UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 15 November 2010

Selangor Bangkit : Mengapa hanya Saifulruddin diarah cuti?

Pengerusi Yayasan Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengurus Besarnya, Ilham Marzuki perlu dipertanggungjawabkan ke atas kontroversi perbelanjaan bagi majlis ulang tahun ke-40 yayasan tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram, Datuk Amiruddin Setro berkata, beliau hairan kenapa kedua-dua mereka itu seolah-olah terlepas daripada siasatan yang dijalankan oleh kerajaan negeri berhubung isu tersebut.

Wakil rakyat Barisan Nasional (BN) itu berkata, sepatutnya Abdul Khalid yang juga Menteri Besar dan juga Ilham, turut disiasat atau mengambil tanggungjawab ke atas isu yang turut mengundang kemurkaan Sultan Selangor, Sultan Sharifuddin Idris Shah itu.

"Mereka juga patut diarah bercuti bukan hanya sekadar Timbalan Pengurus Besar, Mohd. Saifulruddin Sulaiman sahaja.

"Ia penting bagi memastikan siasatan membabitkan perbelanjaan RM300,000 itu dapat dilakukan dengan cepat dan bebas.

"Ini kerana mereka juga antara pihak yang mempunyai kuasa meluluskan perbelanjaan yang tidak mungkin dilakukan oleh Mohd. Saifulruddin seorang. Jadi saya minta perkara ini diperjelaskan," kata beliau kepada pemberita di pekarangan Dewan Annex di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan kerajaan negeri mengarahkan Mohd. Saifulruddin mengambil cuti bergaji selama sebulan berkuat kuasa serta-merta berikutan kontroversi perbelanjaan majlis itu.

Keputusan itu dibuat selepas siasatan awal yang dijalankan kerajaan negeri menunjukkan terdapat penglibatan Pejabat Timbalan Pengurus Besar dalam membuat keputusan itu.

Tambah Amiruddin, tindakan mengarahkan Saifulruddin bercuti menunjukkan ketidaktelusan kepimpinan kerajaan pakatan pembangkang dan seolah-olah menjadikan Timbalan Pengurus Besar Yayasan Selangor itu sebagai "kambing hitam".

Kontroversi perbelanjaan majlis yang dikatakan menelan kos RM300,000 yang didakwa tidak munasabah itu mula dicetuskan oleh Amiruddin semasa Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor minggu lalu.

Isu tersebut turut menyebabkan Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan itu.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan