UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 9 Oktober 2011

MB Khalid panik - Mesyuarat PKR Cabang Kuala Selangor kecoh!

Mesyuarat Agong Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor 2011 di Dewan Orang Ramai Bestari Jaya di sini hari ini kecoh apabila beberapa ahli mempersoalkan mengenai pengesahan tanda tangan pada Penyata Kira-Kira cabang itu.

Keadaan itu berlaku sebaik saja ketua cabang, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor selesai menyampaikan ucapan pembukaan. Soalan bertalu-talu daripada ahli terbabit menjadikan keadaan di dewan kelam kabut menyebabkan pengerusi tetap, Ibrahim Mahidin terpaksa menenangkan keadaan.

Persoalan itu dibangkitkan oleh Pemeriksa Kira-Kira PKR Cabang Kuala Selangor, Norazhar Jamil yang mendakwa bahawa penyata kira-kira itu disemak oleh individu yang tidak dilantik sebagai ahli pada mesyuarat lepas.

Beliau berkata apabila membaca dan meneliti minit mesyuarat yang dibentangkan dalam mesyuarat kali ini, nama dua individu yang menyemak penyata kira-kira itu bukan beliau dan seorang lagi ahli yang dilantik iaitu Mohd Sharif Ismail.

Norazhar berkata sebelum ini beliau ada didatangi individu yang memintanya menandatangani penyata kira-kira berkenaan sebelum dibentangkan dalam mesyuarat hari ini, namun beliau enggan kerana tidak diusulkan dengan bukti.

Beliau berkata apabila meneliti nama individu yang menyemak penyata itu, beliau mendapati individu terbabit memegang jawatan dalam parti dan menurut perlembagaan parti pemeriksa kira-kira tidak boleh memegang sebarang jawatan.

Dalam mesyuarat itu, Abdul Khalid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok menjelaskan bahawa penyata kira-kira itu akan diaudit terlebih dahulu sebelum dibentangkan semula pada mesyuarat akan datang. Cadangan Abdul Khalid itu dipersetujui oleh majoriti ahli yang hadir mesyuarat.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan