UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 25 Jun 2013

Jerebu - Lapan syarikat Malaysia disiasat?


Kerajaan Indonesia semalam mendakwa sebanyak lapan buah syarikat yang dinaungi rakyat Malaysia menjadi punca kepada fenomena jerebu luar biasa yang melanda negara-negara jiran termasuk Singapura.

Menteri Alam Sekitarnya, Balthasar Kambuaya berkata, lapan syarikat tersebut kini disiasat atas dakwaan menyebabkan kebakaran hutan di wilayah Riau dan Jambi.

Lapan syarikat tersebut ialah PT Langgam Inti Hiberida, PT Bumi Rakksa Sejati, PT Tunggal Mitra Plantation, PT Udaya Loh Dinawi, PT Adei Plantation, PT Jatim Jaya Perkasa, PT Multi Gambut Industri dan PT Mustika Agro Lestari.

"Jika terdapat bukti kukuh, kami akan membawa kes ini ke mahkamah. Siasatan masih berada di peringkat awal," katanya.


Sementara itu, dalam perkembangan terbaharu hari ini, Indonesia akan terus melaksanakan usaha pembenihan awan bagi menghasilkan hujan tiruan untuk memadamkan kebakaran di Sumatera yang menjadi punca jerebu di Singapura dan Malaysia.

Agensi Pengurusan Bencana Alam, Agus Wibowo berkata, sebuah pesawat yang menjalankan pembenihan awan semalam berjaya menghasilkan hujan di daerah Bengkalis, Sumatera yang merupakan antara kawasan kebakaran paling besar.

''Kami akan melaksanakan operasi pembenihan awan dengan menggunakan dua buah pesawat.

''Kami harap situasi jerebu akan pulih dan memberikan kelegaan kepada mereka yang tidak sihat dan berharap semua akan kembali normal tidak lama lagi,'' katanya kepada AFP hari ini.


Agus berkata, wilayah Riau yang mana antara kawasan berlakunya kebakaran, diletakkan dalam keadaan darurat selepas Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah tahap berbahaya iaitu 400 di beberapa lokasi.

Tiga buah helikopter juga dikerahkan bagi membantu memadam kebakaran hutan di kawasan yang terbakar.

Dalam pada itu, Agensi Alam Sekitar Nasional Singapura menyatakan kualiti udara di negara itu semakin baik sejak malam tadi.

Setakat tengah hari, IPU sejak 24 jam lalu adalah di antara 88 dan 98.

Agensi itu berkata, kualiti udara semakin bertambah baik ekoran perubahan arah angin di Singapura sejak malam tadi.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan