UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 7 April 2012

Kerosakan masjid dapat perhatian Tengku Amir!


Kerosakan yang berlaku di Masjid Jamek Ar-Rahimiah di Persiaran Tengku Ampuan Rahimah di sini akibat banjir baru-baru ini mendapat perhatian Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah apabila baginda berkenan mencemar duli melawat masjid terbesar di daerah Klang itu hari ini.

Baginda yang tiba di masjid tiga tingkat berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari berkenan meninjau kerosakan yang berlaku di tingkat bawah dengan diiringi Orang Kaya Maha Bijaya Klang (Orang Besar Daerah Klang), Datuk Setia Diraja Abdul Ghani Pateh Akhir dan ahli jawatankuasa masjid.

Tengku Amir kemudian berkenaan menunaikan solat Jumaat bersama lebih 5,000 jemaah lain.

Nazir masjid, Nasrudin Tanawi berkata, beliau mewakili ahli jawatankuasa masjid dan para jemaah amat berbesar hati dengan kunjungan Tengku Amir dan keprihatinan baginda terhadap kerosakan yang berlaku di Masjid Jamek Ar-Rahimiah.

Beliau berkata, lawatan yang tidak disangka-sangka itu amat bererti kerana mencerminkan ketokohan baginda sebagai pemimpin negeri seperti ayahanda baginda, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Menurut beliau, semasa lawatan, baginda diberi taklimat mengenai kerosakan yang berlaku di tingkat bawah masjid hingga menyebabkan ruang yang boleh memuatkan hampir 5,000 jemaah itu tidak dapat digunakan, selain kerosakan sistem pembesar suara serta pejabat dan perpustakaan mini masjid.

"Kita memohon agar lantai bahagian bawah masjid dapat ditinggikan sedikit bagi mengelak banjir berlaku, selain menggantikan barangan yang rosak termasuk karpet baru dan sebagainya yang kosnya mencecah RM400,000.

"Kami amat gembira apabila baginda memberikan persetujuan untuk membantu memastikan kerosakan dapat dipulihkan dengan memanjangkan perkara itu kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS),"' katanya ketika ditemui di Masjid Jamek Ar-Rahimiah di sini.-UMO

Juragan Malawati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan