UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 29 Mei 2012

'Jangan pertaruh nasib negara' - Tunku Aziz!



Mentadbir sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia bukan tugas mudah dan hanya parti atau kerajaan yang mempunyai pengalaman serta rekod cemerlang sahaja mampu meneruskan keharmonian yang dinikmati pada hari ini.

Justeru rakyat tidak boleh membuat eksperimen terhadap nasib dan masa depan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesilapan membuat keputusan bakal menjerumus Malaysia ke dalam situasi tidak menentu seandainya parti dipilih belum bersedia.

Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat rumusan itu berkata, sehingga kini pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) masih lagi bertelagah mengenai soal pembahagian jawatan sehingga gagal membentuk Kabinet bayangan.

Katanya, sebagai sebuah parti yang mahu memerintah negara ini, pakatan pembangkang sepatutnya sudah menyelesaikan soal pembahagian tersebut lebih awal dan bukan hanya akan berbuat demikian selepas mereka berjaya menawan Putrajaya.

"Kalau mereka berjaya menawan Putrajaya dan pada masa itu bertelagah siapa akan jadi Perdana Menteri dan siapa Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan apa yang akan diserah kepada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, apa akan jadi kepada negara?

"Sebaik sahaja anda (pembangkang) melangkah ke Putrajaya, rakyat mahu tahu (senarai Kabinet) atau dalam kata lain negara tidak boleh tunggu. Sebab itu saya cakap mentadbir Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bukan tugas mudah, ia tugas yang sangat kompleks.

"Tapi semua parti akan mendakwa mereka layak dan kalau begitu (dalam kes pembangkang) tunjukkan dulu Kabinet bayangan bagi memberi keyakinan kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Bandar Sri Damansara, di sini hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan terbuka Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri, Tunku Abdul Aziz berkata, pengisian jawatan pemimpin nombor satu negara perlu dibuat mengikut konvensyen dan amalan sedia ada.

Walaupun Perlembagaan Persekutuan tidak mensyaratkan Melayu sebagai Perdana Menteri tetapi katanya, jawatan tersebut seharusnya kekal diisi orang Melayu kerana jawatan itu merupakan 'menteri pertama' kepada Yang di-Pertuan Agong.

"Yang di-Pertuan Agong Islam dan selaku 'menteri pertama' kepada beliau sudah tentu Seri Paduka mahu Perdana Menteri berada bersama dalam majlis keagamaan Islam tetapi bagaimana kalau Perdana Menteri bukan Melayu, ini realiti yang perlu diakui," katanya.-UMO

Juragan Malawati..

Isnin, 28 Mei 2012

Undi parti masuk syurga fatwa sesat!



Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi menegaskan, fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.

Menurut Profesor Jurusan Akidah, Mazhab dan Firaq, Universiti Ummul Qura, Mekah itu, ia tidak sepatutnya keluar daripada mulut orang yang berakal, lebih-lebih lagi dari seorang muslim yang peka dirinya diawasi Allah dalam setiap percakapan serta perbuatan.

Jelas beliau, syurga adalah nikmat, rahmat dan kelebihan yang dikurnia Allah kepada sesiapa yang dapat melaksanakan tuntutan ubudiyah bukan kepada mana-mana pengundi manakala neraka pula adalah azab Allah ke atas mereka yang sesat, kufur atau syirik.

''Antara amalan ketaatan kepada Allah dan penolakan daripada apa yang telah dilarang ialah menolak kepuakan dan menjauhi kepartian. Tidak ada dalil al-Quran dan Sunah untuk melibatkan diri dengan kepartian atau menjadikannya jalan kepada perkara baik dan betul.

''Bahkan ia adalah bidaah dari Barat (iaitu kepartian). Ia tidak wujud pada umat Islam dalam kurun terawal (zaman Rasulullah SAW, para sahabat dan at-tabiin),'' katanya dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia yang disiarkan hari ini.

Sulaiman yang kemudiannya ditanya tentang seruan pemimpin parti tertentu terhadap kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama berkata, pendapat itu adalah kufur dan golongan yang berpegang dengan pendapat sedemikian di zaman silam ialah Ikhwan Safa.

Mereka ini katanya, terdiri di kalangan Syiah Batiniyah yang muncul di abad ketiga Hijrah serta telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali kerana berkata secara literal bahawa : ''Pandangan kami mencakupi semua mazhab dan agama kami mencakupi semua agama.''

''Pendapat itu adalah suatu kekufuran kerana agama yang sebenarnya di sisi Allah ialah Islam sahaja dan tiada agama lain yang setanding dengannya. Pada zaman moden ini lahir doktrin Freemason yang menyeru supaya mengingkari semua agama atau menyeru kepada penyatuan semua agama dalam satu mazhab.

''Ini adalah perbuatan murtad dan keluar dari agama Allah,'' tegas beliau.

Mengenai usaha menumbangkan kerajaan sedia ada di negara ini serta menyeru supaya diadakan demonstrasi jalanan, katanya, usaha itu bukanlah jalan kedamaian.

''Agama rasmi Malaysia adalah Islam dan syiar Islam (di negara ini) adalah nyata. Maka adalah menjadi kewajipan untuk nasihat menasihati dan membuat perdamaian. Ini adalah Manhaj (Prinsip Dasar) Nabi Muhammad SAW.

''Manakala demonstrasi jalanan adalah meniru perbuatan Barat yang jauh lebih banyak mendatangkan kerosakan dan kemudaratan ke atas umat Islam daripada kebaikan yang diharapkan,'' jelasnya.


Sementara itu, Sulaiman ketika memberi reaksi terhadap kaedah kafir mengkafir yang digunakan oleh sesetengah orang Islam dan ahli politik untuk memancing undi berkata, ia tidak dibenarkan terutama jika digunakan terhadap seorang muslim yang masih lagi mengamalkan amalan Islam yang zahir serta masih mengucap dua kalimah syahadah.

Katanya, sesiapa yang menggunakan pendekatan itu terhadap umat Islam maka tuduhan tersebut akan kembali kepadanya sebagaimana yang telah disabdakan Rasulullah SAW yang bermaksud : ''Sesiapa yang berkata kepada saudara Islamnya 'Wahai Kafir' tuduhan itu akan kembali kepadanya.''

''Adalah menjadi suatu kewajipan ke atas setiap muslim untuk berbaik sangka dengan saudara seIslam dan bergaul dengan cara yang baik,'' jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menegaskan seseorang muslim tidak dibenarkan untuk bersepakat dengan mana-mana orang bukan Islam dalam apa jua keadaan sekalipun untuk menentang saudara seagama.

Kata beliau, sejarah dengan jelas telah membuktikan minoriti bukan Islam tidak akan mengundi untuk parti Islam melainkan jika parti Islam itu berkompromi sesuatu dari agama dan perbuatan tersebut boleh mendatangkan bahaya besar kepada umat Islam.

Sementara itu : Tarik balik 'fatwa' undi Pas masuk syurga - Fathul Bari

Pas perlu menarik balik 'fatwa' mengatakan individu yang mengundi parti itu akan mendapat balasan syurga kerana ia ternyata terkeluar daripada ajaran Islam.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja, Himpunan Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya berkata, hanya Allah SWT yang berhak menawarkan ganjaran syurga dan bukannya Pas.

Ini kerana katanya, Pas yang lahir daripada sistem demokrasi Barat hanyalah sebuah parti politik dianggotai oleh manusia biasa serta tidak lari daripada melakukan sebarang kesilapan.

"Adakah Pas itu sempurna sehingga melayakkan parti politik tersebut menjanjikan syurga kepada para ahli dan pengundinya?

"Demi kekuasaan, Pas sanggup menjanjikan syurga. Adakah kuasa politik boleh menjanjikan sesuatu yang setaraf dengan Allah SWT? Pas perlu tarik balik kenyataan undi Pas boleh masuk syurga," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas wawancara Mingguan Malaysia dengan Ahli Majlis Fatwa Masjidil Haram, Sheikh Dr. Sulaiman Saloomi yang antara lain menegaskan fatwa propaganda yang mengatakan seseorang itu akan masuk syurga jika mengundi parti tertentu adalah suatu kejahilan, kebodohan dan kesesatan.


Sheikh Sulaiman yang juga Profesor di Universiti Ummul Qura, Mekah turut menegaskan parti politik Islam perlu bersatu dengan parti nasionalis dari kalangan umat Islam demi kesejahteraan umat kerana kerjasama dengan parti politik bukan Islam membahayakan akidah Islam itu sendiri.

Selain itu, beliau memberitahu, mana-mana pemimpin Islam yang menyokong kepelbagaian agama dan mengatakan semua agama adalah sama telah dihukum kafir oleh semua ulama Hanafi, Shafie, Maliki dan Hambali.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat (Muafakat), Ismail Mina Ahmad pula berkata, Islam bukan agama yang boleh digunakan dengan jenama dan slogan tertentu bagi mengejar kepentingan politik.

Katanya, golongan yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri wajar ditolak kerana perbuatan itu jelas membelakangi prinsip dan hukum syarak.

''Kenyataan undi sesuatu parti akan masuk syurga bukan satu fatwa tetapi ia merupakan retorik politik untuk menarik sokongan pengundi.

''Fatwa adalah sesuatu hukum yang disepakati oleh para ulama berlandaskan al-Quran dan al-Sunah, sebaliknya jika dikeluarkan untuk kepentingan diri sendiri, patut ditolak,'' katanya.

Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria melahirkan kekecewaan terhadap keputusan Pas untuk tidak bermuzakarah dengan UMNO.

Katanya, tindakan Pas yang lebih sanggup bekerjasama dengan DAP nyata tidak selari dengan ajaran Islam. -UMO

Juragan Malawati..

Khamis, 24 Mei 2012

Anwar Bengang MB Khalid Nak Cantas Rumah Urut Di Selangor!



Sejak tahun pertama Khalid Ibrahim dinobatkan sebagai MB Selangor serta Ronnie Liu ditabalkan sebagai Exco PBT kita telah bercakap mengenai bilangan rumah-rumah urut yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di Selangor. Kini setelah empat tahun dan tahun terakhir sebelum PRU diadakan,tiba-tiba semalam Khalid Ibrahim buka mulut dan bersuara mengenai rumah urut.

Kerajaan negeri Selangor akan mengambil tindakan tegas termasuk risiko merampas hartanah pemilik premis rumah urut jika membenarkan premis mereka terus digunakan untuk menjalankan perkhidmatan tersebut. Menteri Besar Selangor,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata tindakan merampas hartanah pemilik premis rumah urut itu boleh dilaksanakan mengikut undang-undang sedia ada. Beliau menegaskan ini bermakna tindakan berkenaan bukan sahaja boleh dikenakan kepada pengendali perniagaan rumah urut malah pemilik premis rumah urut tersebut juga boleh dikenakan tindakan.

“Kita tegaskan jika mereka melanggar undang-undang bukan sahaja bisnes itu sahaja yang disita, malah bangunan, hartanah akan turut dirampas.Jadi risiko untuk menjalankan perniagaan ini mestilah di tangan semua pihak iaitu mereka yang menjalankan perniagaan dan yang memiliki premis tersebut,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata,pertemuan akan diadakan pada minggu depan bersama pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membincangkan kaedah pencegahan rumah urut yang semakin berleluasa di Selangor.

Empat tahun Khalid membisu dan menghalalkan rumah-rumah urut haram di Selangor. Berbuih sudah kita bercakap mengenainya dan sudah lama orang ramai marah.Kini disaat pilihanraya sudah berada di selekoh tiba-tiba Khalid Ibrahim menunjukkan keseriusannya tentang rumah-rumah urut. Ini beerti akhbar yang musuh nombor satu PKR selama ini berjaya mempengaruhi fikiran Khalid Ibrahim dan Khalid juga mengesahkan apa yang dilaporkan oleh Utusan Malaysia pada Isnin 21 Mei 2012 adalah benar.

Khalid sendiri dalam sidang medianya mengakui rumah urut yang semakin berleluasa di Selangor.Jika dizaman pemerintahan BN dulu,kebanyakan lesen rumah urut dikeluarkan di kawasan-kawasan yang majoritinya bukan orang islam. Tapi kini dizaman pemerintahan PKR bilangan orang sakit urat semakin bertambah hinggakan rumah urut menjalar tumbuh ke kawasan MB sendiri di Kuala Selangor iaitu kawasan yang majoritinya orang-orang melayu.


Persoalannya kini,mampukah Khalid bertindak ke atas rumah-rumah urut berkenaan jika tanpa restu Ronnie Liu ? Adalah sesuatu yang mustahil jika tanpa restu Ronnie Liu Khalid boleh ambil tindakan. Semua rumah-rumah urut di Selangor berada dalam tangan Ronnie dan Ronnie telah mengutip wang-wang perlindungan dari mereka untuk kegunaan DAP.

Jika Ronnie tidak mempertahankan rumah-rumah urut berkenaan daripada disita atas arahan Khalid Ibrahim, pasti Ronnie akan menemui ajal di tangan samseng-samseng cina. Bukan setakat menemui ajal , DAP juga akan kalah teruk di Selangor dalam PRU.

Kesimpulannya rakyat Selangor dengarlah sahaja apa yang diucapkan Khalid hari ini sebagai pemanis kata sahaja.Ianya tidak akan lebih dari itu. Dia hanya nak menunjukkan keprihatinannya supaya menjadi buah mulut rakyat menjelang pilihanraya.

Persoalannya disini adalah, adakah Khalid sudah meminta kebenaran dari Punahsihat Ekonomi Selangor ke nak cantas mencantas rumah-rumah urut nih..!!!










Juragan Malawati..

Isnin, 21 Mei 2012

Luar bandar sasaran baru pusat urut di Selangor?


Gambar : Kewujudan begitu banyak pusat urut di Kuala Selangor menimbulkan kebimbangan di kalangan penduduk tempatan.

Kebanjiran pusat atau rumah urut di bandar-bandar besar di Selangor bukan baru malah telah banyak diperkatakan sebelum ini. Walaupun pelbagai saranan supaya kewujudan pusat-pusat urut berkenaan dikawal dan dihadkan, ia terus berleluasa tanpa kesudahan.

Kewujudan pusat tersebut secara berlebihan mewujudkan saingan sengit sehingga memaksa pengusaha mencari `nilai tambah’ bagi memastikan pusat urut mereka sentiasa menjadi pilihan pelanggan.

Selain itu, saingan keterlaluan itu juga mendorong mereka mencari pasaran baru termasuk di luar bandar. Ianya bermula dari Kuala Selangor sehingga ke Sabak Bernam! Jika sebelum ini, Kuala Selangor terkenal kerana kelip-kelipnya, kini ia mempunyai tarikan baru apabila menjadi tumpuan pusat-pusat urut.

Tinjauan baru-baru ini mendapati bukan satu tetapi enam pusat urut beroperasi dalam satu kawasan perdagangan yang baru dibuka di pekan itu. Jumlah itu bertambah kepada lapan jika dua lagi pusat urut yang beroperasi di pekan kecil Sungai Buloh, kira-kira 10 kilometer dari sini, diambil kira.

Sementara itu : Penduduk pertikai tindakan PBT

Tindakan pihak berkuasa tempatan (PBT) yang begitu mudah meluluskan operasi pusat urut di daerah ini menimbulkan banyak persoalan kepada penduduk setempat.

Ahli Jawatankuasa Persatuan Penduduk Islam Bestari Jaya, Suhaidi Salleh berkata, tidak ada keperluan bagi sebuah daerah kecil di luar bandar yang 65 peratus penduduknya beragama Islam mempunyai begitu banyak pusat atau rumah urut.

''Untuk apa? Di sini perkhidmatan tukang urut tradisional di kampung-kampung pun masih banyak.

''Paling mendukacitakan ia mendedahkan anak-anak muda kita kepada persekitaran untuk terjebak ke lembah maksiat,'' katanya.

Beliau menambah, apa yang menghairankan, banyak permohonan pihaknya untuk menganjurkan program sihat disekat atau ditolak.

Sebaliknya, ujar beliau, operasi pusat urut seolah-olah kelihatan sangat untuk diluluskan.

''Kami gantung kain rentang untuk memaklumkan aktiviti agama diturunkan, kain rentang bagi tahu operasi rumah urut tidak diturunkan pula,'' katanya.

Seorang lagi penduduk, Mohd. Fairuz Kukoh berkata, sejak kewujudan pusat urut, remaja sudah pandai bercakap mengenai seks dan pelacuran, selain judi..!

''Perkara ini amat menakutkan dan bukan sahaja remaja bahkan golongan yang telah berkahwin juga mengalami keruntuhan rumah tangga akibat perkara ini,'' katanya.

Azman Shah Abdul Hamid berkata, pihak berkuasa perlu memperbanyak dan mengutamakan pembinaan tempat rekreasi untuk golongan remaja berbanding rumah urut.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Bermotor Speedway Kuala Selangor menambah, langkah itu dapat mengelak remaja terjebak dalam maksiat dan gejala sosial.

''Sekarang remaja di sini tidak ada tempat beriadah. Gelanggang futsal ada tetapi tidak diselenggara. Trek lumba juga tiada,'' katanya....!!!-UMO

Juragan Malawati..

Ahad, 20 Mei 2012

Halang program Irshad Manji!


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang melibatkan seorang pendukung lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), Irshad Manji diadakan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pihaknya memandang serius perkara itu dan meminta semua pihak menghalang sebarang program membabitkan wanita tersebut.

Katanya, kajian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati Irshad seorang yang berfahaman liberalisme, pluralisme dan feminisme selain mendukung hak LGBT di peringkat antarabangsa.

"Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) semalam telah bertindak menghalang satu program Irshad di sebuah kolej di Bandar Sunway.

"Usaha itu akan digerakkan ke seluruh negara kerana kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Multaqa Ulama dan Umarak Kedah 2012 anjuran Jakim di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dekat sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha dan Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah, Datuk Noh Dahya.

Menurut Jamil Khir, Irshad datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan bukunya bertajuk Islam, Liberty and Love yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

"Ideologi tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat," katanya.

Beliau berkata, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT seperti yang ditegaskan dalam Persidangan Sesi Ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lalu di Geneva, Switzerland.

"Jadi, semua umat Islam perlu berhati-hati dan sentiasa peka dengan pelbagai ideologi yang cuba diasak oleh kumpulan dan individu tersebut untuk mempengaruhi mereka," katanya.

Irshad, 43, penulis warga Kanada pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk The Trouble With Islam Today yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel The Satanic Verses, Salman Rushdie!

Juragan Malawati..

Khamis, 17 Mei 2012

Parasit Pas rela ulama diaibkan!



Sikap berdiam diri golongan parasit di dalam Pas berhubung komitmen barisan kepimpinan parti itu khususnya Dewan Ulama untuk melaksanakan hukum hudud tetapi ditentang oleh sekutu mereka, DAP, hanya menunjukkan mereka lebih rela kepimpinan ulama diaibkan.

Bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, kumpulan parasit di dalam Pas pada masa ini lebih selesa menyentuh isu hak asasi, pilihan raya bersih, mengambil pendekatan yang begitu liberal terhadap isu murtad serta keghairahan menuju ke Putrajaya.

‘‘Amat malang bagi sebuah parti Islam yang mempunyai barisan kepimpinan yang semakin liberal dan tidak menunjukkan sokongan padu serta kesungguhan yang jitu untuk melaksanakan hudud dan syariat Islam.

‘‘Malah sanggup pula melihat pimpinan ulama mereka diaibkan,’’ katanya melalui status Facebook terbaru beliau hari ini.


Beliau mengulas kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Harun Taib yang mula membayangkan kemungkinan parti itu tidak lagi akan meneruskan kerjasama dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR), apabila tiba masanya kelak.

Harun berkata, walaupun mengakui Pas tidak menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan kedua-dua parti itu, beliau tidak menafikan dasar perjuangan Pas sering mengundang bantahan daripada Pengerusi DAP, Karpal Singh.

Hasan berkata, sehingga kini belum ada riak-riak sokongan terhadap kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang komited untuk melaksanakan hudud namun ditentang hebat oleh Karpal.

‘‘Ketua Dewan Ulama seperti biasa telah membuka laluan dan memberi jalan kepada pimpinan Pas pelbagai peringkat untuk menyuarakan pandangan dan seterusnya merangkakan tindakan yang patut diambil bagi menebus maruah Presiden, ahli dan penyokong parti,’’ katanya.


Bagaimanapun beliau berkata, setakat ini kelantangan suara-suara parasit hanya berkisar kepada usaha untuk menawan Putrajaya.

‘‘Saya masih menunggu komen daripada parasit-parasit dalam barisan kepimpinan Pas tetapi kebiasaannya mereka hanya lantang menyuarakan pandangan dan pendapat terutama isu yang melibatkan rancangan besar seperti untuk ke Putrajaya,’’ katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, agenda untuk melaksanakan hukum hudud merupakan perjuangan asal Pas dan ia telah diputuskan sejak parti itu ditubuhkan.

‘‘Ketua Dewan Ulama Pas telah merentangkan jalan untuk mendapatkan sokongan jitu daripada semua pemimpin dan ahli Pas. Bagi saya Harun telah membuat kenyataan yang paling jelas dan tegas. Hudud akan terus dilaksanakan melalui proses pindaan Perlembagaan.

‘‘Sekiranya rakan kongsi dalam pakatan tidak dapat menerima hudud, beliau dengan tegas tanpa bersembunyi menggambarkan kesediaan Pas memilih rakan kongsi lain yang dapat membantu melaksanakan hudud,’’ katanya.

Juragan Malawati..

Isnin, 14 Mei 2012

Hasan Ali - Jangan izin 'tangan kotor' tadbir negara!


Sokongan menjunam terhadap pakatan pembangkang di seluruh negara menunjukkan rakyat sudah tidak sabar untuk memastikan negara tidak jatuh ke 'tangan-tangan yang ternoda' pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) tidak lama lagi.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, beliau dapat melihat sendiri angin perubahan yang melanda itu selepas melakukan siri ceramah selama 102 malam berturut-turut di seluruh negara sejak dipecat daripada jawatan Exco Agama kerajaan Selangor dan Pesuruhjaya Pas negeri itu.

Jelas beliau, faktor kerisauan rakyat itu diperkukuhkan lagi dengan penambahbaikan yang dibuat oleh parti komponen Barisan Nasional (BN) terutama UMNO dan pemimpin mewakili parti Bebas.

"Sokongan ini bukan sahaja di Pasir Mas, tetapi menjalar di seluruh negara untuk kita memastikan Malaysia tidak pergi ke 'tangan-tangan' yang akan memporak-porandakan negara, tangan yang sudah saya sebut dan sudah pemimpin-pemimpin lain sebut.

"Tangan-tangan yang mempunyai masalah besar dari segi agama Islam, masalah moral dan akhlak yang boleh dipersoalkan tindak- tanduk mereka bukan sahaja di peringkat individu tetapi keluarga dan masyarakat, maka jangan sesekali kita izinkan tangan ini mentadbir bumi Malaysia," katanya selepas menyampai ceramah pada majlis Ceramah Penerangan Nasional Isu-Isu Semasa, Islam, Melayu dan Raja di Dataran Stesen Kereta Api Pasir Mas yang dihadiri hampir 10,000 rakyat di sini malam tadi.

Turut berceramah pada malam itu adalah Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali dan Presiden Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK), Azmi Ali.

Hasan berkata, dalam setiap siri ceramahnya, beliau melihat kehadiran ramai rakyat dan ia merupakan gambaran kepada perubahan sokongan dalam landskap politik tanah air berbanding selepas pilihan raya umum 2008.

"Rakyat tidak dibayar, tetapi mereka datang sendiri dan malam ini ramai sama seperti ketika saya pergi ke Wakaf Che Yeh, Kota Bharu baru-baru ini begitu juga di Johor, Pahang, Perlis, malah seluruh negara," katanya.

Terdahulu dalam ceramahnya, Hasan memaklumkan Jati berhasrat bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menyerahkan memorandum yang antara kandungannya adalah untuk menegakkan Islam di negara ini.

"Jika kita mencapai jumlah keahlian 100,000 orang, saya akan berjumpa beliau (Perdana Menteri) dan menyerahkan memorandum. Perkara pertama dalam memorandum itu nanti adalah mewajibkan pengajian agama Islam bermula di peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sehingga peringkat lebih tinggi," katanya!

Juragan Malawati..

Ahad, 13 Mei 2012

PM bersarapan dengan pengikut Twitter!


Gambar : Najib Tun Razak beramah mesra dengan pengikut Twitter beliau ke-500,000, Anwaruddin Izzuddin serta tiga lagi yang bertuah Lim Weng Marc, Shashi Muniandy dan Mohd. Azhar Hashim ketika meluangkan masa bersarapan pagi di Restoran Chawan, Bangsar, Kuala Lumpur, semalam.

Anwaruddin Izzuddin, 15, pengikut ke-500,000 Twitter Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga lagi pengikut bertuah, hari ini mendapat peluang yang mungkin menjelma hanya sekali dalam hidup mereka untuk bersarapan dengan Perdana Menteri.

Tiga pengikut lain ialah Lim Weng Marc, Shashi Muniandy dan Mohd. Azhar Hashim. Mereka masing-masing membawa seorang tetamu untuk menikmati sarapan bersama Najib di Chawan Restaurant di Bangsar di sini.

Perdana menteri menghabiskan masa kira-kira sejam bersama tetamu beliau sambil menikmati hidangan nasi lemak, telur rebus dan teh tarik. Beliau berbual dengan mereka tentang pelbagai perkara, daripada politik hinggalah kepada pilihan raya dan kehidupan seharian serta menandatangani autograf.

Pada pertemuan dengan pemberita kemudian, Anwaruddin berkata, dia sungguh gembira apabila mendapat tahu menjadi pengikut ke-500,000 Twitter Najib.

"Tapi, apabila mendapat panggilan daripada 1Malaysia.com seminggu lepas tentang berita itu dan untuk menghadiri majlis ini, saya sangka ia hanya suatu gurauan. Saya macam tak percaya mendapat peluang untuk duduk bersarapan bersama Perdana Menteri," katanya.

Anwaruddin berkata, dia menjadi pengikut @NajibRazak selepas mendapat tahu daripada abangnya bahawa Perdana Menteri mengadakan peraduan untuk berjumpa dengan pengikut Twitternya yang ke-500,000.

Pelajar SMK Sri Hartamas ini menyifatkan Perdana Menteri sebagai 'seorang yang bersahaja dan tenang' berbanding kebanyakan mereka yang seusia dengan beliau.

"Kami juga bercakap tentang Manchester United. Perdana Menteri memberitahu kami yang beliau sungguh teringin untuk ke Old Trafford bagi menonton perlawanan MU, tapi masih belum berpeluang berbuat demikian," katanya.

Lim Weng Marc, 24, pula berkata, peluang itu membolehkannya mengenali Perdana Menteri secara lebih dekat dan mengetahui tentang tugas beliau.

"Beliau bercerita kepada kami tentang usahanya untuk menambah baik negara ini dan kami dapat melihat bahawa beliau benar-benar bersemangat serta ikhlas dengan tugas beliau.

Pemuda ini berkata, mereka juga bertanya tentang tarikh pilihan raya umum, tetapi Perdana Menteri tidak memberi sebarang bayangan mengenainya.

Weng Marc membawa ibunya, Juliana Oo, 60, yang menyifatkan peluang bersarapan bersama Perdana Menteri itu sebagai hadiah paling besar sempena Hari Ibu yang pernah diterimanya. Hari Ibu disambut esok. - BERNAMA

Juragan Malawati..

Sabtu, 12 Mei 2012

Bekas ketua penulis blog Obama puji pendekatan Najib!


Sam Graham-Felsen, bekas ketua penulis blog Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, memuji langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, meraikan rakan internet beliau pada majlis sarapan dan jamuan petang sebagai sebahagian daripada pendekatan baru untuk mendampingi pelbagai kumpulan masyarakat di negara ini.

Graham-Felsen yang berkhidmat sebagai penulis blog Obama pada pemilihan presiden 2008, berkata Obama juga mengamalkan pendekatan serupa iaitu melalui "Dinner with Barack". "Majlis makan malam adalah peluang terbaik bagi orang biasa untuk berkongsi pengalaman dengan presiden dan saya rasa (menjadi hos sarapan dan jamuan teh) adalah langkah yang cukup baik," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan ceramah pada majlis makan tengah hari bertajuk "Daripada Satu Klik Kepada Satu Gerakan: Bagaimana Media Sosial Mengubah Organisasi Anda dan Dunia" di sini, hari ini.


Ceramah itu dianjurkan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) sempena sambutan Tahun Koperasi Antarabangsa 2012.

Graham-Felsen berkata demikian ketika diminta mengulas majlis sarapan yang dihoskan Najib bagi empat pengikut Twitter beliau di Chawan Restaurant di Bangsar, di sini hari ini.

Beliau berkata, pertemuan seperti itu juga akan memberi peluang kepada pemimpin untuk mendengar keluhan dan sungutan orang kebanyakan. Sementara itu, beliau berkata walaupun pengikut media tradisional mengalami penurunan ketara, imbangan yang mantap antara media tradisional dan media baru perlu ada.

"Media tradisional masih alat pemujukan penting berbanding media baru, manakala saluran tradisional pula perlu mengguna pakai platform lebih bersifat interaktif untuk membolehkan orang ramai, khususnya golongan belia, menyumbang pandangan mereka," katanya. - BERNAMA

Juragan Malawati..

Khamis, 3 Mei 2012

Bersih 3.0: Polis buru 49 orang lagi!






Polis telah mengenal pasti 49 orang termasuk seorang wanita, yang dipercayai terbabit dalam kejadian merusuh semasa perhimpunan Bersih 3.0 bertukar ganas dekat Dataran Merdeka, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh berkata, kesemua mereka yang kini menjadi buruan polis dipercayai bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu.

Beliau berkata, polis sudah mengenal pasti alamat sebahagian mereka, memapar gambar mereka di akhbar dan meminta mereka hadir secepat mungkin di balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

Jika mereka enggan, katanya, polis akan bertindak, termasuklah mengesan mereka di rumah.

Bagaimanapun, beliau tidak memberi tempoh untuk mereka tampil memberi kerjasama.

“Kita juga minta mereka yang ada maklumat, melihat kejadian atau terkilan dengan apa-apa juga tindakan polis semasa bersurai atau mengenai penangkapan ketika perhimpunan Sabtu lalu untuk tampil ke balai polis terdekat," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala Lumpur, hari ini.

Mereka boleh hubungi pegawai Jabatan Siasatan Jenayah dan Kongsi Gelap Kuala Lumpur, Asisten Superintendan Azmi Aziz di talian 019-2602344 atau 019-3872344.

Maklumat juga boleh disalurkan menerusi emel, azmiaziz@rmp.gov.my.

Dua hari lepas polis menahan seorang lelaki di Seremban, Negeri Sembilan kerana perbuatan sama. Dia didakwa hari ini.

Dalam perkembangan sama, Mohmad mengesahkan menerima 258 laporan polis daripada pelbagai pihak, antaranya peguam, wartawan, orang awam, peserta perhimpunan, peniaga dan anggota polis.

Beliau berkata, pihaknya sedang meneliti semua laporan itu untuk diambil tindakan berdasarkan peruntukan undang-undang negara ini.

“Kita bagi jaminan untuk siasat dengan adil semua laporan itu dan jika perlu tangkap baru kita akan tangkap,” katanya.-SH

Juragan Malawati..