UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 29 Oktober 2011

TPM bertemu rakyat Selangor 3 November!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka bertemu lebih 6,000 rakyat di sekitar bandar raya ini dan Klang sempena program 'Nurani Rakyat, Sayangi Selangor' pada Khamis depan.

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed berkata, ia program khusus dianjurkan Barisan Nasional (BN) Selangor untuk mendekati rakyat semua kaum selain memahami serta menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

Katanya, program itu dijadualkan bermula pukul 2.30 petang dengan lokasi pertama adalah Flat PKNS, Pandamaran Jaya, Klang yang akan disertai kira-kira 3,000 penduduk kawasan tersebut.

"Timbalan Pengerusi BN akan beramah mesra dengan rakyat selain menyalurkan sumbangan Aidiladha kepada masyarakat Islam di kawasan itu.

"Pada masa sama, Timbalan Perdana Menteri juga akan menyampaikan sumbangan untuk aktiviti kebajikan kepada tokong Cina termasuk menyalurkan bantuan cermin mata percuma kepada 22 pelajar dari sekolah terpilih di kawasan tersebut," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Mohd. Zin, Timbalan Perdana Menteri selepas itu akan ke Masjid Ubudiah, Seksyen 19 di sini kira-kira pukul 4 petang untuk menunaikan solat asar selain menyampaikan bantuan Aidiladha kepada penerima yang memerlukan di kawasan itu.

Beliau berkata, Muhyiddin kemudian akan menghadiri perhimpunan yang akan disertai lebih 3,000 penduduk di Flat PKNS, Seksyen 17 di sini dengan disertai oleh Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar.

Perhimpunan yang bermula pukul 5 petang itu akan disusuli dengan pelancaran Laman Agro oleh Muhyiddin sebelum melawat rumah pemimpin tempatan.

"Kita harap semua rakyat dapat bersama-sama menyertai program ini nanti," ujarnya.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan