UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 13 Oktober 2011

Bob Lokman jika mahu jadi 'baik' biarlah baik betul-betul...!

Bob Lokman perlu muhasabah diri jangan terlalu ghairah untuk 'bercerita' tentang Islam kerana selalunya bila seseorang itu baru hendak kenal Islam mereka ini bersemangat berkobar-kobar menuduh orang itu dan ini tidak Islamiklah, masuk nerakalah malahan menghukum orang yang bukan sebulu dengannya itu bukan lagi Islam.

Dari seorang artis hiburan yang agak terkenal juga kini berubah haluan hendak menjadi seorang pendakwah pula tetapi beliau mesti tahu garis panduan sebagai seorang yang bergelar ustaz dilarang sama sekali suka terlepas cakap apatah lagi untuk mengumpat dan memburuk-burukkan seseorang individu itu.

Pendakwah yang ingin mendekati Allah dan mahu kepada Islam syaratnya bukanlah mesti memakai pakaian lebai dan berjubah kerana itu adalah pakaian tradisi masyarakat Arab yang sama juga dipakai oleh Abu Jahal dan orang kafir Quraish semasa zaman Rasulullah SAW. Begitu juga pakaian bangsa Arab beragama Kristian di Lebanon ataupun di Mesir ketika ini kerana itu adalah pakaian tradisi Arab mengikut adat resam negara masing-masing.

Amat terkilan dan kecewa suatu ketika dahulu saudara Bob Lokman mencaci keturunan Syed di satu ceramah semasa pilihan raya kecil DUN di Pahang. Sepatutnya beliau jangan sentuh keturunan atau sesuatu kaum itu dengan berniat untuk memalukan seluruh keturunan yang tidak ada kena mengena dengan ceramahnya itu.

Kalau hendak marah pun biarlah kepada individu itu sahaja mengapa perlu heret sama hak keturunan orang lain.

Bob Lokman kalau hendak jadi 'baik' biarlah baik betul-betul. Jaga mulut dan jaga tingkah laku agar orang hormat kepada kita serta tahu yang mana boleh dan tidak boleh kita lakukan terhadap sesama insan dan ikutlah garis panduan agama yang betul dan bukannya mengikut hawa nafsu walaupun tujuan saudara itu baik tetapi caranya banyak yang tidak kena.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan