UMNO BAHAGIAN KUALA SELANGOR

Apabila akar umbi mula berbicara tentang...Ugama, Bangsa dan Negaranya. Melayu adalah pewaris kepada tanahair bumi tercinta ini. Siapakah yang akan mempertahankannya kalau tidak bangsa Melayu itu sendiri. Sesungguhnya UMNO adalah wadah perjuangan orang Melayu. HIDUP UMNO DULU, KINI DAN SELAMANYA.


Khamis, 7 April 2011

Setiap kali ada musibah, cerita 'sakit belakang' Anwar akan keluar!

Sakit belakang tapi bersenam?

Selepas menimbulkan keraguan berhubung isu jam tangan Omega, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Aziah Wan Ismail sekali lagi mencetuskan pertanyaan dan kali ini berhubung isu sakit belakang Anwar Ibrahim.

Wan Azizah pada sidang akhbar di rumahnya kelmarin mendakwa susuk tubuh badan Anwar lebih tegap kerana suaminya itu sering bersenam ketika dalam penjara selama lebih enam tahun.

Namun apa yang menjadi persoalan, sepanjang Anwar ditahan dari 1998 sehinggalah dibebaskan pada 2004 sering dikatakan menderita pelbagai penyakit termasuk mempunyai masalah sakit pinggang yang kronik.

Malah, Penasihat PKR itu juga sering dilihat memakai bengkung pinggang dan penyokong leher selain mendakwa hanya memakan buah kurma yang dibekal keluarga dan minum air zam-zam kerana tidak menjamah makanan penjara.

Keadaan Anwar yang turut dipertontonkan kepada seluruh dunia ketika beliau ke luar negara sebaik sahaja dibebaskan bertentangan dengan apa yang disebut Wan Azizah bahawa suaminya sering bersenam di dalam penjara sehingga ototnya kuat.

Wan Azizah membuat kenyataan itu ketika menyangkal suaminya ialah individu di dalam rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin kanan pembangkang.

Percanggahan kenyataan Wan Azizah dengan situasi sebenar Anwar semasa di penjara itu menjadi topik hangat dalam kalangan beberapa blog antaranya Ekstrem Tolak PKR (x-pkr) di http://x-pkr.blogspot.com.

Blog ini turut mempersoalkan apakah mustahil amalan minum madu asli dapat mengekalkan otot-otot badan Anwar agar kelihatan tegap walaupun sudah menjangkau umur 64 tahun.

Jika kita masih ingat ketika Anwar ditahan didalam lokap polis sewaktu kes liwat Saiful, cerita yang sama juga keluar dari mulut Wan Azizah! Katanya Anwar tidak boleh tidur di dalam sel lokap kerana sakit belakangnya masih ada, tetapi Wan Azizah tidak pula mempersoal suami beliau yang ligat kesana-kemari semasa berkempen dalam PRK dan juga kekerapan keluar negara! Tidak ada pula cerita Anwar sakit belakang?

Sama juga semasa Anwar didalam penjara apanila timbul isu arsenik! Heboh satu dunia Wan Azizah menjaja cerita Anwar diracun arsenik malah disokong pula oleh Karpal Singh pada masa itu, akhirnya kebenaran terserlah apabila YB Zulkifli mengatakan isu arsenik hanya sandiwara semata-mata untuk mendapat simpati rakyat!

Nasihat kepada Wan Azizah, cukuplah anda 'berlakun' semata-mata untuk menutup salah laku suami anda. Sampai bila mahu bersubahat! Ingat, rakyat sudah mula menghidu satu persatu pembohongan yang dilakukan oleh Anwar, 'anugerah tuhan'ini. Sebelum keadaan menjadi 'bertambah parah' dengan penipuan yang dilakukan, eloklah anda bertaubat! Wallahuallam.

Juragan Malawati..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan