UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Ahad, 23 Jun 2013

Benarkah Khalid Ibrahim Ragui Kemenangan PR Di Selangor?


PRU-13 baru-baru ini menyaksikan pakatan pembangkang yang membabitkan DAP, PKR dan PAS telah berjaya menguasai 44 kerusi DUN di Selangor membolehkan gabungan tidak berdaftar yang dikenali sebagai PR itu kekal memerintah negeri tersebut untuk penggal kedua.

Kejayaan luar biasa itu agak mengejutkan tatkala kecenderungan pengundi amat positif kepada BN sementara pelbagai hasil kaji selidik menjangkakan BN mempunyai peluang cerah untuk kembali menguasai Selangar atau setidak-tidaknya menambah koleksi kerusi DUN.

Kegagalan menguasai semula Selangor setelah tewas dengan agak teruk di tangan PR sesungguhnya agak perit bagi BN namun menyedari ia adalah keputusan muktamad majoriti rakyat negeri itu maka BN menerima seadanya dan tetap mengiktiraf Kerajaan Negeri yang dibentuk.

Menariknya di sebalik itu semua, Kerajaan Negeri yang diketuai Menteri Besar, Khalid Ibrahim tiba-tiba sahaja seperti tidak berpuas hati sehingga terdetik untuk menubuhkan suruhanjaya bagi menyiasat dakwaan penipuan dalam PRU-13 melibatkan negeri Selangor.

Ia cukup pelik kerana biasanya pihak kalah yang akan beriya-iya meminta siasatan diadakan samada atas sebab tidak berpuas hati, khilaf pemahaman atau pun saja-saja untuk cetuskan kontroversi berpanjangan. Di masa yang sama pihak yang menang pula akan meraikan kejayaan.

Jadinya, penulis berpendapat berkemungkinan matlamat penubuhan suruhanjaya siasatan seperti diumumkan oleh MB Selangor semalam yang akan diketuai oleh Nik Nazmi, tak lain dan tak bukan adalah untuk menyiasat kenapa PR boleh menang besar sehingga menimbulkan keraguan munasabah di fikiran Khalid Ibrahim.

Dengan kata lain ada kebarangkalian Khalid kurang yakin dengan kejayaannya mengekalkan jawatan MB dan keupayaan PR untuk kekal berkuasa bagi penggal kedua di Selangor dicapai melalui proses yang telus lantas mensyaki ada kemungkinan kejayaan luar biasa itu disebabkan penipuan.

Lagi pun fakta menunjukkan himpunan pertama Blackout 505 berlaku di Stadium MBSJ Kelana Jaya, Selangor seperti mengiakan ia sebenarnya adalah himpunan bantahan terhadap kemungkinan wujudnya penipuan yang menjadi punca kepada kemenangan PR di negeri itu.

Jika tidak sedemikian, apa lagi tujuannya? Nak dikatakan suruhanjaya itu kelak mahu menyiasat kenapa BN kalah di Selangor sehingga berlaku penyusutan kepada 12 kerusi DUN sahaja yang dapat dimenanginya memang tak masuk akal, mana ada orang menipu untuk kalah, tak gitu?

Senario pelik di Selangor hasil cetusan Khalid ini mengingatkan penulis kepada kesungguhan Ahli Parlimen PKR Kuantan, Fuziah Salleh yang bangga mendedahkan seorang pengundi muda kononnya dapat mengundi dua kali bagi DUN Tanjung Lumpur yang dimenangi PAS serta di kawasan Parlimennya.

Mungkin kepelikan sikap Fuziah Salleh itu turut dialami Khalid maka kedua-duanya berkongsi sikap yang sama yakni ragu dengan kemenangan yang mereka perolehi.

Tapi ada eloknya dengan sifat pelik luar tabie sedemikian, manalah tahu kot dalam masa terdekat nanti terdetik pula idea di kepala Khalid untuk bubar DUN Selangor seterusnya pilihan raya semula diadakan di negeri itu. Apa komen pembaca?

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan