UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 10 Jun 2013

Peralatan baiki lif RM1.5j hilang?

A. Prakash (tengah) menunjukkan salinan laporan polis kepada penduduk Taman Permai Indah berhubung kehilangan peralatan membaiki lif bernilai RM1.5 juta di Pelabuhan Klang semalam.

Penduduk Taman Permai Indah, Pandamaran Jaya di sini menuntut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan kerajaan negeri bertanggungjawab atas kehilangan peralatan membaiki lif di pangsapuri mereka bernilai RM1.5 juta pada tahun 2010.

Presiden Persatuan Kemajuan India Malaysia (PKIM), A. Prakash, 41, mendakwa, penduduk sudah membuat pelbagai tindakan termasuk menghantar notis kepada Abdul Khalid dan kerajaan negeri sejak kejadian itu berlaku empat tahun lalu, namun tiada tindakan diambil sehingga kini.

Jelas beliau, ekoran daripada aduan dan notis mereka tidak dilayan kerajaan negeri, pihaknya membuat laporan polis di Balai Polis Pandamaran di sini pagi ini.

"Saya bersama 19 penduduk pangsapuri Taman Permai Indah mahu pihak polis menyiasat kehilangan peralatan untuk membaiki lif bernilai RM1.5 juta itu.


"Ini kerana kami difahamkan bahawa kerajaan negeri telah mengeluarkan peruntukan untuk membaiki kerosakan lapan lif di empat blok pangsapuri ini. Malangnya kami dimaklumkan oleh badan pengurusan bersama (JMB) pangsapuri ini bahawa peralatan tersebut telah hilang," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Tambah Prakash, masalah kerosakan lif di pangsapuri itu bukanlah satu isu yang baharu kerana pihaknya telah mengemukakan aduan kepada kerajaan negeri selain pernah disiarkan oleh akhbar pada tahun 2010.

Malah, pihaknya sebelum ini juga telah mengutarakan masalah tersebut kepada Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan negeri, Iskandar Abdul Samad yang telah berjanji untuk menyelesaikan masalah itu pada Mac 2009.

Bagaimanapun, sehingga kini tegas beliau, tiada sebarang kerja-kerja pembaikan dilakukan kecuali alasan yang diberikan pihak berkenaan kononnya peralatan membaiki lif berkenaan hilang dan rosak.

"Sampai bila kami perlu berhadapan dengan masalah ini. Lif di empat blok pangsapuri itu sudah rosak dan kami bimbang tentang keselamatan penduduk di sini terutamanya golongan kanak-kanak dan juga warga emas," ujarnya.

Juragan Malawati..

1 ulasan: