UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 28 Julai 2012

BN Selangor minta PKNS jelas isu skandal hutang Talam?



Barisan Nasional (BN) Selangor mendesak Pengurus Besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor(PKNS) Othman Omar menjelaskan isu pengambilalihan hutang Talam Corporation Berhad (Talam) oleh perbadanan itu.

Koordinatornya Datuk Seri Mohd Zin Mohamed berkata PKNS wajar memberi penjelasan kepada rakyat Selangor mengenai proses pengambilalihan hutang Talam sebanyak RM392 juta daripada Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), Kumpulan Hartanah Selangor Berhad (KHSB) dan Universiti Selangor (Unisel).

"Saya meminta Pengurus PKNS, Othman Omar jelaskan sebab kenapa PKNS sanggup mengambil alih hutang Talam padahal semua pihak tahu perbadanan itu diwujudkan bagi membantu golongan tidak mampu untuk beli rumah dan hartanah.

"Adakah agenda asal PKNS telah dipadam oleh kerajaan negeri dan kenapa PKNS menjadi satu badan yang berperanan mengambil alih hutang syarikat korporat?," katanya pada sidang media di sini.

Beliau berkata jika pengambilalihan hutang daripada syarikat korporat itu merupakan peranan dan fungsi baru PKNS, Mohd Zin turut mendesak agar perbadanan terbabit mengambil alih hutang daripada rakyat Selangor yang tidak mampu.

"Saya rasa adalah wajar PKNS mengambil alih hutang individu kurang mampu yang masih berhutang dengan PKNS... ini barulah merupakan langkah yang lebih adil," katanya.

Sementara itu, Mohd Zin turut mempertikaikan tindakan Kerajaan Selangor menghantar bekalan air kepada penduduk Seri Kembangan baru-baru ini di mana tindakan itu membuktikan berlakunya krisis air di Selangor.

"Apa logiknya mereka berbuat demikian? Bila adanya perkara ini (menghantar bekalan air) ia terbukti sememangnya berlakunya krisis air. Itu bermakna perlunya projek Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan dan tolong jangan tipu rakyat dengan mendakwa bekalan air cukup," tegasnya. - Bernama

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan