UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 31 Ogos 2010

Salam Kemerdekaan : 1 Malaysia Menjana Transformasi


















Merdeka !
Merdeka !
Merdeka !
Sebutlah Merdeka Demi Bangsa Ku,
Sebutlah Merdeka Demi Ugama Ku,
Sebutlah Merdeka Demi Tanahair Ku,
Sebutlah Merdeka Demi Kedaulatan Duli Yang DiPertuan.....

Kita Bangsa Gagah, Kita Tegar Merentasi Rintangan,
Kerana Melayu Itu Bukan Permusuhan, Kerana Melayu Juga Bukan Rasism,
Melayu Adalah Kesejahteraan........

Untuk Mu Malaysia, Kami Jadikan Kemerdekaan Ini...
Kelangsungan Melayu Yang Progresif, Melayu Yang Pragmatik, Melayu Yang Konklusif, Imaginatif, Produsif, Innovatif Dan
Melayu Yang Cintakan Bangsa Dan Tanahair......

Merdekalah Kita Hari Ini....Merdeka Malaysia Ku.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-53 kepada seluruh rakyat Malaysia.

Juragan Malawati..

Jumaat, 27 Ogos 2010

Selangor Bangkit : Isu Pasir - Persoalan Yang Belum Terjawap!

Sebelum Ramadhan bermula, saya bersama-sama dengan rakan didalam UMNO Selangor telah melancarkan SSDE dengan isu utama penyelewengan didalam KSSB dan juga masalah kecurian pasir.Saya mengakui ianya mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat Selangor sehinggakan kerajaan Selangor sekarang seperti cacing kepanasan.

Baru-baru ini MB Selangor TS Khalid Ibrahim telah mengumumkan penubuhan skuad antirasuah pasir dengan kerjasama SPRM.Saya melihat tindakan ini adalah satu tindakan yang mengesahkan dakwaan saya bahawa penyelewengan didalam KSSB dan kecurian pasir benar-benar berlaku.Saya bukanlah mengatakan bahawa dakwaan saya sebelum ini hanyalah cerita semata-mata tetapi ini adalah satu jawapan kerana sebelum ini kerajaan negeri Selangor cuba menafikan dakwaan tersebut.

Apa yang menjadi persoalannya sekarang adakah isu pasir ini akan selesai dengan wujudnya skuad antipasir? Saya akan mendapatkan penjelasan daripada pihak SPRM apakah tindakan mereka seterusnya kerana UMNO Selangor telah membuat laporan polis dan juga kepada pihak SPRM terhadap isu penyelewengan ini.Adakah siasatan akan terus dilakukan walaupun SPRM sekarang mempunyai akses terhadap KSSB?

UMNO Selangor berpendirian bahawa kes kecurian pasir dan penyelewengan ini wajib diteruskan siasatannya kerana ianya telah melibatkan kerugian yang banyak kepada kerajaan negeri.Tan Sri Khalid Ibrahim masih belum menjawap persoalan yang saya bangkitkan kenapa ada satu syarikat diberikan kemudahan diskaun yang begitu banyak berbanding syarikat-syarikat lain.

Apa tujuan diskaun tersebut diberikan kerana ianya mengakibatkan kerugian yang sangat ketara.Tan Sri Khalid Ibrahim cuba menyelesaikan masalah secara fizikal agar rakyat melihat tindakan yang mereka lakukan seolah-olah mahu menunjukkan kesungguhan mereka membendung kegiatan curi pasir tetapi bagaimana dengan penyelewengan yang rakyat tidak nampak seperti yang telah saya dedahkan tempohari.

Implikasi kepada kerugian tersebut sedikit sebanyak telah menyebabkan rakyat Selangor dinafikan hak mereka untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dari segi infrastruktur, kemudahan-kemudahan awam dan sebagainya.Saya akan terus memantau perkara ini dari masa ke semasa demi memastikan rakyat tidak tertipu dengan politik Pakatan Rakyat.

Bagi saya penubuhan skuad antirasuah pasir ini tidak menyelesaikan masalah tetapi mempunya agenda tersendiri didalam Pakatan Rakyat.Adakah Tan Sri Khalid Ibrahim cuba mengajar mereka-mereka yang cuba menjatuhkan kreabiliti beliau sebagai seorang Menteri Besar? Sama-sama kita fikirkan persoalan tersebut.

Pena Noh Omar
Kelana Jaya

Juragan Malawati..

Rabu, 25 Ogos 2010

Siapa Berbohong : Nik Aziz atau Karpal Singh!

Saya terpanggil untuk mempertahankan dakwaan saya bahawa PAS sememangnya penakut. Penakut dengan DAP atas apa jua isu yang berkaitan dengan agama Islam terutamanya berkenaan hukum hudud. Banyak kenyataan daripada kedua-dua belah pemimpin parti yang jelas memperlihatkan bahawa... mereka ini hanyalah bersandiwara didalam Pakatan Rakyat.

Ini jelas memperlihatkan ketidak upayaan PAS menerima cabaran saya supaya menutup pusat-pusat hiburan dan maksiat ketika Ramadhan di Selangor.

Terbaru isu hukum hudud yang dinafikan perlaksanaannya oleh Karpal Singh andai Pakatan Rakyat memerintah.Ada dikalangan blogger PAS yang mempertikaikan kononnya BN menghalang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Sebenarnya apa jua isu berkaitan dengan undang-undang Islam adalah menjadi kuasa mutlak kerajaan negeri untuk melaksanakannya bukan kerajaan persekutuan. Dulu orang yang menentang undang-undang hudud di Kelantan adalah Zaid Ibrahim. Beliau telah membawa kes ini ke mahkamah pada 2 Jun 2002 dengan alasan undang-undang hudud PAS bercanggah dengan Perlembangaan Persekutuan.

Ini bermakna undang-undang hudud PAS sebenarnya tidak mencerminkan hudud yang sebenar dan punca kenapa Zaid Ibrahim menentang undang-undang hudud di Kelantan tetapi sekarang Zaid Ibrahim telah menjadi idola kepada Nik Aziz.

Karpal Singh terus konsisten dengan pendiriannya bahawa tiada ruang untuk hudud didalam Pakatan Rakyat dan Nik Aziz tampil dengan alasan bahawa kenyataan Karpal itu adalah pandangan peribadi beliau.

Tak habis-habis dengan alasan "pandangan beribadi" bagi menutup ketidak sehaluan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat.Karpal dengan jelas mendakwa bahawa undang -undang hudud ini tidak berpelembagaan dan setiap orang patut menghormati perlembangaan.Kadang-kadang kita merasa pelik, apabila isu berkaitan dengan mereka, terus merujuk kepada perlembangaan tetapi dalam banyak perkara mereka tidak mematuhi perlembagaan.

Terbaru kenyataan Lim Kit Siang mengesahkan bahawa kenyataan Karpal Singh tersebut bukanlah bersifat pandang peribadi apabila beliau mengesahkan bahawa Hudud bukanlah dasar Pakatan Rakyat.Oleh sebab itu ianya tidak disebut didalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Disember 2009.Kenyataan Lim Kit Siang.Siapa yang berbohong? Nik Aziz atau Karpal Singh?

Jelas Nik Aziz yang berbohong kerana Karpal Singh menyatakan pendirian DAP bukannya pandangan peribadi seperti dakwaan Nik Aziz.

Apa gunanya PAS bersengkokol dengan DAP andai asas perjuangan mereka sudah dinafikan awal-awal lagi.Apa rasionalnya PAS bersama DAP didalam Pakatan Rakyat sekiranya pemimpin DAP awal-awal lagi mengatakan tiada ruang untuk Hudud di dalam Pakatan Rakyat.

Adakah PAS sekarang berjuang hanya untuk memenangkan DAP dan melupakan asas perjuangan mereka.Orang-orang PAS harus sedar tentang perkara ini.Apa yang mereka perjuangkan lagi andai asas perjuangan mereka jelas tidak diterima.Jelas PAS sanggup bekerjasama dengan DAP asalkan bangsa seagama seperti UMNO akan hilang kuasa memerintah walaupun jelas terbukti UMNO telah berjaya menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Dakwaan Nik Aziz bahawa pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang umpama pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sudah semakin diterima. Mereka sanggup mendoakan Lim Guan Eng daripada mendoakan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong jelas membuktikan bahawa DAP sudah berjaya memesongkan hala tuju perjuangan PAS.Adakah PAS masih dilambung angan-angan bahawa perjuangan mereka akan diterima DAP?

Jangan jadi seperti perumpamaan Melayu "Yang DiKejar Tak Dapat Yang Di Kendong Keciciran"

Sekarang Zaid Ibrahim sudah tiada lagi didalam BN.Orang yang menentang hudud di Kelantan sudah berada di pihak Pakatan Rakyat.Saya cadangkan supaya PAS mengusulkan kembali rancangan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan sekiranya mereka betul-betul bersungguh terhadap hukum Allah ini.

Pastikan ianya tidak bercanggah dengan undang-undang sivil dan Kanun Kesiksaan.Dalam masa yang sama PAS harus mendesak negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat supaya menerima hukum ini sekiranya ia diluluskan oleh kerajaan Kelantan.

Kita tunggu dan lihat apa yang PAS boleh lakukan andai mendapat tentangan daripada DAP.

Adakah PAS sanggup keluar dari Pakatan Rakyat demi memastikan maruah asas perjuangan mereka tidak tercalar.Jawapannya TIDAK.PAS lebih rela kehilangan maruah daripada kehilangan kuasa kerana mereka hanya bertopengkan Islam didalam politik. Asas perjuangan PAS ialah mempergunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Sebaliknya UMNO mempergunakan politik untuk menegakkan agama Islam.Ini adalah perbezaan diantara perjuangan PAS dan UMNO yang sukar dicari titik pertemuan.

Pena Noh Omar
Kelana Jaya

Juragan Malawati..

Isnin, 23 Ogos 2010

Menjelang Hari Merdeka : Kontrak Sosial Makin Longgar?

Tiada siapa dapat meneka bilakah pilihan raya umum akan diadakan. Tanda-tanya ini mungkin akan berlanjutan setahun, dua tahun atau tiga tahun lagi bergantung kepada perkembangan terkini politik tanah air.

Namun, di sebalik teka-teki mengenai tarikh pilihan raya umum tersebut, Barisan Nasional (BN) tidak boleh terus menunggu. Banyak kepincangan yang membabitkan parti-parti komponennya harus dibetulkan terlebih dahulu.

Antara negeri yang dilihat bakal berhadapan dengan persaingan hebat pada pilihan raya umum akan datang ialah Perak. Umum mengetahui 'pertarungan kaum' semakin jelas sejak negeri itu berjaya diambil alih semula oleh BN. Pengalaman melalui beberapa pilihan raya kecil menyaksikan pengundi Cina tidak mungkin akan memberikan undi mereka kepada calon yang bukan daripada kaum mereka.

DAP berjaya memanipulasikan keadaan menerusi sentimen kaum yang dimainkan sehingga memaksa MCA terikut-ikut dengan rentak sama walaupun sebagai parti komponen paling rapat dalam BN, parti itu cukup memahami dasar dan perjuangan BN dalam memastikan kesejahteraan dan keharmonian rakyat.

Melihat sikap MCA, UMNO yang menjadi tunjang kepada kekuatan BN selama ini tidak lagi boleh terlalu mengharapkan sekutu rapatnya itu. Paparan di media-media massa memperlihatkan gabungan yang diikat dengan sikap saling hormat menghormati dan saling percaya mempercayai terutamanya berkenaan kontrak sosial yang semakin hari semakin longgar.

Tuntutan-tuntutan keras yang dibuat oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek yang juga Pengerusi MCA Perak dan mempertikaikan hak-hak orang Melayu serta bumiputera di dalam Perlembagaan sedikit sebanyak menurunkan suhu kepercayaan terhadap hubungan yang sedia terjalin itu.

Agak ironi, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu yang dilanda pelbagai kontroversi kepemimpinannya kebelakangan ini juga dari Perak. Seperti DAP, MCA semakin lantang menuntut hak yang sebenarnya tidak wujud tanpa kontrak sosial yang dipersetujui oleh kaum Melayu.

Mengapa ini berlaku? Jawapannya kerana ia cara paling mudah untuk memenangi hati kaum yang diwakili.

''Bila masing-masing mempertahankan kepentingan etnik (kaum), kita akan melihat setiap keputusan yang dibuat adalah berdasarkan percaturan politik dan bukannya satu keputusan menyeluruh untuk rakyat," kata Prof. Madya Dr. Sivamurugan Pandian, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM) ketika dihubungi baru-baru ini.

Hakikatnya kata beliau, sejauh mana pemimpin negara ini dapat mengenepikan kepentingan dalam menjalankan peranan sebagai ahli politik yang merentasi agama, etnik dan gender, masih menjadi tanda tanya.

''Tidak salah jika pemimpin mempertahankan hak etnik kerana parti-parti politik di negara kita ditubuhkan untuk memperjuangkan hak kaum masing-masing. Tetapi apa yang harus mereka ingat ialah dalam masa sama, perjuangan harus meliputi kepentingan di peringkat kebangsaan.

''Sepatutnya pemimpin menjadi contoh kepada rakyat. Kalau mereka gagal memainkan peranan ini sebaik-baiknya, maka, ia memperlihatkan taraf pemikiran seseorang pemimpin itu sendiri.

''Persoalannya di sini, mampukah mereka mempertahankan jawatan dalam parti tanpa memperjuangkan hak kaum kerana mereka akan menjadi tidak popular. Untuk kekal, mereka perlu melakukannya," katanya.

Sivamurugan melihat perkembangan politik tanah air sebagai satu kemunduran kerana ia bertentangan dengan kemajuan dicapai negara. Dalam konteks Perak kata timbalan dekan ini, 'pertarungan kaum' yang berlaku memang sukar dinafikan. Sekiranya tiada usaha mengatasinya, dibimbangi ia akan menjadi semakin luas dan akhirnya mengundang mudarat.

Mengulas senario Perak itu, seorang penganalisis politik di utara tanah air menjelaskan, Soi Lek perlu mengambil sikap 'lebih Cina daripada DAP' untuk mendapatkan kembali kepercayaan masyarakat diwakili.

Namun katanya, jika cara tersebut terus dipraktikkan, ia hanya akan meningkatkan jurang perkauman dan masalah yang wujud akan berlarutan. Dalam mengharungi isu-isu menjuarai hak etnik atau mungkin lebih tepat dikategorikan sebagai konflik ultra etnik ini, Sivamurugan sempat mempersoalkan bentuk keadilan yang kini diperjuangkan MCA.

''Mereka kata mahu keadilan sosial, tetapi keadilan sosial bagaimana? Bukankah mereka juga adalah sebahagian daripada kerajaan yang mencorakkan apa yang berlaku hari ini. Kenapa UMNO yang dipersalahkan," ujar beliau.

Mengambil kira senario di atas, UMNO lebih-lebih lagi di Perak, tiada pilihan. Pengalaman beberapa pilihan raya kecil sebelum ini membuktikan untuk mengharapkan rakan-rakan komponennya bukan satu keputusan bijak. Mahu tidak mahu, suka atau tidak, UMNO negeri itu harus menerima hakikat bahawa mereka kini 'keseorangan' dan perlu bekerja sendiri.

Malah, hitungan secara purata memerlukan UMNO Perak memperoleh sekurang-kurangnya 70 peratus sokongan undi daripada orang Melayu bagi membolehkan parti itu memenangi kerusi yang ditandingi.

''Masalah yang berlaku di Perak sama dengan Perlis dan Kedah. Sebenarnya, UMNO tidak lemah tetapi perpecahan dalam UMNO itu sendiri yang menyebabkan UMNO lemah. Mereka sendiri tahu tetapi buat-buat tak tahu.

''Pemimpin-pemimpin ini perlu bertanya kepada diri sendiri apakah mereka bersedia untuk menyerahkan Perak buat kali kedua kepada pakatan pembangkang," kata penganalisis politik dari utara itu lagi.

Jelas beliau, pakatan pembangkang diketuai DAP, tidak akan memberi ruang kepada pihak lawan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 dan pastinya persiapan yang dilakukan kali ini adalah yang terbaik berbanding 2008.

''Sebelum ini, mereka letak calon tangkap muat pun boleh menang, tentu sekali calon-calon yang diketengahkan kali ini adalah yang terbaik kerana mereka dalam persediaan untuk memerintah negara," katanya.

Terdapat sembilan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO termasuk yang dilantik di Perak. Menjadi antara negeri teramai mempunyai wakil, dilihat antara punca mengapa para pemimpinnya sukar berada di dalam bahtera yang sama. Ini kerana masing-masing beranggapan mereka mempunyai hubungan yang lebih rapat dengan pucuk kepemimpinan Pusat.

Dan sudah pasti keadaan itu menyukarkan Menteri Besar yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir mengemudi dengan sebaik mungkin kapal yang diketuainya.

''Masing-masing melihat dia layak menjadi ketua bahagian, menteri besar atau menteri. UMNO masih dihantui soal merebut kedudukan daripada memperjuangkan isu Melayu yang amat dinanti-nantikan oleh orang Melayu.

''Masalah yang membelenggu ini menyebabkan 'komander' sukar memberi arahan. Sedangkan UMNO Perak tidak mempunyai banyak masa lagi," kata penganalisis terkenal itu sambil turut menekankan pemimpin lama atau 'dinasour tua' perlu melepaskan jawatan jika sayangkan parti. Apa yang menarik, beliau melihat masalah itu dapat diatasi dengan mudah jika pucuk kepimpinan Pusat sendiri bersedia untuk membantu Zambry.

Penglibatan Presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sangat penting untuk menzahirkan impak bagi membetulkan apa yang tidak betul, katanya.

''UMNO merupakan parti feudal. Sebagai sebuah parti feudal, kadang-kadang pemimpin tertinggi perlu buat keputusan segera kerana apa yang diputuskan itu orang bawahan akan ikut. ''Perlu diingat, BN dan UMNO tidak boleh lagi bergantung kepada pemimpin-pemimpin lama tetapi mesti mencari pelapis baru yang berwibawa untuk menyaingi calon-calon yang diketengahkan parti lawan,'' katanya.

Hakikatnya, masih banyak perkara perlu diberi perhatian jika mahu memastikan akan wujud cahaya dihujung terowong yang malap di Perak.- UM.

Juragan Malawati..

Selasa, 17 Ogos 2010

Adakah MCA bakal di " Lafaz Talak " dalam PRU ke-13 nanti!

UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya segera mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan MCA bukan lagi sebahagian daripada anggota parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP hanyalah fasa pertama sebelum jalinan lebih 'mesra' dibentuk.

"Walaupun MCA merupakan antara parti teras dalam BN tetapi UMNO dan komponen yang lain perlu bersedia kerana ini (perkongsian pendirian) baru fasa pertama, tidak mustahil pada PRU nanti, Soi Lek akan berkongsi pula wadah perjuangan yang sama dengan DAP," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Soi Lek yang menegaskan bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Soi Lek memberi alasan, pemimpin UMNO tidak boleh menyalahkan MCA walaupun parti itu mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian BN kerana tuntutan yang disuara beliau adalah gambaran kepada keinginan masyarakat Cina.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid menyifatkan Soi Lek sebagai pemimpin MCA yang lupa kepada sejarah kerana terlalu taksub untuk menyaingi sifat cauvanis yang diperjuangkan oleh DAP.

Tegasnya, Soi Lek dan pemimpin MCA yang lain harus sedar bahawa negara ini bukan dibina atas sentimen perkauman sempit tetapi ia terbentuk kerana nilai kejujuran dan perasaan saling menghormati antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang terdahulu.

"Jangan kerana semata-mata hendak menagih sokongan masyarakat Cina, Soi Lek lupa kepada sejarah. Nilai kejujuran dan saling menghormati hak yang telah dipersetujui inilah yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman selama ini," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap Soi Lek yang disifatkannya sebagai sengaja berbuat tidak faham mengenai konsep 1Malaysia, apabila mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera selain membangkitkan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu.

Menurutnya, Soi Lek sepatutnya belajar berterima kasih kepada kerajaan kerana tetap juga mengekalkan jumlah pemimpin MCA dalam Kabinet walaupun parti itu menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU Ke-12 yang lalu.

"Inilah sikap cauvanis Soi Lek. Sengaja buat-buat tidak faham mengenai gagasan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama lebih berminat untuk mendokong konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP, sedangkan MCA berada dalam BN," dakwanya.- UM.

Juragan Malawati..

Isnin, 16 Ogos 2010

Pasir haram: Khir cabar Khalid buktikan BN terlibat!

Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim dicabar supaya menunjukkan bukti bahawa kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini melakukan perlombongan pasir secara haram.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo ketika melemparkan cabaran itu berkata, dakwaan Abdul Khalid mengenai perkara itu dalam temu bual yang disiarkan oleh Malaysiakini disifatkan 'merapu dan merepek.'

Menurut beliau, apa yang pasti Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB), anak syarikat kerajaan negeri Selangor itu sendiri 'merompak' wang rakyat dengan menjadi orang tengah dalam industri perlombongan pasir di negeri itu.

"Pasir dilombong atas tanah kerajaan tetapi royalti yang diterima oleh pejabat tanah hanya RM3 satu tan metrik, sama seperti royalti pasir atas tanah persendirian.

"KSSB ambil lagi RM4 tanpa perlu melakukan apa-apa kerja kecuali menyediakan draf perjanjian dan mencari kontraktor.

"Kerajaan sebagai tuan tanah hanya mendapat RM3 bagi setiap tan metrik pasir dikeluarkan, manakala KSSB sebagai broker mendapat RM4. Apakah ini bukan merompak wang rakyat?'' soalnya di dalam blog www.drkhir.com.

Abdul Khalid ketika ditemu bual oleh portal berita berkenaan baru-baru ini mendakwa Mohamad Khir sebagai tidak berbuat apa-apa kebaikan kepada Selangor dan tidak layak menjadi menteri besar.

Mengulas lanjut Mohamad Khir mengakui semasa mentadbir Selangor sebelum ini, pentadbirannya tidak begitu sempurna.

Namun jelasnya, beliau meninggalkan pentadbiran dengan kedudukan kewangan negeri yang jauh lebih tinggi di samping pencapaian anak syarikat kerajaan negeri yang kesemuanya mencatatkan keuntungan termasuk mempertingkatkan kecekapan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Itu semua, katanya, dapat dilaksanakan kerana beliau mewarisi kerajaan yang baik daripada pimpinan sebelumnya dan hanya perlu melakukan pembetulan serta perubahan seiring dengan kehendak semasa.

"Pencapaian-pencapaian itu diakui sendiri oleh fakta-fakta yang didapati melalui Kajian Daya Saing Negeri Selangor oleh Perbadanan Produktiviti Negara dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).

"Mungkin Abdul Khalid perlu bertanya siapa yang mewujudkan Science Park 2 yang telah menghasilkan berbilion ringgit pelaburan.

"Di bawah pentadbiran siapa Selangor mencapai kemajuan pesat? Mungkin beliau perlu ambil sedikit masa melihat fakta-fakta pencapaian negeri sejak 2001-2007 sebelum bercakap merapu.

"Jika Abdul Khalid ada keberanian, beliau juga perlu menggunakan model yang sama untuk membuat kajian semula dan melihat perbandingan antara 2007 dan sekarang, baru kita boleh berhujah adakah kerajaan beliau lebih baik daripada kerajaan BN sebelum ini,'' tegasnya.

Mohamad Khir seterusnya mengajak semua pihak untuk melihat apa yang telah Abdul Khalid lakukan sepanjang menjadi Menteri Besar Selangor, selain memberi air percuma menggunakan wang yang diwarisi dari kerajaan sebelum ini.

"Seingat saya sudah hampir RM70 bilion jumlah projek yang diumumkan beliau sejak menjadi menteri besar. Namun, yang masuk ke Selangor sejak pentadbiran beliau hanya RM6 bilion,'' katanya.

Juragan Malawati..

Ahad, 15 Ogos 2010

Selangor dicabar heret Ronnie ke Selcat!

Kerajaan negeri Selangor dicabar mengheret anggota Exconya, Ronnie Liu menghadap Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) bagi membolehkan siasatan berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa dijalankan.

Timbalan Ketua Pemuda MCA Klang, Datuk Dr. Ching Eu Boon berkata, tindakan itu akan membuktikan kerajaan negeri pimpinan pakatan pembangkang benar-benar adil, bertanggungjawab dan telus dalam pentadbiran seperti dilaung- laungkan sebelum ini.

Menurutnya, meskipun pembantu Ronnie, Tee Boon Hock telah dipecat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Klang (MPK) pada 6 Ogos lalu atas dakwaan mengeluarkan surat sokongan untuk mendapatkan peluang perniagaan, ia dilihat tidak adil kerana hanya melibatkan sebelah pihak sahaja.

‘‘Persoalannya kenapa Boon Hock sahaja yang disiasat oleh kerajaan negeri, kenapa tidak Ronnie?

‘‘Mengapa tidak diadakan sesi pendengaran awam Selcat yang dianggap mereka sebagai simbol ketelusan dengan memanggil Ronnie memberi keterangan mengenai dakwaan penyalahgunaan kepala surat itu?

‘‘Selcat juga dalam masa yang sama boleh mendapatkan keterangan daripada Boon Hock sendiri,” katanya dalam satu kenyataan melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) di sini hari ini.

Tambah Eu Boon, walaupun Jawatankuasa Disiplin DAP semalam memberi amaran keras kepada Ronnie mengenai tanggungjawab memastikan ketelusan dan urus tadbir yang baik di kalangan kakitangannya, keputusan itu hanya melibatkan peringkat parti politik dan bukannya pentadbiran kerajaan negeri.

Katanya, Selangor tidak boleh mengamalkan sikap berat sebelah dalam soal berkenaan kerana jika berlaku perkara melibatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN), sudah pasti siasatan dan sesi pendengaran awam Selcat diadakan.

‘‘Jika dakwaan ini disiasat oleh kerajaan negeri, kenapa hanya pilih ‘tikus’ (individu) tertentu sahaja. Kenapa tidak dibuat melibatkan kedua-dua pihak ini (Boon Hock dan Ronnie)?" soalnya.

Sebelum ini Boon Hock menafikan menyalahgunakan kepala surat milik pejabat Ronnie yang juga Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan negeri bagi mendapatkan kontrak bernilai RM1 juta untuk kroni dan seorang ahli keluarganya.

Boon Hock menjadi pembantu khas Ronnie bermula Mac 2008 hingga 18 November 2009 dan mewakili ADUN Pandamaran itu di kawasannya.

Ekoran kejadian itu, Boon Hock yang telah dipecat sebagai ahli DAP menganggap pemecatannya tergesa-gesa dan tidak adil selain membayangkan wujud konspirasi untuk menyingkirkannya sebelum pemilihan parti yang dijadualkan pada bulan ini.

Juragan Malawati..

Rabu, 11 Ogos 2010

DZULKEFLY AHMAD : BERCAKAPLAH BENAR WALAUPUN SEPATAH!

Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang merupakan salah seorang pemimpin PAS yang berpaksikan kepada liberalisme dan pluralisme serta penyokong Anwarisme di dalam PAS, ketika dalam usaha untuk membidas Tun Mahathir yang menulis di dalam blognya tentang perangai hipokrit PAS, ternyata menyerlahkan sikap munafiknya yang tersendiri!

Dengan menggunakan keadilan, Dzulkefly Ahmad cuba membuat tafsiran yang menyeleweng berbanding keadilan Islam yang sebenar. Menurut Dzulkefly Ahmad, keadilan Islam mencangkupi semua bangsa, keturunan dan agama.

DZULKEFLY AHMAD BERDUSTA!

Keadilan Islam pertama-tama sekali adalah kepada umatnya dan selepas umatnya, barulah umat lain yang berlindung di jazirahnya. Itu pun dengan syarat yang sangat ketat. Islam mendahului golongan beriman dan mengenepikan golongan yang engkar dan kufur kepada Allah Taala. Kalau Allah Taala sendiri telah menyingkirkan golongan yang mendurhaka kepada-Nya, datang dari mana pula kepandaian Dzulkefly Ahmad untuk melawan kehendak Allah Taala?

( Baca di sini ) the malaysian insider

Secara terang-terang dan tanpa segan silu Dzulkefly Ahmad berdusta dan menipu. PAS tidak pernah konsisten dengan perjuangan Islamnya. Semenjak berkawan dengan DAP buat kali ketiga, PAS sudah membuang semua yang berkaitan dengan Islam. Kalau PAS memperkatakan tentang Islam, bermakna para pemimpin PAS sedang memutar belitkan ajaran Islam.

Seperti kalimah Allah, kandang babi mega, melebihkan kaum kafir berbanding kaum muslimin, bersolat di dalam tokong dan sebagainya... semuanya dilakukan oleh PAS-Baru. Bahkan Dzulkefly Ahmad yang begitu SEDAP mengata UMNO pengamal rasuah, menutup mata dengan gejala rasuah dan kronisme yang berlaku di Kelantan dan Kedah, iaitu dalam tubuh badan PAS sendiri.

Tidak bolehkah Dzulkefly Ahmad bercakap benar walaupun sekali? Tak perlulah mengutuk UMNO dengan mengatakan UMNO adalah pengamal rasuah, padahal kadar rasuah dalam pentadbiran di Kelantan dan Kedah juga, sangat teruk. Rasuah tidak hanya di dalam UMNO, tetapi kebanyakan pemimpin PAS terutama yang berada dalam kepimpinan negeri, mengamalkannya tanpa segan silu.

Hanya kerana kes mereka tidak terbarai, tidak bermakna PAS yang memerintah Kedah dan Kelantan bersih..... Mursyidul Am PAS sendiri pun telah diselamatkan oleh Nazri Aziz, salah seorang menteri UMNO daripada dikenakan tindakan akibat rasuah RM50 juta.... yang tu apa pula ceritanya, Dzulkefly?

Ni yang orang kata, tepuk air dalam dulang, terpercik ke muka sendiri....

Belajarlah bercakap benar, walaupun pahit, Dzulkefly Ahmad... tak perlulah nak berbohong semata-mata untuk memperlihatkan jemaah anda bersih dan suci, padahal di dalamnya penuh pekung, nanah dan kohong!!!!
Wallahuallam.

Sumber dari : Cucu Tok Wan
theflyingkick.blogspot.com

Juragan Malawati..

Isnin, 9 Ogos 2010

'Sayalah orang yang mulakan penubuhan PKR, sayalah juga bela Anwar'!

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor yang terlibat menubuhkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bertindak meninggalkan parti itu kerana kecewa ia terus tersasar jauh daripada perjuangan asalnya.

Menurutnya, beliau melihat PKR pada hari ini telah berubah kepada parti yang tidak bermoral sehingga sanggup melakukan apa sahaja untuk kepentingan politik sempit mereka.

"Sayalah orang yang memulakan penubuhan PKR dan saya jugalah orang yang membela Anwar (Datuk Seri Anwar Ibrahim) ketika beliau dalam penjara dahulu. "Namun saya tinggalkan PKR pada hari ini. Bukan kerana masalah peribadi tetapi saya tinggalkan atas dasar memelihara dan mempertahankan agama, bangsa dan negara," katanya.

Beliau menyampaikan ceramah pada program Jelajah Selamatkan Selangor Darul Ehsan di sini malam tadi.

Program tersebut dihadiri kira-kira lebih 600 orang di sekitar Kampung Jalan Kebun dan sekitar kawasan Parlimen Kota Raja. Turut hadir pada program itu ialah Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Noh Omar dan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo.

Tambah Mohamad Ezam, Anwar juga berbohong kepada rakyat apabila mengutuk kezaliman zionis ke atas umat Palestin tetapi pada masa yang sama meminta maaf kepada Yahudi ketika mengadakan ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Dalam pada itu, katanya, Anwar juga merupakan seorang pemimpin yang pandai bermuka-muka apabila menyatakan sokongan terhadap prinsip negara Islam Pas tetapi mengutuk prinsip tersebut apabila berjumpa dengan pemimpin DAP.



"Apabila berjumpa Pas, dia kata dia sokong dan bersama-sama dengan Pas untuk menubuhkan negara Islam tetapi apabila berjumpa DAP, dia kata konsep negara Islam Pas tidak akan menjadi kenyataan. "Inilah pemimpin yang tidak ada prinsip, tiada kejujuran, dia hidup dengan pembohongan. Saya tahu, sebab saya bersama dengannya sebelum ini sebagai Setiausaha Politik," jelasnya.

Sementara itu, Isteri Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail diminta tampil mendedahkan kepada rakyat mengenai sikap sebenar suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyelamatkan negara ini daripada mengalami kerosakan lebih besar.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Senator Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, Wan Azizah perlu berbuat demikian atas kapasiti seorang Islam bagi mengelakkan negara ini dirosakkan oleh pengkhianat dan manusia yang munafik.

"Saya minta Wan Azizah ceritakan sikap sebenar suaminya kerana beliau tahu setiap rahsia dan sikap Anwar yang sebenar. "Semua itu saya tahu kerana Wan Azizah sendiri pernah ceritakan semuanya pada saya. Kami dahulu amat rapat sehingga beliau memanggil ibu saya dengan panggilan bonda," katanya.

Permintaan Ezam disambut dengan tepukan gemuruh oleh lebih 600 hadirin pada Ceramah Perdana Isu Semasa 'Selamatkan Selangor Darul Ehsan' di Dewan Rela, Jalan PJS 8/9 di sini malam tadi. Ezam menambah, meskipun Wan Azizah mendakwa tidak terlibat dengan perkara yang dilakukan Anwar, namun Presiden PKR itu perlu sedar bahawa beliau boleh dianggap bersubahat kerana mempertahan dan berdiam diri mengenai perilaku suaminya.

"Memang benar, sebagai isteri beliau perlu taat dan setia kepada suami. Namun beliau tidak boleh bersubahat dan perlu bertanggungjawab menyelamatkan negara ini daripada kerosakan," katanya.

"Wan Azizah tidak patut bersubahat dengan membiarkan Anwar memfitnah Perdana Menteri, Peguam Negara, Ketua Polis Negara dan entah berapa ramai lagi hanya kerana kepentingan dirinya," tegas Ezam.

Juragan Malawati..

Sabtu, 7 Ogos 2010

ISTANA NEGARA MURKA TERHADAP KHALID IBRAHIM - MEMPERMAINKAN KEBERANGKATAN MENCEMAR DULI RAJA PERMAISURI AGONG DI FESTIVAL MUZIK ISLAM!

Sekadar gambar hiasan sahaja.

Palace fires back

Queen was invited for song festival, preparatory meeting held, says Palace administration!

Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah's attendance at the recent International Islamic song festival was by invitation and not on her personal capacity as claimed by the Selangor government.

This was clarified last night in a statement from Istana Negara to The Malay Mail, explaining that the visit by the Queen on July 4 was based on an official invitation from the organisers — and not for personal reasons or in her personal capacity.

It referred to a series of articles published in The Paper That Cares from this week, which had caught the attention of His Majesty Yang di-Pertuan Agong and Her Majesty Raja Permaisuri Agong.

The statement, which came via email and fax, reiterated there was a preparatory meeting held for the hosting of Her Majesty.

The Royal Palace administration also rejected reports stating Her Highness Raja Permaisuri Agong left the event earlier than scheduled. (see below for official statement from the palace)

MB ignorant of monarchy's position, says State BN leaders

State Barisan Nasional leaders have lambasted the Selangor government for dismissing the need to apologise to Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah for the absence of top State exco members to welcome Her Majesty at the Tourism Selangor-organised International Islamic Song Festival on July 4.

State Opposition leader Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo told The Malay Mail that Menteri Besar (MB) Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim's stand of not apologising to the Raja Permaisuri Agong was plain arrogant and rude.

"Khalid has shown how arrogant he is. He did not appreciate the Raja Permaisuri Agong for gracing the event and his refusal to apologise is unbecoming of an MB."

At the poorly attended song festival, the highest ranking State official on hand to welcome Raja Permaisuri Agong was State executive councillor for Women Affairs, Science, Technology and Innovations Rodziah Ismail, who represented Khalid.

As frontpaged by The Paper That Cares yesterday, Khalid had said that the State government need not apologise to the Raja Permaisuri Agong, and "the matter was closed".

Said Khir: "It is as if the Pakatan Rakyat-led government is untouchable, even by royal institution."

The same sentiment was echoed by State Umno liaison chief Datuk Seri Noh Omar who said members of the royalty should be respected, regardless of political ties. "The MB has to remember he is not dealing with just any dignitary, but the ceremonial Ruler of the country. He acted as though he had forgotten the nation's protocol, especially in treating VIPs."

Even if Tuanku Nur Zahirah attended the event in her personal capacity, Noh said not having any State officials to greet her was downright ignorant.

Parti Keadilan Rakyat Kota Damansara assemblyman Datuk Dr Mohd Nasir Hashim said discussions must have taken place between the State government and the parties concerned.

"I believe the MB would not have made such a statement without checking first."

Nasir said the case was closed as the parties involved could have been given a satisfactory explanation. "If the matter is not closed, the parties affected will not be happy over the MB's statement. But, for now, we believe it has been resolved."

He said Khalid just wanted to move on without politicising the issue further.

As reported earlier, Khalid had instructed State executive councillor for Tourism, Consumer Affairs and Environment Elizabeth Wong to seek an audience with Her Majesty and apologise. It was also confirmed by Tourism Selangor general manager Noorul Ashikin Mohd Din that the State government was awaiting a date to explain the fiasco to the Queen.

The statement from Istana Negara

IN reference to the The Malay Mail article "Being FRANK: Selangor’s Royal Snub" and "Date with the Queen" on Monday, and It was not a royal snub published on Tuesday, please be informed the matter has drawn the attention of His Majesty, the Yang di-Pertuan Agong, and Her Majesty, the Raja Permaisuri Agong.

In relation to this, the Royal Palace administration wishes to clarify the visit by Her Majesty Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah to the Islamic song festival on July 4 was based on an official invitation from the organisers and not for personal reasons or in a personal capacity.

The palace administration had also found the preparatory meeting for the arrival and reception of Her Majesty Raja Permaisuri Agong for this event was held and involved the Royal Palace, the event organiser together with departments and agencies under the State government, namely, the Selangor MB's office, State secretariat administrative services unit, State secretariat protocol unit and Tourism Selangor, and was chaired by the Tourism Selangor general manager.

The Royal Palace administration also rejects reports stating Her Highness Raja Permaisuri Agong left the event earlier than scheduled when, in actual fact, the organisers had been informed, in advance, Her Highness Raja Permaisuri Agong would not be joining for refreshments after the concert.

The visit by Her Majesty Raja Permaisuri Agong to the event was on an official basis and the Royal Palace administration would like to advise the parties involved in the matter not to repeat the issue and always be careful in issuing any statements which could be wrongly interpreted by the rakyat.

Istana Negara
Kuala Lumpur
August 5, 2010


The chronology on the 'royal snub' issue

JULY 4: Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah showed up at the Selangor Tourism's Islamic song festival, but Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, State executive councillors, other elected representatives and senior civil servants were apparently “out of town”.

JULY 4: State executive councillor for Tourism, Consumer Affairs and Environment Elizabeth Wong, who was in Shanghai, China, on the same day for to an exhibition, issued showcause letters to Tourism Selangor and the event's promoter, Out of This World Sdn Bhd (O2TW), holding them responsible for the fiasco and to arrange to meet the Sultan of Selangor and the Queen to seek forgiveness.

AUG 2: Tourism Selangor general manager Noorul Ashikin Mohd Din said the State government was awaiting a date to explain the fiasco to the Queen.

AUG 3: The State government claimed the Queen attended the event in her personal capacity. Said State political secretary to the Selangor Menteri Besar, Faekah Husin: “Suddenly, the Queen felt like coming. We, at State-level, did what we could and arranged the necessary protocol for her." Selangor Tourism and O2TW confirmed getting showcause letters from Wong. Meanwhile, State executive councillor for Women Affairs, Science, Technology and Innovations Rodziah Ismail said Khalid had apologised to the Sultan of Selangor over the incident.

AUG 5: Khalid said there was no need to apologise as the Queen came to the event in her private capacity on the invitation of the organiser.

Komen : MB Khalid ini tahu ke protokol antara sebuah kerajaan negeri dengan pihak istana negara! Agak memalukan seorang MB mangatakan tidak perlu memohon maaf kepada pihak istana negara. Mengapa kenyataan MB Khalid bercanggah dengan statement yang telah dikeluarkan oleh pihak istana negara! Dilihat kerajaan negeri Selangor benar-benar telah memalukan Raja Permaisuri Agong dengan yang sudah berlaku!

Antara insiden memalukan itu termasuk kegagalan pegawai-pegawai tertinggi kerajaan negeri termasuk Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menjemput ketibaan Seri Paduka pada acara tersebut.

Selain itu, hanya kira-kira 200 pengunjung hadir pada festival yang diadakan di Stadium Tertutup Melawati yang mampu memuatkan 5,000 orang penonton itu.Lebih memburukkan keadaan apabila kerajaan negeri turut gagal memaklumkan kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah mengenai kehadiran Raja Permaisuri Agong ke acara tersebut.

Pengurus Besar Pelancongan Selangor, Noorul Ashikin Mohd. Din berkata, kerajaan negeri sedang menunggu pihak istana bagi memaklumkan tarikh untuk pihaknya menghadap Seri Paduka bagi menjelaskan perkara itu. Beliau berkata, pihaknya yang diketuai Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong akan menghadap Tuanku Nur Zahirah nanti.

Noorul Ashikin berkata, pihaknya tidak dapat bertemu dengan baginda lebih awal memandangkan jadual ketat Raja Permaisuri Agong sebelum ini. Dalam pada itu, Exco Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berkata, Abdul Khalid sebelum ini telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor ekoran insiden tersebut.

Tetapi benarkah MB Khalid telah membuat permohonan maaf kepada Raja Permaisuri Agong dan juga baginda Sultan Selangor padahal MB Khalid sendiri mengeluarkan kenyataan yang kerajaan negeri Selangor tidak perlu memohon maaf? Jadi siapa yang memutarbelit kenyataan sekarang antara MB Khalid dan Rodziah Ismail? Adakah mereka masing-masing mengeluarkan kenyataan untuk menyelamatkan diri mereka sendiri.

Atau adakah ini satu lagi jarum halus yang digunakan oleh DAP untuk memalukan institusi diraja sepertimana yang mereka telah lakukan dengan mempertikaikan pembinaan istana negara yang baru. Fikir-fikirkan lah..

Juragan Malawati..

Khamis, 5 Ogos 2010

Pakatan Rakyat kepanasan : Tuduh BN salah guna agensi cuba tumbang kerajaan Selangor!

Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR. Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam “bermotifkan politik”.

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini. Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno. Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut.

Azmin nafi ada konspirasi tumbangkan MB Selangor

Beberapa pemimpin PKR menafikan wujudnya pakatan untuk menumbangkan menteri besar Selangor Khalid Ibrahim dalam permukiman parti itu di Shah Alam hari ini. Bercakap di luar sesi permukiman parti itu di Shah Alam, seorang naib presiden parti itu Azmin Ali berkata soal menumbangkan Khalid tidak timbul sama sekali.

Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid. "Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat.

Komen : Pelik-pelik.! Nampak gayanya banyak ilmu menafi atau deny syndrom dari Anwar Al-Juburi ( kata Mat Sabu ) yang telah Azmin pelajari. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Kalau dah ada bukti, takkan lah nak report pada SELCAT pulak! Apa guna SPRM ditubuhkan? Siapa yang mendesak SPRM ditubuhkan bagi menggantikan BPR ( Badan Pencegah Rasuah )..Kenapa pula sekarang Azmin fobia dengan SPRM?

Juragan Malawati..

Selasa, 3 Ogos 2010

Tokoh agama minta Nik Aziz buang ego!

Dua tokoh agama di negeri ini mendesak Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat supaya membuang ego dan dendam untuk menyatukan UMNO dan Pas demi perpaduan umat Islam dan orang Melayu di negara ini.

Mudir Pondok Pak Krau, Mohamad Zainal Abidin Awang dan Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa'amah yang juga ahli Pas berpendapat, tiada sebab untuk Menteri Besar itu terus menghalang perpaduan antara kedua-dua parti berkenaan ketika umat Islam diancam daripada pelbagai sudut.

Mohamad Zainal Abidin berkata, usaha untuk menyatukan kedua-dua parti tersebut di meja rundingan harus dilakukan secepat mungkin memandangkan kekuatan orang Melayu hampir pupus berdasarkan senario politik masa kini.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz wajib menerima perpaduan dengan UMNO kerana parti tersebut sentiasa mendukung Islam dan tidak pernah menghalang perkembangan agama suci itu, malah menggalakkan rakyat di negara ini mengamalkannya.

"Kenapa Pas tidak boleh bersatu dengan UMNO, atas alasan apa? Jika dibandingkan UMNO dengan Pas, UMNO lebih banyak membangunkan Islam, lihat sahaja di negeri ini, siapa yang buat masjid, sekolah, hospital dan jalan raya.

"Kita kena betulkan persepsi, Pas bukan Islam, Islam bukan Pas. Kalau mereka benar-benar mendokong Islam, Nik Abdul Aziz perlu menyokong usaha perpaduan dengan UMNO tidak kira apa cara sekali pun," katanya di sini hari ini.

Sebelum ini, Ketua Dewan Pemuda Pas, Nasrudin Hassan mencadangkan supaya Pas dan UMNO melupakan persengketaan melalui satu pelan damai demi perpaduan umat Islam di negara ini.

Bagaimanapun, Nik Abdul Aziz dalam reaksinya menolak cadangan tersebut dengan memberikan alasan perbezaan dasar di antara kedua-dua parti itu tetapi pada masa yang sama mempertahankan kerjasama Pas dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) biar pun berbeza cita-cita.

Mohamad Zainal Abidin berkata, pada masa ini tidak timbul mengenai dasar UMNO atau Pas kerana agenda yang lebih penting ialah penyatuan umat Islam dan orang Melayu.

"Kita lihat di akhbar dan televisyen setiap hari ada tuntutan untuk menghapuskan hak keistimewaan orang Melayu. Kita harus sedar bahawa umat Islam sedang diancam, hanya perpaduan dapat menyelamatkan kita daripada terus ditekan oleh musuh Islam," katanya.

Abdullah pula berkata, mengikut hukum Islam, menolak perpaduan seseorang itu boleh menjadi fasik kerana Allah dan Rasulullah mewajibkan umat Islam bersatu padu.

"Dalam konteks negara ini, perpaduan terbahagi kepada tiga iaitu pertama, menzahirkan ketuanan dan keistimewaan Melayu; kedua, perpaduan semua kaum seperti konsep 1Malaysia dan ketiga, perpaduan kesamarataan.

"Perpaduan yang ketiga tidak boleh diterima kerana dalam Perlembagaan negara telah termaktub hak-hak keistimewaan orang Melayu hasil pengorbanan orang Melayu sebelum merdeka, jadi kita tidak boleh terikut-ikut cara DAP yang akan menghancurkan umat Islam dan Melayu.

"Oleh itu, saya menyeru kepada Nik Abdul Aziz dan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang supaya menerima perpaduan dengan UMNO demi umat Islam dan orang Melayu. Hari ini tiada lagi perbezaan dasar di antara Pas dengan UMNO," katanya.- UM

Juragan Malawati..

Isnin, 2 Ogos 2010

Siri ceramah Roadshow Gelombang Selamatkan Selangor Darul Ehsan ( SSDE ) di Ijok, Kuala Selangor!


Ceramah Roadshow ini berlangsung di Dewan Generasi Warisan, Batu 8 Kampung Ijok. Walaupun hujan lebat turun sejak petang, namun ceramah yang sepatutnya di buat di kawasan dataran tetap diteruskan di dalam Dewan Generasi Warisan. Para hadirin yang datang dilihat tidak berganjak sehingga memenuhi luar dewan.

Kedinginan malam itu dihangatkan lagi dengan ceramah yang begitu bersemangat dibawa oleh Sdr. Zahid Md Arip dan juga YB Datuk Seri Noh Omar. Seperti ceramah-ceramah sebelum ini, Sdr. Zahid Md Arip yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan membongkar kisah pembohongan dan juga penyelewengan Anwar Ibrahim yang disifatkannya sebagai manusia Pembohong No.1 di Malaysia. Juga tidak ketinggalan cerita-cerita mengenai PAS dan DAP. Manakala Datuk Noh Omar pula terus membongkar isu penyelewengan perlombongan pasir di Selangor.

Antara yang menarik yang diceritakan oleh Sdr. Zahid adalah bagaimana percubaan kali kedua Anwar untuk memalukan allahyarham Tun Ghafar Baba gagal. Selepas dibebaskan dari penjara semasa awal bulan puasa, Anwar cuba mengatur pertemuan dengan Tun Ghafar Baba melalui Sdr. Zahid yang juga cucu kepada allahyarham Tun Ghafar.

Anwar menyuruh Sdr Zahid mengatur pertemuan dengan Tun Ghafar di rumah Tun sendiri selepas hari raya puasa. Kali pertama apabila Zahid menyampaikan berita itu kepada Tun Ghafar, beliau tidak bercakap apa-apa pun, kata Zahid. Bermakna Tun Ghafar masih tidak dapat menerima apa yang Anwar telah lakukan terhadap beliau sebelum ini. Setelah gagal mendapat jawapan dari Tun, lantas Zahid terus menalifon Anwar dan memberitahunya yang Tun tidak memberi sebarang jawapan diatas permintaan Anwar.

Anwar bagaimana pun terus mendesak Zahid agar memujuk Tun Ghafar sekali lagi yang beliau benar-benar mahu berjumpa dengan Tun Ghafar. Sdr. Zahid memberitahu yang beliau terpaksa sekali lagi bertemu Tun Ghafar dan memberitahu beliau yang Anwar sudah nampak berubah dan ikhlas hendak bertemu dengan Tun. Mungkin Tun ketika itu memikirkan yang Anwar sudah berubah, maka Tun menerimanya tetapi dengan bersyarat. Anwar hanya boleh datang bersama dengan Wan Azizah sahaja?


Nak dijadikan cerita ketika pertengahan bulan puasa Zahid menceritakan yang semasa beliau ke Pasar Ramadhan di Segambut untuk membeli juadah berbuka , secara tak sengaja beliau telah bertemu dengan seorang lagi bekas ahli majlis tertinggi PKR iaitu Sdr.Abdul Rahman. Abdul Rahman memberitahu Zahid yang beliau baharu sahaja bertemu dengan Anwar . Dalam pertemuan itu Anwar memberitahu yang Tun Ghafar telah menalifon dan hendak bertemu dengan beliau.

Setelah mendengar apa yang di cakapkan oleh bekas ahli majlis tertinggi PKR itu, Zahid memberitahu yang beliau terus menalifon TunGhafar untuk membatalkan sahaja pertemuan itu setelah mendapati Anwar cuba memutarbelit kenyataannya. Anwar cuba spin cerita yang “ Tun Ghafar yang hendak berjumpa dengan beliau dan bukannya beliau yang hendak bertemu dengan Tun Ghafar”. Dilihat percubaan Anwar untuk memalukan allahyarham Tun Ghafar Baba buat kali kedua teryata gagal! Zahid memberitahu sejak dari hari itu beliau langsung tidak percayakan lagi apa yang Anwar cakapkan!

Isu seterusnya yang agak menarik adalah isu bom C4 dan Kalimullah. Sdr.Zahid meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menyiasat berhubung artikel yang ditulis Datuk Seri Kalimullah Hassan mengenai bahan letupan C4 ketika beliau menerajui The New Straits Times Press Berhad (NSTP).

Sdr. Zahid Md Arip memberitahu yang sebelum ini beliau sudah meminta Kalimullah supaya menjelaskan mengenai artikelnya itu. Artikel mengenai bahan letupan C4 ini amat serius..., maka kita meminta KDN supaya segera menyiasat mengenai perkara ini, katanya.

Semasa temu bual beliau bersama TV3 yang disiarkan menerusi Buletin Utama Sabtu lalu, beliau meminta Kalimullah menjelaskan kaitannya dalam plot menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak ketika menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan.

Dalam temu bual berkenaan, beliau mendakwa, Kalimullah dipercayai mempunyai kaitan dengan plot itu dan turut mendakwa, Kalimullah menyiarkan artikel tidak tepat ketika menerajui NSTP mengenai bahan letupan C4 yang digunakan dalam kes pembunuhan model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu pada 2006. Dalam artikel itu, C4 ini kononnya hanya dimiliki oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perlu kelulusan tertinggi Kementerian Pertahanan.

Berita ini tidak tepat kerana kita tahu bahan letupan ini juga ada di semua depot senjata Polis Diraja Malaysia dan penggunaannya tidak memerlukan kelulusan tertinggi. Jika Kalimullah tidak mahu bertanggungjawab, tidak mahu menjawab, dan berdiam diri, beliau jangan marahkan saya. Seluruh rakyat percaya beliau salah seorang yang merancang plot untuk menjatuhkan Najib ketika itu dan agenda itu berterusan sehingga sekarang, dakwa Mohd Zahid.


Manakala Datuk Seri Noh Omar terus membongkar isu skandal pasir yang melibatkan anak syarikat kerajaan negeri Selangor sekarang. Beliau memberitahu Akibat kegiatan mencuri pasir yang berleluasa sekarang di lihat kerajaan negeri gagal menunai janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai RM150 juta tahun 2009.

Janji sasaran kutipan RM 150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan bajet 2009 Dato’ Menteri Besar. Namun ketika bentang bajet 2010 pada November 2009, YAB MB menyatakan sehingga 21 Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperolehi hanya RM 4.6 juta sahaja. Ini hanya 3 % sahaja dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.

Menteri Besar mendakwa kewujudan hanya satu syarikat boleh membendung aktiviti mencuri pasir. Persoalan mengapa masalah kecurian pasir masih berleluasa dan kerap dilaporkan? Antaranya dakwaan kegiatan curi pasir di belakang kampus Unisel, Lembangan Sungai Langat di Kuala Langat dan Dengkil, Sepang. Malah ada laporan polis dan dakwaan kecurian pasir menggunakan lori KSSB di mana KSSB merayu atas kompaun akibat “kesalahan mengeluar bahan batuan tanpa wibawa yang sah” misalnya di Kuala Selangor sendiri.

Datuk Seri Noh Omar juga mendakwa yang beliau mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Beliau mendakwa, daripada maklumat yang diperolehnya, sebuah syarikat diberikan diskaun sebanyak 22 peratus atau RM4.00 bagi pembelian satu tan pasir yang berharga RM17.50 sementara syarikat-syarikat lain hanya diberi potongan 50 sen sahaja bagi setiap tan pasir yang dibeli."Atas keistimewaan ini, saya difahamkan syarikat itu telah mengambil kesempatan dengan menjadi broker penjualan pasir kepada syarikat-syarikat lain dan membuat keuntungan besar.

"Adakah syarikat itu menjadi proksi mana-mana parti politik. Apa muslihat kerajaan negeri sehingga beri cukup keistimewaan kepada syarikat itu,” katanya . Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mendakwa KSSB turut memberi kemudahan kredit kepada sebuah syarikat dan lima kontraktor untuk mengorek pasir pasir tanpa perlu membayar deposit.

"Syarikat-syarikat terbabit menyalahgunakan keistimewaan itu dengan tidak membayar kepada KSSB selepas mengorek pasir. Sikap pilih kasih ini juga menyebabkan KSSB hanya jadi alat dan kuda tunggangan kepada syarikat-syarikat tertentu,” katanya. Noh mendakwa KSSB juga membenarkan pihak kontraktor memproses dan menjual pasir halus di kawasan melombong tetapi mengeluarkan resit yang menyatakan bagi pengeluaran pasir kasar.

Namun kata Noh terdapat juga kemungkinan ada-ada unsur penipuan kepada Pejabat Tanah oleh pihak KSSB dalam soal pembayaran doket pasir. KSSB membayar doket kepada Pejabat Tanah sebanyak RM3.00/tm. Mengambil contoh bukti penipuan yang berlaku di Lot 19439 di Rawang pada tahun 2009. KSSB membayar sebanyak RM 30 ribu untuk pengeluaran 10,000 tm pasir dengan kadar bayaran RM3.00 bagi setiap 1 tm.


KSSB pula mengenakan bayaran doket kepada sebuah syarikat kontraktor sebanyak RM8.00 bagi setiap 1 tm. Bukti yang didapati adalah syarikat berkenaan telah membayar KSSB sejumlah RM116,400 bagi pengeluaran 14,550 tm pasir 4550 tm daripada apa yang diistiharkan oleh pihak KSSB kepada Pejabat Daerah Gombak. Ini bermakna pihak KSSB telah menipu Pejabat Tanah Gombak!

Lebih memburukkan, KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh pejabat tanah daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih mendedahkan pada amalan rasuah dan penyelewengan. Kerajaan negeri sepatutnya mengambil tindakan dengan memberhentikan pemberian permit pasir sekiranya mereka ingin menyelesaikan masalah pasir dengan telus dan bukan menyalahkan kerajaan Persekutuan atas kegagalan mereka.,katanya.

Dilihat begitu banyak pembohongan dan penipuan yang telah dilakukan oleh Pakatan Rakyat yang di ketuai oleh Anwar Ibrahim telah berjaya dibongkarkan oleh para penceramah. Diharap kepada hadirin yang datang pada malam itu agar dapat mengambil iktibar dengan apa yang berlaku sekarang di negeri Selangor. Harta bumi Selangor sedang di rompak oleh PR dan kroni-kroninya. Ceramah berlanjutan sehingga larut malam sebelum ditamatkan pada jam 12 tengahmalam. Siri ceramah Roadshow seterusnya akan bersambung ke minggu hadapan di enam lagi kawasan parlimen negeri Selangor.

Suara Politik
Taminsari
UKS