UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 15 Oktober 2011

Edar kitab Injil bahasa Melayu!

Dr. Ibrahim Ghaffar (depan, kanan) dan Mohd. Johari Zaini (dua dari kiri) menunjukkan laporan polis dan kitab Injil bahasa Melayu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam, semalam.

Majlis Gabungan Pertubuhan Sukarela Selangor (MGPSS) hari ini membuat satu laporan polis mengenai penyebaran kitab Injil yang diterbitkan dalam bahasa Melayu yang dikhuatiri boleh memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

Timbalan Pengerusinya, Dr. Ibrahim Ghaffar berkata, apa yang mencurigakan ialah apabila isi kandungan di dalam kitab yang dikenali sebagai Al-Kitab itu menggunakan perkataan ‘Allah’ bagi menggantikan perkataan ‘Tuhan’.

‘‘Sebagai contoh, antara isi kandungan yang terdapat di dalam kitab berkenaan adalah ‘Allah menciptakan langit dan bumi serta isinya’ dan ini dengan jelas telah melanggar undang-undang di negeri ini yang hanya membenarkan penggunaan perkataan ‘Allah’ kepada umat Islam dan bukannya kepada penganut agama lain.

‘‘Lebih membimbangkan apabila kitab tersebut kami perolehi dari seorang remaja Melayu beragama Islam yang merupakan pelajar disalah sebuah sekolah menengah di Klang dan ia diedarkan secara percuma,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan tersebut di Ibu Pejabat Polis (IPD) Shah Alam di sini hari ini.

Ibrahim berkata, MGPSS menggesa pihak berkuasa supaya mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak selaras dengan titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang tersinggung cubaan sesetengah pihak memesongkan akidah umat Islam di negeri ini.

‘‘Sehubungan itu, kami menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas sekiranya mendapati ada pihak tidak bertanggungjawab berusaha untuk memurtadkan umat Islam,” tegasnya.

Dalam pada itu, Setiausaha MGPSS, Mohd. Johari Zaini pula berkata, satu laporan polis juga turut dibuat terhadap pensyarah undang-undang, Prof. Dr. Aziz Bari dan portal berita propembangkang, Malaysiakini mengenai penyiaran kenyataan mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin.

‘‘Pihak berkuasa perlu menyiasat Aziz Bari dan Malaysiakini kerana menyiarkan kenyataan yang mempertikaikan titah Sultan Sharafuddin baru-baru ini.

‘‘MGPSS menganggap mana-mana pihak yang cuba mempertikaikan titah Tuanku sebagai derhaka kerana ia seolah-olah tidak setia kepada baginda yang bertanggungjawab menjaga kesucian agama Islam di negeri ini,” katanya.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan