UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 29 Jun 2013

Pendedahan Jusuf Kalla jejaskan pakatan pembangkang - Karpal Singh?


Pengerusi DAP, Karpal Singh berpendapat pendedahan yang dibuat oleh bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh menjejaskan pakatan pembangkang.

Karpal berkata, segala yang dibincangkan antara Jusuf dengan Ketua Pembangkang itu tidak seharusnya didedahkan kepada umum.

"Kenyataan yang dikeluarkan Jusuf boleh menjejaskan pakatan pembangkang dan menimbulkan persoalan tentang kredibiliti Anwar.

"Jika Anwar terjejas, ia juga memberi kesan kepada komponen dalam pakatan pembangkang," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.


Sebelum ini, Jusuf mendakwa Anwar mendapat dana besar dari pihak asing untuk menganjurkan siri perhimpunan haram membantah keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Jusuf turut mendakwa Ahli Parlimen Permatang Pauh itu mempunyai imaginasi melampau dan ego kerana masih ingin menjadi Perdana Menteri meskipun parti pimpinannya kalah dalam PRU-13 lalu.

Mengulas lanjut, Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, Jusuf harus meminta maaf secara terbuka kerana menuduh Anwar mendapat bantuan dana asing untuk menjalankan perhimpunan berkenaan.

"Beliau harus menyatakan rasa kesalnya kerana menuduh Anwar seperti itu," katanya.

Juragan Malawati..

Khamis, 27 Jun 2013

Nasihat buat Anwar - Henti bersikap talam dua muka?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diminta berhenti daripada terus bersikap talam dua muka dengan menampilkan pelbagai wajah hanya kerana berada di kem berbeza berbanding pendirian politik sewaktu berada dalam kerajaan dahulu.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau faham mengenai kekecewaan Anwar selepas impian besarnya untuk merampas Putrajaya pada pilihan raya umum lalu tidak kesampaian tetapi kegagalan itu bukan tiket untuk bersikap talam dua muka.

Katanya, lagak Ketua Pembangkang dalam menyerang dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta agensi berkecuali seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah hanya beliau yang bersih tetapi rekod jelas membuktikan hakikat sebaliknya.

Serentak dengan itu, beliau mengingatkan Anwar apakah selama lebih satu dekad berada dalam Kabinet, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut melaksanakan segala yang dilaung-laungkannya ketika sebelum menyertai dan selepas dipecat daripada kerajaan.

Malah beliau secara terbuka menyifatkan Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) walaupun masih muda tetapi jauh lebih matang dan konsisten dari segi sudut prinsip perjuangan politik berbanding Anwar khususnya dalam menerima hakikat kekalahan.

"Kalau dulu Ketua Pembangkang pernah menjadi hero membela belia, Allah takdirkan beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan. Dulu hero membela kemiskinan di Baling, Allah takdirkan jadi Menteri Pertanian, dulu hero pelajar dan akhirnya jadi Menteri Pelajaran.

"Dulu beliau hero membela kemiskinan, takdir Tuhan beliau jadi Menteri Kewangan. Sepanjang dalam Kabinet, apakah beliau berani menyatakan telah menyempurnakan, memperelokkan dan melaksanakan segala yang beliau bicarakan sebelum menjadi menteri?," ujarnya.

Sebab itu katanya, Anwar tidak boleh bersikap talam dua muka dalam perjuangan politiknya.

"Jangan kita bersikap talam dua muka dalam perjuangan politik kerana rakyat akan mengukur sejauh mana nilai konsisten kita apabila berada di kerusi berbeza," katanya semasa membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Annuar, berbeza dengan Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain, kepemimpinan BN jauh lebih konsisten dalam perjuangan selain mempunyai rekod pentadbiran baik sejak lebih 55 tahun menyebabkan rakyat kekal memilih parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Jelasnya, walaupun pembangkang menggunakan pelbagai taktik serta strategi, selain menaburkan janji-janji manis termasuk mendoakan kerajaan BN KO! tetapi ternyata perancangan Allah dan kesedaran rakyat mengatasi nafsu besar pakatan untuk menawan Putrajaya.

"Sebaliknya doa KO! bertukar tangan. Negeri yang dikuasai pembangkang KO! di Kedah. Pemimpin-pemimpin kanan pembangkang daripada Pas seperti timbalan presiden dan beberapa naib presiden yang KO! kepada pemimpin BN hasil ketentuan Allah," katanya.

Dalam pada itu, Annuar yang kembali semula ke Dewan Rakyat selepas 13 tahun tidak terpilih menjadi Ahli Parlimen nyata menjadi duri dalam daging kepada pembangkang apabila beliau secara bersahaja 'membelasah' seorang demi seorang wakil rakyat pembangkang.

Malah pada satu, ketika beliau mengalunkan dua rangkap pantun yang dicipta khas untuk menyindir keghairahan pembangkang menjadikan isu undi popular sebagai modal politik walaupun sistem pilihan raya negara tidak berpandukan pada undi popular.

Pantun itu seperti berikut:

Dari Lenggong ke Tanjung Piai,

Permatang Pauh tempat memuja,

Hajat menggunung tidak tercapai,

Mencari salah pengubat duka.

Di Padang Merbok menaiki van,

Punggah pengikut buat demonstrasi,

Undi popular tidak relevan,

Modal lapuk idea dah basi.

Sumber : UMO

Juragan Malawati..

Selasa, 25 Jun 2013

32 ditahan merusuh di Parlimen?

Sebahagian peserta perhimpunan haram melakukan provokasi terhadap anggota-anggota polis ketika cuba bertindak merempuh bangunan Parlimen, semalam.

Majlis angkat sumpah Ahli Dewan Rakyat di Bangunan Parlimen hari ini 'tercemar' dengan tindakan biadab kumpulan penyokong parti pembangkang yang merusuh dan mahu merempuh masuk ke bangunan itu.

Selain berhimpun seawal pukul 8.45 pagi, kumpulan perusuh itu mencetuskan kekecohan apabila berbaring di atas jalan kira-kira 500 meter dari pintu masuk Bangunan Parlimen iaitu di Jalan Parlimen-Jalan Mahameru.

Mereka turut memaki hamun Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa tidak adil serta melemparkan kata-kata kesat meminta pemimpin suruhanjaya itu meletak jawatan.

Kekecohan bermula kira-kira pukul 10.50 pagi apabila sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) dipimpin Adam Adli Abdul Halim cuba merempuh kawalan polis untuk memasuki pekarangan Parlimen.


Rempuhan ganas kumpulan itu mengakibatkan beberapa anggota polis termasuk seorang berpangkat inspektor cedera selepas diserang dan dipukul oleh perusuh tersebut.

Polis terpaksa menahan beberapa perusuh kumpulan itu dan pada masa yang sama peserta perhimpunan lain menghamburkan kata-kata kesat kepada anggota keselamatan yang berkawal menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas di Jalan Parlimen.

Insiden ganas yang berlangsung selama 40 minit kembali reda selepas pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali Cikgu Bard dan Adam Adli menyerah diri kepada polis.

Kumpulan perusuh itu mula bersurai dan menuju ke Padang Merbok pada pukul 12.05 tengah hari selepas diarahkan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad.


Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan pihaknya menahan sebanyak 32 perusuh kerana membuat kecoh dan merempuh kawalan polis di sekitar Bangunan Parlimen hari ini.

Menurut beliau, mereka terdiri daripada 29 lelaki dan tiga wanita termasuk Cikgu Bard dan Adam Adli.

"Peserta perhimpunan telah membuat provokasi dengan membaling botol air, telur dan menyimbah cat terhadap anggota polis yang bertugas.

"Bagaimanapun polis berjaya mengawal keadaan tersebut dan meneruskan kawalan dan pemantauan bagi memastikan keselamatan di Bangunan Parlimen terjamin," katanya dalam laman Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur hari ini.

Perhimpunan anjuran pembangkang dan beberapa pertubuhan bukan kerajaan itu dianjurkan di Padang Merbok oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bermula kelmarin.

Himpunan yang gagal mendapat sambutan itu turut dicemari insiden ganas termasuk kejadian dua anggota penguat kuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dikasari.

Juragan Malawati..

Jerebu - Lapan syarikat Malaysia disiasat?


Kerajaan Indonesia semalam mendakwa sebanyak lapan buah syarikat yang dinaungi rakyat Malaysia menjadi punca kepada fenomena jerebu luar biasa yang melanda negara-negara jiran termasuk Singapura.

Menteri Alam Sekitarnya, Balthasar Kambuaya berkata, lapan syarikat tersebut kini disiasat atas dakwaan menyebabkan kebakaran hutan di wilayah Riau dan Jambi.

Lapan syarikat tersebut ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.

"Jika terdapat bukti kukuh, kami akan membawa kes ini ke mahkamah. Siasatan masih berada di peringkat awal," katanya.


Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu hari ini, Indonesia akan terus melaksanakan usaha pembenihan awan bagi menghasilkan hujan tiruan untuk memadamkan kebakaran di Sumatera yang menjadi punca jerebu di Singapura dan Malaysia.

Agensi Pengurusan Bencana Alam, Agus Wibowo berkata, sebuah pesawat yang menjalankan pembenihan awan semalam berjaya menghasilkan hujan di daerah Bengkalis, Sumatera yang merupakan antara kawasan kebakaran paling besar.

''Kami akan melaksanakan operasi pembenihan awan dengan menggunakan dua buah pesawat.

''Kami harap situasi jerebu akan pulih dan memberikan kelegaan kepada mereka yang tidak sihat dan berharap semua akan kembali normal tidak lama lagi,'' katanya kepada AFP hari ini.


Agus berkata, wilayah Riau yang mana antara kawasan berlakunya kebakaran, diletakkan dalam keadaan darurat selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah tahap berbahaya iaitu 400 di beberapa lokasi.

Tiga buah helikopter juga dikerahkan bagi membantu memadam kebakaran hutan di kawasan yang terbakar.

Dalam pada itu, Agensi Alam Sekitar Nasional Singapura menyatakan kualiti udara di negara itu semakin baik sejak malam tadi.

Setakat tengah hari, IPU sejak 24 jam lalu adalah di antara 88 dan 98.

Agensi itu berkata, kualiti udara semakin bertambah baik ekoran perubahan arah angin di Singapura sejak malam tadi.

Juragan Malawati..

Isnin, 24 Jun 2013

WAWANCARA PENUH : JUSUF KALLA DEDAH PENGLIBATAN AMERIKA BANTU ANWAR JUMPA PRESIDEN INDONESIA!

Bapak Jusuf Kalla, Mantan Naib Presiden Indonesia

Nama bapak Jusuf Kalla (JK), mantan Naib Presiden Indonesia menjadi penting di Malaysia kerana peranan persahabatannya dalam PRU13 baru-baru ini. Ramai rakyat Malaysia terkejut bagaimana beliau tiba-tiba muncul dalam kancah politik Malaysia. Ikuti perbualan eksklusif saya dengan bapak Jusuf Kalla di Jakarta baru-baru ini yang turut memperkatakan pelbagai isu sampingan.

Sebagai Ketua Editor Merdeka-Online, sebuah portal baru yang saya usahakan dengan matlamat rakyat Malaysia boleh meresapi jiwa merdeka dengan semangat "a sense of belonging". Baru-baru ini, pada 1 Jun 2013 saya berkunjung ke rumah bapak Jusuf Kalla, di Jakarta, Indonesia dengan niat untuk bertemu bapak Jusuf Kalla sekiranya beliau boleh ditemuramah.

Alhamdulillah, bukan sahaja saya diterima dengan baik oleh bapak Jusuf kalla, tetapi saya turut dapat berbicara pelbagai hal khususnya mengenai Pilihanraya Umum Ke-13 di Malaysia. Ikuti sedutan soal-jawab saya dengan bapak Jusuf kalla.

MO: Assalamualaikum dan terima kasih saya ucap kepada Bapak atas kesudian menerima kehadiran saya.

JK: Waalaikum Salam warahmatullahi Wabarakatuh. Terima kasih.

MO: Saya ingin menyatakan perasaan teruja atas peranan bapak dalam hal, kalau bisa disebut perdamaian semasa Pilihanraya Umum di Malaysia baru-baru ini. Saya dapati rata-rata rakyat Malaysia masih tertanya-tanya bagaimana bapak tiba-tiba bisa muncul dalam hal ini?

JK: Sebetulnya, saya ingin jelaskan bahawa bapak Anwar bertemu saya sebanyak 3 kali. Pertamanya pada bulan Mac, 2013 di rumah ini juga dia datang pada malam hari. Ketika itu, hadir bersama dua ahli Parlimen Indoneisa iaitu Yusril Ihza Mahendra dan Fahmi Idris.

Saya lihat, pada ketika itu, Anwar terlalu yakin akan menang Pilihanraya di Malaysia, kerana katanya di mana-mana dia pergi sambutannya cukup luar biasa.

Jadi Anwar mahu saya jadi perantaraan kepada bapak Najib, karena hubungan saya dengan kedua-dua mereka ini sangat baik, maka atas dasar persahabatan saya menerima. Bukan saya mahu masuk campur dalam urusan negara Malaysia, saya menerima urusan ini sebagai urusan persahabatan saya.

MO: Barangkali bapa bisa jelaskan apakah permintaan bapak Anwar semasa pertemuan dengan bapak tempohari?

JK: Anwar memang ada membuat beberapa permintaan supaya saya bisa sampaikan kepada bapak Najib. Pertamanya, Anwar mahu agar supaya bapak Najib menerima ketetapan bahawa sesiapa yang kalah hendaklah menerima kekalahan itu. Dan yang kalah juga hendaklah mengucapkan selamat berjaya kepada yang menang, dan yang kalah itu kalau bisa disesuaikan dalam pentadbiran kerajaan yang baru.

Jadi, saya terbang ke Kuala Lumpur dan menyampaikan permintaan-permintaan Anwar itu dan bapak Najib mendengar dengan baik.

Saya lihat bapak Najib seorang yang berjiwa besar, mendengar dengan baik segala permintaan Anwar tetapi bapak Najib juga mempunyai keyakinan yang tinggi akan menang Pilihanraya itu.

MO: Bagaimana tentang hal perjanjian, kerana di Malaysia heboh kononnya ada surat perjanjian antara Anwar dengan bapak Najib?

JK: Anwar memang ada membuat perjanjian bertulis. Anwar yang membuatnya, jadi semasa Anwar datang ke rumah saya, Anwar mahu supaya bapak Najib menurunkan tandatangan dalam perjanjian itu.

Anwar sangat konfiden akan menang. Di dalam mindanya dia sudah bayangkan dia Perdana Menteri. Jadi, saya kata kepada Anwar ok, kalau kamu kalah kamu juga harus menerima kekalahan kamu. Anwar bersetuju, jadi saya tandatangan dan Anwar juga tandatangan.

Apabila saya terbang ke Kuala Lumpur, saya bawa hal surat perjanjian ini kepada bapak Najib, saya melihat bapak Najib tidak ada masalah melihat perjanjian itu, tapi bapak Najib mengambil keputusan tidak menurunkan tandatangan. Saya tidak bisa memaksa.

Jadi saya balik semula kepada Anwar, saya beritahu kepada Anwar bahawa bapak Najib tidak turunkan tandatangan tetapi saya mahu kamu (Anwar) percaya kepada my mouth (mulut saya) bahawa bapak Najib tidak ada halangan dengan permintaan kamu (Anwar) itu. Maknanya, sesiapa yang kalah harus menerima kekalahan dengan hati yang terbuka (gentleman).

Inilah gentleman's agreement antara saya dengan bapak Najib. Akhirnya Anwar bersetuju dalam isu bapak Najib tidak turunkan tandatangan karena Anwar mempercayai cakap saya.

Malangnya, selepas keputusan Pilihanraya, Anwar mungkir janji dan tidak komited kepada perjanjian itu sendiri. Itu sebab saya marah kepada Anwar dan kawan-kawan Anwar di Jakarta turut marah kepadanya kerana Anwar mungkir janji dan tidak komited. Asean Wall Street Journal menghub ungi saya bertanya apakah benar Anwar tidak komted. Saya beritahu mereka ya, benar Anwar memang tidak komited.

Saya tidak akan hubungi Anwar, biar dia tahu kami (Yusril, Fatmi dan teman-teman yang lain) marah kepadanya.


ISU PENIPUAN PILIHANRAYA

MO: Apa alasan Anwar tidak mahu menerima kekalahannya, mungkir janji dan tidak komited?

JK: Anwar menuduh berlaku penipuan, antaranya soal dakwat kekal. Jadi saya marah Anwar, saya kata kamu bilang dakwat itu tidak kekal, itu kamu lihat di jari kamu masih ada bekas dakwat kekal belum hilang (sambil bapak Jusuf Kalla memegang jari Anwar yang masih ada bekas dakwat).

Kemudian Anwar bangkitkan pengundi Bangladesh. Saya bilang sama Anwar, tak kan orang Malaysia tidak boleh membezakan percakapan, bahasa, budaya dan gaya orang Bangladesh. Tidak mungkin berpuluh ribu orang Bangladesh boleh dibawa masuk ke Malaysia dan menjadi pengundi. Ini tidak masuk akal.

Tapi, Anwar tetap tidak mahu menerima keputusan dan dia tetap dengan egonya.

MO: Anwar kata dia menang kerana undi popular dia lebih banyak daripada bapak Najib?

JK: Saya beritahu Anwar, kamu berada di Malaysia bukannya di Indonesia. Kalau kamu (Anwar) bertanding di Indonesia kamu sudah jadi Presiden Indonesia. Tapi di Malaysia sistemnya lain, kemenangannya dikira melalui sistem undi electoral, yang mana partai yang menang akan membentuk kerajaan dan melantik Perdana Menteri.

Malangnya Anwar ini ego, imaginasinya sangat melampau-lampau, dia tetap mahu jadi Perdana Menteri. Saya bilang kepada Anwar, "Kamu sudah gila?" mana mungkin kamu (Anwar) menjadi Perdana Menteri sedangkan kamu hanya menang 89 kerusi parlimen walhal bapak Najib menang 133. Tolong beri saya jawapan atas dasar apa kamu boleh jadi Perdana Menteri kerana kamu sendiri tahu kamu hanya menang 89 walhal bapak Najib menang 133.

Kami bertengkar dan akhirnya Anwar berfikir juga. Kemudian, kami juga berbicara tentang masa depannya dan masa depan Nurul Izzah. Saya bercakap tentang Menteri Penuh, Anwar meminta masa berfikir tentang perkara itu.

Kesilapan Anwar ialah dia sudah dua kali mengumumkan mahu bersara jika tewas dalam Pilihanraya, malangnya Anwar tidak pernah komited kepada janji-janjinya.

HIMPUNAN BLACK OUT 505

MO: Anwar kini sedang mengadakan himpunan Black Out 505 di seluruh negara sebagai bantahan ke atas keputusan Pilihanraya Umum baru-baru ini. Bagaimana bapak melihat perkara ini?

JK: Pertama saya mahu beritahu bahawa saya mengetahui Anwar dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington, Filipina, dan mungkin juga di negara Thai dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina, dan sedikit-sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu. Mereka tidak boleh menyembunyikan diri mereka kerana mereka adalah rakan-rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka.

Isunya untuk apa membuat himpunan tersebut jika ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam dan orang Melayu. Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan Anwar tidak dapat memberi jawapan dengan jelas, ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli-ahli parlimen dari parti lain.

Makanya, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Black Out 505 itu hanya sia-sia sahaja, melainkan hanya menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu musuh-musuh Islam.

PERTEMUAN SUSILO & ELEMEN WASHINGTON

JK: Baru-baru ini Presiden Susilo menelefon saya bertanyakan mengenai panggilan telefon dari "Polis Washington" supaya Presiden Susilo menerima permintaan Anwar untuk bertemu dengannya. Saya memberitahu Presiden Susilo supaya tidak tunduk kepada tekanan Washington dan tidak kena dengan peraturan kenegaraan untuk menerima permintaan Anwar kerana Anwar hanya pembangkang bukan Perdana Menteri. Ini bermakna, saya sangat yakin, bahawa ada elemen Washington dalam urusan campurtangan kuasa luar dalam politik negara Malaysia. Anda perlu terus menyiasat perkara ini.

ISU PENCEROBOHAN LAHAD DATU

JK: Dalam kes pencerobohan Lahad Datu, saya juga tahu bahawa ada campurtangan dari orang-orang tertentu di Filipina, kawan-kawan Anwar seperti Joseph Estrada dan sebuah syarikat besar di Filipina memberi sokongan kewangan dalam kes pencerobohan di Lahad Datu.
Tujuan mereka satu sahaja iaitu untuk melemahkan kerajaan Malaysia, di mana mereka yang menceroboh itu mahu menunjukkan kepada dunia luar bahawa kerajaan Malaysia lemah dan gagal menangani isu tersebut.

MO: Saya ucap terimakasih kepada bapak atas kesudian bapak menerima kehadiran saya dan seterusnya berbicara tentang isu penting ini. Saya sangat hargai dan saya berharap rakyat Malaysia boleh melihat peranan bapak yang mulia ini khususnya kedua-duanya adalah sahabat baik bapak.
JK: Terima kasih.

Jakarta, Indonesia,
1 Jun 2013

Juragan Malawati..

Ahad, 23 Jun 2013

Benarkah Khalid Ibrahim Ragui Kemenangan PR Di Selangor?


PRU-13 baru-baru ini menyaksikan pakatan pembangkang yang membabitkan DAP, PKR dan PAS telah berjaya menguasai 44 kerusi DUN di Selangor membolehkan gabungan tidak berdaftar yang dikenali sebagai PR itu kekal memerintah negeri tersebut untuk penggal kedua.

Kejayaan luar biasa itu agak mengejutkan tatkala kecenderungan pengundi amat positif kepada BN sementara pelbagai hasil kaji selidik menjangkakan BN mempunyai peluang cerah untuk kembali menguasai Selangar atau setidak-tidaknya menambah koleksi kerusi DUN.

Kegagalan menguasai semula Selangor setelah tewas dengan agak teruk di tangan PR sesungguhnya agak perit bagi BN namun menyedari ia adalah keputusan muktamad majoriti rakyat negeri itu maka BN menerima seadanya dan tetap mengiktiraf Kerajaan Negeri yang dibentuk.

Menariknya di sebalik itu semua, Kerajaan Negeri yang diketuai Menteri Besar, Khalid Ibrahim tiba-tiba sahaja seperti tidak berpuas hati sehingga terdetik untuk menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dalam PRU-13 melibatkan negeri Selangor.

Ia cukup pelik kerana biasanya pihak kalah yang akan beriya-iya meminta siasatan diadakan samada atas sebab tidak berpuas hati, khilaf pemahaman atau pun saja-saja untuk cetuskan kontroversi berpanjangan. Di masa yang sama pihak yang menang pula akan meraikan kejayaan.

Jadinya, penulis berpendapat berkemungkinan matlamat penubuhan suruhanjaya siasatan seperti diumumkan oleh MB Selangor semalam yang akan diketuai oleh Nik Nazmi, tak lain dan tak bukan adalah untuk menyiasat kenapa PR boleh menang besar sehingga menimbulkan keraguan munasabah di fikiran Khalid Ibrahim.

Dengan kata lain ada kebarangkalian Khalid kurang yakin dengan kejayaannya mengekalkan jawatan MB dan keupayaan PR untuk kekal berkuasa bagi penggal kedua di Selangor dicapai melalui proses yang telus lantas mensyaki ada kemungkinan kejayaan luar biasa itu disebabkan penipuan.

Lagi pun fakta menunjukkan himpunan pertama Blackout 505 berlaku di Stadium MBSJ Kelana Jaya, Selangor seperti mengiakan ia sebenarnya adalah himpunan bantahan terhadap kemungkinan wujudnya penipuan yang menjadi punca kepada kemenangan PR di negeri itu.

Jika tidak sedemikian, apa lagi tujuannya? Nak dikatakan suruhanjaya itu kelak mahu menyiasat kenapa BN kalah di Selangor sehingga berlaku penyusutan kepada 12 kerusi DUN sahaja yang dapat dimenanginya memang tak masuk akal, mana ada orang menipu untuk kalah, tak gitu?

Senario pelik di Selangor hasil cetusan Khalid ini mengingatkan penulis kepada kesungguhan Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang bangga mendedahkan seorang pengundi muda kononnya dapat mengundi dua kali bagi DUN Tanjung Lumpur yang dimenangi PAS serta di kawasan Parlimennya.

Mungkin kepelikan sikap Fuziah Salleh itu turut dialami Khalid maka kedua-duanya berkongsi sikap yang sama yakni ragu dengan kemenangan yang mereka perolehi.

Tapi ada eloknya dengan sifat pelik luar tabie sedemikian, manalah tahu kot dalam masa terdekat nanti terdetik pula idea di kepala Khalid untuk bubar DUN Selangor seterusnya pilihan raya semula diadakan di negeri itu. Apa komen pembaca?

Juragan Malawati..

UTUSAN MELAYU DAN HAK ORANG MELAYU!


SELASA minggu lalu, Utusan Melayu menyambut ulang tahun ke-75. Tarikh 18 Jun 1938 adalah hari di mana syarikat Utusan Melayu diperbadankan dengan nama Utusan Melayu Press Limited dengan matlamat untuk menerbitkan akhbar bernama Utusan Melayu sebagai penyampai suara orang-orang Melayu bagi memperjuangkan kepentingan bangsa dan tanah air.

Akhbar Utusan Melayu diterbitkan hampir setahun kemudian selepas syarikat itu ditubuhkan, iaitu pada 29 Mei 1939.

Seringkali banyak orang keliru mengenai Utusan Melayu sebagai syarikat dan akhbar. Lebih-lebih lagi banyak orang kurang faham dengan perjuangan Utusan Melayu.

Ini kerana apabila disebut sebagai Utusan Melayu, maka yang tergambar ialah akhbar bertulisan jawi yang mula diterbitkan pada tahun 1939.

Kini akhbar ini sudah tiada. Ia dihentikan penerbitannya pada tahun 31 Disember 2003.

Sementara akhbar Utusan Melayu Mingguan bertulisan jawi yang diterbitkan seminggu sekali dan menjadi sisipan dalam Utusan Malaysia mula menemui pembaca pada 4 Januari 2003.

Seringkali disebut bahawa Utusan Melayu Mingguan sebagai pengganti Utusan Melayu kerana kedua-duanya bertulisan jawi. Tetapi pengganti sebenar Utusan Melayu bukannya Utusan Melayu Mingguan tetapi adalah Utusan Malaysia yang mula diterbitkan pada 1 September 1967.

Perjuangan Utusan Melayu bukannya soal tulisan jawi. Tetapi perjuangan Utusan Melayu adalah untuk agama, bangsa dan tanah air, ataupun yang sering disebut sebagai alif, ba, ta. Alif untuk agama. Ba untuk bangsa dan ta untuk tanah air.

Maka untuk perjuangan ini, Utusan Malaysia adalah pewaris kepada Utusan Melayu walaupun akhbar itu bertulisan rumi.

Sememangnya apabila disebut perjuangan Utusan Melayu, tentulah rujukannya ialah kepada Utusan Malaysia walaupun Utusan Melayu sebagai akhbar sudah tiada.

Ia bukannya soal akhbar atau bentuk tulisannya tetapi mesej, misi dan semangatnya.

Justeru apabila disebut sebagai semangat dan isi perjuangan Utusan Melayu, ia dikira bermula apabila syarikat Utusan Melayu Press Limited ditubuhkan. Semangat inilah yang sedang disambut ulang tahunnya yang ke 75 tahun ini.

Semangat itulah yang dikira masih bernyala dan bersemarak. Sedangkan syarikat Utusan Melayu Press Limited itu kini telah pun tiada. Ia dibubarkan pada 21 Februari 1970.

Ketika itu semua penerbitan akhbar dan majalah Utusan Melayu Press Limited telah diambil alih oleh syarikat Utusan Melayu (Malaysia ) Berhad yang ditubuhkan pada 10 Mei 1967.

Akhbar dan majalah yang diambil alih termasuklah Utusan Melayu, Utusan Zaman, Mastika (mula terbit pada 1 Jun 1941) dan Mingguan Malaysia (mula terbit pada 30 Ogos 1964).

Sementara Utusan Malaysia adalah terbitan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad dan bukannya diwarisi daripada Utusan Melayu Press Limited.

Seperti mana Utusan Malaysia mewarisi perjuangan Utusan Malaysia, maka Utusan Melayu (Malaysia ) Berhad mewarisi pula Utusan melayu Press Limited. Kesemuanya menyambung perjuangan Utusan Melayu.

Sepanjang 75 tahun sejarahnya, ada tiga peristiwa yang menggugat Utusan Melayu dan hampir melenyapkannya.

Pertama ialah Perang Dunia Kedua. Kedua, ialah mogok. Ketiga ialah penggabungan.

Pada 15 Februari 1942, akhbar Utusan Melayu tidak lagi diterbitkan kerana tentera Jepun telah menawan Singapura.

Tetapi Jepun mengarahkan Utusan Melayu diterbitkan tetapi digabungkan dengan Warta Malaya untuk menjadi Berita Malai. Pekerja-pekerja Utusan melayu diketuai oleh pengarangnya, A Samad Ismail dikerahkan supaya bekerja.

Berita Malai bukan lagi Utusan Melayu sebenarnya. ia telah menjadi akhbar propaganda Jepun semata-mata. Maknanya Utusan Melayu sudah tiada lagi.

Dari tahun 1939 hingga 1942, Utusan Melayu hanya dapat bertahan tidak sampai tiga tahun.

Tetapi ternyata Jepun menyerah kalah dan syarikat Utusan Melayu Press Limited dihidupkan kembali dengan Yusof Ishak sebagai pengurusnya pada 17 September 1945. Maka Utusan Melayu dapat dihidupkan kembali. Syarikat Utusan Melayu ini kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. Mulai 6 Februari 1951, akhbar Utusan Melayu tidak lagi dicetak di Singapura.

Gugatan kedua terhadap Utusan Melayu berlaku pada 10 Julai 1961. Pada tarikh itu Lembaga Pengarah Utusan Melayu yang dikuasai UMNO melantik Ibrahim Fikri sebagai Ketua Pengarang dan Pengarah Utusan Melayu.

Sepuluh hari kemudian, seramai 115 pekerja Utusan melayu melancarkan mogok membantah campur tangan UMNO dalam Utusan Melayu. 30 pekerja di Singapura juga melancarkan modok,

Pada 22 Julai akhbar Utusan Melayu tidak diterbitkan. Maknanya akhbar Utusan Melayu dapat bertahan selama 17 tahun selepas diterbitkan semula apabila Perang Dunia Kedua berakhir.

Beberapa hari selepas mogok besar itu, Utusan Melayu dapat diterbitkan semula atas usaha Melan Abdullah dan Othman Wok yang dibawa dari Singapura. tetapi ia dicetak di luar Utusan Melayu iaitu oleh Print Craft.

Pada 21 Oktober 1961, mogok berakhir, Ibrahim Fikri kemudian dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu dan tempatnya digantikan dengan H M Shah. Pada tahun 1962, Melan Abdullah dilantik sebagai Ketua Pengarang.

Tetapi ekoran daripada mogok besar itu, Utusan Melayu kehilangan nama-nama besar seperti Said Zahari, Usman Awang, Keris Mas dan banyak lagi.

Rahmat di sebalik kehilangan ini ialah mereka ini menjadi penggerak penting kepada Dewan Bahasa dan Pustaka yang kemudian meluaskan platform perjuangan bangsa dan bahasa Melayu.

Ketika mogok itu, Utusan Melayu lumpuh dan hakikat bahawa ia boleh ditutup adalah suatu yang mungkin juga.

Gugatan ketiga berlaku pada tahun 2006 apabila ada usaha untuk menggabungkan Utusan Melayu dengan New Straits times.

Gabungan itu dibatalkan setelah bantahan pelbagai pihak dengan usaha bersungguh-sungguh para wartawan Utusan Melayu menghalangnya.

Selepas 75 tahun perjuangan Utusan Melayu, institusi ini akan terus menghadapi pelbagai cabaran. Sememangnya Utusan Melayu sudah menjadi sebuah institusi, baik berupa akhbar Utusan Malaysia mahupun sebagai syarikat yang kini bernama Utusan Melayu (Malaysia) Berhad atau lebih biasa disebut sebagai Kumpulan Utusan.

Tetapi walaupun sesuatu sudah menjadi institusi, ia tetap boleh hilang dengan satu tanda tangan saja.

Ingatlah bahawa selepas British kembali ke Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua, dengan satu tanda tangan, negeri-negeri Melayu hilang dari buminya dengan digantikan dengan Malayan Union. Raja-raja Melayu sebagai institusi yang wujud bukan saja dari zaman Kesultanan Melaka tetapi Seri Wijaya telah hilang begitu saja.

UMNO ditubuhkan bagi memulihkan kedudukan Raja-raja Melayu dan negeri-negeri Melayu.

Tetapi perjuangan Utusan Melayu bermula jauh lebih awal daripada banyak institusi yang ada pada hari ini. Dengan lahir pada tahun 1939, maka ia wujud lebih awal daripada UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946.

UMNO dan Utusan Melayu adalah institusi-institusi orang Melayu. Begitu juga dengan MARA dan Dewan Bahasa dan Pustaka yang menjadi sebahagian daripada jentera kerajaan Malaysia. Begitu juga dengan Askar Melayu Diraja.

Pada satu waktu dahulu ada Bank Bumiputra. Hakikatnya ialah institusi-institusi orang Melayu ini boleh hilang jika tidak dipertahankan.-UMO

Juragan Malawati..

Jumaat, 21 Jun 2013

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tertidur sambil bercakap?



Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini tertidur sambil bercakap ketika sidang media. Menurut jurucakapnya Faekah Husein, beliau mungkin tertidur akibat kesan ubat yang dimakannya.

Pelik jugalah kalau ubat darah tinggi boleh membuatkan MB Khalid mengantuk? Kalau Khalid pekena PIL KUDA tu lainlah? Adakah kurang gula dalam darah petunjuk kepada penyakit darah tinggi? Pelik-pelik...!!!

Juragan Malawati..

Khamis, 20 Jun 2013

Shamsudin Lias Ketua Pembangkang DUN Selangor?


Barisan Nasional (BN) Selangor mengumumkan pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Burong, Datuk Mohd. Shamsudin Lias, 60, sebagai Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN).

Pelantikan Shamsudin itu diumumkan secara rasmi oleh Timbalan Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Noh Omar hari ini setelah mendapat persetujuan kesemua 12 ADUN parti itu dan diluluskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak merangkap Pengerusi BN Selangor semalam.

Beliau berkata, Timbalan Ketua Pembangkang pula disandang ADUN Jeram, Datuk Amiruddin Setro, Jeram.

Juragan Malawati..

Isnin, 17 Jun 2013

Pembohongan pembangkang?

NAJIB Tun Razak bersalaman dengan pelajar-pelajar pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, semalam. Majlis disertai 80 wakil pelajar Malaysia dari seluruh Indonesia termasuk Kelab UMNO Luar Negara.

Pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dinasihatkan tidak terpedaya dengan pembohongan pembangkang sehingga menjadikan mereka antikerajaan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, fitnah dan pembohongan yang dilempar pembangkang khususnya berkaitan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) baru-baru ini telah menimbulkan persepsi yang salah terhadap kerajaan sehingga ada golongan terpelajar yang menerima bulat-bulat dakyah tidak berasas itu.

Antara fitnah pembangkang yang tidak masuk akal dan tidak dapat dibuktikan sehingga ke hari ini tegas Najib, ialah tuduhan Barisan Nasional (BN) membawa 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi.

“Ini satu fitnah dan pembohongan. yang amat besar yang berlaku dalam pilihan raya kali ini. Sebab itu saya kata tak kan ada orang tak boleh fikir. Rupanya ada orang tak boleh fikir. Saya dapat tahu peguam pun tak boleh fikir.

“Apa masalah golongan ini? Apa sudah jadi dengan tahap kebijaksanaan dan rasional mereka yang tak boleh fikir soal ini," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis jamuan tengah hari bersama pelajar-pelajar Malaysia di Kedutaan Besar Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan dan isteri, Datin Sharifah Ikhlas Syed Ismail.

Pada majlis itu, beliau turut meminta pelajar Malaysia di Indonesia berfikir secara rasional bagaimana BN boleh membawa 40,000 warga Bangladesh ke Malaysia sebagai pengundi pada PRU-13.

Ini kerana, kata Najib, sekiranya benar dakwaan itu berlaku, BN memerlukan 100 pesawat jumbo untuk mengangkut mereka dari negara asal.

Kalau bukan dengan pesawat sekalipun, BN tegas Najib, memerlukan 1,000 buah bas pula untuk membawa mereka ke tempat mengundi.

Najib berkata, dakwaan pembangkang itu tidak masuk akal dan BN pula sukar untuk menyembunyikan warga Bangladesh di Malaysia kerana ciri-ciri paras rupa mereka adalah berlainan dengan kebanyakan warga Malaysia.

“Saya sebagai Pengerusi BN menafikan sekeras-kerasnya wujud penipuan yang kononnya dilakukan oleh BN. Proses pilihan raya telah berlaku dengan adil mengikut undang-undang dan peraturan," katanya.

Menurut Najib lagi, BN yang telah banyak melakukan perubahan dari segi penyampaian dalam tempoh empat tahun yang lalu dan telah menang secara sah pada PRU-13.

Bagaimanapun, BN ujar beliau, telah kalah dalam perang persepsi (war of perception) kerana fitnah dan pembohongan yang dilakukan pembangkang melalui media alternatif lebih dipercayai daripada kebenaran yang dipaparkan dalam media arus perdana.

Perdana Menteri berkata, walaupun lawatan ke Indonesia kali ini bersifat peribadi, beliau turut mengadakan perjumpaan dengan beberapa pemimpin Indonesia yang rapat dengan beliau.

“Saya telah menegaskan kepada mereka bahawa hubungan Malaysia dan Indonesia merupakan hubungan yang sangat penting yang perlu dipupuk dan diperkukuhkan melalui lawatan rasmi dan peribadi," katanya.

Sempena lawatan itu, Najib turut memenuhi permintaan stesen televisyen MetroTV dan majalah Tempo untuk ditemu bual.- UMO

Juragan Malawati..

Sabtu, 15 Jun 2013

Siapa dibelakang blogger yang menfitnah Ungku Salleh?



Laporan Polis dibuat bagi menafikan tuduhan yang dilempar oleh blogger INIGOBLOGPOLITIK dalam entri bertajuk "Zin Badak dibayar Anwar Untuk Pastikan UMNO Kalah di Selangor - Ungku Salleh"

Menurut Ku Salleh beliau telah dinasihat oleh DS Noh Omar untuk membuat laporan Polis keatas penulis blog tersebut. Namun beliau mengambil masa dua hari kerana menunggu sekiranya DS Ir Zin akan membuat laporan Polis kerana tuduhan tersebut dibuat keatas beliau.

Juragan Malawati..

Jumaat, 14 Jun 2013

Khamis, 13 Jun 2013

Hinanya aku dek Anwar Ibrahim?



SAJAK KITA TERTIPU LAGI


Ketahuliah

Satu Malaysia ini, sekarang

Diperbodoh-bodohkan oleh Anwar Ibrahim

Kita semua rakyat Malaysia kononnya bodoh belaka

Apakah harus kita membenarkan diri diperbodohkan?


Tak ada seorang pun pandai

Kecuali Anwar Ibrahim, dia anggap dirinya pandai

Lain semuanya tak guna

Tak layak jadi Perdana Menteri

Hinggakan dah jadi banduan pun masih nak jawatan itu

Pemimpin penyokongnya bebal membisu

Hati di dalam masih bernafsu


Siapa orangnya?

Si hipokrit, Anwar Bin Ibrahim


Anwar kata dia seorang saja yang bijak dan layak

Sebab itu dalam penjara pun masih nak teriak

Kalau tidak siapa nak tegakkan keadilannnnn…

Orang lain tak mampu

Orang lain zalim

Orang lain ada kroni

Orang lain ada nafsu

Aku cuma ada topeng palsu


Siapa orangnya?

Aku, Anwar Bin Ibrahim, paling wahid dalam menipu


Tak ada seorang pun layak jadi PM

Aku boleh dipercayai

Aku dimanjai

Aku cepat dapat jawatan tinggi

Tangan kananku indah terperi

Tak siapa tahu tangan di kiri

Banyak rahsia diam tersembunyi


Anwar Ibrahim perbodohkan semua orang

Anwar Ibrahim menghina kita semua

Dia seorang saja yang maha bersih

Kalaulah dia tak ada, negara jadi hancur

Sebab itu Anwar Ibrahim tak boleh diduga

Nilainya di luar bukan di hati

Menjaja di sana sini perjuangan mimpi

Jangan disentuhnya sama sekali


Siapa orangnya?

Siapa penyokongnya?

Orang yang buta mata, buta akal dan buta hati

Mahukah kita ikut sekali?


Begitulah Anwar Bin Ibrahim perbodohkan kita

Anwar Bin Ibrahim menghina kita semua

Apakah kita tidak terasa terhina?

Aku sangat rasa terhina.


Juragan Malawati..

Isnin, 10 Jun 2013

Peralatan baiki lif RM1.5j hilang?

A. Prakash (tengah) menunjukkan salinan laporan polis kepada penduduk Taman Permai Indah berhubung kehilangan peralatan membaiki lif bernilai RM1.5 juta di Pelabuhan Klang semalam.

Penduduk Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya di sini menuntut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri bertanggungjawab atas kehilangan peralatan membaiki lif di pangsapuri mereka bernilai RM1.5 juta pada tahun 2010.

Presiden Persatuan Kemajuan India Malaysia (PKIM), A. Prakash, 41, mendakwa, penduduk sudah membuat pelbagai tindakan termasuk menghantar notis kepada Abdul Khalid dan kerajaan negeri sejak kejadian itu berlaku empat tahun lalu, namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

Jelas beliau, ekoran daripada aduan dan notis mereka tidak dilayan kerajaan negeri, pihaknya membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran di sini pagi ini.

"Saya bersama 19 penduduk pangsapuri Taman Permai Indah mahu pihak polis menyiasat kehilangan peralatan untuk membaiki lif bernilai RM1.5 juta itu.


"Ini kerana kami difahamkan bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan untuk membaiki kerosakan lapan lif di empat blok pangsapuri ini. Malangnya kami dimaklumkan oleh badan pengurusan bersama (JMB) pangsapuri ini bahawa peralatan tersebut telah hilang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Prakash, masalah kerosakan lif di pangsapuri itu bukanlah satu isu yang baharu kerana pihaknya telah mengemukakan aduan kepada kerajaan negeri selain pernah disiarkan oleh akhbar pada tahun 2010.

Malah, pihaknya sebelum ini juga telah mengutarakan masalah tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad yang telah berjanji untuk menyelesaikan masalah itu pada Mac 2009.

Bagaimanapun, sehingga kini tegas beliau, tiada sebarang kerja-kerja pembaikan dilakukan kecuali alasan yang diberikan pihak berkenaan kononnya peralatan membaiki lif berkenaan hilang dan rosak.

"Sampai bila kami perlu berhadapan dengan masalah ini. Lif di empat blok pangsapuri itu sudah rosak dan kami bimbang tentang keselamatan penduduk di sini terutamanya golongan kanak-kanak dan juga warga emas," ujarnya.

Juragan Malawati..

Sabtu, 8 Jun 2013

Pembangkang merakyatkan sikap biadab?


Sekitar pertengahan 1980-an, Tun Musa Hitam menyaran orang Melayu menjadi sedikit kurang ajar dalam keberanian bertanya atau menyoal. Konteksnya ialah keperluan untuk merubah status quo atau membuat perubahan yang perlu bagi kebaikan.

Sejak lewat 1990-an, seorang lagi pemimpin mengajar orang Melayu menjadi kurang ajar. Bezanya, kurang ajar yang disaran oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim bersifat total – mencabar dan melanggar undang-undang tanpa peduli, melawan autoriti sedapat mungkin, menghina seteru berterusan, menabur fitnah tahap maksimum dan mengapi-apikan sentimen penyokong. Lawan tetap lawan adalah slogannya. Tak kira sama ada ia rasional atau tidak.
Hari ini, ada sebahagian masyarakat, terutama golongan muda begitu terpengaruh dengan ajakan sebegini. Mereka menjadi berani tidak bertempat, mengganggu ketenteraman awam, tidak toleran kepada pandangan berlainan sama ada dalam perbualan, tulisan atau media sosial dan secara umumnya bersikap anarkis. Mereka tidak lagi menghormati institusi seperti polis, tentera, sistem kehakiman dan kerajaan. Mereka tidak bangga jadi Melayu, malah mufti dan ulama pun mereka caci.

Semua maklum bahawa puncanya ialah kegagalan Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang diidamkan sejak 15 tahun lalu. Pelbagai cara dilakukan, namun tidak berjaya. Gerakan Reformasi, Deklarasi Permatang Pauh dan Janji 16 September 2008 adalah antara bukti kegagalannya.

Sebagai orang tengah yang menjadi ‘gam’ kepada dua parti bercanggah ideologi yakni PAS dan DAP, Anwar menubuhkan gabungan pembangkang yang sudah empat kali cuba menawan Putrajaya (PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013) tetapi gagal. Baginya seolah-olah tidak ada cara lain – jika tidak berjaya dengan cara demokrasi, maka tindakan radikal atau revolusilah kaedahnya. Justeru, diadakan Perhimpunan 505 di beberapa negeri dan menyokong rancangan mengadakan protes jalanan membabitkan jutaan penyokong untuk mengguling kerajaan.

Trend anak muda Cina

Dalam kalangan masyarakat Cina pun sama. Seorang teman peringkat umur 50-an dari Pulau Pinang memberitahu penulis beliau bimbang dengan trend dan sikap anak muda Cina di negeri itu. Padahal masyarakat Cina Pulau Pinang umumnya adalah aman, mudah berkira dan mesra menjalani hidup dan berniaga dalam kalangan masyarakat bersama orang Melayu, India Muslim dan kaum lain sejak sebelum merdeka.
“Saya bimbang melihat perangai anak muda Cina yang semakin liar hari ini. Mereka berani dan sukar dikawal. Mereka tiada rasa hormat atau malu. Dalam blog dan Facebook, interaksi mereka penuh dengan kata nista dan cercaan terhadap orang lain. Agong, Sultan dan Perdana Menteri pun mereka hina. Ini tidak patut dan sangat bertentangan dengan cara hidup orang Cina Pulau Pinang selama ini.”


Menurut beliau, anak muda Cina Pulau Pinang banyak dipengaruhi oleh cara dan sikap Lim Guan Eng. Walaupun bergelar Yang Amat Berhormat, Guan Eng tidak memiliki gaya atau tatasusila yang dilihat perlu ada pada seseorang ketua menteri.

“Stail dia macam gangster. Tingkah laku dan cara cakap kasar macam pejuang jalanan. Orang ramai melihat pemimpin mereka begitu dan ikut sama. Patutlah bekas timbalannya panggil Guan Eng samseng,” kata beliau. Guan Eng saling tidak tumpah perangai bapanya, Lim Kit Siang, seorang pemimpin cauvinis yang sekian lama mempengaruhi cara aktivis DAP berfikir dan bertindak.

Turut dibangkitkan ialah kehadiran ramai anak muda Cina di perhimpunan pembangkang di Pulau Pinang, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Kuantan dan Johor Bahru, April lalu kerana tidak berpuas hati dengan keputusan PRU-13.

“Majoriti mereka awal 20-an, sama ada pengundi kali pertama atau pelajar di bawah umur mengundi. Mesej yang ditanam dalam kepala mereka yang hadir hanya tiga: Satu, bahawa UMNO, MCA dan BN adalah bodoh dan rasuah. Dua, mereka menipu dalam PRU-13. Tiga, Kerajaan BN sedang tumbang dan pakatan pembangkang akan menang.”

Nasib negara kita

Persepsi yang ditanam ini adalah satu bentuk membasuh minda. Penyokong dan aktivis muda pembangkang diajar untuk tidak menerima realiti pakatan pembangkang kalah atas alasan mereka menang undi popular. Alasan yang dangkal ini diketengahkan walaupun pemimpin pembangkang memang tahu bahawa sistem pilihan raya yang digunakan di Malaysia sejak 1950-an lagi berdasarkan kemenangan bilangan kerusi.


Andai benar pembangkang yakin dan mahu menggunakan keputusan berdasarkan undi popular, kenapa mereka tidak laksana di Kelantan? Dalam PRU 2004, misalnya, undi popular berpihak kepada UMNO-BN tetapi PAS tetap menubuhkan kerajaan negeri walaupun hanya dapat meraih 261,000 undi, yakni lebih rendah daripada 269,000 undi yang diperoleh UMNO-BN. Berdasarkan undi popular yang diperoleh pada PRU-13, UMNO-BN sepatutnya mendapat lebih daripada 12 kerusi dalam DUN Kelantan. Mahukah PAS serahkan tujuh atau lapan kerusi lagi kepada UMNO-BN?

Sikap kurang ajar, tidak toleran, tidak sopan, tidak menghormati pihak lain, suka menghina dan kefanatikan melampau golongan ini jika berterusan hampir pasti akan menimbulkan rasa tidak senang di pihak yang diprovokasi. Jika golongan muda pihak yang diprovokasi mengambil sikap dan berperangai sama dengan golongan membuat provokasi, apa akan jadi kepada negara kita.

Juragan Malawati..

Jumaat, 7 Jun 2013

Guan Eng kata DAP miskin,mahu elak kes Red Bean Army?


Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menyangkal dakwaan pihaknya menaja tentera siber pembangkang yang dikenali Red Bean Army seperti yang didakwa media massa.

Beliau ketika ditemui berkata, DAP tidak mampu biayai kumpulan itu berikutan isu kesempitan wang dihadapi. “Kami tidak pernah tubuhkan sebarang kumpulan dan ini salah satu lagi isu jahat yang cuba dimainkan lawan.

“Jika benar wujud kumpulan digembar-gemburkan, kami mohon polis kemukakan bukti kukuh supaya tindakan selanjutnya boleh diambil,” katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media yang diadakan selepas Perasmian Projek Naik Taraf Pasar Awam Sama Gagah di Permatang Pauh, semalam.


Turut hadir ialah Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP), Maimunah Mohd Sharif. Kelmarin, media tempatan menyiarkan laporan pihak berkuasa diminta untuk memantau pergerakan kumpulan tentera penentang pembangkang supaya tidak menjejaskan keselamatan sekaligus memecahbelahkan masyarakat.

Dalam pada itu, seorang ahli perniagaan dari Taiwan yang memilih Pulau Pinang untuk melabur turut dikaitkan sebagai penaja kumpulan terbabit. Guan Eng berkata, isu itu hanya akan menakutkan pelabur melabur di Malaysia terutama di Pulau Pinang.

“Ia salah satu helah kerajaan pusat untuk menakut-nakutkan orang ramai selain membangkitkan sentimen perkauman dan isu tentera ini,” katanya. Anwar berkata, kerajaan Pusat perlu mengubah pendekatan dan menggunakan cara lain untuk menjatuhkan PR.

Juragan Malawati..

Khamis, 6 Jun 2013

DAP punca perpecahan kaum - Tun M?


Perpecahan kaum yang semakin serius kini adalah disebabkan sikap DAP yang menolak 'semangat perkongsian' antara kaum khususnya melibatkan Melayu, Cina dan India, kata Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Menurut bekas Perdana Menteri, hal itu kerana DAP mahukan orang Cina yang telah mendominasi ekonomi, menunjukkan penguasaan seterusnya iaitu dalam bidang politik di negara ini.

Malah jelasnya, perkara itu dikuatkan lagi menerusi keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 apabila DAP memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan pengundi Cina daripada Barisan Nasional (BN) dengan menggambarkan MCA sebagai 'pak turut' UMNO.


"Walaupun DAP mendakwa sebuah parti pelbagai kaum, secara faktanya ia adalah parti orang Cina dengan anggota dan pemimpin utamanya adalah orang Cina. Apabila mereka mengadakan pemilihan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) baru-baru ini, selain Karpal Singh, semua anggota yang dipilih adalah orang Cina.

"Kebencian terhadap orang Melayu telah dimulakan melalui slogan 'Malaysian Malaysia' dengan gambaran bahawa orang bukan Melayu telah didiskriminasi atau dianggap rakyat kelas kedua," katanya seperti dipetik dalam blognya, http://chedet.cc hari ini.

Juragan Malawati..

Selasa, 4 Jun 2013

Mustafa diminta bersumpah di masjid?


Keputusan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali untuk terus berdiam sehingga kini dan tidak membuat laporan polis berkenaan isu penyebaran video seks yang mirip beliau boleh dilihat sebagai merosakkan kredibiliti perjuangan Islam Pas selama ini.

Menurut Presiden Pertubuhan Muafakat Sejahtera Malaysia (Muafakat), Ismail Mina Ahmad berkata, adalah lebih baik Mustafa mengangkat sumpah di mana-mana masjid dan menjadikan orang ramai sebagai saksi untuk memperbetulkan kembali fakta berkenaan isu itu jika beliau berada di pihak yang benar.

“Tiada apa yang perlu ditakuti jika beliau tidak melakukan perkara tidak bermoral itu, jadikan kisah Saiyidina Uthman sebagai teladan. Bagaimana khalifah ketiga itu mengangkat sumpah di Masjid Nabawi untuk menafikan pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya.

“Jika di kalangan ahli parti melakukan perkara tidak bermoral seperti ini pun sudah dianggap bertentangan, ini kan pula perwakilan tertinggi parti yang melakukannya. Sudah semestinya dianggap perkara luar biasa," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau mengulas penafian Mustafa Ali berhubung dakwaan penyebaran video seks yang menyerupai dirinya di dalam laman sosial baru-baru ini.

Bagi Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata, sebagai pemimpin tertinggi Pas, Mustafa perlu membersihkan imejnya dengan terlebih dahulu membuat laporan polis untuk membolehkan pihak terbabit melakukan penyiasatan terperinci bagi mendapatkan kesahihan adakah beliau (Mustafa) merupakan pelakon utama video itu ataupun tidak.

“Sekarang ini, langkah terbaik, dia sendiri pergi buat laporan polis supaya perkara tersebut boleh disiasat dan dia boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pesalah jika dia berada di tempat yang benar.

“Sebagai sebuah parti yang berteraskan Islam masyarakat melihat Pas sebagai tidak konsisten dan goyah dalam memegang prinsip Islamnya, jangan lupa maruah dalam agama perlu dipertahankan bagi menutup keaiban diri sendiri," katanya di sini.

Jelas Abdullah, ekoran video seks ini, kredibiliti jawatankuasa tatatertib Pas sedikit terjejas sejak kebelakangan ini.

“Soal perkaitan moral dan akhlak ahli parti pun tidak mampu diselesaikan ini telah menunjukkan jawatankuasa Pas lemah dalam mengambil tindakan disiplin," jelasnya lagi.

Warna-warni politik
Torashah

Belum sampai masa BN jadi parti tunggal berbilang kaum - Dr. M?


Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, belum sampai masanya bagi Barisan Nasional (BN) untuk menjadi sebuah parti yang terbuka kepada rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, pendekatan terbaik pada masa ini ialah kerjasama antara parti-parti yang mewakili kaum dalam konsep perkongsian kuasa dan kekayaan negara.

"Kita tak boleh ketepikan parti-parti yang mewakili kaum mereka. Walaupun dalam BN terdapat parti-parti yang berbilang kaum, tetapi pada hakikatnya parti yang mendakwa dirinya sebagai berbilang kaum juga didominasi oleh satu kaum sahaja.

"Kalau kita lihat parti Gerakan sebagai sebuah parti berbilang kaum, tapi ia dikuasai oleh orang Cina, jadi belum sampai masa kita boleh ketepikan kaum dan kita adakan satu parti," katanya di sini hari ini.

"Kita lihat DAP umpamanya dikatakan berbilang kaum, tapi sebenarnya dikuasai oleh orang Cina. Demikian juga dengan PKR dikuasai oleh orang Melayu.

"Jadi biasanya, walaupun diadakan satu parti berbilang kaum, satu-satu kaum akan mendominasi dan ini tidak menjadikannya sebuah parti berbilang kaum," kata Dr. Mahathir.

Beliau berada di sini kerana memberi syarahan umum mengenai Keamanan Global dan Penyelesaian Konflik sempena perasmian Mahathir Global Peace School di Universiti Muhammadiyah Yogyakarta (UMY).

Dr. Mahathir berkata, BN tidak boleh tergesa-gesa menerima sesuatu cadangan tentang corak dan bentuk parti itu di masa depan, sebaliknya semua cadangan perlu dikaji dengan mendalam akan kesan baik dan buruknya.

Beliau turut ditanya mengenai sama ada BN boleh menerima kemasukan parti-parti pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) sebagaimana Perikatan pada suatu masa lalu membawa masuk parti pembangkang ke dalam parti gabungan itu.

Dr. Mahathir berkata, BN terbuka kepada parti pembangkang, tetapi mereka mestilah membelakangkan prinsip mereka yang bertentangan dengan perjuangan BN.

Mengenai prestasi UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mahathir berkata, walaupun parti itu menjadi parti terbesar yang menang dalam pilihan raya itu, ia masih berdepan dengan banyak kelemahan.

"Kemenangan UMNO kali ini bukan kerana kekuatan UMNO ataupun perpaduan dalam UMNO, kemenangan UMNO kali ini disebabkan oleh perasaan takut orang Melayu, terutamanya kalau-kalau parti lawan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim bersama dengan DAP mendirikan kerajaan di Malaysia.

"Kalau mereka mendirikan kerajaan di Malaysia, sudah tentu nasib orang Melayu akan menjadi lebih buruk. Sebab itu mereka memberi sokongan kepada UMNO," kata Dr. Mahathir. - BERNAMA

Juragan Malawati..

Isnin, 3 Jun 2013

Benarkah PAS Selangor mahu Husam Musa ( Calon MP kalah ) dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat MB Selangor?


Khabar angin mengatakan Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Saifuddin Nasution ( Calon MP Kalah ) akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar Selangor mencetuskan 'rasa kurang senang' PAS apabila turut menuntut penglibatan dalam memantau urusan harian negeri itu.

Perkara itu disuarakan Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chempaka, Iskandar Abdul Samad yang mahu seorang 'Naib Presiden PAS' ditugaskan untuk urusan pemantauan berkenaan.

Menurut beliau, hal ini kerana ahli-ahli PAS telah bekerja keras untuk mengukuh dan mengembangkan pengaruh parti itu di Selangor dan sudah tentu mereka mengharapkan lebih perhatian daripada pimpinan tertinggi parti.

Oleh yang demikian, beliau juga mahu ahli dan pimpinan PAS di seluruh negara menganggap Selangor sebagai sebuah 'negeri PAS' seperti tanggapan di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

''Pada pilihan raya umum lalu, PAS di Selangor telah memenangi 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sama banyak jumlah kerusi Pas di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah.

''Selangor adalah unik kerana selain menjadi 'negeri PAS', ia juga 'negeri DAP' dan 'negeri PKR'. Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini 'negeri mereka' kerana jumlah kerusi DUN setiap parti adalah hampir sama,'' katanya dalam kenyataan seperti dipetik menerusi laporan lidah rasmi PAS, Harakahdaily.net, semalam.


Berdasarkan laporan laman web media kerajaan negeri, www.selangorku.com, Saifuddin yang tewas kerusi Parlimen Kulim-Bandar Baharu di tangan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir pada pilihan raya umum lalu, akan dilantik sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar.

Menurut laporan itu, perkara tersebut diumumkan Penasihat PKR, Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungan kongres parti kesembilan pada 25 Mei lalu di Petaling Jaya.

PAS Selangor sebelum ini membidas beberapa pemimpin PKR negeri itu dengan menegaskan tiada sebarang perjanjian yang mengatakan jawatan Menteri Besar Selangor mesti diperuntukkan kepada PKR.

Pada pilihan raya umum lalu, pakatan pembangkang memenangi 44 daripada 56 kerusi DUN di Selangor dengan PAS dan DAP masing-masing 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi. BN pula menguasai 12 kerusi DUN.

Iskandar memberitahu, oleh yang demikian, pimpinan PAS terutamanya pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan sama kepada Selangor seperti tumpuan yang diberikan di Kelantan, Terengganu dan Kedah.

''Isu-isu di Selangor mesti turut dibincangkan dan dibahas secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan muktamar seperti dilakukan PKR serta DAP,'' katanya.

Sementara itu, menurut sumber dalaman, kerajaan negeri mengesahkan tentang pelantikan Saifuddin dan telah dipersetujui oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut sumber tersebut, Saifuddin dijangka diberikan tugas membantu Menteri Besar menguruskan hal ehwal politik pakatan pembangkang di negeri itu, selain turut berperanan mengukuhkan hubungan antara pemimpin PKR di peringkat Pusat dan negeri.

''Hal ini kerana, hubungan antara kepemimpinan PKR di peringkat negeri dengan Pusat dilihat tidak 'rapat' sehingga wujudnya pergeseran dalam kalangan pemimpin parti itu seperti dilaporkan sebelum ini,'' katanya.

Menurut sumber itu, jawatan yang akan dipegang Saifuddin bagaimanapun tidak akan melibatkan hal ehwal pentadbiran kerajaan negeri kerana beliau hanya bertanggungjawab dalam hal berkaitan politik.

Mungkin selepas ini DAP juga mahukan seorang 'Calon MP Kalah' mereka menjadi Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat MB Selangor? Renong-renongkan lah!

Juragan Malawati..

Peringatan Sultan Selangor tamparan hebat buat MB, Exco!

Hasan Ali, Hamidzun

Peringatan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah kepada Menteri Besar dan barisan Exco yang baharu dilantik minggu lalu merupakan tamparan hebat kepada kerajaan pakatan pembangkang ekoran kegagalan mereka menunaikan kebanyakan janji yang dibuat pada penggal pertama memerintah negeri itu.

Presiden Jalur Tiga (Jati), Datuk Dr. Hasan Ali berkata, titah baginda pada hari Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan dan Mengangkat Sumpah disifatkan amat tepat supaya mereka dapat memahami dan menghayati segala janji yang dibuat dalam manifesto, sekali gus dapat dioperasikan segera dalam pentadbiran mereka.

“Titah baginda itu bukan sekadar titah sahaja tetapi dalam pengertian sebenar lima tahun lalu banyak benda tidak dilaksanakan sekali gus peringatan itu memberi ‘pukulan’ kepada Menteri Besar dan para Exco.

“Mereka sekadar boleh memekakkan telinga terhadap suara rakyat yang menghadapi masalah seperti nasib ibu tunggal serta elaun untuk suri rumah dan anak tadika yang dijanjikan untuk mereka, tetapi peringatan Sultan kali ini perlu diambil pertimbangan serius," katanya kepada pemberita Malaysia di sini hari ini.

Khamis lalu Sultan Sharafuddin menyifatkan manifesto yang dibuat sesebuah parti politik adalah janji dan baginda menitahkan perkara itu dilaksana tanpa berlengah memandangkan rakyat menaruh harapan penuh untuk menikmati sebuah negeri yang aman makmur dalam suasana penuh harmoni.


Malah, baginda turut menitahkan parti yang dipilih rakyat untuk memerintah negeri itu menunaikan manifesto mereka dalam pilihan raya umum lalu dengan adil serta saksama berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.

Hasan yang juga bekas Exco Kerajaan Selangor berkata, baginda mempunyai keberanian dan kebijaksanaan kerana menyampaikan nasihat tersebut pada hari penting itu ekoran tidak mahu rakyat tertipu dan terpedaya dengan tawaran pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Kata beliau, baginda juga mahu melihat kerajaan yang dibentuk semula kali ini adalah sebuah kerajaan yang betul-betul menunaikan janji demi pembangunan negeri Selangor.

“Titah baginda itu dibuat di hadapan pembesar-pembesar negeri dan orang penting yang akan menjadi saksi kepada ingatan baginda itu supaya mengotakan janji yang dipaparkan dalam manifesto," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin berkata, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang diberi mandat semula untuk memerintah negeri itu perlu belajar daripada kegagalan melaksanakan hasrat rakyat sepanjang tempoh lima tahun sebelum ini.

Jelas beliau, Abdul Khalid dan barisan Exconya wajib menyelesaikan tiga masalah utama yang tertangguh pelaksanaannya seperti masalah air, banjir kilat dan kewujudan rumah urut di sekitar negeri itu.

“Namun saya yakin barisan Exco kali ini adalah yang mempunyai harapan untuk bekerja berbanding Exco yang lepas kerana hanya tahu bermain politik sehingga gagal melaksanakan hasrat rakyat dalam tempoh lima tahun.

“Sehubungan itu, peringatan Sultan Selangor kepada barisan Exco kali ini agar dapat melaksanakan manifesto tanpa berlengah adalah amat tepat dan mereka harus mengambil iktibar sekali gus tidak mensia-siakan harapan rakyat," katanya.

Juragan Malawati..

Ahad, 2 Jun 2013

'BN parti tunggal adalah mustahil'?


Cadangan menjadikan Barisan Nasional (BN) sebagai parti tunggal dengan membubarkan parti-parti komponen, termasuk UMNO amat sukar dan mustahil untuk dilaksanakan kerana ia akan menimbulkan kekecewaan 3.4 juta ahli UMNO yang telah memberi sokongan padu kepada parti dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau sendiri tidak bersetuju dengan cadangan yang dibangkitkan oleh Gerakan jika membawa kepada pembubaran UMNO, malah, etnik minoriti Sabah dan Sarawak juga tidak akan mempunyai wakil seperti mana melalui parti-parti yang bernaung di bawah BN.


“Justeru, makmal bagi membincang dan membuat kajian mengenai perkara tersebut perlu segera beroperasi bagi mendapatkan pandangan daripada ahli-ahli UMNO sama ada cadangan itu relevan atau sebaliknya kerana ia kini menjadi bahan bualan dari kedai kopi ke lobi hotel.

“UMNO telah membuktikan parti itu telah mendapat sokongan kuat apabila memenangi 88 kerusi dalam PRU-13 dan sebarang langkah untuk membubarkan dikhuatiri boleh menjejaskan kekuatannya," katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah Sekolah Agama Seri Anom, Sanglang di sini hari ini.

Juragan Malawati..

Sabtu, 1 Jun 2013

Parti tunggal - Siapa yang untung, siapa yang melopong?


Ura-ura mahukan satu parti politik sahaja, perlu dibuat kajian yang amat teliti, mendalam dan serius. Cadangan ini telah kita ketahui telah lama disarankan oleh parti Gerakan setelah mereka kalah dalam PRU-12.

Kita sebagai orang Melayu dan parti UMNO khasnya haruslah memikirkan dari segi untung ruginya jika satu parti sahaja diwujudkan iaitu Barisan Nasional (BN).

Sudah tentu tiada lagi UMNO, MCA, MIC, Gerakan, PBB dan parti-parti dari Sabah dan Sarawak! Parti-parti ini umumnya berjuang dan berpaksikan kepada satu kaum atau bangsa dan aspirasi perjuangan bangsa sejak sebelum dan selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.

Berdasarkan masyarakat majmuk di Malaysia, adakah cadangan ini baik atau menguntungkan orang Melayu dan Islam? Jika kita mahu mengambil contoh negara lain atau negara jiran terdekat seperti Thailand dan Filipina, mereka terdiri daripada kaum sama atau setidak-tidaknya mereka berfahaman dan menganut agama sama.

Di negara kita amat berbeza sekali kerana majoriti penduduk yang berbangsa Melayu dan beragama Islam, manakala kaum minoriti orang Cina dan India pula yang berfahaman dan menganut agama yang berbeza.

Keputusan PRU-13 yang lepas kita telah menyaksikan berlaku tsunami orang Cina mengundi pembangkang terutama DAP. Parti komponen BN terutamanya MCA dan Gerakan telah kalah teruk. Jika tanpa sokongan orang Melayu yang menjadi majoriti senyap, maka parti UMNO pun sudah lama 'bungkus'.


BN pun pasti rebah dan tumbang menyembah bumi jika tanpa bantuan orang Melayu, bumiputra Sabah/Sarawak dan segelintir orang India. Jadi kita rasa jika sistem satu parti atau parti tunggal dipersetujui, maka yang untung bukanlah orang Melayu tetapi orang bukan Melayu atau orang Cina dan India!

Sejak PRU pertama selepas Merdeka, UMNOlah yang mempunyai calon ADUN dan Parlimen yang ramai kerana mewakili majoriti penduduk Malaysia. Wakil UMNO yang menjadi majoriti dalam Parlimen dan Dewan Undangan Negeri. Wakil UMNO yang menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan majoriti menteri-menteri kerajaan BN.

UMNO mendominasi dan menjadi tulang belakang parti Perikatan atau Barisan Nasional sekarang! Jika hanya ada parti tunggal adakah perkara ini akan diteruskan? Platfom manakah mereka mahu berkumpul dan bincang hal agenda Melayu seperti persidangan tahunan UMNO?

Adakah kita sudah menganggap agenda bumiputra sudah selesai? Cukup setakat ini sahaja kita tolong orang Melayu? Tahap ekonomi Melayu sudahkah mencapai 30 peratus? Sudah tertubuhkah universiti berteknologi tinggi untuk anak-anak Melayu atau universiti UMNO?

Kita jangan lupa MCA dan MIC telah lama ada universiti dan institusi pengajian tinggi mereka sendiri! Agenda mereka mungkin sudah selesai, kerana hampir keseluruhan perniagaan di negara ini telah dikuasai mereka! Apakah kita sudah mahu mentalkinkan UMNO sebagaimana yang ditunggu-tunggu oleh DAP?

Tanpa UMNO, adakah orang Melayu perlu pergi mengadu kepada Perkasa atau NGO-NGO Melayu lain? Atau orang Melayu akan kecewa dan beralih angin ke parti lain seperti Pas pula atau menubuhkan sebuah parti Melayu baru?

Persoalan-persoalan inilah yang perlu dijawab oleh pemimpin politik kita sebelum keputusan muktamad diambil. Beberapa tabung uji perlu dikaji dan diselidik dalam makmal yang akan ditubuhkan.


Patut diingat dengan adanya satu parti, maka pihak yang kalah dan minoriti akan sentiasa terselamat dan menjadi penumpang kepada parti lain lebih dominan iaitu UMNO! Sekiranya wakil kaum ini tidak menang, tiada siapa pun boleh mempertikaikan kerana yang kalah adalah calon parti sama?

Jadi, apabila susunan Kabinet jemaah menteri dibuat, maka orang Cina dan India akan juga dilantik mengikut kouta yang dipersetujui walaupun mereka kalah teruk!

Bagaimanakah pula jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri? Jika telah dalam satu parti, maka orang Cina dan India juga berminat jawatan-jawatan tersebut. Apa alasan kita jika mengatakan mereka tidak layak?

Sedangkan mereka juga berada dalam parti sama? Apakah Perlembagaan Malaysia juga nanti perlu dipinda? Kita juga harus ingat adakah telah terjamin jika kita adakan parti tunggal, orang Cina akan mengundi BN nanti pada PRU-14?

Begitu juga orang Melayu, adakah mereka akan terus menyokong BN jika bukan lagi atas nama UMNO?

Juragan Malawati..

PAS wajar memperjuang Islam bersama UMNO?


Sudah tiba masa Kelantan berubah

Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob dalam Facebooknya menyatakan pihaknya berpegang teguh bahawa demokrasi adalah wadah terbaik untuk menukar kerajaan di negara ini. Beliau tidak setuju rusuhan jalanan seperti dilakukan beberapa pemimpin pembangkang sekarang.

Sikap beliau nyata lebih rasional berbanding pemimpin PAS sebelum ini yang menunjukkan ciri penentangan walaupun pernah berada dalam Barisan Nasional (BN). PAS disingkir daripada BN pada 1978 selepas penubuhan kerajaan campuran selama hampir lima tahun di Kelantan.

Pada masa itu, ramai pemimpin PAS diambil Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Hussein menjadi menteri, timbalan menteri, setiausaha parlimen, setiausaha politik dan duta.

Malangnya kerana tidak sabar dan tamakkan kuasa, PAS berlagak besar bagai lebih kerak daripada periuk. PAS mengambil pendekatan ‘tikam belakang’ ketika berada di dalam BN menyebabkan pimpinan Pusat terpaksa bertindak tegas. Akibatnya PAS dipecat dan hilang semua jawatan yang mereka pegang.

Ajak ‘bertukar bulu’

Ketika dalam Kerajaan BN sejak 1973 ada pemimpin PAS meredah hutan dan rancangan FELDA untuk memperaga dan mempengaruhi ahli UMNO di tanah rancangan supaya menukar parti.


Ketika Tan Sri Mohd Asri Muda menjadi Menteri Persekutuan, beliau menggalakkan kader UMNO dalam pasukan polis dan tentera ‘bertukar bulu’, iaitu menjadi ahli PAS. Lama-kelamaan taktik mereka yang licik ini dihidu oleh UMNO tetapi pada waktu itu pengaruh PAS sudah merebak.

Razak tidak suka dengan cara itu kerana ia tidak menambahkan orang Melayu menjadi ahli parti politik. Mereka hanya menukar parti, sedangkan mereka adalah orang yang sama.

Sepatutnya pemimpin PAS mencontohi tindakan bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha Datu Harun, yang mengislamkan beribu-ribu rakyat Sabah sehingga mengundang cemburu orang bukan Melayu di negeri itu.

‘Mengislamkan’ ahli parti lain

Satu lagi punca PAS dipecat ialah kerana mereka enggan menerima Datuk Mohamad Nasir sebagai Menteri Besar Kelantan yang dilantik oleh BN.

Bekas Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat pula berbaik-baik dengan DAP supaya ahli Cina dan India parti itu mengenali Islam seolah-olah orang bukan Islam tidak mengenali agama suci itu pada hal mereka bermastautin di Tanah Melayu dan Malaysia sejak beratus-ratus tahun lamanya.

Nik Aziz seharusnya ingat ratusan tahun dulu pun sudah ramai bangsa asing memeluk Islam di negara kita. Ini tidak termasuk berpuluh-puluh juta rakyat China khususnya di sebelah barat negara itu.


Di Kelantan sendiri orang Cina sudah lama tinggal di beberapa kampung di Hulu Kelantan, Tumpat, Pasir Mas, Bachok dan Machang. Bilangan mereka yang lebih ramai ialah di Kota Bharu sehingga menyebabkan Nik Aziz teruja untuk mewujudkan China Town. Nik Aziz mencipta dasar sendiri seperti mahu ‘mengislamkan’ ahli parti lain.

Bagaimanapun pentadbiran PAS gagal memajukan Kelantan. Selama 23 tahun, Kelantan mundur dalam pelbagai sektor menyebabkan ramai yang terpaksa berhijrah ke negeri lain.

Keadaan sudah berubah

PAS lebih ghairah dengan retorik politik. Sebab itulah dasar pemerintahan parti itu tidak perlu mengusahakan jalan, jambatan, masjid dan surau serta membersihkan air kotor yang diminum dan digunakan untuk mandi oleh rakyatnya. Pada mereka semua ini boleh dilakukan oleh BN sedangkan mereka hanya goyang kaki.

Di Kelantan, banyak bangunan masjid dan infrastruktur disediakan oleh BN kerana tanggungjawab sebuah kerajaan kepada rakyat, manakala tanggungjawab PAS sebagai ‘pemerintah Islam’ diabaikan.

Keadaan sudah berubah. Nik Aziz bukan lagi mentadbir Kelantan. PAS perlu lihat realiti semasa kerana rakyat memerlukan sebuah kerajaan yang boleh bekerja dan melaksanakan dasar transformasi politik. Tidak salah PAS bersahabat dengan UMNO demi kebaikan ummah. Tidak guna PAS berseteru dengan UMNO secara berterusan sedangkan Kelantan terus mundur.

Dasar ekonomi dan pentadbiran yang lebih telus wajar dihayati di Kelantan. Inilah masanya PAS buktikan kerjasama ummah bersama UMNO demi kepentingan Melayu dan Islam sendiri.

Juragan Malawati..