UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Rabu, 25 Ogos 2010

Siapa Berbohong : Nik Aziz atau Karpal Singh!

Saya terpanggil untuk mempertahankan dakwaan saya bahawa PAS sememangnya penakut. Penakut dengan DAP atas apa jua isu yang berkaitan dengan agama Islam terutamanya berkenaan hukum hudud. Banyak kenyataan daripada kedua-dua belah pemimpin parti yang jelas memperlihatkan bahawa... mereka ini hanyalah bersandiwara didalam Pakatan Rakyat.

Ini jelas memperlihatkan ketidak upayaan PAS menerima cabaran saya supaya menutup pusat-pusat hiburan dan maksiat ketika Ramadhan di Selangor.

Terbaru isu hukum hudud yang dinafikan perlaksanaannya oleh Karpal Singh andai Pakatan Rakyat memerintah.Ada dikalangan blogger PAS yang mempertikaikan kononnya BN menghalang perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Sebenarnya apa jua isu berkaitan dengan undang-undang Islam adalah menjadi kuasa mutlak kerajaan negeri untuk melaksanakannya bukan kerajaan persekutuan. Dulu orang yang menentang undang-undang hudud di Kelantan adalah Zaid Ibrahim. Beliau telah membawa kes ini ke mahkamah pada 2 Jun 2002 dengan alasan undang-undang hudud PAS bercanggah dengan Perlembangaan Persekutuan.

Ini bermakna undang-undang hudud PAS sebenarnya tidak mencerminkan hudud yang sebenar dan punca kenapa Zaid Ibrahim menentang undang-undang hudud di Kelantan tetapi sekarang Zaid Ibrahim telah menjadi idola kepada Nik Aziz.

Karpal Singh terus konsisten dengan pendiriannya bahawa tiada ruang untuk hudud didalam Pakatan Rakyat dan Nik Aziz tampil dengan alasan bahawa kenyataan Karpal itu adalah pandangan peribadi beliau.

Tak habis-habis dengan alasan "pandangan beribadi" bagi menutup ketidak sehaluan dikalangan pemimpin Pakatan Rakyat.Karpal dengan jelas mendakwa bahawa undang -undang hudud ini tidak berpelembagaan dan setiap orang patut menghormati perlembangaan.Kadang-kadang kita merasa pelik, apabila isu berkaitan dengan mereka, terus merujuk kepada perlembangaan tetapi dalam banyak perkara mereka tidak mematuhi perlembagaan.

Terbaru kenyataan Lim Kit Siang mengesahkan bahawa kenyataan Karpal Singh tersebut bukanlah bersifat pandang peribadi apabila beliau mengesahkan bahawa Hudud bukanlah dasar Pakatan Rakyat.Oleh sebab itu ianya tidak disebut didalam Dasar Bersama Pakatan Rakyat yang diumumkan pada Disember 2009.Kenyataan Lim Kit Siang.Siapa yang berbohong? Nik Aziz atau Karpal Singh?

Jelas Nik Aziz yang berbohong kerana Karpal Singh menyatakan pendirian DAP bukannya pandangan peribadi seperti dakwaan Nik Aziz.

Apa gunanya PAS bersengkokol dengan DAP andai asas perjuangan mereka sudah dinafikan awal-awal lagi.Apa rasionalnya PAS bersama DAP didalam Pakatan Rakyat sekiranya pemimpin DAP awal-awal lagi mengatakan tiada ruang untuk Hudud di dalam Pakatan Rakyat.

Adakah PAS sekarang berjuang hanya untuk memenangkan DAP dan melupakan asas perjuangan mereka.Orang-orang PAS harus sedar tentang perkara ini.Apa yang mereka perjuangkan lagi andai asas perjuangan mereka jelas tidak diterima.Jelas PAS sanggup bekerjasama dengan DAP asalkan bangsa seagama seperti UMNO akan hilang kuasa memerintah walaupun jelas terbukti UMNO telah berjaya menegakkan syiar Islam di Malaysia.

Dakwaan Nik Aziz bahawa pemerintahan Lim Guan Eng di Pulau Pinang umpama pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz sudah semakin diterima. Mereka sanggup mendoakan Lim Guan Eng daripada mendoakan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong jelas membuktikan bahawa DAP sudah berjaya memesongkan hala tuju perjuangan PAS.Adakah PAS masih dilambung angan-angan bahawa perjuangan mereka akan diterima DAP?

Jangan jadi seperti perumpamaan Melayu "Yang DiKejar Tak Dapat Yang Di Kendong Keciciran"

Sekarang Zaid Ibrahim sudah tiada lagi didalam BN.Orang yang menentang hudud di Kelantan sudah berada di pihak Pakatan Rakyat.Saya cadangkan supaya PAS mengusulkan kembali rancangan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan sekiranya mereka betul-betul bersungguh terhadap hukum Allah ini.

Pastikan ianya tidak bercanggah dengan undang-undang sivil dan Kanun Kesiksaan.Dalam masa yang sama PAS harus mendesak negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat supaya menerima hukum ini sekiranya ia diluluskan oleh kerajaan Kelantan.

Kita tunggu dan lihat apa yang PAS boleh lakukan andai mendapat tentangan daripada DAP.

Adakah PAS sanggup keluar dari Pakatan Rakyat demi memastikan maruah asas perjuangan mereka tidak tercalar.Jawapannya TIDAK.PAS lebih rela kehilangan maruah daripada kehilangan kuasa kerana mereka hanya bertopengkan Islam didalam politik. Asas perjuangan PAS ialah mempergunakan agama untuk kepentingan politik mereka. Sebaliknya UMNO mempergunakan politik untuk menegakkan agama Islam.Ini adalah perbezaan diantara perjuangan PAS dan UMNO yang sukar dicari titik pertemuan.

Pena Noh Omar
Kelana Jaya

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. Sebenarnya perjuangan PAS memartabatkan Islam sudah lama UMNO terkehadapan dalam mendaulatkan Islam...perjuangan hudud PAS suatu ketika dulu sudah bukan lagi menjadi keutamaan mereka...apabila bersama pakatan sekelumit perkataan hudud mereka tidak uar kan ketika kempen pilihanraya yang ke-12...modal mereka bersama pakatan rakyat hanyalah negara kebajikan...ayuh sedarlah wahai penyokong PAS...kalau setakat negara kebajikan...lihatlah apa perubahan pimpinan UMNO telah lakukan dalam tempoh kemerdekaan Malaysia...perjuangan PAS sekarang hanyalah untuk mendapatkan kuasa...bersatulah kita wahai umat Melayu dan Islam...demi masa depan agama...

    BalasPadam