UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 27 Jun 2013

Nasihat buat Anwar - Henti bersikap talam dua muka?


Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim diminta berhenti daripada terus bersikap talam dua muka dengan menampilkan pelbagai wajah hanya kerana berada di kem berbeza berbanding pendirian politik sewaktu berada dalam kerajaan dahulu.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau faham mengenai kekecewaan Anwar selepas impian besarnya untuk merampas Putrajaya pada pilihan raya umum lalu tidak kesampaian tetapi kegagalan itu bukan tiket untuk bersikap talam dua muka.

Katanya, lagak Ketua Pembangkang dalam menyerang dan memburukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) serta agensi berkecuali seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) seolah-olah hanya beliau yang bersih tetapi rekod jelas membuktikan hakikat sebaliknya.

Serentak dengan itu, beliau mengingatkan Anwar apakah selama lebih satu dekad berada dalam Kabinet, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) tersebut melaksanakan segala yang dilaung-laungkannya ketika sebelum menyertai dan selepas dipecat daripada kerajaan.

Malah beliau secara terbuka menyifatkan Nik Abduh Nik Abdul Aziz (Pas-Pasir Mas) walaupun masih muda tetapi jauh lebih matang dan konsisten dari segi sudut prinsip perjuangan politik berbanding Anwar khususnya dalam menerima hakikat kekalahan.

"Kalau dulu Ketua Pembangkang pernah menjadi hero membela belia, Allah takdirkan beliau menjadi Menteri Belia dan Sukan. Dulu hero membela kemiskinan di Baling, Allah takdirkan jadi Menteri Pertanian, dulu hero pelajar dan akhirnya jadi Menteri Pelajaran.

"Dulu beliau hero membela kemiskinan, takdir Tuhan beliau jadi Menteri Kewangan. Sepanjang dalam Kabinet, apakah beliau berani menyatakan telah menyempurnakan, memperelokkan dan melaksanakan segala yang beliau bicarakan sebelum menjadi menteri?," ujarnya.

Sebab itu katanya, Anwar tidak boleh bersikap talam dua muka dalam perjuangan politiknya.

"Jangan kita bersikap talam dua muka dalam perjuangan politik kerana rakyat akan mengukur sejauh mana nilai konsisten kita apabila berada di kerusi berbeza," katanya semasa membahas titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Annuar, berbeza dengan Anwar dan pemimpin pembangkang yang lain, kepemimpinan BN jauh lebih konsisten dalam perjuangan selain mempunyai rekod pentadbiran baik sejak lebih 55 tahun menyebabkan rakyat kekal memilih parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Jelasnya, walaupun pembangkang menggunakan pelbagai taktik serta strategi, selain menaburkan janji-janji manis termasuk mendoakan kerajaan BN KO! tetapi ternyata perancangan Allah dan kesedaran rakyat mengatasi nafsu besar pakatan untuk menawan Putrajaya.

"Sebaliknya doa KO! bertukar tangan. Negeri yang dikuasai pembangkang KO! di Kedah. Pemimpin-pemimpin kanan pembangkang daripada Pas seperti timbalan presiden dan beberapa naib presiden yang KO! kepada pemimpin BN hasil ketentuan Allah," katanya.

Dalam pada itu, Annuar yang kembali semula ke Dewan Rakyat selepas 13 tahun tidak terpilih menjadi Ahli Parlimen nyata menjadi duri dalam daging kepada pembangkang apabila beliau secara bersahaja 'membelasah' seorang demi seorang wakil rakyat pembangkang.

Malah pada satu, ketika beliau mengalunkan dua rangkap pantun yang dicipta khas untuk menyindir keghairahan pembangkang menjadikan isu undi popular sebagai modal politik walaupun sistem pilihan raya negara tidak berpandukan pada undi popular.

Pantun itu seperti berikut:

Dari Lenggong ke Tanjung Piai,

Permatang Pauh tempat memuja,

Hajat menggunung tidak tercapai,

Mencari salah pengubat duka.

Di Padang Merbok menaiki van,

Punggah pengikut buat demonstrasi,

Undi popular tidak relevan,

Modal lapuk idea dah basi.

Sumber : UMO

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan