UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Selasa, 17 Ogos 2010

Adakah MCA bakal di " Lafaz Talak " dalam PRU ke-13 nanti!

UMNO dan parti komponen Barisan Nasional (BN) diingatkan supaya segera mempersiapkan diri bagi menghadapi kemungkinan MCA bukan lagi sebahagian daripada anggota parti itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13 nanti.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pendirian Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP hanyalah fasa pertama sebelum jalinan lebih 'mesra' dibentuk.

"Walaupun MCA merupakan antara parti teras dalam BN tetapi UMNO dan komponen yang lain perlu bersedia kerana ini (perkongsian pendirian) baru fasa pertama, tidak mustahil pada PRU nanti, Soi Lek akan berkongsi pula wadah perjuangan yang sama dengan DAP," katanya di sini hari ini.

Beliau mengulas pendirian Soi Lek yang menegaskan bahawa parti itu tidak takut untuk berkongsi pandangan yang sama dengan DAP dalam hal yang boleh memberi keuntungan kepada masyarakat Cina.

Soi Lek memberi alasan, pemimpin UMNO tidak boleh menyalahkan MCA walaupun parti itu mempunyai pandangan berbeza daripada pendirian BN kerana tuntutan yang disuara beliau adalah gambaran kepada keinginan masyarakat Cina.

Mengulas lanjut, Mohd. Zahid menyifatkan Soi Lek sebagai pemimpin MCA yang lupa kepada sejarah kerana terlalu taksub untuk menyaingi sifat cauvanis yang diperjuangkan oleh DAP.

Tegasnya, Soi Lek dan pemimpin MCA yang lain harus sedar bahawa negara ini bukan dibina atas sentimen perkauman sempit tetapi ia terbentuk kerana nilai kejujuran dan perasaan saling menghormati antara pemimpin UMNO, MCA dan MIC yang terdahulu.

"Jangan kerana semata-mata hendak menagih sokongan masyarakat Cina, Soi Lek lupa kepada sejarah. Nilai kejujuran dan saling menghormati hak yang telah dipersetujui inilah yang membolehkan kita hidup dalam keadaan aman selama ini," jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut menyelar sikap Soi Lek yang disifatkannya sebagai sengaja berbuat tidak faham mengenai konsep 1Malaysia, apabila mempertikaikan hak keistimewaan bumiputera selain membangkitkan pelbagai tuntutan yang mengguris hati orang Melayu.

Menurutnya, Soi Lek sepatutnya belajar berterima kasih kepada kerajaan kerana tetap juga mengekalkan jumlah pemimpin MCA dalam Kabinet walaupun parti itu menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU Ke-12 yang lalu.

"Inilah sikap cauvanis Soi Lek. Sengaja buat-buat tidak faham mengenai gagasan 1Malaysia tetapi pada masa yang sama lebih berminat untuk mendokong konsep Malaysian Malaysia yang diperjuangkan oleh DAP, sedangkan MCA berada dalam BN," dakwanya.- UM.

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. Hari ini, UMNO wajib untuk berdiri sendiri, tanpa mengharapkan bantuan dari MCA. Terdapat beberapa lagi parti baru yg berminat menyertai BN. Tinggalkan MCA, hulur salam pada yang lain. Kejayaan hadir dengan pengorbanan. Dan pengorbanan itu bukanlah hak istimewa orang Melayu.

    BalasPadam