UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 31 Julai 2010

Program Juara Rakyat di Kuala Selangor : Saujana Prihatin.

Pada hari Sabtu 24 Julai 2010 lepas, telah berlangsung program Saujana Prihatin di Bandar Saujana Utama, Kuala Selangor. Lokasi program adalah di Balai Masyarakat, Saujana Utama. Bermula pada pukul 8.00 pagi sehingga ke 2.00 petang.

Perasmian Penutup dilakukan oleh Y.B. Dato’ Hj. Amiruddin bin Setro, ADUN Kawasan Jeram, Selangor Darul Ehsan.

Program Saujana Prihatin ini adalah merupakan satu usaha pelbagai pihak dalam komuniti Saujana Utama untuk memberi khidmat masyarakat dalam pelbagai bentuk ke arah pembentukan masyarakat yang prihatin, harmoni dan sejahtera. Program ini merangkumi aktiviti-aktiviti yang berunsurkan khidmat mesra rakyat dengan memberi penekanan kepada pendengaran dan penyelesaian masalah rakyat, pemeriksaan dan kempen kesedaran kesihatan serta pamiran dari agensi-agensi yang berkaitan.



Program Saujana Prihatin ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan serta kesedaran tentang kepentingan dalam penjagaan kesihatan dan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat setempat. Sementara bagi masyarakat setempat pula program seumpama ini membolehkan mereka menyampaikan permasalahan mereka kepada wakil rakyat dan pemimpin-pemimpin setempat secara terus dan bersemuka.

Antara lain objektif program ini :

1.Menjayakan hasrat kerajaan agar pemimpin-pemimpin masyarakat dapat mendekati serta mendampingi masyarakat sesuai dengan hasrat, “ Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan” melalui aktiviti turun padang.

2.Memberikan kesedaran dan pendidikan kepada masyarakat tentang pentingnya penjagaan dan pemeriksaan kesihatan.

3.Menyemai kesedaran terhadap peranan ahli-ahli masyarakat untuk sama-sama membantu insan-insan yang berada didalam kesusahan tanpa mengira batasan kaum, ugama dan bangsa selaras dengan konsep 1Malaysia.



Pengisian program yang telah dijalankan :

1. Khidmat Mesra Masyarakat
2. Pamiran dan maklumat kesihatan
3. Pemeriksaan kesihatan ( Tekanan darah, BMI dan Glukos ) serta konsultasi
4. Pap Smear dan pemeriksaan kanser payu dara untuk kaum wanita
5. Demostrasi penjagaan gigi dan pemeriksaan gigi
6. Ceramah kesihatan
7. Senamrobik Perpaduan & Street Soccer
8. Pertandingan memasak asam pedas & gubahan tuala & Mewarna Poster 1Malaysia
9. Pertandingan bayi sihat
10. Promosi produk kesihatan
11. Pamiran agensi-agensi kerajaan & NGO ( Tekun Nasional, Jobs Malaysia , Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ) dan Pejabat Kesihatan Daerah.
12. Kuiz kesihatan
13. Cabutan bertuah
14. Aktiviti keusahawanan oleh penduduk setempat ( gerai jualan & car boot sale )









Pada hari yang sama disebelah petang pula ADUN Jeram, YB Dato’ Amiruddin bergegas ke satu lagi program turun padang bersama rakyat. Kali ini bertempat di Balairaya Kampung Parit Mahang di DUN Jeram. Program yang diadakan iaitu Majlis Penyampaian Sumbangan dan juga Kempen Daftar Pengundi.







Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan