UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 30 Oktober 2011

KDEB Rugi Berjuta, Namun Bonusnya Bernilai RM576,563.00… WOW!!!

Masih terngiang di pemikiran rakyat Selangor tentang kata-kata baik dari PAS mahupun PKR dalam ceramah-ceramah mereka bahawa pentadbiran yang mereka tawarkan adalah telus dan berintegriti. Itulah “obat” terkuat mereka bagi menggambarkan betapa kerajaan BN dijerumuskan ke dalam salahlaku dan penyelewengan pentadbiran.

Bercita-cita menzahirkan apa yang mereka laungkan, perkara ini letakkan di dalam manifesto pililhanraya mereka.

Itu termasuklah kononnya rundingan terus untuk projek, yang pada ketika itu menjadi praktik kepada BN mahu dilenyapkan. Alasannya ia menjadi method kepada BN untuk memberikan projek-projek kepada kroni-kroni mereka.

3 tahun lebih berlalu, yang tinggal hanyalah reteorik. Rakyat ditipu hidup-hidup. Ada pula yang sudah meninggal dunia. Tiada ketelusan, tiada keterbukaan. Malah, paradigma rakyat ditutup dengan penubuhan SELCAT, satu perkakas Pakatan untuk terus membohongi rakyat.

Berdasarkan laporan audit negara, kerugian yang dialami oleh KDEB adalah RM122.25 juta, satu amaun yang cukup tinggi, dengan hanya diberikan 3 tahun lebih untuk mentadbir. Ia adalah wajah sebenar keupayaan Khalid & Cos’ memerintah. Hancur.

Namun kerugian itu “diraikan” dengan pemberian bonus yang sangat mengujakan, RM578,563.00!!! Dan penerimanya seramai 30 orang sahaja! Angka yang cukup besar, dan ayuh kita selesaikan dengan mudah.

RM578,563.oo dibahagikan kepada 30 orang, dengan kiraan seorang menerima purata RM19,218.67!!!

WOW…!!! Saya sudah berkira-kira untuk memohon jawatan di dalam KDEB. Sila emailkan kepada Selangor Daily seandainya ada kekosongan jawatan, kerana amaun itu sangat sukar ditolak! Hanya mereka yang buta nilai sahaja yang menolak tawaran itu.

Ia adalah polisi terbaik, yang mana mungkin digubal oleh Penasihat Ekonomi Selangor, dengan “kepakaran” Menteri Besarnya yang mempunyai latarbelakang korporat yang “baik”, sehingga boleh dinaiktarafkan sebagai keparat! Bagaimana kerugian boleh diraikan dengan bonus sebegitu besar? Mgkin polisi mereka adalah mesra pekerja barangkali. Biar rugi berjuta, asalkan bonus kencang!

Penasihat Ekonomi Selangor sedang membuat roadshow, bercerita tentang kepincangan yang ada pada kerajaan pusat, tanpa menyentuh langsung apa yang sedang berlaku di negeri yang dia sebagai Penasihat Ekonominya!

Persoalannya, siapakah “geng 30″ yang mendapat durian runtuh dari keruntuhan keuntungan KDEB? Adakah mereka kroni Khalid? Apa punya “management style” yang digunakan oleh Kerajaan Negeri… “doggy style” agaknya!

Sumber : Selangordaily

Juragan Malawati..

2 ulasan:

  1. perlu diselidik siapakah 30 org yg sangat bertuah itu..wah sangat "telus" auditnye..rugi 122.25 juta tapi pemberian bonus sangatlah kencang..baru 3 tahun mentadbir sudah kucar-kacir.Kalau 30 tahun mntadbir alamatnye mmg sengsara la rakyat..kais pagi makan pagi kais petang makan petang..fikir2kan lah wahai rakyat semua.

    BalasPadam
  2. Aku rasa ini mungkin taktik terbari MEMOTIVASIKAN pekerja. hehehehe..... Aku pun nak kerja kat sana dan buat KDEB rugi tiap-tiap tahun. Yahooooooooo... ADA BONUS! hihihi

    Blog Tendang Terajang -
    Undang-undang bukan milik mereka yang pakar sahaja.

    BalasPadam