UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 10 Julai 2010

Karpal sakitkan hati - Pemuda Pas!

Kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mempertikaikan usaha menubuhkan negara Islam oleh Pas amat menyakitkan hati pemimpin serta seluruh ahli Pas.

Sehubungan itu, Ketua Dewan Pemuda Pas (DPP), Nasrudin Hasan meminta pemimpin utama DAP itu tidak lagi membangkitkan isu tersebut kerana dikhuatiri ia boleh merosakkan keharmonian antara Pas dan DAP di dalam pakatan pembangkang.

Pada masa sama beliau turut meminta semua pemimpin DAP tidak mendokong pendirian Karpal itu demi kerjasama yang telah terjalin antara semua parti pembangkang dalam satu pakatan. ''Seperti mana kata Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, isu ini tidak akan berbangkit sekiranya Karpal menghormati dasar perjuangan yang dibawa oleh Pas. Pas dan DAP mempunyai dasarnya masing-masing dan seharusnya ia dihormati antara satu sama lain.

''Lagipun Pas selama ini tidak pernah mempertikaikan dasar yang dibawa oleh DAP. Pas menghormati dasar perjuangan mereka dan sepatutnya mereka juga perlu menghormati dasar perjuangan Pas. Ini yang dinamakan adil,'' katanya di sini hari ini.

Nik Abdul Aziz di muka depan Utusan Malaysia hari ini menyifatkan tindakan Karpal meminta Pas menghormati pendirian DAP yang menolak konsep negara Islam sebagai tidak betul. Ini kerana, jelas Nik Abdul Aziz, Pas dan pakatan pembangkang lain telah lama menyetujui dasar perjuangan parti itu sebelum membina pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

Tegas Nik Abdul Aziz, Pas akan tetap dengan dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sekiranya pakatan pembangkang menerajui kerajaan Pusat. Ia sebagai reaksi terhadap kenyataan Karpal sebelum ini yang telah meminta Pas menghormati DAP berhubung pendirian parti itu menolak konsep negara Islam.

Dalam perkembangan sama, Nasrudin berkata, pendirian dan dasar Pas tidak pernah berubah iaitu Islam akan terus menjadi dasar perjuangan parti walaupun menjadi salah satu anggota pakatan pembangkang. ''Sebagai barisan hadapan parti, DPP akan tetap mempertahankan dasar Islam yang kita bawa. Islam terus menjadi asas perjuangan kami dan ia tidak akan berubah sampai bila-bila,'' katanya.

Nasrudin dalam perkembangan berkaitan percaya kenyataan Karpal itu tetap bersifat peribadi dan bukannya DAP secara keseluruhan. ''Saya lihat secara positifnya kenyataan Karpal ini tidak disambut oleh pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Bagi saya ia adalah kenyataan Karpal semata-mata,'' katanya.

Sebelum itu : Nik Aziz kata Karpal tidak betul

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Pengerusi DAP, Karpal Singh meminta parti itu menghormati pendirian DAP yang menolak konsep negara Islam sebagai tidak betul. Ini kerana jelasnya, Pas dan pakatan pembangkang lain telah lama menyetujui dasar perjuangan parti itu sebelum membina pakatan untuk menghadapi Barisan Nasional (BN).

Tegasnya, Pas akan tetap dengan dasar negara Islam yang diperjuangkan oleh parti itu sekiranya pakatan pembangkang menerajui kerajaan Pusat.“Waktu belum kami masuk perikatan, kami dah bincang dah, dasar kami Islam. Oleh yang demikian, kami hormat pada DAP. Dan DAP hormat pada kami mula-mula kami nak buat pakatan dulu lagi, kenapa timbul balik perkara ini.

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. sandiwara yang dimainkan oleh tok imam dan siak supaya penonton tidak angkat kaki.sesiapa yang maseh lagi menonton jadilah ia sebagi perumpamaan arab "kaldai membawa kitab tetapi tak tahu apa isinya".kena tipu saja?.

    BalasPadam