UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 30 Oktober 2011

KDEB Rugi Berjuta, Namun Bonusnya Bernilai RM576,563.00… WOW!!!

Masih terngiang di pemikiran rakyat Selangor tentang kata-kata baik dari PAS mahupun PKR dalam ceramah-ceramah mereka bahawa pentadbiran yang mereka tawarkan adalah telus dan berintegriti. Itulah “obat” terkuat mereka bagi menggambarkan betapa kerajaan BN dijerumuskan ke dalam salahlaku dan penyelewengan pentadbiran.

Bercita-cita menzahirkan apa yang mereka laungkan, perkara ini letakkan di dalam manifesto pililhanraya mereka.

Itu termasuklah kononnya rundingan terus untuk projek, yang pada ketika itu menjadi praktik kepada BN mahu dilenyapkan. Alasannya ia menjadi method kepada BN untuk memberikan projek-projek kepada kroni-kroni mereka.

3 tahun lebih berlalu, yang tinggal hanyalah reteorik. Rakyat ditipu hidup-hidup. Ada pula yang sudah meninggal dunia. Tiada ketelusan, tiada keterbukaan. Malah, paradigma rakyat ditutup dengan penubuhan SELCAT, satu perkakas Pakatan untuk terus membohongi rakyat.

Berdasarkan laporan audit negara, kerugian yang dialami oleh KDEB adalah RM122.25 juta, satu amaun yang cukup tinggi, dengan hanya diberikan 3 tahun lebih untuk mentadbir. Ia adalah wajah sebenar keupayaan Khalid & Cos’ memerintah. Hancur.

Namun kerugian itu “diraikan” dengan pemberian bonus yang sangat mengujakan, RM578,563.00!!! Dan penerimanya seramai 30 orang sahaja! Angka yang cukup besar, dan ayuh kita selesaikan dengan mudah.

RM578,563.oo dibahagikan kepada 30 orang, dengan kiraan seorang menerima purata RM19,218.67!!!

WOW…!!! Saya sudah berkira-kira untuk memohon jawatan di dalam KDEB. Sila emailkan kepada Selangor Daily seandainya ada kekosongan jawatan, kerana amaun itu sangat sukar ditolak! Hanya mereka yang buta nilai sahaja yang menolak tawaran itu.

Ia adalah polisi terbaik, yang mana mungkin digubal oleh Penasihat Ekonomi Selangor, dengan “kepakaran” Menteri Besarnya yang mempunyai latarbelakang korporat yang “baik”, sehingga boleh dinaiktarafkan sebagai keparat! Bagaimana kerugian boleh diraikan dengan bonus sebegitu besar? Mgkin polisi mereka adalah mesra pekerja barangkali. Biar rugi berjuta, asalkan bonus kencang!

Penasihat Ekonomi Selangor sedang membuat roadshow, bercerita tentang kepincangan yang ada pada kerajaan pusat, tanpa menyentuh langsung apa yang sedang berlaku di negeri yang dia sebagai Penasihat Ekonominya!

Persoalannya, siapakah “geng 30″ yang mendapat durian runtuh dari keruntuhan keuntungan KDEB? Adakah mereka kroni Khalid? Apa punya “management style” yang digunakan oleh Kerajaan Negeri… “doggy style” agaknya!

Sumber : Selangordaily

Juragan Malawati..

Yingluck antara banjir dan politik!


Perdana Menteri Thailand, Yingluck Sinawatra kini berada di antara dua cabaran. Pertama, banjir luar biasa yang melanda beberapa bahagian negara itu termasuk kota metropolitan Bangkok. Keduanya, gelombang politik yang terus mengancam kedudukannya apabila dikaitkan bekas Perdana Menteri dalam buangan, Thaksin Sinawatra. Banjir besar menjadi penghalang utama untuk Yingluck menunaikan janji memulihkan kemelut ekonomi Thailand kepada rakyat.

Krisis banjir menjadi penanda aras kemampuan Yingluck, wanita berusia 44 tahun yang menduduki kerusi Perdana Menteri Ogos lalu. Dua bulan selepas detik gembira membawa parti “baju merah” memenangi pilihan raya, Yingluck diuji dengan bencana banjir. Dia tidak sempat “berbulan madu” apabila banjir mengubah banyak perkara termasuk pelan pemulihan ekonomi dan politiknya. Banjir menuntut tindakan segera, sistematik dan kelicinan penyelarasan antara agensi kerajaan.

Dalam mendepani permainan politik di sebalik bencana alam, kekuatan Yingluck sebagai komandan akan diuji. Pada masa yang sama Yingluck didesak menunaikan janji politiknya untuk menaikkan kadar gaji terendah, menyiapkan landasan keretapi laju, memberi komputer tablet percuma kepada pelajar sekolah rendah dan menambahbaikan program kebajikan dan kesihatan kepada rakyat.

Penyelewengan

Harapan rakyat kepada Yingluck terlalu tinggi. Mereka bukan sahaja menanti dasar-dasar popular yang tidak menjejaskan ekonomi malah ketelusan. Yingluck tidak seharusnya menjadi Thaksin yang penuh dengan penyelewengan, skandal, kepentingan peribadi dan sekatan kepada kebebasan media.

Tetapi banjir memaksa Yingluck menangguhkan dasar-dasar bersifat popular kepada rakyat terutama penyokongnya dari parti Thai Rak Thai (TRT). Menangani bencana menuntut tumpuan, terpaksa turun padang dan pada masa yang sama menjadi penyelaras yang bijak antara agensi kerajaan. Ini meletakkan Yingluck dalam tekanan antara langkah-langkah pemulihan ekonomi, merangka strategi untuk menangani pembangkang dari parti “baju kuning”, People Alliance for Democracy (PAD) kerana terpaksa memberi tumpuan kepada banjir.

Yingluck sukar mengikis bayangan abangnya, Thaksin sama ada segi kewangan atau strategi dalam kerjaya politiknya. Ini kerana TRT mendapat dana daripada Thaksin yang pernah memiliki syarikat telekomunikasi Shin Corp kemudiannya menjualnya kepada Temasek (Singapura). Kekayaan Thaksin yang luar biasa menjadi faktor kemenangan Yingluck dan TRT pada pilihan raya lalu.

Banjir besar bukanlah fenomena biasa terutama di utara Bangkok yang menjadi jelapang padi Thailand. Wilayah ini juga menempatkan kawasan perindustrian yang dibangunkan oleh syarikat multinasional lebih sedekad lalu sekaligus penyumbang kepada ekonomi Thailand. Sebelum ini banjir besar melanda Bangkok berlaku pada 1942, 1983 dan terbaru sebelum ini pada 1995. Tetapi kali ini yang terbesar akibat limpahan dari sungai Chao Phraya yang menjejaskan kawasan pertanian lebih luas di sekitarnya. Bermula akhir Julai lalu hingga tiga bulan berikutnya, bencana ini mengorbankan 307 nyawa, menjejaskan kehidupan 2.3 juta orang dan mengakibatkan kerosakan harta benda dianggarkan AS$5.1 bilion.

Limpahan sungai Chao Phraya menenggelamkan kawasan enam juta hektar termasuk 300,000 hektar kawasan pertanian dalam 58 wilayah bermula Chiang Mai hingga ke utara dan sebahagian Bangkok. Bencana banjir terburuk dalam sejarah Thailand ini dianggap hamparan permaidani merah dan ucapan “selamat datang” kepada Yingluck.

Persediaan

Tetapi dia kurang pengalaman dan persediaan. Buktinya pelan tindakan kecemasan kerajaan sangat lemah dan tidak ada penyelarasan yang cekap untuk melicinkan tugas. Arahan yang dikeluarkan oleh beberapa agensi kerajaan bertentangan antara satu dengan lain. Malah keutamaan yang diberikan oleh Gabenor Bangkok, Sukhumbhand Paribatra bertentangan dengan Yingluck. Persoalannya apakah ini disebabkan kelemahan Yingluck sebagai komandan atau wujud permainan politik pembangkang di sebalik bencana untuk mengikis keyakinan rakyat?

Dalam keadaan sekarang Yingluck tidak boleh meminggirkan tumpuannya terhadap banjir. Pada masa yang sama rakyat menuntut disegerakan pelan pemulihan ekonomi akibat krisis yang melanda Asia pada 1997. Penyokong-penyokongnya sebahagian besar terdiri daripada kaum pekerja dan petani dari bahagian tengah Thailand hingga kota metropolitan Bangkok. Malah banyak pekerja asing yang berkerja di wilayah ini menyokong Yingluck. Ini berbeza dengan parti PAD yang mendapat sokongan besar daripada kalangan bangsawan dan elitis.

Krisis ekonomi 1997 memberikan kesan yang sangat besar kepada rakyat apabila kerajaan Demokrat gagal menangani dengan bijak. Malah membuat kesilapan besar mengikut nasihat Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia. Ini memberi peluang kepada TRT pimpinan Thaksin tampil dengan kerangka pemulihan ekonomi yang menyelamatkan negara dari neokolonialisme ekonomi Barat. Hasilnya TRT berjaya mencatat sejarah dalam politik Thailand menguasai dua pilihan raya berturut-turut pada 2001 dan 2005.

Tetapi TRT diterajui Yingluck masih belum teruji, apa lagi mendepani dua ujian sekaligus. Saki baki PAD dalam kerajaan menjadi penghalang kepada perlaksanaan pelan pemulihan ekonomi. Malah kegagalan menangani krisis banjir juga dilihat sebagai satu tindak balas politik pembangkang yang terdiri daripada kalangan pro istana dan kelas pertengahan. Rakyat akan melihat pendekatan menangani krisis banjir sebagai satu penanda aras kemampuan Yingluck.

Maka timbul persoalan adakah banjir besar ini akan turut menghanyutkan Yingluck sebelum sempat menyelesaikan penggal pertamanya? Perlu diingat, kebangkitan rakyat yang berdarah antara “baju merah” dan “baju kuning” hingga melumpuhkan Bangkok sama hebatnya dengan banjir kali ini. Kebangkitan ini boleh berlaku pada bila-bila masa apa lagi mereka menumpang semangat kebangkitan di dunia Arab yang semuanya membawa kejayaan.-UM

Juragan Malawati..

Sabtu, 29 Oktober 2011

TPM bertemu rakyat Selangor 3 November!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bertemu lebih 6,000 rakyat di sekitar bandar raya ini dan Klang sempena program 'Nurani Rakyat, Sayangi Selangor' pada Khamis depan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ia program khusus dianjurkan Barisan Nasional (BN) Selangor untuk mendekati rakyat semua kaum selain memahami serta menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

Katanya, program itu dijadualkan bermula pukul 2.30 petang dengan lokasi pertama adalah Flat PKNS, Pandamaran Jaya, Klang yang akan disertai kira-kira 3,000 penduduk kawasan tersebut.

"Timbalan Pengerusi BN akan beramah mesra dengan rakyat selain menyalurkan sumbangan Aidiladha kepada masyarakat Islam di kawasan itu.

"Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri juga akan menyampaikan sumbangan untuk aktiviti kebajikan kepada tokong Cina termasuk menyalurkan bantuan cermin mata percuma kepada 22 pelajar dari sekolah terpilih di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zin, Timbalan Perdana Menteri selepas itu akan ke Masjid Ubudiah, Seksyen 19 di sini kira-kira pukul 4 petang untuk menunaikan solat asar selain menyampaikan bantuan Aidiladha kepada penerima yang memerlukan di kawasan itu.

Beliau berkata, Muhyiddin kemudian akan menghadiri perhimpunan yang akan disertai lebih 3,000 penduduk di Flat PKNS, Seksyen 17 di sini dengan disertai oleh Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Perhimpunan yang bermula pukul 5 petang itu akan disusuli dengan pelancaran Laman Agro oleh Muhyiddin sebelum melawat rumah pemimpin tempatan.

"Kita harap semua rakyat dapat bersama-sama menyertai program ini nanti," ujarnya.

Juragan Malawati..

Khamis, 27 Oktober 2011

OSTAT KITA kata di mana Kerajaan Negeri nak cari duit?


Kerajaan Kedah merayu kepada Kerajaan Pusat agar menyalurkan bantuan bagi menghadapi kemungkinan banjir di negeri ini bulan depan. Menteri Besar, OSTAT KITA berkata pihaknya akan menghantar surat kepada Kerajaan Pusat untuk memohon bantuan itu.

"Kita minta sekurang-kurangnya Pusat (Kerajaan Pusat) bagi peruntukan untuk persiapan menghadapi banjir. Tidak buat tebatan pun tak menngapa tapi sekurang-kurangnya kita dapat peruntukan untuk rakyat kita hadapi banjir.

"Kita mohon peruntukan antara RM6 juta hingga RM10 juta. Kalau kita kena (banjir) macam di Thailand, kita nak buat macam mana? Di mana Kerajaan Negeri nak cari duit?,” katanya kepada pemberita selepas Program Mesra Rakyat Daerah Kubang Pasu di Pekan Kodiang dekat sini hari ini.

Tapi hairan jugak no kenapa OSTAT KITA masih dok minta bantuan dari Kerajaan Pusat. Nak tanya juga dekat OSTAT KITA tentang lebihan RM93 yang tidak dibelanjakan untuk pembaikan serta penyelenggaraan jalan-jalan raya di seluruh Kedah. Daripada RM147 juta, kerajaan Kedah hanya membelanjakan RM54 juta.

Anehnya, jalan-jalan raya di seluruh Kedah terutama sekali di kawasan yang agak terkeluar dari jajaran bandar seperti Mahang-Kulim, Labu Besar-Sungai Petani, Selama-Serdang, keadaan jalanrayanya tidak ubah seperti MUKA SAIFUDDIN NASUTION TERLUPA BUBUH BEDAK!!! Berlekuk-lekak di sana-sini. Malah sekali imbas, seolah-olah kita berada pada zaman sebelum Perang Dunia Kedua!

Dengan keadaan jalan raya yang sangat daif, untuk apa sebenarnya lebih wang peruntukan berkenaan dimasukkan ke dalam tabung amanah seperti yang cuba diterangkan oleh OSTAT KITA? Belanja berdasarkan bajet tetapi keadaan jalan raya di Kedah, semakin lama semakin buruk. Seperti juga keadaan jalan raya di Selangor, terutama sekali di Pandan Indah dan Ampang!

Lepaih tu OSTAT KITA dok pi merayu lagi kata duit tak ada! Hairan juga no! OSTAT KITA nak menipu ka apa? Tak baik menipu OSTAT KITA oiii..!!!

Juragan Malawati..

Rabu, 26 Oktober 2011

Email dari pembaca : FAM tidak hargai peminat!


Ramai yang terkejut dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia antara Terengganu dan Negeri Sembilan Sabtu ini (29 Oktober 2011) kepada RM50 berbanding hanya RM30 kebiasaannya.

Keputusan yang paling mendukacitakan itu disambut dengan perasaan marah dan benci oleh penyokong, bukan sahaja dari kedua-dua negeri berkenaan tetapi juga negeri-negeri lain yang cintakan bola sepak negara.

Selain itu, ia juga telah membawa impak paling negatif dalam usaha memajukan sukan bola sepak negara yang masih terkapai-kapai mencari hala tujunya sendiri.

Saya hairan, mengapa peminat bola sepak menjadi mangsa keadaan ini kononnya kerana kos penganjuran di Stadium Shah Alam yang sangat teruk kualitinya itu, sedangkan FAM sudah tentu mempunyai jadual perlawanan Piala Malaysia sehingga ke akhir. Mengapa tidak di Bukit Jalil?

Jawapan kononnya Stadium Nasional Bukit Jalil sedang dibaikpulih menggambarkan FAM seperti ‘tidak tahu jadual sendiri’ sehingga akhirnya peminat dan penyokong bola sepak yang menjadi mangsa mereka.

Keputusan FAM bukan sahaja tidak membantu pembangunan bola sepak dengan memandang peranan penonton dengan sebelah mata, malah keputusan yang dibuat juga tidak langsung memikirkan beban rakyat Malaysia yang terpaksa berbelanja lebih bagi tujuan tersebut. Persatuan bola sepak negeri pula langsung tidak mahu ambil tahu apa yang ditanggung penyokong mereka, malah lepas tangan begitu sahaja.

Dan, jika benar seperti yang didakwa bahawa wakil Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) dan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan tidak menyuarakan bantahan dalam mesyuarat FAM berhubung harga tiket, ia sesungguhnya amat mendukacitakan.

Bagi saya, bagi menghargai penonton yang tidak mampu berbuat apa-apa dengan keputusan FAM, mereka sepatutnya mengambil inisiatif memberi subsidi tiket kepada penyokong negeri masing-masing dengan memotong bayaran hasil jualan tiket bagi negeri-negeri berkenaan. Sikap terlalu mementingkan kantung persatuan telah menyebabkan perkara tersebut tidak berlaku.

Kasihan saya melihat keluhan dan suara hati penyokong bola sepak Terengganu (kerana saya orang Terengganu dan saya percaya penyokong Negeri Sembilan juga sama) terpaksa berhadapan dengan pelbagai tekanan FAM dan sikap tidak peduli Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) berhubung isu tiket.

Kesediaan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menaja separuh daripada harga tiket perlawanan akhir itu pasti tidak mendidik sesiapa, sama ada dalam PBSNT atau sebaliknya untuk menghargai penyokong Terengganu pada masa akan datang.

Harus diingat bahawa penyokong telah menjadi sebahagian nadi kekuatan sesebuah pasukan walaupun ia mungkin sebesar kuman di mata persatuan bola sepak.

Oleh itu, saya sangat berharap agar Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek memberi perhatian terhadap hal ini agar bola sepak negara terus berkembang secara sihat pada masa datang.

AYOB MAMAT
Kuala Terengganu

Juragan Malawati..

Isnin, 24 Oktober 2011

Pengajaran daripada Himpun!


Walaupun niat murni Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu lalu sedikit sebanyak dicemari dengan pandangan politik serong sesetengah pihak, namun ia tetap berjaya diadakan.

Kehadiran hampir 10,000 umat Islam telah memberi isyarat kepada pihak tertentu supaya menghentikan sebarang usaha untuk menganggu gugat akidah umat Islam. Ternyata sekali, pandangan serong sesetengah pihak termasuk melihatnya daripada sudut politik tidak menjejaskan hasrat murni orang ramai untuk menyertai perhimpunan tersebut.

Biar pun jumlah kehadiran tidak mencapai sasaran penganjur namun ia bukanlah isu, apa yang lebih penting ialah matlamat ia diadakan. Ini kerana perhimpunan berkenaan bukannya bertujuan untuk menyatakan sokongan kepada mana-mana golongan, parti mahupun pemimpin tetapi demi menegaskan pendirian berhubung kepentingan mempertahankan akidah umat Islam.


Sudah cukup umat Islam berpecah belah kerana berbeza fahaman politik, sudah cukup diadu-domba kerana merebut kuasa dan sudah cukup ada antara kita diperalatkan bagi mencapai cita-cita politik.

Justeru apabila Himpun diadakan ia bukan bertujuan politik ia jauh lebih murni daripada perhimpunan haram Bersih yang menghuru-harakan ibu negara tidak lama dulu.

Himpun diadakan secara tertib di dalam stadium dan dihadiri oleh alim ulama yang ceramah-ceramah mereka menyentuh soal pentingnya umat Islam bersatu demi mempertahankan akidah mereka.

Oleh itu apabila ada catatan-catatan sinis oleh pemimpin dan penyokong parti tertentu yang kononnya memperjuangkan Islam di dalam blog mengenai niat Himpun tersebut, maka ia tidak perlu dilayan.

Apa yang jelas mereka ini sudah ditutup pintu hatinya untuk melihat sesuatu perkara itu secara tulus dan ikhlas, apa yang ada dalam fikiran mereka hanyalah politik semata-mata. Keghairahan meraih sokongan politik terutamanya daripada kaum lain telah menyebabkan ada pemimpin politik Islam yang terlalu takut untuk memberi sokongan terbuka kepada Himpun.

Bagi menutupi kelemahan dan sandiwara politik mereka, golongan berkenaan cuba mengaitkan perhimpunan tersebut dengan UMNO.

Sebenarnya semua orang tahu, sokongan tersebut tidak mahu diberikan kerana bimbang pengundi bukan Melayu tidak akan mengundi mereka dan demi menjaga hati rakan-rakan sekutu politik mereka.

Keadaan ini sebenarnya tidak menguntungkan umat Islam bagi jangka masa panjang, jika sebelum ini kita mungkin boleh berhujah bahawa orang Melayu dan umat Islam akan bersatu jika kedudukan bangsa serta agama mereka diganggu tetapi sekarang pandangan itu agak boleh dipersoalkan. Ini kerana ada segelintir kita sudah jelas menunjukkan sikap dan pendirian mereka yang meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.

Walaupun sekretariat Himpun sudah menjelaskan berkali-kali bahawa perhimpunan berkenaan bertujuan murni dan tiada sebarang unsur politik, namun pandangan tersebut tidak mahu diterima.


Perhitungan politik yang berteraskan matlamat merebut kekuasaan telah memungkinkan ada di kalangan kelompok Islam di negara ini seolah-olah tidak mahu bersatu biar pun ia menyentuh soal yang amat penting iaitu mempertahankan akidah umat Islam.

Namun begitu kita bersyukur kerana tidak semua umat Islam berkongsi atau dipengaruhi pandangan politik sempit seumpama itu, mereka tetap hadir ke perhimpunan n biar pun parti mereka tidak begitu menggalakkan. Dan kita juga yakin perhimpunan itu turut mendapat perhatian dan sokongan.

Apatah lagi, sayap-sayap parti seperti Dewan Pemuda Pas contohnya menyatakan sokongan kepada perhimpunan berkenaan dengan hujah umat Islam masih berpeluang untuk bertemu dan bersatu demi kerana akidah dan masa depan umat Islam yang perlu kepada kebangkitan semula.

Sememangnya soal akidah bukan soal politik, soal akidah bukan soal merebut kuasa tetapi ia adalah jihad dalam Islam. Kalau benar sesuatu kelompok atau kumpulan itu memperjuangkan Islam maka perhimpunan seperti mana Himpun itu perlu disokong.

Tetapi malangnya kita tidak melihat keadaan itu sepenuhnya dan ini sekali gus menggembirakan puak-puak tertentu yang sudah tentulah merasa gerun kalau melihat seluruh umat Islam di negara ini tanpa mengira apa juga latar belakang dan fahaman politik menyokong Himpun.

Tafsiran atau kenyataan yang cuba mengaitkan Himpun dengan agenda politik boleh dianggap pandangan dangkal dan jumud serta dilakukan oleh kelompok yang meletakkan kepentingan politik mengatasi segala-galanya.

Dalam soal ini, kelompok itu perlu diperingatkan mengenai firman Allah SWT dalam surah Al-Mukminun ayat 52-54 yang bermaksud; Dan sesungguhnya agama Islam ini ialah agama kamu - agama yang satu (asas pokoknya) dan Akulah Tuhan kamu, maka bertakwalah kamu kepada-Ku. Kemudian mereka menjadikan agama mereka berpecah-belah kepada beberapa aliran, setiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka. Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatan itu sehingga ke sesuatu masa.''


Ingatlah peringatan oleh seorang raja Melayu bahawa pencerobohan besar bermula dengan pencerobohan kecil. Begitu juga dengan martabat agama Islam sebagai agama rasmi negara ini dan kedudukan umat Islam sebagai rakyat teramai di negara ini.

Jangan biarkan perbalahan, perselisihan dan perbezaan fahaman politik mewujudkan jurang untuk kita bersatu biar pun ia berkaitan dengan usaha mempertahankan kedua-dua perkara itu. Kuasa politik tidak membawa apa- apa makna jika masa depan umat Islam dan agama Islam di negara ini terancam.

Oleh itu, cukup-cukuplah kita melihat segala-galanya dari sudut politik. Umat Islam akan menjadi lemah hanya kerana berebut kuasa politik dan apabila itu berlaku maka ia akan memudahkan pihak musuh mengambil kesempatan.

Kesimpulan, Himpun telah memberikan harapan baru kepada umat Islam dalam mencari titik pertemuan antara mereka dan mungkin selepas ini tidak mustahil perhimpunan berkenaan diteruskan ke seluruh negara.

Apa yang penting keikhlasan pihak yang terlibat untuk melihat umat Islam bersatu dan bukannya melihat ia dari sudut kepentingan politik semata-mata. Ingatlah seruan ini yang dilafazkan pada akhir perhimpunan berkenaan Sabtu lalu yang berbunyi; Himpun! Himpun!

Selamatkan Akidah!

Himpun! Himpun!

Satukan Ummah!

Himpun! Himpun!

Untuk-Mu Allah!!
-UM-

JUragan Malawati..

Ahad, 23 Oktober 2011

Mufti Perak beri peringatan!


Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria memberikan ingatan bahawa kelemahan dan perpecahan umat Islam yang berlaku hari ini menyebabkan ada pihak yang berani memesongkan akidah penganutnya, selain menghina agama tersebut sedangkan sebelum ini Islam begitu dihormati.

Beliau yang menjadi tumpuan kira-kira 10,000 peserta Himpunan Sejuta Umat: Selamatkan Akidah (Himpun) sebagai pemidato terakhir mengimbas kembali bagaimana kekuatan orang Melayu yang tetap berpegang teguh dengan agama mereka meskipun ketika dijajah selama 500 tahun.

Malah beliau menyatakan, orang Melayu juga diberikan keistimewaan oleh Allah sebagai bangsa yang mempunyai kefasihan apabila dapat menguasai bacaan ayat suci al-Quran meskipun kitab suci itu diturunkan dalam bahasa Arab.

“Dalam semangat yang masih ada hari ini kita perlu pertahankan Islam. Bangsa Melayu adalah bangsa yang istimewa kerana Melayu dikaitkan dengan Islam sehingga ia membawa kepada pengertian dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Kedatangan pendakwah ke Tanah Melayu menyebabkan orang Melayu menjadi Islam dan kedatangan Islam membolehkan orang Melayu membina empayar berasaskan kepada undang-undang Islam di Perak, Pahang dan Terengganu,” katanya pada perhimpunan tersebut di Stadium Shah Alam di sini hari ini.

Menurut beliau, sejak zaman penjajahan lagi, kuasa kuffar tidak henti-henti berusaha untuk memesongkan akidah umat Islam di Tanah Melayu termasuk dengan mengadakan pelbagai muslihat.

“Hari ini usaha tersebut dilakukan secara terang-terangan kerana kedudukan orang Melayu semakin lemah. Kerana kelemahan itu, Islam yang satu ketika dahulu dihormati, (telah diganggu-gugat oleh) mereka (yang) berusaha memesongkan dan menghina kita,” katanya.

Juragan Malawati..

Sabtu, 22 Oktober 2011

HIMPUN - Demi akidah & agama Islam , Dr Hassan Ali hadir ketepikan arahan PAS Pusat!


Demi akidah & agama Islam , Dr Hassan Ali juga hadir ke Himpunan
Sejuta Umat Islam walaupun ditegah Anwar dan Pas Pusat!

Badan Perhubungan Pas Selangor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan hari ini Sabtu, 22 Oktober . Larangan itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman dengan alasan menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan parti politik.


2 orang tokoh yang tidak sanggup melihat umat Islam di negara ini terjebak murtad


Risalah yang dedahkan tentang cubaan murtadkan Melayu




Hairan sekali dengan pendirian Pas? Perhimpunan haram Bersih sanggup mereka redah walaupun jelas mengganggu ketenteraman awam, tetapi tidak sanggup menyertai Himpun yang mana tujuannya adalah sekadar mengingati semua pihak agar tidak mengganggu gugat akidah umat Islam.

Sepatutnya mereka yang lebih ke depan sebagai pejuang agama, dan sertailah atas kapasiti sebagai umat Islam. Mereka sanggup bersama-sama musuh Islam dalam apa jua perkara walaupun menggadaikan Islam. Mereka sanggup mencemuh JAIS dan mempertahankan gereja.

Juragan Malawati..

Jumaat, 21 Oktober 2011

Himpun: Pas sepatutnya ke depan!


Badan Perhubungan Pas Selangor mengarahkan semua ahlinya tidak menyertai Himpunan Sejuta Umat (Himpun) yang dijadualkan hari ini Sabtu, 22 Oktober . Larangan itu dikeluarkan oleh Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr. Abdul Rani Osman dengan alasan menghormati kehendak penganjur program yang tidak mahu melibatkan parti politik.

Hairan sekali dengan pendirian Pas? Perhimpunan haram Bersih sanggup mereka redah walaupun jelas mengganggu ketenteraman awam, tetapi tidak sanggup menyertai Himpun yang mana tujuannya adalah sekadar mengingati semua pihak agar tidak mengganggu gugat akidah umat Islam.

Sepatutnya mereka yang lebih ke depan sebagai pejuang agama, dan sertailah atas kapasiti sebagai umat Islam. Mereka sanggup bersama-sama musuh Islam dalam apa jua perkara walaupun menggadaikan Islam. Mereka sanggup mencemuh JAIS dan mempertahankan gereja.

Malah merekalah yang mengkafirkan UMNO kerana hudud tetapi mereka jugalah yang tidak bersetuju undang-undang Anti Murtad digubal. Inilah Pas yang selama ini mempolitikkan apa sahaja perkara walaupun demi kebaikan Islam.

Jom sama-sama kita ke Himpunan Sejuta Umat! InsyaAllah.

Juragan Malawati..

Khamis, 20 Oktober 2011

Himpunan anti murtad: PAS beri sokongan bersyarat...!!!

PAS Selangor akan hanya menyokong konvensyen Himpunan Sejuta Umat pada 22 Oktober ini jika penganjurannya bertujuan memantapkan akidah umat Islam dan bukannya menimbulkan ketegangan agama di negara ini.

Bercakap pada sidang akhbar hari ini, pesuruhjaya PAS Selangor Dr Abdul Rani Osman berkata PAS berharap penganjuran himpunan itu tidak dijadikan agenda politik yang bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat.

“Sebarang usaha untuk melaga-lagakan antara penganut-peganut pelbagai agama dengan tidak terdapat sebarang bukti kesalahan yang diputuskan di mahkmah perlu dijauhi.

“Tindakan seperti ini hanya bertujuan untuk menutup masalah yang menimpa umat Islam, di mana akidah mereka dicemari oleh fahaman sekularisme dan sebagainya dan sebaliknya meletakkan kesalahan itu kepada pihak lain,” katanya.

Abdul Rani yang juga ADUN Meru berkata PAS pada dasarnya menyokong usaha memanatpkan akidah umat Islam kerana ia satu-satunya cara membina kekuatan Islam.

Bagaimanapun, pihak penganjur sepatutnya memfokus kepada ancaman sebenar Islam seperti “perkauman, sekularisme dan materialisme” dan membincangkan penyelesaian berhubung ancaman itu.

“Adalah diharap pihak penganjur tidak akan terpengaruh dengan usaha pihak tertentu untuk menimbulkan ketegangan di antara agama di negeri Selangor ini.

“Tindakan sedemikian adalah satu agenda politik dan bertujuan menyerang kerajaan Pakatan Rakyat,” katanya.

Sekumpulan NGO Islam akan menganjurkan sebuah majlis yang dinamakan Himpunan Sejuta pada Sabtu ini dengan tema “Selamatkan Akidah Umat “.

Menurut laman web kumpulan itu, antara objektif himpunan itu adalah “mengukur tahap kesatuan dan semangat kekitaan di kalangan orang Islam khasnya terhadap gerak-kerja Kristianisasi termasuk peristiwa 3 Ogos 2011.”

Pada 3 Ogos lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) membuat pemeriksaan di premis gereja Methodist di Damansara Utama berikutan terdapat maklumat usaha memurtadkan umat Islam akan dilakukan.

Premis gereja itu digunakan oleh sebuah NGO, Harapan Komuniti bagi majlis makan malam yang turut dihadiri oleh beberapa umat Islam. Setakat ini, 25 NGO telah mengikrarkan sokongan terhadap Himpunan Sejuta Umat yang dijadualkan di Stadium Shah Alam, termasuk PAS.

Juragan Malawati..

Rabu, 19 Oktober 2011

Roadshow GAPS bakal sergah Pesuruhjaya PAS Selangor di DUN Meru!


Roadshow GAPS bersama YB Datuk Zulkifly Nordin kali ini bakal menyergah Pesuruhjaya PAS Selangor di DUN Meru.

Bertempat di : Lot 2804, Jalan Belimbing, Meru, Klang.
Tarikh : 24 okt. 2011 ( Isnin )
Bermula jam : 9.00 malam

Semua dijemput hadir.
Terima kasih.

Juragan Malawati..

Selasa, 18 Oktober 2011

Gempar - Isu warga Afrika semakin meruncing...!!!




* Masalah jenayah dan sosial yang ditimbulkan warga Afrika di negara ini bukanlah sesuatu yang baru malah kini semakin meruncing dan memerlukan tindakan drastik kerajaan untuk mengatasinya.

* Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati sebahagian besar warga Afrika khususnya yang terlibat dalam jenayah komersial dan narkotik yang ditahan adalah pelajar kolej swasta.

* Statistik imigresen menunjukkan 29,000 pelajar warga Afrika berdaftar secara sah di kolej-kolej swasta di seluruh negara namun jumlahnya disyaki berlipat kali ganda jika mengambilkira mereka yang tinggal melebihi masa.

* Setakat ini masalah kebanjiran warga Afrika yang melibatkan bidang kuasa Kementerian Pengajian Tinggi yang bertanggungjawab terhadap kemasukan pelajar manakala Jabatan Imigresen mengeluarkan pelekat pas pelajar, dilihat masih gagal dikawal.

Panasss..!!! SERAH TUBUH SYARAT BEBAS SUAMI..!!!


Masyaallah...apa sudah jadi nih??? Itu laaa...berkawan lagi dengan "awang itam", kan dah kena....!!!

Kadang-kadang, hairan juga dengan segelintir gadis-gadis Malaysia yang tertarik dengan warga asing, terutamanya "pak itam-pak itam" yang semakin ramai masuk negara ni. Mereka tu boleh caya ke?

Ntah-ntah mereka itu perogol, perompak dan penjenayah kat tempat mereka. Lepas itu gadis-gadis kita ni boleh bangga pulak berkepit dengan mereka. Mereka cakap "pak itam-pak itam" itu semuanya caring, loving dan understanding lebih dari lelaki tempatan...loya mendengarkan statement tuhhh..!!!

Padahal, bila belum dapat, mestilah mereka dilayan baik punyaaaa...cuba tanya dengan gadis-gadis yang dah "terkena" dengan "pak itam-pak itam" ni..dah tentu merana seumur hidup..! Dah la kena tipu, body dan maruah tergadai...!

Dan lepas tu, jangan harap la lelaki tempatan nakkan dmereka lagi.."Bekas Pak Itam"...siapa lagi yang mahu? Anyway bagi kes kat bawah ni kita bagi pengecualian sikit la...sebab dia "terkena" tanpa sengaja dan diugut...tapi ntah betul ntah tidak...!!!

Apa pun serah kat polis buat investigation dulu...cuma dinasihatkan agar...hati-hati dengan warga asing...tak semua jahat...tapi kita kena waspada...nobody knows..rite? Wallahuallam...!!!

Seorang kakitangan sebuah bank di negeri ini mendakwa diperdaya seorang lelaki warga asing yang memaksanya melakukan hubungan seks sebagai balasan bagi membebaskan suami yang kononnya diculik.

Berdasarkan laporan polis yang dibuat mangsa pada 8 Oktober lalu, wanita berusia 27 tahun itu mendakwa dirogol dan dipaksa melakukan seks oral oleh lelaki berkenaan selepas mengikuti suspek, 29, yang kononnya mahu membantunya mencari suaminya.

Menurut sumber, sehari sebelum kejadian (7 Oktober), mangsa mendakwa dia dan suaminya, lewat 20-an, membawa lelaki warga asing itu yang juga rakan suaminya, makan di sebuah restoran di Bukit Beruang, sebelum suaminya menghantar lelaki itu pulang, manakala dia menaiki sebuah lagi kereta.

“Beberapa jam kemudian, mangsa mendakwa lelaki berkenaan menelefonnya bertanya mengenai suaminya menyebabkan dia terkejut kerana sepatutnya dia bersama kenalannya itu.

“Lelaki warga asing itu yang juga ahli perniagaan kemudiannya menyatakan suaminya mungkin diculik dan menawarkan diri untuk membawa wanita itu ke balai polis untuk membuat laporan.

“Mangsa cuba menghubungi suaminya beberapa kali, namun gagal dan berikutan bimbang sesuatu yang buruk berlaku, dia akhirnya bersetuju mengikuti lelaki berkenaan,” kata sumber.

Menurutnya, ketika dalam perjalanan, wanita itu mendakwa lelaki berkenaan mengherdiknya selain mengaku dia yang menculik suami mangsa dan disembunyikan di rumahnya di Bukit Beruang.

Katanya, wanita itu mendakwa kemudian dibawa ke rumah suspek sebelum dipaksa melakukan seks oral dan dirogol dengan ganas hingga mangsa mengalami kecederaan di kedua-dua belah pahanya sebagai balasan membebaskan suaminya.

“Mangsa mendakwa lelaki memberitahu dia ghairah melihat bentuk tubuhnya hingga mahu melakukan hubungan seks.

“Berikutan laporan polis yang dibuat mangsa, polis kemudian menahan lelaki warga asing berkenaan di rumahnya di Bukit Beruang Utama beberapa hari selepas itu.

Sumber berkata, kejadian culik itu dipercayai tidak berlaku dan suami mangsa pulang ke rumah keesokan harinya dan ketika kejadian, dia berada di tempat lain.

Dalam perkembangan sama, Ketua Polis Negeri, Datuk Chuah Ghee Lye, mengesahkan menerima laporan kejadian.

Menurutnya, warga asing itu turut membuat laporan berasingan kelmarin mendakwa wanita itu dan suaminya mereka-reka cerita kerana gagal memeras wang daripadanya.
-mynewshub.my

Juragan Malawati..

MP Shah Alam yang semakin BIADAP, wajar letak jawatan!


Kenyataan Media GAPS

Rakyat Shah Alam tertanya-tanya apa sudah jadi dengan Ahli Parlimen mereka yang ligat memutarkan pelbagai isu yang cuba meruntuhkan institusi Islam di negara ini.

Ia bermula dengan isu kalimah Allah dimana Khalid Samad menyokong agar kalimah Allah digunakan oleh penganut agama lain. Kemudian ke isu perlantikan SUK dimana Khalid mengkritik hebat perlantikan bekas Pengarah JAIS, Dato' Khusrin Munawi sebagai SUK Selangor.

Kemudian Khalid telah mengkritik hebat JAIS. Isunya kerana JAIS tidak mahu memperbaharui tauliah berceramah agama dimasjid dan surau.

Dalam isu paling hebat pemeriksaan Gereja DUMC pula Khalid telah mencemuh hebat JAIS yang melaksanakan tugas berdasarkan undang-undang Enakmen pentadbiran Islam Selangor. JAIS cuma buat pemeriksaan keatas pusat gereja itu kerana terdapat aduan gereja itu cuba mengalihkan aqidah umat Islam disitu.

Dalam kemelut Aziz Bari yang berlaku kurang ajar kepada Sultan Selangor pula, Khalid sengaja mengheret dirinya dalam isu ini dengan menghentam sultan dan cuba untuk mengaibkan Sultan Selangor.

Tingkah laku Khalid yang bersengkokol dengan Aziz Bari dengan mempertikaikan Institusi Sultan yang menjadi Ketua Agama Islam di Selangor merupakan satu perbuatan yang sangat biadap.

GAPS nak cadangkan agar Khalid menegur dulu ketua umum pkr yang mempunyai rekod dan bukti Liwat dan seks bebas, Timbalan Presiden Pas yang mempunyai rekod khalwat dan anak seorang pembesar Dap yang dikatakan meraba tetek seorang gadis.

Jika Khalid gagal berbuat demikian ini maknanya Pas Selangor sedang berada didalam alam kesesatan yang nyata dengan sedia berkerjasama dengan semua aliran liberal, sosialis dan komunis tetapi parti itu menentang habis-habisan Institusi Umat Islam khususnya di Selangor seperti Masjid, Surau, JAIS, SUK dan Raja Melayu.

GAPS amat bimbang jika pemikiran ultra liberal, radikal dan pluralisme agama seperti ini tidak dibendung, Selangor akan berhadapan dengan kancah kekusutan politik dan kacau bilau masyarakat kerana sikap pemimpin yang tidak mempunyai pedoman agama tetapi berlandaskan sistem nilai yang diimport dari luar yang akan mengkucar-kacirkan keamanan dan keharmonian yang di nikmati rakyat selama ini.

Kalau sudah derhaka kepada Sultan, Khalid Samad tidak layak memegang sebarang jawatan dalam perkhimatan awam termasuk Ahli Dewan Rakyat di Parlimen Malaysia. GAPS mencabar kalau Khalid Samad anak jantan, dia wajib letak jawatan sebagai Ahli Parlimen Shah Alam.

Hamidzun Khairuddin
Presiden
Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS)

Juragan Malawati..

Pesawat ringan terhempas di Kuala Selangor!

Sebuah pesawat ringan jenis Socata TB-10 Tobago GT terhempas di kawasan paya bakau berdekatan Kampung Asam Jawa di sini petang ini, setelah dipercayai mengalami masalah teknikal.

Dalam kejadian pukul 3.45 petang itu, juruterbang pesawat, Abdul Rais Saad, 45, dan pembantunya, Parvinder Pal Singh, 21, bagaimanapun terselamat.

Sebelum itu, pesawat berkenaan dikatakan cuba melakukan pendaratan cemas setelah menyedari berlaku masalah teknikal tetapi gagal lalu terhempas di kawasan terbabit dengan bahagian hadapannya terjunam ke dalam paya bakau.

Ketika kejadian, pesawat itu dalam perjalanan ke pangkalan ESB Aeroclub Subang dari Sekinchan selepas melakukan penerbangan latihan.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Mohd. Taib Ahmad berkata, sebaik sahaja terhempas, kedua-duanya keluar dan meredah lumpur sejauh kira-kira 500 meter untuk mendapatkan bantuan daripada pekerja kolam ternakan udang berhampiran.

"Sebelum terhempas juruterbang pesawat itu juga sempat berhubung dengan Bilik Gerakan Pusat Kawalan Bukit Aman bagi memaklumkan kedudukan mereka.

"Anggota polis yang tiba selepas itu membawa kedua-duanya ke Hospital Tanjong Karang bagi rawatan lanjut," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Saksi, Razak Majid, 32, berkata, ketika insiden berlaku, dia sedang bekerja sebelum tiba-tiba ternampak sebuah pesawat terjunam dan terhempas di kawasan paya bakau.

"Saya kemudian melihat dua lelaki di dalam pesawat itu membuka pintu pesawat lalu keluar dari pesawat dan meredah air lumpur bagi menyelamatkan diri," katanya.

Juragan Malawati..

Ahad, 16 Oktober 2011

Menara jam di Mekah punyai sentuhan anak Malaysia!

Seharusnya Malaysia boleh berbangga melihat struktur menara jam yang tersergam indah menghadap Masjidil Haram di sini, Menara Hotel Jam Diraja Mekah atau dikenali sebagai Abraj Al-Bait, kerana ia sebenarnya mempunyai ‘sentuhan anak Malaysia.’

Wan Nazri Wan Aria, 31, merupakan jurutera syarikat dari Jerman, SL Rasch, yang bertanggungjawab menampilkan reka bentuk dan pembinaan menara jam gergasi itu.

Katanya, menara itu memerlu kan lightweight steel structure untuk menyokong jam gergasi itu, dan di sini kejituan teknologi Jerman dengan kerjasama tenaga pakar dari syarikat Premier Composite Technology dari Dubai, diperlukan untuk menyempurnakan tanggungja wab itu.

Uniknya, 14 tenaga pakar dari Premier Composite Technology itu juga terdiri daripada kumpulan anak muda dari Malaysia yang diberi tanggungjawab untuk memasang jam gergasi yang memukau perhatian jutaan jemaah dari serata dunia yang datang ke sini untuk mengerjakan haji dan umrah.

Dengan ketinggian 601 meter, ia merupakan menara jam tertinggi dan terbesar dunia, mengalahkan struktur menara-menara jam lain yang terkenal di seluruh dunia seperti Menara jam Palace of Culture and Science di Warsaw Poland, Menara jam The Big Ben di London, dan Menara jam Ann-Bradley di Milwaukee Amerika Syarikat.

“Ia tiga kali lebih besar daripada Menara Big Ben di London,” kata pemuda kelahiran Melaka, yang menamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan awam di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada 2002 sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Stuttgart, Jerman.

Nazri bersama beberapa jurutera Premier Composite Technology ditemui oleh kumpulan media Tabung Haji sedang menikmati teh tarik di Restoran Felda D”saji di Safwa Tower berhampiran Masjidil Haram di sini.

Katanya, beliau amat berbangga dapat menjadi sebahagian daripada tenaga pakar yang melakar sejarah di Mekah, apabila dibabitkan dalam kerja-kerja membina mercu tanda terbaru yang dapat membantu jemaah mengenal pasti kedudukan Masjidil Haram dari jauh lagi, di tengah kota di tanah suci itu.

Jam gergasi yang dihias replika bulan sabit itu dikatakan boleh di lihat dari jarak sehingga 17 kilometer pada waktu malam dan 12 kilometer pada waktu siang, manakala cahaya daripada dua juta lampu LED yang menghiasinya yang berkerlipan setiap kali azan berkumandang pula boleh dilihat dari jarak sehingga 28 kilometer pada waktu malam.

Selain itu 90 juta kaca mozek keemasan digunakan untuk menghiasi keempat-empat permukaan jam itu.

Nazri berkata, menara jam yang dilaporkan bernilai US$3 bilion itu dijangka siap sepenuhnya pada bulan Februari tahun depan sebelum diserahkan kepada pemaju dan kontraktornya Kumpulan Binladin pada bulan Mei, dan beliau bersama kumpulan pakar dari Premier Composite Technology berada di sini bagi memantau dan menyelia kerja-kerja akhir pembinaan menara jam itu.

Sementara itu menceritakan pengalaman kerja di sebuah syarikat Jerman, Nazri berkata beliau mengambil masa yang lama sebelum kepakarannya mendapat perhatian, pengiktirafan dan diberi peluang menerajui projek itu.

Rakannya, jurutera dari Premier Composite Technology, Armazizul Arifin pula berkata bahan komposit merupakan satu bidang baru, dan tidak banyak syarikat di dunia mempunyai kepakaran serta teknologi berkaitan bahan itu, dan ia membuatkan kebanyakan pakar dalam pemasangan bahan itu biasanya saling mengenali antara satu sama lain.

Beliau berkata, bekerja dalam satu kumpulan tenaga pakar dari negara sama merupakan satu kelebihan nyata, dan menurutnya beliau bersama kumpulan rakan-rakannya itu turut terlibat dalam beberapa projek besar membabitkan pemasangan struktur binaan logam yang kukuh tetapi ringan itu.-UM.

Juragan Malawati..

Sabtu, 15 Oktober 2011

Sultan sedih fakta sejarah diputar-belit!


Sultan Sharafuddin Idris Shah beramah mesra dengan para pemenang anugerah universiti sempena Majlis Konvokesyen UPM kali ke-35 di Dewan Besar Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM Serdang, semalam.


Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa sedih baginda terhadap tindakan pihak tertentu yang cuba memutarbelitkan fakta sejarah di negara ini.

Sehubungan itu, baginda yang juga Canselor Universiti Putra Malaysia (UPM) meminta pensyarah memupuk minat mahasiswa mengenai kefahaman sejarah walaupun universiti tersebut berteraskan sains dan teknologi.

''Apabila sejarah negara dipelajari dan difahami dengan betul, maka ia tidak akan diputarbelitkan.

''Beta menyatakan perkara ini kerana sejak kebelakangan ini sejarah negara kita banyak yang cuba diputarbelitkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab hingga menjadi tunggang-terbalik dan menukar kesalahan kepada kebenaran,'' titahnya pada majlis Konvokesyen ke-35 UPM di sini, hari ini.

Pada majlis itu, baginda berkenan menyampaikan ijazah doktor falsafah, sarjana, sarjana muda dan diploma kepada 813 graduan.

Turut hadir Naib Canselor UPM, Datuk Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dan tiga Pro-Canselor iaitu Tan Sri Dr. Nayan Ariffin, Tan Sri Lim Ah Lek dan Tan Sri Rozali Ismail.

Sultan Sharafuddin turut berkenan mengurniakan hadiah kepada pemenang anugerah peringkat universiti iaitu Pingat Emas Canselor kepada Ng Kit Lin dan Anugerah Pelajaran Diraja kategori bumiputera kepada Elmy Talip dan bagi bukan bumiputera, Ong Ban Shui.

Baginda turut menyampaikan Pingat Emas Alumni kepada Megat Marwan Megat Nizar, Pingat Emas Yayasan Pak Rashid kepada Khairul Na'im Ya'akub, Pingat Emas Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Rashdan Baba kepada Wong Yee May, Hadiah Putra Agribio kepada Low Wei Han dan Hadiah Syed Kechik kepada Nurdiyana Mohamad Tahir (Doktor Perubatan Veterinar).

Pada majlis itu, baginda turut mengingatkan warga UPM supaya sentiasa bersatu hati, mengutamakan integriti dan mempertingkatkan produktiviti bagi melonjakkan universiti itu ke tahap yang lebih tinggi.

''Para pensyarah dan cendekiawan di universiti boleh berlainan pandangan atau pendapat, membuat kritikan yang ikhlas dan membina, tetapi hendaklah menghormati dan menyokong sesuatu keputusan yang telah dibuat oleh majoriti,'' titah baginda.

Daulat Tuanku!

Juragan Malawati

Edar kitab Injil bahasa Melayu!

Dr. Ibrahim Ghaffar (depan, kanan) dan Mohd. Johari Zaini (dua dari kiri) menunjukkan laporan polis dan kitab Injil bahasa Melayu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (MGPSS) hari ini membuat satu laporan polis mengenai penyebaran kitab Injil yang diterbitkan dalam bahasa Melayu yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

Timbalan Pengerusinya, Dr. Ibrahim Ghaffar berkata, apa yang mencurigakan ialah apabila isi kandungan di dalam kitab yang dikenali sebagai Al-Kitab itu menggunakan perkataan ‘Allah’ bagi menggantikan perkataan ‘Tuhan’.

‘‘Sebagai contoh, antara isi kandungan yang terdapat di dalam kitab berkenaan adalah ‘Allah menciptakan langit dan bumi serta isinya’ dan ini dengan jelas telah melanggar undang-undang di negeri ini yang hanya membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ kepada umat Islam dan bukannya kepada penganut agama lain.

‘‘Lebih membimbangkan apabila kitab tersebut kami perolehi dari seorang remaja Melayu beragama Islam yang merupakan pelajar disalah sebuah sekolah menengah di Klang dan ia diedarkan secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Ibrahim berkata, MGPSS menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tersinggung cubaan sesetengah pihak memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

‘‘Sehubungan itu, kami menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab berusaha untuk memurtadkan umat Islam,” tegasnya.

Dalam pada itu, Setiausaha MGPSS, Mohd. Johari Zaini pula berkata, satu laporan polis juga turut dibuat terhadap pensyarah undang-undang, Prof. Dr. Aziz Bari dan portal berita propembangkang, Malaysiakini mengenai penyiaran kenyataan mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin.

‘‘Pihak berkuasa perlu menyiasat Aziz Bari dan Malaysiakini kerana menyiarkan kenyataan yang mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin baru-baru ini.

‘‘MGPSS menganggap mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan titah Tuanku sebagai derhaka kerana ia seolah-olah tidak setia kepada baginda yang bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam di negeri ini,” katanya.

Juragan Malawati..

Khamis, 13 Oktober 2011

Bob Lokman jika mahu jadi 'baik' biarlah baik betul-betul...!

Bob Lokman perlu muhasabah diri jangan terlalu ghairah untuk 'bercerita' tentang Islam kerana selalunya bila seseorang itu baru hendak kenal Islam mereka ini bersemangat berkobar-kobar menuduh orang itu dan ini tidak Islamiklah, masuk nerakalah malahan menghukum orang yang bukan sebulu dengannya itu bukan lagi Islam.

Dari seorang artis hiburan yang agak terkenal juga kini berubah haluan hendak menjadi seorang pendakwah pula tetapi beliau mesti tahu garis panduan sebagai seorang yang bergelar ustaz dilarang sama sekali suka terlepas cakap apatah lagi untuk mengumpat dan memburuk-burukkan seseorang individu itu.

Pendakwah yang ingin mendekati Allah dan mahu kepada Islam syaratnya bukanlah mesti memakai pakaian lebai dan berjubah kerana itu adalah pakaian tradisi masyarakat Arab yang sama juga dipakai oleh Abu Jahal dan orang kafir Quraish semasa zaman Rasulullah SAW. Begitu juga pakaian bangsa Arab beragama Kristian di Lebanon ataupun di Mesir ketika ini kerana itu adalah pakaian tradisi Arab mengikut adat resam negara masing-masing.

Amat terkilan dan kecewa suatu ketika dahulu saudara Bob Lokman mencaci keturunan Syed di satu ceramah semasa pilihan raya kecil DUN di Pahang. Sepatutnya beliau jangan sentuh keturunan atau sesuatu kaum itu dengan berniat untuk memalukan seluruh keturunan yang tidak ada kena mengena dengan ceramahnya itu.

Kalau hendak marah pun biarlah kepada individu itu sahaja mengapa perlu heret sama hak keturunan orang lain.

Bob Lokman kalau hendak jadi 'baik' biarlah baik betul-betul. Jaga mulut dan jaga tingkah laku agar orang hormat kepada kita serta tahu yang mana boleh dan tidak boleh kita lakukan terhadap sesama insan dan ikutlah garis panduan agama yang betul dan bukannya mengikut hawa nafsu walaupun tujuan saudara itu baik tetapi caranya banyak yang tidak kena.

Juragan Malawati..

Isnin, 10 Oktober 2011

Isu gereja di Selangor - Sultan amat tersinggung!

Siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas majlis Thanksgiving Dinner yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre di Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu mendapati berlaku cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan akidah umat Islam

Sehubungan itu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba melemahkan kepercayaan dan akidah orang Islam di negeri ini.

Berikutan adalah kenyataan penuh Sultan Sharafuddin Idris Shah:-

Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor amat mengambil berat di atas tindakan yang dilakukan oleh Bahagian Penguatkuasan, Jabatan Agama Islam, Selangor (JAIS) yang telah menjalankan pemeriksaan ke atas majlis 'Thanksgiving Dinner' yang diadakan di Dewan 3, Kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya pada 3 Ogos 2011 yang lalu.

Beta amat berharap agar rakyat Negeri Selangor tanpa mengira bangsa dan agama tidak menyalahanggap dan mempertikaikan tindakan JAIS tersebut sebelum mengetahui dengan jelas fakta sebenar mengenai tindakan yang telah diambil oleh pihak JAIS.

Sebagai sebuah Jabatan Kerajaan Negeri yang bertanggungjawab menguatkuasakan undang-undang Islam dalam Negeri ini, JAIS mempunyai tugas yang berat untuk memastikan Agama Islam dalam Negeri Selangor ini sentiasa dipelihara dan dimartabatkan selaras dengan kedudukan Agama Islam sebagai agama Negeri Selangor di bawah Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor, 1959 dan juga agama Persekutuan di bawah Fasal (1) Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan.

Pihak JAIS telah menyembahkan kepada Beta laporan penuh mengenai pemeriksaan yang telah dijalankan di kompleks Dream Centre, Seksyen 13, Petaling Jaya tersebut dan juga tindakan susulan yang telah diambil oleh JAIS. Beta sendiri telah meneliti laporan tersebut dengan terperinci dan Beta berpuas hati bahawa tindakan JAIS tersebut adalah betul dan tidak menyalahi mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Negeri Selangor ini.

Tindakan JAIS tersebut adalah selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 2003, Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988.

Agama Islam yang diamalkan dalam Negeri Selangor ini adalah sebuah agama yang penuh toleransi. Penganut agama Islam sentiasa dipupuk agar menghormati penganut-penganut agama lain.

Walaupun begitu, mana-mana pihak tidak boleh mengambil kesempatan untuk cuba mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Ini adalah selaras dengan Fasal (1) dan (4) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor, 1988 yang tidak membenarkan pengembangan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam.

Perkara XLVII Undang-Undang Tubuh, Kerajaan Selangor 1959, Fasal (1) Perkara 3 dan Fasal (1) Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan telah memberikan hak kebebasan beragama kepada penganut agama lain untuk mengamalkan ajaran agama mereka masing-masing dengan aman dan harmoni.

Hak kebebasan tersebut telah pun berjalan dengan penuh harmoni dalam Negeri ini. Beta amat berharap keharmonian tersebut yang telah wujud sekian lama terus dikekalkan.

Peliharalah hak dan agama masing-masing dan jangan sekali-kali cuba mempengaruhi dan memesongkan fahaman dan kepercayaan orang Islam terhadap agama Islam.

Merujuk kepada siasatan pihak JAIS, terdapat keterangan bahawa ada cubaan untuk memesongkan kepercayaan dan aqidah umat Islam.

Tetapi keterangan yang diperolehi tidak mencukupi untuk tindakan undang-undang diambil.

Oleh itu setelah meneliti dengan secara mendalam laporan oleh pihak JAIS dan setelah mendapat nasihat dari pakar-pakar agama dan undang-undang, Beta bersetuju tiada pendakwaan terhadap mana-mana pihak.

Walau bagaimanapun Beta menitahkan JAIS memberikan kaunseling kepada orang Islam yang terlibat dalam majlis tersebut supaya aqidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipulihkan.

Beta juga menitahkan JAIS supaya menjalankan aktiviti dakwah terhadap orang Islam dengan lebih kerap dan tersusun supaya akidah dan kepercayaan mereka terhadap Agama Islam dapat dipelihara dan dipertingkatkan.

Beta amat berharap selepas daripada ini, apa-apa kegiatan dan aktiviti yang sedang berjalan atau yang akan berjalan bagi tujuan mengembangkan ajaran agama lain kepada penganut Agama Islam dalam Negeri Selangor ini hendaklah dihentikan segera dan tiada kegiatan dan aktiviti yang serupa dijalankan di masa hadapan.

Sesungguhnya Beta selaku Ketua Agama Islam Negeri Selangor ini amat mengambil berat dan berasa amat tersinggung dengan usaha-usaha pihak tertentu yang cuba untuk melemahkan kepercayaan dan aqidah orang Islam dalam Negeri Selangor ini.

Beta menitahkan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan JAIS supaya sentiasa mengadakan pemantauan rapi dan mengambil tindakan sewajarnya tanpa perlu teragak-agak lagi selaras dengan bidang kuasa yang diperuntukkan di bawah undang-undang.

Beta juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah mengambil berat berkaitan isu ini dan yang telah memberikan kerjasama dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada JAIS.-UM.

Juragan Malawati..

Ahad, 9 Oktober 2011

MB Khalid panik - Mesyuarat PKR Cabang Kuala Selangor kecoh!

Mesyuarat Agong Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor 2011 di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya di sini hari ini kecoh apabila beberapa ahli mempersoalkan mengenai pengesahan tanda tangan pada Penyata Kira-Kira cabang itu.

Keadaan itu berlaku sebaik saja ketua cabang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan. Soalan bertalu-talu daripada ahli terbabit menjadikan keadaan di dewan kelam kabut menyebabkan pengerusi tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.

Persoalan itu dibangkitkan oleh Pemeriksa Kira-Kira PKR Cabang Kuala Selangor, Norazhar Jamil yang mendakwa bahawa penyata kira-kira itu disemak oleh individu yang tidak dilantik sebagai ahli pada mesyuarat lepas.

Beliau berkata apabila membaca dan meneliti minit mesyuarat yang dibentangkan dalam mesyuarat kali ini, nama dua individu yang menyemak penyata kira-kira itu bukan beliau dan seorang lagi ahli yang dilantik iaitu Mohd Sharif Ismail.

Norazhar berkata sebelum ini beliau ada didatangi individu yang memintanya menandatangani penyata kira-kira berkenaan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat hari ini, namun beliau enggan kerana tidak diusulkan dengan bukti.

Beliau berkata apabila meneliti nama individu yang menyemak penyata itu, beliau mendapati individu terbabit memegang jawatan dalam parti dan menurut perlembagaan parti pemeriksa kira-kira tidak boleh memegang sebarang jawatan.

Dalam mesyuarat itu, Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menjelaskan bahawa penyata kira-kira itu akan diaudit terlebih dahulu sebelum dibentangkan semula pada mesyuarat akan datang. Cadangan Abdul Khalid itu dipersetujui oleh majoriti ahli yang hadir mesyuarat.

Juragan Malawati..

Sabtu, 8 Oktober 2011

Sekitar siri kembara PM bersama program Nurani Rakyat, Sayangi Selangor ke Ladang Tuan Mee, Ijok. Kuala Selangor!


Bajet 2012, pembangkang mati akal - PM

Datuk Seri Najib Tun Razak percaya parti-parti pembangkang ketika ini 'mati akal' dalam usaha mereka untuk menyerang Bajet 2012 yang dibentangkan oleh kerajaan di Dewan Rakyat semalam.

Perdana Menteri berkata, ini kerana pembangkang sudah tidak mempunyai sebab dan alasan untuk memperlekehkan bajet tersebut yang jelas memberikan tumpuan penuh kepada soal kebajikan rakyat di samping memastikan pembangunan negara terus berjalan lancar.

''Pembangkang tidak ada jawapan untuk serang bajet kita (kerajaan). Mereka mati akal, tidak ada hujah, mereka hanya boleh kata bajet kita tidak realistik, itu sahaja.

''Hakikatnya, Bajet 2012 yang disediakan kerajaan dibuat berdasarkan pelbagai aspek membabitkan kepentingan rakyat dan negara oleh pakar-pakar Kementerian Kewangan, Bank Negara Malaysia (BNM) dan lain-lain.

''Pakar-pakar itu bukan Pak Pandir, ada kepakaran masing-masing. Apabila kita bentang bajet, kita bentang bajet yang mampu dan boleh dilaksanakan oleh kerajaan," kata beliau.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 1000 masyarakat kaum India dalam program walkabout bersama Perdana Menteri anjuran Barisan Nasional (BN) Selangor di Ladang Tuan Mee di Ijok di sini hari ini.

Turut hadir dalam program yang bertema 'Nurani Rakyat, Sayangi Selangor' itu ialah Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar; Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Presiden Parti Progresif Penduduk (PPP), Datuk M. Kayveas; Pengerusi MCA Selangor, Datuk Donald Lim Siang Chai dan Pengerusi Parti Gerakan negeri, Senator A. Kohilan Pillay.

Najib yang juga Pengerusi BN Selangor menegaskan, kerajaan tidak menaburkan janji-janji kosong kepada rakyat dalam Bajet 2012 kerana apa yang terkandung dalam bajet berkenaan sebenarnya adalah komitmen kerajaan BN ke arah transformasi negara dan rakyat.

''Kita tidak buat janji-janji kosong untuk menyedapkan hati rakyat. Kita tidak tipu rakyat, ini adakah komitmen kerajaan BN. Rakyat boleh meletakkan kepercayaan kepada kerajaan BN.

''Ini kerana kita ada wawasan, perancangan dan pengalaman untuk membangunkan negara serta membawa perubahan besar ke arah transformasi negara kita," tegas beliau.

Dalam perkembangan lain, Perdana Menteri turut memohon semua syarikat perladangan di negara ini sama ada yang melibatkan syarikat milik kerajaan (GLC) atau swasta supaya menaikkan gaji para pekerja estet bagi memastikan golongan itu terus terbela.

''Sebelum pembentangan Bajet 2012, saya ambil tindakan memohon kepada semua pemilik ladang estet sama ada GLC atau swasta untuk menaikkan gaji kepada pekerja estet. Malah, saya difahamkan untuk Ladang Tuan Mee ini, pekerjanya telah menerima kenaikan gaji RM200 sebulan.

''Saya harap dalam masa terdekat, para pekerja estet ini akan menerima kenaikan gaji." ujarnya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menerusi Bajet 2012 telah mengambil kira kebajikan dan pembangunan kaum India melalui pemberian pinjaman mikro kredit melibatkan peruntukan RM100 juta melalui Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM).

Katanya, kerajaan juga memberi peruntukan tambahan RM100 juta untuk meningkatkan kedudukan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara selain pemansuhan yuran sekolah, bantuan RM100 kepada pelajar sekolah serta bantuan RM500 kepada isi rumah di bawah pendapatan RM3,000.



























Juragan Malawati..

Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara - Tamparan hebat buat Pakatan Rakyat!

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2012 bagi meneruskan agenda transformasi nasional yang mengambil kira kebajikan segenap lapisan rakyat khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana tanpa mengetepikan strategi untuk membangunkan negara.

Bertemakan Dasar Transformasi Nasional: Bajet Membela Rakyat, Mensejahtera Negara, Bajet 2012 yang merupakan bajet kedua dalam Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Najib, bakal menjadi pemacu untuk mencapai Wawasan 2020 dan matlamat negara berpendapatan tinggi.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dengan itu menggariskan lima fokus utama yang akan diberi penekanan di bawah Bajet 2012 iaitu meligat pelaburan; mengungguli modal insan; transformasi luar bandar; memperkejap perkhidmatan awam; serta meredakan inflasi dan mengimarah kehidupan rakyat.

Belanjawan kali ini begitu menyeluruh sehingga menyentuh secara langsung golongan akar umbi melalui pemberian pelbagai insentif yang tidak dijangka termasuk bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 ke bawah, selain manfaat keseluruhan RM7,560 untuk pemilik teksi bajet bagi meringankan beban mereka.

Turut menerima insentif Bajet 2012 ialah warga emas, peneroka Felda, nelayan, wanita dan belia.

Golongan penjawat awam pula terus menerima imbuhan berganda apabila Perdana Menteri mengumumkan pelarasan gaji tujuh hingga 13 peratus, kenaikan gaji tahunan RM80 hingga RM320 mengikut gred selain bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 yang akan dibayar pada Disember ini.

Kerajaan juga tidak melupakan golongan pesara apabila mengumumkan pelarasan pencen dua peratus setahun secara automatik mulai 2013 di samping menerima bayaran khas RM500.

Dalam usaha meringankan beban kos sara hidup rakyat, Perdana Menteri turut mengumumkan pemansuhan yuran tambahan sekolah mulai tahun depan, pemberian bantuan RM100 kepada semua pelajar daripada tahun satu hingga tingkatan lima, selain baucar buku RM200 kepada semua pelajar warga Malaysia daripada tingkatan enam hinggalah ke universiti.

Najib juga sempat menyindir pembangkang yang sering menguar -uarkan konsep negara berkebajikan sedangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) sudah sejak sekian lama mengamalkannya.

“Keseluruhannya subsidi bahan makanan asas ini menelan belanja RM2.3 bilion dan dinikmati oleh seluruh rakyat tanpa mengira kaya atau miskin, bandar atau luar bandar. Oleh yang demikian, kita ingin bertanya, tidakkah ini dinamakan negara kebajikan?” katanya.

Bajet 2012 menyediakan peruntukan berjumlah RM232.8 bilion meliputi RM181.6 bilion untuk perbelanjaan mengurus dan RM51.2 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, kerajaan akan melaksanakan sejumlah projek bagi tahun depan di bawah Pakej Rangsangan Khas berjumlah RM6 bilion untuk merancakkan pelaburan.

Perdana Menteri turut mengumumkan empat dana khas perusahaan kecil dan sederhana (PKS) bagi mempergiatkan industri itu.

Dalam pada itu, berpegang kepada falsafah 1Malaysia Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan, Najib turut menjanjikan proses besar islah undang-undang di bawah Program Transformasi Politik bagi membolehkan Malaysia menjadi sebuah negara moden dan progresif sekali gus demokrasi yang berfungsi.

“Bajet yang baru saya bentangkan ini mendakap segenap taraf sosioekonomi rakyat, ia tidak meninggalkan yang berpendapatan rendah sekalipun menengah atau tinggi dan tidak pula meminggir mereka yang di bandar waima di desa,” katanya.

Perdana Menteri mengakhiri ucapan belanjawannya yang memakan masa dua jam itu dengan menegaskan kerajaan BN tidak tunduk kepada tekanan atau paksaan untuk mengambil jalan benar dan betul demi warga Malaysia.

“Kami yakin dengan perjuangan yang kami gandar ini bukan dibuat-buat atau ilusi silap mata sebagai guna menutup lompang keikhlasan dan kebobrokan sahsiah serta kemunafikan intelektual seperti sesetengah pihak,” tegasnya.

Juragan Malawati..

Khamis, 6 Oktober 2011

PM Gempur Ijok, Kuang, Rawang Dan Gombak Sabtu Ini!


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual melakukan tinjauan mesra sehari di empat kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor Sabtu ini.

Penduduk tempatan dari kawasan DUN Ijok, Kuang, Rawang dan Gombak Setia berpeluang mendekati Perdana Menteri dalam program bertemakan ‘Nurani Rakyat Sayangi Selangor, Yakini BN’ anjuran Barisan... Nasional (BN) Selangor.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata program itu diadakan sebagai satu usaha untuk mendekati rakyat daripada semua kaum selain memahami serta menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi mereka.

“Program ini merupakan siri pertama program jelajah Perdana Menteri di Selangor untuk bertemu, mendengar masalah dan membantu rakyat.

“Kita jangkakan seramai 40,000 orang akan turut serta dalam program ini nanti,” katanya selepas menghadiri majlis taklimat mengenai tinjauan mesra Najib ke Selangor di sini, hari ini.

Najib dijadual memulakan tinjauan mesranya di lapang Ladang Tuan Mee di Ijok, Kuala Selangor sebelum ke Bandar Tasik Puteri di Kuang dan seterusnya ke Pekan Rawang.

Nurani Rakyat Sayangi Selangor, Yakini BN

Jumpa disana..disana..disana..!!!

Juragan Malawati..

Jom Berubah bangun potensi belia!


Razali Ibrahim (dua dari kiri) bersama (dari kiri) Budiman Mohd. Zohdi, Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor, Datuk Irmuhizam Ibrahim dan Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Mohd. Zaidi Aziz pada perasmian program Jom Berubah di Bukit Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.


STATISTIK pada 2007 menunjukkan golongan belia yang berumur dari 15 hingga 40 tahun di negara ini berjumlah 11.5 juta orang.

Ia menghampiri 45 paratus dari jumlah penduduk negara ini yang membuktikan mereka merupakan entiti yang perlu diberi perhatian. Tenaga belia pula menjadi sumber penting dalam pembangunan negara.

Malangnya bukan semua belia bernasib baik dan mempunyai taraf kehidupan yang selesa. Ramai masih lagi mencari-cari arah dan panduan untuk berjaya didalam hidup.

Kursus-kursus, program keusahawanan, motivasi dan peningkatan diri pula mengenakan kadar bayaran yang agak tinggi dan tidak ramai belia mampu menyertai kursus-kursus berkenaan.

Menyedari hakikat tersebut, sekelompok anak muda, aktivis belia dan belia professional mula berbincang bagi mencari jalan membantu golongan belia terbabit. Daripada beberapa sesi perbincangan dan cambah fikiran maka terhasillah program Jom Berubah khusus untuk golongan belia.

Wawasan program ini ialah mewujudkan 1,000 belia yang berjaya dan berdaya saing sebagai ejen transformasi masyarakat ke arah wawasan 2020. Melaluinya, golongan belia diajar mengenali diri, memahami persekitaran yang membantu selain menilai faktor-faktor boleh ubah ke arah kejayaan.

Akhirnya ia diharap dapat membantu mereka mencipta matlamat dan pelan tindakan yang dapat membantu belia ke arah kejayaan. Program Jom Berubah menggunakan gabungan pendidikan dan hiburan atau edutainment.

Ia banyak menggunakan alat bantuan latihan seperti LCD, Laptop dan sistem audio visual dalam menyampaikan mesej semasa program.

Menurut pengasas program ini yang juga Pengerusi Majlis Belia Selangor Daerah Sabak Bernam, Budiman Mohd. Zohdi, kaedah program Jom Berubah adalah berasaskan kuliah dan perkongsian pengalaman.

"Ketika menyertai program ini mereka akan mengikuti pratonton bahan audio visual selain disediakan buku aktiviti Jom Berubah," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Kaedah yang digunakan juga katanya, boleh maknfaatkan oleh para peserta yang sudah dilatih bagi membantu belia-belia lain.

"Setiap bahan program dan juga bahan bacaan boleh juga dimuat turun diblog:http://jom-berubah.blogspot.com," ujarnya.

Kata Budiman, Jom Berubah merupakan program transformasi remaja yang berusia dari 16 hingga 21 tahun.

"Penekanannya adalah kepada perubahan daripada sifat negatif kepada positif. Perubahan kepada sifat bertanggungjawab kepada pencipta, keluarga dan diri sendiri.

"Selain itu perubahan kepada remaja berperancangan dan berwawasan yang turut membawa kepada perubahan akhlak, moral dan jati diri," jelasnya.

Katanya, program itu dianjurkan oleh Sekretariat Jom Berubah, Majlis Belia Selangor (MBS) dengan kerjasama Belia 4B dan MAYC selain disokong oleh Kementerian Belia dan Sukan.

Program yang dilancarkan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim pada 20 September lalu akan bermula pada 22 Oktober ini. Ia menyasarkan penyertaan kira-kira 2,000 belia dari seluruh Selangor.

Bagi belia yang berminat menyertai program ini boleh hubungi Sekretariat Jom Berubah di talian 03-8063 6562 dan 03-8051 2424

Mereka juga boleh menghubungi Budiman yang juga pengasas program ini di 013 341 8011 atau Azman Mat Isa 019319 4869 atau layari laman web http://www.jomberubah.com serta Facebook http://facebook.com/jomberubahmalaysia.

Juragan Malawati..