UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Jumaat, 29 April 2011

Eskay selesai lakukan sumpah laknat!


Datuk Shazryl Eskay Abdullah selesai melakukan sumpah laknat di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul pada petang ini.

Sambil memegang al-Quran beliau memulakan sumpah dengan mengucap dua kalimah syahadah kemudian diikuti dengan wallahi wabillahi watallahi.

Di dalam sumpah laknat itu Eskay menyatakan bahawa dua individu di dalam paparan video itu adalah dia dan Datuk Sri Anwar Ibrahim.

Turut hadir dalam upacara sumpah laknat itu ialah Tbekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Shuib Lazim.




Sementara itu : Penyokong pembangkang buat kecoh di sumpah laknat Eskay

Sekumpulan penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan segelintir penyokong Pas membuat kecoh di dalam Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul membantah sumpah laknat yang hendak dilakukan oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah.

Juragan Malawati..

Rabu, 27 April 2011

Pertahan Anwar habis-habisan!

Jaringan Melayu Malaysia (JMM) mendakwa pembangkang telah membuat ketetapan untuk mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan jika mahkamah memutuskan ketua pembangkang itu bersalah dalam pertuduhan liwat.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, ketetapan itu dibuat kerana pembangkang menganggap pemimpin mereka tidak melakukan sebarang kesalahan dan Anwar sendiri mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada undang-undang negara.

“Saya difahamkan keistimewaan ini bukan hanya membabitkan Anwar seorang tetapi turut melibatkan seluruh ahli keluarga Anwar terutamanya Wan Azizah (Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail) dan Nurul Izzah.

“Ketetapan ini membuktikan pembangkang sanggup melakukan apa sahaja termasuk membelakangkan undang-undang negara jika ia tidak memberi sebarang keuntungan politik kepada mereka,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah yang menetapkan 16 Mei ini, sama ada Anwar akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat Mohd. Saiful Bukhari Azlan.


Mengulas lanjut Azwanddin berkata, ketetapan yang dibuat itu membuktikan bahawa pembangkang tidak pernah ikhlas berjuang untuk rakyat sebaliknya, mereka hanya berjuang demi kepentingan cita-cita politik Anwar seorang sahaja.

Katanya, demi cita-cita Anwar untuk bergelar Perdana Menteri, rakan komponen pembangkang terutamanya Pas yang sebelum ini melabelkan diri mereka sebagai parti Islam pun terpaksa menjadi ‘pak turut’ sehingga sanggup menghalalkan segala salah laku moral ketua pembangkang itu.

“Rakyat perlu sedar bahawa pembangkang tidak pernah ikhlas. Mereka hanya ingin kuasa demi kepentingan Anwar sehingga sanggup menggadaikan segala integriti dalam berpolitik,” ujarnya.

Juragan Malawati..

Selasa, 26 April 2011

Menghitung hari - 16 Mei tentukan nasib Anwar!

Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 16 Mei ini, keputusan sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dipanggil membela diri atau dibebaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah menetapkan tarikh tersebut selepas selesai mendengar hujahan lisan daripada pihak pembelaan dan pendakwaan hari ini.

Anwar, 64, dibicarakan selepas didakwa meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 26, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No.99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara di sini antara pukul 3.01 petang hingga 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Semalam, pihak pendakwaan dalam hujahnya menamakan Ketua Pembangkang itu sebagai pemilik profil asid deoksiribonukleik (DNA) 'Lelaki Y' yang ditemui di dalam dubur Mohd. Saiful Bukhari.

Ketika menyambung hujah balasnya hari ini, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden menjelaskan pihaknya tidak memanggil Dr. Muhammad Osman Abdul Hamid sebagai saksi memandangkan keterangan doktor dari Hospital Pusrawi itu tidak boleh diterima dan sebahagiannya pula tidak benar.

Menjawab hujahan peguam Karpal Singh berhubung isu tersebut, beliau menyatakan, ini kerana berdasarkan keterangan Mohd. Saiful Bukhari, doktor tersebut tidak menjalankan ujian forensik ke atas dirinya sebaliknya menasihatkan pergi ke hospital kerajaan.

Berhubung hujah peguam RamKarpal Singh yang mendakwa keterangan ahli-ahli kimia, Dr. Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon berat sebelah, ujarnya, apa yang berlaku adalah setiap kali menjawab soalan balas peguam itu, keterangan mereka akan dipintas menyebabkan mereka tidak dapat memberikan penjelasan.

Justeru, beliau meminta mahkamah melihat secara menyeluruh keterangan sepanjang pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula kedua-dua saksi terbabit.

Hujah beliau lagi, berdasarkan bahan bukti yang dikemukakan, saksi-saksi pakar itu bukan sahaja cekap dalam menjalankan pemeriksaan dan analisis yang ditugaskan kepada mereka, bahkan telah menjelaskan penemuan atau pendapat mereka beserta dengan alasannya sekali.

''Tidak terputus rantaian keterangan berkaitan bahan-bahan bukti yang boleh memberi kesan kepada integriti mereka,'' tegas beliau.

Mengenai dakwaan peguam Sankara Nair bahawa tiada gel pelincir KY Jelly digunakan dalam kejadian itu, jelasnya, mengikut keterangan doktor, penggunaan gel tersebut sebagai alat pelincir adalah konsisten dengan apa yang berlaku.

Justeru, Mohd. Yusof menegaskan pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan bahawa air mani ditemui dan ia adalah kepunyaan Anwar, maka adalah wajar Ketua Pembangkang itu menjelaskan bagaimana perkara itu boleh berlaku.

Beliau juga menyatakan tidak ada keterangan pengadu yang mustahil, tidak masuk akal atau diragui untuk mahkamah tidak merasa selamat menerimanya memandangkan pemuda itu merupakan saksi yang boleh dipercayai.

''Keseluruhan keterangan yang dikemukakan oleh pendakwaan pada peringkat ini adalah berwibawa untuk mahkamah menerimanya dengan selamat, telah diberikan perhatian dan tindakan sewajarnya selain telah membuktikan seluruh inti pati pertuduhan,'' katanya.

Oleh itu, tegas Mohd. Yusof, pihaknya bukan sahaja berjaya mengemukakan bukti bagi menyokong kes prima facie, tetapi telah mengemukakan kes tanpa sebarang keraguan bahawa tertuduh yang melakukan perbuatan itu dan bukan orang lain.

Kita tunggu pula apa sandiwara terbaru yang bakal dilakonkan oleh Anwar! Agak-agak apa yang akan dilakukannya untuk 'melarikan' diri? Sama-samalah kita tunggu dan lihat.

Juragan Malawati..

Sabtu, 23 April 2011

Mustapha Ali 'terkedu' digertak Azmin Ali!

Parti Keadilan Rakyat (PKR) berang dengan pendirian Pas untuk mengkaji semula masa depan parti itu bersama pakatan pembangkang, jika siasatan pihak berkuasa membuktikan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah lelaki dalam rakaman video seks.

Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali berkata, kenyataan Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali ketika ditanya oleh wartawan mengenai kedudukan parti itu dalam pakatan pembangkang, semasa sidang akhbar semalam cukup menyinggung perasaan Anwar dan PKR.

Azmin seterusnya menuntut penjelasan daripada Mustafa sehingga memaksa Setiausaha Agung Pas tersebut membuat penafian hari ini, yang beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu bersedia untuk menilai semula kedudukan dalam pakatan pembangkang.

“Apakah benar Mustafa Ali keluar kenyataan begitu untuk menyinggung Keadilan (PKR) dan DSAI (Anwar)? Rakyat tuntut penjelasan.

“Pimpinan perlu akur (dengan) kerangka besar agenda bersama pakatan rakyat. Jangan jadi jaguh kampung yang tidak lagi relevan tapi mahu perhatian,” kata Azmin seperti dipetik dari laman Twitternya, hari ini.

Semalam, Mustafa ketika ditanya oleh wartawan Agenda Daily apakah pendirian Pas jika siasatan polis mendapati lelaki dalam video seks tersebut adalah Anwar sebagaimana didakwa berkata:

“Andaian sebenarnya tidak boleh dijawab. Kalau bukan dia bagaimana? Kita tunggu siasatan selesai, sehingga benar macam itu (dakwaan bahawa lelaki dalam rakaman video seks tersebut adalah Anwar). Jika terbukti pelakunya, baru kita buat keputusan.”

Kenyataan Mustafa itu dilaporkan oleh semua akhbar termasuk portal berita propembangkang sendiri iaitu Malaysiakini dan The Malaysian Insider.

Sementara itu, Azmin selepas Mustafa membuat penafian, menasihatkan pemimpin pembangkang supaya berhati-hati ketika memberi kenyataan kepada media terutamanya semasa sidang akhbar berlangsung.

“Pimpinan perlu berhati-hati memberi kenyataan kepada media yang dikuasai UMNO. Wajar buat kenyataan media secara bertulis untuk elak manipulasi,” katanya.

Komen : Nampak sangatlah PAS ni memang pengecut dan tiada pendirian. Mereka cuma berani menghentam UMNO dan BN, tapi bila digertak oleh rakan dalam Pakatan mereka menikus ketakutan. Baru kena gertak, dah tarik semula kenyataan! Memang hamPAS!!!!

Juragan Malawati..

Khamis, 21 April 2011

Pas digesa nyata pendirian ‘ali baba’ DAP!

Pas didesak supaya menyatakan pendirian berhubung dakwaan amalan ‘ali baba’ yang dilakukan oleh sekutu mereka, DAP untuk mendapatkan kontrak di dua kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di Selangor.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Sungai Besar, Budiman Mohd. Zohdi berkata, tindakan itu sekiranya benar adalah tidak bertanggungjawab selain menunjukkan Pas seolah-olah menjadi ‘kuda tunggangan’ DAP dalam pentadbiran negeri ini.

Ini kerana, katanya, Pas ketika mula mentadbir Selangor bersama-sama DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyatakan akan membantu dalam meningkatkan taraf ekonomi bumiputera di negeri ini.

“Namun, apa yang berlaku sekarang, DAP dikatakan telah mempergunakan nama-nama syarikat kontraktor bumiputera dengan tujuan mendapatkan kontrak projek kecil di kawasan DUN Seri Kembangan dan Kampung Tunku.

“Paling dikesali hasil keuntungan projek tidak diperoleh, syarikat kontraktor bumiputera, sebaliknya dikaut oleh seorang kontraktor bukan bumiputera yang kemudiannya disalurkan untuk kepentingan DAP.

“Jadi, apakah pendirian sebenar kepimpinan Pas dalam hal ini? Bagaimana dengan agenda untuk membantu bumiputera? Jika dakwaan ini benar, kita andaikan Pas gagal membantu orang Melayu dan hanya menjadi ‘kuda tunggangan’ kepada DAP,” katanya di sini hari ini.-UM

Juragan Malawati..

Wajarkah Hadi sahaja disalahkan?

Abdul Hadi Awang, Lim Kit Siang, Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Wan Azizah Wan Ismail serta pemimpin pembangkang lain sewaktu program solat hajat dan pidato khas menangkis fitnah jahat anjuran parti pembangkang di Stadium Malawati, Shah Alam pada 29 Mac lalu.

Berikutan kekalahan demi kekalahan yang dialami oleh Pas dalam beberapa pilihan raya kebelakangan ini, kedudukan Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden parti itu mula menjadi perbincangan.

Ada penganalisis politik menganggap Abdul Hadi kini adalah liabiliti kepada Pas manakala di dalam Pas sendiri ada bahagian yang mencadangkan agar beliau sekadar menjadi Timbalan Mursyidul Am Pas sahaja. Pelbagai faktor mereka keluarkan bagi mengukuhkan hujah bahawa Abdul Hadi yang mengambil alih tampuk kepimpinan daripada Allahyarham Datuk Fadzil Noor perlu berundur.

Abdul Hadi pada tafsiran mereka sudah tidak layak lagi menjadi orang nombor satu dalam Pas berikutan prestasi buruk parti itu sekarang. Begitulah tekanan yang diberikan ke atas bekas Menteri Besar Terengganu tersebut apabila Pas tewas di lima kawasan yang ditandinginya pada Pilihan Raya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Malahan Abdul Hadi juga dipersalahkan dalam beberapa isu melibatkan Pas dan pihak pembangkang termasuklah kegagalan mereka memenuhi impian 16 September 2008 iaitu perancangan Datuk Seri Anwar Ibrahim menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang.

Mungkin sebagai Presiden, Abdul Hadi perlu mengambil tanggungjawab terhadap apa juga yang berlaku dalam parti berkenaan, tetapi senario di dalam Pas sejak parti itu menjalinkan hubungan dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP juga harus diambil kira.

Pas tidak akan berada pada kedudukan sekarang jika mereka tidak menjalinkan kerjasama berkenaan yang dilihat tidak mendatangkan apa-apa keuntungan kepada parti tersebut. Ia kerana bukan sahaja orang luar malahan ahli-ahli Pas sendiri sebahagian besarnya berpendapat parti itu lebih banyak rugi daripada untung.

Pas dipergunakan habis-habisan untuk membantu DAP dan PKR mencapai kejayaan termasuk di Sarawak tetapi mereka sendiri tewas. Kesudahannya yang menikmati keuntungan politik ialah PKR dan DAP, manakala Pas pula terus meratapi kekalahan demi kekalahan. Semua itu terjadi kerana Pas kini dianggap parti paling tidak konsisten dalam perjuangannya dan dilihat lebih mengutamakan kepentingan politik.

Tetapi adakah Abdul Hadi seorang sahaja harus dipersalahkan? Bagaimana pula dengan pemimpin-pemimpin yang dilihat begitu konsisten mempertahankan kerjasama dengan kedua-dua parti berkenaan. Jangan kita lupa Abdul Hadi merupakan orang yang paling teruk dihentam oleh pemimpin-pemimpin Pas apabila beliau mencadangkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Berikutan itu, walaupun cadangan berkenaan demi kepentingan orang Melayu dan umat Islam tetapi ia terpaksa dilupakan kerana penentangan yang diterima. Begitu juga apabila Abdul Hadi menasihatkan pembangkang supaya tidak begitu berangan-angan dalam mencapai impian 16 September. Ketika itu Abdul Hadi memahami bahawa tindakan menubuhkan kerajaan daripada pintu belakang melalui perbuatan Ahli Parlimen melompat parti adalah tidak betul dan perlu dihalang.

Tetapi pendirian Presiden Pas tersebut telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pemimpin tertentu dalam parti itu terutamanya mereka yang termimpi-mimpikan jawatan Kabinet yang dijanjikan oleh Anwar. Senario ini menunjukkan betapa hebatnya tekanan dalaman yang dihadapi oleh Abdul Hadi dalam menyatakan pendiriannya sebagai Presiden.

Justeru adalah tidak wajar jika apabila sesuatu yang buruk melanda Pas, beliau seorang sahaja hendak dipersalahkan. Kita perlu faham Pas kini tidak seperti dulu, parti itu sudah banyak diresapi dengan budaya dan corak politik luar berikutan kerjasama dengan PKR dan DAP.

Terdapat pemimpin-pemimpin tertentu di dalam Pas dilihat lebih menghormati dan menyanjungi Anwar berbanding Abdul Hadi. Malahan ada antara mereka sudah terpengaruh dengan politik jalanan dan kebencian yang diterapkan oleh PKR.

Pemimpin-pemimpin tersebut sudah tidak lihat lagi asas perjuangan Pas sebaliknya lebih melihat bagaimana hendak berkuasa melalui kerjasama dengan PKR, sebab itulah Pas semakin mengorbankan perjuangan Islamnya. Kesilapan Abdul Hadi dalam memimpin Pas hanyalah satu iaitu beliau dilihat tidak tegas untuk mempertahankan pendirian atau keputusannya.

Berikutan itu ia memberikan kesempatan kepada kelompok-kelompok tertentu di dalam parti berkenaan untuk melaksanakan agenda politik mereka yang berteraskan kepada berkongsi mimpi bersama Anwar, PKR dan DAP ke Putrajaya. Angan-angan tersebut telah merosakkan Pas dari dalam dan di luar pula, Pas semakin dipandang serong serta dilihat hanya mengutamakan kuasa politik semata-mata.

Oleh itu apabila pihak yang mengatakan bahawa Abdul Hadi adalah liabiliti Pas, ia satu hujah yang boleh dipersoalkan kerana di dalam Pas bukan hanya beliau sahaja harus dilihat liabiliti. Bagaimana pula dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dilihat sering sahaja mengeluarkan kenyataan kontroversi sehingga bukan sahaja mengelirukan ahli Pas tetapi juga umat Islam.

Kenapa Nik Abdul Aziz tidak mahu dianggap liabiliti? Apakah kerana beliau sering sahaja membuat kenyataan yang dilihat begitu membela apa juga tindakan pemimpin pembangkang lain? Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin Pas yang sudah dikaburi mata mereka dengan mainan politik Anwar.

Pemimpin-pemimpin inilah sepatutnya dianggap liabiliti kerana menjadi pembela membuta tuli dan menganggap apa sahaja pembangkang lakukan betul sehingga menjejaskan imej mereka di mata rakyat. Turut boleh dianggap liabiliti kepada Pas ialah pemimpin-pemimpin parti itu yang akan memaki hamun UMNO dan kerajaan sesuka hati apabila berceramah. Perbuatan mereka mencemarkan imej Pas yang dilihat sebuah parti Islam.

Apa pun terserahlah kepada ahli-ahli Pas untuk menilai segala tafsiran dan pandangan pihak tertentu kepada Abdul Hadi. Tetapi apa yang penting mereka sendiri perlu memikirkan wajarkah Abdul Hadi seorang sahaja yang harus dipersalahkan berikutan kedudukan Pas sekarang. Mereka tidak harus terpedaya dengan 'mainan politik' secara halus yang mula bergerak menjelang pemilihan parti pada Jun ini.

Di dalam Pas, masih ramai yang bercita-cita tinggi. Tidak kira daripada golongan ulama mahupun profesional, politik tetap politik, selagi bernama orang politik maka setiap tindak tanduk mereka pasti berteraskan naluri serta pemikiran politik.

Juragan Malawati..

Rabu, 20 April 2011

ANWAR AKAN DIKENAKAN TIGA TINDAKAN UNDANG-UNDANG!

Sipelaku video seks PORNO yang dibongkarkan oleh Datuk Trio boleh dikenakan 3 tindakan undang-undang sekiranya polis membuktikan sipelaku adegan seks PORNO tersebut.

Pada pandangan seorang peguam,Datuk Shafee Abdullah berkata sipelaku boleh dikenakan tindakan dibawah kesalahan kanun keseksaan dan Undang-undang Syariah.

Kesalahan pertamanya adalah melakukan seks luar tabii kerana dikatakan sipelaku memasukkan zakar kedalam mulut pasangannya dalam video durasi 21 minit tersebut.

Keduanya akan didakwa mengikut undang-undang Syariah kerana berzina, dan yang ketiganya oleh kerana Anwar telah membuat laporan polis menafikan bahawa beliau terlibat dalam video terbabit.

Sekiranya pihak polis dapat membuktikan sipelaku adalah orang yang disyaki, Anwar akan dikenakan tindakan kerana membuat laporan palsu kepada pihak polis.

Jika Datuk T dikatakan bakal menerima padah kerana didakwa atas kesalahan menayang atau mengedar bahan lucah, Anwar akan menerima padah yang lebih buruk lagi apabila seluroh rakyat dapat melihat sandiwara lakonan Anwar dipentas politik.

Tiba masa itu rakyat pun kebanyakannya telah tahu bahawa Anwar memang kaki temberang, cuma ingin membalas dendam lamanya kerana dibuang dari kerajaan dan suka melakukan hobi kesukaan luar biasa daripada manusia biasa yang sekarang menjadi peluru membunuh karier politiknya.

Sumber : KL BOYZ CHANNEL

Juragan Malawati..

Pelakon video seks juga perlu didakwa - Perkasa!

Pihak berkuasa digesa supaya jangan membuat pendakwaan terpilih dengan hanya memberi fokus kepada pihak yang memiliki dan mendedahkan rakaman video seks, yang didakwa membabitkan seorang pemimpin pembangkang

Sebaliknya, pendakwaan juga perlu dilakukan terhadap 'pelakon' dalam video seks tersebut kerana jelas, hubungan seks melibat seorang lelaki yang mirip pemimpin pembangkang itu memang berlaku, selain polis juga sudah mempunyai bukti lengkap mengenai identiti lelaki tersebut.

Ahli Dewan Tertinggi Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd. Zahid Md. Arip berkata, pihak berkuasa tidak sepatutnya memberi layanan yang berbeza.

"Kita bukan mempersoalkan kewibawaan pihak berkuasa dan Jabatan Peguam Negara dalam hal ini tetapi, berdasarkan kenyataan polis, seolah-olah hanya trio 'Datuk T' sahaja yang bakal didakwa di mahkamah kerana kesalahan memiliki dan menyebarkan video seks.

"Bagaimana pula dengan orang yang melakukan hubungan seks? Kenapa sehingga kini tiada usaha serius untuk menghadap orang ini ke Mahkamah Syariah? Kalau begini keadaannya, tidak hairan jika tiada lagi orang ramai berani tampil untuk mendedahkan mengenai aktiviti seks selepas ini.

"Kalau begini mana-mana pemimpin bebas melanggan pelacur selepas ini dan tidak perlu bimbang jika aksi mereka dirakam, kerana pihak berkuasa hanya akan mendakwa mereka yang mendedahkannya," katanya dalam satu kenyataannya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Acryl Sani Abdullah Sani bahawa, trio 'Datuk T' mungkin berdepan dengan pendakwaan jika Peguam Negara memutuskan untuk berbuat demikian.-UM

Juragan Malawati..

Isnin, 18 April 2011

MB Azizan nafi naikkan cukai tanah UUM 10 kali ganda!

Kerajaan Pas Kedah menafikan cukai tanah kawasan Universiti Utara Malaysia (UUM) dinaikkan sehingga mencecah lebih RM1 juta setahun.

Sebaliknya, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak menjelaskan, jumlah tersebut perlu dibayar oleh UUM mengikut perjanjian pada 2006 kerana tempoh rebat cukai tanah bagi tempoh 2006 hingga 2008 telah tamat.

"UUM diberi rebat cukai tanah selepas pengurusan universiti itu mengemukakan rayuan bagi mengurangkan cukai tanah dan mendapat persetujuan kerajaan negeri ketika itu, dengan memberi rebat bagi tempoh dua tahun.

"Rebat tamat tempoh pada 2008, sebab itu cukai tanah yang dibayar sebelum ini RM100,000 berbanding terkini lebih RM1 juta," katanya selepas perhimpunan bulanan di Wisma Darul Aman di sini hari ini.

Azizan mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Mukhriz Mahathir baru-baru ini yang mendakwa kerajaan negeri menaikkan cukai tanah di UUM sehingga 10 kali ganda, berbanding ketika negeri ini ditadbir kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mukhriz mendakwa, tindakan itu tidak wajar dan membebankan pengurusan UUM kerana sebelum ini cukai tanah yang dikenakan sekitar RM100,000 setahun.

Azizan berkata, setelah rebat berakhir, bermula tahun 2009, bayaran cukai tanah yang perlu dijelaskan ialah lebih RM1 juta.

"Saya harap penjelasan ini membuktikan kerajaan negeri bukan naikkan cukai tanah, cukai asal lebih RM1 juta setelah diberi rebat, UUM bayar RM100,000 sahaja. Apabila perjanjian berakhir, kenalah bayar penuh.

"Ini amalan biasa dalam urus tadbir, bila ada pihak minta bantuan, kita beri atas dasar timbang rasa," katanya.

Beliau bagaimanapun tidak menyalahkan Mukhriz kerana kemungkinan Ahli Parlimen Jerlun itu tidak mendapat maklumat tepat.

Mengenai masalah bekalan air yang sekian lama dialami warga UUM, Azizan berkata, ia perlu diselesaikan dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi.

"Saya pernah bangkitkan isu ini supaya pengurusan UUM kemukakan cadangan kepada kementerian untuk naik taraf infrastruktur bekalan air, tetapi saya tak nampak pun hasilnya," katanya.


Komen : Kerajaan negeri cuma fikir nak cari keuntungan dengan cukai tanah kerana hasil balak sudah semakin susut akibat pembalakan yang tidak terkawal! Bila kena tang kemudahan pelajar, menuding jari ke orang lain pulak untuk diselesaikan. Banyak cantik muka MB..! Memang la hamPAS betul PAS nih..!!!

Juragan Malawati..

Ahad, 17 April 2011

Pas sanggup berkorban demi syurga DAP!

Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak mendapati pembangkang telah berjaya meningkatkan sokongan kaum Cina pada DAP.

Kekalahan PAS adalah disebabkan ia bertanding di kawasan yang kurang pengundi Cina. Jika ia bertanding di kawasan yang ramai kaum Cina, pastinya PAS akan memenangi kelima-lima kerusi yang dipertandingkan. Namun PAS berjaya mengekalkan rekod tanpa kerusi.

Untuk mendapat kerusi yang banyak pada pilihan raya akan datang, PAS perlu bertanding di kawasan yang ramai pengundi Cina dan perlu bersaing untuk mendapatkan kerusi tersebut daripada DAP, sanggupkah mereka?

Mereka hanya berani dengan sesama Melayu sahaja. Dengan kaum lain mereka menikus. PAS ibarat membakar diri dan prinsipnya sendiri untuk menerangi seteru agamanya.

Pakatan pembangkang telah berjaya dalam misi mereka iaitu memecah belahkan Melayu dan menyatukan kaum Cina. Hasrat mereka untuk melihat kaum Cina menjadi tuan di bumi ini pasti akan terlaksana.

Jihad mereka telah berjaya dan sumbangan derma jihad ahli-ahli mereka telah membuahkan hasil dan amatlah tidak sia-sia. Jihad dan pengorbanan PAS serta ahli-ahlinya telah menghasilkan syurga kepada rakan mereka daripada DAP.

Syurga adalah balasan di atas kehancuran bangsa sendiri kerana apalah sangat bangsa pada mereka. UMNO perlu berjuang dengan lebih gigih untuk menyatukan orang Melayu kerana orang Melayu sebenarnya tiada parti lain selain UMNO.

Janganlah terlalu mengharapkan kerjasama dengan PAS kerana ia hanya membuang masa. Biarlah mereka dengan ego dan fantasi mereka. Jadilah Melayu yang bermaruah. Biar menang dengan bermaruah daripada menang bagai lembu yang dicucuk hidungnya. Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Sabtu, 16 April 2011

Keputusan Penuh PRN Sarawak!


Berikut adalah keputusan lengkap pilihan raya Sarawak ke 10; BN = 55, DAP = 12, PKR = 3, Bebas = 1;

N01: OPAR: 8,099
1. Stephen ak Sagir (SNAP).....................674
2. Joseph Jindy ak Peter Rosen (Bebas).........475
3. Boniface Willy ak Tumek (PKR).............1,354
4. RANUM AK MINA (BN-SUPP)...................3,360

Jumlah mengundi/Votes Cast...................5,931
Peratus/Percentage...........................73.47%
Undi rosak/Spoilt votes.........................68
Majoriti/Majority............................2,006
Penyandang/Incumbent: Ranum ak Mina (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,585
Majoriti/Majority: 2,183

N02: TASIK BIRU: 15,100
1. DATUK PETER NANSIAN AK NGUSIE (BN-SPDP)........5,829
2. Frankie Jurem ak Nyombui (SNAP)..................825
3. John Tenewi Nuek (PKR).........................3,757

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................10,531
Peratus/Percentage................................69.91%
Undi rosak/Spoilt votes.............................120
Majoriti/Majority.................................2,072

Penyandang/Incumbent: Peter Nansian ak Ngusie (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,393
Majoriti/Majority: 3,203

N03: TANJONG DATU: 7,936
1. TAN SRI ADENAN SATEM (BN-PBB).................4,218
2. Gilbert Asson ak Kulong (Bebas).................215
3. Nani Sahari (PAS).............................1,002

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,497
Peratus/Percentage...............................69.52%
Undi rosak/Spoilt votes.............................62
Majoriti/Majority................................3,216
Penyandang/Incumbent: Tan Sri Adenan Satem (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,545
Majoriti/Majority: 4,136

N04: PANTAI DAMAI: 14,104
1. Suhaini Selamat (Bebas).........................111
2. DR ABDUL RAHMAN JUNAIDI (BN-PBB)..............7,425
3. Wan Zainal Abidin Wan Senusi (PKR)............2,354

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................9,995
Peratus/Percentage...............................71.17%
Undi rosak/Spoilt votes............................105
Majoriti/Majority................................5,071

Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,217
Majoriti/Majority: 2,164

N05: DEMAK LAUT: 10,437
1. DR HAZLAND ABANG HIPNI (BN-PBB)...............5,522
2. Ali Hossen bin Abang (PKR)....................1,770

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,390
Peratus/Percentage...............................70.93%
Undi rosak/Spoilt votes.............................98
Majoriti/Majority................................3,752

Penyandang/Incumbent: Dr Abang Draup Zamahari Abang Haji Zen (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,094
Majoriti/Majority: 3,605

N06: TUPONG: 17,796
1. DATUK DAUD ABDUL RAHMAN (BN-PBB)...............8,304
2. Baharuddin @ Din Shah Mokhsen (PKR)............3,753

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................12,192
Peratus/Percentage................................68.51%
Undi rosak/Spoilt votes.............................135
Majoriti/Majority.................................4,551

Penyandang/Incumbent: Datuk Daud Abdul Rahman (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,885
Majoriti/Majority: 4,572

N07: SAMARIANG: 15,942
1. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI (BN-PBB)......8,008
2. Zulrusdi Mohamad Hol (PKR).........................2,577

Jumlah mengundi/Votes Cast...........................10,729
Peratus/Percentage....................................67.55%
Undi rosak/Spoilt votes.................................144
Majoriti/Majority.....................................5,431
Penyandang/Incumbent: Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,365
Majoriti/Majority: 2,488

N08: SATOK: 10,431
1. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG (BN-PBB)...4,691
2. Ahmad Nazib Johari (PKR)...........................1,891

Jumlah mengundi/Votes Cast............................6,661
Peratus/Percentage....................................64.39%
Undi rosak/Spoilt votes..................................79
Majoriti/Majority.....................................2,800

Penyandang/Incumbent: Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,222
Majoriti/Majority: 2,798

N09: PADUNGAN: 23,576
1. Dominique Ng Kim Ho (Bebas)......................439
2. WONG KING WEI (DAP)...........................11,957
3. Sim Kiang Chiok (BN-SUPP)......................4,073

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................16,538
Peratus/Percentage................................70.23%
Undi rosak/Spoilt votes..............................69
Majoriti/Majority.................................7,884

Penyandang/Incumbent: Dominique Ng Kim Ho (PKR)
Undi diperolehi/Votes polled: 8,002
Majoriti/Majority: 1,417

N010: PENDING: 29,488
1. Prof Dr Sim Kui Hian (BN-SUPP).................6,780
2. VIOLET YONG (DAP).............................14,375

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................21,274
Peratus/Percentage................................72.27%
Undi rosak/Spoilt votes.............................119
Majoriti/Majority.................................7,595

Penyandang/Incumbent: Violet Yong (DAP)
Undi diperolehi/Votes polled: 11,632
Majoriti/Majority: 4,372

N011: BATU LINTANG: 27,833
1. Sih Hua Tong (BN-SUPP).........................4,854
2. SEE CHEE HOW (PKR)............................13,235
3. Soo Lina (Bebas).................................290

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................18,440
Peratus/Percentage................................66.38%
Undi rosak/Spoilt votes..............................61
Majoriti/Majority.................................8,381

Penyandang/Incumbent: Voon Lee Shan (DAP)
Undi diperolehi/Votes polled: 8,806
Majoriti/Majority: 3,407

N012: KOTA SENTOSA: 27,301
1. CHONG CHIENG JEN (DAP)........................12,594
2. Datuk Alfred Yap Chin Loi (BN-SUPP)............7,770

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................20,559
Peratus/Percentage................................75.41%
Undi rosak/Spoilt votes.............................195
Majoriti/Majority.................................4,824

Penyandang/Incumbent: Chong Chieng Jen (DAP)
Undi diperolehi/Votes polled:6,579
Majoriti/Majority: 531

N013: BATU KAWAH: 20,664
1. CHRISTINA CHEW WANG SEE (DAP)..................7,439
2. Tan Joo Phoi (BN-SUPP).........................6,896

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................14,519
Peratus/Percentage................................70.68%
Undi rosak/Spoilt votes.............................184
Majoriti/Majority...................................543

Penyandang/Incumbent: Tan Joo Phoi (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,755
Majoriti/Majority: 4,180

N014: ASAJAYA: 13,799
1. ABD KARIM RAHMAN HAMZAH (BN-PBB)...............7,597
2. Arip Ameran (PKR)..............................3,108

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................10,853
Peratus/Percentage................................78.85%
Undi rosak/Spoilt votes.............................148
Majoriti/Majority.................................4,489

Penyandang/Incumbent: Abdul Karim Rahman Hamzah (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,949
Majoriti/Majority: 5,063

N015: MUARA TUANG: 18,820
1. DATUK SERI MOHAMAD ALI MAHMUD (BN-PBB)........11,039
2. Noraini Hamzah (PAS)...........................3,196

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................14,534
Peratus/Percentage................................77.42%
Undi rosak/Spoilt votes.............................299
Majoriti/Majority.................................7,843
Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Haji Mohammad Ali Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 7,863
Majoriti/Majority: 6,327

N016: BENGOH: 21,955
1. Willie ak Mongin (PKR).........................4,447
2. Wejok ak Tomik (Bebas).........................1,007
3. Richard @ Peter ak Margaret (SNAP)...............928
4. DR JERIP AK SUSIL (BN-SUPP)....................8,093

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................14,750
Peratus/Percentage................................67.55%
Undi rosak/Spoilt votes.............................275
Majoriti/Majority.................................3,646

Penyandang/Incumbent: Dr Jerip ak Susil (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 7,540
Majoriti/Majority: 3,988

N017: TARAT: 16,352
1. Ateng ak Jeros (SNAP)............................567
2. ROLAND SAGEH WEE INN (BN-PBB)..................6,287
3. Peter Ato ak Mayau (PKR).......................4,292

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................11,355
Peratus/Percentage................................69.61%
Undi rosak/Spoilt votes.............................209
Majoriti/Majority.................................1,995

Penyandang/Incumbent: Roland Sageh Wee In (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,854
Majoriti/Majority: 3,256

N018: TEBEDU: 12,497
1. Kipli bin Ale (Bebas)...........................260
2. DATUK SERI MICHAEL MANYIN AK JAWONG (BN-PBB)..6,196
3. Christopher ak Kiyui (PKR)....................2,130
4. Anthony ak Nais (SNAP)..........................468

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................9,203
Peratus/Percentage...............................73.77%
Undi rosak/Spoilt votes............................149
Majoriti/Majority................................4,066

Penyandang/Incumbent: Datuk Michael Manyin ak Jawong (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,107
Majoriti/Majority: 4,256

N019: KEDUP: 17,466
1. Lainus ak Andrew Luwak (PKR)...................4,211
2. MACLAINE BEN @ MARTIN BEN (BN-PBB).............6,476
3. Amin ak Banti (Bebas)............................397
4. Belayong ak Jayang (SNAP)........................666

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................11,915
Peratus/Percentage................................69.44%
Undi rosak/Spoilt votes.............................165
Majoriti/Majority.................................2,265

Penyandang/Incumbent: Frederick Bayoi ak Manggie (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,635
Majoriti/Majority: 1,981

N020: SADONG JAYA: 7,656
1. AIDEL LARIWOO (BN-PBB)........................4,008
2. Mahayudin Wahab (Bebas).........................402
3. Abang Eddy Allyanny Abang Fauzi (PAS).........1,074

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,573
Peratus/Percentage...............................73.00%
Undi rosak/Spoilt votes.............................89
Majoriti/Majority................................2,934

Penyandang/Incumbent: Datuk Wan Abdul Wahab Wan Sanusi (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,715
Majoriti/Majority: 858

N021: SIMUNJAN: 10,104
1. MOHD NARODEN MAJAIS (BN-PBB)..................5,465
2. Mashor Hussen (PKR)...........................1,417
3. Zaini bin Le'' (Bebas)...........................179
4. Mac Palima ak Nyambil (PCM).....................237

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,383
Peratus/Percentage...............................73.29%
Undi rosak/Spoilt votes.............................85
Majoriti/Majority................................4,048

Penyandang/Incumbent: Mohd Naroden Majais (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,786
Majoriti/Majority: 3,350

N022: SEBUYAU: 8,042
1. Ali bin Semsu (Bebas)............................67
2. Adam Ahid (PAS)...............................1,769
3. JULAIHI NARAWI (BN-PBB).......................4,045

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,968
Peratus/Percentage...............................74.35%
Undi rosak/Spoilt votes.............................87
Majoriti/Majority................................2,276

Penyandang/Incumbent: Julaihi Narawi (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,748
Majoriti/Majority: 2,448

N023: LINGGA: 7,745
1. SIMOI PERI (BN-PBB)...........................3,652
2. Abang Ahmad Arabi Abang Bolhassan (PKR).......1,146
3. Abang Othman Abang Gom (SNAP)...................359

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,240
Peratus/Percentage...............................67.66%
Undi rosak/Spoilt votes.............................83
Majoriti/Majority................................2,506

Penyandang/Incumbent: Simoi Peri (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,245
Majoriti/Majority: 1,870

N024: BETING MARO: 7,868
1. RAZAILI GAPOR (BN-PBB)........................3,069
2. Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (PAS)........2,678

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,808
Peratus/Percentage...............................73.82%
Undi rosak/Spoilt votes.............................61
Majoriti/Majority..................................391
Penyandang/Incumbent: Bolhassan Di @ Ahmad Di (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,796
Majoriti/Majority: 895

N025: BALAI RINGIN: 8,798
1. Ibi ak Uding (PKR)............................1,260
2. SNOWDAN LAWAN (BN-PRS)........................4,145
3. Dan ak Giang (SNAP).............................765
4. Lipeh ak Mawi (PCM).............................126
5. Cobbold ak Lusoi (Bebas).........................85
6. Sujal ak Gansi (Bebas)...........................32

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,523
Peratus/Percentage...............................74.38%
Undi rosak/Spoilt votes............................110
Majoriti/Majority................................2,885

Penyandang/Incumbent: Snowdan Lawan (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,075
Majoriti/Majority: 1,516

N026: BUKIT BEGUNAN: 7,778
1. MONG AK DAGANG (BN-PRS).......................3,671
2. Lias ak Julai (Bebas)...........................188
3. Jimmy Lim @ Jimmy Donald (PKR)..................898
4. Ivanhoe Anthony ak Belon (SNAP).................638

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,451
Peratus/Percentage...............................70.35%
Undi rosak/Spoilt votes.............................56
Majoriti/Majority................................2,773
Penyandang/Incumbent: Mong ak Dagang (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,083
Majoriti/Majority: 1,00

N027: SIMANGGANG: 10,488
1. Leon Jimat Donald (DAP).......................2,311
2. DATUK FRANCIS HARDEN AK HOLLIS (BN-SUPP)......4,758

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,136
Peratus/Percentage...............................68.37%
Undi rosak/Spoilt votes.............................67
Majoriti/Majority................................2,447

Penyandang/Incumbent: Datuk Francis Harden ak Hollis (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,144
Majoriti/Majority: 4,258

N028: ENGKELILI: 9,444
1. DR JOHNICHAL RAYONG AK NGIPA (BN-SUPP)........4,928
2. Jimmy Simon Maja (Bebas)........................414
3. Semijie ak Janting (SNAP).......................393
4. Marudi @ Barudi ak Mawang (PKR)...............1,121

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,926
Peratus/Percentage...............................73.34%
Undi rosak/Spoilt votes.............................70
Majoriti/Majority................................3,807

N029: BATANG AI: SARAWAK: 8,728
1. Nicholas Bawin ak Anggat (PKR)................1,719
2. MALCOM MUSSEN AK LAMOH (BN-PRS)...............4,460

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,262
Peratus/Percentage...............................71.96%
Undi rosak/Spoilt votes.............................83
Majoriti/Majority................................2,741

Penyandang/Incumbent: Malcom Mussen ak Lamoh (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes p

N030: SARIBAS: 8,054
1. RICKY @ MOHAMMAD RAZI SITAM (BN-PBB)..........3,865
2. Abang Zulkifli Abang Engkeh (PKR).............2,137

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,078
Peratus/Percentage...............................75.83%
Undi rosak/Spoilt votes.............................76
Majoriti/Majority................................1,728

Penyandang/Incumbent: Dr Wahbi Junaidi (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,441
Majoriti/Majority: 94

N031: LAYAR: 8,109
1. Joe ak Unggang (SNAP)...........................183
2. Stanny Embat Dharoh ak Laja (PKR).............1,787
3. Ngumbang @ Kibak ak Datu (Bebas)................170
4. TAN SRI DR ALFRED JABU AK NUMPANG (BN-PBB)....3,703

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,934
Peratus/Percentage...............................73.71%
Undi rosak/Spoilt votes.............................91
Majoriti/Majority................................1,916

Penyandang/Incumbent: Tan Sri Dr Alfred Jabu ak Numpang (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,767
Majoriti/Majority: 2,677

N032: BUKIT SABAN: 7,657
1. Dayrell Walter Entrie (SNAP)....................641
2. Jerah ak Engkiong @ Edward Jerah (PKR)........1,125
3. ROBERT LAWSON CHUAT (BN-PBB)..................3,899

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,743
Peratus/Percentage..............................75.24%
Undi rosak/Spoilt votes.............................78
Majoriti/Majority................................2,774
Penyandang/Incumbent: Robert Lawson Chuat (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,258
Majoriti/Majority: 1,878

N033: KALAKA: 14,167
1. Ismail bin Hussain (Bebas).....................1,665
2. ABDUL WAHAB AZIZ (BN-PBB)......................6,835
3. Mohd Yahya Abdullah (PKR)......................1,511

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................10,131
Peratus/Percentage................................72.01%
Undi rosak/Spoilt votes.............................120
Majoriti/Majority.................................5,170

Penyandang/Incumbent: Abdul Wahab Aziz (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 7,396
Majoriti/Majority: 5,929

N034: KRIAN: 11,016
1. Liman ak Sujang (SNAP)..........................216
2. Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)........3,088
3. Banyi ak Beriak (Bebas).........................125
4. ALI AK BIJU (PKR).............................5,178

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................8,674
Peratus/Percentage...............................78.87%
Undi rosak/Spoilt votes.............................67
Majoriti/Majority................................2,090

Penyandang/Incumbent: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,784
Majoriti/Majority: 2,089

N035: BELAWAI: 8,623
1. Abdul Wahab Abdullah (PKR)......................618
2. Kiprawi bin Suhaili (Bebas).....................133
3. DATUK TALIF @ LEN SALLEH (BN-PBB).............5,164

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,006
Peratus/Percentage...............................70.15%
Undi rosak/Spoilt votes.............................91
Majoriti/Majority................................4,546

Penyandang/Incumbent: Hamden Ahmad (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,102
Majoriti/Majority: 3,316

N036: SEMOP: 8,891
1. ABDULLAH SAIDOL (BN-PBB)......................4,814
2. Ong Chung Siew (PKR)............................564
3. Ajiji Fauzan (Bebas)............................419

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,911
Peratus/Percentage...............................66.55%
Undi rosak/Spoilt votes............................114
Majoriti/Majority................................4,250
Penyandang/Incumbent: Datuk Mohamad Asfia Awang Nasar (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,479
Majoriti/Majority: 3,226

N037: DARO: 7,305
1. MURNI SUHAILI (BN-PBB)........................3,867
2. Jamaludin Ibrahim (PKR).........................475
3. Muhamad Zamhari Berawi (Bebas)..................670
4. Noh @ Muhamad Noh Bakri @ Bakeri (Bebas)........129

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,246
Peratus/Percentage...............................72.07%
Undi rosak/Spoilt votes............................105
Majoriti/Majority................................3,197
Penyandang/Incumbent: Murni Suhaili (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding/Won Unopposed)

N038: JEMORENG: 8,635
1. Asbor Abdullah (Bebas)...........................77
2. Abdul Hafiz Noh (Bebas).......................1,579
3. GANI @ ABU SEMAN JAHWIE (BN-PBB)..............4,505

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,281
Peratus/Percentage...............................72.90%
Undi rosak/Spoilt votes............................120
Majoriti/Majority................................2,926
Penyandang/Incumbent: Abu Seman Jahwie (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,567
Majoriti/Majority: 1,710

N039: REPOK: 18,481
1. DR WONG HUA SEH (DAP)..........................7,900
2. Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)............5,221

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................13,364
Peratus/Percentage................................72.44%
Undi rosak/Spoilt votes.............................243
Majoriti/Majority.................................2,679
Penyandang/Incumbent: Datuk David Teng Lung Chi (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,502
Majoriti/Majority: 576

N040: MERADONG: 15,337
1. Ling Kie King (BN-SUPP)........................4,197
2. TING TZE FUI (DAP).............................6,884

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................11,188
Peratus/Percentage................................73.06%
Undi rosak/Spoilt votes.............................107
Majoriti/Majority.................................2,687
Penyandang/Incumbent: Ting Tze Fui (DAP)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,990
Majoriti/Majority: 3,578

N041: PAKAN : 9,274
1. DATUK SERI WILLIAM MAWAN (BN-SPDP)............3,938
2. Jamal Bin Abdullah @ Tedong ak Gunda (SNAP)...2,741

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,762
Peratus/Percentage...............................73.16%
Undi rosak/Spoilt votes.............................83
Majoriti/Majority................................1,197
Penyandang/Incumbent: Datuk Seri William Mawan (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,138
Majoriti/Majority: 1,763

N042: MELUAN: 11,487
1. John Brian Anthony ak Jeremy Guang (PKR)......2,973
2. WONG AK JUDAT (BN-SPDP).......................4,615
3. Labang ak Jamba (SNAP)..........................312

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................8,019
Peratus/Percentage...............................70.00%
Undi rosak/Spoilt votes.......................... 119
Majoriti/Majority................................1,642

Penyandang/Incumbent: Wong ak Judat (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,086
Majoriti/Majority: 3,007

N043: NGEMAH: 8,058
1. ALEXANDER VINCENT (BN-PRS)....................2,361
2. Yakup Khalid (Bebas)............................278
3. Adeh ak Denong (PCM)..........................1,366
4. Michael ak Lias (SNAP)..........................577
5. Aris ak Alap (PKR)..............................650

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,324
Peratus/Percentage...............................66.13%
Undi rosak/Spoilt votes.............................92
Majoriti/Majority..................................995
Penyandang/Incumbent: Gabriel Adit ak Demong (IND)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,582
Majoriti/Majority: 549

N044: MACHAN: 9,944
1. Augustine ak Liom @ August Kiom (SNAP)..........338
2. Kong Tat Kim (PCM)..............................696
3. DATUK GRAMONG JUNA (BN-PBB)...................3,683
4. George Chen Nguk Fa (PKR).....................2,054

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,880
Peratus/Percentage...............................69.34%
Undi rosak/Spoilt votes............................109
Majoriti/Majority................................1,629

Penyandang/Incumbent: Datuk Gramong Juna (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,045
Majoriti/Majority: 2,289

N045: BUKIT ASSEK: 26,926
1. Hii Tiong Huat (Bebas)...........................180
2. Chieng Huong Toon (BN-SUPP)....................4,700
3. WONG HO LENG (DAP)............................13,527

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................18,504
Peratus/Percentage...............................68.77%
Undi rosak/Spoilt votes..............................97
Majoriti/Majority.................................8,827
Penyandang/Incumbent: Wong Ho Leng (DAP)
Undi diperolehi/Votes polled: 10,380
Majoriti/Majority: 4,751

N046: DUDONG: 26,251
1. YAP HOI LIONG (DAP)............................9,649
2. Datuk Tiong Thai King (BN-SUPP)................9,332
3. Apandi Abdul Rani (Bebas)........................174

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................19,366
Peratus/Percentage................................74.17%
Undi rosak/Spoilt votes.............................211
Majoriti/Majority...................................317
Penyandang/Incumbent: Dr Soon Choon Teck (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 7,359
Majoriti/Majority: 408

N047: BAWANG ASSAN: 16,743
1. Alice Lau Kiong Yieng (DAP)...................5,508
2. DATUK SERI WONG SOON KOH (BN-SUPP)............7,316

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................12,930
Peratus/Percentage................................77.26%
Undi rosak/Spoilt votes.............................106
Majoriti/Majority.................................1,808

Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Wong Soon Koh (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,804
Majoriti/Majority: 2,504

N048: PELAWAN: 28,808
1. Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)..............6,927
2. DAVID WONG KEE WOAN (DAP).....................13,318

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................20,336
Peratus/Percentage................................70.74%
Undi rosak/Spoilt votes..............................91
Majoriti/Majority.................................6,391

Penyandang/Incumbent: Vincent Goh Chung Siong (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 7,375
Majoriti/Majority: 263

N049: NANGKA: 14,197
1. DR ANNUAR RAPAEE (BN-PBB)......................7,710
2. Norisham Mohamed Ali (PKR).....................2,408

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................10,270
Peratus/Percentage................................72.34%
Undi rosak/Spoilt votes.............................152
Majoriti/Majority.................................5,302

Penyandang/Incumbent: Awang Bemee Awang Ali Basah (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,202
Majoriti/Majority: 4,815

N050: DALAT: 11,857
1. DATIN FATIMAH ABDULLAH @ TING SAI MING (BN-PBB)...6,288
2. Sylvester Ajah Subah @ Ajah Subah (PKR)...........1,298
3. Salleh Mahali (Bebas)...............................257

Jumlah mengundi/Votes Cast...........................8,038
Peratus/Percentage...................................68.05%
Undi rosak/Spoilt votes................................195
Majoriti/Majority....................................4,990
Penyandang/Incumbent: Fatimah Abdullah @ Ting Sai Ming (BN-PBB)
(Menang Tidak Bertanding/Won Unopposed)

N051: BALINGIAN: 11,792
1. Suriati Abdullah (PKR)..........................871
2. TAN SRI ABDUL TAIB MAHMUD (BN-PBB)............6,210
3. Datuk Salleh Jafaruddin (Bebas)...............1,056

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................8,253
Peratus/Percentage...............................70.22%
Undi rosak/Spoilt votes............................116
Majoriti/Majority................................5,154

Penyandang/Incumbent: Tan Sri Abdul Taib Mahmud (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,393
Majoriti/Majority: 5,726

052: TAMIN: 12,244
1. JOSEPH MAUH AK IKEH (BN-PRS)...................4,998
2. Mengga ak Mikui (PKR)..........................3,706

Jumlah mengundi/Votes Cast........................8,885
Peratus/Percentage................................72.65%
Undi rosak/Spoilt votes.............................181
Majoriti/Majority.................................1,292

Penyandang/Incumbent: Joseph Mauh ak Ikeh (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,639
Majoriti/Majority: 2,377

N053: KAKUS: 9,604
1. Dick @ Laurance Dick Sekalai (PCM)..............186
2. Paul Anyie Raja (PKR).........................2,764
3. JOHN SIKIE AK TAYAI (BN-PRS)..................3,366
4. Entali ak Empin (Bebas).........................141

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,562
Peratus/Percentage...............................68.45%
Undi rosak/Spoilt votes............................105
Majoriti/Majority..................................602

Penyandang/Incumbent: John Sikei ak Tayai (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,739
Majoriti/Majority: 2,852

N054: PELAGUS: 15,322
1. Stanley Nyitar @ Unja ak Malang (BN-PRS)......2,903
2. GEORGE AK LAGONG (BEBAS)......................5,740
3. Edward Sumbang ak Asun (PKR)..................1,171

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................9,986
Peratus/Percentage...............................65.36%
Undi rosak/Spoilt votes............................172
Majoriti/Majority................................2,837
Penyandang/Incumbent: Larry Sng Wei Shien (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,965
Majoriti/Majority: 3,239

N055: KATIBAS: 8,542
1. DATUK AMBROSE BLIKAU AK ENTURAN (BN-PBB)......3,326
2. Toh Heng San (SNAP).............................897
3. Munan ak Laja (PKR)...........................1,070

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,378
Peratus/Percentage...............................63.18%
Undi rosak/Spoilt votes.............................85
Majoriti/Majority................................2,256

Penyandang/Incumbent: Datuk Ambrose Blikau ak Enturan (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 3,887
Majoriti/Majority: 3,332

N056: BALEH: 11,287
1. DATUK SERI DR JAMES MASING (BN-PRS)..........5,242
2. Bendindang ak Manjah (PKR)...................1,344

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,684
Peratus/Percentage.............................. 59.22%
Undi rosak/Spoilt votes..............................0
Majoriti/Majority................................3,898
Penyandang/Incumbent: Datuk Seri Dr James Masing (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,330
Majoriti/Majority: 4,802

N057: BELAGA: 8,463
1. John Bampa @ Tusau (SNAP).......................368
2. Matthew ak Munan (Bebas).........................27
3. Basah Kesing @ Ali Basah Kesing (PKR).........1,046
4. Michael Jok (Bebas)..............................94
5. Kenneth Adan Silek (Bebas)......................330
6.LIWAN LAGANG (BN-PRS)..........................3,974

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,913
Peratus/Percentage...............................69.87%
Undi rosak/Spoilt votes.............................74
Majoriti/Majority................................2,928

Penyandang/Incumbent: Liwan Lagang (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 1,855
Majoriti/Majority: 227

N058: JEPAK: 12,979
1. Ramli Malaka (SNAP).............................433
2. Abdul Jalil Bujang (PKR)......................2,342
3. DATUK TALIB ZULPILIP (BN-PBB).................5,470
4. Abdul Kuddus Ramlee (Bebas).....................477
5. Awang Abdillah Awang Nasar (Bebas)...............89

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................8,944
Peratus/Percentage...............................69.36%
Undi rosak/Spoilt votes............................133
Majoriti/Majority................................3,128

Penyandang/Incumbent: Datuk Talip Zulpilip (BN-PRS)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,997
Majoriti/Majority: 3,179

N059: KIDURONG: 27,225
1. CHIEW CHIU SING (DAP).........................12,493
2. Henry Ling Koung Meng (BN-SUPP)................5,563

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................18,200
Peratus/Percentage................................67.30%
Undi rosak/Spoilt votes.............................144
Majoriti/Majority.................................6,930

Penyandang/Incumbent: Chiew Chiu Sing (DAP)
Undi diperolehi/Votes polled: 8,517
Majoriti/Majority: 1,664

N060: KEMENA: 14,082
1. Liam Rengga (Bebas)..............................197
2. Bernard Binar Bayang ak Rading (PKR)...........3,020
3. DR STEPHEN RUNDI AK UTOM (BN-PBB)..............6,369
4. Ungun ak Bayan (SNAP)............................285

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................10,033
Peratus/Percentage................................71.29%
Undi rosak/Spoilt votes.............................162
Majoriti/Majority.................................3,349

Penyandang/Incumbent: Dr Stephen Rundi ak Utom (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,750
Majoriti/Majority: 1,572

N061: BEKENU: 10,672
1. ROSEY YUNUS (BN-SPDP).........................4,946
2. Dyg Juliana Awg Tambi (PCM).....................284
3. Thony ak Badak (SNAP)...........................570
4. Ishak Mahwi (PKR).............................1,232

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,135
Peratus/Percentage...............................66.86%
Undi rosak/Spoilt votes............................103
Majoriti/Majority................................3,714

Penyandang/Incumbent: Rosey Yunus (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,357
Majoriti/Majority: 3,072

N062: LAMBIR: 14,144
1. RIPIN LAMAT (BN-PBB)..........................4,625
2. Johari Bujang (SNAP)............................693
3. Zolhaidah Suboh (PKR).........................3,104

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................8,565
Peratus/Percentage...............................60.72%
Undi rosak/Spoilt votes............................143
Majoriti/Majority................................1,521

Penyandang/Incumbent: Aidan Wing (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,331
Majoriti/Majority: 2,834

N063: PIASAU: 16,600
1. LING SIE KIONG (DAP)...........................5,998
2. Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)...............4,408

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................10,479
Peratus/Percentage...............................63.13%
Undi rosak/Spoilt votes..............................73
Majoriti/Majority.................................1,590

Penyandang/Incumbent: Tan Sri Dr George Chan (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,573
Majoriti/Majority: 3,918

N064: PUJUT: 22,577
1. Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)...................5,271
2. FONG PAU TECK (DAP)............................9,120

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................14,458
Peratus/Percentage................................64.17%
Undi rosak/Spoilt votes..............................67
Majoriti/Majority.................................3,849

Penyandang/Incumbent: Andy Chia Chu Fatt (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 6,493
Majoriti/Majority: 1,370

N065: SENADIN: 22,432
1. Michael Teo Yu Keng (PKR)......................7,276
2. DATUK LEE KIM SHIN (BN-SUPP)...................7,334

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................14,796
Peratus/Percentage................................66.05%
Undi rosak/Spoilt votes.............................186
Majoriti/Majority....................................58

Penyandang/Incumbent: Datuk Lee Kim Shin (BN-SUPP)
Undi diperolehi/Votes polled: 7,173
Majoriti/Majority: 4,799

N066: MARUDI: 13,093
1. SYLVESTER ENTRIE AK MURAN (BN-SPDP)...........4,578
2. Michael Ding Tuah (Bebas).......................122
3. Gerang ak Dagom (PKR).........................1,376
4. Edwin Dundang ak Bugak (SNAP)...................281

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................6,443
Peratus/Percentage...............................49.21%
Undi rosak/Spoilt votes.............................86
Majoriti/Majority................................3,202
Penyandang/Incumbent: Sylvester Entrie ak Muran (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,954
Majoriti/Majority: 4,284

N067: TELANG USAN: 13,623
1. Harrison Ngau Laing (PKR).....................2,752
2. Kebing Wan (SNAP)...............................705
3. Jok Ding (Bebas)................................623
4. DENNIS NGAU (BN-PBB)..........................3,597

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,763
Peratus/Percentage...............................57.15%
Undi rosak/Spoilt votes.............................86
Majoriti/Majority..................................845

Penyandang/Incumbent: Lihan Jok (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 4,593
Majoriti/Majority: 2,771

N068: BUKIT KOTA: 14,471
1. Leong Kwang Yew (DAP).........................1,774
2. Usop Jidin (Bebas)..............................398
3. DR ABDUL RAHMAN ISMAIL (BN-PBB)...............6,835
4. Ladis Pandin (Bebas)............................353

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................9,425
Peratus/Percentage...............................65.44%
Undi rosak/Spoilt votes.............................65
Majoriti/Majority................................5,061

Penyandang/Incumbent: Dr Abdul Rahman Ismail (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,501
Majoriti/Majority: 3,229

N069: BATU DANAU: 7,636
1. Dr Lau Liak Koi (PKR).........................1,348
2. Lawrence Cosmas Sunang ak Simpang (SNAP)........140
3. PALU @ PAULUS AK GUMBANG (BN-SPDP)............3,667

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................5,227
Peratus/Percentage...............................68.45%
Undi rosak/Spoilt votes.............................72
Majoriti/Majority................................2,319

Penyandang/Incumbent: Palu @ Paulus ak Gumbang (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,961
Majoriti/Majority: 1,262

N070: BA'KELALAN: 6,958
1. BARU BIAN (PKR)...............................2,505
2. Willie Liau (BN-SPDP).........................2,032

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................4,574
Peratus/Percentage...............................65.90%
Undi rosak/Spoilt votes.............................37
Majoriti/Majority..................................473

Penyandang/Incumbent: Balang Rining (BN-SPDP)
Undi diperolehi/Votes polled: 2,064
Majoriti/Majority: 475

N071: BUKIT SARI: 9,983
1. DATUK AMAR AWANG TENGAH ALI HASSAN (BN-PBB)...6,018
2. Japar Suyut (PKR)...............................955

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................7,067
Peratus/Percentage...............................70.79%
Undi rosak/Spoilt votes.............................94
Majoriti/Majority................................5,063

Penyandang/Incumbent: Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan (BN-PBB)
Undi diperolehi/Votes polled: 5,596
Majoriti/Majority: 5,275


Tahniah dan syabas diucapkan kepada BN Sarawak.

Juragan Malawati..

Khamis, 14 April 2011

Video seks panas : Polis sudah kenal pasti siapa pelakon utama!

Polis telah mengenal pasti lelaki di dalam rakaman video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar hari ini. Kata beliau, kertas siasatan kes berkenaan dijangka selesai minggu depan.

“Kami sekarang mengenal pasti siapa pemilik jam tangan Omega yang diserahkan kepada polis," katanya kepada pemberita di sini.

Ditanya sama ada wanita dalam klip video itu telah dikenal pasti dan diambil keterangan, Ismail berkata, kesemua yang terlibat dengan video berkenaan telah diambil keterangan.

Pada 4 April lalu, klip video seks berkenaan dimuat naik ke laman web Youtube petang Isnin.

Klip berdurasi selama 1:47 saat itu memaparkan tiga individu iaitu dua lelaki bersama seorang wanita dipercayai pelacur sebelum salah seorang lelaki terbabit keluar meninggalkan pasangan berkenaan.

Beberapa blog anti pembangkang turut memaparkan klip video yang diambil dari Youtube.

Bagaimanapun, klip berkenaan hanyalah sebahagian daripada rakaman sebenar yang berdurasi hampir setengah jam.

Berdasarkan rakaman asal video itu tertera tarikh 21 Februari dari pukul 10.23 malam hingga 10.45 malam.

Individu yang keluar meninggalkan lelaki dan pelacur itu di dalam bilik berkenaan dikatakan ahli perniagaan, Datuk Syazril Eskay Abdullah.

Pada 25 Mac lalu, Syazril Eskay dan bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik menyerahkan pita video seks dan jam tangan Omega kepada polis pada Khamis walaupun sebelum ini berkeras enggan berbuat demikian yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mereka berdua adalah trio 'Datuk T' yang mengaku termasuk Datuk Shuib Lazim sebagai yang bertanggungjawab memperlihatkan kepada wakil media klip video seks terbabit pada Isnin.

Anwar yang menafikan beliau adalah lelaki di dalam klip berkenaan pada Selasa membuat laporan polis mendakwa 'Datuk T' mengugutnya dan isteri, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail.

Siapa yang makan cili, dialah yang akan merasa pedasnya. Sama-samalah kita tunggu pengumuman dari pihak polis nanti..!!! Berani kerana benar, takut kerana salah..!!!

Juragan Malawati..

Rabu, 13 April 2011

Suami isteri sepatutnya menjalani ujian pengesan pembohongan atau berundur!

Anwar Ibrahim dan isteri, Wan Azizah Wan Ismail wajar berundur daripada dunia politik tanah air jika enggan menjalani ujian pengesan pembohongan berhubung isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Presiden Persatuan Sosial Harmoni Malaysia, Nordin Ahmad berkata, walaupun Anwar dan Wan Azizah menafikan lelaki di dalam rakaman video itu adalah ketua pembangkang tersebut, rakyat mahukan bukti kukuh yang mengesahkan pasangan itu berada di pihak benar.

"Jika tidak bersalah, kenapa nak takut? Demi kebenaran, apa masalahnya sehingga susah sangat hendak tunjuk jam tangan Omega? Mengapa perlu gelabah dan melepaskan geram terhadap wartawan yang bertanyakan tentang jam tangan berkenaan? Jika ada, tunjukkan. Rakyat pun nak tahu.

"Baguslah ada cadangan supaya mereka berdua menjalani ujian pengesan pembohongan, tetapi bagi saya kalau hendak selesai, tunjukkan sahaja jam tangan itu jika ada pada mereka," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata Nordin yang juga bekas Setiausaha Biro Penerangan Pemuda PKR, selepas dibelenggu dengan pelbagai isu termasuk kes liwat, Anwar sepatutnya berundur seperti yang pernah dilakukan oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek.

"Pergilah berehat, selepas kes yang membelenggu hidupnya selesai, kalau hendak bertanding semula dan diterima oleh penyokongnya, bertandinglah," jelasnya.

Katanya, berhubung kes terbaru membabitkan isu rakaman video aksi seks, ramai kalangan pemimpin PKR itu keliru dengan sikap Anwar dan Wan Azizah.-UM.

Juragan Malawati..

Selasa, 12 April 2011

6 bukti, 'wajah' sebenar Anwar!

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin semalam mengemukakan enam bukti, petunjuk dan isyarat yang menyerlahkan "wajah sebenar" Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk dinilai oleh rakyat.

Beliau berkata, di sebalik solat hajat yang dianjurkan pembangkang untuk mencari kebenaran berkaitan isu membelenggu Anwar, tanpa disedari petunjuk kebenaran yang dicari itu sebenarnya sudah terbentang di depan mata mereka.

Namun, katanya, bagi yang taksub dengan manusia yang dilabel isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai "anugerah Tuhan" itu, kebenaran akan hanya diakui dan diterima oleh mereka sekiranya mereka melihat Mohd. Saiful Bukhari Azlan muncul berkudis sopak atau Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi gila.

"Sebab itu, jika ada isyarat (petunjuk) lain, mereka akan jadi PBB - Pekak Bisu Buta. Bagi yang taksub ini, cuba renung-renungkan isyarat, bukti dan keterangan yang Allah telah hantar setakat ini.

"Pertama, Anwar terbukti seorang pembohong dan satu bukti jelas adalah pembohongan 16 September. Satu dunia dia temberang dan kelentong.

"Tidak pernahkah semua bertanya dalam hati kecil, kalau Anwar boleh bohong satu dunia pasal 16 September dan langsung tidak menunjukkan rasa bersalah, apatah lagi bertaubat dan meminta maaf, tidak mungkinkah dia boleh berbohong dalam hal lain?

"Kebenaran apa lagi yang kalian tunggu?'' katanya dalam entri bertajuk 'Haq Dan Kebenaran' di blognya, zul4kulim.blogspot.com.

Soal kedua, jelasnya, sikap liat Anwar untuk bersumpah laknat bagi membersihkan namanya yang dituduh meliwat Mohd. Saiful.

"Tidak pernahkah kalian bertanya, kenapa Anwar liat sangat nak bersumpah laknat? Banyak solat hajat dibuat untuk melaknat Mohd. Saiful sampai ada yang memintanya jadi cacat, gila dan kena sopak. Tetapi, mengapa yang kelihatan semakin 'dilaknat' bukannya Mohd. Saiful tetapi dia (Anwar)?'' jelasnya.

Ketiga, kata Zulkifli, berkaitan sikap liat Anwar untuk menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA) dalam kes tuduhan liwat berkenaan yang sebenarnya tidak sedikit pun merugikan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu jika beliau yakin berada di pihak yang benar.

"Bukti keempat, dalam kes rakaman video seks terbaru, mengapa Anwar melenting kata itu bukan dia walaupun tidak ada sesiapa pun yang menuduhnya. Anwar kata pada masa kejadian, dia sedang sibuk dengan Tweeter dan jam tangan Omega yang ditemui Datuk Shazryl Eskay Abdullah ada pada Wan Azizah.

"Oleh itu, pernahkah kalian bertanya kenapa Twitter Anwar kosong dari pukul 9.30 hingga 11.30 malam? Kenapa Anwar dan Wan Azizah juga liat nak tunjukkan jam Omega kalau betul ada pada mereka? Kenapa kawan baiknya (Shazryl Eskay) sendiri dedahkan klip video itu?'' soal beliau.

Tambah Zulkifli, bukti kelima dan keenam yang harus difikir bersama adalah berkaitan persoalan sikap Karpal Singh yang dahulunya pernah mendedahkan kegiatan liwat Anwar pada 22 Oktober 1997 tetapi kini beria-ia menjadi peguam bela Anwar.

Selain itu katanya, mengapa begitu ramai rakan baik Anwar sebelum ini, seperti Dr. Chandra Muzaffar serta Senator Ezam Mohd. Nor bertindak lari dan kini menentangnya secara terbuka.

"Sebenarnya, banyak lagi isyarat dan petanda yang telah Allah hantar. Persoalannya, tidakkah terfikir yang Allah mungkin telah pun memberi petanda, bukti, isyarat dan amaran serta menjawab semua doa dan solat hajat memohon petunjuk itu? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing,'' tambahnya.-UM

Juragan Malawati..

Isnin, 11 April 2011

Apa tujuan Anwar fitnah Perdana Menteri?

Anwar Ibrahim ternyata sangat iri hati dengan Datuk Seri Najib Tun Razak apabila cuba mengaitkan Perdana Menteri dengan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu ketika dirinya terdesak dalam isu rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin pembangkang.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Senator Ezam Mohd. Nor menyifatkan tindakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu melayakkan beliau digelar 'raja fitnah.'

Menurut beliau, Anwar yang kini dilihat berada dalam keadaan terdesak sengaja melempar fitnah itu sedangkan umum mengetahui bahawa pendedahan berhubung rakaman video aksi seks itu dibuat oleh trio 'Datuk T'.

"Mengapa Anwar hendak melempar fitnah terhadap Perdana Menteri. Anwar amat biadap. Ternyata Anwar sangat iri hati dengan Perdana Menteri," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ezam seterusnya mempersoalkan tindakan Anwar tidak menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh pada 1997 ketika peguam itu membuat kenyataan di Hotel Federal tentang kegiatan liwatnya.

"Kini sudah jelas bahawa Anwar sememangnya seorang pemimpin yang paling berat sebelah (dalam tindakannya)," ujar beliau.

Juragan Malawati..

Ahad, 10 April 2011

PRN Sarawak : Depa auta pengundi, kelentong rakyat, penduduk akhirnya sengsara!

Tumpuan parti politik kini terarah ke Sarawak. Ramai penceramah berkempen di pentas pilihan raya yang ke-10 itu. Barisan Nasional (BN) dan pembangkang khususnya Trio Semenanjung - PKR, DAP, Pas turut menurunkan penceramah masing-masing.

BN tentulah dengan janji pembangunannya sementara trio pakatan membangkitkan apa sahaja untuk ‘menyerang’ BN. Maka dalam keghairahan berkempen ini, disebabkan tidak ada modal, individu dijadikan sasaran. Inilah modal yang sering digunakan pembangkang. Di Sarawak, Abdul Taib Mahmud turut ‘diserang’ hanya kerana beliau menjadi ketua menteri (KM) sejak penceramah politik itu masih di bangku sekolah rendah. Apa silap, salah dan dosa Abdul Taib? Inikan demokrasi pilihan rakyat? Sebenarnya ketika dia berkata demikian, dia lupa demokrasi ala pembangkang. Lupa menyebut, ketika dia di sekolah, kemudian masuk universiti, bekerja dan terlibat dalam barisan depan politik, orang yang sama terus memimpin parti politik dan menjadi wakil rakyat.

Contoh terdekat ialah dalam trionya sendiri iaitu Lim Kit Siang, Karpal Singh dan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Kit Siang, 70 menjadi wakil rakyat sejak 1969. Beliau hampir bersara daripada politik selepas kalah pilihan raya tetapi membatalkannya. Mungkin penceramah itu akan berkata, Kit Siang bukan memimpin negeri. Tetapi bagaimana kalau dia juga menjadi KM pada 1969? Mungkin dia akan tetap di situ sehingga hari ini. Begitu jugalah dengan Karpal, 71, menjadi wakil rakyat sejak 1974.

Seseorang yang kini berusia 20 tahun juga boleh bercakap mengenai Nik Aziz yang menjangkau usia 80, menjadi wakil rakyat sejak 1967 dan menjadi Menteri Besar (MB) selama 20 tahun. Dia boleh berkata, ketika di sekolah rendah, Nik Aziz ada di situ, masuk sekolah menengah kemudian universiti dan akhirnya bekerja, Nik Aziz tetap di situ. Kenapa tidak dipersoalkan apakah tidak ada orang lain?

Kata orang Penang, pi mai pi mai tang tu. Kenapalah cemburu sangat terhadap seseorang pemimpin sehingga tidak ada modal lain? Akhirnya jadilah macam tepuk air di dulang terpercik muka sendiri. Turut ‘dibedal’ ialah Najib Tun Razak serta UMNO yang tidak ada cawangan di Sarawak.

Carilah modal lain, usahlah guna modal angin dan terus memainkan peranan kelirukan rakyat menjelang pilihan raya.

Sejak dulu tema pembangkang ialah change atau ubah. Ini tema kegemaran DAP. Penceramah PKR mengambil contoh bagaimana mereka mengubah Selangor dan Pulau Pinang. Mereka kononnya menyelamatkan tanah, menjaga kebajikan rakyat, berjaya menarik pelaburan dan macam-macam lagi yang baik-baik belaka. Apa yang mereka ubah? Dalam keadaan terdesak penceramah kelentong rakyat, kelirukan rakyat dan cuba perbodohkan anak Sarawak. Maka hati-hatilah supaya tidak terjadi seperti apa yang berlaku di Pulau Pinang dan Selangor. Jangan biarkan labu yang ada dibaiki tikus. Tahu maksud bagai tikus membaiki labu?

Apabila penceramah itu berkata, UMNO Selangor tidak ada tokoh sehingga Najib dilantik sebagai ketua perhubungan, maka dia buat-buat lupa apabila MB juga tidak diberi kepercayaan memimpin parti di peringkat Selangor. Maknanya dua kali lima, lima kali dua. Dia juga lupa sebelum ini siapakah yang dinobatkan untuk pimpin PKR di Sabah dan Wilayah Persekutuan.

Inilah demokrasi ala pembangkang. Apa yang mereka buat semuanya benar, tetapi apabila BN lakukan atau melibatkan jentera kerajaan, macam-macam dakwaan dikenakan. Bayangkan apa desakan dan tawaran Pas, PKR dan DAP kepada keluarga mangsa jika kes ustaz pukul murid sehingga membawa kematian melibatkan guru sekolah di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran? Bukan sekadar satu Malaysia, tetapi satu dunia trio ini akan pusing berkempen hentam kerajaan. Mungkin diminta tubuh suruhanjaya siasatan diraja.

Kembali kepada penceramah tadi, kenapa tidak dibangkitkan tidak adakah anak Pulau Pinang yang mampu jadi KM? Mungkin akan dijawab ‘kitakan 1Malaysia!’ Tetapi apabila terpampang poster atau perkataan 1Malaysia, masing-masing kelam kabut. Semuanya hendak diturunkan. Marah sangat dengan 1Malaysia bersama potret Najib. Tetapi kelmarin, Nik Aziz turut menunjukkan isyarat 1Malaysia bersama Najib. Syukur Alhamdulillah!

Sebut pasal Pulau Pinang, teringat isu flat Rifle Range atau Flat Padang Tembak. Menyelak kembali kenangan lalu, dua puluh lima tahun lalu, ketika mula-mula mengenali dunia pekerjaan di negeri itu, penulis pernah menumpang tinggal bersama Abang Chak (sepupu) di salah satu blok flat ini. Hari-hari naik bas MPPP atau ‘bas hijau’ ke tempat kerja di Jalan Argyll. Waktu pagi, ada kanak-kanak yang naik dari satu tingkat ke satu tingkat sambil melaungkan nasi...lemak...kuih....kuih.

Waktu malam ketika pulang, singgah beli mi kuah di gerai Melayu yang menumpang di restoran Cina. Begitulah kehidupan di flat Padang Tembak yang rata-rata penghuninya bukan orang senang. Tetapi ketika itu era Dr. Lim Chong Eu.

Kini di bawah era Lim Guan Eng. Baru-baru ini beliau gelabah sikit apabila mendapat tahu pemimpin 1Malaysia akan turun padang ke Padang Tembak. Guang Eng terpa ke sana untuk melawat flat itu. Semuanya gara-gara pengundi ‘menyanyikan’ lagu mana janji mu. Dulu, pada 2007 sebelum pilihan raya, Anwar Ibrahim pernah berkempen. Katanya:‘‘Saya cakap kalau piihan raya umum bulan 12, kalau PKR menang bagi saya satu bulan sama-sama dengan DAP dan Pas, bagi saya satu bulan saja, saya kasi bersih dan cat seluruh Padang Tembak”. (Selak isu ini dalam YouTube)

Tetapi dah masuk 37 bulan, jangankan cat, berus pun belum ada. Yang ada hanya slogan CAT (competency, accountability, transparency) kerajaan negeri. DAP pula seperti ‘cuci tangan’ dengan janji Anwar malahan menawarkan kepada orang lain ‘menjilat ludah’ mereka. Padahal DAP, PKR, Pas menggelarkan diri pakatan rakyat tetapi hakikatnya di kalangan mereka ada yang lontar batu sembunyi tangan.

Betullah kata sahabat saya: Kalau ini macam punya kelentong rakyat, depa ada pakat ka? Depa auta penduduk, sana sini auta, penduduk akhirnya susah.

Itu baru sekelumit janji. Entah bagaimana dengan janji Buku Jingga? Harap-harap Buku Jingga tidak bertukar menjadi janji peringkat jingga (istilah amaran tahap bahaya satu-satu bencana).

Apa pun tertarik dengan kenyataan seorang penduduk Padang Tembak dalam Buletin Utama TV3 baru-baru ini. Lebih kurang begini: ‘‘Tipu pun lima tahun saja, tak boleh lama punya...lima tahun dia habis ...hantar balik kampung’’.

Seorang lagi berkata: ‘‘Bukan sikit punya tipu, cakap pandai bikin tak boleh’’.

Ada pula yang kata: ‘‘Kalau tak boleh bikin jangan cakap, kalau sudah cakap mesti mau bikin’’. Janganlah perguna kuasa rakyat semasa pilihan raya kerana akhirnya pengundi akan sengsara.-UM.

Juragan Malawati..

Pas ibarat 'ulama ikan'!

Pas boleh diibaratkan sebagai 'ulama ikan' yang biasanya hanya akan 'menghalalkan' sesuatu hukum sekiranya ia berpihak kepada parti itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar berkata, perbuatan itu amat mengecewakan kerana ia mengelirukan masyarakat khususnya yang beragama Islam.

"Suatu hari ada seorang nelayan yang ragu-ragu sama ada ikan besar yang ditangkapnya itu boleh dimakan atau tidak lalu dibawanya berjumpa seorang 'ulama ikan'.

"Setelah merujuk kitab, ulama itu memberitahu nelayan tersebut ia (ikan) tidak boleh dimakan lalu membuatkan nelayan berkenaan bersedih.

"Nelayan tersebut memberitahu dia sedih kerana ingin memberikan separuh daripada tangkapan kepada ulama dan ketika itu ulama itu terus menukar kenyataan mengatakan ikan tersebut halal dimakan, itulah Pas," katanya.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian semasa berucap pada majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup kepada 624 nelayan sekitar Asajaya dan Semera, di sini hari ini.

Beliau berkata, analogi 'ulama ikan' amat tepat bagi menggambarkan situasi kerjasama di antara parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu dengan DAP.

"Kalau betul, mengapa DAP tidak mahu konsep negara Islam Pas dan harus diingat, salah seorang pemimpin Pas, Datuk Asri meninggal dunia sewaktu beliau telah menyertai UMNO," ujarnya.-UM

Juragan Malawati..

Jumaat, 8 April 2011

Desak tunjuk jam Omega!

Konsensus Bebas mendesak Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menunjukkan jam tangan Omega yang didakwa milik suaminya, Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin berkata, jika berjaya menunjukkan jam tangan itu, bermakna Wan Azizah dapat membuktikan bahawa bukan Anwar dalam video aksi itu.

“Saya hairan mengapa beliau (Azizah) tidak menunjukkan jam itu ketika sidang akhbar di rumahnya jika memang ia berada di bawah jagaannya.

“Saya cabar beliau (Wan Azizah) nasihatkan suaminya supaya menyerahkan sampel asid deoksiribonukleik (DNA).

“Jika kedua-dua isu ini memihak kepada Anwar, ia adalah jalan terbaik untuk menebus balik maruah yang juga jalan pintas mereka ke Putrajaya,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen semalam.

Beliau berkata, Wan Azizah tidak wajar membuat sidang media hanya setelah melihat video seks kurang daripada dua minit itu.

“Saya tidak menyalahkan Wan Azizah untuk memilih kesetiaan daripada kebenaran yang pahit kerana itu adalah haknya sebagai isteri mempertahankan suami.

“Bagaimanapun, Wan Azizah perlu bertanggungjawab sebagai presiden PKR dan penyokongnya di seluruh negara,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut membidas mereka yang digelar ‘pencabul siber’ kerana telah menyalah-gunakan namanya untuk memburukkan diri beliau.

“Ini adalah tindakan terdesak mereka yang menggunakan laman sosial Facebook, Twitter dan laman blog untuk memburukkan diri saya.

“Saya juga gagal mengakses laman blog saya kelmarin kerana telah diceroboh oleh mereka yang tidak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim berkata, Anwar menggunakan ‘mahkamah rakyat’ untuk membela nasibnya.

“Ini dapat dilihat apabila Anwar dalam kempen di Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak, Anwar menjaja kisahnya kepada rakyat untuk menagih nasib kepada rakyat.

“Apa yang penting rak-yat perlu tahu kebenaran sama ada pelaku dalam video seks itu adalah beliau atau sebaliknya,” katanya.

Juragan Malawati..

Khamis, 7 April 2011

Setiap kali ada musibah, cerita 'sakit belakang' Anwar akan keluar!

Sakit belakang tapi bersenam?

Selepas menimbulkan keraguan berhubung isu jam tangan Omega, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Aziah Wan Ismail sekali lagi mencetuskan pertanyaan dan kali ini berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim.

Wan Azizah pada sidang akhbar di rumahnya kelmarin mendakwa susuk tubuh badan Anwar lebih tegap kerana suaminya itu sering bersenam ketika dalam penjara selama lebih enam tahun.

Namun apa yang menjadi persoalan, sepanjang Anwar ditahan dari 1998 sehinggalah dibebaskan pada 2004 sering dikatakan menderita pelbagai penyakit termasuk mempunyai masalah sakit pinggang yang kronik.

Malah, Penasihat PKR itu juga sering dilihat memakai bengkung pinggang dan penyokong leher selain mendakwa hanya memakan buah kurma yang dibekal keluarga dan minum air zam-zam kerana tidak menjamah makanan penjara.

Keadaan Anwar yang turut dipertontonkan kepada seluruh dunia ketika beliau ke luar negara sebaik sahaja dibebaskan bertentangan dengan apa yang disebut Wan Azizah bahawa suaminya sering bersenam di dalam penjara sehingga ototnya kuat.

Wan Azizah membuat kenyataan itu ketika menyangkal suaminya ialah individu di dalam rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Percanggahan kenyataan Wan Azizah dengan situasi sebenar Anwar semasa di penjara itu menjadi topik hangat dalam kalangan beberapa blog antaranya Ekstrem Tolak PKR (x-pkr) di http://x-pkr.blogspot.com.

Blog ini turut mempersoalkan apakah mustahil amalan minum madu asli dapat mengekalkan otot-otot badan Anwar agar kelihatan tegap walaupun sudah menjangkau umur 64 tahun.

Jika kita masih ingat ketika Anwar ditahan didalam lokap polis sewaktu kes liwat Saiful, cerita yang sama juga keluar dari mulut Wan Azizah! Katanya Anwar tidak boleh tidur di dalam sel lokap kerana sakit belakangnya masih ada, tetapi Wan Azizah tidak pula mempersoal suami beliau yang ligat kesana-kemari semasa berkempen dalam PRK dan juga kekerapan keluar negara! Tidak ada pula cerita Anwar sakit belakang?

Sama juga semasa Anwar didalam penjara apanila timbul isu arsenik! Heboh satu dunia Wan Azizah menjaja cerita Anwar diracun arsenik malah disokong pula oleh Karpal Singh pada masa itu, akhirnya kebenaran terserlah apabila YB Zulkifli mengatakan isu arsenik hanya sandiwara semata-mata untuk mendapat simpati rakyat!

Nasihat kepada Wan Azizah, cukuplah anda 'berlakun' semata-mata untuk menutup salah laku suami anda. Sampai bila mahu bersubahat! Ingat, rakyat sudah mula menghidu satu persatu pembohongan yang dilakukan oleh Anwar, 'anugerah tuhan'ini. Sebelum keadaan menjadi 'bertambah parah' dengan penipuan yang dilakukan, eloklah anda bertaubat! Wallahuallam.

Juragan Malawati..