UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 14 Julai 2012

Anwar Ibrahim dan politik penguasaan Amerika Syarikat!



Saya tertarik dengan beberapa perkara yang dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam wawancaranya dengan Mingguan Malaysia pada 8 Julai 2012.

Antara lain, Tun Dr. Mahathir menegaskan, "Saya berpendapat bahawa AS (Amerika Syarikat) memang mahukan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri negara ini."

Beliau menambah, "Malaysia bukanlah negara yang menyokong AS sangat memandangkan kita menyokong Palestin, mempunyai hubungan rapat dengan Iran dan China. Mereka nak kita menentang China dan Iran. Kita tidak pernah menyertai gerakan ketenteraan mereka."

Benar, apa yang dihujahkan oleh Tun Dr. Mahathir.

Dalam perancangan kepentingan-kepentingan tertentu yang menguasai politik dan ekonomi AS, penghalang utama terhadap penguasaan dunia AS dalam alaf 21 ini ialah China.

Itulah sebabnya, elit AS cuba mengawal kebangkitan China. Kawalan ini memerlukan penguasaan terhadap Asia Tenggara yang merupakan jiran China, khususnya, penguasaan terhadap dua perairan strategik, iaitu Selat Melaka dan Laut Cina Selatan.

Untuk mencapai agenda ini, AS harus memastikan bahawa negara-negara di Asia Tenggara dipimpin oleh individu-individu yang 120 peratus memihak pada AS.


Yang dikehendaki AS bukan sahabat semata-mata; AS mahu sekutu. Dalam konteks Malaysia, sekutu itu penting kerana Selat Melaka. Malaysia adalah negara berhampiran Selat tersebut, atau pun dalam bahasa maritim, littoral state.

Sebagai littoral state Malaysia berhak terhadap Selat Melaka. Selat Melaka adalah sebahagian daripada kedaulatan Malaysia.

Bagi China pula, Selat Melaka adalah antara perairaan terpenting. Separuh daripada minyak yang diimport China melalui Selat Melaka. Begitu juga, satu pertiga daripada perdagangannya bergantung pada Selat Melaka. Lagi pun, Selat Melaka adalah antara tiga selat yang paling penting di dunia.

Sudah tentu AS mahu Selat Melaka dalam genggaman sekutunya - sekutu yang akan mematuhi segala kehendak elit AS, dan sebahagian besar daripada matlamat dasar luarnya di rantau ini ditujukan pada kawalan terhadap China.

Dalam hubungan inilah kita harus memahami kenyataan Dr. Mahathir tentang Anwar. Anwar memang rapat dengan kepentingan-kepentingan yang berpengaruh di AS.


Itulah sebabnya beliau dilantik sebagai pengerusi sebuah badan yang memenuhi cita-cita dasar luar AS di Asia Barat. Badan yang dimaksudkan ialah Foundation for the Future.

Matlamat sebenar Yayasan ini adalah untuk mengekalkan dan memperkukuhkan kuasa dan pengaruh AS di Asia Barat bertopengkan demokrasi dan kebebasan.

Condeleeza Rice, bekas Setiausaha Negara AS melancarkanya pada 2005 dan Anwar adalah pengerusi pertamanya dari 2006 sehingga 2008.

Sepertimana diketahui umum, Anwar juga akrab dengan Paul Wolfowitz, bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan AS yang kemudiannya dilantik sebagai Presiden Bank Dunia sebelum beliau terpaksa meletak jawatan kerana skandal.

Wolfowitz adalah salah seorang pemimpin golongan Neo-Konservatif AS yang merupakan kumpulan yang cukup berpengaruh dalam penggubalan dasar luar dan dasar keselamatan AS.

Dalam beberapa perkara, golongan Neo-Konservatif sama-sama memperjuangkan kepentingan Zionis ( Zionisme adalah ideologi hampir-hampir 99 peratus Yahudi dunia). Malah, sebahagian besar Neo-Konservatif adalah Zionis. Wolfowitz adalah contohnya.

Ini jelas membuktikan kedudukan dan peranan Anwar Ibrahim, dan kenapa Dr. Mahathir berpendapat bahawa AS mahukan Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Dr. Chandra Muzaffar ialah Presiden International Movement for A Just World.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan