UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 5 Ogos 2010

Pakatan Rakyat kepanasan : Tuduh BN salah guna agensi cuba tumbang kerajaan Selangor!

Kelab penyokong Pakatan Rakyat (PRBBC) menuduh BN menggunakan agensi dan jentera kerajaan bagi menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang diterajui PKR. Pengerusi PRBBC Azmin Ali berkata mereka mendapat maklumat bahawa tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal dua ADUN Pakatan semalam “bermotifkan politik”.

"Umno menggunakan institusi seperti SPRM, polis dan pejabat Peguam Negara bagi menumbangkan kerajaan Pakatan,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PRBBC pagi ini. Semasa pertemuan itu, dua ADUN yang disoal oleh SPRM semalam - Amirudin Shari (Batu Caves) dan Shuhaimie Shafie (Sri Muda) - menceritakan kepada rakan-rakan bagaimana suruhanjaya itu menyoal mereka berhubung isu pasir kerajaan Selangor.

Azmin, yang juga ADUN Bukit Antarabangsa berkata selain itu, mesyuarat berkenaan turut membincangkan kononnya berlaku pergeseran antaranya dengan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim. Azmin menyifatkan tuduhan berkenaan sebagai propaganda jentera Umno. Katanya, mesyuarat juga membincangkan situasi semasa Pakatan di Selangor tetapi enggan mengulas lanjut.

Azmin nafi ada konspirasi tumbangkan MB Selangor

Beberapa pemimpin PKR menafikan wujudnya pakatan untuk menumbangkan menteri besar Selangor Khalid Ibrahim dalam permukiman parti itu di Shah Alam hari ini. Bercakap di luar sesi permukiman parti itu di Shah Alam, seorang naib presiden parti itu Azmin Ali berkata soal menumbangkan Khalid tidak timbul sama sekali.

Katanya, kritikan ke atas menteri besar itu telah disalahtafsirkan sebagai usaha menjatuhkan Khalid. "Tidak sama sekali. Saya menyokong sepenuhnya kepemimpinan Tan Sri Khalid sebagai menteri besar," katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

Bagaimanapun, kritikan daripada pemimpin parti ke atas Khalid menunjukkan kerajaan negeri perlu membuat perubahan bagi memastikan rakyat sentiasa menyokong Pakatan Rakyat.

Komen : Pelik-pelik.! Nampak gayanya banyak ilmu menafi atau deny syndrom dari Anwar Al-Juburi ( kata Mat Sabu ) yang telah Azmin pelajari. Kalau tak ada angin masakan pokok bergoyang. Kalau dah ada bukti, takkan lah nak report pada SELCAT pulak! Apa guna SPRM ditubuhkan? Siapa yang mendesak SPRM ditubuhkan bagi menggantikan BPR ( Badan Pencegah Rasuah )..Kenapa pula sekarang Azmin fobia dengan SPRM?

Juragan Malawati..

3 ulasan:

  1. itulah pakatan haram's style. Azmin x nak jd MB? hahahaha... satu malaysia tahu nafsu anjing suruhan sheikh anwar al jubooree.. hahahaha..

    BalasPadam
  2. PR guna PKNS, UPEN & PBT Selangor untuk mengaut harta hak rakyat & tindas peniaga Selangor. Pergi terjun dari tingkat 20 Azmin. Kalau nko survive, aku sokong nko jadi MB Selangor.

    BalasPadam
  3. Salam Perjuangan,

    Blog ini adalah kesinambungan perjuangan dari blog KALAM TIMUR yang telah disabotaj oleh blogger fuckatan!

    Mohon link dari blog tuan. Saya sudah linkkan ke blog saya dan followww….

    Ayuh, kita humban fuckatan ke lubang jamban!

    http://gerakantimur.blogspot.com

    BalasPadam