UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 30 November 2010

Perkara yang rakyat perlu tahu : SYABAS di "kambing hitam" kan oleh kerajaan Selangor!

SYABAS dimiliki oleh Syarikat Puncak Niaga yang sahamnya berjumlah 70% dan 30% dimiliki oleh kerajaan negeri Selangor melalui KDEB dan juga Kumpulan Perangsang. Malangnya SYABAS seolah-olah telah dianak tirikan oleh rejim MB Khalid serba tak tahu sehinggakan syarikat ini dijadikan "kambing hitam" dalam agenda politik kotor PKR.

Ketika SYABAS mengambil alih pentadbiran air daripada PUAS pada 2005, kita dapat lihat bagaimana pengurusan air di Selangor ketika itu agak kurang memuaskan. Dengan kutipan berjumlah hampir RM300 juta yang tidak dikutip daripada pengguna kita boleh mengambarkan ianya seperti rumah yang uzur menunggu sesiapa yang sudi datang membaiki rumah tersebut.

Selepas pengambilalihan, SYABAS telah melakukan perubahan besar dengan menambah bilangan pekerja daripada 1500 orang kepada 3000 orang dalam menjaga kepentingan 7 juta pengguna di Selangor.Penstrukturan semula hutang juga dilakukan dalam menjamin perniagaan kontraktor ketika itu tidak bermasalah dan hampir kesemua hutang yang ditanggung oleh PUAS ketika itu sudah berjaya diselesaikan oleh SYABAS termasuklah hutang mencecah 500 juta untuk kontraktor paip yang tertunggak.

SYABAS juga telah membelanjakan sejumlah wang untuk mewujudkan konsep mesra pengguna dengan mewujudkan sistem perkhidmatan pelanggan yang dipanggil PUSPEL yang menggunakan sistem P Water untuk menyalurkan aduan-aduan terus kepada kawasan yang bermasalah. SYABAS juga telah mewujudkan Pelan Tindakan Kecemasan dalam menangani sebarang masalah yang memerlukan tindakan segera dalam memastikan rakyat Selangor menikmati kemudahan dan perkhidmatan yang terbaik.

Program Tabung Budi anjuran SYABAS dilihat sebagai satu program yang baik dalam menunaikan tanggungjawap sosial kepada rakyat Selangor khasnya. Program ini juga dilihat dapat membantu rakyat miskin Selangor yang tidak dapat menikmati kemudahan air percuma walaupun rejim MB Khalid Serba tak tahu sentiasa berbangga dengan program air percuma...!!!

Juragan Malawati..

Isnin, 29 November 2010

Ketuanan Melayu : Sultan Selangor dukacita!

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dukacita dengan segelintir pihak yang berhijrah ke negeri ini, terutamanya orang Melayu sendiri, yang sanggup mempersoalkan kedudukan dan keistimewaan orang Melayu, sama ada institusi raja Melayu masih relevan dan peranannya dalam sistem pemerintahan negara.

Baginda bertitah, tindakan golongan terbabit mempersoalkan perkara-perkara itu adalah bertunjangkan matlamat supaya sistem Raja Berperlembagaan yang ada sekarang disemak dan dikaji semula.

Titah baginda, golongan berkenaan juga telah mengemukakan alasan yang amat tidak tepat untuk merasionalkan matlamat itu kononnya negara telah menjalani arus pemodenan dan sistem yang diamalkan sekarang sudah tidak bersesuaian.

"Sehingga ada suara lantang daripada orang Melayu sendiri yang meminta perkataan 'Melayu' yang ada pada ungkapan 'Raja-Raja Melayu' hendaklah dihapuskan.

"Beta percaya perbuatan ini adalah untuk kepentingan mereka sendiri ataupun kepentingan politik mereka," titah baginda sewaktu berangkat ke majlis pembukaan Wacana Raja Berperlembagaan - Perspektif Sejarah, Kini dan Masa Depan, di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis sempena sambutan Hari Keputeraan Sultan Sharafuddin ke-65 itu ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kepimpinan kanan kerajaan negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, Sultan Sharafuddin turut melahirkan rasa sedih dengan generasi Melayu sekarang yang malu untuk mengakui diri sebagai seorang Melayu.

Justeru baginda melontarkan persoalan adakah mereka tidak mempunyai perasaan bangga dan megah sebagai orang Melayu sehingga sanggup menggadaikan perkataan 'Melayu' untuk dikorbankan sehingga lenyap dari dunia ini.

"Cuba kita baca sejarah yang ditulis oleh orang Inggeris yang mana ada tertulis 'Tanah Melayu', 'Negeri-negeri Melayu Bersekutu' dan juga ada menyebut 'Raja-raja Melayu'.

"Ini menunjukkan penulis-penulis Barat ini mengiktiraf akan adanya Melayu yang memulakan sejarah di negara ini," titah baginda.

Mengulas lanjut, baginda menjelaskan titahnya itu bukanlah bertujuan menyalakan api perkauman tetapi untuk menyatakan bahawa semua rakyat Selangor mesti berbangga dengan komposisi penduduk pelbagai keturunan di negeri itu.

Baginda turut menyeru rakyat Selangor supaya memahami sejarah negeri dan negara supaya tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain.

"Kepada rakyat Melayu, beta ingin menyedarkan bahawa rakyat Melayu tidak akan hilang begitu sahaja kerana negeri ini adalah tanah tumpah darah kita dan di tanah bertuah ini juga tempat kita dikuburkan," tegas baginda.

Sementara itu, Sultan Sharafuddin bangga dan sukacita kerana kerajaan menjadikan Sejarah sebagai mata pelajaran wajib di sekolah namun pada masa sama menegur rakyat Selangor yang dianggapnya kurang membaca buku berkaitannya.

"Beta dapati rakyat beta kurang minat untuk membaca buku sejarah, dalam erti kata lain, rakyat Selangor ini ramai yang buta sejarah.

"Beta berharap rakyat Selangor dapat mengubah sikap untuk membaca lebih banyak buku sejarah berkenaan negara kita dan jangan membuang masa membaca buku-buku atau majalah-majalah yang hanya mengandungi gosip yang tidak memberi manfaat kepada kita," kata baginda.

Juragan Malawati..

Sabtu, 27 November 2010

SSDE 2 : Parlimen Kuala Selangor – PAS pengkhianat kepada Islam!

Bertempat di Dewan Masyarakat Bintang Gemilang, DUN Bukit Malawati semalam telah berlangsung Ceramah SSDE 2 yang diketuai oleh En.Sivam ( anak jati Kuala Selangor ), Pemidato Pemuda BN dan Ustaz Ahmad Najib ( Bekas YDP PAS Gombak ).

Pembuka ceramah telah disempurnakan oleh YB Datuk Amiruddin Setro. Antara perkara yang dibangkitkan didalam ucapan beliau adalah tentang penyelewengan bayaran ulangtahun Yayasan Selangor yang memakan belanja sebanyak RM300,000.

Difahamkan kontroversi perbelanjaan majlis yang dikatakan menelan kos RM300,000 yang didakwa tidak munasabah itu mula dicetuskan oleh Datuk Amiruddin semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor minggu lalu. Isu tersebut turut menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan itu.

Datuk Amiruddin mempertikaikan mengapa bayaran pendahuluan terpaksa dilakukan sebanyak 2 kali dengan jumlah sebanyak hampir RM 290,000? Mengulas kenyataan Datuk Seri Noh Omar sebelum ini, perbelanjaan sebenar mencecah sebanyak RM800,000! Begitu juga dengan kewangan Yayasan Selangor. Terdapat sebanyak lebih kurang RM87 juta baki kewangan Yayasan Selangor yang ditinggalkan oleh kerajaan BN sebelum itu, dipercayai sekarang hanya tinggal separuh sahaja. Kemana kerajaan Selangor telah membelanjakannya!

Beliau juga mempertikaikan tentang kualiti di UNISEL sekarang! Apa yang beliau kuatirkan adalah tentang kualiti Universiti Negeri yang telah ditubuhkan oleh BN sebelum ini. Kualiti tenaga pengajar pun sudah semakin merosot. Ibu bapa sudah semakin gusar untuk menghantar anak-anak mereka menuntut ilmu di universiti tersebut. Kelayakan masuk sudah ketahap minima dan ibubapa terpaksa berfikir 2 kali sebelum menghantar anak mereka belajar disana! Dilihat UNISEL sudah menjadi longgokan ahli-ahli dan kroni-kroni Pakatan Rakyat. Mengapa UNISEL perlu di politikkan!

Kesemuanya ini menjadi persoalan kepada rakyat negeri Selangor untuk mendapatkan penjelasan dari MB Khalid mengapa begitu ketara penyelewengan yang berlaku di bawah pentadbiran kerajaan negeri Selangor! Jika sebelum ini MB Khalid mengatakan bahawa kerajaan negeri Selangor sekarang adalah kerajaan yang perihatin dan telus terhadap rakyatnya, mengapa perkara ini boleh berlaku!

Penceramah pertama iaitu Saudara Sivan, Pemidato Pemuda BN membangkitkan pula mengenai isu air percuma sebanyak 20 meter padu. Beliau mempertikaikan mengapa yang air percuma bagi 20 meter padu yang bernilai RM11.40 ini pun dijaja keliling kampung sebagai simbol kerajaan berjiwa rakyat. Memang ia bagus, siapa yang tidak mahu benda percuma. Kerajaan BN yang sudah lebih 50 tahun telah memberi bermacam-macam subsidi kepada rakyat, tetapi tidak pernah mendabik dada!

Beliau berpendapat ada udang disebalik batu mengenai isu air di Selangor ini? Jika kerajaan negeri Selangor mengatakan yang air itu adalah hak rakyat Selangor, mengapa mereka mempertikaikan SYABAS! Bukankah CEO SYABAS adalah anak jati negeri Selangor? Malah 90% daripada pekerja SYABAS yang seramai hampir 3000 orang itu juga adalah rakyat Selangor. Jadi apa sebenarnya yang MB Khalid pertikaikan! Beliau percaya bahawa isu sebenarnya adalah kerajaan negeri berusaha menjadikan air sebagai komoditi politik! Selangor yang kini seperti mengeluh kerana terpaksa membelanjakan lebih RM12 juta sebulan sebagai menunaikan janji pilihan raya membekalkan air percuma, mahu menguasai pula industri air di Lembah Klang.

Apa salahnya, jika kakitangan SYABAS, syarikat konsesi bekalan air bersih Selangor yang merasakan diri mereka mampu, membantu rakyat miskin yang terbeban dengan bil air. Lagi pun bukan semua rakyat Selangor menikmati air percuma itu yang dimulakan sejak 1 Jun 2008. Terdapat ribuan penghuni pangsapuri yang menggunakan meter pukal terpaksa berputih mata dengan imbuhan RM11.40 sebulan itu. Sepatutnya langkah membantu rakyat iaitu golongan sasaran yang benar-benar memerlukan bantuan disokong. Tetapi itulah kerana kepentingan politik yang tidak memihak kepada mereka, usaha membantu rakyat seperti itu dimusuhi. Kerajaan negeri, dengan segala alasan mengelirukan bukan sahaja memusuhi syarikat konsesi tetapi juga Kerajaan Persekutuan. Kroni, rasuah dan salah guna kuasa yang disimpulkan sebagai merampas hak rakyat dijadikan alasan untuk menghalalkan usaha menguasai industri air Selangor.

Satu lagi isu yang dibangkitkan oleh Sdr. Sivan adalah tentang kurangya pelaburan terus masuk FDI ke negeri Selangor. Banyak kilang-kilang yang berada dikawasan perindustrian Shah Alam terpaksa di tutup! Banyak kilang-kilang kosong yang hendak dijual. Tambah beliau, mengikut lapuran MIDA pada tahun lalu, Selangor sudah ketinggalan dibelakang Johor dari segi menarik pelabur-pelabur baru untuk datang melabur. Dan berkemungkinan negeri Melaka juga bakal mendahului Selangor dalam masa terdekat! Beliau mempersoalkan apa sebenarnya kerja-kerja yang sudah dilakukan oleh Exco yang bertanggungjawap untuk memenangani perkara tersebut?

Selepas itu tiba pula giliran Ustaz Ahmad Najib, iaitu bekas YDP PAS kawasan Gombak untuk memberikan ceramah terakhir. Beliau menceritakan bahawa sejak lahir sehingga lah ke tahun 1990, beliau adalah pengikut setia parti PAS. Diatas persaudaraan Islam pada tahun 1990, beliau mengambil keputusan untuk keluar dari PAS setelah PAS mengambil keputusan untuk bekerjasama dengan DAP yang bagi pendapat beliau adalah musuh utama Islam di negara ini. PAS ketika itu menolak salam persaudaraan yang dihulurkan oleh saudara seIslamnya iaitu UMNO.

Menurut beliau ketika PAS mula bekerjasama dengan DAP, wujud pertentangan ideologi di antara DAP dan PAS yang menggugat kerjasama antara parti pembangkang. Malah ianya sukar disembunyikan lagi apabila DAP mengakui parti itu menghadapi konflik kepentingan dengan PAS. Konflik kepentingan yang wujud antara DAP dengan PAS timbul disebabkan manifesto bersama yang dilancarkan oleh barisan pembangkang telah tidak menyebut mengenai penubuhan sebuah negara Islam. Menurut DAP, PAS boleh berbuat apa sahaja yang mereka suka termasuk memperjuangkan sebuah negara Islam tetapi tidak harus mengaitkan perjuangan parti itu dengan Pakatan Rakyat. Malah DAP melalui Karpal Singh pernah menyanggah PAS supaya langkah mayatnya dahulu, jika mahu menegakkan negara Islam!

Jelas dalam pakatan pembangkang ini DAP terus angkuh manakala PAS lebih rela menjadi tikus mondok yang hanya mengiyakan sahaja apa jua tindakan walaupun ia bersifat membelakangkan Islam. DAP berlagak seperti "big brother" cuba menekan PAS dan begitu biadap mempersoalkan displin pemimpin PAS. Di manakah maruah sebenar PAS dalam situasi ini.

Hakikatnya DAP tetap tidak akan menerima apa jua rancangan yang menuju ke arah Kerajaan Islam. Kalau DAP dan pihak pembangkang lain tidak menyokong matlamat negara Islam bagaimana boleh PAS bersekongkol dengan mereka yang akan menentang habis-habisan matlamat utama kewujudan PAS ini? PAS telah berjanji untuk menubuhkan Negara Islam dan ini amat dinanti-nantikan oleh para pengikutnya. Tetapi apa yang sudah berlaku sekarang!

Ustaz Najib menegaskan yang PAS sekarang cakap tak serupa bikin! Mereka menyalahgunakan ugama demi kepentingan politik mereka. Mereka sanggup bersekongkol dengan DAP semata-mata hendakkan kuasa untuk memerintah! Untuk mendapat sebuah “ kerusi”, mereka sanggup mengorbankan cita-cita PAS yang sebenar untuk menegakkan negara Islam!

Dulu mereka kata UMNO kafir kerana bekerjasama dengan MCA dan MIC! Tetapi sekarang apa yang sudah berlaku? Mereka telan apa yang mereka sudah katakan kepada UMNO. Ibarat mengata orang, tetapi mereka sebenar yang lebih. Oleh kerana perjuangan asobiah itu tidak diakui oleh junjungan besar Nabi kita Muhammad SAW dan ianya bertentangan dengan Islam, maka dalam menghadapi Pilihanraya Umum 1982 PAS telah menggunakan asobiah itu untuk menuduh UMNO.

Tuduhan itu dibuat berdasarkan pentafsiran yang direka oleh PAS bahawa semangat kebangsaan melayu (Nasionalisma Melayu) itu diertikan sebagai asobiah, sedangkan menurut pengertian yang sebenarnya ialah semangat cintakan bangsa dan tanahair, yang mana dalam bahasa Arab disebut "Wathoniah" dan bukan "Asobiah".

Rasullulah SAW sendiri cintakan bangsa dan tanahair dan menyeru umat Islam mencintainya sebagaimana hadis yang bermaksud :- "Cintakan watan itu adalah sebahagian dari Iman".

Walaubagaimanpun isu ini tidak lama di perkatakan kerana pemimpin pemimpin PAS telah menyedari kalau pada satu ketika mereka dengan begitu lantang menuduh ahli ahli UMNO kafir disebabkan bekerjasama dengan MCA dan MIC (Parti Bukan Islam) tidak logiknya UMNO dituduh Asobiah, sedangkan asobiah itu adalah suatu sikap ta'asub yang semata mata mementingkan bangsanya sahaja, tanpa bersedia untuk bekerjasama dengan bangsa bangsa lain.

Kalau tuduhan itu diteruskan secara berpanjangan, mungkin umat Islam akan menyedari bahawa sebenarnya bukan UMNO parti assabiyah tetapi PAS, tegas Ustaz Najib.

Dalam pada itu Ustaz Najib menyeru kepada para hadirin yang hadir untuk terus berjuang menentang segala kemungkaran yang telah dilakukan oleh PAS dan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat. Banyak penyelewengan yang sudah dilakukan oleh PAS sebagai Parti Islam. Beliau mengatakan bahawa PAS lah sebenarnya pengkhianat kepada Islam di negara ini. PAS menolah persaudaraan sesama Islam, malah beliau berpendapat adalah tidak wajar PAS bersama-sama dengan orang-orang yang menentang Islam, kerana ianya melibatkan aqidah.

Sebelum mengakhiri ceramah, beliau sempat menurunkan satu surah untuk direnungi bersama apabila bercakap mengenai keadilan. Surah tersebut adalah :

Surah 004: An-Nisaa’, Ayat 135.

Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kamu orang yang benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi karena Allah biar pun terhadap dirimu sendiri atau ibu bapa dan kaum kerabatmu. Jika ia kaya atau pun miskin, maka Allah lebih tahu kemaslahatannya. Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran. Dan jika kamu memutar balikkan (kata-kata) atau enggan menjadi saksi, maka sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui segala apa yang kamu kerjakan.

RENUNG SEJENAK UNDANG-UNDANG TUBUH PAS

Dalam undang-undang tubuh PAS Bab Pertama (Fasal 2, Ceraian 2) telah menerangkan secara jelas perkara tersebut iaitu: "Memperjuangkan cita-cita lslam dalam masyarakat dan urusan pemerintahan negara". Sementara dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 1993) Bab Ketiga (Fasal 5, Ceraian 1) telah menyebutkan: "Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup lslam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah".

Bahawasanya PAS, DAP dan PKR tidak pernah bersatu kerana sudah hakikat mereka ini tidak pernah bernaung dibawah satu ideologi. DAP Lawan Islam manakala PAS memperjuangkan Islam konon-kononnya. Apa akan jadi agaknya kalau ketiga-tiga parti perosak ini menjadi pemerintah kita? Satu sahaja jawapannya iaitu LINGKUPLAH SEMUA.

Sedarlah rakyat umat Islam-Melayu Malaysia, bahawasanya PAS bukan pejuang Islam sejati. Mereka hanya mengunakan Islam sebagai alat mendapatkan kuasa iaitu berselindung disebalik parti politik. Jika ianya bukan sebuah parti politik nescaya ia ibarat sama sahaja dengan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang wujud di Malaysia.

Kumpulan mereka meletakkan syurga dibawah tapak kaki ketua-ketua mereka seolah-olah syurga mereka yang punya diakhirat kelak.Tiada siapa diantara golongan mereka berani menegur perbuatan yang menyalahi ajaran Islam sepertimana ketua ajaran-ajaran sesat yang ada. Ini memberikan satu kuasa sampingan kepada ketua-ketua mereka untuk melakukan apa sahaja untuk mendapat keuntungan politik. Al-Quran, Hadith, hukum-hakam, hal ehwan Islam menjadi mainan politik serta pertaruhan oleh ketua-ketua serta pengikut dan penyokong PAS untuk mengekalkan kuasa.

Demi DAP dan PKR, PAS dibawah pemimpin yang ada kini akan mengorbankan PRINSIP dan Undang-Undang Tubuh parti PAS sendiri. Ahli PAS dan penyokong PAS yang mahukan Islam ala-PAS, sedarlah bahawa tiada lagi perjuangan dan syariat Islam di dalam PAS. Perjuangan Hudud bukan lagi "make-up" buat PAS.Kepada penyokong PAS yang sangat mentah untuk menilai semua ini kerana berpandukan emosi dan terpengaruh dengan lidah bercabang pemimpin PAS. TOLAK PAS, sebuah parti yang bertopengkan Islam yang sanggup merosakan agama Islam hanya untuk mendapat tempat di dalam Pakatan Rakyat. Janganlah tersesat dan mengadaikan AQIDAH demi kepercayaan tok-tok guru PAS yang berkepentingan. Wallahuallam.

Terima kasih diucapkan kepada para hadirin yang hadir. Begitu juga kepada para penceramah-penceramah yang sudi meluangkan masa untuk bersama-sama menjayakan siri ceramah SSDE 2 ini. InsyaAllah untuk pusingan seterusnya akan berlangsung di DUN Jeram pula.

Juragan Malawati..

Jumaat, 26 November 2010

AWAS ! : Selangor dilanda krisis air 2012?

Selangor akan dilanda krisis air menjelang 2012 sekiranya pemegang kepentingan dalam pengurusan air di negeri ini gagal mencari penyelesaian segera mengenainya, kata Ketua pegawai Operasi Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), Datuk Ir. Lee Miang Koi.

Beliau berkata, sebagai negeri maju, permintaan air di Selangor meningkat tahun demi tahun.

Katanya, berdasarkan perkiraan Syabas, setiap isi rumah di negeri ini menggunakan 212 liter air sehari dan jumlah ini agak tinggi berbanding di negara lain.

"Di Singapura contohnya, setiap orang hanya menggunakan 156 liter air sehari," katanya pada Forum Air Selangor bertajuk Pengurusan dan Permintaan terhadap Air di sini, hari ini.

Forum itu dianjurkan bersama oleh Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaya (UM) dan Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya serta dihadiri lebih 100 peserta.

Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk N. Marimuthu pula berkata, kerajaan negeri Selangor perlu mengetepikan sentimen politik dalam mencari jalan untuk mengelak berlakunya krisis air pada masa akan datang.

"Ini berkaitan (menolong) manusia, bukan mengenai politik, jadi ketepikan perkara itu dan sama-samalah kita menolong orang ramai yang akhirnya mungkin menjadi mangsa," katanya.

Beliau berkata, Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri perlu saling mempercayai untuk memastikan krisis air di Selangor tidak menjadi semakin buruk.

Kerajaan Persekutuan pernah menyatakan projek Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 perlu dilaksanakan dengan segera seperti yang dirancang untuk mengelak berlaku krisis air di negeri ini.

Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dilaporkan berkata, projek itu hanya perlu dilaksanakan pada 2019 dan mencadangkan kepada kerajaan Persekutuan supaya mengurangkan kadar air bukan hasil serta melaksanakan sistem penuaian air hujan.

Jangan nanti bila krisis air berlaku lagi di Lembah Kelang, ketika itu MB Khalid mengatakan " saya tidak diberitahu "...!!!

Juragan Malawati..

Rabu, 24 November 2010

ISU AIR SELANGOR : PEMBOHONGAN PAKATAN SELANGOR (BAHAGIAN 1)

KENYATAAN MENTERI BESAR SELANGOR.

Khalid Ibrahim menyatakan bahawa SYABAS telah membeli syarikat PUAS daripada kerajaan negeri selangor.

FAKTA SEBENAR.

Syarikat PUAS tidak dijual kepada SYABAS, sebaliknya ia telah diswastakan. maksud perkataan 'dijual' dan 'diswastakan' membawa erti yang berbeza.

Penswastaan syarikat PUAS adalah bertujuan untuk menambahbaik kan lagi mutu perkhidmatan air di Selangor. Rakyat Selangor secara umumnya cukup berpuashati dengan kualiti bekalan air yang yang telah dibekalkan oleh SYABAS jika dibandingkan dengan JABATAN AIR SELANGOR (JBA) tidak lama dahulu.

Kakitangan syarikat PUAS tidak dibuang kerja sepertimana dakwaan dan fitnah dari Khalid Ibrahim. Kesemua mereka telah diserapkan ke syarikat SYABAS. Khalid Ibrahim tokoh koporat merupakan manusia pembohong.

Dia mengelirukan rakyat Selangor tentang fakta yang jelas akan maksud 'pembelian' atau 'penswastaan'.

MENTERI BESAR PEMBOHONG ! ( klik gambar di bawah dan sebarkan kepada rakyat Selangor )

























Sementara itu : Protes AIR oleh Kerajaan Selangor GAGAL..!!!

Kerajaan Negeri Selangor giat berkempen nak hantar memorandum melalui tandatangan 100 ribu rakyat Selangor kepada Yang Di Pertuan Agong. Memorandum ini sebagai tanda protes terhadap kenaikan tarif air di Selangor. Alih2 hanya 800 tandatangan sahaja diterima. 800 dari 100 ribu... rakyat Selangor.

Banyak bezanya tu. Kerajaan Selangor tak tahu malu. Janganlah mengheret perkara ini ke medan Di Raja. Kelak kamu yang terkena. Tak bingai lagi ke setelah Sultan Selangor sendiri membongkar penyelewengan wang Yayasan Selangor?

Ternyata sebenarnya rakyat Selangor kini menolak Kerajaan Negeri sebenarnya. Cuba bayangkan, jika ditolak 800, 99 200 rakyat Selangor yang tidak menyokong protes tersebut. Pelik, walhal apa yang disuarakan Kerajaan Selangor sebenarnya jika dilihat secara dasar, memang benar.

Sesiapa pun tidak mahu kenaikan apa2 juga tarif mahupun cukai. Akan tetapi, kenapa pula baki 99 200 rakyat Selangor tidak mahu bersubahat denganKerajaan Negeri bagi menyokong protes tersebut?

Rakyat semakin bijak. Kerajaan Negeri sebenarnya cuba putar belit isu tarif air sebenarnya. Syabas mengalami kerugian besar dari Kerajaan Negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan.

Oleh : GAP

Juragan Malawati..

Isnin, 22 November 2010

MB Khalid serba tak tahu nak guna air Sungai Kelang ganti Projek Langat 2!

Kerajaan negeri masih berdolak dalih menegaskan bahawa projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) bagi membolehkan penyaluran bekalan air mentah dari Pahang ke negeri ini tidak dapat dilaksanakan buat masa ini.

Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah, projek berkenaan tidak boleh dilakukan secara tergopoh-gapah kerana ia melibatkan kos yang tinggi!

Menurut beliau, andaian bahawa Selangor bakal berhadapan dengan krisis bekalan air dilihat kurang tepat kerana jangkaan sama sebelum ini iaitu masalah tersebut berlaku pada 2008 ternyata tidak berlaku.

"Sehingga kini, masalah tersebut tidak juga berlaku di negeri ini. Fakta tersebut digunakan sebagai alasan untuk menjustifikasi perbelanjaan melampau oleh pihak-pihak terlibat," katanya di sini hari ini.

Sungguhpun begitu, beliau mengakui bahawa perlu ada persediaan dilakukan bagi menangani masalah bekalan air di Selangor.

"Cuma, jangan tergopoh-gapah dalam melaksanakan sesuatu yang melibatkan perancangan.

"Saya ada menyatakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menerajui Malaysia Airlines (MAS) sebelum ini bahawa mana satu yang lebih penting, kebenaran mendarat atau membeli kapal terbang?

"Maknanya, saya merujuk kepada isu air di negeri ini iaitu penstrukturan industri di Selangor diibaratkan hak mendarat barulah boleh dibina loji air berkenaan (Langat 2)," katanya.

Tambah Abdul Khalid, sekiranya tiada penstrukturan semula industri bekalan air di negeri ini tetapi diteruskan juga pembinaan loji rawatan air tersebut, maka rakyat akan menerima beban di segi kos.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri harus mencari sumber air yang lebih murah dan cekap untuk mengatasi masalah bekalan air di Selangor.

Dalam hal itu, beliau percaya projek pembersihan Sungai Klang dilihat sebagai alternatif yang lebih cekap dan murah daripada mengimport air mentah dari Pahang.

Apa yang didapati disini adalah kerajaan Negeri Selangor sanggup memandang enteng amaran Kajian Sumber Air Negara mahupun kajian Syabas yang menunjukkan bahawa krisis air yang sangat meruncing akan berlaku di Selangor pada 2013. Mereka mendakwa amaran ini hanya propaganda Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, Kerajaan Negeri Selangor dengan egonya, membuat kajian mereka sendiri dan mendakwa bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019 dengan mengambil kira sumber air yang luar biasa iaitu air bawah tanah dan air hujan!

Berdasarkan hujah dangkal inilah, Kerajaan Negeri Selangor melengahkan penyelesaian rundingan penstrukturan semula industri air Selangor berhubung dengan pelaksanaan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang antara lain merupakan persiapan menghadapi krisis air di Selangor kurang tiga tahun lagi.

Isu pembekalan air bersih ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan sesuka hati oleh sesiapa pun, tidak kira pakatan pembangkang mahupun Barisan Nasional.

Jangan sampai dek kerana terpedaya dengan pemberian air percuma mahupun dolak-dalik politik dangkal untuk meraih populariti, akhirnya penduduk Selangor terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan air. Semasa itu MB Khalid berada dimana?
Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Ahad, 21 November 2010

Bantuan Segera Kepada 25,000 Pesawah – Noh Omar!

Kerajaan akan mengeluarkan bantuan segera kepada 25,000 pesawah di Kedah dan Perlis yang terbabit dengan bencana banjir bagi membolehkan mereka meneruskan kegiatan penanaman padi dengan sempurna.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata, walaupun kerajaan sentiasa berhati-hati dalam mengeluarkan bantuan pertanian berikutan ramalan akan berlaku gelombang kedua banjir, namun bagi industri tanaman padi, ia tidak boleh ditangguhkan.

“Kabinet telah bersetuju bahawa bantuan kepada pesawah padi diberikan segera bagi mematuhi jadual penanaman dua kali setahun,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan pinjaman semula kepada usahawan Tekun Nasional yang terjejas banjir di Perlis di sini hari ini.

Sebanyak 50,000 hektar kawasan tanaman padi yang diusahakan 25,000 petani di Kedah dan Perlis terjejas dalam kejadian banjir baru-baru ini dengan kerugian dianggarkan RM50 juta.

Beliau turut menganggarkan bahawa nilai kerugian pengeluaran padi di kawasan terjejas banjir ialah sebanyak RM200 juta jika tanaman padi tidak dilaksanakan, permohonan bantuan berupa benih padi, baja dan kos membajak untuk pesawah terbabit akan dikemukakan kepada kabinet Jumaat ini untuk mendapatkan kelulusan.

Noh berkata, sementara menunggu kelulusan kabinet kementeriannya akan mendahulukan bantuan itu bagi membolehkan kerja-kerja persawahan yang sepatutnya bermula pertengahan bulan ini dilaksanakan segera.

Kor sukarelawan membabitkan sukarelawan tani dan nelayan bagi membantu mangsa-mangsa bencana seperti banjir pada masa akan datang akan ditubuhkan.

Berhubung, bantuan kepada usahawan Tekun Nasional yang terjejas banjir, beliau berkata, ia bertujuan membolehkan para usahawan itu meneruskan kegiatan mereka melalui pinjaman tersebut.

“Apa yang penting usahawan yang diberi pinjaman itu dapat meneruskan kegiatan mereka dengan sempurna. Jika tak diberi pinjaman, mereka akan menghadapi masalah terutama untuk membayar balik pinjaman lama,” katanya.

Sebelum ini, kesemua usahawan itu telah diberi pinjaman bernilai lebih RM2.2 juta dan pinjaman semula lebih RM1.24 juta, yang membolehkan mereka menyediakan semula peralatan perniagaan yang rosak akibat banjir.

Penyerahan pinjaman Tekun Nasional lebih RM1.24 juta itu disampaikan oleh Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu kepada 256 usahawan sebahagian daripada 2,292 peminjam Tekun Nasional seluruh Perlis yang menjalankan pelbagai kegiatan membabitkan nilai pinjaman lebih RM18 juta.

Warna-warni politik
Torashah

Jumaat, 19 November 2010

Suara sumbang Anwar, kenapa Pas dan DAP diam?

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang begitu bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri dan sering mendabik dada bahawa segala masalah negara akan mampu diselesaikan jika beliau berada di kedudukan itu terus melakukan rentak sumbang di luar negara.

Bagi Anwar, jika ada mana-mana negara memuji Malaysia dan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, ia boleh dianggap satu petaka untuk beliau dan parti pembangkang. Justeru Anwar cuba menutupi kebenaran dengan terus memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.

Terbaru, beliau berbuat demikian di Australia apabila menganggap pengiktirafan yang diberikan oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai negara Islam moden boleh dianggap satu penghinaan.

Anwar yang dilihat gagal menangani isu dalaman PKR bagaikan 'cacing kepanasan' apabila ada negara memuji Malaysia. Pada pandangan beliau, semua itu akan membantut hasratnya ke Putrajaya dengan menjadi Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti sebagai sasaran.

Sememangnya tindakan Anwar yang tidak serik-serik memburuk-burukkan Malaysia merupakan suatu perbuatan di luar kebiasaan. Mana mungkin seorang yang mengaku kononnya ingin menegakkan keadilan dan kebenaran tetapi dalam masa yang cuba menutupi kebenaran seperti mana pengiktirafan yang diterima oleh Malaysia.

Tetapi apa yang menjadi persoalan, kenapakah rakan sekutu PKR iaitu DAP dan Pas hanya mendiamkan diri. Ia kerana perbuatan Anwar bukanlah lagi soal politik kepartian tetapi semata-mata pelaksanaan satu agenda yang boleh merosakkan imej negara.

Jika dikaji, selama ini dalam apa keadaan sekali pun pemimpin DAP dan Pas tidak pernah memburuk-burukkan Malaysia di luar negara. Malahan pernah suatu ketika Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan tegas menolak sebarang campur tangan asing terhadap urusan dalaman Malaysia.

Namun kenapakah dengan sikap keterlaluan Anwar itu, DAP dan Pas cuba mengambil jalan selamat dengan tidak memberikan sebarang ulasan apatah lagi teguran? Apakah kerana hendak menjaga hati Anwar dan PKR, maka maruah negara harus dibiarkan diperkotak-katikkan dengan sewenang-wenangnya oleh Anwar.

Mungkin bagi sesetengah orang, mereka sudah memahami sikap DAP tetapi bagaimana dengan Pas? Sebagai sebuah parti yang sering melaung-laungkan perjuangan Islam dan bercita-cita besar untuk menggantikan UMNO sebagai parti utama orang Melayu, Pas sepatutnya menegur Anwar.

Perbuatan Anwar itu sama ada secara tersurat atau tersirat adalah salah di sisi Islam dan Pas sepatutnya tidak dilihat bersubahat dengan Anwar. Pas perlu faham biarpun penyokong parti itu berbeza fahaman politik dengan Barisan Nasional (BN) mahupun UMNO namun kecintaan mereka terhadap tanah air tetap tinggi.

Oleh itu sudah tentu ada sebahagian daripada mereka tidak akan berpuas hati dengan sikap diam diri kepimpinan Pas dalam melayan kerenah Anwar itu. Pas tidak boleh marah kalau ada orang yang menuduh mereka hanya 'pak turut' dalam pakatan pembangkang kerana hendak menegur Anwar pun mereka tidak berani.

Bagi DAP pula, walaupun mereka mungkin tidak bersetuju dengan tindakan Anwar tetapi mereka hanya memikirkan keuntungan politik semata-mata, justeru mendiamkan diri adalah cara terbaik.

Tambahan pula, tindakan Anwar itu pada tafsiran DAP akan menguntungkan pakatan pembangkang dan jika agenda menumbangkan BN berjaya maka merekalah yang paling banyak meraih keuntungan berbanding PKR dan Pas. DAP tahu hakikat ini!.

Apa pun adalah sesuatu yang mengecewakan, jika pemimpin DAP dan Pas tidak menegur Anwar kerana perbuatan beliau yang boleh dianggap sudah melampaui batas itu.

Dan mereka juga tidak boleh marah kalau ada yang beranggapan bahawa pakatan pembangkang sanggup melakukan apa sahaja asalkan memperolehi kuasa termasuklah membiarkan tanah air tercinta ini dihina asalkan ia dilakukan di kalangan mereka khususnya Anwar.

OleH : Zulkiflee Bakar

Juragan Malawati..

Khamis, 18 November 2010

Selangor Bangkit : 'Maklumat dalaman' petanda positif BN tawan Selangor!

Pendedahan kepincangan pengurusan pemerintahan negeri Selangor di kalangan pegawai kerajaan sendiri merupakan tanda positif Barisan Nasional (BN) mampu menawan kembali negeri tersebut.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, trend pendedahan maklumat kepincangan daripada sumber dalaman kerajaan negeri Selangor juga menunjukkan para pegawai sudah dapat menilai sendiri pengurusan BN adalah lebih baik.

"Semua pendedahan yang kita buat (mengenai kepincangan pengurusan kerajaan negeri) sebelum ini adalah hasil maklumat daripada orang dalam yang mungkin sudah tidak tahan dengan cara pengurusan pakatan pembangkang.

"Kita juga akan terus membuat pendedahan mengenai sebarang salah laku seperti isu penyelewengan, pembaziran, melanggar peraturan atau tidak membela nasib rakyat hasil pendedahan sumber-sumber dalaman ini.

"Saya berharap rakyat negeri Selangor juga dapat membuka mata terhadap segala tuduhan salah laku oleh pembangkang kepada kepemimpinan BN terdahulu yang kini terkena batang hidung mereka sendiri," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kolum Cuit Datuk Zaini Hassan dalam Utusan Malaysia sebelum ini yang menyeru Selangor diselamatkan berikutan amanah pemerintahan negeri yang diwariskan kepada pakatan pembangkang mulai punah.

Turut dibangkitkan situasi terbaru di dalam Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor yang mengundang kemarahan rakyat dan kemurkaan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah baru-baru ini.

Menurut Noh, penduduk di Selangor mungkin terpengaruh dengan pelbagai tohmahan terhadap BN pada Pilihan Raya Umum lalu tetapi pendedahan berterusan kepincangan yang berlaku kini membuktikan cara pemerintahan pembangkang adalah jauh lebih teruk.

"Kita kena berani menghadapi mereka kini kerana sudah terbukti apa yang kita buat di negeri Selangor dahulu adalah jauh lebih baik berbanding pengurusan kerajaan pakatan pembangkang kini.

"Kita juga akan berani berhadapan apa juga isu yang mereka ingin bangkitkan melalui program-program bersama antara parti-parti komponen BN di Selangor," jelasnya.

Selain itu, Noh turut merasakan tindakan pakatan pembangkang yang hanya menyalahkan dan menghukum para pegawai dalam menyelesaikan sesuatu isu kepincangan sebagai sesuatu yang pelik.

"Dahulu (ketika pemerintahan BN) mereka meminta pemimpin tertinggi bertanggungjawab jika berlaku sebarang kepincangan atau salah laku melibatkan pemerintahan kerajaan negeri.

"Apa yang peliknya, hanya pegawai yang dihukum di bawah pemerintahan mereka kini termasuklah dalam isu penyelewengan pasir dan terbaru melibatkan PKNS serta Yayasan Selangor," ujarnya.

Sebelum itu : Selamatkanlah Selangor!

Pada PRU Ke-12 rata-rata pengundi celaru. Selangor yang diurus dengan sempurna (walau pun ada cacat-cela sana-sini) sejak Merdeka jatuh ke tangan pihak yang tidak pernah memerintah selama ini.

Bagaikan kera mendapat bunga, mereka memasuki ke tampuk pemerintahan itu dengan seronok dan riang-rianya. Orang Melayu yang mengundi pembangkang pada masa itu, tiba-tiba tersentak (tidak sangka) apabila mendapati barisan pemimpin DAPlah yang rupa-rupanya menguasai kerajaan negeri itu. Menteri Besar hanyalah simbolik.

Bagi menambat hati rakyat di awal pemerintahan, pelbagai janji dibuat. Yang dikotakan setakat ini tiada. Yang ada hanyalah eksesais perhubungan awam dan sedikit ole-ole air percuma beberapa timba.

Mereka ini akhirnya memasuki ke syarikat-syarikat kerajaan negeri. Tampuk yang dulu dilucutkan dan ada juga CEO yang sukarela berjalan keluar, posisi mereka diganti dengan orang baru. Namun, kini ramai sudah mula bercakap mengenai kelayakan dan who‘s who (siapa) orang baru yang diambil itu? Mereka bertanya, ada kaitan dengan kronisme ke? Nepotisme? Orang sudah mula bercakap.

Yang memeningkan MB sekarang ialah apabila orang mula bercakap mengenai Yayasan Selangor (YS) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Sultan pun khabarnya murka. DAP dalam soal ini hanya senyap menyepi. Pas pula tidak campur tangan. Semua mahu kelihatan baik dan cuba cuci-tangan.

Rata-rata kakitangan yang berkhidmat, sejak pemerintahan BN dulu, kini terpinga-pinga. Macam-macam hal yang berlaku. PKNS yang ditubuhkan sebagai pemegang amanah terbesar orang Melayu kini dikatakan sudah lintang-pukang.

Begitu juga dengan YS. Satu surat rayuan yang disiarkan dalam Forum Utusan Malaysia semalam tertulis: “Tolonglah jaga baik-baik amanah Yayasan Selangor ini. Kita tidak mahu ada orang yang datang itu hanya bertugas untuk dua tahun ini sahaja kerana menjangka pakatan pembangkang akan kalah dalam PRU-13 akan datang. Janganlah punahkan amanah yang sudah terbina itu. Dulu perkara-perkara sebegini tidak pernah berlaku.”

Luahan hati itu seharusnya diambil perhatian. PKNS dan YS ialah dua institusi Selangor yang terpenting bagi orang Melayu.

Orang dalam yang terpanggil membetulkan keadaan mendedahkan kepada saya panjang lebar. Wang dikatakan dibelanjakan secara meragukan. Perbelanjaan yang tidak perlu digunakan, kononnya, untuk menukar imej perbadanan itu. Pakar-pakar perunding luar diambil dan dikatakan dibayar ratusan ribu hingga mencecah jutaan ringgit. Kakitangan dalaman pula bagaikan duduk atas bara api.

Mereka kini mengimbau kembali khidmat baik yang dibuat oleh para pengurusan PKNS terdahulu. Walaupun ada sedikit cacat-cela sini sana --- kini mereka sedar, sekarang lebih teruk.

Orang-orang ini sudah mula bersuara. Mereka merayu supaya diselamatkan institusi orang Melayu ini. PKNS diasaskan oleh Menteri Besar berwawasan ketika itu, Datuk Harun Idris pada 1964 bertujuan untuk menyeimbangkan geo-politik orang Melayu dan bukan Melayu di kawasan bandar melalui pembinaan rumah-rumah ‘mampu-milik’. Bandar-bandar baru dibuka, antaranya Shah Alam, Bangi, Keramat, Kota Damansara hinggalah ke kawasan Hulu Selangor. Bandar-bandar itu kemudiannya menjadi ikon kebanggaan orang Melayu.

Namun, dalam tempoh terdekat ini sedikit demi sedikit amanah itu cuba dicairkan. PKNS banyak membuat projek-projek JV atau usahasama yang dilihat boleh memecahkan jaringan geografi politik tersebut.

Rumah pangsa di Keramat dirobohkan untuk diberi ruang kepada kondominum mewah Datun Jelatek. Persoalannya berapa ramaikah orang Melayu yang mampu membelinya? Dengar kata paling murahpun seunit kondo itu ialah sekitar RM400,000?

Namun pemimpin atasan perbadanan itu memberi alasan begini: ‘‘Kalau tak laku dan orang Melayu tak mampu, kita buka kuota kepada bukan Bumi, bila dapat untung kita buat satu bandar baru orang Melayu di mana-mana pun...”

‘‘Persoalannya di mana jiwa orang yang bercakap itu,” kata orang dalam perbadanan itu kepada saya.

Kerana sudah tidak tertahan, lima persatuan dan kesatuan dalaman PKNS --- yang memegang amanah itu --- berpakat dan bersatu suara menuntut Menteri Besar, Khalid Ibrahim menyiasat dan memecat Pengurus Besar lantikannya, Othman Omar yang juga dikenali sebagai OO.

Tapi, apakah cukup sekadar OO seorang sahaja? Khalid selaku pengerusi Lembaga Pengarah juga harus bertanggungjawab dalam kemelut itu. Macam mana pula dengan Azmin Ali (anak emas Anwar Ibrahim) yang juga memegang tampuk Exco di perbadanan itu?

Moral ceritanya ialah, amanah itu mulai punah. Jika orang Melayu di Selangor melihat kerajaan BN dulu teruk, kini mereka melihat yang ada sekarang lebih teruk lagi.

Oleh itu, Selamatkahlah Selangor!

Oleh : Zaini Hassan

Juragan Malawati..

Selasa, 16 November 2010

Salam Aidil Adha..


" Labbaika Allahumma labbaika. Labbaika la syarika laka labbaika. Innal hamda wanni’mata laka wal mulka. laa syarika laka ".

" Ya Allah, aku datang karena panggilanMu. Tiada sekutu bagiMu. Segala ni’mat dan puji adalah kepunyanMu dan kekuasaanMu. Tiada sekutu bagiMu ".

Selamat menyambut Hari Raya Aidil Adha dari UMNO Kuala Selangor buat semua muslimin dan muslimat serta para pembaca yang budiman. Selamat melakukan ibadah Qurban dan sambutlah ianya dengan penuh keinsafan dan keredhaan. Semoga Allah swt sentiasa memberkati kita semua..InsyaAllah..AMIN.

Ikhlas Dari : UMNO Kuala Selangor
Juragan Malawati..

Isnin, 15 November 2010

Selangor Bangkit : Mengapa hanya Saifulruddin diarah cuti?

Pengerusi Yayasan Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki perlu dipertanggungjawabkan ke atas kontroversi perbelanjaan bagi majlis ulang tahun ke-40 yayasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro berkata, beliau hairan kenapa kedua-dua mereka itu seolah-olah terlepas daripada siasatan yang dijalankan oleh kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu berkata, sepatutnya Abdul Khalid yang juga Menteri Besar dan juga Ilham, turut disiasat atau mengambil tanggungjawab ke atas isu yang turut mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah itu.

"Mereka juga patut diarah bercuti bukan hanya sekadar Timbalan Pengurus Besar, Mohd. Saifulruddin Sulaiman sahaja.

"Ia penting bagi memastikan siasatan membabitkan perbelanjaan RM300,000 itu dapat dilakukan dengan cepat dan bebas.

"Ini kerana mereka juga antara pihak yang mempunyai kuasa meluluskan perbelanjaan yang tidak mungkin dilakukan oleh Mohd. Saifulruddin seorang. Jadi saya minta perkara ini diperjelaskan," kata beliau kepada pemberita di pekarangan Dewan Annex di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri mengarahkan Mohd. Saifulruddin mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta-merta berikutan kontroversi perbelanjaan majlis itu.

Keputusan itu dibuat selepas siasatan awal yang dijalankan kerajaan negeri menunjukkan terdapat penglibatan Pejabat Timbalan Pengurus Besar dalam membuat keputusan itu.

Tambah Amiruddin, tindakan mengarahkan Saifulruddin bercuti menunjukkan ketidaktelusan kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang dan seolah-olah menjadikan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor itu sebagai "kambing hitam".

Kontroversi perbelanjaan majlis yang dikatakan menelan kos RM300,000 yang didakwa tidak munasabah itu mula dicetuskan oleh Amiruddin semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor minggu lalu.

Isu tersebut turut menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan itu.

Juragan Malawati..

Ahad, 14 November 2010

PAS jangan mimpi ganti UMNO!

Pas usah bermimpi untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu selagi ia gagal menjadi parti yang dominan di dalam pakatan pembangkang.

Bekas Naib Presiden Pas, Datuk Nakhaie Ahmad berkata, realitinya Pas tidak sekuat UMNO kerana parti itu bukannya berperanan sebagai ‘tulang belakang’ pakatan pembangkang sebaliknya hanya menjadi ‘pak turut’ kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, berbanding UMNO meskipun parti itu menjalinkan kerjasama dengan MCA, MIC serta parti-parti komponen lain, ia telah diiktiraf sebagai parti tunjang kepada BN.

‘‘Inilah hakikat yang berlaku. Pas hanya sekadar pak turut kepada DAP dan PKR. Mereka tidak boleh buat apa-apa sekiranya mereka terus gagal menjadi parti dominan di dalam pakatan pembangkang.

‘‘Apa yang orang Melayu boleh harapkan kepada Pas jika peranan parti itu di dalam pakatan pembangkang tidak sehebat DAP dan PKR. Saya percaya orang Melayu yang rata-ratanya berpendidikan boleh membuat penilaian yang terbaik tentang perkara ini,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas seminar yang dianjurkan oleh Pas bertajuk ‘Pas Sedia Ganti UMNO’ yang telah dirasmikan oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Shah Alam, semalam.

Di dalam ucapan perasmiannya Abdul Hadi antara lain telah membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan terhadap UMNO. Nakhaie berkata, semua pihak harus sedar DAP yang kini rakan sekutu kepada Pas serta PKR tidak akan menerima perjuangan Islam sampai bila-bila.

‘‘Pemimpin-pemimpin Pas yang naif sahaja yang mahu bersahabat dengan DAP,’’ katanya lagi.

Penasihat Agama Menteri Besar Pahang, Syed Ibrahim Syed Ahmad berkata, Pas perlu melupakan hasratnya untuk menggantikan UMNO kerana ternyata parti itu sehingga kini gagal menjadi sebuah parti alternatif terbaik bagi orang Melayu.

Selain faktor bersahabat dengan DAP beliau berkata, faktor kegagalannya menjadikan Kelantan sebagai negeri berteraskan Islam juga perlu diambil kira.

‘‘Cuba kita lihat di Kelantan. Pemerintahannya telah masuk tahun yang ke-20 tetapi apa yang kita perhatikan maksiat dan perbuatan keji masih berlaku di negeri berkenaan.

‘‘Sekiranya mereka berjaya menerapkan nilai-nilai Islam saya percaya maksiat tidak berlaku di Kelantan. Perkara-perkara keji tidak berlaku di Kelantan. Adakah mereka gagal mendapat keberkatan daripada Allah?’’ katanya.

Beliau berkata, perkara itu tidak perlu dihairankan kerana Islam di kalangan pemimpin Pas Kelantan hanya dalam bentuk luaran sahaja tetapi dari segi akhlak dan peribadi langsung tidak mencerminkan sedemikian.

‘‘Sebagai contoh maki hamun dan sumpah seranah yang sering keluar di mulut pemimpin-pemimpin Pas. Jelas, ini bukan akhlak Islam,’’ katanya.

Timbalan Dekan Institut Pemikiran Ketamadunan Islam Antarabangsa (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof. Datuk Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid, berkata, hakikat politik ketika ini sebahagian besar orang Melayu merupakan penyokong UMNO.

Ditanya mengenai pelbagai tuduhan Abdul Hadi di dalam ucapannya itu termasuk mengatakan UMNO tidak bersolat, Mahmood Zuhdi berkata itu merupakan kenyataan daripada orang kecewa.-UM-

Juragan Malawati..

Sabtu, 13 November 2010

Masjid : ADUN PAS persoal kerajaan Kelantan!!!

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS mempersoalkan tindakan kerajaan negeri pimpinan parti itu yang disifatkannya tidak memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan.

Hassan Mohamood (Pas-Tawang) berkata, perkara tersebut boleh dilihat dalam pelaksanaan pembangunan Bandar Baru Tunjung dan Lembah Sireh apabila pembinaan masjid tidak diberikan penekanan berbanding bangunan lain yang telah siap dibina. Beliau turut mempersoalkan projek pembinaan masjid di Lojing yang belum bermula tetapi peruntukan sebanyak RM1 juta telah pun diluluskan.

"Kerajaan tidak memberi keutamaan kepada pembinaan masjid dan tidak memberi penekanan kepada pemaju supaya membina masjid, sebagai contoh di Bandar Baru Tunjung, bangunan lain dah naik masjid tidak ada manakala di Lembah Sireh, bangunan lain penuh, masjid entah di mana.

"Jadi saya harap kerajaan memberikan keutamaan terhadap pembinaan masjid," katanya ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Ahmad ketika itu sedang menjawab soalan tambahan Abdul Halim Abdul Rahman (Pas-Chetok) yang meminta kerajaan negeri mencontohi pendekatan hijrah Rasulullah yang memberi keutamaan membina masjid, dalam pembangunan bandar baru Lojing. Abdul Halim berkata, pembinaan masjid itu penting supaya masyarakat tidak kosong daripada menerima ajaran agama.

Timbalan Menteri Besar itu dalam jawapannya berkata, kerajaan telah meluluskan peruntukan RM1 juta untuk mewujudkan pusat pengajian pondok moden di Lojing yang akan memberi nafas baru dari segi perkembangan Islam khususnya di kalangan Orang Asli di kawasan tersebut.

Beliau berkata, batu asas pembinaan pondok itu yang turut mengandungi sebuah masjid telah pun diletakkan dan kerajaan kini menunggu rangka program pembangunan yang hendak dilaksanakan di kawasan tersebut daripada Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN).

"Tidak timbul tak beri keutamaan, begitu juga di Bandar Baru Tunjung, wang telah ada tapak sudah ada," katanya.

Terdahulu ketika menjawab soalan Zulkifli Mamat (Pas-Pulai Chondong) mengenai pelan struktur pembangunan bandar Jajahan Kecil Lojing, Ahmad berkata, rancangan pembangunan dibuat secara menyeluruh untuk jajahan Gua Musang bagi pembangunan bandar berkenaan terutama berkonsepkan pelancongan agro.

Beliau berkata, beberapa pelan rancangan juga dilaksanakan bagi memastikan pembangunan yang hendak dilakukan tidak menjejaskan kualiti alam sekitar di Lojing.

Mungkin ini jawapan standard dari Nik Aziz :

Jika kita masih ingat pada 5 Januari 2008, di Pasir Puteh, Nik Abdul Aziz Nik Mat mengakui sejak beliau mentadbir negeri ini selama 18 tahun, Pas tidak pernah membina sebuah masjid pun! Alasan Nik Aziz amat menjengkelkan! Beliau tanpa rasa bersalah berkata, ini kerana, kerajaan negeri tidak akan melayan sebarang permintaan untuk membina masjid baru kecuali rakyat sendiri yang menyediakan tapak dan membinanya terlebih dahulu.

‘‘Rakyat buat dulu masjid, beli tanah tapak dulu baru kerajaan negeri Pas beri sekadar mampu,’’ itulah sikap “cuci tangan‘ Nik Aziz ketika berucap pada Majlis Pemimpin Bersama Rakyat peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal, di Kampung Telosani.

Mursyidul Am Pas itu seperti amalan biasa yang dilakukan oleh pemimpin dan penyokong Pas, tidak akan malu kepada kegagalan parti mereka mendirikan walau sebuah masjid sepanjang memerintah di Kelantan tetapi akan menyalahkan Kerajaan Persekutuan. Alasan Nik Aziz ialah Kerajaan Persekutuan tidak menyediakan peruntukan mencukupi kepada kerajaan negeri bagi melaksanakan projek-projek pembangunan di negeri itu!

Sepatutnya Nik Aziz merasa malu apabila terdapat banyak masjid uzur yang merentangkan kain pemidang untuk mengutip derma kerana kerajaan Pas gagal menunaikan tanggungjawab terhadap rumah Allah. Tidak ada apa-apa yang boleh dibanggakan oleh rakyat kerana Kerajaan Pas terbukti gagal dalam pemerintahan mereka setelah diberi peluang mentadbir negeri selama lebih 18 tahun.

Banggakah pemimpin Pas bila kebanyakan masjid masih lagi berada pada tahap yang uzur, buruk dan tidak terjaga. Ada masjid yang masih terbengkalai kerana tidak ada duit untuk disiapkan oleh pihak berwajib. Memang rakyat digalakkan memberi derma kepada masjid, tetapi kerajaan negeri tidak boleh lepas tangan.

Rakyat Kelantan, khususnya yang berada di luar Kelantan malu bila rumah Allah tidak diberi perhatian utama oleh Kerajaan Pas. Ini membuktikan Pas berbohong untuk mendaulatkan Islam. Sekaligus memperlihatkan, Kerajaan Pas hanya asyik berkhayal dengan slogan tetapi gagal untuk memakmurkan negeri Kelantan.

Dalam masa yang sama, Pas tetap memperalatkan masjid yang dibina oleh kerajaan Barisan Nasional, untuk mengekalkan pengaruh mereka di negeri ini.
“ Paling dikesalkan, bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama ‘cendawan di musim hujan’.

Tidak cukup dengan penceramah Pas tempatan, parti itu mengimport penceramah Pas dari luar Kelantan untuk berceramah di masjid yang uzur dan bocor semasa hari kebesaran Islam. Tidak malukah pemimpin Pas dengan tindak tanduk mereka itu? Paling dikesalkan, bangunan Pas di setiap daerah tumbuh dengan begitu pesat umpama ‘cendawan di musim hujan’.

Bangunan Pas seperti Putik di Pengkalan Chepa tersergam indah dan dilengkapi dengan kemudahan yang cukup selesa. Begitu juga bangunan Pas di Parlimen Ketereh dan beberapa tempat lain sudah siap dengan begitu cepat. Di manakah Pas mendapat wang untuk menyiapkan bangunan milik parti itu? Kalau bangunan parti ada duit, memperbaiki dan membina masjid walaupun sudah 18 tahun memerintah masih tidak ada peruntukkan!.

Mungkin rakyat Kelantan terfikir bahawa jika Pas jujur dalam perjuangan Islam, alangkah baiknya jika wang tersebut digunakan untuk membina dan memperbaiki rumah Allah yang uzur itu. Hingga kini, banyak bantuan kepada masjid diberikan oleh Kerajaan Persekutuan melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK). Malangnya, terdapat jawatankuasa masjid yang menyokong Pas tidak menghargai sumbangan tersebut.

Maka pada pendapat penulis memang patut pun ADUN PAS sendiri yang mengeluh mengenai kurangnya kerajaan negeri memberi keutamaan terhadap pembinaan masjid di setiap pembangunan bandar baru yang dilaksanakan di Kelantan. Adakah PAS Kelantan akan terus mengambil sikap " lepas tangan " semata-mata berharap kepada kerajaan pusat untuk setiap pembangunan di seluruh negeri Kelantan.

Jadi apakah fungsi sebenar Kerajaan PAS diKelantan ini? Diharap rakyat Kelantan dapat memikirkan samada untuk terus memberi sokongan kepada PAS dalam PRU yang akan datang. Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Khamis, 11 November 2010

Yb Zul Kulim Dicerca Bila Tempelak YB Pas Pertahan Pelajar Islam Yang Dirotan Bawa Makanan Haram @ Babi !!!

Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging ...khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.

Dzulkefly ( gambar ) yang berang dengan hujah yang ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin ( Bebas-Kulim Bandar Baharu ) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam. Justeru, “tidak wajar” bagi seseorang Islam membawa makanan “haram” ke sekolah.

“Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam,” kata Zulkifli. Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.

Zulkifli kemudian berkata "inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi".Kenyataan itu telah mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat dengan Dzulkefly terus membidasnya dengan berkata: "Inilah amalan agama yang paling sempit".

Meskipun diarahkan oleh timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Jaafar, supaya berhenti bertengkar dan duduk, namun Dzulkefly terus membidas bekas ahli parlimen PKR.

Wan Junaidi kemudian mengarahkan supaya Dzulkefly keluar dewan sehingga waktu makan tengahari berahir pada jam 2.30 petang tadi.

Kenyataan dari blog Zulkifli Nordin :

Saya kesal dengan tindakan DAP dan PKR, dengan sokongan segelintir Ahli Parlimen PAS*, yang memainkan isu seorang pelajar bernama Basil Anak Beginda (10 tahun) membawa makanan haram iaitu "nasi goreng + sosej babi" ke sekolahnya di Sekolah St. Thomas, Kucing, Sarawak. Mereka mendakwa pelajar ini dikenakan hukuman 10 kali rotan pada 15 Okt 2010 oleh Penolong Kanan sekolah En. Iskandar Bin Fadeli kerana membawa membawa "sosej babi" ke sekolah. Sedangkan pihak sekolah menyatakan budak itu dihukum atas sebab lain. PKR mendakwa ini melanggar hak perlembagaan budak tersebut!

Saya tidak berminat dengan isu hukuman rotan itu, kerana faktanya pun tidak jelas. Adakah beliau dirotan kerana sosej babi, atau kerana kesalahan disiplin yang lain. Pada saya kita tidak perlu melatah cepat sangat, kerana PKR yang memainkan isu ni pun jenis tak boleh dipercayai. Bukan kita kata, calun Timbalan Presiden PKR sendiri yang kata, "bahawa PKR ini penuh dengan kepalsuan dan hipokritus". Y

ang jelasnya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong telah pun membuat penjelasan bahawa lapuran Jabatan Pelajaran menunjukkan kanak-kanak itu dirotan kerana kesalahan lain. Jadi isu kenapa dia dirotan pun tak jelas lagi, tau-tau DAP, PKR melompat memutar isu itu sebagai isu perkauman dan agama!

Fakta yang jelas dan tidak boleh dinafikan ialah Basil Anak Beginda adalah seorang budak beragama Islam. Ayahnya bernama Nor Azman Bin Abdulah @ Beginda Anak Minda. Beliau adalah ahli PKR. Beliau calun PKR bertanding dalam PRU 10 di P. 188 Kapit (1999) dan PRN Sarawak N.24 Engkili (2001). Beliau tewas di kedua-dua pilihanraya (faktanya saperti yang tercatat dibawah). Melainkan Nor Azman mahu datang kedepan dan menyatakan beliau bukan lagi Islam, anaknya menurut hukum adalah tetap seorang Muslim!

Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda juga adalah salah seorang saksi utama bagi pihak Anwar Ibrahim semasa perbicaraan kes liwat 1998 dahulu. Saya antara peguam yang mengendalikan beliau, dan sepanjang pengetahuan saya beliau beragama Islam.

Persoalan yang saya ingin kemukakan ialah apakah tindakan yang pihak penguatkuasa agama ambil mengenai fakta ini. Budak beragama Islam dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah!! Saya mendesak supaya suatu tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam negeri dengan memanggil kedua ibubapa dan anak tersebut untuk mengenal pasti status agama budak tersebut, dan diberi kaunselling dan nasihat bahawa pemakanan babi adalah haram didalam Islam.

Apa yang membimbangkan saya ialah apabila status agama Islam Basil Anak Beginda yang makan sosej babi ini dibangkitkan, DAP/ PKR dan segelintir MP PAS dengan cepat melatah menyatakan bahawa ini bukan isu agama!! Dah kalau ini bukan isu agama, isu apa lagi! Apakah dasar DAP/PKR menghalalkan ahlinya yang beragama Islam makan sosej babi! Apa pula pendirian pak jangoat badut ingusan dalam isu ini? Kenapa membisu macam kambing sakit gigi je? Dan kepada ahli akar umbi PKR dan PAS yang masih taksub dengan kepimpinan PKR ini, adakah kamu semua redho dengan pendirian ini?

Tapi yang saya sangat kesal ialah apabila saya dedahkan hakikat bahawa budak yang membawa sosej babi ini beragama Islam, tak pasal-pasal segelintir Ahli Parlimen PAS melenting dan menyatakan status agama budak ini tidak relevan!! Kalau yang bercakap tu Kitsiang atau Karpal Singh saya tak hairan, tapi bila Ahli Parlimen PAS yang menyatakan itu, saya terus mencabar mereka "apakah pendirian kamu membenarkan anak orang islam boleh membawa sosej babi ke sekolah?".

Mereka tidak menjawab, sebaliknya saperti biasa memberi label saya ni extremis dan lain-lain. Dan apabila YB Speaker suruh mereka duduk dan diam, mereka terus melanggar peraturan dan membuat bising. YB Speaker tiada pilihan melainkan menghalau keluar Dewan!

Dan semasa nak keluar daripada Dewan, seorang MP pembangkang yang sepatutnya menggunakan pintu depan terus kebelakang menuju ke tempat duduk saya dan cuba menyerang saya dengan mencabar saya. Nasib baik Bentara Parlimen segera menahan beliau, kalau tidak..!! YB Bung Mokhtar meluru datang dan menasihatkan saya supaya duduk tenang dan jangan melayan. Dan saya terus dengan perbahasan saya.

Namun Ahli-Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS terus menganggu ucapan saya kerana jelas mereka tidak mahu rakyat tahu isu sebenar. Mereka ingat mereka telah dapat isu besar bila membangkitkan isu konon Cikgu beragama Islam melarang pelajarnya memakan babi. Mereka tidak mahu rakyat tahu perkara sebenarnya, bahawa budak itu beragama Islam.

Dan saya hanya mendesak supaya Kerajaan menyiasat kedudukan status budak ini. Apakah benar dia dirotan kerana isu sosej babi atau sebab lain. Adakah benar dia masih beragama Islam? Yang saya hairan kenapa ibunya sahaja yang beriya-iya ke depan dalam isu ini? Apa agama ibu budak itu? Kenapa bapaya Nor Azman @ Beginda diam membisu? Kenapa mereka memilih untuk membesarkan isu ini menggunakan platform politik (gambar diatas jelas membuktikan!).

Pada saya, semua pihak sepatutnya berterimakasih kepada guru tersebut En. Iskandar Bin Fadeli yang telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Dan beliau sangat menjaga kerahsiaan dan sensitiviti isu ini bila menasihatkan ibu kepada si Basil iaitu Angela Anak Jabing supaya tidak membesar-besarkan isu ini kerana "ianya sensitif".

Tetapi mereka memilih platform politik pembangkang untuk memainkan isu ini (gambar atas yang cukup jelas). Dan bila isu agama si Basil sebagai seorang budak beragama Islam dibangkitkan, bagaimana dia boleh dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah, tiba-tiba mereka cuba menutup isu itu dengan menyatakan status agama Basil sebagai beragama Islam tidak relevan!!

Bagi saya, isu status agama Basil sebagai anak beragama Islam sangat relevan dan perlu di ambil tindakan wajar. Siasatan mendalam dan menyeluruh perlu dilakukan. Pada Cikgu Iskandar Fadeli, tahniah kepada cikgu kerana mengutamakan agama dari segalanya.

Wassalam.

Juragan Malawati..

Selasa, 9 November 2010

Faekah Penipu ! Perlu Letak Jawatan Segera...

Apa yang terjadi ke atas Setpol MB Selangor , Cik Faekah Husin harus dijadikan pengajaran kepada kita semua agar tidak mengamalkan budaya bodek atau ampu yang membabi buta tanpa usul periksa. Jika kita tidak tahu perkara sebenar lebih baik diam, buat kerja elok-elok , cukup bulan dapat gaji.

Apa yang menimpa Faekah adalah sesuatu yang memalukan. Sekarang Faekah terpaksa menanggung ‘kemaluan’ yang besar kerana mengampu dan membodek membabi buta. Pada 4.September 2010, Sinar Harian menyiarkan kenyataan Faekah yang mengatakan Khalid Ibrahim terkejut dan menolak insentif yang patut diterimanya sebanyak RM 100,000.00.

Faekah berkata , Khalid meminta ianya dipulangkan kembali kepada rakyat dan katanya lagi kerajaan negeri akan membiasakan yang betul dan membetulkan perkara yang menjadi kebiasaan.

Selangor Daily juga pernah menulis perkara berkenaan di sini . Apabila melihat kenyataan Faekah, kami yakin rakyat Selangor akan teruja sambil berkata “bagusnya mb kita, mb seperti inilah yang kita mahu”.

Tetapi seluruh rakyat Selangor ditipu oleh Faekah. Kenyataan yang dibuat oleh Faekah adalah satu pembohongan dan untuk membodek Khalid agar kertas-kertas kerja yang dibawa olehnya diluluskan oleh bosnya untuk kepentingan dia dan kroni-kroninya.

Laporan Ketua Audit Negara 2009, menyatakan Khalid Ibrahim menerima elaun RM 5000.00 sekali mesyuarat selaku Pengerusi PNSB. Kami ulang sekali lagi, RM 5000.00 SEKALI mesyuarat.

Mengikut Laporan Ketua Audit Negara 2009, pada tahun lalu Lembaga Pengarah PNSB mengadakan tujuh kali mesyuarat dan Pengerusi PNSB (Khalid Ibrahim) menerima elaun mesyuarat keseluruhan sebanyak RM25,000. 00. Mungkin dia tidak hadir dua kali mesyuarat berkenaan. Lihat di sini .

Selain daripada elaun mesyuarat RM 25,000, Khalid juga diberi pakej percutian yang berjumlah RM 60,000.00. Kesudahannya pada tahun 2009 Khalid menerima sebanyak RM 85,000.00 daripada PNSB.

Adakah Faekah berani mengatakan Khalid tidak terima semua itu ?

Pada zaman pemerintahan BN , MB ketika itu juga adalah Pengerusi PNSB dan elaun mesyuarat yang diterima adalah sebanyak RM 1000.00 untuk sekali mesyuarat. Empat kali ganda lebih rendah daripada yang dibayar kepada Khalid Ibrahim.

Adakah berani Faekah mengatakan itu satu pembohongan ?

Faekah kata nak membetulkan perkara yang menjadi kebiasaan, tetapi ianya lebih teruk dari yang biasa. Ini kerana kebiasaannya (zaman BN) Pengerusi PNSB menerima elaun mesyuarat RM 1000.00 sekali mesyuarat,tetapi di zaman Khalid ianya naik empat kali ganda.Apa yang nak dibetulkan ?

Faekah perlu meletak jawatan dengan segera, kerana dia telah menipu seluruh rakyat Selangor. Pembohongan yang dilakukan oleh Faekah bukannya kecil, kerana ianya telah menjadi tajuk utama di muka depan sebuah akhbar.

Oleh : Selangor Daily

Juragan Malawati..

Isnin, 8 November 2010

PESANAN BUAT ORANG MELAYU TENTANG MUNAFIKNYA PAS DAN PKR!

Pilihanraya yang bakal berlangsung nanti, besar ertinya kepada seluruh umat islam di Malaysia. Sekalipun penulis adalah seorang ahli PAS lebih dari 25 tahun, penulis masih sangsi dan kurang berkeyakinan bahawa PAS boleh mengambilalih kedudukan UMNO sebagai pelindung bangsa Melayu dan Islam.

Mengapa penulis berkata begitu? UMNO yang memerintah Malaysia selama 53 tahun telah membuktikan kemampuannya menjaga kepentingan bangsa Melayu dan Islam dengan baik. Apa yang orang Melayu warisi sekarang, kemajuan dan pembangunan, zahir dan batin adalah hasil perjuangan UMNO.

PAS sebaliknya banyak bercakap, mengkritik dan tidak memperlihatkan kewibawaannya sebagai parti politik Islam yang bertanggungjawab. Saya tidak hairan kalau majoriti orang Melayu masih tetap menolak PAS dan memilih UMNO kerana rata-rata pemimpin PAS miskin ilmu pengetahuan dan kebijaksanaan untuk meningkatkan syiar Islam.

Hingga sekarang pun, tidak ada satu projek ekonomi yang besar dan berkesan dari alangan PAS untuk membuktikan bahawa ia mampu dan berjaya melaksanakan pelbagai projek ekonomi, sosial, pendidikan dan lain-lain untuk meyainkan orang ramai PAS bukanlah sebuah parti politik yang banyak bercakap.

Malah sekalipun PAS diberikan peluang mentadbir Kedah dan Kelantan, PAS langsung tidak menampakkan bukti sebenar keupayaan mereka sekalipun para pemimpin PAS cukup kaya dengan sijil, diploma, ijazah dan sarjana seperti yang dipamerkan kepada barisan pemimpin muda, namun secara amalinya, para pemimpin PAS berfikiran jumud. Sehingga kini, PAS Kedah langsung tidak berdaya maju dalam meneruskan kecemerlangan ekonomi Kedah sewaktu diperintah UMNO dan BN.

Sebagai ahli PAS, saya menentang cadanganMursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz hang hendak memberi peluang kepada bukan Melayu dan bukan Islam sebagai Perdana Menteri. Saya minta Nik Abdul Aziz jangan terlalu gopoh mengeluarkan kenyataan yang boleh dianggap oleh majoriti orang Melayu PAS tidak mempunyai maruah dan kewibawaan hingga sanggup menyerahkan jawatan PM kepada orang bukan Melayu dan bukan Islam.

Sebagai seorang ahli PAS yang menyanjung tinggi ketokohan Nik Abdul Aziz sebagai seorang ulama, maka sekarang saya rasa sungguh kecewa dengan kenyataannya yang melukakan perasaan orang Melayu dan Islam.

Mengapakah para pemimpin PAS yang bergelar ulama sanggup mengelirukan orang Melayu mengenai perjuangan Islam dan sanggup mencaci dan memaki hamun sesama muslim hanya kerana berlainan parti politik? Dulu saya hormati Dr. Haron Din dan Ismail Kamus sebagai ulama tetapi setelah mendengar ucapan-ucapan politik mereka yang dangkat dan menyesatkan, saya hanya menggeleng dan menyeru agar tidak mengundikan undi yang berharga kepada calon-calon PAS, PKR, DAP dan PSRM kerana perjuangan Pakatan Rakyat ini hanya merugikan orang Melayu dan generasi Islam akan datang.

Sekalipun PAS bercakap tentang perjuangan islam dan mahu menegakkan kerajaan Islam namun hakikatnya ia sekadar omongan kosong. Malah PAS sekali digertak oleh DAP, akan segera memberitahu bahawa cita-cita untuk menubuhkan Negara Islam sudah lama digugurkan dan Negara Islam bukanlah matlamat utama PAS lagi.

PAS gagal menubuhkan kerajaan Islam sebenar di Kelantan meskipun diberi peluang mentadbir negeri itu selama 20 tahun sekalipun tidak ditekan oleh mana-mana pihak. PAS tidak akan selama-lamanya menubuhkan kerajaan Islam sekalipun melabelkan negeri itu sebagai Negeri Serambi Mekah.

Sebabnya ialah para pemimpin PAS Kelantan sekadar pandai memberikan label tetapi tidak pandai langsung bekerja. Lebih daripada itu, tindak-tanduk para pemimpin PAS tidak berjiwa Islam dan tidak serius untuk menubuhkan kerajaan islam.

Kini PAS sudah diperangkap oleh DAP dan nampaknya PAS juga telah menerima konsep politik DAP iaitu Malaysian Malaysia yang bermakna tidak ada lagi hak keistimewaan orang Melayu di Malaysia sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya.

PAS dan PKR tidak berani menentang kemahuan DAP kerana kepimpinan Melayu dalam PAS dan PKR sangat lemah dan terpaksa menurut rentak DAP yang sememangnya tidak mahu mengekalkan hak istimewa orang Melayu itu dalam perjuangan politik mereka.

Oleh itu, orang Melayu jangan terlalu taksub dengan PAS atau PKR. Kedua-dua parti itu tidak dapat menjamin masa hadapan yang cerah bagi orang Melayu dan Islam. PKR misalnya hanya berjuang untuk membebaskan Anwar daripada perbicaraan kes liwatnya. Segala-galanya berpusat dan berkisar tentang Anwar Ibrahim yang bercita-cita besar untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Sebagai orang Islam, saya tidak mahu bersubahat dengan PKR dan juga PAS yang menyokong Anwar Ibrahim. Anwar dipecat kerana mengamalkan homoseksual sebagai cara hidupnya dan sehingga sekarang, dia tidak berani bersumpah secara Islam di khalayak ramai untuk membersihkan dirinya daripada tuduhan tersebut.

Saya ngeri mengingatkan kemusnahan dan penghapusan kaum Luth seperti yang diterangkan di dalam Al Quran. Saya tidak mahu bersubahat dengan pemimpin homoseksual kerana takutkan kemurkaan Allah.

Sekalipun saya ahli PAS namun saya tidak yakin PAS boleh menjadi pemimpin dan pelindung bangsa Melayu dan Islam seperti UMNO. Apatah lagi dengan kerenah dan tingkah laku beberapa orang pemimpin kanan PAS seperti Mahfuz Omar, Khalid Samad, Zulkefly Ahmad dan Lo'Lo' Ghazali (sekadar beberapa nama), membuatkan keyakinan Negara Islam yang dilaung-laungkan, sekadar tinggal laungan sebelum dijerkah oleh DAP.

Pandangan saya ini mungkin tidak sukai oleh PAS dan mungkin saya dipecat dari parti itu. Saya sanggup dipecat tetapi tidak sanggup membohongi dan menipu bangsa saya dan umat Islam seperti yang diperjuangkan oleh para pemimpin PAS sekarang. Biarlah saya dianggap sebagai ahli PAS 'murtad' kerana saya tidak mahu menjadi taksub terhadap perjuangan yang boleh menghancurkan masa hadapan orang Islam dan Melayu.

Saya tidak rela menjadi pengkhianat bangsa Melayu dan Islam dan oleh itu saya menyeru sekali lagi kepada saudara-saudara seIslam dan sebangsa saya agar tidak sekali-kali memilih PAS dan PKR untuk menerajui kerajaan kelak.

Nota: Penulis adalah Haji Kamsan Haji Buyong. Artikelnya tersiar di risalah KAHWIN MUTA'AH PEMBANGKANG: Siapa Alatkan Siapa? dari muka surat 61-64. Risalah berkenaan dikendalikan oleh Yahya Ismail. ISBN 983-40238-4-7 dan dicetak oleh Hain Nak Grafic Printing. Penambahan dan penyuntingan dilakukan untuk disesuaikan dengan blog ini.

Sumber : theflyingkick

Juragan Malawati..

Ahad, 7 November 2010

PAS Kalah kerana Nik Aziz!

MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat seharusnya tidak terus dengan sikap prejudisnya terhadap kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam setiap pilihan raya termasuklah di Galas pada Khamis lalu.

Sebaliknya sebagai Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Aziz yang kenyataannya sering kali dianggap seolah-olah ‘satu perkara’ yang tidak boleh diingkari perlu menyalahkan diri sendiri terhadap apa yang berlaku di Galas.

Ia kerana Nik Abdul Azizlah yang menjadi punca utama Pas tewas di Galas. Sebagai menteri besar, beliau telah gagal memastikan segala janji yang dibuat kepada penduduk di kawasan itu pada tahun 2008 ditunaikan, sebagai mursyidul am, beliau bertanggungjawab memilih calon parti itu, Dr. Zulkefli Mohamed, biarpun ramai ahli Pas dikhabarkan tidak bersetuju dengan pemilihan berkenaan.

Sebagai ahli politik, Nik Abdul Aziz tidak berhati-hati menjaga perilaku dalam pilihan raya apabila memberi sumbangan wang tunai yang ditakrifkan oleh Pas sebagai zakat kepada masyarakat Orang Asli.

Nik Abdul Aziz juga bertanggungjawab menyebabkan Pas kalah kerana tidak memainkan peranan sebagai ulama untuk menasihatkan pemimpin Pas supaya tidak membuat fitnah sepanjang kempen berlangsung.

Oleh itu, apabila Nik Abdul Aziz membuat kenyataan meragui kemenangan BN sebagai menunjukkan sikap sebenar pengundi, ia menunjukkan bahawa mursyidul am Pas tersebut bukan sahaja memperlecehkan kebijaksanaan pengundi tetapi juga seolah-olah tidak mahu menunjukkan peribadi seorang Islam yang reda dengan ketentuan Ilahi dan bermuhasabah bagi mengkaji di manakah silapnya sehingga Pas tewas.

Apa yang menghairankan kenapakah Nik Abdul Aziz bercakap soal dosa yang akan ditanggung oleh BN? Bagaimanakah dengan tindakan kerajaan Pas Kelantan yang memberi sijil pengiktirafan palsu kepada penduduk tertentu di Gua Musang kononnya mereka terpilih sebagai peserta Ladang Rakyat Limau Kasturi?

Dakwaan ini bukanlah satu dakwaan tetapi ia didedahkan sendiri oleh seorang penduduk miskin, Rozali Rosdin seperti mana disiarkan dalam Utusan Malaysia pada 1 November lalu.

Begitu juga dengan rintihan dan tangisan penduduk masyarakat Orang Asli terutama di sekitar Pos Hendrope yang mendedahkan bagaimana kawasan sekitar dan tanah warisan mereka tergadai akibat kegelojohan kerajaan Pas Kelantan melaksanakan projek Ladang Rakyat.

Tidakkah itu dianggap satu dosa, apabila kerajaan Pas Kelantan berjanji membawa kemakmuran kepada Orang Asli melalui projek berkenaan tetapi hakikatnya hanya seorang dua sahaja daripada mereka menerima dividen RM200 sebulan manakala ratusan lagi terpaksa menderita akibat kemusnahan alam sekitar.

Bagaimana pula dengan fitnah yang dilemparkan oleh pemimpin-pemimpin dan penyokong Pas sepanjang kempen berlangsung sehingga ia akhirnya menimbulkan perasaan muak kepada pengundi-pengundi Galas.

Dakwaan yang dianggap fitnah paling ketara ialah pada hari mengundi apabila penyokong-penyokong Pas menyebarkan gambar Pengerusi Perhubungan UMNO, Datuk Seri Mustapa Mohamed kononnya sedang memberi rasuah kepada pengundi.

Fakta sebenar ialah gambar itu dirakamkan ketika Mustapa menghulurkan wang untuk membeli kacang kepada seorang peniaga yang berasal dari DUN Nenggiri dan dia dikenali oleh ramai penduduk Galas.

Kenapa Nik Abdul Aziz sebagai mursyidul am tidak mahu menganggap itu sebagai dosa besar? Begitu juga dengan tuduhan Penasihat Jentera Pilihan Raya Pas Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang menuduh Tengku Razaleigh Hamzah menghilangkan dokumen penting berkaitan masyarakat Orang Asli Kelantan.

Tuduhan Wan Abdul Rahim itu adalah satu pembohongan semata-mata apabila Tengku Razaleigh yang juga Pengarah Pilihan Raya BN DUN Galas menegaskan, dakwaan itu adalah satu rekaan.

Dosa

Kalaulah Nik Abdul Aziz mahu bercakap soal dosa, bagaimana pula dengan tuduhan Pengarah Pilihan Raya Pas bagi DUN Galas, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman bahawa dalam tempoh 12 jam terakhir sebelum pengundian dijalankan, BN akan menabur wang kepada pengundi.

Apa yang dibentangkan ini adalah sebahagian daripada perkara-perkara yang menjadi punca Pas tewas akibat daripada sikap Nik Abdul Aziz dan pemimpin-pemimpin parti itu sendiri.

Ia belum lagi termasuk bagaimana pengundi -pengundi melihat sikap kepura-puraan Pas dalam mentadbir Kelantan, apabila mereka hanya kelam-kabut melunaskan janji dibuat apabila pilihan raya hendak diadakan dan bagaimana Pas bersikap apa yang mereka buat ‘halal’ dan apa yang BN buat ‘haram’.

Paling jelas apabila Abdul Halim membuat pengumuman bahawa Pas akan memberi sumbangan RM200 dan RM250 kepada pengundi luar yang pulang mengundi. Biarpun perbuatan itu boleh ditafsirkan melanggar Seksyen 10 Akta Pilihan Raya namun Pas mendakwa ia bukan rasuah tetapi sekadar sumbangan.

Begitu juga apabila Nik Abdul Aziz secara terbuka menyerahkan sumbangan wang tunai kepada beberapa Orang Asli yang baru diIslamkan di Lojing, Gua Musang tiga hari sebelum pengundian dijalankan.

Alasan Pas itu adalah zakat kepada mualaf iaitu salah satu golongan yang berhak menerima zakat. Tetapi apa yang dipersoalkan kenapa ia dilakukan ketika kempen pilihan raya berlangsung? Kenapa majlis itu turut dihadiri oleh Dr. Zulkefli?

Bukankah selepas majlis ramah mesra Nik Abdul Aziz itu, pemimpin Pas mendakwa 60 peratus daripada masyarakat Orang Asli akan mengundi parti tersebut. Biarpun ia tidak diterjemahkan dalam bentuk fakta apabila hampir 90 peratus Orang Asli mengundi BN tetapi kecenderungan Pas melaksanakan pelbagai tindakan termasuk mengurniakan tanah ketika berkempen di kawasan masyarakat berkenaan boleh menyebabkan ada pihak mentafsirkan ia sebagai perbuatan cuba membeli undi.

Terdapat banyak lagi tindakan pemimpin Pas dan Nik Abdul Aziz sendiri yang menjadi faktor parti itu ditolak oleh pengundi Galas. Ia termasuklah memfitnah UMNO melalui risalah ‘Galas Kito’ menggariskan 16 perkara kenapa jangan sokong UMNO.

Antara fitnah itu ialah UMNO tidak menjadi Islam sebagai dasar, Islam hanya menjadi tunggangan UMNO, UMNO tidak membela agama dan ulama UMNO hanya subang tembaga serta UMNO mengkhianati bangsa sendiri.

Ini belum lagi termasuk doa yang dilafazkan oleh seorang pemimpin kanan parti itu selepas penamaan calon yang menggambarkan seolah-olah kalau BN yang diwakili oleh UMNO menang di Galas, Islam akan hancur.

Berdasarkan semua hujah-hujah ini yang menjadi faktor kekalahan Pas, maka tidak perlu Nik Abdul Aziz ‘bersandiwara’ lagi. Cukup-cukuplah menuding jari menyalahkan BN dan UMNO apabila mereka tewas dalam pilihan raya.

Jadilah pemimpin Islam yang baik iaitu sentiasa mahu bermuhasabah terhadap kelemahan diri sendiri. Fahamilah Pas bukanlah parti yang sempurna atau lengkap segalanya. Yang sempurna hanya Allah SWT dan paling lengkap hanyalah al-Quran.

Melalui kenyataan meragui kemenangan UMNO, Nik Abdul Aziz mungkin boleh mengabui mata penyokong-penyokong tegar Pas terhadap kelemahan kepimpinan beliau sebagai mursyidul am dan Menteri Besar tetapi ‘Allah melihat apa yang kamu buat’ – seperti mana tulisan pada poster yang dipasang oleh Pas di kawasan DUN Galas.

Dan sudah tentu Allah SWT juga mahu mengetahui siapa sebenarnya pejuang agama dan bangsa serta siapa pula yang sanggup memperalatkan agama dan menolak salam persaudaraan sesama Islam demi mengejar kuasa politik.

Zulkiflee Bakar

Juragan Malawati..

Jumaat, 5 November 2010

Keluhan ahli Pas Baling : Kecewa wakil rakyat tak jenguk!

Selepas pilihan raya umum ke-12 lalu hingga ke hari ini kami penduduk kampung berdekatan Kampung Batu 7, Jalan Baling-Pengkalan Hulu tidak menerima sebarang janji seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah semasa berkempen dalam pilihan raya umum lepas.

Berbagai janji yang dihamburkan dengan manis kepada kami terutama kepada ahli Pas supaya terus memberikan sokongan kepada calon Parlimen Pas di Baling bagi menegakkan syiar Islam dan pembangunan di daerah Baling.

Tetapi hingga ke hari ini kami ahli-ahli Pas masih tertunggu-tunggu janji yang diberikan kepada kami sebelum ini, malah setiap kali berlaku bencana seperti banjir dan ribut kami kecewa kerana pemimpin Pas di peringkat atasan tidak nampak muka langsung. Kami amat kecewa kerana tidak ada satu pun janji yang ditunaikan termasuk yang kami kesalkan kerajaan Pas Kedah menaikkan harga air dengan kadar yang begitu tinggi.

Dulu kata nak sejahterakan rakyat, tetapi kini kami yang mengundi calon Pas turut menderita akibat kerajaan Pas Kedah tidak langsung menunaikan apa-apa pun janji yang mereka buat malah setiap kali berlaku bencana, kami terpaksa menadah tangan untuk menerima bantuan daripada wakil rakyat UMNO, walaupun malu tetapi kami terpaksa juga ambil.

Ke manakah perginya pemimpin Pas kawasan Baling seperti Ustaz Taib Azamuddin Mohd. Taib, Cikgu Johari Abdullah dalam lain lain kepemimpinan Pas kawasan ini?Sambutan hari raya Aidil Fitri lalu kami ahli-ahli Pas yang ditakrif sebagai keluarga susah juga tak dapat apa-apa bantuan, malah duit zakat yang sepatutnya kami terima juga kami tak dapat.

Beginikah sejahterakan Kedah kalau kepimpinan Pas mengamalkan sikap pilih kasih seperti ini?Kepada Ahli Parlimen Baling, kerap-keraplah jenguk kami di kawasan yang memerlukan bantuan YB, bukannya rumah kami jauh sangat dari rumah YB, tetapi YB tak pernah jenguk pun.

Masa berkempen dulu YB sanggup berulang kali datang memujuk kami untuk bantu sokong Pas, tetapi hari ini kami sukar sekali nak jumpa YB.Kami rakyat miskin mudah ditipu, tetapi kami juga mampu mengubah keadaan bila sampai masanya, bila kami sudah tersedar dan merasa kami tertipu.

Kepada Ahli Parlimen Pas Baling, jenguklah kampung kami yang tidak jauh dari rumah YB iaitu Kampung Rambong, Kampung Kaki Bukit, Kampung Batu 7 dan Kampung Padang yang masih ketinggalan jauh berbanding kampung lain yang banyak menerima nikmat dari kerajaan Barisan Nasional kerana mereka tidak tersalah pilih dalam pilihan raya umum lepas.

Untuk pengetahuan YB, kampung Kaki Bukit menderita setiap kali berlaku banjir. Muka YB tak kelihatan. Apabila berlaku ribut pun muka YB tak nampak. Malangnya kami kerana tersalah pilih...!!!

ANAK TOK MUDIM
Baling

Juragan Malawati..

Khamis, 4 November 2010

Terkini dari Galas : Ketua Puteri UMNO Kuala Krai diserang ketika rayu undi!


Ketua Puteri UMNO Kuala Krai, Suzaini Adlina Mohd. Shukri, cedera diserang seorang wanita dipercayai anggota parti lawan ketika sedang merayu undi di Sekolah Kebangsaan Cina Gua Musang di sini dalam pilihan raya kecil Galas hari ini.

Dalam kejadian 11.30 pagi itu, Suzaini Adlina, 37, diserang dari arah belakang oleh wanita itu yang menggunakan tiang bendera menyebabkan beliau cedera di dahi dan hidung.

"Ketika itu peraih undi parti lawan berada di sebelah kanan dan saya berada di sebelah kiri, dan apabila datang seorang pengundi, saya turut bersama dengan anggota wanita parti lawan mengiringi pengundi tersebut ke pusat pengundian.

"Secara tiba-tiba saya diserang daripada belakang dari arah belakang. Dia mengetuk saya dua kali dan apabila saya berpaling ke arah penyerang itu, sekali lagi saya diserang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Daerah Gua Musang.

Juragan Malawati..

Isnin, 1 November 2010

Pas bukan parti alternatif Islam!


Hari demi hari orang Melayu disajikan dengan pelbagai tingkah laku memalukan dan fatwa yang mengelirukan oleh parti Pas, hal ini bukan sahaja berlaku setiap kali menjelang sesuatu pilihan raya bahkan berlaku sepanjang tahun.

Daripada perbuatan khianat, berbohong, sanggup menjadi pecacai DAP untuk menindas orang Melayu sehinggalah insiden mengkafirkan orang Islam lain hatta sanggup membiarkan rakan politik bukan Islam mereka mengkafirkan orang Islam yang berbeza pandangan politik! Lihat sahaja 'tingkah laku islamik' yang dibawa oleh Pas sepanjang Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Galas.

Itupun nasib baik PKR, sibuk berkempen di Batu Sapi, jika tidak, aksi kolaborasi Pas dan PKR setiap kali melakukan jimak politik akan menyaksikan kebangkitan yang akan memberahikan penyokong-penyokong mereka yang mampu mencetuskan politik ala rimba!

Ada sesuatu yang tidak kena dengan Pas, jiwanya sakit, hatinya penuh dengan dendam malahan nafsu Qarunnya semakin membuak-buak. Malangnya sebagai sebuah parti yang mengakui berlandaskan Islam, Pas mengubati jiwa, hati dan nafsunya dengan berpeleseran bersama rakan-rakan politik syaitannya yang suatu ketika dahulu hendak direjam oleh Pas sendiri menyebabkan sehingga kini Pas kabur akan identitinya.

Kalaulah Pas masih di bawah jagaan Almarhum Ustaz Datuk Fadzil Noor, Pas masih lagi sebuah parti Islam dan bukannya bertukar menjadi sebuah parti kebajikan sehingga para pemimpinnya sanggup menjadi boneka kepada sebuah parti yang terang-terang anti-Islam.

Almarhum Ustaz Fadzil pasti tidak rela menyaksikan bagaimana pemimpin sebuah parti Islam menjadi pak turut dalam suatu agenda memusnahkan bangsa dan agamanya sendiri hanya kerana dendam dan gilakan kuasa!

Kalaulah Pas mendalami apa yang telah digariskan oleh para fuqaha Islam berkaitan sistem politik dan pemerintahan Islam, tidak mungkin Pas akan menderhaka kepada ketua agama Islam dengan membiarkan penyokong-penyokongnya menimbulkan huru-hara sehingga mengaibkan ketua agama Islam demi mengembirakan hati rakan-rakan politik kafirnya!

Kalaulah Pas berpegang teguh kepada ajaran Islam yang sebenar, mana mungkin ada pemimpin bukan Islam sebuah parti politik yang cukup tebal semangat anti-Islamnya berani mempergunakan ayat-ayat suci al-Quran untuk memburuk-burukkan saudara seislam yang lain yang berbeza pandangan politik!

Pasti terkencing pemimpin-pemimpin bukan Islam itu diherdik dan disergah oleh ulama-ulama besar Pas kerana sewenang-wenangnya memperkotak-katikkan ayat-ayat suci demi kepentingan politik.

Kalaulah Pas mendalami pengertian bahawa seorang khalifah hanya menjadi khalifah yang sah selama mana dia benar-benar mengikuti hukum-hukum Allah, tidak mungkin Pas akan sanggup menobatkan seorang kafir anti-Islam sebagai khalifah setaraf Khulafa al-Rasyidin!

Sanggup Pas menyamatarafkan Khulafa al-Rasyidin dengan seorang khalifah kafir yang 'memerangi' dan menganiaya umat Islam bahkan sanggup menyuap dan menutup mulut orang Islam dengan hasil sumber judi!

Kalaulah Pas masih perjuangannya berlandaskan Islam, mungkin runtuh bangunan ibu pejabat Majlis Peguam Malaysia diserbu pejuang-pejuang Pas kerana kedegilan majlis itu untuk terus menganjurkan Forum Memeluk Islam 2008.

Sebaliknya Pas membisu membiarkan Majlis Peguam terus-terusan mempertikaikan hal ehwal berkaitan agama Islam sehingga menyebabkan perasaan masyarakat Islam negara ini amat tersinggung!Kalaulah Pas ada sedikit lagi perjuangan Islamnya, tidak akan ada ahli politik anti-Islam nombor wahid yang berani mencemarkan ruang solat umat Islam.

Akan turun berduyun-duyun kader-kader Pas berdemonstrasi mengutuk tindakan ahli politik tersebut memperlekehkan institusi masjid dengan nilai bantuan RM1,000 sahaja!Kalaulah Pas masih kental jiwa Islamnya pasti bergegar bumi Tanah Melayu ini dek gara-gara tuntutan hak menggunakan nama Allah oleh penganut agama Kristian.

Laungan Allahuakhbar pasti bergema di seluruh pelosok negara membantah ahli-ahli politik Islam yang bersubahat; 'melacurkan' nama Allah demi untuk meraih sokongan politik!Kalaulah Pas masih sayangkan Islam, kewujudan negara Islam adalah keutamaannya.

Walaupun digertak oleh DAP, Pas tidak akan gentar melafazkan negara Islam adalah matlamatnya sebagaimana beraninya Tun Mahathir mengisytiharkan kepada dunia bahawa Malaysia adalah sebuah negara Islam! Tetapi kalaulah Pas masih mempunyai roh Islam, mahukah DAP menjadikan Pas kuda kayu tunggangannya?

Sayang sekali Pas kini tidak seperti dahulu lagi, ia kini dalam genggaman DAP! Pas tidak lagi berani memperjuangkan Islam malah langsung tidak berani mengaku keislamannya di hadapan DAP. Malahan kadang- kadang apabila Pas terlupa menyembunyikan keislamannya, DAP dengan pantas menyentap 'kerandutnya', Pas akan serta-merta menikus kembali!

Hakikatnya Pas kini bukanlah parti alternatif kepada orang Melayu sebaliknya adalah sebuah parti yang kebingungan.

PAS sememangnya hamPASS!!!

Juragan Malawati..