Pas boleh diibaratkan sebagai 'ulama ikan' yang biasanya hanya akan 'menghalalkan' sesuatu hukum sekiranya ia berpihak kepada parti itu.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Noh Omar berkata, perbuatan itu amat mengecewakan kerana ia mengelirukan masyarakat khususnya yang beragama Islam.
"Suatu hari ada seorang nelayan yang ragu-ragu sama ada ikan besar yang ditangkapnya itu boleh dimakan atau tidak lalu dibawanya berjumpa seorang 'ulama ikan'.
"Setelah merujuk kitab, ulama itu memberitahu nelayan tersebut ia (ikan) tidak boleh dimakan lalu membuatkan nelayan berkenaan bersedih.
"Nelayan tersebut memberitahu dia sedih kerana ingin memberikan separuh daripada tangkapan kepada ulama dan ketika itu ulama itu terus menukar kenyataan mengatakan ikan tersebut halal dimakan, itulah Pas," katanya.
Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata demikian semasa berucap pada majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup kepada 624 nelayan sekitar Asajaya dan Semera, di sini hari ini.
Beliau berkata, analogi 'ulama ikan' amat tepat bagi menggambarkan situasi kerjasama di antara parti yang kononnya memperjuangkan Islam itu dengan DAP.
"Kalau betul, mengapa DAP tidak mahu konsep negara Islam Pas dan harus diingat, salah seorang pemimpin Pas, Datuk Asri meninggal dunia sewaktu beliau telah menyertai UMNO," ujarnya.-UM
Juragan Malawati..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan