UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 11 Julai 2010

Melalui ICG, Anwar tandatangan sokong Sebuah Negara Israel Yang Sah!

AIDCNews

Nama Datuk Seri Anwar Ibrahim disenaraikan International Crisis Group (ICG) sebagai salah seorang penyokong usaha mengiktiraf Israel sebagai sebuah Negara Yang Sah sebagai jalan penyelesaian untuk menamatkan konflik Israel/Palestin di Timur Tengah.

Menurut kenyataan media ICG bertarikh pada 4 Oktober 2006, cara penyelesaian terbaik untuk menyelesaikan krisis Israel/Palestin dengan mengikuti resolusi yang telah diputuskan oleh UN Security Council resolutions 242 (1967) & 338 (1973), the Camp David peace accords (1978), the Clinton Parameters (2000), the Arab League Initiative (2002), dan the Roadmap (2003), the Quartet (UN, US, EU and Russia) yang bermatlamat mengiktiraf sebuah Negara Israel yang sah serta diiktiraf oleh seluruh dunia, termasuk dunia Islam.

Anwar Ibrahim yang merupakan salah seorang anggota ICG mengakui membincangkan krisis Israel/Palestin itu dalam mesyuarat ICG yang kali pertama dihadirinya di Vancouver, Kanada, pada 23 Mac - 24 Mac 2007.

Dalam mesyuarat itu Anwar turut bersetuju dengan usul ICG dengan mencadangkan kerajaan Palestin (yang dipimpin oleh Abu Manzir/ Mahmoud Abbas dari Fatah) bekerjasama dengan Hamas kerana tanpa persetujuan Hamas, hasrat untuk menubuhkan negara Israel akan terbantut. Ucapan Anwar ini dirakamkan semula dan dikeluarkan oleh channel anwaribrahim1(channel pro Anwar) pada 2 April 2007.

Anwar Ibrahim turut dilantik sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa ICG pada 30 Jun 2006, ketika menjadi pensyarah pelawat di Saints Anthony's College, Oxford, UK yang di bawah kawalan Chris Pattern, kroni George Soros.

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh ICG pada 26 Mac 2007 , hasil mesyuarat di Vancouver itu memutuskan beberapa perkara penting untuk menyelesaikan krisis tersebut, antaranya;

Pertama, mengesa dunia Islam membuka diplomatik dengan negara Israel, termasuk membuat lawatan ke negara tersebut.

Kedua, menggesa semua pihak mematuhi The Quartet yang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dengan mencadangkan 'two state solution' iaitu mengiktiraf 'dua negara', Israel dan Palestin sebagai sebuah negara sah.

Resolusi ICG ini dipersetujui oleh kesemua anggota ahli mesyuarat yang hadir, antaranya; Lord Patten (pengerusi bersama), Thomas R. Pickering (Pengerusi bersama), Gareth Evans (Presiden), Morton Abramowitz, Kenneth Adelman, Anwar Ibrahim, Shlomo Ben-Ami, Kim Campbell, Maria Livanos Cattaui, Wesley Clark, Carla Hills, Stephen Solarz, George Soros dan lain-lain.

Rentetan daripada mesyuarat itu, pada 10 Oktober 2007, ICG sekali lagi meneruskan usaha apabila bergabung dengan dua lagi badan pemikir Amerika Syarikat iaitu United States Middle East Project (USMEP) dan New America Foundation/American Strategy Program, menghantar surat lobi menyokong usaha Presiden Bush dan Condoleeza Rice supaya diadakan satu rundingan di antara Israel dan Palestin, yang kemudiannya dikenali sebagai Annapolis Summit.

Dalam surat lobi kepada Presiden Bush itu, ICG, USMEP dan New America Foundation mencadangkan agar kerajaan Amerika Syarikat mengutamakan konsep 'two state solution' iaitu sebuah negara Israel dan Palestin yang sah, Jerusalem menjadi ibu kota kedua negara dengan kawasan kejiran Israel akan menjadi milik Israel, manakala kawasan kejiranan Arab jatuh di bawah kedaulatan Palestin.

Steve Clemons, dari New America Foundation yang turut sama terlibat menandatangani surat sokongan kepada Presiden Bush turut mendedahkan satu-satunya tokoh Islam dari Asia Tenggara yang menyokong Annapolis Summit itu adalah Anwar Ibrahim dari Malaysia.

Bukti pembabitan nama Anwar yang didedahkan oleh Steve Clemons. Nama Anwar Ibrahim diletakkan sebaris dengan JOHN McLAUGHLIN, bekas Timbalan Pengarah CIA. Selain pendedahan Steve Clemons, ICG,USMEP dan New America Foundation turut menyebarkan di internet penama-penama yang menyokong usaha Annapolis Summit dalam bentuk PDF di prospectsforpeace.com dan druckversion.studien-von-zeitfragen.net.

Pada 27 November 2007, Presiden Bush telah menganjurkan Annapolis Summit atau The Annapolis Conference di United States Naval Academy, Annapolis, Maryland, Amerika Syarikat dengan menjemput wakil Palestin, Presiden Mahmoud Abbas, dan wakil Israel, Ehud Olmert (Perdana Menteri Israel) bersama-sama mencapai 'perdamaian'.

Namun usaha Annapolis Summit itu menemui kegagalan kerana ditolak oleh majoriti rakyat Palestin yang tidak mengiktiraf Mahmoud Abbas sebagai wakil mereka. Negara-negara Islam yang lain seperti Iran dan Syria turut menolak perjanjian yang lebih menguntungkan Israel itu.

Sumber : AIDC News

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan