UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 15 Julai 2012

Kit Siang..ohhh Kit Siang?



Kasihan. Tiga penyanyi popular, Jamal Abdillah, Amy Search dan Ibnor Riza menjadi mangsa fitnah dan tohmahan. Ini ekoran tindakan Lim Kit Siang menyiarkan tulisan seorang blogger dalam blog penasihat DAP itu.

Tulisan itu antara lain mendakwa ketiga-tiga artis berkenaan menerima sogokan sebanyak RM10,000 setiap kali menyatakan sokongan kepada UMNO.

Dakwaan itu terlalu serius seolah-olah mereka tidak punyai harga diri. Jamal, Amy dan Ibnor dalam reaksi mereka mahu pihak-pihak berkenaan termasuk Kit Siang memohon maaf. Mereka merasa terhina dan sedih sambil menyifatkan dakwaan itu sebagai 100 peratus fitnah.

Mungkin kita ingin tahu apa sebenarnya motif Kit Siang menyiarkan tulisan sedemikian tanpa usul periksa. Sebagai pemimpin veteran dan berpengalaman luas, tidak wajar sama sekali tulisan seperti itu dimuatkan dalam blognya melainkan beliau mempunyai niat serong.

Perbuatan Kit Siang mengundang bantahan banyak pihak termasuk bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin, yang membangkitkan isu itu menerusi blognya, zamkata.

Pada firasat mungkin Kit Siang agak bimbang dengan sokongan majoriti artis tanah air kepada kerajaan sekarang. Sepatutnya beliau bersikap terbuka. Ada juga segelintir artis yang menyokong pembangkang dan itu hak masing-masing.

Tetapi janganlah pemimpin sampai dilihat bersubahat menyiarkan fitnah, melainkan mempunyai bukti kukuh. Tidak lama dulu, Kit Siang marah apabila cucunya difitnah dalam laporan blog, begitu juga jika melibatkan anaknya. Kini, beliau bertindak sebaliknya. Malulah...Kit Siang..!!!

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan