UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 28 Julai 2012

BN Selangor minta PKNS jelas isu skandal hutang Talam?



Barisan Nasional (BN) Selangor mendesak Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) Othman Omar menjelaskan isu pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) oleh perbadanan itu.

Koordinatornya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata PKNS wajar memberi penjelasan kepada rakyat Selangor mengenai proses pengambilalihan hutang Talam sebanyak RM392 juta daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan Universiti Selangor (Unisel).

"Saya meminta Pengurus PKNS, Othman Omar jelaskan sebab kenapa PKNS sanggup mengambil alih hutang Talam padahal semua pihak tahu perbadanan itu diwujudkan bagi membantu golongan tidak mampu untuk beli rumah dan hartanah.

"Adakah agenda asal PKNS telah dipadam oleh kerajaan negeri dan kenapa PKNS menjadi satu badan yang berperanan mengambil alih hutang syarikat korporat?," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata jika pengambilalihan hutang daripada syarikat korporat itu merupakan peranan dan fungsi baru PKNS, Mohd Zin turut mendesak agar perbadanan terbabit mengambil alih hutang daripada rakyat Selangor yang tidak mampu.

"Saya rasa adalah wajar PKNS mengambil alih hutang individu kurang mampu yang masih berhutang dengan PKNS... ini barulah merupakan langkah yang lebih adil," katanya.

Sementara itu, Mohd Zin turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Selangor menghantar bekalan air kepada penduduk Seri Kembangan baru-baru ini di mana tindakan itu membuktikan berlakunya krisis air di Selangor.

"Apa logiknya mereka berbuat demikian? Bila adanya perkara ini (menghantar bekalan air) ia terbukti sememangnya berlakunya krisis air. Itu bermakna perlunya projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan dan tolong jangan tipu rakyat dengan mendakwa bekalan air cukup," tegasnya. - Bernama

Juragan Malawati..

Rabu, 25 Julai 2012

Krisis air : BN Selangor bidas kerajaan negeri!



Barisan Nasional (BN) Selangor hari ini menyelar kerajaan negeri pimpinan PKR-DAP-PAS yang sehingga kini masih gagal mendedahkan pelan tindakan bagi menyelesaikan krisis bekalan air di negeri ini.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata kerajaan Selangor masih terus berdolak dalih dan sengaja memanjangkan isu dengan menjadikan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai sasaran untuk mengelirukan rakyat berhubung isu air itu.

"Kita masih menanti sehingga hari ini apakah pelan yang akan dilakukan oleh kerajaan negeri bagi menangani krisis air di Selangor malah Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim secara terbuka mengakui tiada pelan khusus untuk menyelesaikan isu ini," katanya dalam sidang media selepas menyampaikan pek berbuka puasa kepada orang ramai di Stesen Komuter Shah Alam di Seksyen 19 di sini hari ini.

Mohd Zin turut mempersoalkan mengapa kerajaan Selangor hanya menyerang Syabas berhubung isu air sedangkan syarikat lain seperti Syarikat Pengeluaran Air Sungai Selangor Sdn Bhd (Splash) dan Konsortium Abbas Sdn Bhd (Abbas) yang turut bertanggungjawab merawat air langsung tidak dibangkitkan.

Beliau berkata kedua-dua syarikat itu adalah pembekal dan penyelia air terawat yang kemudiannya dibeli oleh Syabas sebelum disalurkan kepada pengguna.

"Jadi mengapa mereka serang Syabas? Jelas tindakan mereka bersifat politik sedangkan isu yang perlu diberikan perhatian ialah jumlah bekalan air terawat yang semakin berkurangan pada masa kini," katanya.

Mohd Zin turut mempersoalkan adakah tindakan kerajaan Selangor mahu mengambil alih Syabas dapat mengatasi masalah kekurangan bekalan air.

Semalam, Jawatankuasa Kabinet Khas Mengenai Isu-isu Air Selangor menolak cadangan kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih pengurusan Syabas kerana kerana kerajaan negeri itu tidak mematuhi beberapa perkara dalam perjanjian konsesi, termasuk membenarkan kenaikan tarif air.

Jawatankuasa itu memutuskan bahawa Projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) akan diteruskan dan tawaran dibuka dalam tempoh sebulan akan datang.

Pada masa sama, Exco Kerajaan Selangor Dr Xavier Jayakumar pula menegaskan kerajaan negeri akan tetap meneruskan rancangannya untuk mengambil alih pengurusan air daripada Syabas.

Katanya kerajaan negeri juga bersedia mengadakan referendum untuk rakyat negeri itu membuat keputusan bagi menyelesaikan masalah itu. - Bernama

Juragan Malawati..

Isnin, 23 Julai 2012

MB Khalid pernah cadang nak guna air Sungai Kelang ganti Projek Langat 2!


Kerajaan negeri masih berdolak dalih menegaskan bahawa projek pembinaan Loji Rawatan Air Sungai Langat 2 (Langat 2) bagi membolehkan penyaluran bekalan air mentah dari Pahang ke negeri ini tidak dapat dilaksanakan buat masa ini.

Alasan yang diberikan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah, projek berkenaan tidak boleh dilakukan secara tergopoh-gapah kerana ia melibatkan kos yang tinggi!

Menurut beliau, andaian bahawa Selangor bakal berhadapan dengan krisis bekalan air dilihat kurang tepat kerana jangkaan sama sebelum ini iaitu masalah tersebut berlaku pada 2008 ternyata tidak berlaku.

"Sehingga kini, masalah tersebut tidak juga berlaku di negeri ini. Fakta tersebut digunakan sebagai alasan untuk menjustifikasi perbelanjaan melampau oleh pihak-pihak terlibat," katanya di sini hari ini.

Sungguhpun begitu, beliau mengakui bahawa perlu ada persediaan dilakukan bagi menangani masalah bekalan air di Selangor.

"Cuma, jangan tergopoh-gapah dalam melaksanakan sesuatu yang melibatkan perancangan.

"Saya ada menyatakan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang menerajui Malaysia Airlines (MAS) sebelum ini bahawa mana satu yang lebih penting, kebenaran mendarat atau membeli kapal terbang?

"Maknanya, saya merujuk kepada isu air di negeri ini iaitu penstrukturan industri di Selangor diibaratkan hak mendarat barulah boleh dibina loji air berkenaan (Langat 2)," katanya.

Tambah Abdul Khalid, sekiranya tiada penstrukturan semula industri bekalan air di negeri ini tetapi diteruskan juga pembinaan loji rawatan air tersebut, maka rakyat akan menerima beban di segi kos.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata, kerajaan negeri harus mencari sumber air yang lebih murah dan cekap untuk mengatasi masalah bekalan air di Selangor.

Dalam hal itu, beliau percaya projek pembersihan Sungai Klang dilihat sebagai alternatif yang lebih cekap dan murah daripada mengimport air mentah dari Pahang.

Apa yang didapati disini adalah kerajaan Negeri Selangor sanggup memandang enteng amaran Kajian Sumber Air Negara mahupun kajian Syabas yang menunjukkan bahawa krisis air yang sangat meruncing akan berlaku di Selangor pada 2013. Mereka mendakwa amaran ini hanya propaganda Kerajaan Persekutuan.

Sebaliknya, Kerajaan Negeri Selangor dengan egonya, membuat kajian mereka sendiri dan mendakwa bekalan air di Selangor mencukupi sehingga 2019 dengan mengambil kira sumber air yang luar biasa iaitu air bawah tanah dan air hujan!

Berdasarkan hujah dangkal inilah, Kerajaan Negeri Selangor melengahkan penyelesaian rundingan penstrukturan semula industri air Selangor berhubung dengan pelaksanaan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 yang antara lain merupakan persiapan menghadapi krisis air di Selangor kurang tiga tahun lagi.

Isu pembekalan air bersih ini bukan sesuatu yang boleh dipolitikkan sesuka hati oleh sesiapa pun, tidak kira pakatan pembangkang mahupun Barisan Nasional.

Jangan sampai dek kerana terpedaya dengan pemberian air percuma mahupun dolak-dalik politik dangkal untuk meraih populariti, akhirnya penduduk Selangor terpaksa berbaris panjang untuk mendapatkan bekalan air. Semasa itu MB Khalid berada dimana?
Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Ahad, 22 Julai 2012

ADUN Sekincan macam lanun..!!! Beli RM130,000 tapi jual RM72,500?



Tindakan Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) menjual 24 unit Pangsapuri Damai, Sekinchan di sini kepada sebuah syarikat pemaju menimbulkan kemarahan penduduk setempat kerana menganggapnya sebagai tindakan yang hanya mahu mengaut untung dan membelakangkan kepentingan rakyat.

Malah penduduk bertambah kecewa apabila kesemua unit pangsapuri milik MDSB itu dijual pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Pengerusi Sekretariat Orang Muda Selangor (Serang), Budiman Mohd. Zohdi berkata, kesemua unit pangsapuri berkenaan dijual kepada sebuah syarikat pemaju dengan harga keseluruhan sebanyak RM1.74 juta atau kira-kira RM72,500 seunit berbanding harga pasaran RM130,000 seunit pada 2010.

Sehubungan itu beliau mempersoalkan mengapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim yang merupakan wakil rakyat dari DAP itu membenarkan penjualan tersebut sedangkan ia langsung tidak memberi manfaat kepada penduduk setempat.


"Beliau (Suee Lim) sebagai wakil rakyat sepatutnya memihak kepada rakyat dan tidak sepatutnya membenarkan kesemua unit pangsapuri itu dijual.

"Dengan penjualan kesemua unit pangsapuri berkenaan, ia juga sekali gus menimbulkan banyak persoalan dan Suee Lim perlu menjawab kesemua persoalan yang dibangkitkan," katanya kepada pemberita di hadapan pangsapuri itu di sini hari ini.

Terdahulu lebih 50 penduduk setempat daripada pelbagai kaum berhimpun secara aman bagi membantah tindakan MDSB menjual kesemua unit pangsapuri berkenaan dengan harga yang jauh lebih murah.

Mengulas mengenai pangsapuri tersebut, Budiman berkata, ia diberi kepada MDSB oleh syarikat pemaju atas persetujuan bersama pada 2003 kerana projek tersebut dibina di atas tanah milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Bagaimanapun katanya, MDSB telah menjual kesemua unit berkenaan kepada sebuah syarikat pemaju lain melalui tender yang dibuka pada 2010.

"Apa yang menjadi persoalan sekarang mengapa hanya satu syarikat sahaja yang memasuki tender untuk membeli unit pangsapuri berkenaan. Apakah tender itu dibuat secara telus," soalnya.

Budiman berkata, kesemua unit pangsapuri berkenaan seharusnya tidak dijual kerana selain boleh memberi peluang kepada generasi muda di kawasan ini untuk memiliki rumah, ia juga boleh digunakan bagi tujuan kemudahan pelancongan.

Ini kerana, kata Budiman, ia terletak di dalam kawasan pelancongan yang menarik kehadiran ramai pelancong tempatan dan luar negara.

"Di sini adalah kawasan pelancongan pertanian dan sebab itulah kemudahan inap desa sedia ada juga tidak mencukupi," jelasnya.

Tambah Budiman, pihaknya akan membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa seminggu dari tarikh hari ini untuk meminta pihak berkuasa itu menyiasat kemungkinan wujudnya penyelewengan serta salah guna kuasa dalam penjualan kesemua unit pangsapuri berkenaan.

Juragan Malawati..

'Bila untung mereka dulu tampil'?



NAJIB Tun Razak memakaikan cermin mata kepada Abdul Manar Awang Mohd., 72, yang uzur pada Majlis Penyampaian Sumbangan Cek Durian Runtuh Penerokawati, Pakaian Kepada Pegawai Masjid, Sumbangan Apron dan Bantuan Cermin Mata di Pejabat UMNO Bahagian Pekan, Pahang, semalam.

Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan keputusan kerajaan Pas Kedah menerusi Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) membeli saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) sama seperti tindakan sekumpulan para peneroka yang memfailkan injunksi menghalang penyenaraiannya tetapi pada masa sama menjadi antara yang terawal mengambil durian runtuh.

Tegas Perdana Menteri, sepatutnya pihak-pihak yang menentang penyenaraian FGV di Bursa Malaysia termasuk pembangkang tidak mengambil manfaat daripada langkah tersebut.

"Dia tak usah terimalah (tawaran) sepatutnya. Tapi dia dah terima, maka dia dapat keuntungan. Macam orang yang bawa kes (injunksi) ke mahkamahlah, bila sampai keuntungan dia pertama sekali nak kaut untung, tetapi sebaliknya dia cuba nak merosakkan Felda sebagai sebuah organisasi dan nak jatuhkan nilai saham FGV," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas melancarkan Program Skim Bantuan Kasih Felda di Felda Padang Piol, di sini hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas pembelian saham FGV oleh PKNK yang kemudian menjualnya setelah diarahkan pimpinan kerajaan Pas Kedah atas alasan ia bertentangan dasar pembangkang yang menolak penyenaraian tersebut.

Sementara itu, Najib menegaskan, Himpunan Oren anjuran Pas di ibu negara bagi membantah penyenaraian FGV minggu lalu tidak mendapat sambutan di kalangan peneroka.

"Tak ramai pun peneroka, hari itu berapa kerat saja ada. Kita dah semak siapa yang hadir," jelasnya.

Ditanya sama ada perlu mengambil tindakan undang-undang bagi menghentikan pembohongan pembangkang ke atas Felda, Najib berkata, apa yang penting adalah sokongan dan kepercayaan peneroka terhadap kerajaan.

"Kita telah buktikan apa yang kita buat memang memberi faedah kepada peneroka. Kalau jejaskan kepentingan mereka saya percaya peneroka tak akan sokong kerajaan," ujarnya.

Berhubung tindakan pembangkang memanipulasikan tawaran jumlah saham FGV sebanyak 800 unit kepada peneroka yang didakwa sebagai tidak memadai, Najib berkata:

"Ia memadai, tapi kita tengok dululah dan akan kaji untuk pastikan mereka benar-benar dapat keuntungan atau tidak. Sebab nak beli saham kita tak boleh nak kata tambah saja, kena keluar modal.

"Saham pun sedikit sebanyak ia mesti turun naik juga. Tapi alhamdulillah, setakat ini saham kita naik, jadi apa pun yang kita nak bagi bukan percuma, saham orang kena bayar." - UMO

Jurgan Malawati..

Jumaat, 20 Julai 2012

'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'



RAMADHAN yang ditunggu-tunggu oleh seluruh umat Islam sudah menjelma pada hari ini Sabtu,21-7-2012. Ada yang rindukan sahurnya, buka puasa, malah ada yang teringat akan malamnya yang kudus. Tarawih dan solat malam sudah tentu akan diisi maksimum mungkin dan diselangi tadarrus. Ramai juga yang mengambil peluang mengerjakan umrah dan bersedekah, kerana semuanya ingin menghambakan diri, menjadi hamba-Nya yang tulus.

Permulaannya rahmat, pertengahannya pengampunan dan penghujungnya terlepas dari api neraka. Inilah yang ingin dikejar sesiapa saja yang inginkan penghabisan usia yang baik. Yang bersalah memohon maaf, yang sombong menghulur senyum, yang jahat mula bertaubat, yang malas menyinsing lengan, yang takbur kembali sujud memohon keampunan, memohon pelepasan dari dosa yang terhimpun sekian lama.

Indahnya Ramadhan, paginya hening untuk yang insaf, siangnya pendek untuk yang sabar dan malamnya panjang untuk yang bertaubat. Selain menahan diri dari lapar dan dahaga, berpuasa juga menjaga diri dari melakukan perbuatan maksiat. Yang halal dilakukan pada bulan yang lainnya menjadi haram pada bulan puasa, seperti makan pada siang hari dan melakukan persetubuhan antara suami isteri. Kerana itulah orang berpuasa dengan sebenar-benarnya adalah orang yang luar biasa.

Di dalam surah Al-Baqarah ayat 183, Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Wahai orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, semoga kamu bertakwa."

Orang berpuasa ialah orang yang bertakwa. Mereka menjaga hati dari berasa sangsi terhadap kekuasaan Allah dan kebaikan saudara seagama. Mereka juga menjaga mata dari memandang sesuatu yang tidak selayaknya, menjaga hidung dari menghidu sesuatu yang mengurangkan pahala, menjaga telinga dari halwa yang membuai rasa dan suara yang membawa berita bohong, menjaga lidah dari membicarakan hal yang tidak berfaedah, mengumpat, mencaci, menipu dan memfitnah serta menjaga tubuh badan lainnya yang menjadikan kita leka dari mengingati Yang Maha Berkuasa.

Orang meninggalkan puasa tanpa izin syarie tidak akan dapat menggantikan hari berkenaan pada mana-mana hari pun di dunia, Rasulullah SAW menegaskan hal ini dalam sebuah hadis yang diriwayatkan Imam at-Tarmizi yang maksudnya: "Dari Abi Hurairah berkata: Bersabda Rasulullah SAW: Sesiapa berbuka satu hari pada Ramadan tanpa ada ruksah (keringanan) dan tidak juga kerana sakit, dia tidak akan dapat menggantikan puasa ditinggalkan itu, sekalipun dia berpuasa seumur hidup".

Pada bulan mulia, ibu bapa wajar mengambil peluang meluangkan masa yang berganda bersama anak dan mendidik mereka mematuhi hukum agama. Selain puasa, rukun Islam lainnya wajar ditazkirahkan semula dan diamalkan bersama mereka supaya hati mereka dekat dengan Yang Maha Pencipta.

Anak bukan saja perlu difahamkan dengan apa yang terakam di dalam kitab suci, tetapi juga amalan yang ditunjukkan ibu bapa, yang menjadi pendakwah paling hampir dengan mereka.

Tunjuk ajar yang betul pada peringkat awal usia anak untuk menghadapi Ramadhan tentunya menjadi batu asas yang kuat untuk mereka beristiqamah dengan fahaman puasa yang sebenarnya, iaitu bukan hanya berlapar dan dahaga, apatah lagi membazir sewaktu berbuka tetapi menjadi hamba yang insaf terhadap hari muka.

Sudah tentu setiap isteri pula menantikan tunjuk ajar suami dalam meningkatkan ibadah kepada Allah SWT. Walaupun menyediakan juadah bersahur dan berbuka besar dan banyak pahalanya, ia tidak cukup puas jika tidak berjemaah sewaktu qiyamullail, apatah lagi apabila tibanya lailatul qadar yang hanya bertandang sekali. Justeru, setiap suami harus mengambil kesempatan dari saat ini untuk menyiapkan diri membimbing anak dan isteri menghadapi Ramadhan kali ini agar lebih baik dari sebelumnya.

Oleh itu SAYA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika saya ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengajakan , semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah. 'Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak'.

Ikhlas dari,
Blogger Juragan Malawati..

Selasa, 17 Julai 2012

Krisis air : Selangor salahkan Syabas!



Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor menyalahkan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) sebagai punca berlakunya kekurangan bekalan air terawat di Lembah Klang dengan mendakwa syarikat itu tidak mampu memberi perkhidmatan yang baik kepada pengguna.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendakwa, ketidakmampuan Syabas itu dilihat menerusi tunggakan syarikat itu kepada operator rawatan air sebanyak RM2.8 bilion sehingga April tahun ini, selain gagal menurunkan kadar air tidak berhasil (NRW) sebanyak 20 peratus mengikut perjanjian konsesi.

Dakwa beliau, berdasarkan laporan audit yang dilakukan oleh kerajaan negeri, Syabas juga tidak melaksanakan perbelanjaan modal (Capex) mereka dengan baik.


Malah Abdul Khalid turut menyatakan krisis bekalan air terawat membabitkan kawasan Lembah Klang pada masa ini tidak boleh disamakan dengan krisis air pada 1998 apabila memberi alasan tujuh empangan di Selangor mempunyai kapasiti air yang cukup dan melimpah.

"Kerajaan negeri menggesa proses penstrukturan semula industri air diteruskan dengan segera kerana Syabas jelas tidak berkemampuan memberi perkhidmatan air yang baik kepada rakyat.

"Kerajaan negeri juga telah menghantar surat kepada Kerajaan Persekutuan sebanyak dua kali iaitu pada 19 Disember 2008 dan 21 Januari 2011 untuk membatalkan perjanjian konsesi Syabas," katanya kepada pemberita di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini hari ini.


Pada 14 Julai lalu, Syabas bercadang mendapatkan kelulusan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) untuk melaksanakan catuan bekalan bagi mengatasi krisis kekurangan air yang telah melanda kawasan Kuala Lumpur, Hulu Langat dan Klang sejak April lalu.

Langkah itu dikemukakan berikutan penurunan paras air yang mendadak sejak bulan lalu di beberapa kolam takungan sehingga ada yang mencapai negatif berbanding jumlah simpanan yang sepatutnya iaitu minimum 20 peratus.

Pada masa sama, Abdul Khalid turut memberitahu, pihaknya mengambil keputusan untuk menggunakan Klausa 32 di bawah perjanjian konsesi bagi mengemukakan notis kepada Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan kerajaan negeri mengambil alih operasi Syabas.


Malah katanya, kerajaan negeri juga meminta SUK, Datuk Muhammad Khusrin Munawi bersama Pengawal Selia Air Selangor, Datuk Nordin Sulaiman memantau perkhidmatan Syabas menerusi penubuhan satu jawatankuasa pemantauan.

Jawatankuasa itu katanya, akan dianggotai oleh syarikat pengendali loji rawatan air, Konsortium Abass yang turut memanggil pakar bebas untuk memantau kesahihan maklumat mengenai status bekalan air yang dilaporkan Syabas sebelum ini.

"Mengenai notis pengambilalihan operasi Syabas, kita akan tulis surat kepada Kerajaan Persekutuan dan SPAN. Sekiranya Kerajaan Persekutuan tidak menerima keputusan kita untuk mengambil alih operasi Syabas, kita boleh bawa perkara itu ke mahkamah.

"Mengenai penubuhan jawatankuasa pemantauan pula, kita akan minta Syabas memberikan laporan harian untuk menerangkan kedudukan bekalan air semasa," ujarnya.

Juragan Malawati..

Ahad, 15 Julai 2012

Kit Siang..ohhh Kit Siang?



Kasihan. Tiga penyanyi popular, Jamal Abdillah, Amy Search dan Ibnor Riza menjadi mangsa fitnah dan tohmahan. Ini ekoran tindakan Lim Kit Siang menyiarkan tulisan seorang blogger dalam blog penasihat DAP itu.

Tulisan itu antara lain mendakwa ketiga-tiga artis berkenaan menerima sogokan sebanyak RM10,000 setiap kali menyatakan sokongan kepada UMNO.

Dakwaan itu terlalu serius seolah-olah mereka tidak punyai harga diri. Jamal, Amy dan Ibnor dalam reaksi mereka mahu pihak-pihak berkenaan termasuk Kit Siang memohon maaf. Mereka merasa terhina dan sedih sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai 100 peratus fitnah.

Mungkin kita ingin tahu apa sebenarnya motif Kit Siang menyiarkan tulisan sedemikian tanpa usul periksa. Sebagai pemimpin veteran dan berpengalaman luas, tidak wajar sama sekali tulisan seperti itu dimuatkan dalam blognya melainkan beliau mempunyai niat serong.

Perbuatan Kit Siang mengundang bantahan banyak pihak termasuk bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin, yang membangkitkan isu itu menerusi blognya, zamkata.

Pada firasat mungkin Kit Siang agak bimbang dengan sokongan majoriti artis tanah air kepada kerajaan sekarang. Sepatutnya beliau bersikap terbuka. Ada juga segelintir artis yang menyokong pembangkang dan itu hak masing-masing.

Tetapi janganlah pemimpin sampai dilihat bersubahat menyiarkan fitnah, melainkan mempunyai bukti kukuh. Tidak lama dulu, Kit Siang marah apabila cucunya difitnah dalam laporan blog, begitu juga jika melibatkan anaknya. Kini, beliau bertindak sebaliknya. Malulah...Kit Siang..!!!

Juragan Malawati..

Sabtu, 14 Julai 2012

Anwar Ibrahim dan politik penguasaan Amerika Syarikat!



Saya tertarik dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancaranya dengan Mingguan Malaysia pada 8 Julai 2012.

Antara lain, Tun Dr. Mahathir menegaskan, "Saya berpendapat bahawa AS (Amerika Syarikat) memang mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini."

Beliau menambah, "Malaysia bukanlah negara yang menyokong AS sangat memandangkan kita menyokong Palestin, mempunyai hubungan rapat dengan Iran dan China. Mereka nak kita menentang China dan Iran. Kita tidak pernah menyertai gerakan ketenteraan mereka."

Benar, apa yang dihujahkan oleh Tun Dr. Mahathir.

Dalam perancangan kepentingan-kepentingan tertentu yang menguasai politik dan ekonomi AS, penghalang utama terhadap penguasaan dunia AS dalam alaf 21 ini ialah China.

Itulah sebabnya, elit AS cuba mengawal kebangkitan China. Kawalan ini memerlukan penguasaan terhadap Asia Tenggara yang merupakan jiran China, khususnya, penguasaan terhadap dua perairan strategik, iaitu Selat Melaka dan Laut Cina Selatan.

Untuk mencapai agenda ini, AS harus memastikan bahawa negara-negara di Asia Tenggara dipimpin oleh individu-individu yang 120 peratus memihak pada AS.


Yang dikehendaki AS bukan sahabat semata-mata; AS mahu sekutu. Dalam konteks Malaysia, sekutu itu penting kerana Selat Melaka. Malaysia adalah negara berhampiran Selat tersebut, atau pun dalam bahasa maritim, littoral state.

Sebagai littoral state Malaysia berhak terhadap Selat Melaka. Selat Melaka adalah sebahagian daripada kedaulatan Malaysia.

Bagi China pula, Selat Melaka adalah antara perairaan terpenting. Separuh daripada minyak yang diimport China melalui Selat Melaka. Begitu juga, satu pertiga daripada perdagangannya bergantung pada Selat Melaka. Lagi pun, Selat Melaka adalah antara tiga selat yang paling penting di dunia.

Sudah tentu AS mahu Selat Melaka dalam genggaman sekutunya - sekutu yang akan mematuhi segala kehendak elit AS, dan sebahagian besar daripada matlamat dasar luarnya di rantau ini ditujukan pada kawalan terhadap China.

Dalam hubungan inilah kita harus memahami kenyataan Dr. Mahathir tentang Anwar. Anwar memang rapat dengan kepentingan-kepentingan yang berpengaruh di AS.


Itulah sebabnya beliau dilantik sebagai pengerusi sebuah badan yang memenuhi cita-cita dasar luar AS di Asia Barat. Badan yang dimaksudkan ialah Foundation for the Future.

Matlamat sebenar Yayasan ini adalah untuk mengekalkan dan memperkukuhkan kuasa dan pengaruh AS di Asia Barat bertopengkan demokrasi dan kebebasan.

Condeleeza Rice, bekas Setiausaha Negara AS melancarkanya pada 2005 dan Anwar adalah pengerusi pertamanya dari 2006 sehingga 2008.

Sepertimana diketahui umum, Anwar juga akrab dengan Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS yang kemudiannya dilantik sebagai Presiden Bank Dunia sebelum beliau terpaksa meletak jawatan kerana skandal.

Wolfowitz adalah salah seorang pemimpin golongan Neo-Konservatif AS yang merupakan kumpulan yang cukup berpengaruh dalam penggubalan dasar luar dan dasar keselamatan AS.

Dalam beberapa perkara, golongan Neo-Konservatif sama-sama memperjuangkan kepentingan Zionis ( Zionisme adalah ideologi hampir-hampir 99 peratus Yahudi dunia). Malah, sebahagian besar Neo-Konservatif adalah Zionis. Wolfowitz adalah contohnya.

Ini jelas membuktikan kedudukan dan peranan Anwar Ibrahim, dan kenapa Dr. Mahathir berpendapat bahawa AS mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dr. Chandra Muzaffar ialah Presiden International Movement for A Just World.

Juragan Malawati..

Khamis, 12 Julai 2012

Isteri tidak sokong Pas dianggap sesat akhirnya dicerai talak satu?


Raut wajah Yahaya Ibrahim, keluar dari mahkamah selepas menceraikan isterinya, Che Hasnah Che Ahmad (kanan) dengan talak satu kerana tidak sefahaman tentang parti politik yang disertainya di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas, semalam.

Usia perkahwinan yang menjangkau 14 tahun sepatutnya menjadikan hubungan kasih sayang antara suami isteri semakin erat.

Namun hanya disebabkan perbezaan fahaman politik, perasaan cinta yang terjalin hilang sekelip mata sehingga si suami sanggup menceraikan insan yang menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Itulah nasib yang menimpa Che Hasnah Che Ahmad, 61, seorang guru agama di Kampung Chabang Tiga, Chetok, Pasir Mas, apabila suaminya, Yahaya Ibrahim, 78, menganggapnya sebagai sesat kerana tidak menyokong Pas dan menceraikannya dengan talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Pasir Mas di sini hari ini.

Che Hasnah ketika ditemui di luar mahkamah mendakwa, semenjak berkahwin, suaminya pernah beberapa kali mengajaknya menyertai Pas namun dia tetap dengan pendiriannya menyokong Barisan Nasional (BN).

Tahap kesabaran suaminya 'meletup' apabila dia menghadiri ceramah bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr. Hasan Ali di Tanah Merah pada 11 Jun lalu.

"Masa mula-mula kahwin, suami saya kata tidak kisahlah sokong parti mana pun sebab itu hak masing-masing namun sejak akhir-akhir ini dia semakin taksub sehingga mengatakan saya sesat dan memaksa saya untuk bersamanya.

"Bagaimanapun saya tetap dengan pendirian saya menyokong BN dan akhirnya dia memfailkan penceraian di mahkamah pada 24 Jun lalu kerana terlalu marah dengan tindakan saya hadir di sebuah ceramah di Tanah Merah sebelum itu.

"Saya sendiri tidak tahu ia ceramah oleh pemimpin itu kerana hanya mengikuti kawan saya dan kami pergi pun sebab tertarik dengan hadiah cabutan bertuah dan saya juga ada minta kebenarannya untuk pergi ke situ," dakwanya yang mengajar al-Quran kepada lebih 100 pelajar di rumahnya setiap hari dengan bayaran elaun RM300 sebulan.

Che Hasnah yang juga bekas Ketua Wanita UMNO Cawangan Chabang Tiga mendakwa, suaminya sebelum itu tidak pernah mempertikaikan fahaman politiknya namun perubahan jelas berlaku sejak Yahaya kerap pergi ke Kota Bharu untuk mendengar ceramah Pas dan apabila pulang ke rumah pertengkaran akan berlaku.

Dakwa Che Hasnah, dia percaya bekas suaminya itu dihasut oleh rakan-rakannya yang berjaya membawa ahli keluarga masing-masing menyokong Pas sehingga Yahaya rasa tercabar dan mengambil tindakan drastik itu.

"Sebelum memfailkan cerai di mahkamah, dia memberitahu saya bahawa dia tidak mahu lagi tinggal di rumah kami dan akan berpindah ke rumah anak-anaknya dengan isteri pertamanya.

"Bila dia cakap macam itu, saya tidak menolak kerana saya tahu dia sudah tidak sayangkan saya kerana tidak menyokong Pas malah setiap hari dia menuduh saya macam-macam," dakwa Che Hasnah lagi.

Terdahulu, proses penceraian secara sah pasangan tersebut yang tidak dikurniakan cahaya mata dibuat di hadapan Hakim Syarie, Mohd. Hafiz Daud.

"Saya sahkan penceraian talak satu kali pertama antara kamu dengan tuntutan mutaah sebanyak RM200 dan tuntutan edah sebanyak RM600.

"Pihak lelaki perlu membayar tuntutan ini secara ansuran selama empat bulan bermula akhir Julai ke dalam akaun bank pihak wanita dengan membawa dua orang saksi," perintah Mohd. Hafiz.

Turut hadir di mahkamah adalah beberapa ahli keluarga mereka yang dipercayai anak-anak Yahaya dengan isteri pertamanya yang sudah meninggal dunia.-UMO

Juragan Malawati..

Rabu, 11 Julai 2012

Apabila Kit Siang Takut Dengan Bayang-Bayang Sendiri?



Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempersoal tindakan Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang berterusan mengisytiharkan 'niat' untuk melawan legasi yang digelarnya sebagai 'Mahathirisme'.

Jelas Dr.Mahathir, beliau sendiri tidak memahami erti 'Mahathirisme' tetapi ia jelas merupakan sesuatu yang menakutkan dalam pemikiran Kit Siang.

''Saya tertanya-tanya mengapa Kit Siang begitu takut kepada saya? Ketakutan beliau yang terbaru adalah tentang apa yang beliau sebut sebagai 'Mahathirisme'. Jadi beliau telah mengisytiharkan niatnya untuk melawan 'Mahathirisme'.

''Sebenarnya 'Mahathirisme' mati selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengambil alih pentadbiran daripada saya pada 2003. Beliau mengubah UMNO, Barisan Nasional (BN) dan kerajaan begitu banyak sehingga tidak lagi menyerupai institusi yang saya tahu. Saya juga terpaksa 'meletakkan jawatan' daripada UMNO,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru di blognya, http://chedet.cc hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu mengulas kenyataan Kit Siang menerusi blognya, http://blog.limkitsiang.com yang mahu menentang 'Mahathirisme'.

Dr. Mahathir berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bukanlah individu yang rapat dengan beliau dan memiliki pasukan penasihat serta polisi-polisi tersendiri.

''Ya saya aktif berkempen untuk UMNO dan BN. Ini adalah kerana ia masa untuk saya 'bayar' balik kepada UMNO dan BN. Saya menjadi Perdana Menteri kerana UMNO dan BN sokong saya. Saya terhutang budi. Rasa terhutang budi itu ditunjukkan dengan cara membantu UMNO dan BN diterima rakyat dan menang.

''Sudah tentu dalam menyokong UMNO dan BN, saya juga akan membantu anak saya, Datuk Mukhriz Mahathir. Apabila saya menjadi Perdana Menteri dahulu, saya tidak membenarkan anak-anak saya aktif dalam politik,'' tegasnya.

Ujarnya, jika Najib memilih Mukhriz sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang, beliau akan turut membantu berkempen untuk Mukhriz termasuk calon-calon BN atau UMNO lain.

''Kit Siang juga membantu anaknya, Lim Guan Eng sehingga menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Justeru, saya tidak ambil kisah sama ada beliau mahu memusnahkan 'Mahathirisme' atau tidak. Ia hanya tindakan sia-sia kerana 'Mahathirisme' adalah khayalan beliau semata-mata,'' tambahnya.

Juragan Malawati..

Sabtu, 7 Julai 2012

Dongengan Anwar makin terserlah!



Anwar Ibrahim mungkin boleh mendabik dada mengatakan popularitinya di Indonesia begitu menonjol sekali. Setiap kali ada ruang dan kesempatan, Ketua Pembangkang itu akan menyampaikan dakyah-dakyah yang mempamerkan beliau sebagai seorang pemimpin hebat di Malaysia.

Namun, dari satu aspek, Anwar, seorang pemimpin yang banyak tercalit dengan kes moral barangkali terlupa, tidak semua kisah dongeng yang sering dicanang beliau diterima bulat-bulat oleh rakyat Indonesia.

Modal yang kerap digunakan pemimpin ini ialah seandainya beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia, segala isu yang sering tercetus dengan Indonesia akan diselesaikan dalam waktu yang terdekat.

Anwar menggambarkan beliau sebagai hero yang akan memastikan masalah tenaga kerja, isu perbatasan dan budaya yang sering menghimpit Malaysia dan Indonesia diatasinya. Cakap memang mudah kerana Anwar sekadar mahu menjerat perhatian penyokong-penyokongnya.

Hakikatnya, Anwar terlupa bahawa semua pemimpin politik Indonesia sudah semakin masak dengan lakonan beliau. Begitu juga dengan kenalan-kenalan terdekat Anwar di sini yang sudah mengenali warna sebenar Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) ini.

Isu Anwar di Indonesia sebetulnya tidak lagi relevan kerana apa yang paling utama yang wajar dilihat di sini ialah betapa situasi politik Malaysia sudah difahami dengan jelas oleh pengamal politik negara ini.

Keberkesanan kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri semakin terserlah dan ini sudah terbukti melalui banyak program transformasi yang dilakukan semenjak mentadbir negara.

Justeru, apabila Tan Sri Muhyiddin Yassin berkunjung ke Jakarta beberapa hari lalu dan mengadakan pertemuan dengan Ketua Umum tiga parti politik terbesar negara ini, persoalan mengenai Anwar tidak berada dalam senarai perbincangan.

Timbalan Perdana Menteri itu sebaliknya, memberitahu, ketiga-tiga pemimpin yang ditemui beliau iaitu Ketua Umum parti Golkar, Aburizal Bakrie, Ketua Umum parti Demokrat, Annas Urbaningrum dan Ketua Umum Parti Demokrasi Indonesia-Perjuangan (PDI-P), Megawati Sukarnoputeri sudah semakin jelas memahami landskap politik Malaysia.

“Tiada langsung disebut mengenai Anwar dalam pertemuan dengan ketiga-tiga Ketua Umum itu. Mungkin Anwar tidak penting.

“Mereka yang saya temui tahu keadaan sebenar. Bagi saya secara keseluruhan rakyat Indonesia memahami hubungan dua hala dan mereka tidak mudah terpedaya dengan dakyah yang dilakukan pemimpin pembangkang," komen Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO kepada wartawan Malaysia mengulas rumusan pertemuan beliau dengan ketiga-tiga ketua parti politik berpengaruh Indonesia itu.

Muhyiddin amat gembira apabila ketiga-tiga parti politik itu menyatakan komitmen tidak berbelah bagi untuk terus mengakrabkan hubungan dua hala yang sedia ada.

Jaminan itu turut dikongsi oleh Aburizal yang merakamkan penghargaan dengan kunjungan Muhyiddin yang disifatkan akan mengukuhkan lagi ikatan persahabatan antara Golkar dengan UMNO.

“Bagi Golkar, kehadiran Muhyiddin merupakan satu penghormatan. Hubungan dua parti politik ini boleh menjadi landasan diplomatik yang kedua selepas hubungan baik antara pemerintah dengan pemerintah," kata Aburizal semasa berucap mengalu-alukan kehadiran rombongan Muhyiddin bersama beberapa pemimpin kanan UMNO tempoh hari.

Tentu sekali, Aburizal dan Golkar memiliki keyakinan yang teguh terhadap parti politik Melayu terbesar, UMNO yang sudah lebih separuh abad berbakti kepada rakyat Malaysia.

Justeru, mengakrabkan hubungan persahabatan dengan UMNO merupakan hal yang jauh lebih penting kepada Golkar berbanding menjalin kerjasama dengan parti lain yang perjuangannya hanya untuk kepentingan individu, bukan rakyat.

Iltizam untuk memastikan kestabilan landskap politik Malaysia dan Indonesia untuk kemajuan bersama rantau Asia Tenggara juga disuarakan oleh Annas ketika bertemu rombongan Muhyiddin.

Kerjasama yang erat antara Demokrat dan UMNO jelas Annas, mampu membawa kepada sebuah perpaduan yang erat antara kedua-dua negara.

“Kami di Demokrat mengharapkan pertemuan ini akan menjadi pintu untuk kerjasama lain pada masa akan datang dengan UMNO.

“Sebagai jiran terdekat, Malaysia dan Indonesia mempunyai sejarah yang sangat panjang. Kerana itu saya katakan masa depan Malaysia dan Indonesia penting untuk Asia Tenggara," jelas Annas yang berhajat untuk memastikan kesinambungan persahabatan dengan UMNO berkekalan.

Aburizal dan Annas mengakui, hidup sebagai jiran terdekat, kedua-dua negara tidak terlepas daripada diuji dengan pelbagai dugaan. Bagaimanapun, beruntungnya Malaysia dan Indonesia ialah kedua-dua negara diterajui oleh pemimpin yang bijaksana dan sentiasa mendahului kemakmuran bersama.

Justeru, segala kemelut dan polemik yang tercetus lazimnya diselesaikan dalam suasana yang cukup mesra dan diplomatik. Keunikan hidup berjiran antara Malaysia dan Indonesia ini tidak seharusnya dibinasakan oleh mereka yang mempunyai kepentingan politik.

Kepercayaan dan keyakinan Golkar, Demokrat dan PDI-P terhadap kestabilan politik Malaysia yang dipimpin oleh Barisan Nasional merupakan manifestasi bahawa kemakmuran yang sedia ada seharusnya dipertahankan untuk memastikan masa depan negara terbela.-UMO

Juragan Malawati..

Jumaat, 6 Julai 2012

Tee Yong dedah bukti baru?



Ketua Biro Muda Profesional MCA, Datuk Chua Tee Yong hari ini muncul dengan pendedahan baru melibatkan kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dan Talam Corporation Berhad tanpa gentar dengan ancaman saman oleh kerajaan negeri.

Pada sidang akhbar di Wisma MCA, di sini, beliau tampil mendedahkan bukti baru tindakan kerajaan PKR Selangor yang didakwa membeli tanah pajakan milik Talam Corporation Bhd. (Talam) yang dipengerusikan oleh Tan Sri Chan Ah Chye dengan harga RM42 juta lebih mahal daripada nilai pasaran.

Dakwanya, tanah seluas 2,263 ekar (916 hektar) di Bestari Jaya adalah antara aset milik Talam yang dibeli kerajaan negeri dengan harga RM80,000 seekar atau nilai keseluruhan RM181 juta ketika pelan 'menyelamat' syarikat itu yang berhutang RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri dibuat.

Sedangkan jelas beliau, mengikut laporan penilaian oleh Mitra Valuers and Property Consultants Sdn. Bhd. kepada Talam bertarikh 11 Oktober 2010, harga pasaran tanah berkenaan hanya RM139 juta atau RM60,000 seekar dan ia beserta syarat iaitu mesti bebas daripada sebarang bebanan (komplikasi).

"Persoalan yang saya hendak tanya kerajaan PKR Selangor adalah bagaimana Talam berjaya menjual tanah itu dengan harga RM42 juta lebih tinggi daripada harga pasaran memandangkan tanah itu tidak bebas daripada bebanan selain masih digadai kepada institusi kewangan? Apakah Talam mempunyai skil perundingan yang bagus?

"Apakah kerajaan PKR Selangor tidak faham senario sebenar? Tidak kompeten atau memang tidak kisah untuk memperalat duit rakyat? Saya bingung memikirkan perkara ini kerana tanah berkenaan tidak bebas bebanan, seluas 405 hektar tanah itu mempunyai komplikasi," dakwanya.


Kelmarin, Tee Yong dalam pendedahannya mendakwa kerajaan PKR Selangor terbabit dalam penyelewengan bernilai RM1 bilion yang dikatakan berselindung di sebalik pelan 'menyelamat' Talam, yang dibebani hutang sebanyak RM392 juta dengan beberapa anak syarikat milik kerajaan negeri, dua tahun lalu.

Mengulas mengenai komplikasi tanah, Tee Yong mendakwa, 438 ekar (175 hektar) daripada tanah tersebut berada di bawah air dan memerlukan antara RM50 juta dan RM100 juta tambahan untuk kerja-kerja menimbus serta 575 ekar (230 hektar) lagi dinyatakan sebagai kawasan simpanan hutan yang tidak banyak nilai komersialnya.

Tee Yong juga membidas kenyataan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang akan mengambil tindakan undang-undang ke atas pihak-pihak yang membuat dakwaan mengenai penyelewengan bernilai RM1 bilion itu.

Beliau mempersoalkan kenapa Abdul Khalid memilih jalan mahkamah berbanding tampil menjelaskan segala pendedahan tersebut kerana politik bukan seperti mengurus firma perniagaan dan selaku Menteri Besar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok itu perlu tampil menjelaskan hal sebenar kepada rakyat.

"Beliau sekarang mentadbir negeri dan bukan firma, sepatutnya beliau harus berani untuk tampil berdepan dengan rakyat bagi menjawab semua pendedahan ini, bukannya berselindung di sebalik mahkamah. Tetapi itu mungkin cara dia dan biarlah kalau itu yang dipilih, tetapi saya akan tetap dedahkan segala penyelewengan ini," katanya

Kata Tee Yong, beliau akan membuat laporan tentang skandal berkenaan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas Talam memberi maklum balas.

Juragan Malawati..

Rabu, 4 Julai 2012

DAP memang biaDAP?



Lima Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) wakil DAP, digantung daripada menghadiri sidang Dewan Undangan Negeri Melaka, selama enam bulan kerana mengingkari dan menimbulkan kekecohan pada persidangan dewan hari ini.

Speaker DUN Melaka, Datuk Wira Othman Muhamad membuat keputusan penggantungan itu terhadap Betty Chew Gek Cheng (Kota Laksamana); Goh Leong San (Kesidang); Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh); Tey Kok Kiew (Banda Hilir) dan Lim Jak Wong (Bachang) berkuat kuasa hari ini.

Ia berikutan kekecohan yang ditimbulkan pada persidangan hari ini yang bermula dengan Betty Chew, isteri Ketua Menteri Pulau Pinang, meminta ADUN Duyong yang juga anggota Exco Kerajaan Negeri, Datuk Gan Tian Loo untuk menarik balik kenyataan yang disifatkan peribadi oleh Tian Loo terhadapnya.

Sejurus persidangan bermula pada pukul 9.30 pagi, selepas doa, ucapan aluan dan agenda persidangan yang memasuki hari ketiga hari ini, Betty Chew bangun menyatakan bahawa tohmahan telah dibuat oleh Tian Loo berhubung isu seorang wanita yang dikaitkan dengan suaminya.

“Atas kenyataan ADUN Duyong pada persidangan dewan pada Isnin lepas, saya rasa beliau (Tian Loo) melakukan fitnah dan tuduhan peribadi ke atas saya dan suami saya. Saya meminta beliau (Tian Loo) menarik balik tuduhan itu," katanya.

Othman berkata beliau telah meneliti kenyataan Tian Loo itu dan menganggap ia sekadar pertanyaan Tian Loo kepada Betty Chew sama ada mengenali individu itu.

“Ia bukan statement (pernyataan), ia pertanyaan, jawapannya ya atau tidak, kenal atau tidak, ia bukan tuduhan. Kalau tidak... nafikan, tidak timbul fitnah," kata Othman kepada Betty Chew.

Betty Chew yang tidak berpuas hati dengan jawapan Othman, menempelak Speaker dengan berkata: “Malu ke atas awak (shame on you) Datuk Speaker,".

Sejurus selepas itu, dua ADUN DAP, Poay Tiong dan Jak Wong bangun sambil merentangkan kain pemidang tertulis perkataan dalam bahasa Cina dan bahasa Inggeris “Shame on you Gan Tian Loo". Beberapa ADUN Barisan Nasional bangun mempertahankan Speaker dan berteriak “Shame on Betty" sambil berkata kain pemidang itu tidak sepatutnya dibawa masuk ke dewan persidangan.

Kedua-dua pihak berbalas cakap sebelum Speaker meminta ADUN Ayer Keroh dan Bachang meninggalkan dewan kerana membawa sepanduk tetapi kedua-dua wakil DAP itu ingkar.

Sebaik dewan berhenti rehat dan bersidang semula pada pukul 10.10 pagi, Ketua Whip, Datuk Yaakub Md. Amin membacakan usul supaya kelima-lima ADUN DAP itu digantung enam bulan kerana mengingkari sidang dewan.

Othman selepas itu membuat keputusan menggantung semua ADUN DAP itu serta menangguhkan persidangan dewan ke satu tarikh yang akan dimaklumkan.

Pada sidang akhbar kemudiannya, Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, tindakan lima ADUN DAP itu menunjukkan konspirasi wakil pembangkang untuk mengalihkan isu apabila terpalit ke atas mereka. - BERNAMA

Juragan Malawati..

DAP semakin 'cuak' tawaran BN?


Hampir setiap muka surat Buletin Mutiara keluaran Mei 2012 memaparkan gambar Lim Guan Eng.

Tidak mungkin tersalah cetak. Atau, kesilapan teknikal penerbitan. Tetapi itulah yang berlaku sehinggakan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didakwa banyak pihak sebagai 'gila publisiti'.

Ini apabila buletin keluaran kerajaan DAP Pulau Pinang, Buletin Mutiara edisi Mei lepas memuatkan sejumlah 51 gambar Ketua Menteri Pulau Pinang itu. Nampaknya jumlah gambar-gambar itu mengatasi pula muka surat buletin yang sekadar 28 helaian itu.

Nampaknya Guan Eng terpaksa 'menelan' kritikan yang dia lemparkan selama ini terhadap kepemimpinan Barisan Nasional (BN) yang dituduhnya sebagai 'gila kuasa' dan 'sentiasa mahu publisiti murahan'. Akhirnya, Buletin Mutiara mendedahkan segala-galanya - asyik mempromosi dirinya sendiri dalam buletin kerajaan negeri.

Buletin Mutiara yang diterbitkan setiap bulan dengan cetakan ratusan ribu naskhah oleh kerajaan DAP pulau itu kini menjadi perbualan hangat warga Pulau Pinang kerana hanya memuatkan gambar Guan Eng dalam setiap muka surat.

Sedangkan setiap bahan yang diterbitkan 'kalau boleh' haruslah menggambarkan pembangunan dan kemajuan di Pulau Pinang. Selitkanlah juga berita-berita berkaitan kebajikan penduduk. Namun hanya Guan Eng menjadi 'berita utamanya'.

Tidak salah mempromosi diri sendiri tetapi biarlah 'patut-patut'. Ketika ramai lagi pemimpin dalam pakatan pembangkang di Pulau Pinang itu - dari PKR dan Pas serta lain-lain pemimpin dalam DAP - dikatakan turut 'bekerja keras' untuk pembangunan negeri itu, takkanlah hanya 'seorang sahaja dapat nama'.

Apa pun penyiaran merata gambar-gambar Guan Eng dalam 'buletin' berkenaan bukanlah suatu yang menghairankan. Ini jika dilihat peranan 'buletin' berkenaan dalam menguar-uarkan propaganda DAP Pulau Pinang.

Baru-baru ini, buletin yang sama juga menyiarkan laporan yang disifatkan oleh rakyat Pulau Pinang suatu penipuan besar apabila mendakwa kerajaan DAP itu sudah membina 11,596 unit rumah kos rendah dan sederhana rendah menerusi Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) sejak 2008.

Laporan terbitan 1-15 April lalu itu bukan saja tanpa disokong bukti tetapi turut bercanggah dengan kenyataan Guan Eng selepas itu, yang menurut Ketua Pemuda UMNO negeri, Shaik Hussein Mydin sebagai menipu rakyat - dengan mendakwa kononnya kerajaan pakatan pembangkang memperjuangkan nasib orang miskin.

"Kenyataan buletin itu bahawa kerajaan pakatan pembangkang sudah membina 11,596 unit rumah kos rendah dan kos sederhana rendah menerusi PDC sejak 2008 adalah cubaan mengelirukan rakyat dan gimik menjelang pilihan raya.

"Laporan itu bertentangan dengan kenyataan Guan Eng di Komtar pada 29 April (2012) yang mengakui kerajaan negeri hanya membina 1,194 unit rumah kos rendah dan 2,227 kos sederhana rendah, manakala selebihnya iaitu 2,612 rumah kos rendah dan 5,563 rumah kos sederhana rendah dibina pihak swasta.

"Jadi, kenyataan disiarkan Buletin Mutiara itu adalah penipuan paling hebat dalam sejarah DAP untuk mengelirukan rakyat Pulau Pinang dengan Guan Eng bertanggungjawab sepenuhnya," katanya.

Dan kalau dibelek-belek sebab kebimbangan kerajaan DAP Pulau Pinang sehinggakan gambar-gambar Guan Eng dimuat penuh dalam Buletin Mutiara, ia bukanlah sesuatu yang pelik.

Antaranya, kerana kebelakangan ini Setiausaha Agung DAP itu dikatakan agak 'cuak' dengan komitmen dan kerja keras BN negeri di bawah kepemimpinan mudanya, Teng Chang Yeow. Pemimpin muda ini giat meredah pelosok negeri bertemu dan menyelesaikan masalah rakyat.

Apabila Chang Yeow berkata "I have a vision for developing Penang" dalam New Straits Times bertarikh 10 Jun 2012, pastinya kenyataan itu menjadi satu ancaman kepada Guan Eng dan para strategis DAP. Maknanya, Chang Yeow telah menawarkan satu lagi tawaran baru kepada rakyat Pulau Pinang sebagai counter offer kepada apa yang ditawarkan oleh kerajaan Guan Eng.

Inilah yang menggusarkan Guan Eng dan pemimpin DAP negeri. Sebagai kerajaan negeri, sepatutnya Guan Eng yang membuat 'tawaran' yang DAP mempunyai wawasan untuk membangunkan Pulau Pinang.

Dan yang lebih 'parah' didengari oleh Guan Eng daripada Chang Yeow ialah apabila Pengerusi BN Pulau Pinang itu menegaskan: "Tidak ada apa pun yang dibuat oleh kerajaan Pulau Pinang dalam empat tahun ini. Mereka tidak ada polisi atau blueprint untuk Pulau Pinang."

Dan tidak hairanlah sejak Chang Yeow dilantik memegang kerusi Pengerusi BN Pulau Pinang, beliau telah 'diserang' dengan strategi 'dicemarkan imej ' oleh pihak tertentu sehinggakan ada mengatakan 'Chang Yeow lebih 'ditakuti' berbanding 'Tsu Koon' (Tan Sri Koh Tsu Koon, bekas Pengerusi BN dan Ketua Menteri Pulau Pinang.)

Apa pun bukan sahaja 'kegawatan' Guan Eng dirasai di Pulau Pinang. Khabar keretakan hubungan antara Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh dan Ahli Parlimen Batu Kawan, Prof. Rama bukan lagi rahsia. Ini terutamanya dalam kalangan masyarakat India di Pulau Pinang.

Cuma tidak tahu siapa punya angkara apabila gambar Karpal dikatakan telah dipotong dari papan iklan sambutan 'Kumba Abishegam' di Pulau Pinang baru-baru ini.

Gambar Karpal dipercayai dirosakkan oleh pihak tertentu yang tidak menyenangi kehadiran Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu ke majlis keagamaan tersebut yang turut dihadiri oleh semua pemimpin DAP India yang lain.

Kejadian seumpama itu bukanlah kali pertama. Tetapi sudah acap kali terjadi. Setiap papan iklan dan poster seringkali dipotong, dituang cat atau di koyakkan andainya imej dua pemimpin itu diletakkan serentak. Pada masa sama, masyarakat India di Pulau Pinang turut dikatakan 'makan hati' dengan Prof. Rama yang didakwa tidak dapat memenuhi janji-janji dengan kaum tersebut.

Ketika paparan gambar-gambar Guan Eng dalam Buletin Mutiara semakin 'galak', BN sebenarnya mempunyai tugas yang amat berat untuk mengembalikan mandat rakyat Pulau Pinang kepada parti itu.

Cabaran paling besar adalah untuk memperbetulkan imej dan persepsi rakyat terhadap kemampuan dan kebolehannya dalam mempertingkatkan kebajikan kepada rakyat secara umum. Ini hasil daripada banyak insiden dan kejadian yang telah mencacatkan imej BN sebelum ini.

Begitupun semakin ramai rakyat Pulau Pinang sejak akhir-akhir ini kian yakin dengan BN. Ini dilihat daripada program transformasi kerajaan dan ekonomi yang dilancarkan oleh Perdana Menteri. Ia diyakini dapat memulihkan keyakinan rakyat kepada BN di Pulau Pinang. Ditambah lagi dengan kesungguhan BN Pulau Pinang kini yang bergerak sebagai satu pasukan yang bersatu padu.

Satu pasukan yang tidak membezakan UMNO, Gerakan, MCA, MIC atau Parti Progresif Penduduk (PPP) dan lain-lain.

Juragan Malawati..

Isnin, 2 Julai 2012

GEMPAR..!!! Suaram didakwa diwujud untuk kelirukan rakyat!



Kewujudan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dilihat semata-mata mahu mengelirukan rakyat berikutan peranannya yang cenderung sebagai alat dalam penyebaran fitnah ke atas kepimpinan negara.

Presiden Gerakan Reformasi Rakyat Malaysia (Reformis), Ramlan Abu Bakar (gambar) berkata, agenda tersembunyi 'pertubuhan' itu terbukti apabila mereka tergamak mempengaruhi ahli pakatan pembangkang yang lain untuk membuat laporan palsu kepada pihak polis.

"Ini merupakan pertama kali saya tampil mendedahkan permainan dan agenda tersembunyi Suaram.

"Selama 12 tahun berada dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR), saya ibarat tali barut Suaram.

"Suaram tidak akan bertindak atas nama syarikat mereka, sebaliknya gunakan orang lain untuk mencapai sesuatu matlamat," katanya ketika ditemui di pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas gesaan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah supaya Suaram menjelaskan kedudukan sebenarnya kerana semakan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia mendapati ia adalah syarikat swasta yang mempunyai pendapatan lebih RM900,000 dalam tempoh 2009 dan 2010.

Ramlan mendakwa, Suaram telah mempengaruhinya untuk membuat laporan polis ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Laporan polis bertarikh 21 Oktober 2008 di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi dibuat atas nama Sekretariat Anak Muda Malaysia (SAMM).

"Antara terlibat membuat laporan pada masa itu ialah Ketua PKR Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin; Aiman Athirah Al-Junid, Wan Mohd. Anies Wan Adham, Amin Iskandar dan saya.

"Seingat saya individu yang membuat laporan tidak dibekalkan dengan salinan laporan polis. Begitulah hebatnya rancangan Suaram untuk menjatuhkan kerajaan iaitu menerusi undang-undang dan penganjuran demonstrasi jalanan," dakwanya.

Menurut Ramlan, menerusi maklumat yang diperolehinya, sumber pendapatan terbesar syarikat itu adalah hasil pembiayaan salah seorang pemimpin pakatan pembangkang.

"Saya cabar pemimpin berkenaan buat pengesahan dan beri penjelasan sumbangan sebenar pendapatan syarikat," katanya.-UMO

Juragan Malawati