UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 13 Julai 2010

Apa cerita ni MB Khalid G! : Permit di keluarkan tempat lain, tapi pi korek kat tempat lain!

Memang sah MB Khalid G dia tidak tahu apa-apa sebenarnya tentang kawasan yang dimaksudkan oleh Ketua Pembangkang Selangor Datuk Seri Khir Toyo dan mendapat liputan media semalam ialah di Kg Bukit Changgang, bukannya di Kg Olak Lempit sepertimana yang dinyatakan oleh Khalid. Nampaknya buta-buta sahaja MB Khalid G kena tipu dengan pegawai-pegawai Kumpulan Semesta yang sekarang seperti ular sawa kekenyangan setelah merembat enam bulan bonus . Yang lagi pelik pula apabila lembaga pengarah KSSB sendiri pun tidak tahu di mana sebenarnya kawasan yang sepatutnya di korek oleh KSSB!

Semalam : KSSB 'tidak tahu' aktiviti korek pasir dekat Paya Indah?

Ahli Lembaga Pengarah Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) yang baru dilantik, Suhaimi Shafie mendakwa pihaknya tidak tahu menahu mengenai aktiviti perlombongan pasir di kawasan bersebelahan Paya Indah Wetlands di Dengkil. Suhaimi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri... Muda berkata, kawasan itu berkemungkinan tanah persendirian dan jika ia milik kerajaan negeri, maka ia mungkin diceroboh dan dilombong secara haram.

"Saya akan memeriksa status tanah itu terlebih dahulu. Jika tanah itu di bawah KSSB sepatutnya terdapat papan tanda di tapak berkenaan yang memaparkan nombor permit dan butiran lain."Jika tiada, maka tanah itu mungkin milik individu atau telah dilombong oleh pengusaha haram," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Manakala kata MB Khalid pula : Kerajaan 'tahu' kegiatan lombong pasir ?

Kegiatan melombong pasir dekat taman rekreasi Paya Indah Wetlands, Dengkel, Sepang yang dibongkarkan media semalam sememangnya diketahui kerajaan negeri dan dikendalikan oleh Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB). Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim berkata, kegiatan tersebut mempunyai permit sah dan lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat dan bukannya di Bukit Changgang seperti dilaporkan media.

Menang SAH kedua-dua pemimpin ini tidak tahu apa yang berlaku? Hanya menunggu info dari pegawai mereka sahaja untuk membuat statement!

Hari ini : Penduduk minta MB Selangor siasat!

Penduduk Kampung Bukit Changgang meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim datang sendiri ke lokasi aktiviti melombong pasir berdekatan Paya Indah Wetlands di Dengkil, Sepang dekat sini bagi melihat senario yang berlaku di kawasan itu.

Ini kerana, mereka keliru dengan kenyataan Abdul Khalid yang mengatakan lombong tersebut beroperasi secara sah sedangkan tiada pemberitahuan dibuat kepada penduduk kampung termasuk tiada papan tanda yang dipasang di situ bagi membuktikannya.

Mereka juga musykil bagaimana aktiviti perlombongan di situ yang telah mencemarkan kolam-kolam ikan yang diusahakan penduduk kampung, diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Pengerusi Belia Kampung Bukit Changgang, Bahaman Ahmad Jiman (gambar) berkata, beliau tidak nampak sebarang papan tanda di kawasan sekitar lombong yang memberitahu aktiviti perlombongan di situ.

Sehubungan itu katanya, beliau keliru sama ada aktiviti perlombongan di situ dilakukan secara sah seperti yang didakwa oleh Abdul Khalid. “Kalau sah kenapa perkara itu tidak dimaklumkan kepada penduduk kampung dan kalau lombong tersebut telah beroperasi sejak Januari kenapa ia tidak nampak macam lombong lama.

“Saya dan penduduk kampung keliru. Jadi kami minta jasa baik Menteri Besar agar memberi penjelasan kepada kami dan minta beliau siasat adakah maklumat yang diterima beliau itu tepat atau tidak. “Ini kerana terdapat banyak lombong pasir di Mukim Tanjung 12 dan Olak Lempit dan Bukit Changgang terletak di dalam mukim itu,” kata beliau ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, Menteri Besar Selangor itu perlu segera bertindak sekiranya beliau prihatin dengan masalah penduduk kampung yang bimbang lama-kelamaan kawasan Mukim Tanjung 12 akan ditenggelami air. Abdul Khalid semalam memberitahu, kegiatan melombong pasir dekat taman rekreasi Paya Indah Wetlands di bawah pengetahuan kerajaan negeri dan dikendalikan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB).

Beliau mendakwa, kegiatan tersebut mempunyai permit sah dan lokasi sebenarnya terletak di Kampung Olak Lempit di Mukim Tanjung 12, Kuala Langat bukannya di Bukit Changgang.

Menurut beliau, permit melombong pasir di kawasan itu dikeluarkan pentadbir tanah Kuala Langat sejak Januari 2010 selepas mendapat kelulusan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kerja Raya, Jabatan Mineral dan Geosains, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Majlis Daerah Kuala Langat dan Pejabat Daerah dan Tanah Kuala Langat.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Alfian Kassim, 37, berkata, dia hairan bagaimana lombong yang dikorek berhampiran taman rekreasi Paya Indah Wetlands tidak akan menyumbang kepada pencemaran.

Katanya, rakan-rakannya yang mengusahakan ternakan ikan di kolam berdekatan merungut kerana tumbesaran ikan mereka terbantut akibat pencemaran hasil kegiatan perlombongan di situ. “Kami tidak akan bersuara kalau tiada perkara yang menimpa kami. Jadi saya sarankan agar satu sesi penjelasan tentang kewujudan lombong ini diberikan kepada penduduk kampung dan satu penyelesaian segera dibuat oleh kerajaan negeri,” katanya.

Seorang lagi penduduk kampung, Mokhtar Mokhsin, 57, meminta Abdul Khalid mempertimbangkan supaya lombong dekat Paya Indah Wetlands ditutup bagi mengelakkan kemungkinan berlaku banjir besar di Kampung Bukit Changgang. Ini kerana, katanya, jika kawasan yang dikorek dipenuhi air dan melimpah, dikhuatiri akan memecahkan ban yang dibina di sempadan kampung dan sekali gus menyebabkan banjir.

“Perkara ini akan menyusah dan menjejaskan keselamatan orang kampung. “Saya minta Menteri Besar datang sendiri tengok dan kemudian buat pemantauan sebelum perkara yang buruk berlaku,” katanya.

Beliau juga turut melahirkan rasa hairan kerana jika aktiviti mengorek pasir di Paya Indah Wetlands itu sah, kenapa semua lori mengangkut pasir beroperasi pada waktu malam dan awal pagi sahaja.

Mohon MB Khalid G dapat menjawap semua persoalan yang timbul? Rakyat tak dapat menerima press statement MB Khalid. Nampak sangat MB Khalid hanya membaca teks yang di tulis oleh pegawai-pegawai KSSB tanpa mengetahui keadaan sebenarnya. Dah banyak lubang-lubang besar di sekitar negeri Selangor yang mana mungkin sukar untuk di tutup semula. Wallahuallam.

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. SALAM... Orang macam tu pun ada ,macamana boleh layak jadi MB?

    BalasPadam