UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 31 Julai 2010

Program Juara Rakyat di Kuala Selangor : Saujana Prihatin.

Pada hari Sabtu 24 Julai 2010 lepas, telah berlangsung program Saujana Prihatin di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor. Lokasi program adalah di Balai Masyarakat, Saujana Utama. Bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga ke 2.00 petang.

Perasmian Penutup dilakukan oleh Y.B. Dato’ Hj. Amiruddin bin Setro, ADUN Kawasan Jeram, Selangor Darul Ehsan.

Program Saujana Prihatin ini adalah merupakan satu usaha pelbagai pihak dalam komuniti Saujana Utama untuk memberi khidmat masyarakat dalam pelbagai bentuk ke arah pembentukan masyarakat yang prihatin, harmoni dan sejahtera. Program ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan khidmat mesra rakyat dengan memberi penekanan kepada pendengaran dan penyelesaian masalah rakyat, pemeriksaan dan kempen kesedaran kesihatan serta pamiran dari agensi-agensi yang berkaitan.



Program Saujana Prihatin ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan serta kesedaran tentang kepentingan dalam penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat. Sementara bagi masyarakat setempat pula program seumpama ini membolehkan mereka menyampaikan permasalahan mereka kepada wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin setempat secara terus dan bersemuka.

Antara lain objektif program ini :

1.Menjayakan hasrat kerajaan agar pemimpin-pemimpin masyarakat dapat mendekati serta mendampingi masyarakat sesuai dengan hasrat, “ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” melalui aktiviti turun padang.

2.Memberikan kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan dan pemeriksaan kesihatan.

3.Menyemai kesedaran terhadap peranan ahli-ahli masyarakat untuk sama-sama membantu insan-insan yang berada didalam kesusahan tanpa mengira batasan kaum, ugama dan bangsa selaras dengan konsep 1Malaysia.



Pengisian program yang telah dijalankan :

1. Khidmat Mesra Masyarakat
2. Pamiran dan maklumat kesihatan
3. Pemeriksaan kesihatan ( Tekanan darah, BMI dan Glukos ) serta konsultasi
4. Pap Smear dan pemeriksaan kanser payu dara untuk kaum wanita
5. Demostrasi penjagaan gigi dan pemeriksaan gigi
6. Ceramah kesihatan
7. Senamrobik Perpaduan & Street Soccer
8. Pertandingan memasak asam pedas & gubahan tuala & Mewarna Poster 1Malaysia
9. Pertandingan bayi sihat
10. Promosi produk kesihatan
11. Pamiran agensi-agensi kerajaan & NGO ( Tekun Nasional, Jobs Malaysia , Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) dan Pejabat Kesihatan Daerah.
12. Kuiz kesihatan
13. Cabutan bertuah
14. Aktiviti keusahawanan oleh penduduk setempat ( gerai jualan & car boot sale )









Pada hari yang sama disebelah petang pula ADUN Jeram, YB Dato’ Amiruddin bergegas ke satu lagi program turun padang bersama rakyat. Kali ini bertempat di Balairaya Kampung Parit Mahang di DUN Jeram. Program yang diadakan iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan dan juga Kempen Daftar Pengundi.







Juragan Malawati..

Rabu, 28 Julai 2010

Selangor Bangkit : Mansuh diskaun hartanah menganiayai bumiputera Selangor!

Apabila Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim menyokong cadangan DAP supaya dasar pemberian diskaun kepada bumiputera dalam pemilikan hartanah komersial dan rumah mewah di negeri itu dimansuhkan, ramai termasuk penyokong pakatan pembangkang melihat ada sesuatu yang tidak kena berlaku.

Alasan yang diberi oleh Khalid begitu mudah, namun agak tidak masuk akal. Kononnya diskaun itu seharusnya digunakan untuk membantu golongan bumiputera memiliki hartanah. Sehari sebelum itu, Khalid turut memaklumkan bahawa Kerajaan Negeri Selangor sanggup membelanjakan sebanyak RM15 juta bagi menjayakan program propaganda di negeri itu bagi memastikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus berkuasa di Selangor.

Apa sudah jadi dengan Selangor? Tidak habis-habis pelbagai kemelut dan isu melanda pemimpin dan rakyat negeri itu.

Tidak cukup dengan isu pasir, rakyat Selangor diuji lagi dengan pembelanjaan yang begitu banyak untuk program propaganda dan yang terbaru, hak istimewa bumiputera untuk membeli rumah mewah dan harta komersial hendak dihapuskan. Adakah rakyat Selangor masih tidak sedar lagi dengan apa yang berlaku. Atau ada agenda pihak tertentu? Soalnya, mengapa isu diskaun bumiputera ini ditimbulkan oleh DAP.

Tidak mustahil juga jika isu ini sengaja dicadangkan oleh Tony Pua, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara untuk mengalih isu pasir yang kini 'menghantui' Kerajaan Negeri Selangor. Banyak suara membidas cadangan pemansuhan diskaun bumiputera itu kerana ia menggambarkan betapa rakusnya pakatan pembangkang menyisihkan hak-hak bumiputera secara senyap dan terang-terangan.

Apa yang mengejutkan, usaha segelintir pihak ini seolah-olah 'dihalalkan' oleh pemimpin negeri dengan alasan yang tidak sepatutnya diberikan. Rakyat Selangor boleh menilai semua ini dan perlu sedar bahawa adakah ini perubahan yang mereka mahukan?

Mereka boleh melihat bagaimana sebuah parti politik pembangkang yang baru tidak sampai sepenggal memerintah sebuah negeri, cuba menunjukkan kuasa. Kuasa yang cuba ditunjukkan itu adalah memansuhkan hak keistimewaan bumiputera. Ia kini hebat berlaku di Pulau Pinang dan kini beralih ke Selangor pula.

Kita percaya ramai ahli pakatan pembangkang, khususnya dalam Pas dan PKR tidak bersetuju dengan cadangan ini. Tetapi untuk membantah, tidak berani. Inilah yang dikatakan kuasa sebuah parti X itu. Mereka mampu mencadangkan sesuatu yang tidak berani disentuh oleh ahli pakatan mereka sendiri.

Malangnya, yang menjadi mangsa adalah kaum bumiputera Selangor apabila hak mereka akan dinafikan sekiranya cadangan ini diluluskan oleh kerajaan negeri. Selepas ini, sudah pasti hanya kaum-kaum tertentu sahaja yang mampu memiliki aset-aset mewah dan harta komersial di negeri Selangor.

Malah, ketika ini pun, bunga-bunganya sudah ada dan dapat dilihat, betapa wujudnya jurang yang besar antara orang Melayu dengan kaum lain di negeri itu. Akhirnya, jadilah bumiputera Melayu tergadai hak mereka di negeri sendiri. Puncanya, akibat terlalu percayakan kepada segelintir pihak yang kononnya boleh membawa perubahan!-UM.

Juragan Malawati..

Isnin, 26 Julai 2010

Selangor Bangkit : Permit dah tamat tempoh, tapi pasir masih terus di korek!

Kuala Selangor - Permit yang diberikan telah tamat tempoh, namun aktiviti mengorek pasir di Kampung Bestari Jaya, Kuala Selangor tetap meneruskan kerja-kerja mengorek, yang turut mengancam keselamatan penduduk dan para pelajar Universiti Selangor (Unisel) Bestari Jaya.

Jika aktiviti mengorek ini diteruskan, kegusaran perkara buruk boleh menimpa penduduk dan pelajar Unisel ini ada kebenarannya. Jarak antara lombong pasir dengan rumah penduduk hanya 30 meter sahaja, malah keretakan yang dibaiki sebelum ini, mula meretak kembali.

Jika sebelum ini, kumpulan media di bawa oleh pemimpin politik UMNO Selangor untuk meninjau situasi sebenar aktiviti perlombongan ini, namun hari ini, kumpulan media dibawa sendiri oleh penduduk kampung, malah salah seorang penduduk yang meluahkan rasa kecewa dengan apa yang berlaku ke atas kampung mereka ialah Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) cabang Kg Bestari Jaya sendiri.

Mohd Ibrahim Abd Rahman, Ketua AMK Cabang Kg Bestari Jaya meminta Kerajaan negeri menunjukkan keprihatinan terhadap rakyat Selangor, malah menuntut janji-janji yang pernah dijanjikan sebelum ini.

”Di mana janji-janji mereka. Saya sebagai ketua belia di sini rasa kami terabai, di mana janji mereka sebelum dan selepas pilihanraya kecil Hulu Selangor sebelum ini. Itu yang kami harap, buktikan dan tunjukkan, baru kami percaya. Jangan sekadar kata sahaja. Pasal tanah ini, segelintir sahaja yang menjadi kaya”.

Dalam masa yang sama, ada segelintir penduduk mula hilang punca pendapatan sampingan, setelah aktiviti mengorek pasir ini berleluasa. Jika sebelum ini, mereka boleh memperolehi pendapatan sampingan sehingga RM60, namun kini pendapatan yang diperolehi sekadar RM20 sahaja.

Seorang penduduk, Shariff Malek meluahkan perasaan tidak puas hati terhadap aktiviti mengorek pasir ini, kerana kesan yang teruk menyebabkan pencemaran yang menyebabkan pencari ikan hilang punca pendapatan. Akibat pencemaran ini, ikan pun makin berkurangan.

Punca pendapatan penduduk yang cari ikan di sini tidak dapat diteruskan, kesannya begitu teruk, dengan minyak dengan kelodaknya, ikan pun semakin berkurangan akibat aktiviti pengorekkan pasir ini. “Dulu pendapatan sehari boleh dapat RM60, namun sekarang ini kurang, dalam RM 20 sahaja. Kami mintalah agar projek ini dihentikan kerana mengancam penduduk kampung ini” tambahnya.

Seorang lagi penduduk, Mohd Yusuf Mohd Akhir mengakui, memang aktiviti mengorek pasir ini nak untung, tapi tidak sesuai dengan keadaan sekitar di kampung ini kerana semakin lama, semakin mengancam keselamatan penduduk kampung. Tambahnya, aktiviti mengorek yang sepatutnya ada sempadan tertentu, namun apa yang berlaku di Kg Bestari Jaya, pihak pemaju telah mengorek pasir sehingga berhampiran dengan kawasan penempatan penduduk.

“Jika dah korek sampai ke perumahan penduduk, bermakna ia sudah merosakkan kampung saya. Saya membantah kerana ketua kampung tidak mengambil berat hal ini. Saya tidak setujulah, bermakna kampung ini kampung ‘cherca’, (kampung rojak). Tidak ada peraturan lagi.

Jadi Ketua kampung ini menjalankan tugas, mementingkan diri sendiri sahajalah, tidak mengambil berat hal anak-anak buah. Jadi orang atas hendaklah ambil tindakan terhadap ketua kampung supaya dia menjalankan tugas dengan baik untuk anak buah dan kampung Bestari Jaya ini”, luahnya.

Dalam masa yang sama, kegusaran penduduk ini turut dikongsi bersama dengan warga kampus Unisel yang turut merasai ancaman bencana alam yang terjadi, jika aktiviti mengorek pasir ini diteruskan.

Menurut sumber dari Unisel yang tidak mahu mendedahkan identiti atas sebab keselamatan berkata, jika ada bencana alam terjadi, bukan sahaja penduduk kampung akan menerima musibah, malah mengancam nyawa dan keselamatan pelajar Unisel yang terletak bersebelahan dengan lombong pasir ini.

Sehubungan dengan itu, beliau menaruh harapan agar pihak berwajib dapat menghentikan aktiviti mengorek ini demi menjamin keselamatan penduduk dan warga Unisel Bestari Jaya.

Sumber : http://www.sahabat-gunung.com/

Juragan Malawati..

Rabu, 21 Julai 2010

Isu Pasir : Tindakan Terdesak Lagakan UMNO Selangor!


Pembangkang kini cuba mengalih tumpuan ramai daripada isu pasir di Selangor dan cuba mengada-adakan pembohongan konon berlaku krisis dalam UMNO Selangor. Cubaan menyebarkan khabar angin dan fitnah itu bertujuan melaga-lagakan bekas Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Dr Mohammad Khir Toyo dengan Timbalan Pengerusi UMNO Selangor, Dato’ Seri Noh Omar, kononnya kedua pemimpin kanan UMNO Selangor ini masing-masing hendak menjadi juara isu pasir di Selangor.

“Saya nak beritahu yang Shuhaimi ini tidak faham dengan apa yang saya dan Dr Khir buat. Ini menunjukkan mereka tak tahan apabila ada dua orang menyerang mereka dalam sudut yang berbeza.

“Dr Khir Toyo serangannya dengan mendedahkan on the ground di tanah-tanah, pasir-pasir yang dicuri. Saya naik helikopter, kita nak mengesahkan supaya rakyat lebih jelas nampak bahawa apa yang di cakap oleh Khir Toyo itu betul. “Keduanya, tindakan antara saya dengan Khir Toyo ini memang dah dirancang, memang berbeza. Dr Khir mendedahkan on the ground tetapi saya mendedahkan penyelewengan, penyelewengan di dalam pentadbiran KSSB itu sendiri.

“Di mana saya telah mendapat bukti, bahawa ada berlakunya kroni, ada berlakunya pilih kasih yang mana sekarang ini isu pasir ini pihak kerajaan negeri terpaksa jawab dari dua angle,” ujarnya yang ditemui krew umno-online selepas mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO, di sini petang ini.


Menurutnya, mereka terpaksa menjawab isu curi pasir yang didakwa KSSB tak tahu manakala pihak KSSB pula terpaksa menjawab bahawa bagaimana pentadbiran dan penyelewengan ini boleh berlaku.

Maka, jelasnya, pembangkang tidak boleh menjawab isu-isu dan serangan dari kedua pemimpin ini, akhirnya mereka reka cerita baru bagi mengalih perhatian rakyat supaya lupa isu pasir tetapi dalam masa yang sama, mengambarkan kononnya kedua pemimpin ini menghadapi konflik sesama mereka.

“Ini taktik yang digunakan oleh pembangkang dan kita juga melihat bahawa mereka tidak tahan dengan cara, strategi kita yang baru bahawa ada satu-satu isu yang kita timbulkan, dia akan ada sahut-menyahut.

“Kita akan main dengan isu ini dengan cara sendiri, dengan cara kita sendiri, biarlah 10 orang pun bercakap tetapi matlamat UMNO Selangor satu sahaja, nak mendedahkan kepada rakyat betapa pembohongan, hipokrit yang dibuat oleh parti PKR,” kata beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO.

Pada masa yang sama, Noh turut menjelaskan, sebenarnya Naib Presiden PKR, Azmin Ali seronok dengan pendedahan yang dibuat UMNO ini kerana pada satu ketika dulu, PKR sendiri menyerang kerajaan negeri sehingga berjaya menukar pengerusi PKR negeri Selangor.

“Sekarang, orang UMNO pula tekan. Jadi dah tentu ada pihak-pihak dalam PKR ini yang seronok, yang tepuk tangan supaya MB diberikan tekanan yang mungkin akhirnya akan meletakkan jawatan, boleh Azmin jadi MB yang baru,” ujarnya.

Noh yakin rakyat sudah sedar dan tidak mahu lagi tidak mahu bersubahat dengan pembangkang lagi.

Sehubungan dengan itu, beliau menyarankan kepada pemimpin-pemimpin pembangkang khususnya ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei yang agar menjaga `rumahtangga’ parti sendiri dan tidak melaga-lagakan pemimpin UMNO untuk mengekalkan survival politik mereka dalam memenangi hati rakyat.

Sementara itu : “Dialah Raja Pasir Selangor” – Dr Khir Toyo

Tak perlu nak melaga-lagakan UMNO Selangor, baik jaga dan nilai diri sendiri dan parti sendiri. Begitulah ulasan Bekas Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor Dato’ Seri Dr Khir Toyo, berhubung dakwaan ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei dalam sebuah laman web alternatif, konon wujudnya persaingan untuk menjadi juara ‘Isu Pasir Selangor’.

“Dialah Raja Pasir Selangor sebenarnya bersama Yaakob Sapari. Tak payahlah nak laga-lagakan saya dengan Noh Omar, kerana kami sentiasa bekerjasama antara satu sama lain untuk memastikan hak rakyat Selangor tidak mudah diperkotak-katikkan oleh pentadbiran kerajaan negeri sekarang.

“Kita pun tahu, Shuhaimi dan Yaakob sedang disiasat SPRM, oleh itu hadapilah siasatan dan jangan cuba untuk mengalih pandangan masyarakat dengan melaga-laga kami pula,” ujarnya ketika dihubungi UMNO-online.

Tambahnya, beliau dan Noh tidak ada sebarang masalah malah akan terus bekerjasama untuk memastikan isu pasir ini serta apa sahaja isu berkaitan penyelewengan dan kegagalan kerajaan Selangor didedahkan kepada rakyat Selangor.

Juragan Malawati..


Ahad, 18 Julai 2010

Cuba bayangkan jika Melayu hilang kuasa!

PERINGATAN demi peringatan dikeluarkan tentang Melayu mungkin hilang kuasa pada pilihan raya umum akan datang. Lalu gesaan demi gesaan juga dilontarkan supaya orang Melayu dan Islam bersatu dan saling bekerjasama.

Sejak selepas Pilihan Raya Umum 1999 lagi, seruan supaya orang Melayu yang telah pecah kepada tiga kelompok - Melayu yang menyokong UMNO, Melayu yang sokong Pas dan Melayu yang bersimpati kepada Anwar Ibrahim dan PKR - kembali bersatu demi agama, bangsa dan negara.

Tetapi hasilnya sia-sia. Sampai sekarang pun banyak usaha ke arah perpaduan Melayu dianjurkan - namun masih menghampakan.

Terbaru peringatan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan terhadap UMNO dan Pas yang masih gagal meletakkan keutamaan agama di tempat sepatutnya hingga boleh memberi kesan buruk dan mungkin hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Jika perkara itu terjadi maka akan berlaku satu bentuk penjajahan baru. Kita boleh bayangkan apabila tampuk pemerintahan Malaysia bukan lagi di tangan orang Melayu dan Islam.

Perkara-perkara yang menjamin hak Melayu dan bumiputera, agama Islam, Institusi Raja-Raja Melayu akan dirombak dan diganti dengan sistem yang merugikan orang Melayu dan Islam.

Ketika ini, perkara yang kita bimbang itu belum berlaku lagi. Tetapi ia boleh berlaku seperti dalam pilihan raya umum yang lepas apabila Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Selangor jatuh ke tangan pembangkang. Mujur Kerajaan Negeri Perak kembali ditadbir oleh Barisan Nasional.

Jangan kita fikir 'kejutan' ini tidak akan berlaku lagi. Jangan juga kita anggap selama-lamanya orang Melayu tidak akan hilang kuasa di tanah airnya ini?

Ingatlah, sekarang Malaysia bukan milik orang Melayu dan bumiputera Sabah dan Sarawak sahaja. Ia juga kepunyaan kaum bukan bumiputera.

Walaupun kita mempunyai perlembagaan serta raja-raja yang akan menjaga dan memelihara hak kita, tetapi semua itu boleh diubah apabila Melayu hilang kuasa. Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda mengikut kehendak siapa yang memegang kuasa majoriti ketika itu.

Sebab itu kita amat bimbang apabila orang Melayu/ Islam berpecah. Undi untuk calon Melayu sudah tentu berpecah, maka apa yang selama ini kita pertahankan mungkin tidak akan bermakna lagi.

Pentadbiran sebelas bulan pakatan pembangkang di Perak yang dikuasai DAP, contoh yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Walaupun ada Menteri Besar daripada orang Melayu tetapi penjagaan hak-hak Melayu diketepikan. Menteri Besar Melayu ketika itu hanya menjadi boneka kerana Pas tidak banyak kerusi dalam kerajaan campuran negeri itu.

Orang Melayu dapat merasai betapa tidak selesanya apabila pentadbiran dikongsi bersama dengan kaum yang tidak mahu memahami adat dan agama yang dianuti oleh Melayu.

Usaha untuk memecah-belahkan orang Melayu dan Islam akan terus dilakukan oleh musuh dalam selimut. Melayu kena berwaspada kerana apabila kita hilang kuasa, perkara dalam undang-undang negeri boleh diketepikan sesuka hati. Bayangkan apa kemungkinan yang berlaku jika perubahan berlaku di peringkat Parlimen?

Oleh itu, pemimpin-pemimpin Melayu terutama dalam UMNO dan Pas perlu mencari titik temu dan meletakkan faktor keutamaan di tempat yang betul.

Sebagaimana disarankan oleh Mufti Perak itu agar UMNO dan Pas perlu memberi keutamaan pada agama dahulu berbanding politik. Malah kenapa kita harus bermusuhan sedangkan Islam tidak menyuruh kita membenci sesama umat sebaliknya diseru kasih-mengasihi sesama ummah. Bersatulah Melayu sebelum nasi menjadi bubur!-UM.

Juragan Malawati..

Jumaat, 16 Julai 2010

Lombong pasir : Selangor digesa bubarkan KSSB!
























Kerajaan negeri didesak membubarkan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd., (KSSB) yang melakukan aktiviti perlombongan pasir di negeri ini dan mengembalikan pemberian permit melombong menerusi Pejabat Tanah dan Daerah.

Penaung Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-pengusaha Pasir Melayu Selangor, Datuk Tengku Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin menegaskan, tindakan itu perlu dilakukan segera kerana KSSB yang ditubuhkan dua tahun lalu tidak telus dalam pemberian kontrak melombong pasir kepada kontraktor.

Tambah beliau, keadaan bertambah buruk apabila kuasa monopoli syarikat tersebut menyebabkan semua pengusaha pasir Melayu di negeri ini gulung tikar kerana royalti RM5 hingga RM6 satu tan yang dikenakan adalah terlalu tinggi.

"Kita mahu KSSB ditutup. Kerajaan negeri perlu mengembalikan kuasa pemberian permit mengeluarkan pasir untuk tanah persendirian kepada pentadbir tanah dan daerah. "Langkah itu lebih adil kepada pemilik tanah yang mengeluarkan kos di atas tanah milik mereka serta telah membayar cukai dan premium," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar yang turut dihadiri kira-kira 50 pengusaha pasir Melayu Selangor di sini hari ini.

Tengku Shaiffuliazan menambah, KSSB menekan pengusaha-pengusaha terlibat apabila menetapkan syarat deposit sehingga RM300,000 selain kos-kos lain yang telah dikeluarkan oleh pemilik tanah. Kesannya, jelas beliau, tiada pengusaha pasir Melayu yang mampu memenuhi syarat tersebut kerana tidak memiliki modal besar seperti kontraktor bangsa lain.

"Sepatutnya kerajaan negeri memperakui kemampuan dan kuasa perundangan pentadbir tanah dan daerah di dalam menguruskan segala permit mengeluar dan memindahkan bahan batuan di dalam daerah pentadbiran masing-masing.

"KSSB pula hanya diberi kuasa menguruskan permit pasir untuk tanah-tanah milik kerajaan sahaja," ujarnya.

Tengku Shaiffuliazan berkata, Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim perlu mendengar luahan para pengusaha pasir Melayu jika betul-betul ikhlas mahu membuat perubahan dalam industri perlombongan pasir di Selangor.

Tegasnya, kewujudan syarikat monopoli menguruskannya seperti pernah dilakukan semasa Barisan Nasional (BN) dahulu tidak mendatangkan manfaat besar kepada pengusaha dan masyarakat kerana ia telah dipolitikkan.

"Ekoran itu walaupun ada KSSB tetapi sebenarnya tidak ada perubahan dalam usaha membasmi kegiatan melombong pasir secara haram di negeri ini," ujarnya.-UM

Juragan Malawati..

Selasa, 13 Julai 2010

Apa cerita ni MB Khalid G! : Permit di keluarkan tempat lain, tapi pi korek kat tempat lain!

Memang sah MB Khalid G dia tidak tahu apa-apa sebenarnya tentang kawasan yang dimaksudkan oleh Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan mendapat liputan media semalam ialah di Kg Bukit Changgang, bukannya di Kg Olak Lempit sepertimana yang dinyatakan oleh Khalid. Nampaknya buta-buta sahaja MB Khalid G kena tipu dengan pegawai-pegawai Kumpulan Semesta yang sekarang seperti ular sawa kekenyangan setelah merembat enam bulan bonus . Yang lagi pelik pula apabila lembaga pengarah KSSB sendiri pun tidak tahu di mana sebenarnya kawasan yang sepatutnya di korek oleh KSSB!

Semalam : KSSB 'tidak tahu' aktiviti korek pasir dekat Paya Indah?

Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang baru dilantik, Suhaimi Shafie mendakwa pihaknya tidak tahu menahu mengenai aktiviti perlombongan pasir di kawasan bersebelahan Paya Indah Wetlands di Dengkil. Suhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri... Muda berkata, kawasan itu berkemungkinan tanah persendirian dan jika ia milik kerajaan negeri, maka ia mungkin diceroboh dan dilombong secara haram.

"Saya akan memeriksa status tanah itu terlebih dahulu. Jika tanah itu di bawah KSSB sepatutnya terdapat papan tanda di tapak berkenaan yang memaparkan nombor permit dan butiran lain."Jika tiada, maka tanah itu mungkin milik individu atau telah dilombong oleh pengusaha haram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Manakala kata MB Khalid pula : Kerajaan 'tahu' kegiatan lombong pasir ?

Kegiatan melombong pasir dekat taman rekreasi Paya Indah Wetlands, Dengkel, Sepang yang dibongkarkan media semalam sememangnya diketahui kerajaan negeri dan dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berkata, kegiatan tersebut mempunyai permit sah dan lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat dan bukannya di Bukit Changgang seperti dilaporkan media.

Menang SAH kedua-dua pemimpin ini tidak tahu apa yang berlaku? Hanya menunggu info dari pegawai mereka sahaja untuk membuat statement!

Hari ini : Penduduk minta MB Selangor siasat!

Penduduk Kampung Bukit Changgang meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim datang sendiri ke lokasi aktiviti melombong pasir berdekatan Paya Indah Wetlands di Dengkil, Sepang dekat sini bagi melihat senario yang berlaku di kawasan itu.

Ini kerana, mereka keliru dengan kenyataan Abdul Khalid yang mengatakan lombong tersebut beroperasi secara sah sedangkan tiada pemberitahuan dibuat kepada penduduk kampung termasuk tiada papan tanda yang dipasang di situ bagi membuktikannya.

Mereka juga musykil bagaimana aktiviti perlombongan di situ yang telah mencemarkan kolam-kolam ikan yang diusahakan penduduk kampung, diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pengerusi Belia Kampung Bukit Changgang, Bahaman Ahmad Jiman (gambar) berkata, beliau tidak nampak sebarang papan tanda di kawasan sekitar lombong yang memberitahu aktiviti perlombongan di situ.

Sehubungan itu katanya, beliau keliru sama ada aktiviti perlombongan di situ dilakukan secara sah seperti yang didakwa oleh Abdul Khalid. “Kalau sah kenapa perkara itu tidak dimaklumkan kepada penduduk kampung dan kalau lombong tersebut telah beroperasi sejak Januari kenapa ia tidak nampak macam lombong lama.

“Saya dan penduduk kampung keliru. Jadi kami minta jasa baik Menteri Besar agar memberi penjelasan kepada kami dan minta beliau siasat adakah maklumat yang diterima beliau itu tepat atau tidak. “Ini kerana terdapat banyak lombong pasir di Mukim Tanjung 12 dan Olak Lempit dan Bukit Changgang terletak di dalam mukim itu,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, Menteri Besar Selangor itu perlu segera bertindak sekiranya beliau prihatin dengan masalah penduduk kampung yang bimbang lama-kelamaan kawasan Mukim Tanjung 12 akan ditenggelami air. Abdul Khalid semalam memberitahu, kegiatan melombong pasir dekat taman rekreasi Paya Indah Wetlands di bawah pengetahuan kerajaan negeri dan dikendalikan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Beliau mendakwa, kegiatan tersebut mempunyai permit sah dan lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat bukannya di Bukit Changgang.

Menurut beliau, permit melombong pasir di kawasan itu dikeluarkan pentadbir tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Majlis Daerah Kuala Langat dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Alfian Kassim, 37, berkata, dia hairan bagaimana lombong yang dikorek berhampiran taman rekreasi Paya Indah Wetlands tidak akan menyumbang kepada pencemaran.

Katanya, rakan-rakannya yang mengusahakan ternakan ikan di kolam berdekatan merungut kerana tumbesaran ikan mereka terbantut akibat pencemaran hasil kegiatan perlombongan di situ. “Kami tidak akan bersuara kalau tiada perkara yang menimpa kami. Jadi saya sarankan agar satu sesi penjelasan tentang kewujudan lombong ini diberikan kepada penduduk kampung dan satu penyelesaian segera dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya.

Seorang lagi penduduk kampung, Mokhtar Mokhsin, 57, meminta Abdul Khalid mempertimbangkan supaya lombong dekat Paya Indah Wetlands ditutup bagi mengelakkan kemungkinan berlaku banjir besar di Kampung Bukit Changgang. Ini kerana, katanya, jika kawasan yang dikorek dipenuhi air dan melimpah, dikhuatiri akan memecahkan ban yang dibina di sempadan kampung dan sekali gus menyebabkan banjir.

“Perkara ini akan menyusah dan menjejaskan keselamatan orang kampung. “Saya minta Menteri Besar datang sendiri tengok dan kemudian buat pemantauan sebelum perkara yang buruk berlaku,” katanya.

Beliau juga turut melahirkan rasa hairan kerana jika aktiviti mengorek pasir di Paya Indah Wetlands itu sah, kenapa semua lori mengangkut pasir beroperasi pada waktu malam dan awal pagi sahaja.

Mohon MB Khalid G dapat menjawap semua persoalan yang timbul? Rakyat tak dapat menerima press statement MB Khalid. Nampak sangat MB Khalid hanya membaca teks yang di tulis oleh pegawai-pegawai KSSB tanpa mengetahui keadaan sebenarnya. Dah banyak lubang-lubang besar di sekitar negeri Selangor yang mana mungkin sukar untuk di tutup semula. Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Isnin, 12 Julai 2010

Ejen CIA: UMNO Selangor cabar Anwar nafi, saman penulis blog!

UMNO negeri ini mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan serta menyaman penulis blog terkenal, Elaine Meinel Supkis yang mendakwa Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai alat kepada Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat.

Timbalan Pengerusi badan perhubungannya, Datuk Seri Noh Omar berkata, cabaran itu dibuat jika Anwar menafikan dakwaan penulis berkenaan. "Kita cabar beliau sama ada menafikan atau menyaman penulis blog ini.

"Kalau benar dakwaan yang dibuat oleh penulis blog tersebut, ia jelas bahawa Anwar sanggup menghancurkan negara dengan apa cara sekalipun asalkan hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri tercapai," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penutupan Sambutan Hari Belia Negara 2010 Peringkat Negeri Selangor di sini semalam.

Elaine yang juga seorang penulis blog terkenal di New York, Amerika Syarikat mendakwa bahawa Anwar sebagai 'alat' kepada CIA menerusi artikelnya, 'CIA and Mossad want Anwar Ibrahim assasinated'.

Dalam pada itu, Noh berkata, pihaknya akan turut menghantar memorandum mendesak kerajaan negeri tidak lagi melantik Anwar sebagai Penasihat Ekonomi Selangor ekoran dakwaan berkenaan dalam tempoh terdekat ini.

Jelas beliau, sebagai rakyat Selangor, pihaknya tidak mahu seorang ejen CIA diberi tempat dalam pentadbiran di negeri itu apatah lagi memegang jawatan sebagai Penasihat Ekonomi negeri.

Sementara itu, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu menyifatkan kerajaan negeri cuba menafikan hak rakyat mengukuhkan kuasa politik mereka berhubung pelaksanaan Projek Langat 2 untuk pemindahan bekalan air dari Pahang ke Selangor.

Katanya, kerajaan negeri cuba melengah-lengahkan projek itu yang sepatutnya dilaksanakan kepada rakyat di negeri ini bagi mengelakkan masalah bekalan air menjelang 2013.

Menurut beliau, Kerajaan Persekutuan telah memperuntukkan RM4 bilion untuk pelaksanaan projek itu dan sepatutnya dilaksanakan pada Mei lalu manakala kontraktor untuk kerja-kerja tersebut telah pun dilantik.

"Namun kerajaan negeri sehingga kini tidak memberi apa-apa jawapan mahu pun kerjasama bagi melaksanakan projek ini. "Ini menunjukkan kerajaan negeri mementingkan politik daripada kepentingan rakyat di Selangor ini," katanya.

Katanya, kerajaan negeri melihat bahawa projek tersebut daripada Kerajaan Persekutuan dan oleh itu, mereka tidak mahu bekerjasama.

"Akhirnya apabila Selangor, Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang mengalami krisis bekalan air pada 2013, mereka akan menyalahkan dan mempengaruhi rakyat bahawa keadaan itu berpunca daripada Kerajaan Persekutuan," katanya.

Juragan Malawati..

Ahad, 11 Julai 2010

Melalui ICG, Anwar tandatangan sokong Sebuah Negara Israel Yang Sah!

AIDCNews

Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan International Crisis Group (ICG) sebagai salah seorang penyokong usaha mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara Yang Sah sebagai jalan penyelesaian untuk menamatkan konflik Israel/Palestin di Timur Tengah.

Menurut kenyataan media ICG bertarikh pada 4 Oktober 2006, cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestin dengan mengikuti resolusi yang telah diputuskan oleh UN Security Council resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David peace accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) yang bermatlamat mengiktiraf sebuah Negara Israel yang sah serta diiktiraf oleh seluruh dunia, termasuk dunia Islam.

Anwar Ibrahim yang merupakan salah seorang anggota ICG mengakui membincangkan krisis Israel/Palestin itu dalam mesyuarat ICG yang kali pertama dihadirinya di Vancouver, Kanada, pada 23 Mac - 24 Mac 2007.

Dalam mesyuarat itu Anwar turut bersetuju dengan usul ICG dengan mencadangkan kerajaan Palestin (yang dipimpin oleh Abu Manzir/ Mahmoud Abbas dari Fatah) bekerjasama dengan Hamas kerana tanpa persetujuan Hamas, hasrat untuk menubuhkan negara Israel akan terbantut. Ucapan Anwar ini dirakamkan semula dan dikeluarkan oleh channel anwaribrahim1(channel pro Anwar) pada 2 April 2007.

Anwar Ibrahim turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG pada 30 Jun 2006, ketika menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony's College, Oxford, UK yang di bawah kawalan Chris Pattern, kroni George Soros.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh ICG pada 26 Mac 2007 , hasil mesyuarat di Vancouver itu memutuskan beberapa perkara penting untuk menyelesaikan krisis tersebut, antaranya;

Pertama, mengesa dunia Islam membuka diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut.

Kedua, menggesa semua pihak mematuhi The Quartet yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan mencadangkan 'two state solution' iaitu mengiktiraf 'dua negara', Israel dan Palestin sebagai sebuah negara sah.

Resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir, antaranya; Lord Patten (pengerusi bersama), Thomas R. Pickering (Pengerusi bersama), Gareth Evans (Presiden), Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Anwar Ibrahim, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz, George Soros dan lain-lain.

Rentetan daripada mesyuarat itu, pada 10 Oktober 2007, ICG sekali lagi meneruskan usaha apabila bergabung dengan dua lagi badan pemikir Amerika Syarikat iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice supaya diadakan satu rundingan di antara Israel dan Palestin, yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.

Dalam surat lobi kepada Presiden Bush itu, ICG, USMEP dan New America Foundation mencadangkan agar kerajaan Amerika Syarikat mengutamakan konsep 'two state solution' iaitu sebuah negara Israel dan Palestin yang sah, Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiran Israel akan menjadi milik Israel, manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.

Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.

Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons. Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA. Selain pendedahan Steve Clemons, ICG,USMEP dan New America Foundation turut menyebarkan di internet penama-penama yang menyokong usaha Annapolis Summit dalam bentuk PDF di prospectsforpeace.com dan druckversion.studien-von-zeitfragen.net.

Pada 27 November 2007, Presiden Bush telah menganjurkan Annapolis Summit atau The Annapolis Conference di United States Naval Academy, Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat dengan menjemput wakil Palestin, Presiden Mahmoud Abbas, dan wakil Israel, Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) bersama-sama mencapai 'perdamaian'.

Namun usaha Annapolis Summit itu menemui kegagalan kerana ditolak oleh majoriti rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai wakil mereka. Negara-negara Islam yang lain seperti Iran dan Syria turut menolak perjanjian yang lebih menguntungkan Israel itu.

Sumber : AIDC News

Juragan Malawati..

Sabtu, 10 Julai 2010

Karpal sakitkan hati - Pemuda Pas!

Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan usaha menubuhkan negara Islam oleh Pas amat menyakitkan hati pemimpin serta seluruh ahli Pas.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP), Nasrudin Hasan meminta pemimpin utama DAP itu tidak lagi membangkitkan isu tersebut kerana dikhuatiri ia boleh merosakkan keharmonian antara Pas dan DAP di dalam pakatan pembangkang.

Pada masa sama beliau turut meminta semua pemimpin DAP tidak mendokong pendirian Karpal itu demi kerjasama yang telah terjalin antara semua parti pembangkang dalam satu pakatan. ''Seperti mana kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, isu ini tidak akan berbangkit sekiranya Karpal menghormati dasar perjuangan yang dibawa oleh Pas. Pas dan DAP mempunyai dasarnya masing-masing dan seharusnya ia dihormati antara satu sama lain.

''Lagipun Pas selama ini tidak pernah mempertikaikan dasar yang dibawa oleh DAP. Pas menghormati dasar perjuangan mereka dan sepatutnya mereka juga perlu menghormati dasar perjuangan Pas. Ini yang dinamakan adil,'' katanya di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz di muka depan Utusan Malaysia hari ini menyifatkan tindakan Karpal meminta Pas menghormati pendirian DAP yang menolak konsep negara Islam sebagai tidak betul. Ini kerana, jelas Nik Abdul Aziz, Pas dan pakatan pembangkang lain telah lama menyetujui dasar perjuangan parti itu sebelum membina pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

Tegas Nik Abdul Aziz, Pas akan tetap dengan dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sekiranya pakatan pembangkang menerajui kerajaan Pusat. Ia sebagai reaksi terhadap kenyataan Karpal sebelum ini yang telah meminta Pas menghormati DAP berhubung pendirian parti itu menolak konsep negara Islam.

Dalam perkembangan sama, Nasrudin berkata, pendirian dan dasar Pas tidak pernah berubah iaitu Islam akan terus menjadi dasar perjuangan parti walaupun menjadi salah satu anggota pakatan pembangkang. ''Sebagai barisan hadapan parti, DPP akan tetap mempertahankan dasar Islam yang kita bawa. Islam terus menjadi asas perjuangan kami dan ia tidak akan berubah sampai bila-bila,'' katanya.

Nasrudin dalam perkembangan berkaitan percaya kenyataan Karpal itu tetap bersifat peribadi dan bukannya DAP secara keseluruhan. ''Saya lihat secara positifnya kenyataan Karpal ini tidak disambut oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Bagi saya ia adalah kenyataan Karpal semata-mata,'' katanya.

Sebelum itu : Nik Aziz kata Karpal tidak betul

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta parti itu menghormati pendirian DAP yang menolak konsep negara Islam sebagai tidak betul. Ini kerana jelasnya, Pas dan pakatan pembangkang lain telah lama menyetujui dasar perjuangan parti itu sebelum membina pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, Pas akan tetap dengan dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sekiranya pakatan pembangkang menerajui kerajaan Pusat.“Waktu belum kami masuk perikatan, kami dah bincang dah, dasar kami Islam. Oleh yang demikian, kami hormat pada DAP. Dan DAP hormat pada kami mula-mula kami nak buat pakatan dulu lagi, kenapa timbul balik perkara ini.

Juragan Malawati..

Selasa, 6 Julai 2010

Isu sabotaj istana negara : Ezam akan serahkan bukti !

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Ezam Mohd. Noor mendakwa, beliau mempunyai segala bukti mengenai agenda jahat akhbar The Star dan portal berita propembangkang, Malaysiakini untuk memburukkan imej Istana Negara. Sehubungan itu, katanya, segala maklumat dan bukti tersebut akan diserahkan kepada Kementerian Dalam Negeri dan Majlis Raja-Raja Melayu dalam masa terdekat untuk tindakan lanjut.

"Saya ada semua bukti bahawa The Star dan Malaysiakini mempunyai agenda jahat terhadap projek Istana Negara yang sedang dibina. Mereka berselindung di sebalik isu buruh asing."Fokus mereka adalah untuk menimbulkan rasa marah rakyat terhadap institusi diraja dan bagi mencapai maksud tersebut, mereka sengaja memperbesarkan isu gaji buruh asing," kata melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Kelmarin, beliau menafikan laporan Malaysiakini yang mendakwa Istana Negara baru itu kononnya 'istana air mata' kerana masalah pembayaran gaji membabitkan beberapa pekerja asing.Sebaliknya Ezam menegaskan, Istana Negara adalah lambang keagungan sebuah institusi diraja bagi mencerminkan kedaulatan Malaysia dan semua rakyat negara ini wajib mempertahankannya.

Dakwanya, The Star bersekongkol dengan beberapa pemimpin kanan parti pembangkang bagi mencemuh projek pembinaan istana berkenaan."Saya tegaskan bahawa perkara ini merupakan bukti wujudnya manipulasi jahat oleh anasir-anasir untuk merosakkan institusi asas negara."Istana Negara bukan isu rasis, ia bukan istana sesuatu bangsa tetapi ia istana bagi negara ini. "Hanya mereka yang rasis sahaja melihat isu ini sebagai isu bangsa," katanya.

Sebelum itu : KRONOLOGI SERANGAN THE STAR TERHADAP ISTANA NEGARA.

SERANGAN PERTAMA 26/6/2010

Peguam hak asasi manusia N.Surendran mengeluarkan kenyataan di dalam akhbar the star menyerang kontraktor istana negara. Dia menggambarkan pekerja asing yang bertugas di dalam keadaan 'ketakutan' dan 'ancaman' daripada beberapa pihak. Disini ia bermula.

SERANGAN KEDUA 27/6/2010

Dalam masa sehari sahaja,akhbar the Star melaporkan bahawa pekerja asing tidak dibayar gaji selama 3 bulan dan kos pembinaan istana itu diletakkan harga RM800 juta. The Star juga melaporkan pekerja asing yang seramai 1000 orang itu berada didalam keadaan 'kekecewaan' kerana tidak dibayar gaji.

SERANGAN KE TIGA 28/6/2010

Ahli parlimen DAP Lim Lip Eng bersama dengan akhbar the Star memasuki tapak pembinaan istana negara di jalan duta. Bagaimana the Star akhbar milik MCA boleh bekerjasama dengan ahli parlimen DAP menyerang projek istana negara menimbulkan persoalan. Apa motif dua entiti politik berbeza ini boleh bersatu hati dalam ... See Moremenimbulkan kebencian rakyat terhadap pembinaan istana negara ? Apa kenyataan Lim Lip Eng DAP yang mendapat publisiti meluas daripada akhar the star milik MCA.

" The main contractor of the project should terminate the sub-contractors who failed to pay the foreign workers immediately," said Lim. Lim, who is also a lawyer, said that under the law the main contractor could dismiss errant sub-contractors who failed to ensure the welfare of the workers.

" By ignoring the workers, the main contractor is just as irresponsible as the sub-contractors," said Lim, who had alerted The Star about the plight of the foreign workers. The Star reported that hundreds of foreign workers at the construction site of the new palace had not been paid their wages for three months.

Bukan setakat Lim Lip Eng, malah pengerusi Tenaganita yang juga AJK WANITA PKR iaitu Irene Fernandez juga diberikan ruang oleh akhbar the star milik MCA untuk turut sama menyerang projek istana negara yang baru ini. Apa kata Irene Fernandez.

Meanwhile, Tenaganita president Irene Fernandez said it was understandable that the workers were fearful of losing their jobs." The main contractor must take responsibility and investigate the matter immediately," she added.

Ini pula kata wakil suhakam James Naya­gam.

"It is the duty of the employer to ensure that the basic rights of their workers, such as wages, accommodation and rest days, are provided. I am embarrassed to hear of such things happening in Malaysia," he said. The project’s main contractor, Maya Maju Sdn Bhd, said it was the responsibility of the sub-contractors to pay their workers.

Ini pula kata pengerusi DAP.

In GEORGE TOWN, DAP chairman Karpal Singh said the Labour Department should investigate the matter and ensure that the foreign workers were paid their dues.

“There is something wrong with our system when workers are not being paid for the work they are doing, especially when foreign workers are involved.”... See More

Agak pelik ya KENAPA MCA MELALUI THE STAR BEKERJASAMA DENGAN DAP DAN PENYANGAK ANTI MELAYU YANG LAIN MENYERANG SECARA TERBUKA ISTANA NEGARA ?

Sumber Kronologi : Blog GAP

Juragan Malawati..