UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Sabtu, 14 April 2012

'Kejadian itu benar-benar berlaku'!

Pegawai perubatan, Dr. Rahman Kadir hari ini mempertahankan pendedahannya bahawa kejadian beberapa pemimpin pembangkang mempersenda dan mengejek raja-raja Melayu memang benar-benar berlaku.

Malah, beliau yang bertugas semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara berkata, ada beberapa saksi lain boleh mengesahkan kejadian tersebut berlaku.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas panjang.

"Apa yang berlaku adalah benar dan saya ada beberapa saksi lain yang turut mendengar dengan jelas segala tutur kata beberapa pemimpin pembangkang yang dimaksudkan dan pendedahan ini demi kebenaran.

"Selebihnya saya tidak boleh ulas," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam laman sosial Facebook semalam, Dr. Rahman menzahirkan rasa kecewa terhadap tingkah laku biadab beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek dan mempersendakan bentuk badan pemimpin kerajaan dan raja-raja Melayu.

Dakwa beliau, ejekan itu bermula semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Balairong Seri dan ia berterusan kepada Yang Dipertua Negeri serta sultan-sultan.

"Mereka mentertawa penampilan dan fizikal beberapa sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia sama seperti menghina baginda semua," kata Dr. Rahman sebagaimana dipetik daripada akaun Facebooknya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P. Kamalanathan yang kebetulan berada di belakang salah seorang pemimpin pembangkang pada majlis itu mengesahkan pendedahan Dr. Rahman benar.

Katanya, beliau dapat mendengar dengan jelas ejekan yang dilemparkan kerana jarak kedudukan yang hampir antara mereka dan mengakui tidak selesa dengan keadaan itu tetapi terpaksa berdiam diri demi menghormati majlis.

"Saya tidak mengenali Dr. Rahman, tetapi beliau ada menyebut nama saya dalam pendedahannya kerana kedudukan saya hampir dengan pemimpin pembangkang, perbuatan itu memang berlaku dan saya mendengarnya," kata beliau.-UMO

Juragan Malawati..

1 ulasan:

  1. Tubuhkan suruhanjaya RCI utk perkara ini spt yg zahid hamidi suruh...tp pastikan RCI projek IC Sabah dibuat terlebih dahulu sbb Datuk Najib da umum akan ditubuhkan pd februari 2012 lg, rakyat Sabah sdg menunggu.....

    BalasPadam