UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 22 November 2010

MB Khalid serba tak tahu nak guna air Sungai Kelang ganti Projek Langat 2!

Kerajaan negeri masih berdolak dalih menegaskan bahawa projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) bagi membolehkan penyaluran bekalan air mentah dari Pahang ke negeri ini tidak dapat dilaksanakan buat masa ini.

Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah, projek berkenaan tidak boleh dilakukan secara tergopoh-gapah kerana ia melibatkan kos yang tinggi!

Menurut beliau, andaian bahawa Selangor bakal berhadapan dengan krisis bekalan air dilihat kurang tepat kerana jangkaan sama sebelum ini iaitu masalah tersebut berlaku pada 2008 ternyata tidak berlaku.

"Sehingga kini, masalah tersebut tidak juga berlaku di negeri ini. Fakta tersebut digunakan sebagai alasan untuk menjustifikasi perbelanjaan melampau oleh pihak-pihak terlibat," katanya di sini hari ini.

Sungguhpun begitu, beliau mengakui bahawa perlu ada persediaan dilakukan bagi menangani masalah bekalan air di Selangor.

"Cuma, jangan tergopoh-gapah dalam melaksanakan sesuatu yang melibatkan perancangan.

"Saya ada menyatakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menerajui Malaysia Airlines (MAS) sebelum ini bahawa mana satu yang lebih penting, kebenaran mendarat atau membeli kapal terbang?

"Maknanya, saya merujuk kepada isu air di negeri ini iaitu penstrukturan industri di Selangor diibaratkan hak mendarat barulah boleh dibina loji air berkenaan (Langat 2)," katanya.

Tambah Abdul Khalid, sekiranya tiada penstrukturan semula industri bekalan air di negeri ini tetapi diteruskan juga pembinaan loji rawatan air tersebut, maka rakyat akan menerima beban di segi kos.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri harus mencari sumber air yang lebih murah dan cekap untuk mengatasi masalah bekalan air di Selangor.

Dalam hal itu, beliau percaya projek pembersihan Sungai Klang dilihat sebagai alternatif yang lebih cekap dan murah daripada mengimport air mentah dari Pahang.

Apa yang didapati disini adalah kerajaan Negeri Selangor sanggup memandang enteng amaran Kajian Sumber Air Negara mahupun kajian Syabas yang menunjukkan bahawa krisis air yang sangat meruncing akan berlaku di Selangor pada 2013. Mereka mendakwa amaran ini hanya propaganda Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, Kerajaan Negeri Selangor dengan egonya, membuat kajian mereka sendiri dan mendakwa bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019 dengan mengambil kira sumber air yang luar biasa iaitu air bawah tanah dan air hujan!

Berdasarkan hujah dangkal inilah, Kerajaan Negeri Selangor melengahkan penyelesaian rundingan penstrukturan semula industri air Selangor berhubung dengan pelaksanaan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang antara lain merupakan persiapan menghadapi krisis air di Selangor kurang tiga tahun lagi.

Isu pembekalan air bersih ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan sesuka hati oleh sesiapa pun, tidak kira pakatan pembangkang mahupun Barisan Nasional.

Jangan sampai dek kerana terpedaya dengan pemberian air percuma mahupun dolak-dalik politik dangkal untuk meraih populariti, akhirnya penduduk Selangor terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan air. Semasa itu MB Khalid berada dimana?
Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan