UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 5 November 2010

Keluhan ahli Pas Baling : Kecewa wakil rakyat tak jenguk!

Selepas pilihan raya umum ke-12 lalu hingga ke hari ini kami penduduk kampung berdekatan Kampung Batu 7, Jalan Baling-Pengkalan Hulu tidak menerima sebarang janji seperti yang dijanjikan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah semasa berkempen dalam pilihan raya umum lepas.

Berbagai janji yang dihamburkan dengan manis kepada kami terutama kepada ahli Pas supaya terus memberikan sokongan kepada calon Parlimen Pas di Baling bagi menegakkan syiar Islam dan pembangunan di daerah Baling.

Tetapi hingga ke hari ini kami ahli-ahli Pas masih tertunggu-tunggu janji yang diberikan kepada kami sebelum ini, malah setiap kali berlaku bencana seperti banjir dan ribut kami kecewa kerana pemimpin Pas di peringkat atasan tidak nampak muka langsung. Kami amat kecewa kerana tidak ada satu pun janji yang ditunaikan termasuk yang kami kesalkan kerajaan Pas Kedah menaikkan harga air dengan kadar yang begitu tinggi.

Dulu kata nak sejahterakan rakyat, tetapi kini kami yang mengundi calon Pas turut menderita akibat kerajaan Pas Kedah tidak langsung menunaikan apa-apa pun janji yang mereka buat malah setiap kali berlaku bencana, kami terpaksa menadah tangan untuk menerima bantuan daripada wakil rakyat UMNO, walaupun malu tetapi kami terpaksa juga ambil.

Ke manakah perginya pemimpin Pas kawasan Baling seperti Ustaz Taib Azamuddin Mohd. Taib, Cikgu Johari Abdullah dalam lain lain kepemimpinan Pas kawasan ini?Sambutan hari raya Aidil Fitri lalu kami ahli-ahli Pas yang ditakrif sebagai keluarga susah juga tak dapat apa-apa bantuan, malah duit zakat yang sepatutnya kami terima juga kami tak dapat.

Beginikah sejahterakan Kedah kalau kepimpinan Pas mengamalkan sikap pilih kasih seperti ini?Kepada Ahli Parlimen Baling, kerap-keraplah jenguk kami di kawasan yang memerlukan bantuan YB, bukannya rumah kami jauh sangat dari rumah YB, tetapi YB tak pernah jenguk pun.

Masa berkempen dulu YB sanggup berulang kali datang memujuk kami untuk bantu sokong Pas, tetapi hari ini kami sukar sekali nak jumpa YB.Kami rakyat miskin mudah ditipu, tetapi kami juga mampu mengubah keadaan bila sampai masanya, bila kami sudah tersedar dan merasa kami tertipu.

Kepada Ahli Parlimen Pas Baling, jenguklah kampung kami yang tidak jauh dari rumah YB iaitu Kampung Rambong, Kampung Kaki Bukit, Kampung Batu 7 dan Kampung Padang yang masih ketinggalan jauh berbanding kampung lain yang banyak menerima nikmat dari kerajaan Barisan Nasional kerana mereka tidak tersalah pilih dalam pilihan raya umum lepas.

Untuk pengetahuan YB, kampung Kaki Bukit menderita setiap kali berlaku banjir. Muka YB tak kelihatan. Apabila berlaku ribut pun muka YB tak nampak. Malangnya kami kerana tersalah pilih...!!!

ANAK TOK MUDIM
Baling

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. semoga tabah dan banyak sabar menerima ujian Allah. masih belum terlambat. PRU13 nanti tak yah sokong PAS yang banyak putaq belit. orang melayu ni mudah sangat di kelentong. bila bab islam di sebut je mula la mudah percaya. UMNO juga islam, bukan PAS sahaja.UMNO/BN juga manusia biasa tak lepas dari buat salah. jangan lah kerana marahkan nyamuk kelambu plak yang di bakar. akhirnya la ni sapa yang susah.pikir2 kan lah untuk kebaikan semua.

    BalasPadam