UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 27 November 2012

Patuhi resipi keramat UMNO bersungguh-sungguh!



Peka kehendak akar umbi. Mereka bukan hendak jawatan atau kekayaan, mereka cuma mahukan pemimpin dengar dan penuhi keperluan mereka," kata seorang veteran UMNO dalam satu pertemuan baru-baru ini.

Resipi untuk menang sebenarnya mudah. Kalau mahu kalah lebih lagilah mudahnya. Bahannya tidak banyak, tidak juga rumit. Semuanya mampu disediakan dan tidak perlu pergi jauh untuk mendapatkannya. Cuma yang perlu adalah keprihatinan memastikan peraturan memasak dipatuhi.

Kalau resipi digunakan menyebut secubit garam, maka ikutlah sukatan terutamanya jika hidangan disediakan untuk orang ramai. Jangan menyukat ikut selera sendiri atau selera tukang masak.

Misalnya tukang masak bercita rasa masin, maka resipi secubit garam diubah menjadi sesudu besar garam. Akibatnya rosaklah resipi gara-gara mengikut cita rasa seorang tukang masak, menyebabkan ada yang menjamah hidangan diserang darah tinggi.

Sebab itu, apabila bercakap soal mahu menang atau kalah dalam pilihan raya umum akan datang, tidak sepatutnya timbul perkataan sukar atau senang. Tidak juga ada kaitan dengan ditakdirkan.

Ini kerana resipi untuk menang pernah dicuba dan menjadi. Bukan sekali, malah berkali-kali. Sejak pilihan raya pertama hinggalah penurunan kuasa rakyat pada Mac 2008, Barisan Nasional (BN) mampu bertahan.

Jika 11 pilihan raya sebelum itu, BN cemerlang menggunakan resipi yang sama, namun akibat terlebih adun atau terkurang bahan, resipi tersebut tidak begitu menjadi pada 2008.

Biar pun tidak begitu menjadi namun BN masih bertahan dengan kehilangan kuasa majoriti dua pertiga. Kesemuanya itu bukan disebabkan resipi, tetapi akibat terlebih atau terkurang bahan sehinggakan resipi turun temurun tiba-tiba kurang menjadi, lebih menyedihkan di negeri tertentu langsung tidak menjadi.

Selepas lebih empat tahun, dan ketika tarikh pembubaran Parlimen makin hampir, persoalan yang sebenarnya mesti dijawab oleh BN - adakah mereka telah belajar daripada kesilapan lalu?

Adakah ramuan atau bahan dalam resipi yang ditinggalkan pejuang kemerdekaan tanah air telah dikumpulkan secukupnya sehingga mereka berani bercakap soal mengadakan pilihan raya?

Seorang pemimpin UMNO negeri di selatan tanah air mengaku biar pun BN, khususnya UMNO kelihatan semakin pulih, namun apa yang dilihat hanyalah di permukaan.

Dia masih bercakap soal akar umbi yang tidak bersatu. Masih bercerita tentang ahli-ahli yang kemaruk pangkat dan harta. Masih ada yang tidak segan-silu menunjuk apa yang mereka ada, sedangkan jasa dan bakti kepada rakyat langsung tidak setara.

Maka pengamatan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad bahawa hanya Presiden parti iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak sahaja nampak aktif sedangkan yang lain masih mencongak-congak, mengiyakan hakikat yang menjalar di peringkat akar umbi.

Maknanya? Tentulah keingkaran kepada resipi keramat BN/UMNO masih berlangsung malah prestasi teruk parti pada 2008 tidak dijadikan pengajaran oleh sesetengah pihak.

Di negeri-negeri lain yang menyaksikan BN tumbang khabarnya masih bermasalah. Mereka masih tidak bersatu untuk menebus kesalahan lalu.

Kerjasama untuk membina semula jambatan yang hampir runtuh atau memilih seorang ketua yang boleh menjadi penggerak kepada kekuatan parti juga tidak dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.

Masih kedengaran perihal mahu berebut ketua bahagian, lebih daripada itu ada pula gerakan sabotaj parti. Biar pun mereka yang berkenaan telah dikenakan tindakan, namun pastinya gerakan seumpama itu bukan hanya melibatkan seorang atau dua.

Sepatutnya, dalam keadaan mandat kerajaan BN memerintah negara semakin menghampiri tarikh luput, isu rebut jawatan, sabotaj parti, tidak bersatu, jentera parti yang lemah - tidak seharusnya timbul lagi.

UMNO, MCA, MIC dan komponen-komponen BN yang lain mesti membuktikan bahawa mereka kini berada pada tahap terbaik untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13.

Perhimpunan Agung UMNO prapilihan raya yang bermula esok perlu menjadi medan untuk para perwakilan bercakap dari hati ke hati. Bukan memuji atau berpuas hati dengan pencapaian yang entah betul entahkan tidak.

Resipi yang enak boleh dipuji keenakannya, manakala jika sesuatu resipi itu pahit atau terlebih garam, jangan ditelan kerana kelak menyakitkan badan.

Lebih daripada itu, seorang tukang masak tidak akan mampu menyediakan hidangan yang enak untuk dinikmati ribuan tetamu. Perlu ada pembantu tukang masak, pelayan, tukang cuci pinggan, waima tukang sapu untuk memastikan hidangan yang enak tidak dicacat-cela dek layanan kurang memuaskan.

Pilihan Raya Umum Ke-13 mesti dimenangi oleh BN kerana kekuatan parti itu sendiri dan bukannya kerana lawan yang ditandingi itu lemah.

Juragan Malawati..

Jumaat, 23 November 2012

PM tunai solat hajat doakan Palestin!...PAS tunai solat hajat untuk kemusnahan UMNO?



Datuk Seri Najib Tun Razak bersama ribuan umat Islam menunaikan solat Jumaat dengan bacaan qunut Nazilah serta solat hajat bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin yang berdepan dengan kekejaman Israel di Masjid Putra, di sini hari ini.

Perdana Menteri dan para jemaah turut mendengar khutbah Jumaat khas yang disampaikan oleh Imam Besar Masjid Putra, Abdul Manaf Mat bertajuk Tangisan Gaza.

Usaha itu selaras dengan gesaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom kelmarin supaya semua masjid dan surau mengadakan solat hajat dan bacaan qunut Nazilah bagi mendoakan keselamatan penduduk Palestin.

Serangan Israel ke atas wilayah Gaza sejak minggu lepas mengakibatkan lebih 100 penduduk Gaza terbunuh termasuk kanak-kanak dan warga tua, di samping mencederakan ratusan yang lain.

Beberapa menteri Kabinet turut menunaikan solat Jumaat di Masjid Putra antaranya Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal; Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar; dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Turut kelihatan Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa dan pegawai kanan kerajaan yang lain.

Khutbah yang dibaca Abdul Manaf turut menyentuh kekejaman Israel yang mencabuli Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengenai jenayah perang dalam Konvensyen Keempat Geneva 1949 Mengenai Perlindungan Orang-orang Awam Semasa Perang.

Pada masa sama, beliau menyeru seluruh umat Islam dan rakyat Malaysia membantu meringankan penderitaan penduduk Palestin.

"Bantuan kepada mereka boleh dimulakan dengan berdoa kepada Allah SWT sehinggalah memberi tekanan-tekanan yang boleh menyebabkan rejim Israel dihalau keluar daripada negara Palestin.

"Sewajarnya kita sama-sama bangkit bersatu hati tanpa mempedulikan perbezaan latar belakang, ekonomi, miskin atau kaya, berbeza latar belakang fahaman atau politik," ujarnya.

Sementara itu, di Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin, perkara yang sama turut dilakukan untuk memohon keselamatan dan kesejahteraan rakyat di negara bergolak itu.

Juragan Malawati..

Selasa, 20 November 2012

Isu Pas sesat : Kenyataan Nik Aziz melampau?



Hanya gerakan khawarij sahaja yang sanggup mengkafirkan saudara seagama sebagaimana tindakan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan UMNO yang memiliki lebih tiga juta ahli Islam sebagai parti murtad.

Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad bagaimanapun berkata, beliau sendiri tidak tergamak melabelkan Pas gerakan khawarij kerana percaya ramai pemimpin parti itu menolak kenyataan melampau Nik Abdul Aziz tersebut.

Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah gerakan Islam sebuah parti yang mendakwa memperjuangkan Islam sanggup melabel parti lawan sebagai murtad, tetapi Pas melalui Nik Abdul Aziz dilihat mengambil tugas Allah SWT menghukum UMNO sedemikian rupa.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan Nik Abdul Aziz yang diangkat sebagai 'Tok Guru' supaya tidak terlalu berasa sempurna kerana kalangan ulama berpendapat lebih baik tersalah iktiraf kafir sebagai muslim daripada mengkafirkan seorang Islam."

"Apa yang dituturkan Nik Abdul Aziz itu sudah melampau dan tersasar jauh daripada ajaran Islam sebenar. Bagi saya, Pas sudah tidak dapat menghayati ajaran Islam sebenar kerana taksub kepada kekuasaan politik. Islam mengajak kepada kasih sayang, bukan kebencian.


"Hanya puak khawarij sahaja yang sanggup mengkafirkan saudara seagama. Pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin yang dipenjara, dicabut kuku, diserang dengan anjing ganas sendiri pun tidak mengkafirkan pemerintah Mesir yang terbukti zalim dan menindas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz semalam dalam tindakan yang dilihat cuba mempertahankan bacaan doa oleh adiknya, Nik Razi Nik Mat yang meminta diturunkan bala ke atas UMNO sebagaimana Allah membinasa Firaun, Qarun, Namrud dan Abu Lahab menggambarkan parti terbesar Melayu itu sebagai murtad kerana kononnya menolak Islam.

Dalam pada itu, Ismail Mina mempersoalkan mengapa Pas yang sering menjadikan Ikhwanul Muslimin sebagai 'kiblat' perjuangan politik mereka tidak mengambil moto gerakan tersebut iaitu 'Kami Ini Pendakwah Bukan Penghukum' sehingga begitu mudah mengkafirkan pihak lain.

"Sebab itu saya kata Pas bukan sebuah gerakan Islam sebaliknya Pas kini hanya sebuah parti politik yang terlalu dahagakan kuasa sehingga sanggup melakukan sesuatu yang bertentangan dengan ajaran Sunnah Wal Jamaah demi menggapai cita-cita menawan Putrajaya," katanya.

Juragan Malawati..

Isnin, 19 November 2012

Bekas homeguard terharu terima rumah baharu!



KUALA SELANGOR 18 Nov. - Hanya linangan air mata sahaja yang dapat menggambarkan kegembiraan seorang bekas homeguard, Jailani Muaalim,90, bersama isterinya, Napsiah Idris, 69, apabila akhirnya dapat menjejakkan kaki ke rumah baharu mereka di Jalan Derahman, Kampung Bukit Cerakah di sini.

Bagi Jailani yang sudah memasuki usia emas, sudah tentu dengan tulang empat keratnya tidak terdaya untuk mendapatkan sebuah rumah baharu itu setelah rumah asalnya musnah dalam kebakaran akibat litar pintas seminggu sebelum umat Islam menyambut Ramadan pada Julai lalu.

''Saya tidak tahu berapa lama lagi dapat hidup tetapi sekurang-kurangnya sekarang saya dapat menghabiskan sisa hidup ini bersama isteri dalam keadaan agak selesa.

''Pembinaan rumah baharu ini menunjukkan masih ada pihak yang prihatin dan sumbangan ini saya anggap sebagai hadiah hari jadi pada 23 Oktober lalu," kata Jailani ketika ditemui selepas menerima kunci rumah baharunya daripada Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ali Hamsa di sini.


Yang turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Arpah Abdul Razak, Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Wan Mohd. Nor Ibrahim dan Pengurus Besar Asa Niaga Sdn.Bhd., Datuk Shaari Mat Jihin.

Bekas homeguard yang berkhidmat ketika zaman darurat itu mendapat rumah baharu hasil program 'My Beautiful Neighbourhood' yang dilaksanakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan berasaskan Strategi Lautan Biru Kebangsaan ke-7 (NBOS-7) hasil inisiatif Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Kos bahan binaan rumah tersebut sebanyak RM35,000 disumbangkan oleh Asa Niaga Sdn. Bhd. manakala kerja-kerja pembinaan dilakukan oleh anggota bomba dan penyelamat.

Juragan Malawati..

Ahad, 18 November 2012

Pas perlu berubah?



Sikap sekutu Pas dalam pakatan pembangkang iaitu DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) membabitkan perihal penubuhan negara Islam dan pelaksanaan sepenuhnya hukum hudud sering menjadi ‘pukulan’ buat parti itu.

Sehingga pada satu peringkat Pas terpaksa menukar laras bahasa dan slogan penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan demi menjaga hati sekutunya selain memelihara tahaluf siyasi (kerjasama politik). Keadaan itu mengejutkan ahli-ahli Pas dan juga orang luar parti kerana selama ini matlamat negara Islam dianggap perjuangan hidup mati Pas.

Bukan sedikit bekas pemimpin dan ahli Pas melahirkan kegusaran tentang perubahan dalam Pas sejak berkawan dengan DAP dan PKR.

Perkara ini dikongsikan oleh bekas Setiausaha Pas Selangor, NORMAN TOHA bersama wartawan Mingguan Malaysia, HELMI MOHD. FOAD dan ABDUL YAZID ALIAS ketika diwawancara di pejabat stesen televisyen dan radio Internet, IMR Network, Shah Alam baru-baru ini.

MINGGUAN: Dalam Muktamar Agung Pas kali ini, Pas mempertegaskan tentang pelaksanaan hudud sekiranya menguasai majoriti dan dapat memerintah bersama pakatan rakyat tetapi difahamkan telah ada perjanjian di antara Pas-PKR-DAP untuk mengugurkannya. Apa pandangan saudara?

NORMAN: Perjanjian itu merujuk kepada Buku Jingga. Pada permulaan, perjanjian itu dirujuk sebagai CFP (Common Frame Policy) iaitu persefahaman awal ditandatangani, sehingga tertera Buku Jingga yang ditandatangani oleh Presiden Pas, Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mana memang disebut bahawa dipertahankan Islam sebagai agama Persekutuan, Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, mempertahankan hak istimewa bumiputera, pribumi Sabah dan Sarawak dan hak kaum lain dipertahankan dan mempertahankan Raja Berperlembagaan. Namun, jika sekadar itu, ia tidak lari daripada apa yang berlaku ketika ini sehingga pelaksanaan Islam yang kita lihat di mana UMNO nak buat pun UMNO gagal, kerana terikat dengan perkara itu. Jika ia mengulangi perjanjian itu dan ditandatangani, saya rasa Pas akan mengulangi apa yang akan berlaku sebagaimana UMNO laksanakan hari ini.

Kita pun tahu, UMNO bersama BN melaksanakan Islam, kita tidak boleh nafikan UMNO melaksanakan perkara itu, cumanya tidak sempurna kerana mungkin pengemudi dalam UMNO tidak ada kekuatan untuk laksanakannya, mungkin juga ada halangan-halangan dalam BN itu sendiri. Mereka terikat dengan persetujuan dengan MCA dan MIC ketika mahu mencapai kemerdekaan dahulu yang tertera dalam Perlembagaan itu sendiri. Jadi apatah lagi ketika ini mungkin kefahaman Islam itu diterjemahkan hanya kepada agama rasmi, bukan untuk dilaksanakan. Jadi jika Pas menandatangani perjanjian yang sekadar itu dilaksanakan, saya melihat ia mengulangi kesilapan yang sama. Sepatutnya dalam Buku Jingga itu memberi ruang kepada Pas untuk menterjemahkan lagi Islam agama Persekutuan sehinggalah membolehkan mahkamah syariah dinaik taraf. Maksudnya di sana ada beberapa peruntukan yang diizinkan oleh pakatan rakyat untuk melaksanakan hukum Islam waima untuk dikuatkuasakan kepada orang Islam sahaja pun tidak apa.

Kenapa perkara ini tidak disebut?

NORMAN: Dalam ucapan dasar negara berkebajikan hari ini mauduknya adalah ‘Islam memberikan keadilan’. Nak kata (Islam) digugurkan tidak ada, tetapi ia tidak dinyatakan dalam perjanjian itu sedangkan Pas memang hendak buat, tetapi memandangkan ia menandatangani satu ikrar, akujanji bersama-sama tiga parti, itu tidak akan laksanakan. Sebab itu bila nak buat ini, cakap negara Islam, hudud, Karpal Singh sebut, Lim Kit Siang sebut, Anwar pun sebut, tidak ada dalam Buku Jingga, itu masalahnya.

Saya rasa dalam kaedah ini saya tidak nafikan banyak kali, banyak perundingan, Pas biasanya lemah dan tertipu dalam meja rundingan. Itu yang perlu hati-hati dalam apa juga perjanian bertulis yang boleh menarik agenda Pas yang diperjuangkan sejak berpuluh-puluh tahun, kena cermat sikitlah sebabnya harapan kita Pas dapat bimbing dan memimpin pelaksanaan Islam walaupun ketika ini mereka membuka ruang kerjasama atau tahaluf siyasi dengan kumpulan-kumpulan Islam lain atau kumpulan Melayu lain.

Apakah kerjasama Pas-PKR-DAP itu dilihat banyak manfaat kepada Pas sejak 2008 hingga ke hari ini?

NORMAN: Perkara itu sebenarnya bergantung kepada apa sebenarnya Pas mahu dicapai dalam konsep tahaluf siyasi ini. Saya lihat apabila konsep tahaluf siyasi diperkenalkan ketika 1987,1988 yang mana pada masa itu dengan parti Melayu Semangat 46, itu saya nampak berjaya sehingga dapat kerajaan di Kelantan pada 1990. Kemudian dipanjangkan pada tahun 1999 sehingga dapat Terengganu walaupun dalam keadaan empat tahun sahaja. Konsep itu berjaya sebab bila dapat Kelantan, Pas dapat ketengahkan agenda perjuangannya di Kelantan, Pas dapat laksanakan perjuangannya sejak berpuluh-puluh tahun (berjuang). Namun hari ini, konsep itu dipanjangkan kepada pakatan rakyat, apa yang berlaku, saya sebut di Selangor sebagai contoh, kita dukacita apabila banyak perkara yang sepatutnya menjadi dasar utama perjuangan Pas ini seolah-olah dikesampingkan disebabkan desakan-desakan daripada teman-teman pakatan rakyat di Selangor.

Jadi saya rasa sebab itu ada beberapa pandangan daripada peringkat akar umbi supaya tahaluf siyasi diharuskan dan diperlukan dalam konteks untuk mentadbir Malaysia, tetapi konsep itu kena kaji semula adalah dari segi syarat adakah ia terlanggar atau dari segi pelaksanaannya terhenti disebabkan pengemudi parti itu atau keadaan yang tidak sesuai untuk bertahaluf siyasi dengan DAP dan PKR. Itu adalah perkara yang akar umbi mahu supaya ia lihat semula, bukan mempertikaikan tahaluf siyasi. Mengambil pendekatan tahaluf siyasi ini kerana atas perjuangan untuk mencapai matlamat seperti Pas yang sebut walaupun ia tidak berubah dari segi undang-undang tubuh, dasar Islam, seruan Allahuakbar, rujukannya al-Quran, sunah, ijma dan qiyas yang sarih. Maka untuk mencapai dasar itu, parti telah melakar dan meletakkan beberapa tujuan utama. Pertama, terang-terang Pas memperjuangkan sebuah masyarakat dan sebuah pemerintahan yang di dalamnya terlaksana nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukum yang menuju kepada keredaan Allah.

Ia mungkin melibatkan hala tuju Pas yang lebih jelas?

NORMAN: Ia tersentuh kepada perkara tersebut dan itulah sebenarnya yang kita anggap terjemahan kepada negara Islam yang diperjuangkan Pas selama ini. Kalau tahaluf siyasi ini tidak boleh capai perkara itu, ia terkeluar daripada hala tuju. Tetapi saya rasa Presiden sendiri dalam terjemahan dia pada hari ini negara berkebajikan dengan cermat dan teliti mentakrifkan apa itu negara berkebajikan lebih baik daripada muktamar tahun lalu. Saya rasa ini mungkin akan meredakan ahli dari segi kenapa negara berkebajikan diketengahkan. Tetapi, persoalannya dari segi terjemahan yang baru ini, teliti dan cermat, saya lihat kebajikan ini dimaksudkan daripada surah Ali-Imran itu sendiri yang ditafsirkan iaitu ‘Hendaklah ada dalam kalangan kamu umat yang menyeru kepada kebajikan (al-khair), menyuruh kepada yang maaruf, mencegah kepada mungkar, mereka adalah orang-orang mendapat kemenangan di sisi Allah’. (Ali-Imran :104)

Kebajikan daripada ayat itu yang kita mengertikan selain ayat-ayat sebelum itu ialah kebajikan untuk mengembang dan mempertahankan Islam itu sendiri yakni ketaatan, keyakinan kepada Allah SWT. Sebab itu, kebajikan itu sekarang ini barulah diterjemahkan kepada tujuan dan matlamat utama yang diusahakan oleh Pas iaitu mewujudkan sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana dengan nilai-nilai Islam dan hukum-hukumnya menuju keredaan Allah SWT. Saya rasa penterjemahan ini lebih baik daripada tahun lalu. Namun cuma satu yang saya hendak tanya ialah kenapa selepas satu tahun setengah terjemahan ini baru keluar, tidak ketika konsep negara berkebajikan diperkenalkan setahun setengah yang lalu. Saya rasa inilah saya minta pemimpin-pemimpin Pas termasuk ulama apa juga perkara yang ingin diketengahkan atau perkara yang baru mesti rujuk kepada kepimpinan ulama dahulu. Jangan kita letak satu benda bila jadi masalah baru minta ulama tolong justifikasikan, kita rasa ini akan jadi satu masalah.

Kenapakah Pas tidak mengutarakan terjemahan sebenar mengenai konsep negara berkebajikan dengan menekankan prinsip Islam dari peringkat awal?

NORMAN: Sebab itu saya katakan tadi saya khuatir tema negara berkebajikan yang diutarakan pada 2011 tidak dibincangkan secara tepat dan tidak dirujuk kepada kepimpinan ulama. Tema itu dibawa, lepas itu tidak dihadamkan betul-betul kemudian dibawa untuk dibincangkan dengan teliti bahawa selama ini orang mengetahui matlamat Pas untuk mewujudkan sebuah masyarakat dan negara Islam. Jadi saya lihat berlakunya pergolakan di bawah, kecelaruan ucapan pemimpin-pemimpinnya dan akhir-akhir ini ada wacana yang mana saya memberikan pandangan pada wacana itu, sebenarnya apa yang saya ucapkan ialah itulah intipati atau saringan utama ucapan Ketua Dewan Ulama dalam muktamar Pas pada tahun ini. Adakah saya mengambil intipati ucapan Ketua Dewan Ulama (Datuk Harun Taib) sedangkan wacana itu berlaku pada hari Rabu sedangkan muktamar pada hari Khamis.

Tetapi itulah sebenarnya kefahaman yang saya dididik oleh mereka (Pas), sebab itu saya lihat Dewan Ulama Pas mempertegaskan semula peranan Pas dan peranan ulama itu sendiri yang memandu kepada gerakan Islam yang dilaksanakan oleh Pas. Saya rasa beberapa nasihat dan kefahaman yang diberikan oleh Harun Taib dalam ucapannya begitu juga harapan yang dibawa oleh Presiden menerusi ucapan dasar yang dibuat sebenarnya saya melihat seolah-olah mereka mengakui kecelaruan ini timbul sebelum ini. Maka, saya lihat apa yang dinyatakan oleh Dewan Ulama dan Presiden itu adalah satu percubaan pertama untuk mengembalikan keyakinan ahli dan penyokong Pas saya lihat berjaya. Cumanya percubaan kedua saya lihat adakah mereka berjaya laksanakan tema negara kebajikan itu bagi definisi baru ini dalam tempoh lima bulan sebelum PRU-13 ke atas negeri-negeri yang mereka berkuasa seperti Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang.

Untuk menyelesaikan kedudukan kerusi, kedudukan majoriti Pas ini, ada cadangan supaya wujud kerjasama di antara UMNO-Pas, apa pandangan saudara?

NORMAN: Sebenarnya pandangan ini bermula daripada lepas keputusan pilihan raya umum 2008, saya diberitahu melalui sumber-sumber yang dipercayai, isu untuk mewujudkan kerjasama dengan parti-parti Melayu Islam ini bermula selepas itu. Cuma ketika itu ada halangan-halangan tertentu, cadangan tersebut tidak jadi. Jadi, kesan daripada itu, kerajaan yang ada pada hari ini dibentuk iaitu BN dan pakatan rakyat. Apabila berjalan selama setahun, dua tahun, tiga tahun, kita sudah lihat beberapa masalah-masalah sebab kita tidak pernah berkongsi kuasa dengan sesiapa, PKR dan DAP sebelum ini. UMNO pernah melalui pengalaman yang lepas. Apabila pejuang dan pemimpin Pas yang hendak buat negara Islam, dihalang sikit demi sedikit seperti yang berlaku di Selangor, Kedah, di Kelantan tidak rasa sangat kerana Kelantan adalah solid orang Melayu. Ketaranya ialah di Selangor, Perak ketika itu dan Kedah. Di Pulau Pinang, kita bersama, tapi tak jadi Exco, jadi nampaklah tertekan, kena buli saja. Jadi, berlaku keadaan itu kita lihat, orang lihat dan persepsi yang diberikan ketika itu kalau PRU-13, pengundi bukan Islam jadi penentu. Sebab itu saya rasa negara berkebajikan itu diwujudkan supaya perkataan Islam itu ditarik tetapi diletakkan negara berkebajikan supaya lunak. Tetapi apabila konsep yang dikemukakan itu dengan terjemahan yang kurang cermat menyebabkan masalah dalaman ahli sehingga pemimpin ada kata jangan cakap mengenai Islam, jangan buat hudud lagi , jangan tahan arak lagi, yang penting kita menang ke Putrajaya itu semua kecelaruan kerana konsep negara berkebajikan. Jadi saya harap selepas ini tidak ada lagi timbul kecelaruan dari konsep perjuangan Pas.

Sebab itu, dalam wacana sebelum ini, kita nyatakan kena kaji semula konsep tahaluf sisyasi ini, adakah masih relevan atau tidak. Kita tidak keluarkan fatwa, kita bagi pandangan supaya difikirkan semula dan saya rasa ucapan Ketua Dewan Ulama Pas mempertegaskan kepentingan tahaluf siyasi dan pelaksana kepada tahaluf siyasi ini kena perhatikan syarat-syarat yang diletakkan. Jangan sampai kita pula langgar syarat itu sendiri dan kita mendahului untuk melanggar syarat itu sendiri. Mengenai Pas dan UMNO, saya beri pandangan kepada kepimpinan supaya jangan tutup pintu perundingan kepada sesiapa juga parti politik di Malaysia yang ingin membantu Pas untuk mencapai agenda perjuangannya waima dengan UMNO. Kita tidak tahu, ini kerja Allah SWT, kalaulah suatu hari nanti UMNO bersedia untuk tahaluf siyasi dengan Pas untuk pertahankan Islam dan hukum-hukum Islam dilaksanakan di Malaysia, takkan Pas hendak tolak. Sedangkan kalau dibandingkan PKR dan DAP dengan UMNO sebenarnya banyak beza. Pertamanya, UMNO ini pernah berkuasa, masih berkuasa dan ada pengalaman untuk mentadbir dan keduanya mereka ini kelompok orang Islam dan mereka ini disabitkan Melayu yang mana di Malaysia Melayu itu Islam seperti diterjemahkan mengikut tafsiran Perlembagaan Persekutuan. Tujuan kita bukan rebut kuasa tapi hendak membawa manusia ke jalan yang diredai Allah SWT. Kita sayang negara kita. Kita bina dengan pelbagai pendekatan, pemikiran, pengalaman politik, semua ada. Kesilapan, yang sudah itu, sudahlah, yang penting, tugas kita ajak orang kalau dulu dia kufur, sekarang dia beriman kepada Allah SWT, kalau dia tidak beriman, dia tidak menentang Islam. Sebelum nasi menjadi bubur, renunglah sejenak, apakah yang kita buat ini, apa sebenarnya kita mahu.

Fikirkan perjalanan hidup kita, adakah percaturan dan pendekatan yang kita ambil itu kita yakin itulah yang terbaik untuk rakyat. Pas perlukan kerajaan di peringkat Persekutuan yang mesra kepada perjuangan Pas, kalau federal itu BN, terasnya UMNO memerintah. Pas perintah Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah, kerjasama dengan BN kena buat pada hari ini. Kalau pakatan rakyat hendak laksanakan agenda Islam kata hendak buat, baik kita buat tetapi hari ini ternyata dalam Buku Jingga tidak dibenarkan (laksanakan hukum Islam). Dalam BN tidak dinyatakan tidak boleh buat, maksud ada ruang boleh dibuat. UMNO hari ini kita lihat buat institusi Islam, buat mahkamah syariah, cuma ada sekatan-sekatan tertentu. Orang Melayu mengharapkan Pas kalau terjadi apa-apa kepada UMNO, bukan PKR. Mereka melihat, kalau UMNO tidak mampu buat perubahan, mereka boleh harapkan Pas. Sekurang-kurangnya ada perkara yang kritikal tidak tergadai.

Dalam wacana “Mengembalikan Pas ke Landasan Asal’yang sertai saudara di Kuala Lumpur baru-baru ini, ada suara yang menganggap cadangan yang dibuat dalam program tersebut adalah dari ahli Pas yang dipinggirkan dalam parti, apa pandangan saudara?

NORMAN: Pandangan yang dilontarkan di dalam wacana tersebut adalah mewakili suara yang ada di peringkat akar umbi. Mungkin dahulu mereka itu pemimpin dan hari ini mereka sudah tua tidak lagi memimpin organisasi. Namun kita perlu ingat mereka ini mempunyai ahli dan pengikut yang ramai. Sebab itu saya menyatakan tidak rugi mendengar pandangan ini. Kalau mereka mahu ambil atau tidak pandangan itu adalah perkara yang kedua tetapi pandangan mereka itu mereka seharusnya diambil kira, lihat sama ada benarnya atau tidak. Saya rasa rungutan yang disuarakan itu akhirnya menjadi terjemahan baharu kepada negara berkebajikan hari ini, itulah membuktikan kebenaran begitu juga harapan Presiden kepada ahli-ahli, penyokong dan penggerak. Saya rasa di situ ada kebimbangan yang disuarakan dalam wacana tersebut apatah lagi dengan penekanan ucapan Ketua Dewan Ulama yang mengatakan Pas sebuah gerakan Islam, peranannya, pemimpinnya macam mana, apa yang dipimpinnya, mesti merujuk kepada ulama.

Saya rasa apa yang disuarakan sebelum ini ada benarnya apatah apabila salah satu perwakilan ulama yang usulnya diterima supaya diwujudkan audit syariah di negeri yang ditadbir Pas. Cumanya, saya minta audit syariah itu, jawatankuasa yang dibentuk bukan sahaja melihat perkara yang dibuat oleh kerajaan negeri itu melanggar syariah atau tidak tetapi juga merangkumi setiap agenda Pas yang belum dapat dilaksanakan dan akan dilaksanakan apabila mendapat kuasa. Saya rasa pemimpin akui pandangan yang dilontarkan dalam wacana itu walaupun mereka mengatakan orang-orang ini tidak ada jawatan, kelompok terasing, golongan bermasalah dalam parti. Saya rasa semua orang dalam parti ada masalah iaitu kerisauan, semua ada masalah seperti masalah kepimpinan, masalah jawatan, masalah tanggungjawab, semua ada masalah.-UMO

Juragan Malawati..

Khamis, 15 November 2012

Muktamar PAS hambar : PAS Semakin Jauh Meninggalkan Islam!



Muktamar Dewan Ulamak PAS Pusat yang berlangsung di Dewan Duyung, Perdana Resort hari ini berlangsung dalam keadaan tenang walaupun umum tahu bahawa parti tersebut sedang bergelora di peringkat akar umbi.

Dalam ucaptamanya, Datuk Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS menyeru para Ulama PAS mempertahankan ijtihad Tahaaluf Siyasi (persefahaman politik) termasuk mengarahkan semua ahli mengundi calon-calon bukan Islam di kalangan Pakatan Rakyat. Untuk itu, Datuk Harun juga mengingatkan mereka agar menggunakan dalil-dalil dalam Al-Quran dan hadith yang bersesuaian, untuk meyakinkan pengundi.

Secara dasarnya, Ulamak PAS mengambil pendirian untuk menumpukan kepada perkara besar dan mengenepikan perkara kecil dalam membawa usul ke Muktamar Tahunan ke-58 yang akan bermula esok di Pusat Tarbiyah Pengkalan Chepa (Putik).

Apa yang menarik ialah, Dewan Ulama PAS telah memutuskan 'menawan Putrajaya' sebagai satu-satunya agenda besar.

Manakala soal lain, termasuk kebebasan umat Islam menukar agama yang berbangkit dari kenyataan Nurul Izzah, hala tuju dan prinsip Pakatan Rakyat dalam soal hudud, Malaysian-Malaysia, liberalisme dan pluralisme yang menjadi kontroversi dalam mendefinasikan jatidiri PAS hari ini, telah diremehkan.

Malah, soal jawatan Perdana Menteri serta pembahagian kerusi yang merupakan isu asas dalam memperkatakan agenda besar untuk 'menawan Putrajaya' juga turut diketepikan. Dalam kata lain, penyokong PAS wajib menerima hakikat bahawa Anwar adalah bakal perdana menteri kerana Anwar saja yang mampu menyatukan jasad PAS dengan DAP yang mana tanpa penyatuan ini, PAS tidak mungkin mampu mengimpikan Putrajaya.

Dalam kata lain, para penyokong yang mempunyai kemusykilan atau persoalan mengenai perkara-perkara di atas dan berniat untuk mengusulkannya untuk dibahaskan telah disarankan agar membatalkan niat mereka sebaik tiba di pintu Muktamar.

Bagi menyimpulkan pendirian Dewan Ulama atau mungkin juga kepimpinan PAS keseluruhan, petikan tulisan seorang blogger pro-PR menyatakan segala-galanya, iaitu "Ahli perlu membincangkan bagaimana mahu melurus dan melebarkan jalan menuju ke Putrajaya.

Jangan pula ada yang primif dengan menyempitkan jalan ke Putrajaya dengan menzahirkan kebimbangan ataupun konfius; DAP akan menyekat pelaksanaan Islam ataupun masih konfius apakah suci ataupun tidak Anwar Ibrahim untuk jadi perdana menteri? Perkara itu tidak perlu ditimbulkan dan yang penting gapai dulu Putrajaya kemudian baru bahaskan."

Malah, blogger tersebut juga berpesan agar penyokong PAS jangan tamak mendesak agar kerusi pilihanraya diberikan lebih kepada PAS berbanding PKR. Katanya, "Lebih baik Pas menang sedikit daripada menang besar kalau penyertaan itu memberi untung kepada Umno. Juga tidak ada gunanya Pas menang besar kalau kemenangan itu nanti digunakan untuk bergabung dengan Umno tanpa ada konsensus dari ahli."

Alasan beliau ialah walaupun gabungan PAS-UMNO merupakan perkara spiritual iaitu hubungan agama dan bangsa tetapi "tidak elok kalau ditimbulkan dalam muktamar kerana ia boleh menyinggung rakan Pakatan yang lain."

Seperti juga blogger tersebut, Dewan Ulama PAS telah memutuskan yang PAS tidak pernah terpesong dari landasan asal iaitu masih memperjuangkan penubuhan Negara Islam dan melaksanakan Hudud. Bagaimanapun, ahli-ahli dilarang bertanya bagaimana untuk memperjuangkannya sedangkan ia ditentang hebat oleh DAP.

Nampaknya, kerana terlalu inginkan kuasa, Ulama dan kepimpinan PAS mula menunjukkan sikap kuku-besi. Ahli-ahli tidak dibenarkan bersuara atau bertanya. Jika ada yang berbuat demikian akan dituduh sebagai agen UMNO, pengkhianat dan kemungkinan besar dikenakan tindakan pecat. Ahli-ahli dipaksa untuk menerima hakikat bahawa jika mereka perlu menggadaikan agama, bangsa, negara, maruah, wang mahupun nyawa untuk mendekatkan mereka ke Putrajaya, maka mereka wajib melakukannya tanpa banyak soal.

Nampaknya, Muktamar PAS kali ini tidak ada faedahnya jika ahli-ahli menerima saranan blogger PAS di atas. Jika isu-isu yang menjadi kemusykilan di peringkat akar umbi tidak dibenar disuarakan, maka apa lagi yang boleh dibincangkan?

Apakah Muktamar hanya untuk ahli berjumpa untuk mengeratkan silaturrahim dan mendengar ucapan kepimpinan semata-mata? Sedangkan, akar umbi mendambakan satu gambaran yang jelas lagi terang berkenaan arah tuju parti sebelum dan juga selepas Pilihanraya.

PAS tidak boleh mengharapkan semua ahli menerima arahan untuk tutup mulut dan memenangkan parti dahulu sebelum bertanya ke mana mereka akan dibawa. Tidak semua ahli-ahli PAS sebodoh pemimpinnya. Ramai yang berupaya membayangkan kekecohan selepas Pilihanraya sekiranya PAS tidak mampu menjelaskan di manakah kedudukan parti mereka dan ke manakah arah atau apakah gaya pemerintahan PR nanti.

Muktamar ini sepatutnya digunakan sebaiknya untuk menjelaskan segala-gala kemusykilan akar umbi ini dan bukannya menggelapkan terus pandangan mereka. Jika PAS gagal memuaskan hati akar umbi melalui Muktamar ini, maka Putrajaya nampaknya akan semakin jauh lagi.

Juragan Malawati..

Rabu, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah



HIJRAH satu PERJALANAN. HIJRAH satu PERJUANGAN. HIJRAH satu PENGORBANAN. HIJRAH membentuk PERPADUAN. Sambil mengingati peristiwa Hijrah Rasulullah SAW, saya mengingatkan diri sendiri & menyeru sahabat supaya sentiasa berhijrah ke arah kebaikan. Bermaksud kita memperbaiki kelemahan diri masa ke masa. Kerana kita insan yang biasa. Selamat Menyambut Tahun Baru 1434 Hijrah.

Ikhlas Dari : Admin UKS

Selasa, 13 November 2012

Imej Pas sudah tercalar?



Apakah yang YB lihat signifikannya muktamar Pas yang akan diadakan di Kelantan mulai esok?

NASHARUDIN: Saya dapat merasakan muktamar kali ini akan tertumpu kepada isu-isu dalaman parti, persiapan PRU-13 dan juga mungkin peranan Pas sebagai gerakan Islam sama ada di peringkat serantau mahu pun di peringkat antarabangsa sebab sudah ada perkembangan mutakhir ini yang menyebabkan imej Pas sudah tercalar di mata rakyat khususnya.

Saya telah didatangi oleh wakil Ikhawanul Muslimin dari Syria tiga hari lepas. Mereka datang ke rumah saya. Mereka bertanyakan apakah pendirian Pas sebenarnya dalam isu di Syria ekoran keluarnya berita di televisyen Syria mengenai lawatan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu terhadap Menteri Hal Ehwal Agama Syria di Damsyik baru-baru ini.

Kenyataan Mohamad Sabu yang dikeluarkan di dalam temu bual tersebut telah menimbulkan tanda tanya yang cukup besar dalam kalangan rakan-rakan gerakan Islam di Syria. Ini adalah kerana dunia sedar dan amat memahami keadaan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Bashar al-Assad ke atas rakyatnya sendiri, berlakunya pembunuhan, isu tajaan Syiah untuk membunuh orang Islam di Syria ini. Yang menjadi ironinya, di tengah-tengah konflik ini tiba-tiba Timbalan Presiden Pas pergi mengunjungi Menteri Hal Ehwal Agama Syria. Dari segi roh Islam dan kepemimpinan parti yang memperjuangkan Islam, ini adalah merupakan satu isyarat yang cukup tidak baik dan cukup negatif kepada Pas.

Saya sebutkan kepada rakan-rakan kita dari Syria yang saya bukan lagi kepimpinan tertinggi Pas. Saya cadangkan supaya mereka bertemu dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk mendapatkan penjelasan. Itu dalam konteks antarabangsa. Dari konteks organisasi pula terlalu banyak isu yang berlaku sejak akhir-akhir ini yang akan dibahaskan oleh para perwakilan. Saya dapat merasakan mungkin juga akan ada perbahasan mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang akibat isu-isu Islam yang tidak dapat diketengahkan pada tahap yang sepatutnya kerana kepemimpinan terlalu mementingkan hubungan antara parti dari segi politik, lebih-lebih lagi menjelang pilihan raya. Sekarang ini telah masuk hampir tahun kelima kita menubuhkan kerajaan bersama. Demikianlah saya rasa di antara isu-isu yang akan dibangkitkan oleh perwakilan dalam muktamar akan datang.

Berbalik mengenai kumpulan rakan-rakan dari Syria yang bertemu dengan YB, apa yang diluahkan oleh mereka sebenarnya?

NASHARUDIN: Mereka bertanya terus kepada soalan mengenai apa sebenarnya pendirian Pas terhadap isu peperangan yang berlaku di Syria ini. Saya kata, saya tidak boleh menjawab bagi pihak parti kerana saya bukan lagi kepimpinan tertinggi. Saya cadangkan mereka bertemu dengan Presiden. Bagaimanapun saya menyebut bahawa rakyat Malaysia secara umumnya sudah mula hendak memahami keadaan di Syria ini. Apa yang berlaku itu adalah kezaliman rejim pemerintah kepada rakyat kemudian rejim pemerintah ini mendapat sokongan, dokongan iaitu dalam konteks mazhab daripada Syiah dan dari segi negaranya sokongan daripada Iran dan sebagainya. Apabila laporan banyak dibuat di media meskipun ulasan tidak menyeluruh namun sedikit sebanyak ia telah memberi kesedaran kepada umat Islam negara kita terhadap isu yang berlaku sekarang ini di Syria.

Ada pandangan agar para perwakilan mendesak Pas menjadi dominan dalam pakatan pembangkang dan menghapuskan imej Pas sebagai 'pak turut'

NASHARUDIN: Politik ini adalah berkait rapat dengan persepsi dan itulah persepsi yang berlaku sekarang sama ada persepsi itu benar atau dibentuk. Pas dilihat semacam hilang taringnya, tidak ke depan dalam isu-isu berkaitan dengan Islam dan umat Islam. Pas juga dilihat menjadi pak turut kepada pihak-pihak tertentu. Semua perkara ini harus diberi penjelasan dan paling penting dan getir kerana kita juga terpaksa akur PRU-13 kali ini tinggal had masa maksimum kurang empat bulan sahaja sebelum pilihan raya diumumkan. Boleh ke kita dalam tempoh ini kita perbaiki imej Pas ini? Seperti yang saya sebut tadi, saya rasa tiada siapa yang boleh menafikan imej Pas telah tercalar.

Di peringkat antarabangsa pula, paling tidak, isu lawatan Timbalan Presiden Pas ke Syria akan disuarakan dan beberapa isu lain. Di peringkat tempatan ia berkaitan dengan pendirian-pendirian Pas, kenyataan-kenyataan Pas dan isu-isu yang tidak diketengahkan oleh Pas termasuk isu-isu berkaitan dengan ketelusan pengurusan dan pentadbiran yang timbul di beberapa buah negeri yang ditadbir oleh Pas. Harapan saya adalah supaya muktamar ini tidak menjadi muktamar yang bersifat konvensional tetapi sesuatu yang perlu diasak supaya Pas dapat maju ke hadapan dan betul-betul menjadi parti Islam yang dominan dalam pakatan rakyat yang mempertahankan kepentingan Islam.

Suara Pas mestilah menjadi suara yang dominan mempertahan dan memperjuangkan Islam sebab itu merupakan perjuangan Pas sejak awal - awal lagi dengan meletakkan Islam pada tempatnya. Jika Pas hanya sekadar menjadi, seperti istilah bola sepak 'field passenger' saja, saya rasa Pas hilang manfaatnya kepada umat Melayu-Islam secara khusus dan masyarakat umum Malaysia secara amnya.

Apakah peranan dan saranan atau isyarat yang perlu diberikan oleh Majlis Syura Ulama dan Dewan Ulama Pas supaya Pas kembali ke perjuangan asal?

NASHARUDIN: Memang ada satu gerakan atau saranan bagi memastikan pimpinan tertinggi dalam parti terdiri daripada golongan ulama. Ini telah menjadi perdebatan dalam parti sejak sekian lama. Walaupun ada hujah seperti yang disebutkan tadi (mengenai golongan profesional) iaitu apa yang penting adalah institusi dan bukan individu tetapi bagi saya kedua-duanya penting. Presiden penting. Kita memerlukan seorang tokoh ulama menjadi presiden parti. Alhamdulillah, presiden kita sekarang mempunyai ketokohan itu sebab ada ketikanya selain daripada keputusan yang hendak dirujuk kepada Majlis Syura, keputusan hendak dirujuk kepada Dewan Ulama, Presiden juga harus mempunyai identiti dan mempunyai keberanian dan mempunyai kekuasaan untuk menentukan arah tuju parti. Apabila disebut arah tuju parti sudah tentu arah tuju terasnya Islam, matlamatnya Islam, kaedah yang hendak disampaikan mestilah bersandarkan Islam. Saya sebenarnya bimbang jika berlaku perubahan konsep itu, sesiapa sahaja boleh menjadi pemimpin dengan alasan kita sudah ada Majlis Syura dan Dewan Ulama untuk menghuraikan isu-isu berkaitan hukum dan dasar-dasar Islam. Ulama diperlukan bukan sahaja untuk duduk dalam jawatankuasa Penasihat Syariah, tetapi juga ulama diperlukan sebagai pemimpin parti .

Adakah isu pelaksanaan hukum hudud dijangka ditimbulkan dalam muktamar kali ini?

NASHARUDIN: Ahli-ahli ada menghubungi saya, terutama mereka yang masih berkomunikasi dengan saya antaranya kepimpinan di peringkat kawasan. Pagi tadi pun ada seorang ulama Pas menghubungi saya. Isu hudud ini adalah identiti bagi Pas. Selain daripada identiti ketelusan, kesederhanaan, dan juga beberapa identiti Islam lain yang ditonjolkan, identiti yang agak besar yang ada pada Pas ini adalah perlaksanaan hukum hudud. saya rasa isu ini akan turut dibahaskan oleh perwakilan sebab isu ini adalah isu yang melekat mendalam di hati ahli-ahli Pas di peringkat akar umbi.

Ini yang membezakan Pas daripada UMNO. Inilah juga yang membezakan Pas daripada parti politik lain iaitu Pas berjuang untuk menegakkan syariat Allah. Syariat Allah ini luas dan salah satu aspek syariat Allah itu adalah aspek hukum jenayah atau undang-undang syariah. Salah satu aspek undang-undang syariah ini adalah undang-undang hudud yang mana saya berpendapat melalui peruntukan-peruntukan tertentu di dalam perundangan negara kita ini ada peruntukan dalam hukum hudud ini boleh kita laksanakan. Tiba-tiba dilihat seolah-olah kita (Pas) beri jalan kepada orang untuk tidak boleh melaksanakan undang-undang tersebut dan dilihat juga semacam kita (Pas) ini berlembut untuk membolehkan ia tidak dilaksanakan. Sudah tentulah perkara ini menimbulkan keresahan di kalangan ahli.-UMO

Juragan Malawati..

Isnin, 12 November 2012

Deepavali 'pesta cahaya' terangi sinar perpaduan kaum!



Perayaan Deepavali yang juga dikenali sebagai Pesta Cahaya bagi masyarakat India diharap dapat menerangi segala kegelapan yang menghalang kepada perpaduan di antara kaum di negara ini.

Ini membolehkan rakyat menikmati kehidupan yang harmoni atas dasar toleransi yang sememangnya amat penting dalam negara pelbagai kaum seperti Malaysia.

Sempena sambutan yang diraikan bukan sahaja oleh penduduk berketurunan India malah rakyat berbilang kaum di negara ini, ianya diharap dapat mengajak rakyat untuk sama-sama bersatu hati mengorak langkah membina negara Malaysia yang aman sentosa dan membangun dengan cemerlang.

Sambutan Deepavali yang merupakan cuti umum dan jatuh semasa cuti sekolah tentulah peluang terbaik untuk kita saling kunjung mengunjungi dan menghargai sumbangan masyarakat India dalam membangunkan Malaysia.

Semoga sambutan tahun ini memberikan cahaya kepada kaum India di negara ini untuk menikmati kehidupan yang lebih baik dan kesejahteraan berpanjangan. Kepada semua rakyat Malaysia yang beragama Hindu, UKS mengucapkan Selamat Hari Deepavali.

Ikhlas dari : Admin UMNO Kuala Selangor (UKS)

Juragan Malawati..

Isu Selangor : PKNS jual semua aset komersial?



Bukan hanya lima, tetapi kesemua aset komersial Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) akan diserahkan kepada syarikat lain pada masa akan datang semata-mata bagi meraih keuntungan maksimum.

Pengambilalihan tersebut adalah 'langkah awal' untuk menjual kesemua aset komersial syarikat milik kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor itu yang matlamat asal penubuhannya adalah bagi membantu perkembangan ekonomi orang Melayu.

Perkara itu didedahkan oleh satu sumber dalaman PKNS kepada Utusan Malaysia yang memaklumkan PKNS telah membuka sebuah anak syarikat bagi mengambil alih lima aset komersialnya di peringkat permulaan.

Sumber itu berkata, berdasarkan perancangan PKNS, anak syarikatnya yang dikenali sebagai Private Real Estate Company (PREC) akan mengambil alih kesemua aset komersialnya dengan alasan untuk memastikan mendapat keuntungan lebih tinggi.


"Sejak September lalu, PKNS telah menyerahkan pengurusan Kompleks PKNS Shah Alam kepada PREC dan di dalam perancangan mereka, kesemua aset komersialnya akan diberikan kepada anak syarikatnya itu.

"Selepas kesemua aset itu beralih tangan, dibimbangi PKNS akan menjual pemilikannya di dalam syarikat tersebut pula dan sekiranya ini berlaku, perbadanan tidak akan lagi mempunyai kuasa terhadap asetnya, sekali gus menggagalkan matlamat asal penubuhannya," katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Seri Noh Omar mencabar Abdul Khalid tampil memberi penjelasan penuh berhubung dakwaan Lembaga Pengarah Perbadanan PKNS meluluskan penjualan lima aset milik anak syarikat kerajaan negeri itu berjumlah RM321 juta.

Lima aset tersebut ialah Menara PKNS Petaling Jaya dengan harga RM90 juta; Shah Alam Mall (RM97 juta); Kompleks PKNS Shah Alam (RM85 juta); Kompleks PKNS Bangi (RM42 juta) dan Wisma Yakin (RM7 juta).

Menurut Noh, difahamkan proses penjualan belum dimuktamadkan kerana surat perjanjian masih tidak ditandatangani tetapi berada pada peringkat akhir kerana secara asasnya Lembaga Pengarah PKNS telah bersetuju untuk menjualnya.


Mengulas lanjut, sumber itu berkata, alasan yang sering diberikan mengapa PKNS merancang untuk menyerahkan kesemua aset komersialnya kepada PREC adalah kerana kononnya pekerjanya selama ini tidak kompetitif hingga gagal memberi keuntungan berganda kepada syarikat.

"Tetapi apa yang menghairankan, selepas PREC mengambil alih aset berkenaan, anak syarikat itu telah menyerap kesemua pekerja perbadanan yang menguruskan aset berkenaan selama ini ke dalam syarikat tersebut, sekali gus menafikan dakwaan kononnya pekerja tidak kompeten.

"Selain itu, mereka juga mahu meningkatkan hasil kepada tujuh peratus setahun berbanding hanya lima hingga enam peratus setahun sahaja selama ini. Sehubungan itu, sudah pasti sewa akan dinaikkan pada kadar berlipat kali ganda lebih mahal," ujarnya.

Kata sumber itu lagi, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang juga Pengerusi PKNS pada Mei lalu telah mengarahkan supaya sewa di Kompleks PKNS Shah Alam dinaikkan tetapi keputusan tersebut dihalang oleh Ahli Lembaga Pengarahnya, Azmin Ali.

Bagaimanapun, katanya, tindakan Azmin yang mengarahkan supaya arahan Abdul Khalid itu dibekukan seketika bukanlah kerana beliau prihatin dengan masalah peniaga, tetapi lebih mengutamakan impak terhadap partinya iaitu PKR, memandangkan tarikh pilihan raya umum semakin hampir.


"Meskipun sebenarnya Abdul Khalid sebagai Pengerusi lebih berkuasa di dalam PKNS, tetapi Azmin menggunakan kuasanya sebagai Pengerusi PKR negeri untuk membekukan tindakan menaikkan harga sewa kepada peniaga di Kompleks PKNS Shah Alam itu," katanya.

Sumber itu mendakwa, PKNS kini juga seperti telah meminggirkan agenda untuk memajukan ekonomi Melayu tetapi di setiap mesyuaratnya lebih menekankan tentang keuntungan semata-mata.

Malah, ada antara pengurusan tertinggi agensi itu yang sering memperlekehkan agenda tersebut termasuk turut menganggap orang Melayu yang tidak pandai berbahasa Inggeris sebagai 'tidak berpengetahuan'.

"Mereka yang baru dilantik menerajui PKNS kebanyakan adalah golongan korporat yang dibayar dengan gaji cukup besar berbanding kebiasaannya. Di samping itu, mereka inilah juga yang tidak faham serta sering mengabaikan agenda untuk menolong orang Melayu," katanya.

Juragan Malawati..

Jumaat, 9 November 2012

Pemuda Pas tempelak Nurul Izzah?



Dewan Pemuda Pas hari ini ‘menempelak’ Nurul Izzah Anwar berhubung kenyataan kontroversinya mengenai isu kebebasan beragama di negara ini yang didakwa Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sepatutnya diguna pakai secara sama rata termasuk kepada orang Melayu.

Timbalan Ketua Pemuda Pas, Nik Abdul Abduh Nik Abdul Aziz (gambar) berkata, ungkapan tiada paksaan dalam agama’ daripada ayat 256 surah al-Baqarah adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya dan ia sama sekali tidak melibatkan umat Islam.

Beliau berkata, sesuatu yang amat pelik dan tidak logik apabila mengatakan seorang yang lahir daripada ibu bapa yang beragama Islam, dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam.

Seseorang yang dilahirkan sebagai seorang muslim merupakan satu anugerah Allah untuk dirinya. Ia tidak akan begitu bersusah payah mengenal Tuhannya sebagaimana bukan muslim.

“Oleh kerana ia satu anugerah agung daripada Allah, adalah pelik dan tidak logik jika anugerah itu dianggap satu paksaan ke atasnya untuk memeluk Islam. Bukankah Islam itu agama fitrah yang lahir bersama kelahiran dirinya?

Justeru seorang muslim semenjak lahir tidak berhak menukar agamanya atau murtad. Ia adalah satu penderhakaan dan penghinaan terhadap Tuhannya, agamanya, ibu bapanya dan juga masyarakat. Ia telah sengaja mendatangkan kesusahan dan fitnah terhadap agama Islam dan penganutnya," katanya yang dipetik daripada akaun Facebook miliknya di sini hari ini.

Ahad lalu, Nurul Izzah seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang Malaysiakini berkata: “Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam: Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Nik Abduh berkata, tiada pemerintah muslim yang berkuasa atau sesiapa pun boleh memaksa bukan Islam untuk memeluk agam suci itu.

Ayat ‘tiada paksaan dalam beragama’ adalah merujuk kepada hak bukan Islam untuk kekal dalam agama mereka sebebas-bebasnya. Itu satu hak yang Allah berikan kepada manusia untuk memilih agama masing-masing.

Tetapi jika Allah telah membuat pilihan (menjadikan manusia dilahirkan sebagai muslim), maka manusia itu tidak berhak untuk melanggar pilihan Allah ke atasnya.

Bagaimana dibayangkan seorang muslim dipaksa untuk menjadi muslim? Bukankah dia itu telah muslim? Bagaimana dibayangkan haknya untuk menukar agama? Bukankah itu melanggar hak Allah dan hak maruah ibu bapanya juga? Bagaimana dianggap hak jika ia melanggar hak yang lain?," soal beliau.

Juragan Malawati..

Isnin, 5 November 2012

Nurul Izzah : Melayu perlu bebas pilih agama?



Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menegaskan, rakyat tidak seharusnya dipaksa mengamalkan agama tertentu dan perkara itu juga perlu terpakai kepada orang Melayu.

Beliau seperti dipetik menerusi laporan portal propembangkang, Malaysiakini berkata : ''Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama... mengapa sesetengah pihak rasa bersalah, perkara ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, sepatutnya diguna pakai secara sama rata."

Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata demikian ketika menjawab soalan peserta forum Negara Islam : Versi Mana; Siapa Bertanggungjawab? iaitu sama ada orang Melayu perlu diberikan kebebasan beragama seperti orang bukan Melayu di Subang Jaya, semalam.


Menurut Perlembagaan Persekutuan, Melayu di bawah Perkara 160 (2) ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu.

Nurul Izzah memberitahu, kesimpulannya apa yang perlu dicari adalah kualiti yang mana iman umat Islam adalah kuat.

"Seperti saya yang bersekolah di Assunta (sekolah menengah) dengan salib yang besar di dalam dewan dan nyanyian penganut Katholik tidak mempengaruhi saya," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menyatakan orang Melayu sepatutnya diberikan hak dari segi undang-undang berkaitan kebebasan beragama sambil berkata : "Saya, sudah tentu, terikat kepada pandangan semasa."

Kepada soalan berhubung hak komuniti lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), beliau mengakui, sebagai seorang Islam dan mereka yang menganut Katholik, terdapat batasannya.

Namun beliau menegaskan, prinsip pembangkang ialah komuniti itu tidak sepatutnya dijadikan mangsa.

Juragan Malawati..

Ahad, 4 November 2012

Chua Soi Lek : 'Kami hanya tentang hudud versi Pas'?



Penderian MCA berkaitan perjuangan hudud versi Pas telah menimbulkan pelbagai reaksi hingga parti komponen Barisan Nasional (BN) itu dikatakan menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.

Yang berikut adalah kenyataan dikeluarkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek (gambar) semalam bagi menjelaskan kekeliruan dalam isu tersebut:

1. Saya ingin merujuk kepada fitnah permainan politik Pakatan Rakyat berhubung dengan isu pendirian MCA berkaitan dengan perjuangan Enakmen Hudud Pas bahawa kononnya MCA menghina Islam dengan menyebarkan ideologi Islamofobia.

2. Saya telah berbincang dengan Ustaz Fathul Bari daripada Pertubuhan Ilmuwan Malaysia dan tidak ada masalah bagi MCA untuk menerima penerangan daripada beliau tentang hukum hudud berdasarkan sumber-sumber Islam yang sebenar.

3. Ingin saya tegaskan di sini bahawa ketika MCA bangkit untuk menentang perjuangan Enakmen Hudud versi Pas, MCA sebenarnya tidak menghina agama Islam kerana tindakan MCA mempertikaikan perjuangan sesebuah parti politk (Pas) adalah berbeza dengan penentangan MCA terhadap sesuatu agama (Islam). Isu ini sebenarnya telah dipolitikkan dan diputar oleh pemimpin Pakatan Rakyat apabila mereka menganggap sesebuah parti politik (Pas) itu adalah agama Islam.

4. Saya seringkali menyatakan bahawa pendirian politik Pakatan Rakyat selalunya konsisten untuk tidak konsisten. Dahulu Pengerusi DAP iaitu Karpal Singh sendiri bangkit mempersoalkan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengenai campur tangan istana dalam isu pertukaran Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIP) dan Istana seharusnya bebas daripada sebarang penglibatan politik. Namun begitu , dalam isu pertikaian MCA terhadap hudud versi Pas pula Pakatan Rakyat hendak melibatkan Yang di-Pertuan Agong demi memenuhi hawa nafsu dan kepentingan politik mereka sendiri.

5. Sekiranya Pakatan Rakyat benar-benar konsisten untuk memperjuangkan keadilan demi agama dan umat Islam, maka mengapa mereka hanya berdiam diri apabila pemimpin DAP iaitu Ngeh Koo Ham dalam tweetnya yang jelas menunjukkan beliau menghina dan memperlekehkan Islam apabila beliau menyatakan bantahan umat Islam terhadap Sam Bacile adalah satu perkara yang terlalu membazir masa dan tenaga. Peliknya juga dalam isu penghinaan Islam oleh pemimpin DAP ini terdapat ramai pemimpin Pas yang keluar menyokong dan mempertahankan beliau.

6. Selain itu, kami telah bersama menuntut kemerdekaan negara dan membangunkan negara hingga ke tahap ini. Tidak pernah sekalipun MCA melakukan sesuatu tindakan yang mengecam agama Islam dan pengamalannya di Malaysia.

7. Seperti mana MCA menghormati agama-agama lain seperti Buddha, Kristian dan Hindu, MCA juga peka dan menghormati sensitiviti umat Islam negara ini, apatah lagi, Islam adalah agama rasmi Persekutuan.

8. Hal ini terbukti dengan sokongan dan penerimaan MCA terhadap perlaksanaan rukun-rukun Islam di negara ini seperti pembinaan masjid, institusi Tabung Haji yang memudahkan umat Islam menunaikan haji, penubuhan dan implementasi pusat zakat dan kutipannya, pembinaan sekolah agama, perbankan Islam, penerapan dasar-dasar Islam dalam kerajaan dan yang paling utama, MCA tidak pernah menentang malah menyokong dan mendokong bahawa Islam adalah agama Persekutuan dengan agama-agama lain bebas diamalkan dengan aman dan damai seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia sejak merdeka.

9. Rakyat perlu tahu pada Pilihan Raya Umum 1986, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang ketika itu Pesuruhjaya Pas Kelantan telah mengeluarkan manifesto antara lain pelaksanaan undang-undang Islam turut berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam. Manifesto Pas 1986 dalam muka surat lima menguatkuasakan undang-undang Islam di seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan keturunan, bangsa, agama dan pangkat kecuali perkara berhubung dengan ibadat dan undang-undang kekeluargaan. "Dalam muka surat 24 pula dinyatakan bahawa hak-hak orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam dan ini adalah hudud sebenar berlandaskan Islam. Oleh itu, dalam sesebuah negara yang demokratik maka MCA hendak menyeru Pakatan Rakyat supaya meletak kembali hudud sebagai salah satu manifesto mereka dalam pilihan raya akan datang (PRU-13) seperti mana Pas meletak manifesto hudud terhadap bukan Islam pada pilihan raya 1986 demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi.

10. MCA juga ingin mencabar pendirian Pas dan PKR dalam isu berkaitan tentang kenyataan Karpal Singh supaya melangkah mayat beliau dahulu sekiranya negara Islam hendak ditubuhkan di negara kita dan sama ada kenyataan tersebut merupakan kenyataan yang berbaur menghina Islam atau tidak. Keduanya, mereka juga perlu menyatakan pendirian terhadap tweeter Ngeh Koo Ham sama ada tweetnya yang mengatakan Are Muslim Wasting Too Much Time and Energy On This ( Protest Sam Bacile )?

11. MCA sekali lagi hendak mencabar pendirian DAP sama ada mereka bersama-sama MCA menentang pelaksanaan hudud versi Pas atau tidak ? Sekiranya mereka menyatakan mereka tidak berkongsi pendirian yang sama dengan MCA dalam isu hudud versi Pas, maka mereka perlu tampil memberitahu rakyat bahawa mereka menyokong pelaksanaan hudud versi Pas di negara kita. Diharapkan DAP tidak lari dan sembunyi daripada cabaran pendirian mereka dalam isu ini. Mereka hanya perlu menyatakan pendirian sokong atau tidak.

12. Justeru, saya sebagai Presiden MCA ingin menegaskan bahawa MCA adalah sebuah parti yang mendokong prinsip demokrasi. Oleh itu, demi menghormati dan menjunjung prinsip demokrasi maka Pakatan Rakyat perlu meletakkan hudud versi Pas dalam manifesto mereka dalam pilihan raya yang akan datang. Seandainya ia diterima dan disokong oleh majoriti rakyat Malaysia, maka MCA akan menghormati kehendak rakyat Malaysia.

Memang sahlah DAP adalah 'kafir harbi' yang membuatkan Pas pening kepala sekarang...!!!

Juragan Malawati..

Jumaat, 2 November 2012

Kabinet bayangan gagal, Anwar tak dapat persetujuan sekutu?



Kegagalan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim mendapatkan persetujuan sekutunya iaitu DAP dan Pas menyebabkan mereka sehingga kini gagal mengemukakan senarai Kabinet bayangan yang dijanjikan sejak Pilihan Raya Umum 2008.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kegagalan itu membuktikan pakatan pembangkang yang wujud tanpa sebarang perjanjian rasmi dan bertulis tidak akan mampu mentadbir negara dengan berkesan.

Katanya, ketidakmampuan pembangkang yang diketuai Anwar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas itu disebabkan para pemimpin setiap parti berkenaan bercita-cita besar mahu menjadi Perdana Menteri atau sekurang-kurangnya memegang portfolio penting dalam kerajaan.

"Kita harus ingat, pakatan pembangkang bukan coalition, tetapi perjanjian secara tak bertulis untuk lawan Barisan Nasional (BN), mereka tiada perancangan masa depan, sebab itu sukar untuk pilih pemimpin kerana masing-masing mahu jadi pemimpin.

"Anwar ingat beliau akan jadi Perdana Menteri, tetapi orang lain pun ada cita-cita besar, DAP pun teringin juga," katanya kepada wartawan Malaysia selepas menyampaikan syarahan bertajuk Cerminan Pengalaman Pembangunan Malaysia di sini hari ini.


Beliau yang berada selama tiga hari di sini sejak semalam dijemput khas kerajaan Sudan bagi menghadiri Forum Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Sudan (Masutif) yang julung kali dianjurkan serta menyaksikan beberapa memorandum persefahaman (MoU) membabitkan syarikat-syarikat dari kedua-dua negara ditandatangani.

Dr. Mahathir mengulas keengganan Anwar mengumumkan senarai Kabinet bayangan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 walaupun berjanji berbuat demikian sejak 2008.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini juga mencabar Anwar menyenaraikan senarai Kabinet bayangan tersebut dan kegagalan berbuat demikian membuktikan mereka tidak mampu mentadbir negara.

Dr. Mahathir menambah, rakyat perlu memandang serius kegagalan pembangkang tersebut kerana pembangkang jelas tidak mempunyai perancangan membangunkan negara. Menurut beliau, pembangkang juga gagal menjaga kepentingan rakyat dan keadaan itu berbeza dengan kemantapan kerjasama dalam BN yang telah memerintah selama 55 tahun.-UMO

Juragan Malawati..