunya sedikit sebanyak datang daripada sokongan pengundi Melayu.

Tetapi apa orang Melayu Pulau Pinang dapat apabila Guan Eng yang kononnya menggambarkan dirinya sebagai rakyat Malaysia tulen dan ingin mencontohi Khalifah Umar Abdul Aziz memerintah?

Orang Melayu tidak mendapat apa-apa malahan ditindas, satu demi satu satu perkampungan mereka dilenyapkan di bumi Pulau Pinang atas nama pembangunan. Perarakan Maulidur Nabi pula dihalang dan peniaga Melayu dicegah berniaga di Komtar di bulan Ramadan, apakah ini pemimpin yang tidak rasis dan mengutamakan semua kaum?

Dalam hujahnya, Guan Eng mendakwa BN mengamalkan diskriminasi kaum, menganiayai orang lain serta merendahkan martabat orang lain juga boleh dianggap rakyat 'Malaysia celup'.

Tetapi apakah Guan Eng, rakyat Malaysia tulen apabila mengusir penduduk kaum India di Kampung Buah Pala dan menghalau penduduk Melayu di Kampung Genting semata-mata untuk membina sebuah cawangan universiti.

Adil sangatkah Guan Eng apabila membuat fitnah kepada seorang pegawai Kemajuan Negeri, Nik Ali Mat Yunus dengan menuduh pegawai itu lidah biawak, tidak kompeten, tidak profesional.

Hakikatnya, serangan terbaru Guan Eng kepada orang Melayu dan institusi Melayu adalah langkah terdesak beliau selepas berasa tertekan kerana pendedahan bertubi-tubi oleh media arus Perdana Menteri terutamanya Utusan Malaysia terhadap kepincangan dan betapa rasisnya pemerintahan beliau di Pulau Pinang.

Tetapi Guan Eng tidak mahu mengaku semua itu, sebaliknya menganggap apa sahaja yang didedahkan adalah usaha terancang bagi menjatuhkan kerajaan negeri pimpinannya. Guan Eng sengaja ingin mengabui mata rakyat kononnya Utusan Malaysia akhbar yang ekstrem dan BN hanya tahu memperalatkan agama, bangsa dan raja.

Beliau sebenarnya sudah tidak mampu lagi mengepung kelemahan kepimpinannya dan sekali gus membuktikan sama ada beliau, DAP mahu pun pakatan pembangkang tidaklah sebaik mana.

Tindakan beliau menganggap BN memperalatkan agama, bangsa dan raja boleh disifatkan satu perbuatan biadab. Ia kerana tindakan itu menggambarkan seolah-olah raja-raja Melayu boleh diperbodohkan sehingga dapat diperalatkan oleh BN. Kalaulah BN mengamalkan rasis sudah lama negara ini akan kacau-bilau kerana di dalam BN terdapat komponen pelbagai parti yang mewakili pelbagai kaum.

Guan Eng sebenarnya ingin menyerang UMNO dalam soal itu tetapi sengaja bersandiwara dengan menyebut BN. Bagi Guan Eng selagi UMNO wujud dan Utusan Malaysia masih ada maka selagi itulah agenda tersirat DAP untuk mengugat apa sahaja yang berkaitan dengan orang Melayu akan terhalang.

Oleh itu Guan Eng menggunakan hujah berlapik dengan meminta rakyat menolak BN dengan memberikan alasan-alasan tersebut. Memang benar dalam pakatan pembangkang ada PKR dan Pas yang diterajui oleh orang Melayu tetapi mereka hanya pak turut dan sanggup menggadaikan segala-gala demi meraih kuasa politik.

Tidak semua orang Melayu boleh diperbodohkan oleh permainan licik politik DAP yang sampai kiamat pun tetap dianggap sebuah parti cauvinis! Ini hakikat yang harus diterima oleh Guan Eng. Beliau jangan terlalu bangga dan taksub untuk beranggapan bahawa kepimpinannya paling sempurna dan pakatan pembangkang paling baik.

Pendedahan demi pendedahan berhubung kepincangan memimpin Pulau Pinang dan tindak-tanduknya sebagai ahli politik sudah memaparkan bahawa anak kepada Lim Kit Siang ini bagaikan kaduk naik junjung, baru memerintah sebuah negeri sudah mahu mengamalkan sikap 'beraja di mata bersultan di hati.'

Seharusnya kebiadaban terbaru Guan Eng membuat dakwaan yang tidak berasas yang secara tersiratnya menyindir kemuliaan institusi Melayu perlu menyedarkan orang Melayu siapa sebenarnya Guan Eng dan apa mainan politik sebenar DAP jika mereka memperolehi kuasa memerintah negara ini.

Buat masa ini, orang Melayu tidak harus bergantung harap kepada pemimpin Melayu di dalam PKR mahupun Pas, sudah jelas mereka sendiri pun tidak berani hendak menegur keceluparan DAP dan Guan Eng. Sebab itulah Guan Eng mahupun DAP tanpa segan silu atau rasa bersalah menyerang institusi Melayu dan melakukan tindakan menyinggung orang Melayu.

Bagi Guan Eng, beliau amat memahami pemimpin Melayu di dalam kedua-dua parti itu tidak akan menyanggah apa juga yang beliau kata. Semua ini boleh dianggap satu petaka kepada orang Melayu di Pulau Pinang yang boleh dianggap sudah terpedaya dengan janji- janji manis Gua Eng ketika kempen pilihan raya umum lalu.

Orang Melayu perlu sedar bahawa masanya sudah tiba untuk mereka menolak DAP secara total. Kebiadapan dan penghinaan yang dilakukan oleh Guan Eng tidak harus dibiarkan kerana ia sudah sampai ke tahap yang tidak boleh dimaafkan atas apa alasan sekali pun.

Oleh ZULKIFLEE BAKAR

Juragan Malawati..

Khamis, 16 Disember 2010

Padah hina Dewan : Tiga ahli Parlimen pembangkang "digantung" selama 6 bulan !

Tindakan tiga ahli Parlimen pembangkang, Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugur), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) menghina Dewan Rakyat dengan membuat kenyataan di luar dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan mengundang padah.

Ini kerana, hari ini, satu usul untuk menggantung ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut selama enam bulan atas kesalahan menghina Dewan Rakyat telah dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan ia terkandung dalam Aturan Urusan Mesyuarat.

Menurut usul itu, Karpal dan Sivarasa yang merupakan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen didapati menghina Dewan Rakyat kerana telah membuat kenyataan di luar dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan tentang keterangan serta surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.

Karpal dan Sivarasa dikatakan telah melanggar peruntukan Peraturan Mesyuarat 85, iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum jawatankuasa itu membawa penyata tersebut kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Pada masa sama, berdasarkan usul itu juga, Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan serta surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan juga pada tarikh yang sama.

Oleh itu, usul berkenaan menjelaskan, tindakan ketiga-tiga ahli Parlimen tersebut merupakan satu perbuatan menghina serta menyalahi hak dan keistimewaan mereka sebagai ahli Parlimen selain, satu penghinaan kepada Dewan Rakyat.

Usul yang dikemukakan itu mempunyai kaitan dengan keputusan kerajaan untuk merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataannya yang menuduh gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh Apco Worldwide.

Semalam, jawatankuasa berkenaan telah mengemukakan syor supaya Anwar digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat ekoran tuduhan palsu tersebut.

Jika keempat-empat ahli Parlimen pembangkang itu digantung, Barisan Nasional (BN) melalui sokongan wakil rakyat Bebas seramai lapan orang akan mendapat semula majoriti dua pertiga di Parlimen apabila Dewan Rakyat kembali bersidang selepas ini dalam tempoh enam bulan.

Buat masa ini BN mempunyai 137 kerusi dan pembangkang menguasai 77 kerusi dengan DAP (29 kerusi), Parti Keadilan Rakyat (25 kerusi) serta Pas (24 kerusi). Jika pengantungan itu menjadi kenyataan keseluruhan kerusi Parlimen berkurang kepada 218 kerusi berbanding 222 kerusi sekarang.

Dalam pada itu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengesahkan bahawa kedua-dua usul untuk menggantung Anwar dan tiga lagi ahli Parlimen pembangkang berkenaan akan dibahaskan esok bagi memutuskan nasib mereka.

"Kedua-dua usul akan dibahas esok, usul mengenai syor menggantung Anwar sudah jelas manakala, usul mengenai cadangan untuk menggantung tiga lagi Yang Berhormat diterima kerana ia dibuat di bawah kuasa menteri dan Peraturan Mesyuarat 27 (3) membenarkan ia dibuat dalam tempoh 24 jam," jelasnya.

Juragan Malawati..

Sabtu, 11 Disember 2010

DIRGAHAYU Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Darul Ehsan.


Patik memanjatkan rasa syukur kehadrat Allah Subhanahu Wata’ala pada hari ini 11hb Disember 2010 bersamaan 5 Muharam 1432 H, berkesempatan sekali lagi rakyat negeri Selangor Darul Ehsan menyambut hari keputeraan yang ke 65 baginda DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH AL HAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH AL HAJ.

Patik merafak sembah dan menjunjung kasih memohon doa semoga kebawah Duli Tuanku dipanjangkan umur, beroleh kesejahteraan, dan dikurniakan kesihatan yang baik, agar dapat terus berada diatas tahta singgahsana memimpin rakyat, amiin..

Patik turut mendoakan negeri yang dicintai ini akan senantiasa aman damai, sejahtera, dijauhi dari sebarang musibah, bencana dan juga gangguan daripada golongan manusia yang tidak bertanggungjawab serta tidak sayangkan keamanan dan keharmonian.

DAULAT TUANKU
Sembah Patik Harap Diampun.

Ikhlas dari : Seluruh ahli-ahli UMNO Bahagian Kuala Selangor.

Khamis, 9 Disember 2010

Temubual eksklusif bersama SYABAS - Siri 2!

Apa Agenda Anwar Di Sebalik Isu Air Selangor II ?

Wawancara AIDCNews siri pertama dengan Pengarah Eksekutif, Bahagian Korporat SYABAS, Abdul Halem Mat Som merungkai banyak persoalan tentang agenda sebenar Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Seri Anwar Ibrahim melancarkan perang ke atas syarikat pengurusan air negeri itu.

Apa sebenarnya yang mahu diperangi Anwar ? Adakah mahu memecat Pengerusi SYABAS, Tan Sri Rozali Ismail dan diganti dengan CEO baru berbangsa Cina ? Adakah mahu mengambil alih semula pengurusan air Selangor ? Adakah sebagai strategi politik untuk menarik semula sokongan rakyat Selangor dengan mempolitikkan isu air ?

Laporan Selangorkini (portal rasmi Kerajaan Negeri Selangor), berkenaan kerajaan negeri ‘kehilangan RM11 juta sebulan’ kerana memberi air percuma kepada rakyat juga wajar diteliti.

Apakah semua strategi perang ke atas syarikat air Selangor itu bertujuan sebagai mencari alasan untuk memberhentikan pembiayaan RM11 juta sebulan, setelah menyedari janji sebelum PRU 12 dulu silap ?

Untuk mencari jawapan-jawapan di atas, sekarang mari kita ikuti wawancara selanjutnya dengan Abdul Halem Mat Som, Pengarah Eksekutif, Bahagian Korporat SYABAS.

AIDCNews : SYABAS menandatangani perjanjian dengan kerajaan negeri yang terdahulu (BN). Sekarang kerajaan negeri diterajui oleh PR. Adakah kerajaan negeri PR boleh membatalkan perjanjian yang dibuat sebelum ini ?

Kita kena ingat, SYABAS tandatangani perjanjian itu dengan pihak kerajaan negeri dan bukannya dengan individu. Sebab itu, yang menandatangani perjanjian tersebut adalah Setiausaha Kerajaan Negeri.

Contoh, kita membuat pinjaman di bank ABC. Tiba-tiba bank ABC ini diambil alih oleh bank lain. Adakah secara automatik perjanjian kita dengan bank ABC yang dibuat dahulu terbatal? Tidak terbatal. Kita masih tetap kena bayar, cuma bezanya, pembayaran tersebut harus dibuat di bank yang mengambil alih bank ABC tersebut.

Jadi, tidak timbul soal polisi berubah selepas kerajaan negeri bertukar.

Di dalam SYABAS terdapat tiga kompenan yang besar. Pertama, Syarikat Puncak Niaga Holdings Berhad yang merupakan pembayar saham utama iaitu memegang 70 peratus saham. Tan Sri Rozali merupakan individu yang memegang saham terbesar dalam Syarikat Puncak Niaga itu. Kedua, pemegang saham minoriti yang terdiri daripada orang awam yang membeli saham SYABAS dan ketiganya, Kerajaan Negeri Selangor sendiri.

Kerajaan Negeri Selangor memegang saham sebanyak 30 peratus. Kerajaan Selangor diwakili oleh dua anak syarikatnya, iaitu Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) memegang saham 15 peratus dan Kumpulan Perangsang Selangor Berhad juga 15 peratus. Manakala Kerajaan Persekutuan pula juga mempunyai satu saham emas yang bertindak sebagai kata pemutus.

Semua wakil pemegang saham ini dilantik menganggotai Ahli Lembaga Pengarah SYABAS. Ada wakil dari Puncak Niaga, Kerajaan Negeri Selangor dan Kerajaan Persekutuan. Kerajaan Persekutuan pula diwakili oleh orang nombor dua pentadbiran kerajaan iaitu Ketua Setiausaha Perbandaran.

Sebarang keputusan yang mahu dilaksanakan mesti dicapai secara bersama. Jadi, kalau ada yang tidak bersetuju misalnya Kerajaan Negeri Selangor tidak bersetuju dengan beberapa polisi, kenapa dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah mereka tidak bangkitkan?

Kita tidak boleh membuat sebarang keputusan seperti family business. Kita kena ingat, Ketua Setiausaha Perbandaran juga adalah Ahli Lembaga Pengarah SYABAS. Sepatutnya semua ini berjalan lancar dan teratur serta mampu membawa pulangan keuntungan.

Dari sudut lain, kalau SYABAS mengalami kerugian, Kerajaan Negeri Selangor juga akan turut rugi kerana mereka ada memegang saham. Kalau SYABAS untung, Kerajaan Negeri Selangor juga akan mendapat keuntungan.

Dalam soal penswastaan, faktor kewangan ini diambilkira. SYABAS hanya boleh mencapai keuntungan selepas 10 tahun beroperasi.

Seperti kita berniaga, takkanlah tahun pertama itu sudah mendapat keuntungan. Tan Sri Rozali sendiri, sudah bertahun-tahun berniaga sehinggalah apa yang kita lihat kejayaannya hari ini.

Begitu jugalah dengan SYABAS, baru 5 tahun. Itupun sudah menunjukkan pelbagai kejayaan yang dicapai. Misalnya, mendapat anugerah perkhidmatan pusat pelanggan terbaik, pengurusan sumber manusia terbaik, anugerah emas dan sebagainya.

AIDCNews : Setakat ini Kerajaan Negeri Selangor yang diperintah PR beri kerjasama baik kepada SYABAS ?

Oleh kerana penstrukturan semula ini, SYABAS telah diarahkan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk membekukan kerja-kerja capital expenditures (CAPEX) atau perbelanjaan modal. Arahan SPAN berasaskan perbincangan yang belum selesai di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Maknanya, Perbelanjaan modal SYABAS dibekukan sementara menunggu persetujuan semua pihak. Kita sendiri pun tidak tahu bilakah persetujuanitu akan selesai.

Apabila perbelanjaan modal SYABAS dibekukan dalam tempoh yang lama tanpa ada sebarang persetujuan, seolah-olah tangan kita diikat. Bila tangan diikat, kita tidak boleh mengeluarkan modal. Kerja-kerja penggantian paip lama pun tidak boleh dijalankan.

Sebab itulah, paip lama yang kesemuanya berjumlah 6000 km (tetapi) hanya 800 km yang dapat dibaiki. Bukan setakat penggantian paip lama tergendala, malah juga melibatkan penggantian meter, komunikasi paip, pemasangan penyaluran dan lain-lain. Yang menanggung akibat ini adalah rakyat Selangor. Dalam masa sama, SYABAS akan dilihat tidak dapat memberikan perkhidmatan yang efektif akibat dari sekatan ini.

Sekarang ini, Kerajaan Negeri Selangor menuduh SYABAS tidak berjaya melaksanakan peningkatan perkhidmatan air. Persoalannya kenapa? Kerana mereka mengikat kita.

Kalau mereka ikhlas, lepaskan SYABAS untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik. Jangan diikat dari segi perbelanjaan modal dan sebagainya. Sedangkan perbelanjaan modal adalah dari duit SYABAS.

Kononnya, SYABAS ini akan diambil alih oleh Kerajaan Negeri. Jadi, jangan lakukan apa-apa perbelanjaan dahulu. Sampai sekarang, SYABAS ditahan daripada melakukan perbelanjaan modal.

Kemudian dikaitkan pula dengan penyaluran air mentah dari Pahang ke Selangor. Sebenarnya projek penyaluran air mentah Pahang-Selangor ini merupakan projek Kerajaan Pusat melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Malaysia (KeTTHA). Sedangkan isu perstrukturan itu di antara SYABAS dengan Kerajaan Negeri Selangor.

Jadi sekarang ini, Kerajaan Negeri Selangor mahu ikat Kerajaan Pusat supaya bersetuju dengan pengambilalihan SYABAS dengan cara tersebut. Dengan ertikata lain, mereka (Kerajaan Negeri Selangor) tidak mahu memberi kelulusan tanah untuk penyaluran air, selagi penstrukturan ini tidak selesai dan akan memaksa SYABAS berada dalam tekanan.

AIDCNews: Adakah Kerajaan Negeri Selangor berhasrat untuk mengambil alih semula urusan pengurusan air ? Bolehkah Kerajaan Negeri berbuat demikian ?

Sebenarnya memang boleh. Kalau Kerajaan Negeri Selangor hendak ambil alih SYABAS pun boleh. Perjanjian ini adalah buatan manusia. Tetapi kita sentiasa ikut kepada perjanjian ini.

Dalam konteks ini, kalau Kerajaan Negeri nak ambil alih konsep willing-buyer (persetujuan pembeli) dan willing-seller (persetujuan penjual) mesti ada. Kalau anda berhajat nak beli, tetapi kita tak mahu jual, jadi tidak boleh buat kerana ada willing-buyer tetapi tidak ada willing-seller. Ada yang hendak beli tapi tak ada yang hendak jual. Lainlah kalau kedua-dua pihak bersetuju untuk membeli dan menjual. Jadi, harga boleh dibincang.

Secara logiknya, SYABAS bukanlah mahukan harga yang tinggi dengan membebankan Kerajaan Negeri Selangor. Tidak sama sekali. Isunya sekarang ini, kalau kita sudah keluarkan modal yang besar untuk mengambil alih hutang, membaik pulih, membuat pinjaman dan sebagainya, perkara-perkara ini harus diambil kira sebelum proses pengambilalihan.

Jadi, penentuan harga yang ditawarkan mestilah dapat menampung perkara-perkara tadi dan juga faktor pemegang saham sama ada pemegang majoriti atau minoriti (orang awam). Ini kerana, kalau kita jual dengan harga yang lebih rendah, saham itu merundum, kita pula terpaksa menjawab dengan pemegang-pemegang saham. Semua yang kita buat ini mengikut peraturan dan undang-undang.

Isunya sekarang, kita perlu buat perbincangan secara teratur dan rapi sama ada duduk berbincang atau sebagainya. Kalau perbincangan itu pun tidak serius, susahlah untuk saya katakan.

AIDCNews: Sudah adakah perbincangan yang serius?

Perbincangan setakat ini hanya ada di peringkat pegawai-pegawai. Tidak ada titik pertemuan. Jalan selari tetapi mencapah, makin lama makin jauh. Jadi, memang tidak akan jumpa titik pertemuan itu.

AIDCNews: Kenapa Kerajaan Negeri Selangor berminat untuk mengambil alih SYABAS ? Adakah ada agenda lain?

Susah untuk saya katakan kerana ini adalah agenda masing-masing.

Kalau kita lihat dari konteks ekonomi, SYABAS boleh mencapai keuntungan selepas 10 tahun beroperasi. Kalau dari sudut itu pun kita boleh tengok. SYABAS sudah 5 tahun beroperasi dan hanya tinggal 5 tahun lagi untuk mencapai keuntungan. Sebab semua sudah boleh diambil alih dari segi sistem dan sebagainya.

Maknanya, kalau sudah diambil alih, mungkin selepas itu boleh dapat keuntungan melalui tarif. Mereka nampak dari sudut itu. Mungkin juga boleh memberi peluang pekerjaan kepada kroni-kroni yang menyokong mereka selama ini.

Mungkin juga boleh diletakkan di posisi Pengerusi atau Pengarah. Ini saya tak mahu tuduh sesiapalah. Kita tak perlu sebut sesiapa tapi kita tahulah. ‘Orang-orang’ inilah yang bising tentang industri air, buat ceramah di sana sini tentang hendak ambil alih hak rakyat dan sebagainya.

Sebenarnya untuk kepentingan sendiri kalau dapat SYABAS. Di situlah siapa yang layak dapat Chairman atau Director.

Tapi dari segi politik pula, tentu ada kepentingannya di situ. Dengan memainkan isu air ini, mereka beranggapan akan mendapat sokongan rakyat dan terus menang pada pilihanraya akan datang.

Sama ada mereka serius atau tidak, saya sendiri masih lagi tertanya-tanya.

Kita sendiri tidak boleh nak bertanyakan dari mana wang yang akan digunakan untuk penstrukturan semula ini. Betulkah ada pelabur yang akan membantu membuat pembayaran pengambil alihan ini, siapa pelabur tersebut, adakah mereka dari golongan yang boleh dipercayai ?

Sekiranya pelabur dari luar negara, kita khuatir jika industri air akan dipindah milik kepada syarikat luar, sedangkan syarikat tempatan boleh mengurus dan keluarkan dana. Kenapa perlu diberi kepada syarikat antarabangsa? Tidakkah nanti syarikat tersebut akan membuat pindahan milik?

Kita tidak mahu semua ini berlaku kerana air adalah keperluan rakyat.

Jangan nanti yang menguruskan air ini bukan di kalangan kita sendiri. Oleh kerana tidak mampu untuk membayar hutang, akhirnya menjadi pindah milik.

Ataupun, ini mungkin satu permainan, tidak serius pun nak ambil alih. Atau sekadar nak memberitahu rakyat bahawa Kerajaan Negeri serius untuk ambil alih kerana hendak terus memberi air percuma kepada rakyat. Jadi, kalau tak dapat ambil alih selepas ini, mereka terpaksa hentikan pemberian air percuma ini.

Pihak yang akan dipersalahkan nanti, sudah tentulah SYABAS serta mereka yang menyokong SYABAS sama ada Kerajaan Persekutuan atau sebagainya.

AIDCNews : SYABAS didakwa kroni politik tertentu ?

Bila dikaitkan SYABAS dengan orang-orang tertentu sebagai kroni, dakwaan ini disangkal. Kita kena ambil kira kakitangan SYABAS seramai 3000 orang yang majoritinya rakyat Selangor. Janganlah dipolitikkan isu ini dengan mengaitkan dengan kroni.

Tidak semua kakitangan SYABAS ini menyokong satu parti. Masing-masing ada parti yang mereka sokong. Walaupun kita berlainan ideologi politik, tetapi di SYABAS kita masih boleh bersatu. Itu tidak menjadi masalah besar.

Dari segi hubungan tokoh korporat dengan orang politik. Ini sudah wujud sejak berzaman lagi. Mereka tak boleh kata tokoh ini kroni dengan orang politik ini. Kalau anda sebut siapa pun tokoh korporat di negara ini, mereka mesti ada hubungan yang baik dengan pemimpin. Kalau tak ada hubungan yang baik dengan pemimpin, macam mana mereka nak berniaga.

Dalam sebuah negara itu, mesti ada hubungan antara pihak korporat dengan kerajaan. Hubungan ini perlu. Dalam pentadbiran SYABAS sendiri, kita menerima bos kita adalah Kerajaan Persekutuan. Begitu juga kalau di negeri, kita menerima Kerajaan Negeri yang ada sekarang. Kita terima hakikat itu dan sedia bekerjasama pada bila-bila masa.

Kita tidak beranggapan mereka tidak sama parti dengan kita maka tidak boleh bekerjasama, jadi tidak boleh begitu. Kerana Kerajaan Negeri yang sekarang adalah kerajaan yang mentadbir, kerajaan yang sedia ada. Manakala Kerajaan Pusat yang ada sekarang adalah kerajaan yang lain. Jadi, dua-dua kerajaan ini adalah bos kita.

Saya sendiri tidak faham kenapa SYABAS sentiasa dimusuhi. Kalau kita nak berbaik dengan seseorang, macam-macam usaha kita lakukan tapi orang tersebut tidak mahu berbaik sebaliknya memusuhi kita, jadi apa lagi yang boleh kita buat?

AIDCNews : Adakah Kerajaan Negeri mempunyai kuasa untuk melantik kroninya menjadi Pengerusi SYABAS ?

Dalam entiti swasta ini, sama ada syarikat atau korporat, yang mempunyai kuasa adalah yang memegang saham majoriti. Kalau pemegang saham itu adalah Puncak Niaga, maka wakil Puncak Niaga yang akan menjadi Pengerusinya.

Sebagai seorang bekas korporat dan ahli politik, saya tidak fikir, Menteri Besar Selangor mengambil tindakan-tindakan yang tidak selari dengan apa yang sepatutnya di dalam pengetahuannya.

AIDCNews: Adakah Tabung Budi ditolak oleh kesemua Wakil Rakyat PR ?

Inilah yang menariknya tentang Tabung Budi. Kita telah pun menghantar surat kepada semua Ahli Parliman dan ADUN Negeri Selangor untuk memberitahu kewujudan Tabung Budi. Jadi, mana-mana pihak yang ingin menyumbang, boleh menyumbang. Kita juga memberitahu mereka bahawa Tabung Budi ini adalah untuk membantu golongan yang susah dan miskin.

Jadi, kalau terdapat golongan ini di kawasan mereka, kenalpasti dan berikan nama kepada SYABAS untuk diberi bantuan. Tidak kiralah ADUN dari parti mana sekali pun. Kita beri sama rata.

Semasa pelancaran Tabung Budi peringkat umum baru-baru ini, kita jemput semua Wakil Rakyat kerana kita hendak maklumkan tentang tabung ini. Kita faham Wakil Rakyat ini sibuk. Jadi, tidak semuanya yang hadir. Yang hadir itu pula ada di kalangan Wakil Rakyat Barisan Nasional (BN) dan juga Parti Keadilan Rakyat (PKR). Kedua-dua parti ini ada.

Tetapi, apa yang dibesarkan adalah kenapa Tabung Budi ini diwujudkan seperti hendak melawan kuasa Kerajaan Negeri. Tambahan pula ada Wakil Rakyat BN yang datang. Tapi mereka terlupa bahawa yang datang ke majlis itu pun ada juga Wakil Rakyat PKR.

Lebih menarik lagi, kita ada terima surat daripada Exco Kerajaan Negeri yang meminta supaya SYABAS menyalurkan Tabung Budi ini kepada penduduk miskin di kawasan mereka. Kita sudah pun menyemak dan siasat siapa yang layak dan kita bagi.

Hari ini, bila kita bagi, tangan sebelah kanan terima tapi tangan sebelah kiri pula tampar kita. Jadi tak kenalah.

AIDCNews: Benarkah Exco tersebut ialah Dr Xavier Jayakumar ?

Ya. Itu saya boleh sahkan.

AIDCNews : Benarkah ada dakwaan yang mengatakan SYABAS memaksa kakitangannya supaya menyumbang kepada Tabung Budi dan benarkah Tan Sri Rozali Ismail selaku CEO, tidak menyumbang mengikut perolehan pendapatannya ?

Yang pertama sekali, pihak yang menuduh ini perlu membuktikan di mana kita memaksa kakitangan supaya menyumbang kepada Tabung Budi. Kena buktikan. Perkara ini seringkali disebut dalam perhimpunan mingguan kakitangan, sekiranya ada yang ingin menyumbang dialu-alukan tanpa ada sebarang paksaan.

Malahan, kalau yang sudah menyumbang jika mereka ingin menarik balik sumbangan tersebut pun dibenarkan. Tiada siapa yang memaksa, mengarah atau sebagainya. Ini bergantung kerelaan individu.

Kalau ada yang kata mereka dipaksa untuk menabung, tunjukkan bukti atau dokumen. Sedangkan mereka yang menabung ini ada yang mengisi borang supaya dipotong daripada gaji bulanan sebanyak RM11.40 untuk didermakan kepada golongan yang layak. Mereka sendiri ada Akujanji berkaitan sumbangan ini. Pemotongan ini dilakukan oleh pihak bank dan terus disalurkan kepada tabung ini.

Yang keduanya, berkaitan Tan Sri Rozali Ismail (CEO) dikatakan tidak menyumbang keuntungan seperti mana diharapkan. Konsep kita adalah berdasarkan akaun.

Contohnya, kalau saya ada rumah dan penama itu adalah saya. Tiap-tiap bulan saya dapat RM11.40. Jadi, RM11.40 itulah yang saya beri. Kalaulah saya ada 10 buah rumah pula, maka RM114.00 yang saya beri.

Kalau dilihat dari segi sumbangan beliau membantu Pusat Zakat Selangor (PZS), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan golongan-golongan yang memerlukan, saya rasa beliau lakukan lebih daripada yang sepatutnya.

Jadi, tidak timbul kenapa kakitangan SYABAS sama ada yang bergaji RM3000 ke bawah atau Pegawai Kanan bergaji RM10,000 perlu membayar RM11.40. Kerana itulah kita kena kembali kepada konsep pemberian air percuma. Jika golongan kaya menerima RM11.40, maka golongan miskin pun menerima jumlah yang sama juga. Hasil dari pengumpulan tabung tersebut, maka kita akan beri kepada golongan yang miskin ini.

Sebab itu, saya boleh katakan, mereka yang membuat tuduhan ini tidak faham konsep. Kalau tak faham, beginilah jadinya. Kata orang, kalau tak faham, seeloknya cuba untuk memahaminya dulu. Kita tak ada masalah untuk memberi penerangan kepada pihak yang mahukan penjelasan. Tapi, ada pihak yang tidak mahu penjelasan tetapi menghentam kita sesuka hati.

Soalan saya, menjadi kesalahankah kalau orang hendak buat kebajikan?

AIDCNews: Difahamkan pada Ahad ini (5 Disember), satu memorandum akan dihantar kepada Yang DiPertuan. Adakah ini menggambarkan krisis air di Selangor sangat teruk hinggakan perlu campur tangan daripada Yang DiPertuan Agong ? Kenapa hingga sampai ke peringkat ini ?

Kita anggap Kerajaan Negeri Selangor adalah bos kita. Bila bos ada masalah dengan pekerja, apa salahnya kalau berbincang. Bukannya dengan cara menghentam, fitnah dan kempen di sana sini. Apa pula perasaan pekerja tadi? Kenapa perlu gunakan orang lain. Saya tidak nampak kewajaran dan kecerdikan dalam menangani isu ini.

Sokongan-sokongan rakyat ini datang dari konsep sedemikian seperti berhimpun, berarak dan sebagainya. Apabila insiden berarak dan berhimpun ini semakin lesu, jadi untuk mengembalikan nostalgia berhimpun, perlu ada isu untuk dimainkan. Isu yang hangat sekarang adalah isu air. Dan digunakan sepenuhnya. Sedangkan bagi rakyat atau orang awam yang berfikiran waras, mereka akan terfikir kenapa isu ini diperbesarkan ?

Kita tidak rasa tertekan langsung. Di SYABAS kita tidak boleh mengikut rentak orang lain, kalau orang lain buat ini, kita tidak semestinya perlu ikut. Ini kerana, kita memberi perkhidmatan kepada pengguna sama ada mereka menentang atau menyokong. Mereka adalah pengguna yang membayar bil air kepada kita.

Kalau SYABAS ‘merajuk’ disebabkan tekanan ini, semua loji air ditutup dan pengguna di Selangor tidak dapat bekalan air. Apa akan jadi?

Contohnya di KLIA sahaja, mesti perjalanan operasi mereka akan tergendala atau ditutup. Sebab itulah bila berlaku krisis air di Sepang iaitu 3 paip pecah kerana aktiviti mengorek pasir.

Paip ini, asalnya berada di dalam tanah. Tetapi apabila ada aktiviti korek pasir, paip ini akan menjadi tergantung kerana tiada yang menampungnya. Inilah mengakibatkan paip tersebut patah. Paling kritikal adalah KLIA.

Kakitangan SYABAS terpaksa bekerja 24 jam untuk memastikan kawasan-kawasan kritikal tersebut ada air dan kod kecemasan iaitu kod merah perlu diaktifkan. KLIA yang paling kritikal kerana pada waktu itu ada pertandingan lumba kereta di Sepang. Kakitangan SYABAS bertungkus-lumus memenuhkan tangki air KLIA dengan berlori-lori air.

Bayangkan kalau SYABAS ‘merajuk’?

AIDCNews : Adakah isu air ini sengaja dimanipulasi sebagai isu politik ?

Ada kemungkinan, tapi saya tidak boleh mengatakan ya atau tidak kerana mereka ada strategi masing-masing untuk memenangi hati rakyat, memenangi pilihanraya.

Tapi kita kena lihat dari segi kewajarannya. Air sekarang ini dikatakan sebagai ‘emas biru’ iaitu sangat bernilai. Di mana-mana negara sekalipun, isu mendapatkan air bersih ini menjadi topik utama. Kita sepatutnya bersyukur dengan kualiti air yang dinikmati di negara kita.

Walaupun menerima pelbagai tekanan, SYABAS tetap bersikap profesional. Apa yang saya nak tekankan adalah, Selangor merupakan negeri yang mempunyai kualiti air terbaik di Malaysia.

Kebanyakan syarikat pembekal air di Malaysia, datang ke SYABAS untuk belajar pengurusan air, perkhidmatan pelanggan dan sebagainya.

AIDCNews: Termasuk dari negeri yang diperintah oleh PR ?

Ya. Contohnya Pulau Pinang sudah beberapa kali datang ke SYABAS.

AIDCNews: Ini bermakna mereka mengiktiraf SYABAS. Tetapi kenapa pula Kerajaan Negeri sendiri tidak mengiktiraf?

Sebenarnya mereka juga mengiktiraf cuma tidak mahu mengakuinya. Sebab mereka tidak mahu mengakuinya kerana akan menjadi semakin sukar untuk mengelirukan pemikiran rakyat jika diiktiraf. Jauh di lubuk hati, SYABAS boleh dikatakan bagus jika dibandingkan dengan negeri-negeri lain.

Kita sedia membantu negeri-negeri tersebut sekiranya mereka memerlukan bantuan. Kita pernah hantar berlori-lori tangki air dan kakitangan ke Pahang, Johor , Kelantan dan Kedah.

Semua ini bersandarkan kepada motif. Saya sendiri tak tahu apa motif mereka sebenarnya.

AIDCNews: Apakah implikasinya kepada rakyat Selangor dengan penangguhan Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor (PPAMPS) ini ?

Kita kena ingat, krisis air ini pernah berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya pada tahun 1998. Krisis ini berlaku bukan kerana tidak ada air tetapi disebabkan tiada kemudahan yang cukup untuk merawat air. Selepas krisis air 1998 ini, diwujudkan Loji Rawatan Air Selangor Fasa 1, 2 dan 3.

Ada orang bertanya, hujan selalu turun, jadi takkanlah tiada air?

Kita kena lihat kawasan tadahan hujan sudah banyak dijadikan sebagai kawasan pembangunan. Kalau hujan di Shah Alam, Petaling Jaya atau Klang, tempat ini bukan kawasan tadahan hujan. Air hujan tersebut mengalir ke Sungai Klang dan terus ke laut. Sungai-sungai yang ada sekarang ini pun banyak yang tercemar. Kemudian banyak pembangunan, pengguna air semakin ramai dan permintaan air semakin meningkat.

Apabila SYABAS menguruskan air, tanggungjawab kita adalah membekalkan air kepada pengguna dan memaklumkan serta memberi cadangan-cadangan kepada kerajaan tentang masalah dan memastikan bekalan air mencukupi. SYABAS telah menjalankan peranan ini dengan membuat kajian, memberi laporan kepada kerajaan yang telah disemak oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) iaitu pakar dalam industri air.

Kita telah buat kajian iaitu pada tahun 2014, itupun sekiranya tiada alternatif penyaluran air mentah dilakukan, maka akan berlaku kekurangan bekalan air. Kawasan yang banyak air di bahagian Utara Selangor, bagaimana pula dengan bahagian Selatan dan Lembah Klang ? Bukannya ada paip besar yang boleh disalurkan ke kawasan yang kekurangan air. Masalah-masalah inilah yang tidak diketahui.

Kita juga hairan bagaimana Kerajaan negeri boleh mengatakan bahawa berdasarkan pakar yang dilantik oleh mereka, mengatakan air cukup sehingga tahun 2019. Tanpa perlu menyegerakan PPAMPS.

AIDCNews: Kenyataan pihak mana yang lebih tepat. Kerajaan Negeri atau SYABAS ?

Kalau berdasarkan rujukan SYABAS, Kerajaaan Pusat dan EPU adalah pada tahun 2012. SYABAS ada jadual pengeluaran air yang telah dibuat. Mereka cuma mengikut kajian yang dibuat oleh pakar-pakar yang mengatakan cukup sehingga 2019. Kita pun tak tahu siapa pakar yang disebutkan itu. Katakanlah pakar dari luar negara. Pakar ini pun tidak mendalami apa sebenarnya isu yang dihadapi.

Apa bezanya antara tahun 2014 dengan 2019. Hanya beza 5 tahun. Sebagai kerajaan yang berwawasan, sepatutnya kita buat persiapan lebih awal sebelum kejadian tersebut berlaku.

Implikasinya juga terhadap kos. Kos bagi 4 tahun sudah berbeza. Mungkin dari 4 bilion kepada 8 bilion atau lebih daripada itu. Jadi, siapa yang akan tanggung kos ini?

Kalau berlaku krisis air 2012 atau 2014 tanpa adanya persiapan-persiapan ini, siapa yang hendak dipertanggungjawabkan nanti?

Saya bimbang jika krisis ini benar-benar berlaku tanpa ada persiapan yang rapi, mungkin ada pihak yang akan cuci tangan dan saling menyalahi di antara satu sama lain. Yang merananya adalah rakyat kerana tiada air. Akibatnya air terpaksa dicatu.

Kita sepatutnya mengambil contoh wawasan Tun Dr. Mahathir. Beliau memperkenalkan Wawasan 2020. Sedangkan pada tahun itu, beliau sendiri belum tentu lagi akan ada. Tapi beliau buat ini untuk kepentingan dan masa depan rakyat.

Jadi, kita sepatutnya mengambil konsep tersebut untuk kebaikan rakyat. Apa kewajarannya jika dilengah-lengahkan. Apa bezanya antara tahun 2012 dengan 2014. Kalaulah kajian mereka itu benar, salahkah kalau dibuat persiapan awal ini?

Kalau berlaku krisis air pada 2014, kerajaan sedia untuk bertanggungjawab, baguslah. Kita boleh beli air dari Kerajaan Negeri Perak atau sebagainya. Tapi tidak ada.

Kita sepatutnya berpijak di bumi yang nyata. Janganlah mempolitikkan isu ini. Yang menanggung kesannya adalah rakyat.

Bagi saya, projek ini harus dilaksanakan kerana ini adalah projek Kerajaan Persekutuan dan bukannya projek Kerajaan Negeri.

AIDCNews: Bagaimana pula dengan statistik penggunaan air di Selangor?

Pengguna air di Malaysia, khususnya di Selangor adalah yang paling tertinggi dari segi penggunaannya. Purata penggunaan air di Selangor adalah sebanyak 260 liter sehari untuk seorang pengguna. Sedangkan mengikut United Nations (UN), penggunaan normal sepatutnya 165 liter sehari.

AIDCNews: Adakah kerana peningkatan penggunaan air ini yang menyebabkan PPAMPS perlu dilaksanakan?

PPAMPS adalah projek Kerajaan Persekutuan. Ini menunjukkan Kerajaan Persekutuan prihatin. Ini kerana Selangor merupakan transit bagi semua aktiviti pelaburan dan sebagainya. Bagaimana kalau di Selangor tidak ada air?

Sebab itulah dalam perkhidmatan pelanggan kita ada Unit YAKIN (Unit Kerjasama Informasi Pelanggan) yang berurusan dengan persatuan-persatuan pengguna utama, JKK dan sebagainya.

Kita juga ada Unit ICU (Industrial Customer Unit) iaitu sekiranya ada berlaku gangguan, unit ini akan bertindak menghubungi hotel dengan segera supaya menampung tangki air dengan banyak dan sebagainya. Ini yang dibuat oleh SYABAS dan nampaknya seperti tidak dihargai. SYABAS bukanlah badan politik yang perlu menghebohkan apa yang telah dibuat.

Perkara-perkara seperti inilah yang tidak diketahui dan ada pula pihak lain yang melemparkan tomahan berdasarkan agenda politik. Bagi saya, SYABAS tidak sepatutnya terkena tomahan ini kerana kita bukannya badan politik

Air ini merupakan komoditi penting. Ada orang kata, air ini adalah anugerah Tuhan, kenapa perlu dikomersialkan dan dibayar. Kalau hendak air percuma yang dikatakan anugerah Tuhan ini, boleh. Tidak ada sesiapa melarang. Kalau anda menadah air hujan di depan rumah sekalipun, tak ada penguatkuasa tempatan datang untuk mengutip cukai. Ataupun ambil air dari sungai, juga tidak ada sesiapa melarang.

Air yang dirawat juga adalah anugerah Tuhan. Kalau lihat zaman dahulu, air sungai atau perigi boleh diminum terus tanpa dimasak. Itu kerana tiada pencemaran. Tapi hari ini, kebanyakan sungai sudah tercemar.

Contohnya di Singapura. Air yang dirawat itu bukan air dari sungai tapi air kumbahan. Sebab itulah kosnya tinggi berbanding dengan kita. Sistem rawatan yang kita lakukan sekarang ini ialah merawat air sungai dan bukannya merawat air kumbahan.

Jadi, tidak adillah kalau hendak dibandingkan dengan Singapura.

Kalau hendak juga air percuma, mungkin boleh diambil di Gunung Ledang. Kos yang perlu dikeluarkan seperti bayaran pemandu lori, tol dan minyak. Saya ingat kosnya lebih tinggi daripada buka pili paip di rumah.

Jadi, tak bolehlah kata air ini anugerah Tuhan seperti ‘orang itu’ yang dikatakan anugerah Tuhan.

AIDCNews: Bagaimana pula peranan yang dimainkan oleh Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam membantu krisis air ini?

Beliau langsung tidak tahu tentang ekonomi. Buktinya, semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Beliau cuba memujuk Perdana Menteri supaya membuat pinjaman dengan IMF. Disebabkan faktor beliau tidak tahu ekonomi, maka beliau dipecat.

Keduanya, beliau tidak dibayar setimpal dengan jawatan yang dipegang. Dengan gaji RM1, apa yang beliau boleh lakukan. Mungkin juga Kerajaan Negeri Selangor melihat beliau bukanlah pakar ekonomi. Sebab itulah dibayar RM1.

AIDCNews: Apakah strategi perang ke atas SYABAS ini didalangi oleh Penasihat Ekonomi Selangor ?

Saya sendiri tertanya, apa masalahnya yang sebenarnya? Kalau dilihat dari segi luaran dan dalaman, SYABAS tidak bermasalah.

Saya selalu berpesan kepada kakitangan, walaupun kita diasak, kita tetap teruskan kerja dan jangan dengar tomahan-tomahan tersebut, kerana ini akan melemahkan semangat kita.

Kalau mereka mogok, bukan kita sahaja yang susah tapi seluruh Malaysia.

Oleh : AIDCNews

Juragan Malawati..

Selasa, 7 Disember 2010

Temubual eksklusif bersama SYABAS - Siri 1!

Apa Agenda Anwar Di Sebalik Isu Air Selangor ?

Ketika pengurusan air yang dikendalikan oleh SYABAS beroperasi dengan lancar, tiba-tiba Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku penasihat ekonomi Selangor membangkitkan isu tersebut. Dibangkitkan di parlimen, malah disusuli dengan ceramah-ceramah di seluruh Selangor.

Malah lebih mengejutkan, pada Ahad ini, dijangkakan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengetuai perarakan ke Istana Negara menyerahkan bantahan kepada Yang Dipertuan Agong untuk menghalang kenaikan tarif air.

Semua ini seakan dirancang, apa agenda Anwar sebenarnya ?

Untuk merungkai persoalan ini AIDCNews bertanyakan Abdul Halem Mat Som ( gambar ), Pengarah Eksekutif, Bahagian Korporat SYABAS .

AIDCNews : Mungkinkah semua ini ada kaitan dengan pemberian air percuma ?

Abdul Halem : Mereka telah berjanji dalam manifesto pilihanraya untuk memberikan air percuma sekiranya mereka menang. Waktu itu sekadar manifesto, tetapi tanpa disedari mereka telah pun memenangi pilihanraya dan membentuk kerajaan. Sudah tentu janji mereka ditagih rakyat. Jadi air percuma telah dimulakan selepas April 2008.

Kerajaan negeri minta kepada SYABAS, 20 meter padu air percuma yang bersamaan RM11.40 sen. 20 meter padu disubsidi kerajaan negeri yang selebihnya dibayar sendiri oleh pengguna.

AIDCNews : Bagaimana dengan pelaksanaannya ?

Pada saya, pemberian air percuma satu langkah yang baik. Tetapi pelaksanaannya tidak dibuat kajian yang menyeluruh. Kerajaan negeri terpaksa membelanjakan RM11 juta sebulan kerana menunaikan janji air percuma itu. Disebut dalam Selangorkini (portal milik kerajaan negeri), kerajaan negeri ‘kehilangan RM11 juta sebulan’ kerana memberi air percuma kepada rakyat.

Dan pemberian air percuma ini mesti ditulis dalam bil pelanggan yang ditanggung oleh kerajaan negeri sebanyak RM11.40 sedangkan kerajaan pusat tidak buat begitu ketika memberi subsidi beras, gula, minyak dan sebagainya.

Pemberian air percuma pula merangkumi semua rakyat Selangor tanpa mengira golongan kaya atau miskin. Jadi golongan yang kaya yang ada rumah mewah, rumah banglo, kolam renang pun dapat air percuma. Golongan sederhana kaya pun dapat air percuma. Golongan miskin pun dapat.

Golongan yang dapat itu hanyalah yang memiliki meter individu sahaja. Mereka yang tidak guna meter individu, contohnya rumah pangsa kos rendah, rata-rata mereka golongan mereka berpendapatan rendah yang menggunakan meter pukal tidak dapat menikmati sepenuhnya pemberian subsidi air ini jika dibandingkan dengan yang memiliki meter sendiri.

Bayangkan subsidi Rm11.40 untuk 400 unit rumah pangsa kos rendah, sedangkan golongan yang kaya juga mendapat subsidi RM11.40 untuk sebuah banglo mereka. Jadi berlaku ketidakadilan.

Kemudian ada golongan miskin di kampung, golongan miskin di bandar, setinggan dan sebagainya, kebanyakan anak mereka ramai, jadi untuk mereka menggunakan air di bawah 20 meter padu ini agak mustahil. Kebanyakan mereka guna lebih daripada 20 meter padu, sampai 40 meter dan sebagainya. Jadi mereka hanya menikmati subsidi RM11.40 sen, yang selebihnya mereka tetap kena bayar sendiri.

AIDCNews : Kenapa SYABAS wujudkan Tabung Budi ?

Ada di kalangan golongan miskin tersebut tak mampu nak bayar bil. Bila tak mampu bayar, dalam sistem bil, nama mereka akan tersenarai sebagai bil tertunggak. Pegawai yang memotong bekalan air ini akan berpandukan kepada senarai tertunggak tersebut.

Kebetulan yang kena potong bekalan ini adalah orang yang susah. Jadi, bila kita semak dan siasat kenapa golongan ini tidak membayar bil, rupanya mereka ini golongan yang daif, anak ramai, pendapatan rendah.

Berdasarkan kepada siasatan itu, SYABAS mengambil inisiatif di kalangan orang yang mampu bersepakat menyerahkan kelayakan subsidi air kepada golongan yang betul-betul memerlukan. Maknanya, kita dapat air percuma RM11.40 sebulan. Jadi, RM11.40 ini kalau dikumpul sepuluh orang, kita akan dapat RM114.00, kalau dua puluh orang kita dapat RM228.00.

Ada sampai peringkat kita tolong jelaskan bil-bil tunggakan golongan susah itu, baiki paip-paip yang sudah lama dan pada masa yang sama kita biayai air mereka secara percuma selama 6 bulan. Bukan sekadar 20 meter padu tapi mengikut yang mereka pakai.

SYABAS hanya pemudahcara untuk mewujudkan Tabung Budi. Untuk mengkordinasi di kalangan penyumbang ini, kita mulakan dengan kakitangan. Kakitangan Pengurusan Kanan seramai 100 orang, kita serahkan hak kita (subsidi percuma) yang sudah diterima setahun lepas sebanyak RM138.00. Jadi, kita dapat sebanyak RM13,800.00 dan diserahkan kepada golongan yang sepatutnya. Mereka sangat terharu dan berterima kasih kerana masih ada orang yang sudi menyelesaikan masalah mereka.

Apabila usaha yang dibuat ini mendapat publisiti, maka semakin ramai orang berhajat untuk memberikan sumbangan ini. Kita tidak menerima sumbangan dalam bentuk wang tunai seperti sumbangan kepada tabung-tabung lain. Konsepnya adalah anda serahkan kelayakan mendapat bekalan air percuma kepada tabung ini.

AIDCNews: Bagaimana prosesnya ?

Kita dah tolak siap-siap bil air kita sebanyak RM11.40, yang kita bayar adalah baki selebihnya. Kita dah jimat di situ. Kita terima bil seperti biasa. Pemberian air percuma itu sudah ditolak.

Contohnya, kalau bil air anda RM51.40. Kemudian ditolak RM11.40, jadi baki yang perlu dibayar ialah RM40.00. Sepatutnya kita kena bayar RM51.40. Cuma perlu bayar RM40.00. Jadi kita sudah jimat sebanyak RM11.40. Penjimatan itulah yang kita serah kepada tabung ini.

Ini bermakna, kita tidak pulangkan kepada kerajaan tapi kita beri kepada Tabung Budi untuk disalurkan kepada orang yang benar-benar memerlukan. Sebab itulah kita wujudkan tabung ini untuk memudahkan mereka yang hendak menyerahkan hak ini seolah-olah menderma air percuma ini kepada orang yang benar-benar memerlukan.

Tabung ini mula mendapat sambutan dan kesedaran daripada orang ramai. Kita ada jawatankuasa yang menilai siapa yang layak menerima sumbangan ini. Kelayakan ini dinilai berdasarkan pendapatan isi rumah, keadaan rumah dan sebagainya.

Ini bukan pembiayaian oleh SYABAS tapi oleh orang yang mendermakan hak kelayakan air percuma mereka. Sebab itulah diwujudkan Tabung Budi yang dibuka kepada orang ramai seperti yang dilakukan oleh kakitangan SYABAS dan Puncak Niaga.

AIDCNews : Adakah wujud suara-suara tidak puas hati tentang Tabung Budi ?

Tabung Budi ini mungkin menjadi satu tamparan kepada kerajaan negeri yang mengatakan ini merupakan satu tindakan yang jauh lebih baik daripada apa yang telah dilakukan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Mungkin ada pihak-pihak yang menidakkan kewajaran Tabung Budi ini dengan memberi notis supaya menutup tabung ini kerana melanggar syarat-syarat perjanjian penswastaan.

Kalau syarikat-syarikat luar negara, boleh mewujudkan CSR melalui program-program kebajikan, kenapa usaha yang dibuat oleh SYABAS ini harus dipertikaikan. Sedangkan SYABAS bertindak sebagai pemudah cara dalam pengagihan sumbangan ini.

Ini konsep ‘Dari Rakyat kepada Rakyat’. Bukan dari “SYABAS kepada Rakyat” atau “Dari Kerajaan Kepada Rakyat”. Ini berbeza sama sekali.

Oleh kerana ketidakfahaman konsep inilah, maka ada pihak yang mempertikaikan kewajaran Tabung Budi ini kerana dianggap sebagai satu tamparan dalam mengstrukturkan semula siapa yang patut diberi air percuma ini.

Kalau dilihat dari sudut positif, kita sebenarnya melengkapkan pemberian air percuma oleh kerajaan negeri. Kalau kerajaan negeri tidak memberi air percuma, Tabung Budi ini tidak akan wujud.

Kalaulah Tabung Budi ini dibatalkan, akan memberi implikasi kepada dua pihak. Kedua pihak itu tidak ada kena mengena dengan SYABAS. Pertama, pihak yang menerima dan kedua pihak yang menyumbang.

Ada juga tuduhan yang mengatakan Tabung Budi ini untuk membiayai operasi SYABAS dan sebagainya. Kalaulah dalam Tabung Budi ini ada RM50 juta atau RM100 juta dan sebagainya, logiknya duit ini akan digunakan untuk membayar gaji pekerja dan kos operasi, sedangkan ini duit rakyat. Logik, kalau ada pemikiran begitu walaupun benda itu tidak berlaku.

Setakat ini, kutipan tabung ini hanyalah ada RM200,00.00. Dari RM200,00 inilah diagih-agihkan kepada rakyat yang layak menikmatinya. kemudian, tidak ada, kos-kos pengurusan pun. Kalau RM100,000 kita kutip, RM100,000 itulah yang kita agih-agihkan. Tidak ada kos kakitangan yang urus tabung tersebut atau kos sewa premis. Tidak ada.

Sebab itu tidak ada kewajaran untuk membatalkan tersebut. SYABAS mempertahankan tabung ini untuk kebajikan rakyat.

AIDCNews: Setakat ini macam mana keberkesanan Tabung Budi membantu rakyat?

Bantuan kepada orang ramai ini bergantung kepada sumbangan. Contohnya, semasa tabung ini mula-mula ditubuhkan, kita hanya ada RM13,000.00 sahaja. Jadi, kita agihkan mengikut kapasiti RM13,000.00.

Sewaktu dilancarkan pada September lepas, 14 keluarga yang layak mendapat sumbangan ini. Selepas ini, kita akan buat penyerahan tiap-tiap minggu. Contohnya, kita telah serahkan sumbangan ini kepada tiga keluarga yang dikategorikan sebagai miskin bandar.

Saya anggap kita sebagai pemudahcara. Contohnya, kalau kita mahu menderma kepada sesebuah masjid. Mestilah ada tabung untuk memudahkan kita. Begitu jugalah dengan peranan yang dimainkan oleh SYABAS. Kita sediakan kemudahan itu.

AIDCNews : Benarkan SYABAS secara semborono menaikkan tarif air ?

Tarif air ini tidak boleh dinaikkan sewenang-wenangnya macam kita menjual cendol. Ia mestilah diwartakan oleh Kerajaan Negeri. Ia mesti dipersetujui oleh semua pihak. Mesti dipersetujui tiga pihak iaitu SYABAS, Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri.

SYABAS telah ada perjanjian dengan kerajaan negeri berkenaan terma-terma tarif air serta KPI ditetapkan untuk kenaikan tarif air tersebut. Setelah dua tahun pertama beroperasi, SYABAS lulus KPI yang ditetapkan oleh kerajaan negeri itu. Itupun dikira lambat setahun daripada yang sepatutnya. Tetapi, kerajaan negeri waktu itu gentleman, seperti dalam perjanjian, kalau tak dapat naik tarif, mereka akan bagi pampasan. Dan pampasan itu diberikan.

AIDCNews : Sesetengah negeri pengurusan air bermasalah, bagaimana dengan Selangor ?

Tiap-tiap negeri ada pengurusan air mereka sendiri. Sebelum ini, tiap-tiap negeri berada di bawah Jabatan Bekalan Air yang dipecahkan daripada Jabatan Kerjaraya.

Kebanyakan industri air ini menghadapi masalah. Masalah yang asas. Pertama sekali, dari segi tarif air. Memang di mana-mana pun tarif air itu rendah. Kebanyakan tak dapat menampung kos pengurusan. Mungkin pengurusan biasa itu cukup. Tapi untuk peningkatan kualiti dan sebagainya ini tidak cukup.

Misalnya, paip-paip lama perlu diganti. Paip-paip lama ini menyumbang kepada kualiti air. Masalah paip pecah, kebocoran dan sebagainya. Apabila berlaku paip pecah, pengguna juga akan menghadapi masalah.

Keduanya, pihak pembekal juga akan menghadapi masalah dari segi kehilangan air tanpa hasil. Sewaktu SYABAS ambil alih dulu, kadar kehilangan air tanpa hasil sebanyak 42 peratus. Maknanya air hilang, tidak sampai kepada pengguna. Misalnya, jika 100 peratus pengeluaran air, hanya 48 peratus sahaja yang sampai kepada pengguna, yang selebihnya hilang. Jadi, air yang tidak dibilkan sama ada kerana paip bocor, kecurian air dan sebagainya

Maknanya, yang boleh disalurkan kepada pengguna ini, hanya 48% sahaja, sebab 42% hilang disebabkan paip pecah, bocor dan sebagainya. Ini akan menyumbang masalah-masalah kepada syarikat bekalan air ataupun jabatan-jabatan bekalan air. Jadi, untuk mengelakkan masalah-masalah ini, memerlukan kos yang tinggi termasuklah penggantian paip.

Polisi dan tarif air setiap negeri berbeza-beza. Beberapa negeri masih ditadbir oleh Jabatan Bekalan Air melainkan beberapa negeri yang diperbadankan. Contohnya di Pulau Pinang. Selangor juga diperbadankan pada satu ketika dahulu, dan di Johor telah diswastakan kepada Syarikat Bekalan Air Johor. Kemudiannya Selangor mengikuti langkah Johor diswastakan untuk memberikan kecekapan kepada pentadbiran air tersebut.

AIDCNews : Sejarah penswastaan air di Selangor ?

Mula diswastakan pada tahun 1996 dimulai dengan loji-loji rawatan. Dari segi edaran, Jabatan Air Selangor telah diperbadankan menjadi Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS). Tapi masih berhadapan dengan masalah-masalah asas yang saya sebut tadi, PUAS berhutang sebanyak 4.2 bilion dengan syarikat-syarikat pembekal air seperti Puncak Niaga, SYABAS Konsortium dan Syarikat Pengeluar Air Selangor Berhad (SPLASH).

Hutang ini melibatkan lebih 2 bilion, kemudian ditambah pula dengan hutang-hutang yang tidak dapat dijelaskan kepada kontraktor-kontraktor. Kontraktor ini bekerja setiap hari di mana ada paip pecah di situ lah mereka bekerja. Ini sahaja menelan kos lebih kurang RM500 juta.

Kemudian, hutang Kerajaan Negeri Selangor masih berhutang dengan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM700 juta kerana hendak menyelamatkan PUAS ketika itu.

Disebabkan masalah-masalah ini, SYABAS ditawarkan untuk mengambil alih tadbir urus air di Selangor melalui penswastaan.

Sebagai anak Selangor yang rasa bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang baik, memulihkan industri bekalan air Selangor, YBhg Tan Sri Razali sanggup mengambil tanggungjawab tersebut.

Seolah-olah, mengambil alih sebuah banglo yang buruk, lama dan usang, sedangkan banglo tersebut mempunyai hutang yang banyak di bank. Setelah diambil alih, SYABAS strukturkan semula sistem penyelesaian masalah hutang tersebut. Kemudian dibaiki menjadi lebih elok dan akhirnya, banglo itu menjadi cantik.

AIDCNews : Ketidakcekapan pengurusan pentadbiran akan membantutkan pengurusan air kepada pengguna ?

Perkara utama menambahkan kecekapan sistem pungutan hutang. Hutang-hutang ini sekiranya tidak dijelaskan, empat organisasi mungkin akan berhadapan masalah.

Pada masa dulu, PUAS mengalami masalah kewangan. Kemudian tiga syarikat yang membekalkan air (Puncak Niaga, SYABAS dan SPLESH) juga tidak mendapat pembayaran. Bila tidak mendapat bayaran, syarikat ini juga menghadapi masalah untuk membayar gaji kakitangan mereka.

Ini untuk kos-kos operasi dan baik pulih. Di Selangor dan Kuala Lumpur, ada 23, 000 km paip. Jadi, nak ganti paip-paip lama ini kepada paip-paip baru untuk memastikan bekalan air bersih, berkualiti, tidak berkarat dan tidak pecah, semua ini memerlukan kos yang tinggi.

Jadi, waktu itu, industri ini tidak dapat mengeluarkan dana untuk menampung kos tersebut. Malahan, kakitangan pun tidak mencukupi. Macamana nak tambah kakitangan kalau dana pun tidak mencukupi. Sedangkan 7 juta orang pengguna, berbanding dengan 1,500 orang kakitangan.

Dengan penswastaan ini, struktur tersebut dapat disusun semula. Dari segi hutang, pusat perkhidmatan pelanggan (PUSPEL), dan rancangan penggantian paip-paip lama untuk mengelakkan kehilangan air tanpa hasil.Kita sudah kenalpasti, lebih kurang 6000 paip jenis mudah pecah perlu diganti. Ini semua melibatkan kos.

SYABAS juga dapat memberi peluang pekerjaan kepada kontraktor-kontraktor. Malah, memberi peluang pekerjaan kepada 1,500 orang anak-anak Selangor.

Hari ini, rata-rata mengatakan perkhidmatan SYABAS jauh lebih baik daripada sebelum ini. Seperti konsep rumah banglo yang saya katakana sebelum ini, kenapa rumah yang cantik ini harus diberikan kepada orang lain?

Kenapa industri air ini diswastakan kepada SYABAS ? Jadi, ramai yang tak tahu. Segala perbelanjaan untuk peningkatan kualiti telah dibiayai. Untuk memastikan semua ini beroperasi dengan baik, kita pinjam duit bank, pinjaman mudah dengan pihak kerajaan dan lain-lain.

Dalam perjanjian ini, sudah tentulah ada syarat-syaratnya. Maknanya, kalau berdasarkan tarif yang sedia ada, mungkin kita tak dapat buat semua ini. Boleh kita buat pinjaman bank, tapi macam mana nak membayarnya kembali ?.

Transkrip selanjutnya selepas ini, benarkah kerajaan negeri berusaha mengambil alih semula pengurusan air di Selangor ? Benarkah kerajaan negeri serius atau sekadar mempolitikkan isu air ?

AIDCNews difahamkan terdapat grand design besar yang sedang disusun oleh Penasihat Ekonomi Selangor dalam mengekploitasi isu air di Selangor. Apakah grand design itu ?

1. Adakah Penasihat Ekonomi mahu mencari alasan untuk memberhentikan pemberian subsidi air yang melibatkan kerugian kerajaan negeri sebanyak 11 juta sebulan ?

2. Adakah Penasihat Ekonomi mahu mencari justifikasi untuk mengambil alih pengurusan air dengan menukar CEO sekarang yang diterajui Melayu kepada CEO berbangsa lain seperti mana yang pernah dilakukan terhadap PKNS ?

Ikutilah temubual selanjutnya dalam Siri II nanti! InsyaAllah.

Oleh : AIDCNews

Juragan Malawati..

Ahad, 5 Disember 2010

Sultan Murka : Kerajaan Selangor pimpinan MB Khalid hanya mendapat markah separuh!

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyifatkan markah separuh daripada skala 10 yang diberikan Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebagai cerminan keadaan yang berlaku sekarang.

Pengerusi Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (MGPSS), Datuk Mat Yasir Ikhsan berkata, titah baginda itu tidak keterlaluan dan menggambarkan pentadbiran kerajaan negeri sekarang lebih menampakkan kerosakan dan kemusnahan, tidak seperti slogan 'negeri kebajikan' yang dilaungkan sebelum ini.

Menurutnya, tindakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang lebih gemar mempolitikkan semua isu yang berlaku adalah antara punca mengapa corak pentadbiran di negeri ini kurang disenangi pihak istana.

''NGO di negeri ini melihat semua titah baginda seperti yang disiarkan dalam Mingguan Malaysia hari ini adalah untuk menjaga masa depan orang Melayu kerana terlalu berpolitik akhirnya menyebabkan golongan paling terjejas ialah orang Melayu sendiri.

''Keadaan itu berlaku kerana PKR tidak memberi fokus kepada pembangunan orang Melayu tetapi sering kali mengalihkan pandangan menutup kelemahan mereka selain berpolitik demi kepentingan mereka sendiri," katanya.

Mat Yasir menyatakan demikian ketika diminta mengulas wawancara eksklusif dengan Sultan Selangor yang disiarkan Mingguan Malaysia hari ini.

Mat Yasir berkata, dari segi moralnya, Menteri Besar perlu melepas atau meletakkan jawatan sebagai anggota Ex-Officio Ahli Dewan Diraja Selangor kerana beliau ialah pemimpin PKR yang antara teras perjuangannya mahu menghapuskan konsep ketuanan Melayu.

''Menteri Besar harus berbuat demikian kerana pelantikan beliau sebagai anggota dewan tersebut adalah atas budi bicara sultan,'' katanya.

Sementara itu, Presiden Majlis Belia Selangor (MBS), Datuk Faizal Abdullah berpendapat, titah Sultan Selangor tersebut adalah mengatasi kepentingan politik atau bersikap pilih kasih kerana baginda turut menegur corak pentadbiran Barisan Nasional (BN) ketika memerintah negeri itu dahulu.

Yang menjadi persoalan sekarang adalah jika MB Khalid tidak mahu meletakkan jawatan secara sukarela, sanggupkah beliau menjadi pelindung kepada Ketuanan Melayu di negeri Selangor walaupun rakyat sudahpun mengetahui parti yang diwakili oleh MB Khalid sekarang secara total menolak Ketuanan Melayu!

Fikir-fikirkan lah..!!!

Juragan Malawati..

Sabtu, 4 Disember 2010

Jom bersama-sama gelombang GAPS ke Istana Negara pagi ini!


Ayuuhhhh...!!! Bangkit Selangor..!!...Bangun Berjuaaaang....!!

Kepada rakyat negeri Selangor yang cintakan negerinya. Marilah kita bersama-sama menyertai GAPS - ( Gagasan Anti Penyelewengan Selangor ) untuk menyerahkan bukti senarai 30 penyelewengan kerajaan Khalid Gagap yang ditunggang DAP selama lebih dua tahun kepada Istana Negara!

Bermula pagi ini Ahad 5 Disember 2010, jam 11 pagi, di tempat letak kereta Stadium Merdeka Kuala Lumpur. Berhimpunlah rakyat Selangor yang sudah jelek dan mual dengan kerakusan dan tingkah laku penyamun-penyamun Pakatan Rakyat yang diketuai oleh PKR dan didalangi oleh DAP bagi memunggah kekayaan hasil bumi Selangor untuk mengisi tembolok sendiri...!!!!

Ayuuhhhh...! Bersama-sama sertai GAPS berarak ke Istana Negara!

Hidup Melayu! Hidup Ketuanan Melayu! Hidup Raja-raja Melayu! Daulat Tuanku!

Juragan Malawati..

Khamis, 2 Disember 2010

Kenaikan Tarif Air: Antara Realiti dan Agenda Politik!














1. Ahad ini Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan demontrasi jalanan untuk menghantar memorandum kepada Yang Di Pertuan Agong untuk membantah kenaikan tarif air yang diminta oleh Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

2. Mengikut perjanjian penswastaan antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan Syabas yang dirangka oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri pada 2005, tarif air dijangka akan naik sebanyak 37% pada 2009, 25% pada 2012, 20% pada 2015, 10% pada 2018 dan 5% pada 2021. Dijangkakan selepas 2021 tiada lagi kenaikan berikutan kos pembinaan dan penggantian infrastruktur seperti paip dan loji air tiada lagi.

3. Untuk rekod, sebelum perjanjian ditandatangani, kerajaan negeri pernah menyatakan kurang senang mengenai kenaikan seperti ini, namun perancang ekonomi menyatakan bahawa perjanjian yang membabitkan kenaikan seperti ini perlu bagi membolehkan Syabas mendapatkan dana sama ada melalui bon atau pinjaman bagi membiayai proses penggantian paip air lama sepanjang 6000 KM dan membabitkan kos sebanyak RM 2 bilion.

4. Namun beberapa syarat telah dikenakan kepada Syabas termasuk syarat yang mengkehendaki Syabas menggunakan paip buatan tempatan dan mengadakan tender terbuka untuk kerja-kerja penggantian paip. Pada 2007, saya telah menyatakan kepada umum bahawa Syabas melanggar syarat konsesi dengan membeli paip dari Indonesia dan memberi tender secara runding terus. Ini terbukti dalam laporan Audit Negara 2009.

5. Atas asas ini sahaja Syabas tidak layak meminta kenaikan tarif air sebanyak 37% yang sepatutnya berlaku pada 2009. Malahan, saya juga ragu-ragu Syabas telah berjaya mengatasi isu kehilangan air atau non-revenue water (NRW)seperti yang disyaratkan.

6. Kenaikan Tarif Air seperti yang diuar-uarkan oleh kerajaan negeri hanyalah satu mainan politik kerana sebarang kenaikan tarif air perlu dipersetujui oleh Panel Penentuan Tarif Air yang membabitkan wakil Kerajaan Negeri, Persekutuan dan Syabas.

7. Justeru walau apa tuntutan dan dakwaan Syabas, tidak mungkin akan berlaku kenaikan tarif sebelum ia diluluskan oleh Panel ini. Saya juga tidak fikir Kerajaan Persekutuan pun akan bersetuju dengan kenaikan tarif ini.

Kerajaan Negeri Menipu Rakyat

8. Justeru mengapa perlu berdemontrasi dan menghantar memorandum ke Istana Negara? Jelas ia hanyalah agenda politik Pakatan yang sekarang ini terdesak dengan konflik dalaman dan mahu mengalih fokus umum daripada masalah dalaman parti dan pimpinan mereka.

9. Namun persoalan yang sepatutnya rakyat tanya ialah benarkah Kerajaan Negeri ada kemampuan kewangan untuk mengambil alih semua syarikat dalam industri air ini? Dan persoalan lebih penting ialah apakah kerajaan negeri boleh memberi jaminan ia mampu melakukan proses penggantian paip lama, merawat air dan menyediakan perkhidmatan yang efisyen tanpa sebarang kenaikan tarif?

10. Persoalan ini perlu ditanya kerana saya mengesan telah beberapa kali kerajaan negeri memberi pendirian yang berbeza dalam isu air ini.

11. Misalnya kerajaan negeri mengajak rakyat keluar menghantar memorandum kepada Agong membantah kenaikan tarif air. Ia memberi gambaran seolah-olah tiada kenaikan tarif jika kerajaan negeri mengambil alih.

12. Namun dalam risalah "Kenapa Selangor Mahu Urus Air Sendiri" [Selangorkini, Edisi Ringkas, Bilangan 3] yang diterbitkan oleh Kerajaan negeri, ia menyatakan, "Kerajaan Negeri Selangor Menawarkan "model Holistik" yang tidak membebankan rakyat.

"Melalui model ini, kenaikan tarif air boleh dibuat tidak melebihi 12 peratus setiap tiga tahun."

13. Jika syarat dengan Syabas, kenaikan akan berlaku hanya sehingga 2021, namun melalui kerajaan negeri kenaikan 12% setiap tiga tahun ini seolah-olah tiada had tempoh dan boleh menjadi berpuluh kali ganda lebih tinggi dari perjanjian sedia ada.

14. Pada bulan Sepetember 2010, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata bahawa kerajaan negeri menentang kenaikan tarif tetapi tidak menolak kemungkinan kenaikan tarif air sebanyak 10-15%.

"If we restructure the management of water services, the price of water will be sustained and even if there is a hike, it would only be about 10%-15%," he said.
- The Sun

15. Dalam satu sidang akhbar selepas sidang Dewan Negeri Selangor yang lalu, Khalid sekali lagi menyatakan kemungkinan kenaikan tarif air sebanyak 15%.

"Jika harga (air) sekarang 57 sen, had kenaikan saya ialah 15 peratus, kata Khalid pada sidang media di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini."
- themalaysianinsider.com

16. Justeru adalah satu pembohongan untuk Khalid mendakwa dan menyeru rakyat keluar berdemontrasi dan menyokong usaha kerajaan negeri mengambil alih industri air jika tidak mahu tarif air dinaikkan. Khalid sendiri beberapa kali memberi kenyataan yang membawa maksud bahawa kenaikan tarif air satu kemestian.

Air Lebih Murah Di Bawah PAAB

17. Pada hemat saya, sekiranya Perbadanan Aset Air Berhad dibenarkan mengambil alih semua aset air kerajaan negeri dan Akta Industri Air 2006 dapat dilaksanakan mulai 1 Januari 2011 seperti yang dirancang semua isu kenaikan tarif air dalam perjanjian konsesi dengan Syabas tidak lagi relevan dan tidak akan dilaksanakan.

18. Ini kerana kos pengurusan dan penyelenggaraan aset air akan dilakukan oleh PAAB dan boleh melalui proses subsidi kerajaan sekaligus ia akan mengurangkan kos keseluruhan industri air terawat ini.

19. Selain itu, melalui Akta ini, Kerajaan Persekutuan akan mengeluarkan lesen baru kepada pengendali air di seluruh negara. Ini bermakna syarat dan perjanjian baru akan dilaksanakan dan kemungkinan besar kenaikan tarif yang sangat minima di bawah 10% boleh dilakukan oleh pengendali air di Lembah Klang.

20. Justeru saya berharap janganlah kerajaan negeri memeperalatkan rakyat dan mengelirukan fakta seolah-olah mereka mampu mengekalkan tarif air sedia. Jangan kelirukan masyarakat dengan isu air sedangkan hakikat sebenar ialah mereka mahu menutup kepincangan parti mereka dan pentadbiran negeri Selangor hari ini.

Oleh : Dato'Seri Dr.Mohammad Khir Toyo

Juragan Malawati..