UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 28 Februari 2011

Cerita Al-Juburi Mat Sabu!

PAS khususnya Mat Sabu @ Khalwati tidak seharusnya memejamkan mata dalam kes Anwar Ibrahim ini. Jika sebelum ini, dia begitu lantang mencerca Anwar Ibrahim sepatutnya dia lebih lantang lagi melakukan cercaan itu kerana ini adalah masa yang terbaik untuk Mat Sabu @ Khalwati membuktikan apa yang dikatakan dahulu.

Bukankah dia orang pertama memberi gelaran Anwar Ibrahim Al-Juburi dalam ceramah-ceramahnya sebelum ini. Rakyat tidak seharusnya tertipu dengan sandiwara PAS ini. Mat Sabu @ Khalwati telah lama pukul canang dan menggelar Anwar dengan nama Pak Sheikh Anwar Ibrahim Al-Juburi kerana beliau kenal siapa Anwar Ibrahim, orang kampungnya. Dia sendiri telah maklum dengan salah laku Anwar Ibrahim sebelum ini. Tentu banyak lagi rahsia tentang Anwar Ibrahim ini diketahuinya.

Namun mengapakah Mat Sabu tidak mahu membongkarnya lagi sehingga sekarang? Bukankah ini satu usaha murni menerangkan kepada rakyat siapa sebenarnya Anwar Ibrahim agar rakyat tidak terus tertipu di sebalik watak kepura-puraan Anwar Ibrahim? Inilah yang menjadi persoalannya. Adakah kerana PAS dan PKR sekarang sudah 'sekapal',maka perkara ini didiamkan!

Bukan setakat Mat Sabu sahaja yang tahu perangai sebenar Anwar Ibrahim ini malah seluruh pemimpin PAS juga mengetahuinya. Tetapi mengapakah pemimpin-pemimpin PAS ini hanya membisu? Dalam soal ini PAS tidak mampu lagi untuk berdalih bahawa PAS sendiri mempunyai agenda politik tersembunyi. PAS yang gila kuasa menggunakan kesempatan dalam kes Anwar ini untuk memikat pengikut setia Anwar Ibrahim itu untuk menyokong PAS.

Malah PAS juga cuba menangguk di air yang keruh dengan memfitnah Kerajaan dan pemimpin-pemimpinnya untuk mendapat sokongan rakyat. Seandainya Anwar Ibrahim tidak disingkirkan dalam UMNO dan Wan Azizah bersama parti Keadilannya tidak bekerjasama dengan PAS, pasti pembongkaran demi pembongkaran terhadap siapa Anwar Ibrahim sebenarnya akan lantang dihebahkan kepada rakyat. Inilah wajah politik PAS yang sebenarnya. Kepentingan peribadi diletakkan di atas segala-galanya manakala kehendak sebenar rakyat diketepikan. Yang penting KUASA, KUASA….KUASA.

Mat Sabu @ Khalwati juga pernah mencabar Anwar untuk bersumpah di Masjid Permatang Pauh bahawa Anwar tidak mengambil wang RM60 juta dari tauke Magnum – Datuk Nalla. Anwar Ibrahim tidak berani untuk menyahut cabaran tersebut dan juga tidak berani berdepan dengan Mat Sabu di atas pentas yang sama sehingga hari ini.

Alangkah baiknya jika Mat Sabu terus membuka topeng yang melindungi Anwar selama ini agar rakyat dapat menilai siapakah sebenarnya PENGKHIANAT BANGSA. Namun ini semua tidak mungkin berlaku kerana percaturan politik PAS yang ketagih kuasa dan atas sifat inilah maka PAS akan terus menyembunyikan perkara sebenar dengan harapan rakyat beralih sokongan kepadanya. Tetapi apakah hukumnya jika bersubahat!

Namun percayalah Allah s.w.t Maha Berkuasa. Allah s.w.t tetap akan menaikkan yang hak dan menjatuhkan yang bathil. Liwat itu adalah kerja bathil, zina adalah kerja bathil, menyalah guna kuasa juga adalah kerja bathil. Yang paling bathil dan hina adalah menggunakan agama sebagai topeng untuk menduduki takhta kuasa dan selanjutnya menggunakan kuasa yang ada untuk menutup kebathilan yang lain. Mat Sabu dan Anwar Ibrahim mungkin serupa tapi tak sama. Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Ahad, 27 Februari 2011

PRK DUN Merlimau : Polemik 'dinasti' Pas!

Di Merlimau ketika ini PAS dikatakan tidak senang duduk. Semuanya serba tidak kena kerana tiada isu kukuh yang boleh dipolitikkan. Jenis isu mana yang mahu dikontroversikan untuk berdepan dengan BN menjadi kemelut PAS. Kalut PAS membawa kepada tindak-tanduk calonnya, Yuhaizad Abdullah yang dilihat lebih banyak berdiam diri dan kurang berinteraksi apabila ditanya media mengenai visinya untuk pengundi Merlimau.

Sebaliknya, dia hanya sekadar menyerahkan kepada kepimpinan PAS Melaka dan Pusat untuk menyusun strategi mencipta isu yang sesuai. Kerana ketiadaan isu konkrit inilah maka Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka, Kamaruddin Sidik cuba menguji pengundi dengan mencetuskan isu 'dinasti dan legasi' yang mahu dikaitkan dengan calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad.

Meskipun pemilihan Roslan dilihat ramai pemerhati tidak bersandarkan latar belakang politik arwah bapanya, Datuk Ahmad Ithin yang meninggal dunia pada 1991 dan bapa saudaranya bekas Ketua Menteri, Datuk Seri Abu Zahar Isnin yang tidak lagi mengetuai kerajaan Melaka pada 1999 lagi, Kamaruddin tetap tidak 'putus asa'.

Malah, dengan senang hati pula dan tanpa membuat 'kerja rumah', Kamaruddin mendakwa BN yang diwakili UMNO mengamalkan sistem dinasti secara turun temurun bagi jawatan pemimpin dari bapa kepada anak. Yang menjadi mangsa ialah Roslan. Soal jarak masa bapa dan bapa saudaranya tidak lagi berada dalam kerajaan negeri dengan tarikh beliau dinamakan sebagai calon BN bukan lagi persoalan.

Dakwa Kamaruddin, amalan 'dinasti' itu telah lama berlaku dalam UMNO, malah beliau mendakwa lagi kononnya 'orang ramai yang saya temui pun telah menyuarakan rasa tidak puas hati dengan perkara ini'. Benarkah?

Mungkin Kamaruddin sengaja tidak mahu menyamakan perkataan 'nepotisme' untuk 'dinasti'. Barangkali untuk mengelirukan pengundi Merlimau bahawa realiti sebenarnya ialah pihak pembangkanglah yang amat menjuarai dalam hal ini.

Kamaruddin sewajarnya melihat amalan 'dinasti' ini yang mana para pemimpin yang menerajui sesebuah parti menurunkan kuasa kepada anak beranaknya untuk jawatan tertinggi dalam DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) - sekutu utama PAS dalam pembangkang.

Cuba Kamaruddin renung-renungkan dua perkataan iaitu kronisme & nepotisme (juga dinasti) yang menjadi modal Anwar Ibrahim untuk menyerang UMNO dan BN. Sebenarnya yang kuat mengamalkan kronisme dan nepotisme adalah Anwar sendiri.

Sejak beliau memegang jawatan di dalam Kabinet sehinggalah menjadi Ketua Umum PKR, amalan itu tidak pernah lekang daripada beliau. PKR menjadi sebuah parti anak beranak dan kroni Anwar sekeluarga apabila Nurul Izzah yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai menyandang jawatan Naib Presiden parti itu. Si ayah menjadi ketua umum, si ibu menjadi presiden dan si anak pula naib presiden.

Anwar bertindak ala pengurus kempen pula kepada semua calon pilihan semasa bertanding kepimpinan Pusat PKR. Beliau mahukan orangnya menguasai keseluruhan parti dari peringkat cabang sehinggalah ke peringkat pusat. Apabila Kamaruddin melabelkan UMNO sebagai parti yang mengamalkan kronisme dan nepotisme, seolah-olah dia membuka pekung sendiri.

Segala apa yang ditohmah oleh Kamaruddin terhadap Roslan di Merlimau kini kembali kepada diri PAS, partinya yang bersekutu dengan PKR yang paling ketara mengamalkan 'dinasti' dan kronisme ini.

Demikian jugalah wujud dinasti politik lain seperti gandingan pemimpin DAP, Lim Kit Siang dengan Lim Guan Eng dan isterinya Betty Chew, selain Karpal Singh dengan Gobind Singh Deo dan Jagdeep Singh Deo.

Kamaruddin sewajarnya bermuhasabah diri. Seperti mana kata Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pemilihan Roslan sebagai calon pilihan raya kecil DUN Merlimau itu dibuat berdasarkan merit.

Perhubungan dan pertalian tidak boleh diambil kira, malah tidak dapat dielakkan. Yang penting adalah penilaian pucuk pimpinan terhadap potensi Roslan.

Nasihat buat Kamaruddin, hentikanlah amalan meludah kelangit!!! Wallahuallam.-UM.

Juragan Malawati..

Khamis, 24 Februari 2011

MB Khalid didesak selesaikan isu harga premium tanah, status pegangan!

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim digesa memberikan penjelasan berkaitan isu premium tanah dan status pegangan tanah di kawasan PJ Old Town dan beberapa seksyen di sekitarnya serta Kampung Baru Cina Sungei Way.

Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Medan, Raja Datuk Hanipuddin Raja Datuk Nong Chik berkata, Menteri Besar perlu berlaku adil kepada semua rakyat negeri ini dalam menyelaraskan kadar premium tanah selepas tempoh pegangan tamat dan isu penukaran status tanah kepada pegangan bebas.

"Semasa kempen Pilihan Raya Umum Ke-12, Haniza Mohamed Talha yang kini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Medan dan Hee Loy Sian iaitu Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan pernah berjanji untuk menukar status tanah-tanah di kawasan tersebut dari pajakan 99 tahun kepada pegangan bebas.

"Namun, sehingga kini tiada langsung janji-janji itu akan menjadi kenyataan," katanya kepada pemberita selepas menghantar memorandum kepada Menteri Besar di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), di sini hari ini.

Hadir sama Pegawai Penyelaras Parlimen Petaling Jaya Selatan, Kelvin Chong dan Pengerusi MCA Taman Lee Yan Lian, Wong Fong Leng.

Hanipuddin juga mempersoalkan kadar premium yang berbeza yang mana tanah di Gombak Setia dikenakan premium RM1 sekaki persegi, sedangkan penduduk di PJ Old Town dan kawasan di sekitar Petaling Jaya dikenakan kadar premium RM2.50 sekaki persegi.

"Penduduk yang sebelum ini dikenakan RM45,000 bil premium pada tahun 2006 kini perlu membayar sebanyak RM105,000 bagi keluasan yang sama tahun ini," katanya.

Sementara itu, Kelvin Chong menganggap tindakan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor seumpama orang yang melepaskan batuk di tangga dalam menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum di kawasan PJ Old Town dan seksyen-seksyen terbabit.

Katanya, jika kerajaan negeri tidak membuat keputusan yang pasti dalam isu premium dan status pegangan tanah, ia akan mewujudkan suasana tidak menentu di kalangan masyarakat di kawasan berkenaan.

Hanipuddin dan Kelvin menyerahkan memorandum mengandungi tiga perkara berhubung status dan premium tanah kepada pejabat Menteri Besar kira-kira pukul 11.30 pagi diiringi berapa orang ahli UMNO dan MCA.-UM.

Juragan Malawati

Rabu, 23 Februari 2011

Penduduk tagih janji MB Khalid!

Penduduk Taman Suria berhimpun bagi menyatakan rasa tidak puas hati atas kegagalan kerajaan negeri memastikan sebuah kilang di kawasan itu tidak mengancam keselamatan mereka di Ijok, kelmarin.

KUALA SELANGOR - Pada penghujung tahun lalu, penduduk Taman Suria di Ijok dekat sini menyuarakan kebimbangan mereka terhadap operasi sebuah kilang yang didakwa melepaskan bahan berbahaya ke udara dan saliran di kawasan itu.

Namun, isu tersebut dianggap selesai selepas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim melawat ke kilang itu dan mengesahkan operasi kilang itu selamat kepada alam sekitar.

Pengarah urusan kilang berkenaan turut menafikan kilang itu mengeluarkan gas ammonia dan sisa toksik, sebaliknya menegaskan kilang itu mematuhi peraturan berkaitan alam sekitar yang ditetapkan.

Bagaimanapun, baru-baru ini, satu letupan berlaku di kilang itu dan letupan itu, dakwa penduduk, telah menyebabkan persekitaran kawasan perumahan diselubungi habuk putih

Atas rasa bimbang dan tidak puas hati dengan jaminan yang diberikan oleh kerajaan negeri sebelum ini, penduduk Taman Suria sekali lagi berhimpun untuk menyatakan bantahan mereka.

Penduduk mendakwa letupan di kilang tersebut berlaku pada 5.30 petang 28 Januari lalu.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Suria, P. Jegan berkata, letupan tersebut adalah bukti bahawa kesihatan dan keselamatan penduduk di situ masih terancam.

Malah, katanya, ancaman yang mereka hadapi kini lebih besar dan berbahaya.

"Kami kesal kerana pelbagai pihak yang berjanji hendak membantu gagal menunaikan janji mereka dan letupan pada 28 Januari lalu membuktikan keselamatan kami belum terjamin.

"Apa yang lebih dikesalkan ialah Menteri Besar tidak menemui penduduk terlebih dahulu, sebaliknya terus menemui pihak pengurusan kilang itu menyebabkan masalah itu kini semakin berlarutan," katanya.

Beliau ditemui selepas sesi taklimat berhubung isu letupan kilang tersebut di dewan orang ramai Taman Suria di sini semalam.

Turut hadir, Penyelaras Barisan Nasional Dewan Undangan Negeri (DUN) Ijok, K. Partiban dan Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam.

Jegan berkata, Abdul Khalid sepatutnya bertemu penduduk terlebih dahulu sebelum membuat lawatan mengejut ke kilang tersebut agar pihaknya boleh menunjukkan bukti-bukti fizikal kesan pencemaran dari kilang itu.

"Tiga tahun lepas, pihak kami pernah bertanyakan apakah jarak yang selamat antara kawasan perumahan dan kawasan kilang.

"Ini kerana jika berlaku letupan, mungkin penduduk ada masa untuk menyelamatkan diri," katanya sambil menambah, nyawa penduduk lebih terancam jika letupan berlaku pada waktu malam.

Berikutan letupan yang berlaku pada hujung bulan lalu itu, Jegan berharap semua pihak yang berjanji untuk menyelesaikan masalah itu agar segera menunaikan janji mereka.

Katanya, pihaknya telah menjemput banyak pihak ke sesi taklimat itu termasuk Majlis Daerah Kuala Selangor, Jabatan Alam Sekitar dan Abdul Khalid tetapi hanya Partiban dan Manikavasagam yang muncul.

"Apakah ini petanda yang perjuangan penduduk akan terus berhadapan dengan kesukaran dan jalan berliku," soalnya.

Beliau juga menegaskan bahawa penduduk tidak gentar dengan ancaman disaman oleh pihak kilang terbabit kerana yakin berada di pihak yang benar berdasarkan bukti yang dikumpul semasa letupan baru-baru ini.

Juragan Malawati..

Isnin, 21 Februari 2011

Sandiwara politik Nik Aziz!

Pengasas Pondok Geting, Tumpat, Abdullah Sa'amah menyifatkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat terlalu pandai 'bermuka-muka' apabila cuba menarik perhatian orang Melayu dengan menyatakan parti itu mengutamakan perjuangan kaum pribumi tersebut.

Beliau berkata, keadaan itu jelas kerana Menteri Besar Kelantan tersebut tidak pernah menyesal atau menarik balik kenyataan menghina orang Melayu yang dibuatnya sebelum ini.

"Terlalu banyak penghinaan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz terhadap orang Melayu malah terlalu banyak kenyataannya bertentangan dengan ajaran Islam, perkara ini harus disedari supaya orang Melayu tidak terpedaya dengan kata-katanya.

"Dia tidak pernah menyesal dengan kenyataan yang dibuatnya, tidak pernah untuk menarik balik. Tiba-tiba hari ini keluar kenyataan bahawa Pas mengutamakan perjuangan untuk orang Melayu, untuk apa kalau bukan menarik sokongan orang Melayu," katanya di sini, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Abdullah berkata, sekiranya benar Nik Abdul Aziz memperjuangkan hak orang Melayu dan ingin menegakkan Islam di negara ini, Pas sepatutnya bekerjasama dengan UMNO, bukannya terus bersekongkol dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Apabila DAP mengganggu-gugat hal ehwal agama Islam di Selangor dan Pulau Pinang, di mana suara Nik Abdul Aziz? Tidak kiralah ia berlaku di negeri lain, sebagai orang yang ada jawatan besar dalam parti yang kononnya memperjuangkan Islam, dia wajib bersuara.

"Kalau begitu cara Pas untuk menegakkan Islam, lebih baik cara UMNO, biarpun tidak ada perkataan Islam pada nama parti itu tetapi jelas selama 50 tahun UMNO telah sedaya upaya menyebarkan Islam di negara ini, lihat pondok-pondok dan sekolah agama terus berkembang tidak ada sebarang halangan malah ditubuhkan agensi atau jabatan khusus untuk menjaga hal ehwal Islam dengan peruntukan yang besar," katanya.

Katanya, sebagai contoh, Nik Abdul Aziz tidak membenarkan sambutan Maulidur Rasul di negeri ini kerana menganggapnya bidaah sedangkan ulama-ulama di seluruh dunia berpendapat ia wajar disambut secara besar-besaran bagi mengingati sirah Rasulullah SAW dan sebagai pengajaran kepada umat Islam hari ini.

"Apakah Nik Abdul Aziz boleh memberikan jaminan bahawa apabila Pas bersama DAP dan PKR memerintah, agama Islam dapat dipertahankan? Lihat saja di Selangor, Exco DAP boleh mengganggu hal ehwal Islam, di Pulau Pinang sudah ada Exco untuk agama lain.

"Apakah kita lupa kata-kata Karpal Singh tentang hasrat Pas untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini, lebih malang ada pula pemimpin Pas sanggup memberi nyawa mempertahankan Karpal," katanya.

Pada masa sama, beliau yang juga ahli Pas yakin parti itu tidak akan melaksanakan dasar perjuangannya untuk menegakkan Islam sekiranya memerintah kerana ia telah dibuang ke tepi dan menjadikan kuasa atau kemenangan pada pilihan raya sebagai matlamat utamanya.

"Nik Abdul Aziz sememangnya berbohong apabila mengatakan tujuan Pas bekerjasama dengan DAP adalah untuk berdakwah. Pas tidak pernah berdakwah kepada DAP, Pas hanya menjadi pengikut DAP," katanya. -UM.

Kepada Pok Nik...bertaubatlah sebelum terlambat!

Juragan Malawati..

Ahad, 20 Februari 2011

PAS parti oportunis - Dr. Mahathir!

Pendirian PAS yang mahu kembali mempertahankan hak orang Melayu meskipun selama ini menolak perjuangan berasaskan bangsa membuktikan parti itu adalah parti oportunis dan tidak ikhlas dalam perjuangan mereka.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, PAS mengubah pendirian bukan kerana ikhlas untuk mempertahankan hak Melayu tetapi hanya kerana mahu memastikan mereka mampu memenangi kembali undi daripada orang Melayu.

Katanya, adalah tidak mustahil apabila PAS sudah mendapat semula sokongan orang Melayu, parti itu akan mengubah kembali pendirian mereka seperti sedia kala dengan alasan, perjuangan Islam lebih penting berbanding perjuangan memartabatkan kaum Melayu.

"Ini oportunis... Bila sedar mereka tidak lagi mendapat sokongan orang Melayu, dia (PAS) mahu balik kepada Melayu. Esok bila dah dapat sokongan orang Melayu, mereka balik kepada ideologi lama kononnya, perjuangan bangsa bukan perjuangan Islam.

"Sebelum ini tolak Melayu, sekarang PAS mahu terima balik orang Melayu, semua kerana apa? Kerana nak dapat undi, kalau tak dapat undi Islam pun dia tak perlu," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendirian terbaru Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, bahawa parti itu perlu mengutamakan perjuangan terhadap bangsa Melayu memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Nik Abdul Aziz ketika berucap merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa anjuran parti itu di Shah Alam, semalam, dipetik sebagai berkata: "Bagi PAS, orang Melayu perlu diutamakan dalam perjuangan kerana ia adalah kaum terdahulu."

Sebelum ini, Menteri Besar Kelantan itu beberapa kali menolak perjuangan terhadap bangsa Melayu kerana menganggap ia tidak dilakukan oleh Islam selain turut menolak perjuangan nasionalis kerana dakwanya, ia bercanggah dengan ajaran Islam.

Mengulas lanjut, Dr. Mahathir berkata, PAS dan Nik Abdul Aziz langsung tidak mempunyai prinsip kerana sering kali berubah pendirian semata-mata untuk menjamin kelangsungan politik mereka selain sanggup memperalatkan agama.

Menurutnya, PAS bukan berjuang kerana Islam tetapi untuk memegang kuasa sehingga mereka sanggup mengeluarkan fatwa politik bahawa golongan yang menolak PAS adalah masyarakat jahiliah serta menolak Islam.

"Tolak Islam ini apa? Kalau anda tolak Islam anda jadi apa? Maksudnya samalah dengan mengkafirkan orang yang sokong UMNO walaupun Nik Abdul Aziz kata mana bukti dia mengkafirkan orang UMNO.

"PAS ini kalau boleh mereka nak kita mengucap tiga syahadah, baru Islam kerana syahadah yang diucapkan sekarang tidak cukup bagi mereka. Pertama mengakui Allah tuhan yang satu, Nabi Muhammad SAW pesuruh Allah dan tambah yang ketiga iaitu hanya ahli PAS, Islam dan boleh masuk syurga," katanya menyindir.

Sementara itu, Dr. Mahathir turut menyelar tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Anwar Ibrahim yang mempertahankan fahaman pluralisme antara agama.

Sambil mengecam tindakan Ketua Pembangkang itu, beliau mempersoal motif Anwar itu bertujuan mahu meletakkan Islam sama kedudukannya dengan agama lain di sisi Allah semata-mata kerana kebebasan beragama.

"Kita tidak boleh samakan Islam dengan agama lain meskipun kita iktiraf agama lain. Mereka dengan agama mereka dan kita dengan agama kita, tetapi agama yang suci di sisi Allah hanya Islam," katanya kepada pemberita.

Juragan Malawati..

Apabila Nik Aziz lebih mempercayai DAP daripada UMNO!


EPISOD hubungan Pas dengan DAP yang turut dibangkitkan oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah banyak diperkatakan. Setiap kali Dr. Mahathir mengkritik Menteri Besar Kelantan Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau tangkas menjawab balas.

Dalam episod terbaru mengenai Pas dan DAP, Mursyidul Am Pas itu menyuarakan, hubungan tersebut membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO.

Bagi Nik Aziz, hasil hubungan akrab tersebut, serangan DAP terhadap Islam telah bertukar. Kata tok guru itu, “serangan DAP kepada Islam, alhamdulillah sekarang ini bertukar daripada langkah mayat kepada boleh berunding.”

Sejauh mana dakwaan itu benar? Apa yang dirunding, sedangkan sebarang perkara berkaitan agama Islam, mahu dihumban ke tepi oleh kepimpinan DAP. Contohnya boleh dilihat perkembangan Islam di negeri yang dikuasai DAP.

Akibat kenyataan seumpama itu juga, dapat dilihat sekarang keghairahan pemimpin DAP keluar dan masuk masjid serta surau tanpa menjaga sensitiviti umat Islam.

Apa yang telah ditarbiah dan didakwahkan oleh Nik Aziz kepada pemimpin DAP? Tak nampak pun kebaikannya, di sebaliknya semakin bertambah angkuh beberapa wakil rakyat parti itu bertindak kurang ajar dan biadab ketika memasuki kawasan ibadat umat Islam.

‘Lesen’ kononnya DAP sudah memahami Islam itu dipergunakan apabila DAP ghairah ‘menonjolkan soal keislaman’ sebagai pendekatan baru untuk menarik orang Melayu kepada parti tersebut.

Amat memeranjatkan sebuah parti yang menolak penubuhan Negara Islam melakukan perubahan nilai. Tidak pernah pun ada dalam perjuangan sosialis DAP selama ini ghairah menonjolkan unsur-unsur keislaman.

Perkara yang sangat pelik ini sedang wujud dan harus diberi perhatian serius. Ini kerana kita tidak mahu orang Melayu Pas, PKR, Melayu liberal dan Melayu yang tidak memihak sesiapa terlupa bahawa di belakang parti itu ada pemimpin yang tidak menitik beratkan Perkara 4 Perlembagaan Persekutuan iaitu agama Islam sebagai agama rasmi, Perkara 153 yang menjamin keistimewaan orang Melayu dan juga penduduk asal Sabah dan Sarawak serta bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Kerana mahu menunjukkan kesetiakawan dengan DAP, perjuangan Pas yang asal untuk menegakkan hukum Hudud kini telah berubah menjadi perjuangan membela bangsa lain iaitu DAP. Hudud tinggal kenangan.

Masihkah anda ingat bagaimana Nik Aziz mengatakan beliau tidak berbangga dengan kejadian dirinya sendiri sebagai bangsa Melayu. Jadi tak menghairankan kini Nik Aziz bersama-sama DAP amat lantang menentang Islam dan Melayu.

Sebagai parti politik, Pas sanggup melakukan apa sahaja untuk memastikan kepentingan politik mereka terjamin dan menghalalkan apa yang mereka lakukan.

Kalau dulu mereka kata bekerjasama dengan orang kafir, kita akan jadi kafir, tetapi kini mereka melakukan perkara sama dan dipertahankannya dengan pelbagai alasan.

Pas menuduh UMNO kafir apabila bekerjasama dengan MCA dan MIC tetapi kini mereka melakukan perbuatan sama apabila bersekongkol dengan DAP.

Banyak situasi sudah kita lihat bagaimana Nik Aziz sanggup menukar tafsiran terhadap Islam kerana politik. Beliau antara pemimpin Pas paling cekap memanipulasi pemikiran dan menukar tafsiran dalam apa-apa isu termasuk menjadikannya selari dengan kehendak rakan bukan Islam.

Sekali lagi, masihkah anda ingat bagaimana Pas menghalalkan tindakan khatib mendoakan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat bagi menggantikan Yang di-Pertuan Agong dengan alasan untuk menarik bukan Islam kepada Islam.

Begitu juga kes Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching mencemari kali kedua kesucian institusi Islam dengan memakai pakaian ketat dalam majlis senamrobik di pekarangan masjid.

Apakah semua ini dilakukan oleh Nik Aziz kerana percaya DAP lebih menghormati Islam daripada UMNO. ‘Ustaz dan ustazah’ DAP sudah mampu memberikan salam dan membaca hadis walaupun belum berkhatan dan mengucap?

Sejak kebelakangan ini, atas nama perkongsian matlamat politik, batas-batas kesucian Islam cuba dilanggar. Selain ruang solat dimasuki, ayat-ayat suci al-Quran dibaca dan diterjemah oleh pemimpin bukan Islam dalam DAP dan PKR.

Janganlah kerana hendak undi politik, maka Nik Aziz dan Pas membiarkan DAP dan bukan Islam lain mencemarkan kesucian agama kita?

Juragan Malawati..

Jumaat, 18 Februari 2011

33 ahli Pas isytihar keluar parti!

ZAWAWI Othman (dua kanan) bersama bekas penyokong Pas Cawangan Gong Kala di Pasir Puteh, Kelantan yang mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO, semalam.

Kubu kuat Pas di Cawangan Gong Kala di sini goyah apabila 33 ahlinya, termasuk bekas pemimpin bertindak mengisytiharkan keluar parti dan menyertai UMNO.

Antara yang berbuat demikian ialah bekas Timbalan Ketua Pas Cawangan Gong Kala, Mohd. Zawawi Hanapi, 35, dan bekas Ketua Pas Cawangan Dalam Huma, Amran Mat Daud, 33, bersama pengikut serta ahli keluarga mereka.

Mohd. Zawawi berkata, tindakannya keluar Pas adalah ikhlas berikutan keprihatinan pucuk pimpinan UMNO dan pemimpin tempatan yang bersikap cakna terhadap kebajikan rakyat walaupun mereka bukan wakil rakyat.

Beliau berkata, pemimpin UMNO tempatan sentiasa prihatin terhadap permasalahan rakyat dan berusaha membela nasib mereka dengan menyediakan pelbagai prasarana diperlukan.

"Kelibat dan perkhidmatan mereka lebih terserlah kalau dibandingkan dengan wakil rakyat kerajaan negeri. Kami berikrar untuk membantu UMNO mencapai kemenangan dalam pilihan raya akan datang," katanya di sini hari ini.

Beliau ditemui pada majlis pengisytiharan menyertai UMNO dan ramah mesra bersama Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi Othman di kampung berkenaan di sini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keamanan Kampung, Yassin Awang Kecil.

Mohd. Zawawi mengakui, tindakan keluar Pas yang seolah-olah sebati dengan diri mereka selama ini, turut didorong oleh penerangan bekas ahli-ahli Pas yang telah menyertai UMNO.

Sementara itu, Amran berkata, kenyataan mengelirukan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung pelbagai isu sejak kebelakangan ini memberi kesedaran kepada mereka untuk berfikir secara lebih rasional mengenai perjuangan Pas.

Menurutnya, pemimpin Pas juga sentiasa membuat sangkaan buruk terhadap UMNO termasuk isu kafir-mengkafir dan memandang rendah sesama Islam.

"Sikap seperti inilah yang membuatkan kami sedar dan jemu dengan retorik politik Pas yang kami sanjung selama ini," katanya

Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pasir Puteh, Zawawi ketika ditemui berkata, pihaknya akan meningkatkan majlis penerangan dari rumah ke rumah dalam usaha menyedarkan ahli Pas mengenai perjuangan ikhlas UMNO membela agama, bangsa dan negara.

"Gelombang perubahan yang berlaku kebelakangan ini adalah petanda awal kemenangan akan memihak kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN)," katanya.

Mudah-mudahan akan lebih ramai lagi bakal mengikuti jejak mereka meninggalkan PAS! InsyaAllah.

Juragan Malawati..

Khamis, 17 Februari 2011

Soalan cepu emas dari Nik Aziz : Apa bukti saya kafirkan orang UMNO?

"Apa bukti saya mengkafirkan orang UMNO?" tanya Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas dakwaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad terhadap dirinya seperti disiarkan oleh akhbar hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, kewajipan beliau sebagai seorang Islam ialah untuk memberi tazkirah iaitu mengingatkan mereka tentang masa depan dan tindakan tersebut tidak boleh dianggap sebagai angkuh.

Menurutnya, Nabi Muhammad SAW sendiri pernah ditegur oleh malaikat kerana menegur seorang makmum menggunakan kayu sugi ketika memintanya membetulkan saf dalam solat.

"Nabi Muhammad kena tegur dek malaikat, inikan manusia biasa. Macam Mahathir ini apa kelebihan dianya, tak boleh tegur melenting selalu," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri itu yang menyatakan tujuan hidup Mursyidul Am Pas itu hanya untuk memenangi pilihan raya dan kemudian menjadi pemerintah bersama DAP serta Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Dr. Mahathir berkata, Nik Abdul Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, dalam masa sama bersedia bekerjasama dengan syaitan menjayakan perjuangannya.

Mengulas lanjut, Mursyidul Am Pas itu berkata, orang yang angkuh ialah mereka yang melawan Islam sebagaimana disebut dalam al-Quran.

Ditanya kemungkinan kenyataan bekas Perdana Menteri itu turut merujuk kenyataannya semasa pilihan raya kecil Tenang baru-baru ini, Nik Abdul Aziz menegaskan:

"Sokong Pas ertinya sokong Islam. Dia dua episod, pertama, sebelum Nabi Muhammad mari, itu kita panggil jahiliah.

"Yang kedua, selepas Nabi Muhammad mari. Bila Nabi Muhammad mari, pakat tak sokong juga, jadi serupa jahiliah.

"(Maksudnya, tidak menyokong perjuangan Islam itu) jahiliah. Ertinya tak berganjak. Nabi Muhammad datang ke dunia ini bawa era baru, kita panggil era Islam. Haram judi, rasuah, zina dan sebagainya. Sampai keluar lesen judi haram tu tak jahiliah lagi. Sebut jahiliah kena marah, hakikatnya jahiliah."

Menurut Nik Abdul Aziz, kenyataan Dr. Mahathir itu hanya menunjukkan beliau seorang yang tidak boleh ditegur dan akan melenting apabila ditegur.

Ditanya adakah semua kenyataan bekas Perdana Menteri itu mengenai dirinya tidak betul, Nik Abdul Aziz berkata: " Tak. Dia sebut saya angkuh, saya mana angkuh, angkuh ini makna sombong, tak terima hok orang lain."

Mengenai kenyataan Dr. Mahathir beliau menggunakan agama untuk politik, Nik Abdul Aziz sebaliknya berkata, Nabi Muhammad turut menggunakan agama.

"Nabi Muhammad guna apa kalau tak guna agama. Apa yang dia marah saya, marah Nabi Muhammad lah. Nabi Muhammad guna agama.

"Boleh jadi dia marah ini kerana dia fikir agama ini sembahyang, puasa, nikah kahwin, tengok anak bulan, itu je yang agamanya, sedangkan agama ni menyeluruh, sempurna. Tolak agama ambil nasionalis, apa nama kerja ni," katanya.

Ditanya hubungan Pas dengan DAP yang turut dibangkitkan oleh Dr. Mahathir, Nik Abdul Aziz menjelaskan, hubungan tersebut membolehkan Pas memperkenalkan Islam kepada DAP kerana perkara itu gagal dilakukan oleh UMNO.

Beliau berkata, hasil hubungan akrab tersebut, serangan DAP terhadap Islam telah bertukar.

"Harapkan UMNO nak ajak Islam lagu mana, dia sendiri tolak Islam. UMNO tolak Islam, nak dia perkenal Islam pada MCA dan DAP macam mana.

"Satu rahmat Cina Malaysia ini kerana Pas bersama DAP. Serangan DAP kepada Islam Alhamdulillah sekarang ini bertukar daripada langkah mayat kepada boleh berunding, Alhamdulillah kejayaan. Mana UMNO boleh buat," ujarnya.

Jelasnya, perjuangan Pas masih di landasan betul dan semua pertikaian yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu adalah perkara lumrah kerana Nabi Muhammad turut dipertikaikan sehingga baginda wafat.

Mengenai desakan pihak tertentu supaya Pas menggugurkan slogan 'Membangun Bersama Islam' berikutan kewujudan aktiviti maksiat seperti pelacuran dan judi di negeri ini, Menteri Besar itu berkata, ia berlaku disebabkan tiada takwa kepada Allah SWT dalam diri individu terbabit dan ia melibatkan bukan rakyat negeri ini.

"Slogan ini boleh diubah-ubah, kami Pas ini slogan itu bertahun-tahun ada, Kerajaan Pusat tiap tahun ubah nama.

"Boleh ubah daripada slogan Membangun Bersama Islam ke slogan Bersama Allah, Bersama Nabi Muhammad, Bersama Syurga Neraka ke, boleh ubah tak ada apa. Slogan itu boleh dibuat. Yang penting dasar perjuangan," katanya.

Berikut adalah antara " fatwa " terbaik Pok Nik! :

" Terdapat unsur kafir dalam UMNO kerana parti itu menolak Islam dalam pentadbiran negara, UMNO juga ada ciri kafir " - Ceramah Nik Aziz Nik Mat di Padang Tembak, Pengkalan Chepa, 3 Julai 1999.

" Menentang PAS adalah Haram mengikut al-Quran. " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Minggu, 24 April 1994.

Jika ada parti lain yang menentang kepimpinan PAS yang menjalankan pemerintahan cara Islam, ia adalah haram. ” – Nik Aziz Nik Mat, Harakah, 23 April 1994.

" Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang, kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS, asalkan tidak mendirikan negara Islam " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian 12 Mei 1999.

Jika Nabi Muhammad boleh menandatangani perjanjian dengan musuh tradisi Islam, iaitu kaum Yahudi, sebaik tiba di Madinah, PAS juga sanggup bekerjasama dengan DAP. ” – Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 12 Mei 1999.

" Siapa yang nak tolong kerajaan Islam, kami sebagai pemimpin Islam mesti terima sama ada DAP, MCA, dan MIC. Kalau nak tolong mengapa kita tolak. Jika DAP ikhlas nak tolong PAS, saya terima. Usahkan DAP, syaitan pun boleh saya terima. " - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 24 Januari 1999.

" Jika melawan UMNO tiba-tiba meninggal dunia, maka kita dikira mati syahid. " - Kuliah Nik Aziz Nik Mat di Masjid Kg Pulau Melaka.

" Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram " - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.

" Saya di antara orang yang cukup kuat menyokong untuk meluaskan keahlian PAS ini kepada orang bukan Islam. " - Nik Aziz Nik Mat, Kota Bharu, 1999.

" Ini penting kerana kita juga mahukan sokongan dan undi bukan Islam dalam usaha memenangi pilihanraya umum akan datang " - Nik Aziz Nik Mat, Ucapan di Muktamar Dewan Pemuda PAS ke-31, Petaling Jaya, 24 Mei 2004.

" Allah sendiri gunakan perkataan memaki, mencemuh atau mencarut, jadi manusia sendiri berpeluang menggunakan maki hamun, tapi terserahlah kepada manusia di mana tempatnya. " - Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 28 April 1999.

" Islam tidak melarang umatnya mengeluarkan perkataan mencarut dan mencaci seseorang jika kena pada tempat dan masanya, kerana ia sudah menjadi salah satu naluri. " - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 29 April 1999.

" PAS Sedia gugur slogan negara Islam, jadi untuk mencari perdamaian itu, setakat mana yang boleh kita hendak kepada Islam, tapi kalau nampak menyusahkan tak apa..." - Nik Aziz Nik Mat, Berita Harian, 25 Jun 1999.

Memang ada lagi persefahaman antara PAS dengan Malaikat, sebab itulah APU (Angkatan Perpaduan Ummah) memerintah lagi (di Kelantan) ”. –Nik Aziz Nik Mat, Utusan Malaysia, 27 April 1995.

Ini hanyalah sebahagian daripada " fatwa-fatwa " pelik Pok Nik yang telah banyak memesongkan aqidah umat Islam dinegara kita. Hancur Islam jika PAS memerintah!!!..Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Taktik ‘lengah’ gagal!

Keluarga Teoh Beng Hock (TBH) menerima tamparan hebat pada hari kedua prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (SSDR) bilamana usaha peguam yang mewakili mereka untuk sengaja menunda prosiding ini gagal dan tidak diendahkan oleh ahli-ahli panel SSDR yang dipengerusikan oleh Tan Sri James Foong Cheng Yuen.

Sejak bermulanya prosiding Suruhanjaya ini pada 14 Februari lalu, pelbagai usaha dibuat oleh peguam- peguam yang mewakili keluarga TBH untuk mengucar-kacirkan dan melengah-lengahkan perjalanan suruhanjaya ini termasuk perkara-perkara berikut:

* Meminta SSDR menetapkan jadual prosiding mengikut tempoh kelapangan mereka. Ini kerana, kononnya mereka mempunyai jadual perbicaraan yang padat;

* Mempertikaikan pelantikan tiga pegawai Timbalan Pendakwa Raya bagi membantu SSDR. Kononnya, ketiga-tiga pegawai ini merupakan pegawai daripada Jabatan Peguam Negara dan besar kemungkinan akan berlakunya bias;

* Mempertikaikan pelantikan Tan Sri James Foong sebagai Pengerusi SSDR kerana beliau merupakan seorang hakim yang sedang berkhidmat;

* Menangguhkan prosiding kerana keputusan semakan inkues masih belum diketahui.

Kesemua isu-isu yang dibangkitkan oleh peguam-peguam TBH tidak dilayan oleh Pengerusi SSDR.

Ini kerana, semua permintaan dan pertikaian yang dibangkitkan peguam-peguam tersebut seakan-akan kebudak-budakan dan ketandusan modal.

Bukankah telah dijelaskan di peringkat awal bahawa SSDR ini hanya diberikan empoh masa selama 90 hari sahaja untuk memperlengkap proses siasatan dan perlu mengemukakan laporan lengkap kepada Yang di-Pertuan Agong selewat-lewatnya pada 25 April depan. Perkara ini jelas dan diterima oleh semua pihak.

Penetapan tempoh masa ini penting dan wajar kerana tanpa tempoh masa yang ditetapkan, ia akan berpanjangan tanpa arah tuju yang khusus.

Lihat apa yang berlaku pada inkues di mana hampir 18 bulan berjalan namun tiada keputusan.

Selama tempoh tersebut, pihak-pihak yang berkepentingan politik telah mengambil kesempatan secukupnya untuk meraih sokongan dan simpati segelintir masyarakat dengan pelbagai polemik politik.

Dalam hal ini, langkah Pengerusi SSDR menolak permintaan peguam atas alasan jadual yang ketat amatlah disokong.

Sekiranya kes TBH ini dianggap serius dan penting dalam menentukan keadilan, kenapa tidak peguam-peguam terbabit memberikan fokus dan tumpuan khusus tanpa memikirkan soal lain. Pokoknya, mereka sengaja melengah-lengahkan prosiding ini untuk tujuan lain.

Peguam bagi pihak keluarga juga mempertikaikan pelantikan tiga Timbalan Pendakwa Raya atas alasan mereka ini mungkin bias.

Jika dirujuk kepada seksyen 16, Akta 119 (Akta Suruhanjaya Siasatan) 1950, jelas membenarkan Pendakwa Raya dilantik bagi membantu ahli-ahli suruhanjaya untuk menjalankan tugas-tugas siasatan dengan dibekalkan kuasa polis.

Kenapa pula tiba-tiba dibangkitkan isu bias berhubung pelantikan ini.

Mereka hanya terlibat membantu ahli-ahli suruhanjaya dan bukannya menganggotai suruhanjaya dan terlibat dalam membuat keputusan.

Cuba bertanyakan secara rasional, dari mana boleh kita dapatkan pendakwa raya kalau bukan daripada Jabatan Peguam Negara.

Isu ini ditolak oleh Pengerusi SSDR. Ini membuatkan peguam keluarga TBH mungkin naik minyak dan terus mencabar pelantikan Pengerusi SSDR sendiri.

Isu yang mengatakan bahawa sebagai seorang hakim yang sedang berkhidmat, Tan Sri James Foong perlu menarik diri sebagai Pengerusi SSDR.

Dikatakan mereka peguam yang handal dan terkenal, tetapi isu-isu yang dipertikaikan jelas memperlihatkan kecetekan dan kedangkalan mereka sendiri.

Mujurlah ada wakil dari Persatuan Peguam (Bar Council) bangkit mempertahankan pelantikan Tan Sri James Foong sebagai pengerusi dengan menjelaskan bahawa tiada mana-mana undang-undang pun yang menghalang pelantikan pegawai yang sedang berkhidmat untuk memegang jawatan sebagai Pengerusi SSDR.

Salah satu lagi isu yang sengaja dibangkitkan bertujuan untuk melengah- lengahkan prosiding SSDR ialah meminta akan prosiding ditangguhkan sehingga keputusan semakan inkues kematian TBH diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam. Usul ini turut ditolak oleh pengerusi.

Keputusan ini harus dipuji dan memperlihatkan ketegasan, pengalaman dan pengetahuan mendalam Tan Sri James terhadap undang-undang.

Peguam-peguam keluarga TBH harus faham bahawa terma rujukan (TOR) SSDR adalah dua aspek iaitu pertama mengkaji sama ada pegawai-pegawai SPRM mematuhi sistem dan prosedur yang ditetapkan dalam pengendalian siasatan; kedua menentukan punca kematian TBH.

Kenapa pula harus ditunggu keputusan inkues terhadap TOR pertama.

Bukankah lebih baik tumpuan diberikan kepada aspek sistem dan prosedur dahulu. Kemudian, setelah keputusan semakan diperoleh, maka TOR kedua bolehlah ditentukan, bukan begitu.

Apa pun keputusan peguam dan ahli keluarga TBH untuk memboikot prosiding suruhanjaya ini dilihat lebih kepada sandiwara dan bermotifkan politik. Kenapa perlu menangis teresak-esak di hadapan media.

Keluarga TBH harus memberi sokongan sepenuhnya kepada perjalanan prosiding SSDR dan bukannya bermain politik.

Prosiding ini adalah untuk mencari kebenaran. Bagaimana kebenaran dapat dijelmakan sekiranya proses mencari kebenaran disulami dengan taktik-taktik kotor dan dimasukkan elemen politik bagi menagih simpati rakyat.

Ini merupakan mainan politik kotor yang amat berbahaya dan rakyat perlu sedar akan perkara ini.

Juragan Malawati..

Rabu, 16 Februari 2011

Pok Nik hanya mahu menang pilihan raya bukan untuk agama!

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hanya berjuang untuk memenangi pilihan raya dan bukannya berjuang untuk Islam.

Beliau berkata, Menteri Besar Kelantan itu menyatakan bahawa tujuan hidupnya ialah untuk memenangi pilihan raya dan menjadi pemerintah bersama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

"Untuk ini, Nik Aziz secara terbuka sanggup mengkafirkan orang Islam UMNO, bersedia untuk bekerjasama dengan syaitan untuk menjayakan perjuangannya, bekerjasama dengan orang yang menolak perjuangannya untuk mendirikan negara Islam ala Pas.

"Mempertahankan pendapat tokoh bukan Islam supaya orang Islam longgarkan pegangan mereka kepada ajaran Islam, harapan Nik Aziz ialah dengan melakukan semua ini, orang bukan Islam di Malaysia akan sokong partinya dalam pilihan raya.

"Bukan Islam yang diutamakan, bukan mengabdikan diri kepada Allah, tetapi kemenangan dalam pilihan raya,” katanya dalam blog beliau www.chedet.co.cc hari ini.

Beliau berkata, Nik Aziz perlu berhenti daripada menyalah guna dan menyalah tafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri.

"Saya akui pengetahuan agama Nik Aziz dalam. Justeru bertaqwalah kepada Allah S.W.T. dan hentikanlah mengelirukan umat Islam di Malaysia kerana ingin menang pilihan raya,” katanya.

Juragan Malawati...

Selasa, 15 Februari 2011

Jakun: Ikhlaskah permohonan maaf Tok Guru?

Selepas setahun berlalu, Menteri Besar Kelantan yang juga Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat akhirnya memohon maaf kepada masyarakat Orang Asli berikutan kenyataannya menggambarkan wakil rakyat yang lompat parti sebagai 'Jakun.'

" Saya memang mengaku sekali sekala saya mengeluarkan perkataan Jakun kerana saya tidak tahu Jakun nama keturunan Orang Asli."

"Hari ini, saya minta maaf secara terbuka dan saya minta daripada wakil-wakil yang datang hari ini, balik kampung beritahu bahawa saya minta maaf, saya tidak tahu langsung apa benda Jakun.

"Insya-Allah selepas ini, saya akan jaga mulut daripada mengeluarkan perkataan melukakan hati manusia kerana Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan wakil-wakil Orang Asli di Kediaman Rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kota Bharu, semalam.

Menurut laporan, Nik Abdul Aziz membuat gambaran tersebut ketika mengulas tindakan Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim meletak kesemua jawatan dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan keluar parti itu.

Berikutan itu, masyarakat suku kaum Jakun mendakwa terhina dengan kenyataan tersebut dan telah membuat laporan polis serta meminta Menteri Besar Kelantan itu memohon maaf, tetapi tiada sebarang respon sehinggalah semalam.

Begitulah sukarnya seorang bergelar Tok Guru seperti Nik Abdul Aziz untuk memohon maaf sehingga mengambil masa setahun berbuat demikian.

Kenyataan Nik Abdul Aziz yang tidak tahu Jakun nama keturunan atau suku kaum Orang Asli sebenarnya menunjukkan tahap pengetahuan Menteri Besar itu mengenai rakyat berbilang etnik di bawah pimpinannya.

Bagaimana mungkin seorang Menteri Besar yang mentadbir sebuah kerajaan negeri seperti Kelantan selama lebih 20 tahun, mengatakan tidak tahu Jakun adalah salah satu suku kaum Orang Asli.

Justeru, mengambil kira perkara tersebut, timbul persoalan apakah permohonan maaf itu benar-benar datang dari hati nurani Nik Abdul Aziz, atau ia dibuat sekadar bagi menjaga perasaan masyarakat suku kaum tersebut demi memastikan survival politik Pas di negeri ini, terutama di Hulu Kelantan.

Tambahan pula, kemaafan itu hanya timbul selepas kumpulan masyarakat Orang Asli mengadakan pertemuan dengan beliau di kediaman rasminya, sedangkan tuntutan permohonan maaf itu pernah dikemukakan oleh masyarakat suku kaum berkenaan setahun lalu.

Penolakan suku kaum masyarakat tersebut kepada Pas di Hulu Kelantan menyaksikan Pas gagal mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas pada pilihan raya kecil lalu dengan majoriti lebih besar kepada Barisan Nasional (BN) dan UMNO.

Dan Pas, sudah semestinya tidak mahu senario tersebut berterusan dan melarat ke kawasan lain menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), kerana ia akan hanya menggugat hasrat parti itu dan rakan-rakannya dalam pakatan pembangkang kekal berkuasa di Kelantan, serta mengukuhkan kedudukan mereka di peringkat nasional.

Lantaran itu, Nik Abdul Aziz mahu tidak mahu perlu melakukan sesuatu bagi mendapatkan balik sokongan masyarakat Orang Asli tersebut yang sebenarnya boleh menjadi penentu dalam percaturan politik di wilayah tertentu.

Ini sudah pastinya disedari oleh Mursyidul Am Pas berkenaan yang sudah puluhan tahun bergelumang dalam politik tanah air, terutama di Kelantan-negeri yang mempunyai penduduk berbilang kaum termasuk Orang Asli yang meliputi pelbagai suku kaum, salah satunya Jakun, tetapi sayang tidak diketahui oleh Nik Abdul Aziz.

Bilakah pula agaknya Nik Abdul Aziz yang telah menginjak usia 80 tahun akan meminta maaf kepada musuh politiknya terutama UMNO yang seagama dengannya, mengambil kira kenyataan beliau 'Islam melarang kita buat perkara yang melukakan hati orang lain'.

Fikir-fikirkanlah..!!! - UM.

Juragan Malawati..

Ahad, 13 Februari 2011

Sekilas pandang : Nik Aziz cabar Karpal buktikan dasar Islam Pas salah!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang telah dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun adalah salah.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan, menganggap kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara sebagai kenyataan peribadi.

Nik Aziz berkata, Pas akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan daripada beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang termasuk DAP.

Katanya, jika terdapat suara-suara sumbang yang lahir daripada pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat Pas itu, ia merupakan pendapat peribadi.

"Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar Pas itu) tidak dapat membuktikan dasar Islam yang kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam," katanya kepada pemberita sebelum ini.

Nik Aziz berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Karpal Singh dalam temu bual bersama sebuah portal berita yang mengulangi pendiriannya menolak untuk berkompromi terhadap konsep negara Islam yang diperjuangkan Pas sekiranya pembangkang mengambil alih negara.

Ia merupakan pendapat peribadi Karpal sendiri bukannya daripada DAP dan setakat ini tidak ada pihak yang dapat membuktikan konsep perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas itu salah, kata Nik Aziz.

Bagaimanapun setakat ini Nik Aziz berkata, beliau tidak nampak DAP secara terus-terang menolak dasar Islam yang diperjuangkan oleh Pas, cuma yang ada suara-suara sumbang beberapa kerat pemimpinnya.

Komen : Kalau DAP dan pihak pembangkang lain tidak menyokong matlamat negara Islam bagaimana boleh PAS bersekongkol dengan mereka yang akan menentang habis-habisan matlamat utama kewujudan PAS ini? PAS telah berjanji untuk menubuhkan Negara Islam dan ini amat dinanti-nantikan oleh para pengikutnya. Pihak pembangkang lainnya sudah membuat pendirian dan meluahkan perasaan tidak puashati mereka terhadap Negara Islam.

Namun kenapa PAS masih boleh berdiam tentang hal ini dan membiarkan penyokong-penyokongnya meracau di dalam gelap? Di dalam semua ceramahnya Pemimpin PAS mengelakkan dari menyentuh tentang komprominya dengan DAP dan PKR. Kenapa PAS takut sangat berbincang hal sebenarnya sedangkan penyokong dan rakyat Malaysia masih menunggu luahan dari mulut Nik Aziz tentang pengorbanan PAS yang terbesar ini?

Mengapa PAS mengambil jalan menfitnah pemimpin Kerajaan yang telah memulihkan ekonomi, membawa pembangunan dan merangsang kehidupan yang lebih baik untuk rakyat Malaysia? Adakah ini untuk mengalih pandangan rakyat dari kebaculan PAS yang sanggup mengorban teras perjuangannya menegakkan Negara Islam hanya untuk mengambil hati DAP dan PKR?

Sedihnya bukan saja PAS sanggup berbohong kepada pengikutnya tentang komprominya dengan pembangkang lain PAS juga ternyata tidak mementingkan perjuangannya dan kepentingan para pengikut setianya bahkan umat Islam keseluruhannya.

Rakyat Malaysia terutama umat Islam diharapkan tidak mempercayai parti PAS ini yang tidak jujur dan ikhlas dalam perjuangan kerana pemimpinnya sanggup melakukan apa saja yang buruk dan kotor hanya untuk menang pilihan raya. Soal masa depan rakyat tidak penting bagi PAS yang penting hanyalah menjatuhkan Barisan Nasional yang telah membawa seribu macam pembangunan, kemajuan dan keamanan kepada rakyat dan negara ini. Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Sandiwara terbaru Anwar : Pulang atau lari!

Dimana Anwar sekarang? Katanya minggu lepas Anwar ada urusan URGENT dan penting di Washington! Agak-agak urusan apa ya! Adakah ini satu alasan untuk menangguhkan lagi perbicaraaan kes liwatnya yang sepatutnya berlangsung hari ini!

Semalam Ummi Hafilda Ali dalam kenyataannya berkata, kerajaan tidak perlu berlembut dan memberi ruang kepada Anwar untuk berbuat demikian kerana sikapnya yang suka menyebarkan fitnah untuk mendapatkan simpati daripada negara lain.

Kerajaan diminta bertindak tegas dengan menghalang Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim daripada bebas untuk keluar dan masuk negara ini kerana ia boleh memberi imej buruk kepada negara.

"Kenapa wujud pilih kasih? Anwar dibiarkan sesuka hati keluar masuk negara ini dan memberi ceramah sedangkan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan dihalang daripada membuat sebarang kenyataan?

"Anwar juga terikat dalam proses perbicaraan liwat namun dibiarkan bebas. Anwar diberikan peluang untuk berceramah mengutuk individu, memutar belit dan mengadakan cerita untuk menghuru-harakan rakyat," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut Ummi Hafilda, setiap pergerakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu harus dipantau dan pasport antarabangsanya perlu dirampas.

"Kerajaan perlu tegas dan tidak membenarkan beliau mendapat permit untuk berceramah tanpa ada sekatan. Sedangkan apa yang dikatakan olehnya hanya pembohongan dan fitnah melampau yang hanya akan meracuni pemikiran rakyat dan menimbulkan kebencian kepada kerajaan. Kita tak mahu negara ini menjadi seperti Mesir yang porak-peranda disebabkan mainan politik kotor Anwar," katanya.

Rakan blogger Gerakan Anti-PKR (GAP) dalam entri terbaru blog http://gerakan-anti-pkr.blogspot.com bertajuk 14 Februari: Anwar Rancang Insiden, percaya beliau pasti berusaha meloloskan diri daripada perbicaraan kes liwat yang akan bersambung pada 14 Februari ini.

GAP mendakwa Anwar merancang sesuatu untuk mendapat simpati rakyat. Anwar juga, kata blog itu, memecahkan rekod dunia apabila berjaya menangguhkan kes pendakwaan liwatnya sebanyak 50 kali sepanjang tempoh tiga tahun lalu.

Berikut adalah pengakuan Anwar pada sebuah forum di Washington baru-baru ini :

" Saya boleh pilih untuk tinggal disini ( Washington ) dan tidak kembali ke Malaysia, tetapi pilihan telah dibuat. Satu kaki saya di PArlimen dan satu kaki lagi di penjara ".

Sementara itu : Kes liwat Anwar disambung hari ini

Perbicaraan kes liwat membabitkan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang tertangguh sejak Disember tahun lalu dijangka akan disambung di Mahkamah Tinggi di sini mulai hari ini.

Sekiranya tiada permohonan-permohonan 'luar jangkaan', perbicaraan dijangka diteruskan dengan sesi soal balas pihak pembelaan terhadap saksi pendakwa ketiga, pakar patologi forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr. Siew Sheu Feng.

Dalam masa sama, peguam Karpal Singh yang mengetuai pasukan pembelaan Anwar turut dijangka mewakili keluarga Teoh Beng Hock dalam suruhanjaya siasatan kematian pembantu Exco kerajaan negeri Selangor itu yang mula bersidang pada hari yang sama.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah bagaimanapun sebelum ini telah memberi peringatan bahawa pihaknya tidak akan melayan sebarang penangguhan perbicaraan jika Karpal tiada kerana tugas itu perlu diambil alih oleh peguam-peguam Anwar yang lain.

Mahkamah pada Januari lalu menetapkan perbicaraan kali ini akan berjalan selama enam minggu iaitu sehingga 25 Mac ini.

Kes tersebut ditunda sejak 6 Disember tahun lalu setelah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu buat kali keduanya mengemukakan permohonan supaya Mohamad Zabidin menarik diri daripada terus mendengar kes tersebut.

Permohonan itu bagaimanapun ditolak oleh hakim tersebut dan keputusan berkenaan dikekalkan oleh Mahkamah Rayuan pada 14 Januari lalu.

Anwar memohon Mohamad Zabidin menarik diri kerana didakwa tidak mematuhi prinsip keputusan Mahkamah Agung pada 1993 semasa menolak permohonan beliau supaya dibekalkan dengan nota klinikal tiga doktor yang memeriksa pengadu, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim berkenaan semasa menolak permohonan tersebut menyatakan bahawa tidak wujud unsur berat sebelah yang memerlukan beliau menarik diri daripada kes itu.

Anwar, 64, didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, iaitu bekas pembantu peribadinya di Unit 11-5-1 Kondominium Desa Damansara, No.99 Jalan Setiakasih, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Beliau didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Sejak perbicaraan dimulakan pada 3 Februari tahun lalu, hanya dua saksi pendakwa telah selesai memberi keterangan iaitu Mohd. Saiful Bukhari dan pakar bedah am HKL, Dr. Mohd. Razali Ibrahim.

Seorang lagi saksi, iaitu pakar perubatan unit kecemasan, Dr. Khairul Nizam Hassan yang telah selesai pemeriksaan utama oleh pihak pendakwaan, masih belum disoal balas oleh pasukan pembelaan.

Juragan Malawati..

LAYAKKAH NIK AZIZ DIPANGGIL MURSYID!!


Ini adalah beberapa ayat al-Quran dan hadis Nab Muhammad s.a.w mengenai kecintaan Allah swt kepada manusia.

Allah swt berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mencintai orang yang sabar. (Ali Imran: 146)

Allah swt berfirman (maksudnya): Sesungguhnya Allah mencintai orang yang bertaubat dan mencintai orang yang suci. (al-Baqarah: 222).

Allah swt berfirman (maksudnya): Dan Allah mencintai orang yang membuat kebajikan. (Ali Imran: 134).

Allah swt berfiman (maksudnya): Allah tidak mencintai kebinasaan (al-Baqarah: 205).

Allah swt berfirman (maksudnya): Dan Allah tidak mencintai orang yang bersikap sombong (Luqman: 17).

Allah berfirman (maksudnya): Dan Allah tidak mencintai orang yang aniaya (Ali Imran: 57)

Jelas, fitnah dan kesombongan ini adalah satu perbuatan yang sangat jijik! Jadi apakah makna jika seseorang ulama kononnya meminta pengikutnya supaya memberhentikan fitnah selama tiga bulan.

Makna pertama daripada apa yang diucapkan itu ialah bahawa selama ini memang betul tokoh itu menyebarkan fitnah dan menggalakkan pengikutnya membuat dan menyebar fitnah. Itulah sebabnya maka dia meminta supaya memberhentikan membuat fitnah.

Manakala makna kedua daripada ucapan itu ialah, tokoh itu sudah beroleh kesan bahawa orang sudah mula tidak percaya dengan fatwa dan kata-kata yang diucapkannya. Jadi untuk memanjangkan kepercayaan pengikutnya, terutamanya menjelang pilihan raya maka tokoh itu mengeluarkan fatwa seperti itu. Lagipun masalah besar yang sedang dibincangkan oleh masyarakat ialah penipuan yang dilakukan melalui janji kepada rakyat kononnya hendak menegakkan Islam sedangkan dalam manifesto mereka tidak adapun gagasan negara Islam.

Tok Kenali, ulama Kelantan yang terkenal suatu waktu dulu tidak pernah pun menyebutkan perkara karut marut seperti itu. Boleh buat fitnah dan boleh mencarut. Boleh berpakat dengan DAP tetapi mengetepikan Berjasa. Begitulah jelas dan terang fitnah itu dilarang oleh Allah swt. Jadi Allah swt tidak mencintai orang yang membuat fitnah.

Tapi dalam masyarakat hari ini masih ramai orang yang tidak dapat mengenal mana satu mursyid yang sebenar dan mana satu mursyid yang tidak benar. Mursyid itu asalnya bahasa Arab. Maknanya ialah guru agama, pemimpin dalam hal mengenai rohani yang baik hidupnya. Taat kepada Allah swt. Itu maknanya mursyid. Dan bukan sebarang orang boleh pakai mursyid apatah lagi mengaku mursyid.

Kalau di Kelantan, tokoh yang boleh disebut mursyid ialah seperti Tok Kenali, Tok Seleha dan di Terengganu Tok Ku Tuan Paluh. Itu sekadar contoh-contohnya. Bukan sebarang orang boleh dipanggil mursyid. Apakah layak orang yang sanggup menggugurkan hal mengenai Islam kerana tujuan politik dipanggil mursyid? Fikir-fikirkanlah..Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Jumaat, 11 Februari 2011

Zahrain: DAP politikkan isu kematian Beng Hock!

Tindakan peguam Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh yang mahukan proses siasatan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock ditangguhkan adalah sesuatu yang pelik dan amat mengelirukan.

Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, ini kerana kedua-dua tokoh DAP tersebut sebelum ini kononnya memperjuangkan keadilan untuk Beng Hock dengan berarak di jalan raya dan menjadikan kematian mendiang sebagai modal kempen politik setiap pilihan raya kecil untuk mengelirukan rakyat terutamanya pengundi Cina.

Malah tambah beliau, hampir kesemua ahli pembangkang yang dikepalai DAP juga melemparkan pelbagai tuduhan dan tidak berpuas hati dengan inkues berhubung kematian Beng Hock.

''Mereka mendesak penubuhan Suruhanjaya Diraja tetapi apabila kerajaan menubuhkannya, mereka ingin menangguhkan perjalanan siasatan suruhanjaya itu dengan alasan ia perlu kerana mereka mempunyai kes-kes penting lain seperti kes liwat Anwar Ibrahim.

" Kenyataan anak-beranak ini jelas menunjukkan bahawa kes kematian Beng Hock tidak lebih daripada alat politik dan mereka sebenarnya tidak berminat untuk mencari kebenaran atau keadilan untuk si mati.

"Nampaknya kedua-dua peguam yang juga ahli politik DAP ini hanya berminat untuk mengeksploitasi kematian Beng Hock untuk kepentingan politik mereka dan DAP sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam entri terbaru bertajuk "Peguam atau Politik Hipokrit" di dalam blognya, http://zahrainmp.blogspot.com/, hari ini.

Zahrain menerusi entri yang sama menambah, tindakan kedua-dua peguam itu jelas menunjukkan permainan politik kotor DAP yang tidak ingin kes kematian Beng Hock diselesaikan.

Sedangkan pada pendapatnya kata Zahrain, tiada sebab kenapa Suruhanjaya Diraja itu harus ditangguhkan, malah ia harus diberi tumpuan khusus dan diteruskan secepat mungkin demi keadilan dan kebenaran.

Suruhanjaya Diraja itu juga katanya, tidak harus tunduk kepada desakan dan permainan politik peguam-peguam yang ternyata mempunyai kepentingan peribadi dan politik masing-masing.

Tegas beliau lagi, Karpal dan Gobind harus membuat keputusan sendiri menentukan peranan mereka dan bukannya mendesak Suruhanjaya Diraja itu mengikut telunjuk mereka.

"Persoalannya ialah apakah mereka ini ahli politik yang sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik DAP atau sememangnya adalah peguam yang berhemah?

"Karpal dan anaknya serta peguam-peguam lain harus membuat pilihan antara kerjaya mereka sebagai peguam dengan kepentingan peribadi mereka sebagai ahli politik pembangkang.

"Rakyat tidak harus dikelirukan dan profesion guaman tidak harus dilacurkan dengan tingkah laku segelintir peguam yang hipokrit," kata beliau.-UM.

Juragan Malawati..

Khamis, 10 Februari 2011

Isu air bersih : Nik Aziz permainkan rakyat Kelantan lagi!

Satu Malaysia tahu bahawa Kelantan menghadapi masalah utk membekalkan air bersih kepada rakyat. Kenyataan dan bukti telah dari sahabat blogger terutamanya sewaktu masing2 berjuang di Galas menunjukkan bahawa masalah ini serius.

Kerajaan Kelantan dilihat belum mampu untuk menangani permasaalahan ini sehingga ke hari ini. Sebaliknya, publisiti murahan dibuat dengan mengumumkan bahawa tarif air tidak akan naik di kelantan oleh Tok Guru.

Ingin dimaklumkan kepada rakyat Kelantan bahawa isu yang dibangkitkan belum diselesaikan, namun PAS cuba menggunakan isu ini menunjukkan kononnya mereka prihatin kepada rakyat. Apalah ertinya pengumuman ini seandainya bekalan sering terputus atau air yang dibekalkan kotor.

Nampaknya PAS cuba menutup kegagalan mereka dengan membuat pengumuman bodoh. Meludah kelangit, terpercik kemuka sendiri! Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Hilang kepercayaan, 100 ahli PKR Merbok sertai UMNO!

Sokongan terhadap Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di negeri ini dilihat semakin merosot apabila kira-kira 100 ahli parti itu bertindak menyertai UMNO semalam.

Ia melibatkan ahli PKR Ranting Paya Nahu dalam Cabang Merbok yang diketuai bekas Ahli Jawatankuasa (AJK) ranting berkenaan, Alang Kasturi yang telah hampir 10 tahun menyertai parti itu.

Menurut Alang, tindakan tersebut diambil bersama ahli yang lain ekoran hilang kepercayaan dan keyakinan terhadap pucuk pimpinan tertinggi parti terutamanya Penasihat PKR dan kepemimpinan kerajaan negeri.

"Kami sekarang sudah muak dengan perangai dan tindakan pemimpin PKR yang bertindak untuk kepentingan peribadi dan bukannya berjuang mengikut kehendak asal parti.

"Lebih kesal, PKR dan pemimpinnya hanya pandai berjanji tetapi tidak menunaikannya walaupun kami memberikan mandat kepada mereka memimpin kerajaan negeri tiga tahun lalu," katanya

Beliau menjelaskan demikian pada sidang akhbar selepas menyerahkan 100 borang keahlian UMNO kepada Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Tajul Urus Md. Zain.

TAJUL Urus Md. Zain (kanan) menerima borang permohonan ahli-ahli PKR yang menyertai UMNO daripada Alang Kasturi di Sungai Petani, Kedah, kelmarin.

Alang memberitahu, para penyokong PKR juga makin tawar hati dengan wakil rakyat pakatan pembangkang kerana gagal melaksanakan tugas dengan berkesan.

"Sudahlah masalah tidak dapat diselesaikan, wakil rakyat PKR yang dipilih kami entah hilang ke mana, muka pun jarang nampak," dakwanya.

Menurutnya, beliau dan rakan-rakan mengambil keputusan untuk menyertai UMNO sebagai ahli biasa dan akan membantu kemenangan calon Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

"Kami akan berjuang habis-habisan untuk merampas kembali Merbok daripada pembangkang dan saya menjangkakan ramai lagi ahli yang akan mengikut jejak kami meninggalkan PKR ," katanya.

Sementara itu, Tajul Urus yang juga Penyelaras Parlimen Merbok berkata, beliau mengalu-alukan keputusan Alang dan rakan-rakannya untuk menyertai UMNO. Beliau berkata, UMNO menerima kesemua mereka dengan hati terbuka dan berharap lebih ramai lagi akan mengikut jejak langkah mereka keluar PKR .

"Kini mereka boleh menilai sendiri sama ada perjuangan PKR benar atau sebaliknya. Kita berharap, rakyat khususnya di Parlimen Merbok dapat mengambil iktibar daripada perkara ini," katanya.

Beliau berharap, dengan penyertaan ahli baru tersebut akan memperkasakan lagi UMNO Bahagian untuk merampas kembali Parlimen Merbok daripada PKR dalam PRU13.

Juragan Malawati..

Rabu, 9 Februari 2011

Kerajaan Selangor salahguna wang rakyat biayai kos guaman ' penderhaka '?

Langkah Kerajaan Negeri Selangor membiayai kos perundangan bagi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei disifatkan penyelewengan dan penyalahgunaan wang rakyat.

Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Datuk Yap Pian Hon berkata, ini kerana membiayai kos perundangan Shuhaimi yang kini menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam kerana dakwaan menghasut, bukanlah satu urusan rasmi kerajaan negeri.

"Sewajarnya, dana kerajaan negeri atau mana-mana dana awam tidak dibazirkan bagi tujuan seperti itu," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Shuhaimi sebelum ini dituduh membuat kenyataan menghasut dan juga menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah melalui blognya.

Pian Hon berkata, tindakan kerajaan pakatan pembangkang itu adalah tidak wajar dan tidak tepat untuk dilakukan dalam pengurusan sumber kewangan kerajaan negeri.

Katanya, Shuhaimi sepatutnya menanggung sendiri kos perundangan tersebut tanpa melibatkan dana awam memandangkan perbuatannya itu dilakukan secara peribadi.

"Sekiranya ahli politik PKR itu tidak mampu mendapatkan khidmat peguam, beliau boleh memohon kepada Biro Bantuan Guaman.

"Dana wang kerajaan negeri tidak seharusnya digunakan bagi membiayai kos perundangan ahli politik yang membuat kenyataan peribadi seperti itu," jelas beliau.

Menurut Pian Hon, sehubungan itu, kerajaan negeri perlu menarik balik keputusan membantu ADUN Sri Muda tersebut dan pada masa sama, memohon maaf kepada rakyat Selangor atas kesilapan berkenaan.

Sementara itu : PKR terus akui menyokong penderhaka DYMM Sultan Selangor

Sokongan dan bantuan kewangan kerajaan negeri Selangor kepada ADUN Sri Muda, Shuhaimi Shafiei tepat dan selaras dengan prinsip keadilan dan demokrasi yang dijulang Pakatan Rakyat, kata ahli parlimen Subang R Sivarasa. Menurutnya, Suhaimi kini menghadapi tuduhan bermotif politik dan undang-undang zalim oleh kerajaan BN dan menjadi kewajipan bagi kerajaan negeri Selangor membantunya.

Sebab paling jelas kerajaan Selangor membantu Shuhaimi ialah kerana beliau menghadapi tuduhan bermotif politik di bawah undang-undang 'drakonian' yang digubal pada zaman kolonial bagi menghalang kebebasan bersuara.

“Dalam hal itu sahaja, Pakatan Rakyat Selangor, sebagai kerajaan yang menyokong demokrasi penuh, berkewajipan menyokong dan mempertahankan beliau," kata Sivarasa dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau juga memberi contoh betapa sebelum ini, kerajaan Selangor pernah membantu mereka yang ditahan di bawah undang-undang zalim BN seperti ketika Protes Harga Air Selangor pada Disember lalu.

Sivarasa mengulas kenyataan media ketua pemuda Gerakan, Tan Keng Liang dan pengerusi NGO pro-Umno - Gerakan Anti Penyelewengan Selangor (Gaps) Hamidzun Khairudin yang mendakwa bantuan membiayai kos guaman Shuhaimi sebagai membazir dan melambangkan korupsi.

Sivarasa berkata Tan dan Hamidzun sebenarnya 'kurang' memahami tugas dan tanggungjawab kerajaan bagi memastikan setiap yang dituduh mendapat keadilan.

"Dalam bahasa mudah, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menepati prinsip mereka dengan memberi bantuan ini dan selaras dengan prinsip menentang penahanan berunsur politik menggunakan undang-undang zalim dan menindas ini," katanya.

Memang kaki pusing betul Sivarasa ni..bercakap pasal kebebasan bersuara...!!!Padahal diri sendiri pun tak faham dengan keadilan!!!..pigi dah loyar burok!!!

Juragan Malawati..

Debat Nik Abdul Aziz hanya 'khayalan politik'?

MUNGKIN ramai sudah terlupa bagaimana Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memperlekeh ulama tersohor Sheikhul Al-Azhar, Allahyarham Dr. Muhammed Sayyid Tantawi sebelum Pilihan Raya Umum 2008.

Semuanya disebabkan Tantawi mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara Islam dan mengesahkan konsep Islam Hadhari yang dilaksanakan di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi menepati ajaran Islam.

"Tantawi ini..., siapa dia? Tantawi orang Arab yang belajar di Al-Azhar (universiti). Saya pun belajar di Al-Azhar, Datuk Seri Presiden (Abdul Hadi Awang) juga belajar di sana.

"Kita tak rujuk pada Tantawi kerana dia pun kena rujuk al-Quran. Takkan dia buat sendiri. Kalau rujuk al-Quran, saya pun rujuk al-Quran. Apa susah?," bait-bait perkataan ini terkeluar dari mulut Nik Aziz pada 5 Mac 2008 beberapa hari sebelum hari pembuangan undi.

Daripada apa yang dikatakannya itu, jelas menunjukkan bahawa beliau tidak mengiktiraf mana-mana ulama termasuk dari luar negara disebabkan merasakan dirinya 'benar' dan tidak ada orang lain yang lebih benar daripadanya.

Disebabkan itu juga, maka hari ini Menteri Besar Kelantan itu bersetuju untuk bermuzakarah atau berdialog atau berdebat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Namun, persoalannya adakah persetujuan itu akan menjadi realiti ataupun sekadar kenyataan politik kerana jelas pandangan sesiapa pun tidak akan diterimanya.

Bagi pendakwah bebas, Mohd. Saifuddin Abdul Rahman, muzakarah tersebut tidak akan menjadi kenyataan kerana terlalu banyak halangan terutama faktor dalaman Nik Aziz itu sendiri.

"Kalau Nik Aziz yang saya kenal, muzakarah ini tidak akan menjadi, dia bukan ahli debat dan seingat saya, dia tidak pernah berdebat atau bermuzakarah dengan mana-mana ahli agama untuk mencari penyelesaian dalam isu-isu yang berbangkit.

"Saya bersama beberapa tok guru pondok pernah beberapa kali mahu bertemu dengannya (Nik Aziz) untuk bermuzakarah tetapi dia tidak mahu berjumpa sejak tahun 1988. Dia seorang yang panas baran dan tidak boleh mengawal diri sekiranya berdebat dan kerana itu juga, Pas tidak pernah menyenaraikan namanya untuk berdebat," dakwanya.

Mohd. Saifuddin juga merupakan jurucakap kepada sebuah pertubuhan yang mengumpul pentadbir serta penuntut di pondok-pondok tradisional, Minda Pondok.

Justeru, bagi seorang yang memiliki ilmu agama, Mohd. Saifuddin menyifatkan kenyataan Nik Aziz untuk bermuzakarah hanya 'wayang politik' bagi memastikan pengaruhnya terus kekal.

"Kalau saudara tidak percaya tunggu selepas ini. Nik Aziz akan tukar ayat lain pula. Hari ini pun, dia telah meletakkan syarat itu dan ini, lama kelamaan ia akan hilang begitu sahaja.

"Umat Islam harus sedar, muzakarah ini penting bagi menyelesaikan banyak isu, terlalu banyak kenyataan yang dikeluarkan oleh Nik Aziz menimbulkan kekeliruan sehingga boleh memesongkan akidah seperti Allah pun mencarut," katanya.

Tambahnya, muzakarah seperti itu sememangnya dianjurkan oleh Islam kerana ia bukan sahaja menjelaskan kekeliruan tetapi juga menyatukan umat yang kini berpecah kepada beberapa kumpulan sehingga menyebabkan Islam mungkin tidak akan berkuasa di negara ini, sekiranya tidak diberikan perhatian serius.

Perlu diingat muzakarah ini bukan isu baru, ia isu lama. Biar dengan siapa pun waima Majlis Fatwa Kebangsaan pun, ia sukar menjadi kenyataan kerana Nik Aziz adalah orang politik.

Sifir orang politik amat mudah, setiap tutur kata dan gerak laku mesti memberikan keuntungan politik, tidak kira pada parti mahu pun diri individu itu sendiri. Jadi, anggaplah cadangan muzakarah ini hanya satu khayalan politik biarpun Majlis Fatwa Kebangsaan atau ulama seperti Mohd. Noor Deris bersetuju. Nik Aziz tetap Nik Aziz dan beliau tidak akan berubah biarpun usianya mencecah 80 tahun.

Apa yang dikatakannya seolah-olah syurga dan neraka hanya ada untuk ahli Pas. Ingat Tuan Guru, kita semua mahu masuk syurga.

Juragan Malawati..

Selasa, 8 Februari 2011

Tony Pua Spy belaan PAP : Gagal dalam misi risikan!

Kenyataan bodoh dari Tony Pua spy belaan PAP?

Pembelian oleh Kementerian Pertahanan sekali lagi menarik perhatian apabila dikatakan bersedia membayar RM6 bilion bagi mendapatkan enam kapal tentera laut, 870 peratus lebih mahal daripada bayaran negara lain untuk kapal yang sama.

Menurut ahli parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua, pembelian kapal peronda pesisir pantai OPVs oleh Tentera Laut Diraja New Zealand tahun lalu hanya bernilai NZ$90 juta (RM210 juta) setiap satu. ( petikan malaysiakini.)

FAKTA SEBENAR

OPV adalah kapal peronda pesisir pantai. LCS adalah kapal frigate perang berkeupayaan tinggi. Apa ciri berkeupayaan tinggi ? Ia boleh mengesan/menembak kapal musuh melalui 3 cara iaitu udara, permukaan dan dasar laut.

Tony Pua kata kerajaan membeli 6 buah kapal peronda pesisir pantai (OPV) dengan harga RM1 billion setiap unit.

Kenyataan ini jelas satu pembohongan dan main hentam keromo. Kerajaan tidak membeli kapal peronda pesisir pantai (OPV) sebaliknya kerajaan membeli 6 buah kapal frigate (LSC) berkeupayaan tinggi.

OPV yang dibeli oleh tentera New Zealand memanglah harganya RM210j setiap satu, kerana itu adalah kapal peronda pesisir pantai. Tetapi yang kerajaan beli bukan OPV tapi LCS.

Perbezaan harga antara OPV dengan LCS macam harga kereta Kancil dengan Toyota Harrier. Tidak sama harga, tidak sama spesifikasi, tidak sama kos penyelenggaraan, dan tidak sama dengan fungsi yang jauh berbeza. Begitulah Tony Pua spy belaan PAP yang tidak dapat membezakan antara kapal OPV dan LCS.

Tony Pua spy bodoh menyatakan bahawa TLDM membayar lebih 870% dengan pembelian 6 buah Offshore Patrol Vessel [OPV] berbanding dengan apa yang dibelanjakan oleh pihak tentera laut negara New Zealand. Memang Tony spy bodoh seorang yang benar benar bodoh..! Analisa yang salah sebab tidak membuat perbandingan yang tepat…, not comparing an apple for an apple…!

LCS turut dilengkapi dengan kecanggihan sistem pengesan anti missile samada yang dikesan dari udara, laut dan bawah pemukaan laut oleh radar yang dibekalkan. [gambar menunjukkan sebuah LCS yang mempunyai fungsi 3 dimensi]

Tony spy bodoh dinasihatkan kurangkan memakan Bah Kut Teh setiap pagi supaya boleh bijak membuat perbandingan yang tepat….! LCS tidak sama langsung dengan kapal jenis OPV. Kita tahu Tony buat gimik supaya semua rahsia kelengkapan perang negara di ketahui oleh PAP?

Seterusnya, si Tony spy bodoh cuba “membedil” kononnya tiada ketelusan dalam pemberian pembidaan melantik Boustead Naval Shipyard. Sekali lagi bedilan Tony si gigi arnab ( sempena tahun baru Cina ) ini tidak menepati sasaran….. Sebenarnya memang ada rekod menunjukkan setiap Ship Builders telah diminta menghantar sebut harga untuk projek ini dan hanya sepuluh telah disenerai pendekkan.

Boustead Naval Shipyard [BN Shipyard] adalah syarikat yang dimiliki oleh Boustead Holdings Bhd salah satu sayap pelaburan kepada Lembaga Tabung Angkatan Tentera [LTAT]. Secara logik akal, apabila BN Shipyard dipilih dan dilantik untuk projek ini, sekaligus ianya sabagai satu proses untuk membantu peningkatan ekonomi negara kita dalam siri RMK 10 dan RMK 11.

Menurut Panglima Tentera Laut TLDM, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Haji Jaafar, dijangkakan 3 buah LCS akan kita perolehi dalam RMK 10 manakala 3 buah lagi menjelang RMK 11 dan keseluruhan tempohnya ialah 10 tahun…

Disini jelaslah perancangan pihak TLDM melibatkan pemasangan tempatan bukan sahaja dapat menyuburkan ekonomi negara dengan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan tetapi mampu juga meningkatan tahap profesionalisme rakyat negara ini. Disini terbukti bahawa semangat nasionalisme turut dimainkan dalam konteks Rakyat Didahulukan.., Pencapaian Diutamakan..!!

Dalam pertemuan dengan sahabat sahabat Bloggers petang semalam, apa yang menarik perhatian adalah apabila Tan Sri Aziz memberikan “amanat” beliau berbunyi “… setiap kenikmatan ekonomi oleh rakyat negara ini harus sejajar dengan kemakmuran berterusan dan keselamatan berpanjangan…”.

Menjadi kemusykilan kepada penulis mengapa si Tony Pua ini begitu beria-ria benar hendak "mengorek" rahsia pertahanan negara. Berapa banyakkah sudah rahsia pertahan negara telah disalurkan kepada pihak-pihak tertentu? Siapakah Tony Pua sebenarnya. Adakah dia Spy Belaan PAP? Wallahuallam.

Terima kasih diucapkan kepada blogger Medan Info Kita (MIK) dan juga GAP atas info yang telah diberikan.

Juragan Malawati..

PRK Merlimau : PKR Tikam Belakang PAS!

Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR), memberi laluan kepada Pas untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau sebenarnya merupakan strategi terbaru parti berkenaan menikam belakang PAS.

Inilah kecurangan yang terbesar dilakukan oleh rakan sekutunnya PKR dan DAP.

Dalam keterpaksaan PAS memperjudikan sekali lagi nasib parti tersebut di Merlimau, kali ini turun dimedan tempur dalam keadaan yang separuh mati, setelah TKO di Tenang, tertanya juga sampai bila PAS akan terus menjadi kuda tungangan?

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Idris Haron berkata, fakta menunjukkan Merlimau merupakan kubu kuat BN dan PKR sudah tentu telah menjangkakan peluang mereka untuk menang begitu tipis.

Atas asas itu, beliau percaya PKR mahu melepaskan diri dengan menyerahkan kerusi tersebut kepada Pas agar mereka tidak dipersalahkan sekiranya pakatan pembangkang menerima satu lagi kekalahan dalam siri pilihan raya kecil.

“Dalam keadaan PKR yang semakin lemah, mereka sebenarnya mahu cuci tangan. Mereka tidak mahu dipersalahkan sekiranya pembangkang sekali lagi kalah dalam pilihan raya kecil ini.

“Sebab itu, mereka beri laluan kepada Pas. Sekiranya berlaku apa-apa, Pas yang akan dipersalahkan,’’ katanya di sini hari ini.

Beliau yang juga Ketua Penerangan UMNO Melaka mengulas keputusan pakatan pembangkang untuk meletakkan calon Pas pada pilihan raya kecil (DUN) Merlimau pada 6 Mac ini. Perkara itu diputuskan dalam mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang yang diadakan di Pejabat DAP, di sini semalam.

Dalam perkembangan sama, Idris berkata, meskipun pakatan pembangkang dilihat sukar untuk menembusi kerusi DUN Merlimau, itu tidak bermakna BN akan mengambil mudah saingan mereka.

Beliau berkata, sebagai penyandang, BN tetap akan berusaha keras supaya penduduk di kawasan berkenaan terus memberi sokongan sekali gus memastikan kemenangannya pada pilihan raya kecil tersebut.

“Lemah atau tidaknya pakatan pembangkang itu soal lain. Paling penting BN perlu buktikan kepada rakyat bahawa parti kita ini amat dekat dengan rakyat dan sentiasa berada dengan rakyat sama ada susah atau senang,’’ katanya.

Ketika ditanya sama ada perlukah Pas menarik diri bertanding di DUN Merlimau, Idris menegaskan, UMNO bukannya seperti Pas yang sering meminta BN tidak bertanding di kubu kuat mereka.

“BN mengiktiraf sistem demokrasi yang menjadi amalan di negara kita. Oleh itu, tidak perlu kita minta Pas menarik diri kerana mereka juga berhak untuk bertanding.

“Dalam pilihan raya, kita serahkan kepada rakyat untuk tentukan siapakah calon pilihan mereka,’’ katanya.

Juragan Malawati..

DAP BERJAYA MEM"BAPUK"KAN PEMIMPIN PAS!

PAS adalah pejuang Islam yang paling bacul. Demi mengejar kuasa PAS merelakan apa sahaja walaupun secara terang Islam telah diperlekehkan oleh rakan sepolitiknya. Banyak peristiwa yang membuktikan betapa PAS hanya menjadikan agama sebagai alat memuaskan nafsu gila kuasa mereka.

1) Karpal Singh pernah menyinggung perasaan seluruh umat Islam dengan kenyataannya berbunyi “Langkah mayat saya dulu, baru pemerintahan Islam boleh dilaksanakan di Malaysia”.

2) Kenyataan DAP yang membayangkan sikap negatif terhadap Islam. Contoh, Lim Kit Siang dengan lantangnya berkata “Penubuhan negara Islam tidak sesuai bagi masyarakat majmuk di Malaysia….kemajuan rakyat lebih utama”.

3) Chen Man Hin berani membuat kenyataan “DAP tidak berganjak dengan pendirian untuk memastikan negara ini sebagai negara sekular”.

4) DAP mula mempertikaikan usaha PAS mahu menubuhkan negara Islam dengan mendakwa Pas perlu menang 128 kerusi Parlimen sedangkan parti itu hanya diperuntukkan 60 kerusi Parlimen oleh pakatan pembangkang.

5) Laungan takbir sebilangan besar penyokong Pas menyambut kedatangan Karpal Singh di Perak.

6) Tindakan melampau seorang penceramah Cina berketurunan Siam mengkafirkan pemimpin kerajaan yang juga seorang yang beragama Islam sedangkan orang Islam sendiri tidak mempunyai hak untuk mengkafirkan orang Islam yang lain.

7) Mempertahankan tindakan ahli politik kafir mencemarkan masjid. Ahli politik kafir itu telah menggunakan tempat suci orang Islam beribadat untuk memaki hamun dan mencerca pemimpin Islam.

8) DAP lantang menentang untuk memasukkan slogan penubuhan negara Islam dalam manifesto pakatan pembangkang dalam pilihan raya akan datang sedangkan jika diukur dari segi kemampuan memenangi kerusi pilihan raya PAS lebih berhak menentukan agenda dalam manifesto gabungan pembangkang. Ini adalah satu penghinaan paling terhormat dilakukan oleh DAP bagi menunjukkan sikap anti Islam mereka.

Kenyataan dan perbuatan yang dilakukan oleh DAP jelas menggambarkan pandangan serong parti itu terhadap Islam. Ini adalah satu tamparan yang hebat kepada Islam keseluruhannya. Namun PAS lebih selesa untuk terus tidur berbantalkan lengan DAP.

PAS semakin gagal menyemai nilai Islam dalam hati nurani rakan pembangkang yang sekaligus menunjukkan betapa Pas tidak akan mampu memupuk benih kemurnian dan semangat ukhwah sesama umat Islam.

Kepada PAS, teruskanlah sandiwara ini kerana ternyata mereka adalah pejuang Islam bacul tersohor di penghujung abad ini.
Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Ahad, 6 Februari 2011

Pok Nik Aziz takut nak berdebat dengan Prof.Madya Mohd. Noor Deris!

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan syarat supaya debat antaranya dengan Majlis Fatwa Kebangsaan atau pihak berkuasa perlu dilakukan secara terbuka.

Beliau berkata, ia penting bagi memastikan semua pihak dapat menilai perjalanan debat dan tidak dimanipulasikan oleh mana-mana pihak.

"Kerana apa orang Melayu tolak Islam, ada orang nasionalis tolak Islam. Saya nak soal itu sahaja, kalau jawapan dia sama dengan Islam, saya boleh terima, jawapan itu mesti sama dengan ajaran Nabi Muhamad.

"Debat ini ajaran agama, masyarakat di kedua-dua belah pihak kena berdebat untuk memberi pendapat dan mendapatkan kebenaran," katanya.

Beliau ditemui selepas menyampaikan Skim Bantuan Makanan Untuk Rakyat Termiskin di sini hari ini.

Utusan Malaysia semalam melaporkan Nik Abdul Aziz tiada sebarang masalah jika Majlis Fatwa Kebangsaan mahu mengkaji semua kenyataannya yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan umat Islam di negara ini.

Malah Menteri Besar Kelantan itu juga bersedia untuk berdebat dengan dengan sesiapa sahaja bagi menjelaskan pendiriannya mengenai kenyataan-kenyataan yang pernah dikeluarkan itu.

Sebelum ini, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof. Madya Mohd. Noor Deris meminta Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja-Raja mengkaji kenyataan Nik Abdul Aziz yang didakwa merosakkan akidah serta memecahbelahkan perpaduan umat Islam di negara ini.

Beliau turut mencabar Nik Abdul Aziz untuk berdebat bagi mencari kebenaran.

Nik Abdul Aziz bagaimanapun menegaskan, debat itu akan hanya dilakukan dengan mereka yang mempunyai kuasa sahaja dan bukan dengan Mohd. Noor seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar semalam.

"Debat dengan Mohd. Noor mengarut, saya hanya debat dengan yang berkuasa sahaja, kalau yang duduk di universiti tidak payah, Mohd. Noor tidak ada dalam senarai.

"Kaedah debat ini adalah letak al-Quran dan hadis di depan supaya dapat mencari kebenaran,'' katanya.

Semalam, laporan muka depan sebuah akhbar menyatakan Nik Abdul Aziz sedia berdebat dengan Mohd. Noor bagi menjelaskan beberapa kenyataan yang mengelirukan yang dikeluarkan oleh pemimpin Pas itu.

Persoalannya disini adalah mengapa Nik Aziz takut berdebat dengan Prof. Madya Mohd. Noor? Bukankah pertemuan ini seperti buku bertemu ruas! Tepuk dada, tanya selera..mengapa ya!!!

Juragan Malawati..