UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 11 November 2010

Yb Zul Kulim Dicerca Bila Tempelak YB Pas Pertahan Pelajar Islam Yang Dirotan Bawa Makanan Haram @ Babi !!!

Ahli parlimen PAS Kuala Selangor Dzulkefly Ahmad hari ini diarahkan keluar dari Dewan Rakyat kerana menimbulkan ketegangan berhubung identiti seorang pelajar lelaki yang dirotan kerana membawa nasi dengan daging ...khinzir goreng dan sosej yang tidak halal.

Dzulkefly ( gambar ) yang berang dengan hujah yang ditimbulkan oleh Zulkifli Noordin ( Bebas-Kulim Bandar Baharu ) bahawa bapa budak berkenaan beragama Islam. Justeru, “tidak wajar” bagi seseorang Islam membawa makanan “haram” ke sekolah.

“Jika bapa budak itu beragama Islam, maka sewajarnya budak itu juga semestinya beragama Islam,” kata Zulkifli. Namun, menurut Dzulkefly, isu yang dibangkitkan bukan berhubung indentiti agama pelajar berkenaan tetapi tindakan pihak sekolah yang menghukum budak lelaki itu dengan merotannya.

Zulkifli kemudian berkata "inilah PAS menggalakkan anak Muslim makan babi".Kenyataan itu telah mencetuskan ketegangan di Dewan Rakyat dengan Dzulkefly terus membidasnya dengan berkata: "Inilah amalan agama yang paling sempit".

Meskipun diarahkan oleh timbalan speaker Datuk Wan Junaidi Jaafar, supaya berhenti bertengkar dan duduk, namun Dzulkefly terus membidas bekas ahli parlimen PKR.

Wan Junaidi kemudian mengarahkan supaya Dzulkefly keluar dewan sehingga waktu makan tengahari berahir pada jam 2.30 petang tadi.

Kenyataan dari blog Zulkifli Nordin :

Saya kesal dengan tindakan DAP dan PKR, dengan sokongan segelintir Ahli Parlimen PAS*, yang memainkan isu seorang pelajar bernama Basil Anak Beginda (10 tahun) membawa makanan haram iaitu "nasi goreng + sosej babi" ke sekolahnya di Sekolah St. Thomas, Kucing, Sarawak. Mereka mendakwa pelajar ini dikenakan hukuman 10 kali rotan pada 15 Okt 2010 oleh Penolong Kanan sekolah En. Iskandar Bin Fadeli kerana membawa membawa "sosej babi" ke sekolah. Sedangkan pihak sekolah menyatakan budak itu dihukum atas sebab lain. PKR mendakwa ini melanggar hak perlembagaan budak tersebut!

Saya tidak berminat dengan isu hukuman rotan itu, kerana faktanya pun tidak jelas. Adakah beliau dirotan kerana sosej babi, atau kerana kesalahan disiplin yang lain. Pada saya kita tidak perlu melatah cepat sangat, kerana PKR yang memainkan isu ni pun jenis tak boleh dipercayai. Bukan kita kata, calun Timbalan Presiden PKR sendiri yang kata, "bahawa PKR ini penuh dengan kepalsuan dan hipokritus". Y

ang jelasnya Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Wee Ka Siong telah pun membuat penjelasan bahawa lapuran Jabatan Pelajaran menunjukkan kanak-kanak itu dirotan kerana kesalahan lain. Jadi isu kenapa dia dirotan pun tak jelas lagi, tau-tau DAP, PKR melompat memutar isu itu sebagai isu perkauman dan agama!

Fakta yang jelas dan tidak boleh dinafikan ialah Basil Anak Beginda adalah seorang budak beragama Islam. Ayahnya bernama Nor Azman Bin Abdulah @ Beginda Anak Minda. Beliau adalah ahli PKR. Beliau calun PKR bertanding dalam PRU 10 di P. 188 Kapit (1999) dan PRN Sarawak N.24 Engkili (2001). Beliau tewas di kedua-dua pilihanraya (faktanya saperti yang tercatat dibawah). Melainkan Nor Azman mahu datang kedepan dan menyatakan beliau bukan lagi Islam, anaknya menurut hukum adalah tetap seorang Muslim!

Nor Azman Bin Abdullah @ Beginda juga adalah salah seorang saksi utama bagi pihak Anwar Ibrahim semasa perbicaraan kes liwat 1998 dahulu. Saya antara peguam yang mengendalikan beliau, dan sepanjang pengetahuan saya beliau beragama Islam.

Persoalan yang saya ingin kemukakan ialah apakah tindakan yang pihak penguatkuasa agama ambil mengenai fakta ini. Budak beragama Islam dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah!! Saya mendesak supaya suatu tindakan diambil oleh pihak berkuasa agama Islam negeri dengan memanggil kedua ibubapa dan anak tersebut untuk mengenal pasti status agama budak tersebut, dan diberi kaunselling dan nasihat bahawa pemakanan babi adalah haram didalam Islam.

Apa yang membimbangkan saya ialah apabila status agama Islam Basil Anak Beginda yang makan sosej babi ini dibangkitkan, DAP/ PKR dan segelintir MP PAS dengan cepat melatah menyatakan bahawa ini bukan isu agama!! Dah kalau ini bukan isu agama, isu apa lagi! Apakah dasar DAP/PKR menghalalkan ahlinya yang beragama Islam makan sosej babi! Apa pula pendirian pak jangoat badut ingusan dalam isu ini? Kenapa membisu macam kambing sakit gigi je? Dan kepada ahli akar umbi PKR dan PAS yang masih taksub dengan kepimpinan PKR ini, adakah kamu semua redho dengan pendirian ini?

Tapi yang saya sangat kesal ialah apabila saya dedahkan hakikat bahawa budak yang membawa sosej babi ini beragama Islam, tak pasal-pasal segelintir Ahli Parlimen PAS melenting dan menyatakan status agama budak ini tidak relevan!! Kalau yang bercakap tu Kitsiang atau Karpal Singh saya tak hairan, tapi bila Ahli Parlimen PAS yang menyatakan itu, saya terus mencabar mereka "apakah pendirian kamu membenarkan anak orang islam boleh membawa sosej babi ke sekolah?".

Mereka tidak menjawab, sebaliknya saperti biasa memberi label saya ni extremis dan lain-lain. Dan apabila YB Speaker suruh mereka duduk dan diam, mereka terus melanggar peraturan dan membuat bising. YB Speaker tiada pilihan melainkan menghalau keluar Dewan!

Dan semasa nak keluar daripada Dewan, seorang MP pembangkang yang sepatutnya menggunakan pintu depan terus kebelakang menuju ke tempat duduk saya dan cuba menyerang saya dengan mencabar saya. Nasib baik Bentara Parlimen segera menahan beliau, kalau tidak..!! YB Bung Mokhtar meluru datang dan menasihatkan saya supaya duduk tenang dan jangan melayan. Dan saya terus dengan perbahasan saya.

Namun Ahli-Ahli Parlimen PKR, DAP dan PAS terus menganggu ucapan saya kerana jelas mereka tidak mahu rakyat tahu isu sebenar. Mereka ingat mereka telah dapat isu besar bila membangkitkan isu konon Cikgu beragama Islam melarang pelajarnya memakan babi. Mereka tidak mahu rakyat tahu perkara sebenarnya, bahawa budak itu beragama Islam.

Dan saya hanya mendesak supaya Kerajaan menyiasat kedudukan status budak ini. Apakah benar dia dirotan kerana isu sosej babi atau sebab lain. Adakah benar dia masih beragama Islam? Yang saya hairan kenapa ibunya sahaja yang beriya-iya ke depan dalam isu ini? Apa agama ibu budak itu? Kenapa bapaya Nor Azman @ Beginda diam membisu? Kenapa mereka memilih untuk membesarkan isu ini menggunakan platform politik (gambar diatas jelas membuktikan!).

Pada saya, semua pihak sepatutnya berterimakasih kepada guru tersebut En. Iskandar Bin Fadeli yang telah menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Dan beliau sangat menjaga kerahsiaan dan sensitiviti isu ini bila menasihatkan ibu kepada si Basil iaitu Angela Anak Jabing supaya tidak membesar-besarkan isu ini kerana "ianya sensitif".

Tetapi mereka memilih platform politik pembangkang untuk memainkan isu ini (gambar atas yang cukup jelas). Dan bila isu agama si Basil sebagai seorang budak beragama Islam dibangkitkan, bagaimana dia boleh dibekalkan dengan sosej babi ke sekolah, tiba-tiba mereka cuba menutup isu itu dengan menyatakan status agama Basil sebagai beragama Islam tidak relevan!!

Bagi saya, isu status agama Basil sebagai anak beragama Islam sangat relevan dan perlu di ambil tindakan wajar. Siasatan mendalam dan menyeluruh perlu dilakukan. Pada Cikgu Iskandar Fadeli, tahniah kepada cikgu kerana mengutamakan agama dari segalanya.

Wassalam.

Juragan Malawati..

1 ulasan: