UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Isnin, 23 April 2012

BN Selangor prihatin - 'PAKAR' diwujudkan untuk mendengar rintihan dan permasalahan rakyat Selangor!


Berikut adalah kenyataan media Dato’ Sri Mohd Zin Mohamed berkenaan penubuhan 'PAKAR'.

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KEWUJUDAN PUSAT KHIDMAT RAKYAT (PAKAR) BARISAN NASIONAL SELANGOR

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA

SALAM 1MALAYSIA

Barisan Nasional Selangor memandang serius usaha untuk mengembalikan kepercayaan rakyat dan berjanji untuk terus berkhidmat kepada rakyat berdasarkan slogan Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan yang digagaskan oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Najib Razak.

Sehubungan dengan itu, pihak Barisan Nasional Selangor, mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional atau PAKAR bagi tujuan komunikasi dan ‘services’ antara pihak parti dengan Rakyat. Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional menyediakan kakitangan sepenuh masa yang akan berkhidmat menerima sebarang aduan atau pun permasalahan daripada rakyat.

Rakyat Selangor boleh menghubungi Talian PAKAR di number 1-300-22-2626 pada bila-bila masa. Pihak Barisan Nasional akan berusaha untuk menjadi penghubung antara Rakyat dan pihak agensi yang bertanggungjawab ke atas masalah yang dilaporkan. Pusat khidmat ini beroperasi dari jam 9 pagi hingga 6 petang setiap hari Isnin hingga Jumaat.

Kewujudan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional secara talian ini juga menunjukkan komitmen BN untuk terus berkhidmat kepada rakyat dan lebih mesra rakyat. Selepas ini, jika rakyat rasa sukar untuk menghubungi mana-mana Wakil Rakyat Barisan Nasional, maka mereka boleh terus menghubungi Talian PAKAR dan pihak BN Selangor akan memastikan YB Wakil Rakyat tersebut berhubung terus dengan rakyat yang menghadapi masalah.

Selain menalefon untuk melaporkan masalah yang melibatkan kepentingan awam seperti masalah sampah, masalah banjir, masalah alam sekitar yang tidak dikendalikan dengan baik oleh Kerajaan PR Selangor, Rakyat Selangor juga boleh menelefon Pusat Khidmat Rakyat Barisan NAsional untuk mendapatkan maklumat mengenai produk-produk Barisan Nasional seperti B1RM, Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan sebagainya. Pusat Khidmat ini boleh lah diandaikan sebagai ‘one stop centre’ untuk rakyat Selangor mendapatkan maklumat.

Selain menerima panggilan dari Rakyat, Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional juga akan membuat panggilan kepada rakyat berdasarkan number telefon yang didapati daripada pihak Jentera BN sendiri melalui kajian rambang dan aktiviti di kawasan masing-masing.

Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini bukan sahaja akan digunakan sebagai salah satu medium untuk berkempen, tetapi juga akan terus dikekalkan sehingga selepas Pilihan Raya ke-13 serta menjadi medium untuk Rakyat berhubung dengan pihak Parti.

Inisiatif ini membuktikan bahawa Barisan Nasional tidak sekadar bercakap kosong tetapi membuktikan setiap kata-kata dan janji yang di ucapkan oleh pemimpin tertinggi. Barisan Nasional akan terus berkhidmat kepada Rakyat Selangor tanpa mengira kaum, agama mahupun parti politik. Langkah mewujudkan Pusat Khidmat Rakyat Barisan Nasional ini merupakan satu langkah kehadapan dan bukti bahawa Barisan Nasional serius ingin berkhidmat kepada Rakyat Selangor.

Sekian, Sayangi Selangor ; Yakini BN.

DATO’ SRI MOHD ZIN MOHAMED
KOORDINATOR BN SELANGOR
23 April 2012

Juragan Malawati..

Sabtu, 21 April 2012

122 Anggota PKR Indera Mahkota Sertai UMNO!

..
Seramai 122 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Bahagian Indera Mahkota di sini bertindak keluar daripada parti itu hari ini dengan beralih arah menyertai parti komponen Barisan Nasional (BN).

Daripada jumlah itu, 90 orang menyertai Umno manakala 32 lagi MIC. Bekas Pengerusi Tetap PKR Indera Mahkota Abdul Hamid Ibrahim berkata beliau sendiri telah jemu dan muak dengan perjuangan yang ditunjukkan oleh parti berkenaan.

“Kebanyakan yang mengikuti saya keluar daripada PKR bukan kerana pujuk rayu parti komponen BN tetapi dengan kerelaan hati masing-masing berdasarkan apa yang telah dinilai oleh mereka sendiri,” katanya kepada pemberita.

Beliau sebelum itu mewakili kumpulan berkenaan menyerahkan borang untuk menganggotai parti komponen BN yang diterima oleh Ketua Umno Bahagian Indera Mahkota Datuk Hazmi Yusof. Sementara itu, Hazmi berkata penyertaan anggota baru daripada PKR itu merupakan kali kedua dengan yang pertama adalah pada 25 Mac 2010.

Juragan Malawati...

Khamis, 19 April 2012

Persenda Sultan - MB Selangor anggap isu remeh!

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menganggap dakwaan perbuatan mempersendakan raja-raja Melayu melibatkan pemimpin pakatan pembangkang yang hadir pada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara baru-baru ini sebagai isu remeh.

Beliau berkata, perkara itu sengaja diperbesarkan bagi tujuan politik dan ia tidak sepatutnya dibangkitkan ketika rakyat sedang bergembira meraikan pertabalan Seri Paduka Baginda.

Justeru, beliau berkata, sekiranya ada keperluan, pihaknya sedia menghadap Seri Paduka Baginda bagi menjelaskan kedudukan sebenar.

"Semua jemputan yang menghadiri istiadat itu hadir dengan penuh hormat takzim ke bawah Duli Tuanku Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang menjadi tempat berpayung seluruh rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama dan ideologi politik.

"Selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak dan Menteri Besar Selangor, saya berpeluang menghadiri dua acara utama iaitu istiadat pertabalan dan majlis Santapan Diraja yang kedua-duanya berlangsung di Istana Negara," kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar di sini hari ini.

Abdul Khalid berkata, secara peribadi beliau mengenali Seri Paduka Baginda sebelum dilantik ke jawatan Menteri Besar pada 2008.

"Duli Tuanku sangat terkenal dengan sikap merendah diri, mudah mesra dan mengambil berat hal ehwal rakyat jelata," katanya.

Dari apa yang dinyatakan oleh MB Khalid ini jelas menunjukkan yang beliau secara langsung memperakui perbuatan biadap yang dilakukan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat semasa hari pertabalan DYMM Yang DiPertuan Agong baru-baru ini! Isu yang serius tetapi di pandang mudah oleh Pakatan Rakyat! Fikir-fikirkan lah...!!!

Juragan Malawati..

Selasa, 17 April 2012

Pembangkang Biadap Di Istana Negara: P Kamalanathan Tetap Pertahan Dakwaan Dr. Rahman...!!!


Cerita beberapa ahli parlimen pembangkang didakwa biadap ketika majlis Pertabalan Yang Di Pertuan Agong, di Istana Negara, Rabu lalu masuk episod baru.

Jika semalam Timbalan dan Naib Presiden PKR, Azmin Ali serta Tian Chua dan ahli parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad bercerita seolah-olah mereka tidak buat salah seperti didakwa Dr Rahman Kadir.

Selain mempertikai kewujudan doktor itu di balairong seri, mereka bertiga juga sepakat tuduh semua itu agenda UMNO dan Barisan Nasional. Namun, skrip mereka berbeza dengan apa didedahkan ahli parlimen BN Hulu Selangor, P.Kamalanathan yang turut hadir di majlis tersebut.

Sebelum ini beliau sudah mengesahkan apa yang didakwa pegawai perubatan,Dr Rahman Kadir benar.

Bercakap kepada Agendadaily Selasa ekoran dari usaha Ahli Parlimen pembangkang nak melepas diri dari dakwaan itu, beliau tetap pertahan ada unsur-unsur kebenaran apa didedahkan Dr Rahman dalam blognya yang kemudian dilaporkan akhbar.

“Saya tidak kenal doktor tersebut (Dr Rahman) tetapi apa dilaporkan ada kebenaran. Tetapi saya tidak dapat sahkan seratus peratus apa dilaporkan tetapi ada unsur-unsur kebenaran,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, Selasa.

Menurut Kamalanathan, beliau duduk di barisan belakang ahli parlimen Gombak (Azmin) dan Shah Alam (Khalid) di Balai Rong Seri Istana Negara semasa majlis pertabalan itu.

Katanya waktu insiden itu beliau mendengar ada perbualan dengan unsur perli dan ejekan terhadap Perdana Menteri dan timbalannya, TYT Melaka, Sultan Pahang, Sultan Selangor dan Sultan Perak.

“Sama ada ahli parlimen Batu (Tian Chua) terbabit, saya tidak dengar kerana jauh daripadanya,” ujar Kamalanathan.

Katanya, beliau paling dekat dengan Azmin dan Khalid serta dengar apa dikatakan. Sehubungan itu, beliau bersedia tampil memberi penjelasan jika ditubuhkan jawatankuasa untuk menyiasat perkara itu termasuk dicadangkan Tian Chua.

Menjawab soalan, Kamalanathan berkata, sudah jadi SOP (Standard Operation Prosedure) apabila pembangkang menunding jari kepada UMNO dan BN jika mereka dikaitkan dengan apa-apa dakwaan.

“Ini tak ada kena mengena dengan UMNO dan BN. Mereka hanya mahu lepaskan diri dengan salahkan orang lain,” katanya.

Sementara itu, Tian Chua adakan sidang akhbar memaklumkan sudah menghantar surat kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia minta ditubuhkan jawantakuasa di bawah peraturan mesyuarat 80A bagi menyiasat dakwaan doktor berkenaan.

Tian Chua mendakwa tulisan doktor itu memalukannya sebagai ahli parlimen dan wajar disiasat serta diambil tindakan terhadap Dr Rahman kerana memfitnahnya. Namun, tindakan itu mungkin hanya taktik nak tutup malu kerana usul beliau itu bukanlah sesuatu yang wajar disegerakan melainkan usul di bawa kerajaan.

Dengan sidang Dewan akan berakhir Khamis ini, mustahil usul itu diterima untuk dibahaskan. Mungkn Tian Chua tahu perkara ini tetapi dengan berbuat demikian, beliau nampak seolah-olah tidak terbabit perbuatan biadap pada Rabu lalu.

Dalam pada itu, ahli parlimen PAS Kota Raja, Dr Mariah Mahmud yang turut dikaitkan oleh doktor itu dalam tulisannya bercadang mengambil tindakan menyaman Dr Rahman. menyifatkan doktor itu sebagai tidak bertanggjawab dan membuat fitnah, Dr Mariah berkata, beliau sudah menghubungi peguamnya bagi tujuan itu.

Jelaslah, cerita dakwaan ahli parlimen pembangkang berkelakuan biadap sudah masuk episod baru dengan pengakuan Kamalanathan serta tindakan terbaru Tian Chua serta Dr Mariah bagi mempertahankan diri masing-masing.

Entahlah...namun ada yang berpendapat, mereka terpaksa berbuat demikian kerana khuatir hilang sokongan pengundi Melayu kerana perbuatan yang dianggap menghina sultan atau raja-raja, amat sensitif kepada orang Melayu.- Agenda Daily

Juragan Malawati..

Sabtu, 14 April 2012

'Kejadian itu benar-benar berlaku'!

Pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir hari ini mempertahankan pendedahannya bahawa kejadian beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu memang benar-benar berlaku.

Malah, beliau yang bertugas semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara berkata, ada beberapa saksi lain boleh mengesahkan kejadian tersebut berlaku.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas panjang.

"Apa yang berlaku adalah benar dan saya ada beberapa saksi lain yang turut mendengar dengan jelas segala tutur kata beberapa pemimpin pembangkang yang dimaksudkan dan pendedahan ini demi kebenaran.

"Selebihnya saya tidak boleh ulas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam laman sosial Facebook semalam, Dr. Rahman menzahirkan rasa kecewa terhadap tingkah laku biadab beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek dan mempersendakan bentuk badan pemimpin kerajaan dan raja-raja Melayu.

Dakwa beliau, ejekan itu bermula semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Balairong Seri dan ia berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta sultan-sultan.

"Mereka mentertawa penampilan dan fizikal beberapa sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua," kata Dr. Rahman sebagaimana dipetik daripada akaun Facebooknya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan yang kebetulan berada di belakang salah seorang pemimpin pembangkang pada majlis itu mengesahkan pendedahan Dr. Rahman benar.

Katanya, beliau dapat mendengar dengan jelas ejekan yang dilemparkan kerana jarak kedudukan yang hampir antara mereka dan mengakui tidak selesa dengan keadaan itu tetapi terpaksa berdiam diri demi menghormati majlis.

"Saya tidak mengenali Dr. Rahman, tetapi beliau ada menyebut nama saya dalam pendedahannya kerana kedudukan saya hampir dengan pemimpin pembangkang, perbuatan itu memang berlaku dan saya mendengarnya," kata beliau.-UMO

Juragan Malawati..

Jumaat, 13 April 2012

Pembangkang hina Raja Melayu?


Seorang petugas perubatan yang turut serta dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara semalam menzahirkan rasa kecewa terhadap beberapa pemimpin pembangkang yang didakwanya mempersenda dan mengejek Raja-raja Melayu.

Dr. Rahman Kadir yang menulis menerusi laman Facebook beliau, merupakan salah seorang anggota pasukan perubatan yang bertugas semasa istiadat itu berlangsung.

Beliau mendakwa perbuatan mempersenda dan mengejek itu paling ketara dilakukan apabila tetamu kehormat berjalan masuk ke dalam Balairong Seri.

Bermula dengan ejekan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, Dr. Rahman mendakwa ia kemudiannya berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta Sultan-Sultan.

"Menerusi televisyen plasma yang ditempatkan, pembangkang dapat melihat setiap Sultan masuk ke Balairong Seri.

"Seolah-olah seperti kanak-kanak di sekolah, mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa Sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua," tulisnya dalam nota di laman sosial Facebook.

Tulisannya itu turut dipetik beberapa laman blog termasuk http:// www.anwaraidc.com/, http://empayar-pemuda.blogspot.com,http://hhalem. blogspot.com serta dikongsi lebih 272 kali oleh rakan-rakan Facebooknya.

Bagaimanapun beberapa pemimpin pembangkang sama ada menafikan dakwaan itu ataupun tidak tahu-menahu mengenainya. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua awal-awal lagi sudah menyifatkan dakwaan tersebut sebagai pembohongan UMNO.

Dakwanya dalam laman sosial Twitter: "Tak cukup dengan serangan peribadi murahan, cybertroopers UMNO sekarang nak rosakkan imej majlis diraja pula".

Timbalan Pengerusi DAP, Dr. Tan Seng Giaw ketika dihubungi Utusan Malaysia turut menafikan dakwaan tersebut. "Tidak ada apa-apa berlaku. Yang di-Pertuan Agong sudah ditabalkan, tak perlulah kita 'tambah' apa-apa," katanya.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad pula mendakwa tidak tahu-menahu mengenai kejadian itu.

"Saya cuma dengar suara orang di sebelah kerana jarak yang agak jauh. Pada saya, agak mustahil untuk individu itu mendakwa mendengar perbualan semua ahli Parlimen pembangkang kerana jarak yang agak jauh antara kami," katanya.

Juragan Malawati..

Rabu, 11 April 2012

Tuanku Abdul Halim selamat ditabal Yang di-Pertuan Agong Ke-14!


DAULAT TUANKU!

Sempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Yang Ke-14 kepada Seri Paduka Baginda Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah pada Rabu, 11 April 2012 Bersamaan 19 Jamadil Awal 1433.

Dengan sempurnanya lafaz ikrar sebagai Ketua Negara, Tuanku Abdul Halim Mu'azam Shah, 84, selamat ditabal sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-14 dalam satu upacara penuh istiadat kebesaran Raja-Raja Melayu, di Istana Negara, di sini hari ini.

Sebaik selesai kemuncak Istiadat Pertabalan itu, tiupan nafiri dan paluan nobat dengan lagu “Perang” bergema di Balairong Seri, dan para hadirin berdiri dan melaungkan “Daulat Tuanku” sebanyak tiga kali, diketuai oleh pemangku Datuk Maharaja Lela Azwan Effendy Zairakithnaini.

Serentak itu juga, tembakan meriam sebanyak 21 das dilepaskan dan lagu

“Negaraku” dimainkan oleh Pancaragam Pusat Tentera Udara Diraja Malaysia, diketuai Left. Sabri Abdullah.

Istiadat Pertabalan yang berlangsung penuh berwarna-warni itu disaksikan kira-kira 900 orang tetamu termasuk Raja-raja Melayu dan Permaisuri masing-masing, wakil-wakil Raja-raja Melayu, Gabenor-Gabenor, Yang Di-Pertua, Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri, Menteri-menteri Kabinet dan isteri masing-masing.

Turut menyaksikan acara gemilang itu ialah tetamu-tetamu kehormat yang terdiri dari ketua-ketua diplomat asing dan ketua-ketua jabatan kerajaan lainnya.

Ikrar Tuanku Abdul Halim sebagai Yang di-Pertuan Agong

Berikut adalah ikrar Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada istiadat pertabalan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 di Balairong Seri, Istana Negara hari ini.

“BISMILLAHIRRAHMANNIRAHIM, BETA ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH SUBAHANAHU WATA'ALA KERANA DENGAN IZINNYA BETA TELAH DIPILIH MENJADI YANG DI-PERTUAN AGONG.

DENGAN INI, BETA AKAN MENJALANKAN SEADIL-ADILNYA PEMERINTAHAN BAGI MALAYSIA MENGIKUT UNDANG-UNDANG DAN PERLEMBAGAAN NEGARA, SERTA MEMELIHARA DENGAN SEMPURNANYA SETIAP MASA, AGAMA ISLAM, DAN BERDIRI TEGUH DI ATAS PEMERINTAHAN YANG ADIL DAN AMAN DALAM NEGARA.”

Sebelum itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat perisytiharan bahawa Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah telah dipilih oleh Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong.

Najib melafazkan: “BISMILLAHIRRAHMANNIRRAHIM BAHAWA INILAH DIMASYHURKAN KEPADA SEKALIAN ORANG SERTA PENDUDUK NEGARA MALAYSIA IAITU DULI YANG MAHA MULIA RAJA-RAJA TELAH MEMILIH ALMU'TASIMU BILLAHI MUHIBBUDDIN TUANKU ALHAJ ABDUL HALIM MU'ADZAM SHAH IBNI ALMARHUM SULTAN BADLISHAH, DAN PADA HARI, WAKTU DAN SAAT YANG GILANG GEMILANG INI, MAKA SERI PADUKA BAGINDA DITABALKAN NAIK TAKHTA KERAJAAN MENJADI TURUS NEGARA BAGI MALAYSIA DENGAN BERGELAR SERI PADUKA BAGINDA YANG DI-PERTUAN AGONG.”

Semoga Allah lanjutkan usia DYMM Tuanku berdua untuk memerintah Malaysia dengan jayanya.

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Ikhlas dari :

Seluruh warga UMNO Bahagian Kuala Selangor
Juragan Malawati..

Pemerintahan beraja Malaysia unik!


Pemerintahan beraja di Malaysia dikatakan paling unik berbanding negara lain yang mengamalkan pemerintahan beraja.

Ini kerana di negara-negara berkenaan takhta pemerintahan terus kekal dikuasai waris, tetapi di Malaysia raja yang memegang jawatan sebagai Ketua Negara atau dikenali sebagai Yang di-Pertuan Agong bertukar mengikut giliran dalam kalangan sembilan Sultan atau Raja yang memerintah negeri.

Sungguhpun negara ini mengamalkan sistem pemerintahan Raja BerPerlembagaan dan Demokrasi BerParlimen, pemilihan Yang di-Pertuan Agong, yang mula dilaksanakan ketika negara mencapai kemerdekaan pada 1957, adalah cukup bermakna kerana ia melambangkan keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan demokrasi.

Perlembagaan Persekutuan menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong, orang yang terutama di Malaysia, tidak dipilih oleh rakyat tetapi oleh sembilan Raja-raja Melayu berkenaan pada persidangan Majlis Raja-raja, bagi memegang jawatan itu untuk tempoh lima tahun.

Apabila genap tempoh itu, Seri Paduka Baginda hendaklah turun dari takhta dan akan digantikan oleh seorang raja lain berdasarkan sistem pemilihan yang sama. Dalam sistem penggiliran ini, takhta pemerintahan adalah kekal tetapi raja akan bersilih ganti.

Raja-raja Melayu yang layak memilih dan menduduki takhta pemerintahan Malaysia ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Sultan Selangor, Raja Perlis, Sultan Terengganu, Sultan Kedah, Sultan Kelantan, Sultan Pahang, Sultan Johor dan Sultan Perak.

Negeri Sembilan yang pertama

Sejak pemilihan Yang di-Pertuan Agong pertama iaitu Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Abdul Rahman Ibni Almarhum Tuanku Muhammad, Malaysia sudah mempunyai 14 orang ketua negara termasuk Tuanku Abdul Halim Mu"adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badlishah, dari Kedah, yang akan ditabalkan pada 11 April ini.

Malah pertabalan Tuanku Abdul Halim, 84, pada Rabu ini (esok) mencatat sejarah kerana telah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong buat kali kedua.

Seri Paduka Baginda pertama kali dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelima pada 23 Julai, 1970 semasa berusia 42 tahun.

Mengikut catatan sejarah, sistem pemilihan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan oleh para Undang yang memerintah luak atau daerah di negeri itu mengikut adat Minangkabau, memberikan inspirasi kepada Perdana Menteri pertama Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj dalam merangka kaedah pemilihan Yang di-Pertuan Agong.

Pada ketika itu, Tunku Abdul Rahman bertanggungjawab memperkemas sistem yang dicadangkan oleh Suruhanjaya Reid pada 1957 di mana jawatan Yang di-Pertuan Agong bukanlah diwarisi tetapi berdasarkan kepada sistem giliran - sesuatu yang baru dan tidak pernah diamalkan oleh mana-mana negara di dunia.

Sehubungan itu, Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan memaktubkan bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah Kepala Utama Negara. Seri Paduka Baginda mengambil keutamaan mengatasi segala orang dalam Persekutuan.

Di bawah Pindaan 1993, Yang di-Pertuan Agong, seperti juga Raja-raja, boleh didakwa atas kapasiti peribadinya dan jika didakwa bagi sebarang kesalahan di bawah mana-mana undang-undang, Seri Paduka Baginda akan dibicarakan di sebuah Mahkamah Khas yang dibentuk Majlis Raja-Raja.

Dipilih Majlis Raja-Raja

Perlembagaan juga memaktubkan bahawa Yang di-Pertuan Agong hendaklah dipilih oleh Majlis Raja-Raja secara undi sulit untuk tempoh lima tahun. Namun begitu, Seri Paduka Baginda boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa dengan mengutus surat perletakan jawatan kepada Majlis Raja-Raja atau dipecat seperti yang termaktub dalam Perlembagaan.

Setakat ini belum ada pemegang jawatan Yang di-Pertuan Agong yang dipecat atau meletak jawatan.

Perlembagaan seterusnya memaktubkan bahawa sebagai Ketua Utama Negara, Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa perundangan, pemerintah dan kehakiman.

Dalam banyak perkara hampir semua keputusan kerajaan yang dibuat Seri Paduka Baginda adalah atas nasihat Perdana Menteri atau Jemaah Menteri. Namun begitu Yang di-Pertuan Agong boleh bertindak menurut budi bicara bagi melaksanakan tugas-tugas berikut:

* Melantik seorang Perdana Menteri,

* Tidak mempersetujui permintaan membubarkan Parlimen,

* Meminta supaya diadakan satu Mesyuarat Raja-Raja yang semata-mata mengenai keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-Raja dan mengambil apa-apa tindakan dalam mesyuarat itu, dan dalam apa-apa hal lain yang tersebut dalam Perlembagaan.

Ada beberapa tugas rasmi yang hanya boleh dilakukan oleh Yang di-Pertuan Agong termasuk memanggil, memberhenti dan membubarkan Parlimen.

Selain mempunyai kuasa dan budi bicara melantik seorang Perdana Menteri, Seri Paduka Baginda juga berkuasa melantik menteri-menteri lain sebagai anggota Jemaah Menteri dan Timbalan-timbalan Menteri, atas nasihat Perdana Menteri..

Agong Ketua Agama

Selain menjadi Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong juga adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja iaitu Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, Sabah, Sarawak dan negeri asal Seri Paduka Baginda.

Yang di-Pertuan Agong berkuasa melantik hakim-hakim, mengampun dan menangguhkan hukuman mengenai segala kesalahan yang dibicarakan oleh Mahkamah Tentera dan segala kesalahan yang dilakukan dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan.

Seri Paduka Baginda mengurniakan bintang-bintang kebesaran dan pingat kepada rakyat di semua peringkat.

Juragan Malawati..

Isnin, 9 April 2012

Kesal kerenah kerajaan negeri Pakatan Sampah!

Penduduk taman perumahan di kawasan DUN Kota Alam Shah mengadakan perhimpunan aman mendesak kerajaan negeri bertindak segera mengatasi masaalah banjir yang sering berlaku di kawasan perumahan mereka, di Klang semalam.


Bosan dengan kerenah kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang sering menyalahkan pihak lain dan tidak mahu bertanggungjawab terhadap kejadian banjir yang berlaku di kawasan mereka minggu lalu membuatkan kira-kira 100 penduduk dari beberapa taman perumahan di sini berhimpun secara aman untuk menunjukkan rasa kecewa mereka.

Mereka mendesak supaya Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri berhenti daripada menuduh antara satu sama lain, sebaliknya kedua-dua agensi berkenaan perlu bekerjasama untuk menyelesaikan masalah tersebut.


Wakil penduduk, R. Selvaraju berkata, mereka tidak mahu lagi mendengar pelbagai alasan tetapi sebaliknya mengharapkan pihak bertanggungjawab daripada agensi berkaitan supaya bertindak segera agar banjir tidak berulang di kawasan mereka, yang berada di dalam kawasan Parlimen Kota Alam Shah.

Selvaraju berkata, sekiranya masih tidak ada sebarang tindakan diambil, pihaknya melalui persatuan penduduk akan meminta campur tangan kerajaan Pusat melalui Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan agar keluhan mereka dapat didengari sekali gus jalan penyelesaian dapat dicari.

"Kami mohon supaya MPK dan JPS duduk berbincang serta bekerjasama dalam mencari jalan menyelesaikan masalah banjir yang dihadapi penduduk dan bukannya hanya tuduh-menuduh," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan aman itu di Taman Palm Grove di sini hari ini.

Banjir teruk yang berlaku di sini pada 30 Mac lalu menjejaskan kehidupan harian penduduk termasuk lebih 5,000 pelajar di lapan buah sekolah menengah serta rendah yang terpaksa bercuti apabila sekolah mereka diarah ditutup ekoran bencana itu.

Kejadian banjir kilat itu merupakan yang kedua melanda Klang dalam tempoh tiga hari selepas kejadian sama berlaku pada 27 Mac lalu dan ia disifatkan lebih buruk apabila kawasan yang dinaiki sebelum ini semakin teruk terjejas.

Antara tempat yang terlibat dalam kejadian itu ialah Kampung Delek, Kampung Sungai Udang, Taman Sentosa, Taman Chi Liung, Pandamaran dan Padang Jawa.


Seorang lagi penduduk, Abdul Aziz Jalaludin pula menggesa pihak yang bertanggungjawab membuat satu siasatan terperinci bagi menyiasat punca berlakunya kejadian banjir itu selain berharap supaya sikap tuduh-menuduh itu dihentikan.

Selain itu, Abdul Aziz turut mencadangkan beberapa perkara yang dapat membantu menyelesaikan masalah banjir di daerah ini.

"Pihak bertanggungjawab diminta mengkaji punca berlakunya banjir dan saya lihat mereka perlu membesarkan parit supaya ia dapat menampung air yang lebih banyak setiap kali hujan selain mengurus masalah sampah dengan lebih baik," ujarnya.

Teh Teong Guan pula menggesa Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan butiran perbincangan dalam Mesyuarat Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) agar rakyat tahu perancangan kerajaan negeri bagi menyelesaikan masalah banjir itu.

"Sebelum ini Menteri Besar kata masalah banjir ini akan dibincangkan dalam MTES yang diadakan pada Khamis lalu (5 April), jadi kami nak tahu apa yang dibincangkan oleh mereka itu.

"Jika kerajaan negeri kononnya memperjuangkan kebebasan maklumat, mereka perlu mendedahkan hasil perbincangan tersebut supaya rakyat tahu perancangan kerajaan negeri," tegasnya.















Juragan Malawati

Sabtu, 7 April 2012

Kerosakan masjid dapat perhatian Tengku Amir!


Kerosakan yang berlaku di Masjid Jamek Ar-Rahimiah di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah di sini akibat banjir baru-baru ini mendapat perhatian Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah apabila baginda berkenan mencemar duli melawat masjid terbesar di daerah Klang itu hari ini.

Baginda yang tiba di masjid tiga tingkat berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari berkenan meninjau kerosakan yang berlaku di tingkat bawah dengan diiringi Orang Kaya Maha Bijaya Klang (Orang Besar Daerah Klang), Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir dan ahli jawatankuasa masjid.

Tengku Amir kemudian berkenaan menunaikan solat Jumaat bersama lebih 5,000 jemaah lain.

Nazir masjid, Nasrudin Tanawi berkata, beliau mewakili ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah amat berbesar hati dengan kunjungan Tengku Amir dan keprihatinan baginda terhadap kerosakan yang berlaku di Masjid Jamek Ar-Rahimiah.

Beliau berkata, lawatan yang tidak disangka-sangka itu amat bererti kerana mencerminkan ketokohan baginda sebagai pemimpin negeri seperti ayahanda baginda, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut beliau, semasa lawatan, baginda diberi taklimat mengenai kerosakan yang berlaku di tingkat bawah masjid hingga menyebabkan ruang yang boleh memuatkan hampir 5,000 jemaah itu tidak dapat digunakan, selain kerosakan sistem pembesar suara serta pejabat dan perpustakaan mini masjid.

"Kita memohon agar lantai bahagian bawah masjid dapat ditinggikan sedikit bagi mengelak banjir berlaku, selain menggantikan barangan yang rosak termasuk karpet baru dan sebagainya yang kosnya mencecah RM400,000.

"Kami amat gembira apabila baginda memberikan persetujuan untuk membantu memastikan kerosakan dapat dipulihkan dengan memanjangkan perkara itu kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),"' katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Ar-Rahimiah di sini.-UMO

Juragan Malawati

Khamis, 5 April 2012

Kerajaan Selangor macam 'Setan Drakula' - Naik sewa kompleks 300 peratus!

Tindakan anak syarikat kerajaan negeri, MSNS Holdings Sdn. Bhd. mahu menaikkan kadar sewa pejabat yang diduduki oleh Majlis Belia Selangor (MBS) di Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor di Seksyen 7, Shah Alam dekat di sini sehingga 300 peratus menunjukkan Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor semakin rakus dan mementingkan wang semata-mata.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, tindakan itu menunjukkan kerajaan pakatan pembangkang di negeri ini sebenarnya gagal membela nasib golongan belia sebagaimana yang dijanjikan dalam kempen pilihan raya.

Malah katanya, kerajaan negeri terus memberikan tekanan kepada MBS yang merupakan pertubuhan induk belia di negeri ini dengan mewujudkan majlis belia berasingan di peringkat pihak berkuasa tempatan (PBT).

‘‘Sudahlah mereka tidak memberikan sumbangan kepada MBS malah mengenakan pula kenaikan sewa beratus kali ganda sebagai tekanan. Sedangkan kalau kita lihat sejarah, sebenarnya Kompleks Belia dan Kebudayaan dibina semasa zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN), cuma tanah tapak kompleks itu masih milik kerajaan negeri kerana kita tidak jangka kerajaan negeri akan bertukar tangan.

‘‘Kita yang memperjuangkan pembinaan kompleks tersebut bagi membolehkan belia yang diterajui oleh MBS mengumpulkan para belia untuk menjalankan aktiviti kerana sebelum itu kedudukan mereka bersepah kerana tiada tempat khas,” katanya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah (MSSD) Kuala Selangor di Stadium Tertutup Kuala Selangor di sini.

Timbalan Presiden MBS, Badrul Hisham Badrudin dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini dipetik sebagai berkata, MBS kemungkinan besar terpaksa diusir daripada kompleks berkenaan dengan kenaikan sewa dari RM1,900 sehingga RM5,280 iaitu 300 peratus yang bakal dikenakan ke atas pertubuhan itu.

Masalah bermula apabila pejabat MBS yang sebelum ini ditempatkan di tingkat empat dan lima perlu melepaskan lot di tingkat lima selepas kepimpinan kerajaan negeri diambil alih oleh parti pembangkang.

Perkara itu berpunca daripada arahan kerajaan negeri agar sewaan sebanyak RM1,900 dikenakan bagi setiap tingkat yang diduduki MBS iaitu keseluruhannya hampir mencecah RM4,000.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, pihaknya sendiri terlibat dalam usaha membina kompleks belia tersebut kerana beliau sebelum ini pernah menjadi Setiausaha Gerakan Belia 4B Selangor dan juga Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia.

‘‘Sepatutnya kerajaan negeri tidak mempolitikkan persatuan belia tetapi apa yang berlaku sekarang MBS seolah-olah diketepikan dan menjadikan belia berpecah-belah.

‘‘Dulu kita beri kepada MBS untuk menduduki pejabat di kompleks belia itu secara percuma kerana kita tahu badan induk belia bukan pertubuhan yang berorientasikan keuntungan,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan pakatan pembangkang juga dilihat gagal membela golongan belia dari segi aspek pendidikan apabila mengambil keputusan merobohkan asrama Yayasan Selangor di Kampung Pandan, Kuala Lumpur.

‘‘Kalau mereka fikirkan soal keuntungan, sepatutnya sediakan dahulu penempatan para pelajar tetapi sehingga tahun ini tiada sebarang pengambilan pelajar baru dilakukan,” katanya.















Juragan Malawati

Isnin, 2 April 2012

Pengakuan: ‘Saya temui hingga 400 orang Melayu murtad’!



‘Tiga ratus hingga 400 orang Melayu yang saya temui sendiri telah murtad.” Begitulah pengakuan salah seorang dari dua individu yang didakwa terbabit dalam gerakan memurtadkan umat Islam di Malaysia.

Ramli Abdullah (bukan nama sebenar), 47, turut memberitahu bahawa beliau pada asalnya didekati kumpulan mubaligh Kristian yang menawarkan pekerjaan, tempat tinggal dan juga makan minum.

Menurutnya, beliau memeluk agama Kristian kerana daya tarikan kumpulan mubaligh terbabit yang sentiasa ambil berat tentang keperluan asas kehidupannya.

"Sepanjang saya mengikuti kegiatan mereka, kumpulan ini mempunyai 20 hingga 30 orang Melayu yang telah bekerja untuk mereka.

"Manakala selebihnya adalah warga asing yang kebanyakkannya warga Korea yang fasih berbahasa Melayu," katanya dalam satu rakaman video yang didedahkan oleh Presiden Jati, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, hari ini.

Katanya, penglibatan dalam gerakan memurtadkan orang Islam ini bermula pada 2004 setelah kembali dari dihantar belajar oleh kumpulan terbabit di Singapura.

"Dalam gerakan ini tugas saya adalah untuk mendekati orang Melayu yang dikenal pasti berpotensi untuk dimurtadkan," katanya.

Ramli berkata, upacara pembaptisan yang dilaluinya diadakan di sebuah apartmen di satu lokasi eksklusif di Kuala Lumpur. Menurutnya, oleh kerana dia orang Melayu, upacara berkenaan tidak boleh dijalankan di gereja dan mendakwa dia dimasukkan ke dalam satu kolam renang sebagai simbolik upacara.

"Upacara ini dilakukan bagi membersihkan diri dan menjadikan saya orang baru dan kemudian saya perlu lafazkan sesuatu untuk menjamin tempat saya di syurga," katanya.

Ramli memberitahu, kumpulan ini tidak secara terus memberi ganjaran kepadanya, sebaliknya mereka memberi imbuhan secara berperingkat seperti makan minum yang dijaga rapi sehinggalah diberi wang secara bulanan mencecah RM5,000.

Hari ini, Hasan mendedahkan video yang didakwa menunjukkan gerakan kristianisasi ke atas orang Islam, seperti yang dijanjikan sebelum ini.

Dua versi video, masing-masing sepanjang 42 minit dan 16 minit didedahkan kepada media dalam satu sidang media di kediaman bekas Exco Selangor itu di sini. Video berkenaan antara lainnya menunjukkan temu bual dengan sepasang suami isteri yang mendakwa pernah dikristiankan oleh sekumpulan mubaligh Australia.

Lelaki berkenaan, bersama isterinya, bagaimanapun mendakwa telah kembali kepada Islam pada akhir tahun lalu. Wajah kesemua individu yang ditemu bual dalam rakaman tersebut tidak ditunjukkan atas alasan keselamatan, kata Hasan dalam sidang medianya kemudian.

Wartawan juga tidak dibenarkan daripada merakam apa-apa bahagian daripada tayangan tersebut.

Juragan Malawati..

Ahad, 1 April 2012

Noh dakwa Pakatan Selangor hanya cenderung berpolitik!


Umno Selangor menyifatkan Pakatan Rakyat (PR) yang memerintah Selangor tidak mempamerkan kesungguhan mereka untuk memberi perkhidmatan dan kemudahan terbaik untuk rakyat sebuah negeri maju, seperti Selangor, kata Timbalan Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar.

Sebelum 2008 Barisan Nasional menjalankan dasar membela rakyat sewaktu memerintah tetapi apabila PR memerintah mereka lebih cenderung kepada berpolitik dari menumpukan kepada soal perkhidmatan atau pembangunan, katanya.

Ini termasuk dalam isu pengurusan sisa pepejal dan pelantikan ahli-ahli majlis di peringkat Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), kata Noh.

Beliau berkata demikian kepada para pemberita selepas menyertai kayuhan basikal bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek di sini hari ini sempena Karnival Mesra Belia 1Malaysia Parlimen Tanjong Karang.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu berkata antara musibah diterima rakyat Selangor sempena empat tahun Pakatan Pembangkang memerintah ialah banjir kilat yang melanda Ampang, dan Hulu Langat awal bulan ini dan Jumaat lepas di bandar Klang.

"Salah satu sebab saya percaya longkang dan sistem pengairan tidak diselenggara dengan baik. Sistem (pungutan) sampah kita dah buat elok dah, tapi nak buat cara sendiri sanggup beli lori 50 buah guna duit rakyat balik," katanya. – Bernama

Juragan Malawati